BEZA SEBELUM DAN SELEPAS PAS BERADA DALAM KERAJAAN

 

Siapapun melompat, PAS tetap selamat



Tampalan ini adalah ambilan daripada media sosial yang didapati tersebar agak luas, khususnya dalam aplikasi WhatsApp.

Sama-sama kita fikir dan renung mengenainya.

1) MINUM & JUAL ARAK :-

Dulu = Haram.

Sekarang = Itu hak orang bukan Islam.

2) HUKUM HUDUD :-

Dulu = Wajib laksana.

Sekarang = Kena tengok keadaan, jangan jadi suara syaitan.

3) PERLEMBAGAAN MALAYSIA :-

Dulu = Kafir.

Sekarang = Islamik.

4) PERTANDINGAN RATU CANTIK :-

Dulu = Haram.

Sekarang = Boleh dirunding dengan syarat.

5) ISU LGBT :-

Dulu = Haram.

Sekarang = LGBT harus disantuni.

6) SEKOLAH VERNAKULAR :-

Dulu = Mencetuskan masalah perkauman.

Sekarang = Kepentingan setiap kaum harus dijaga.

7) KES KENA LANGGAR PEMANDU MABUK :-

Dulu = Salah DAP, agenda komunis.

Sekarang = Salah individu.

8) JUAL ASSET TABUNG HAJI:-

Dulu = Agenda komunis, jual aset umat Islam, Islam terancam.

Sekarang = Sebagai strategi pengurusan kewangan.

9) RUU 355 :-

Dulu = Wajib.

Sekarang = Kita cadang sebab kita pembangkang, sekarang dah jadi kerajaan kena runding dan tengok keadaan dulu.

10) UCAP MERRY CHRISTMAS :-

Dulu = Haram.

Sekarang = Harus.

11) NILAI ASB JATUH :-

Dulu = Bukti kerajaan gagal.

Sekarang = Kesan ekonomi global.

OH MALAYSIA TANAH AIRKU!!

ADAKAH ISLAM MAKIN TERPELIHARA SETELAH PAS ADA DALAM KERAJAAN?





‘Peringatan keras’ Korea Utara: Polis sedia hadapi sebarang kemungkinan, kata KPN

 


‘Peringatan keras’ Korea Utara: Polis sedia hadapi sebarang kemungkinan, kata KPN


Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh berlaku susulan tindakan Korea Utara memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, semuanya berjalan lancar dan selamat, dan keputusan tersebut adalah keputusan Korea Utara sendiri.

“Semua dah berjalan lancar dan selamat, keputusan itu adalah keputusan kerajaan Korea Utara sendiri dan kalau di bawah Konvensyen (Vienna), memang apabila putus sahaja hubungan diplomat itu maknanya keseluruhan diplomatik staf dikeluarkan daripada negara ini… bukan kehendak kita.

“Kalau orang tengah marah, macam tu lah perkataan yang akan keluar. Tetapi sekiranya dia berada dekat sini, kita mungkin akan mengambil tindakan. Tapi dia nak pergi, biarlah dia pergi. Macam-macam ugutan pun,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, pada Isnin.

Bagaimanapun, Abdul Hamid berkata, apa yang penting ialah pihak keselamatan tetap berjaga-jaga kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku.

“Sejarah mengatakan sedemikian… jadi pihak kami terpaksa bersiap sedia untuk menghadapi segala kemungkinan,” jelasnya.



PAS nampak cemas di Terengganu!

 


PAS nampak cemas di Terengganu!


Minggu lepas aku ada menulis, dah sebelum PRU 14 pun aku ada berikan pandangan yg sama..PH tak perlu bekerjasama dengan UMNO , cukup ambil langkah strategik dengan UMNO..PH kena membuka laluan untuk UMNO di Terengganu melainkan kerusi bandar dan Parlimen.. Amanah hanya perlu berikan tumpuan di Kelantan..

Kenapa PH perlu bagi laluan kepada UMNO di Terengganu ? Kerana disitulah sumber kekuatan PAS dan Presidennya, Tak mustahil nasib Haji Hadi akan berulang seperti nasibnya kalah pada Man Bakar pada 2004.. Jika PAS kalah di Terengganu, Mereka akan berantakan sesama sendiri..

Amanah fokus saja di kelantan, Amanah ada peluang yg baik jika kena dengan Strateginya di Kelantan.. Malangnya pemimpin Amanah sepatutnya memperkuatkan strategi di kelantan.. tapi sibuk tengah sibuk cari kerusi selamat di Bandar.. Modal RUU 355 sudah tidak berguna dalam PRU 15, Itulah yg menjadi azimat besar dan tangkal PAS menang di Kelantan..

Bagi aku, Asas untuk UMNO Terengganu bertanding semua kerusi adalah kukuh.. Tambah jika pengerusinya adalah Mat Said yg mana perwatakannya disukai rakyat Terengganu..UMNO gagal hanya diganggu undi PH..

Ulangan peristiwa PRU 1999 dan 2004 akan berulang..Pada PRU 1999, PAS hampir sapu bersih Terengganu ketika gelombang reformasi biarpun Wan Mokhtar Ahmad disukai rakyatnya..Pada PRU 2004, UMNO kembali sapu bersih di Terenganu..

Wan Mokhtar nasibnya seperti sama seperti Mat Hassan di Negeri Sembilan pada PRU 14.. biarpun disukai rakyatnya..Mereka menjadi mangsa gelombang perpecahan dalam UMNO, cuma bezanya gelombang PRU 14 beralih ke Pantai barat.. dan ia takkan berulang untuk kali kedua..

Jadi Mat Said tindakannya bersendirian, Tidak ada kaitan dengan UMNO pusat..Mereka sejak awal menyatakan hasrat bertanding di Terengganu…dan depa ada asas kepada tindakan depa..Sebenarnya situasi ini akan berulang dibanyak Negeri..

Itu lah UMNO, Depa tahu guna kekuatannya dimana, mereka bijak manfaatkan parti Politik..Mat Said bijak meluaskan Pengaruh walaupun ada kalangan PH mengejek dan nampak Lekeh kepada Mat Said.. berbeza dgn Amanah sibuk cari kerusi selamat….

Sebenarnya UMNO ini bijak dalam Politik, mereka tahu bila waktu dan ketika untuk bertindak..Lihat di Perak.UMNO tahu mereka kuat di Perak.. jadi mereka bertindak sendiri dan akhirnya kembali mengambil alih Perak dengan memanfaatkan PH, yang tak bijaknya pemimpin PH di Perak terutama Amanah dan DAP perak yang terikut ikut dengan rentak si Selvador yg Gelojoh..

Sebenarnya UMNO sedang melengkapkan strategi Politik mereka terutama dengan memanfaatkan PH terutama PKR.. ada sebahagian kalangan PH terbuai dengan jajaran Baru, Ulangan di Perak akan berlaku di Putrajaya jika PH masuk dalam perangkap mereka…. Matlamat mereka, kuasa dan bebas dari Penjara.. UMNO mesti lead..

Selepas PRU 15, PN, PAS dengan alasan kuasa Politik Melayu Islam akan terpaksa melafazkan Bai’ah kepada UMNO untuk sekali lagi mengetuai Kerajaan seperti di perak.. Dan Nasib PH akan sekali lagi sepertimana Perak.. terbuai dengan mimpi di Putrajaya mengharapkan Strategi dan langkah langkah Politik alam disebalik mata… 🙂

Ipohmali






RENTASAN 851 | PM GAGAL BELI MAJORITI, KINI TAKIYUDDIN SAHKAN TIADA SIDA...



MENARIK DALAM RENTASAN 851

1. JANGAN LUPA PEMBOHONGAN TEBUK ATAP 2. TIGA PENJURU, PAS KECUT PERUT 3. SANGGUP DERHAKA DEMI KUASA? 4. UNDANG-UNDANG TAK BOLEH DIGUBAL DI BAZAR RAMADAN





APA HUBUNGAN KARTEL, POLIS DAN LANGKAH SHERATON?



“Sedangkan semasa wawancara, Ketua Polis Negara mengatakan ada pegawai muda yang ada kaitan dengan kartel (di luar) berhasrat memusnahkan imejnya supaya mereka dapat meneruskan pekerjaan kotor mereka. “Jelas, menteri itu tidak memahami apa yang KPN katakan, atau dia tidak tahu apa yang berlaku dalam pasukan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.





Pengkhianatan Dalam UMNO Masih Kritikal? Fahmi Dedah Siapa Broker Beli M...





Dalam Sesi Borak Dahsyat baru-baru ini, Datuk Kamal menjawab soalan mengenai pengkhianatan yang berlaku di dalam UMNO masih teruk atau pun sudah mula reda. Dalam pada masa yang sama, YB Fahmi mendedahkan siapakah datuk seri yang terlibat dalam proses shopping pree Ahli Parlimen pembangkang. YB Abdullah juga menjawab persoalan adakah PKR menjadi semakin lemah dengan tindakan YB Azmin yang mula membeli sokongan Ahli Parlimen PKR



[[LIVE]] 22.3.2021 Tamat darurat. Kenapa X Perlu?



[[LIVE]] 22.3.2021 Tamat darurat. Kenapa saya kata tak perlu tamat darurat untuk buka parlimen? Menteri Alam sekitar dan air dari PAS tapi hospital kelantan pun masalah air. Kes gugur kes dikatakan di buat oleh Peguam negara termasuk oleh Peguam lantikan Mahathr, Tommy Thomas. Adakah benar begitu? Sekarang siapa gagal? PH atau PN? Kerana PN hanya meneruskan janji PH tanpa janji baru. Penyakit UMNO VS PAS VS BERSATU akan berlaku hampir seluruh Malaysia. Aku betul lagi



VIDEO : Umno Yang Bergolak, Kenapa Anwar Ibrahim Yang Disalahkan ?

NAMPAKNYA AZMIN ADALAH MENTERIPALING DIBENCI RAKYAT

 

NORA JAMILAH


Kakakakakah...teruk betul bakal PM ke9 kerajaan pintu belakang/semburit kena balun bertalu2 dlm live streamingnya semalam. JKOM/macais bangang pun tumpas oleh partisan & nonpartisan....belum apa2 lagi sdh kiokkk...

Ray Yakuza

you win ging...Lawan Tetap Lawan....yihakkkkk



May be an image of 1 person and text that says "LIVE www.miti.gov.my igov.my wwwmi.grumy fod × MnTIMataynroutube LIVE LIVE Mana reporter? Mic ade je.. Man Shukri kalahkan dia di gombak Tommy Thomas Macam kabur lah... Clair Shanon Aikkk hari tu kaburrr... Skrg dah terang pla. Jemin ka tu? Haziq kat mana ya? Dean Inggam Asming hatimu keras f Share this video with friends. Share Addmen Marr Pic kabur.. jelas"




KALAU MACAM NI, LAGI 3 TAHUN BARU BOLEH RENTAS NEGERI ?

 

Bila cakap tak guna otak & akal. Cakap main sedap tekak air suam jer..

SEDARKAH ANDA.. Menteri kata 'RENTAS NEGERI' selepas 80 peratus rakyat divaksin

Jika diambil kiraan purata sehari 21,750 divaksin.. ini bermakna dgn 80 peratus drpd jumlah penduduk M'sia seramai 32.73 juta, rakyat akan dibenarkan 'RENTAS NEGERI' dlm tempoh 3 tahun lagi iaitu pada tahun 2024..

SR

 May be an image of 1 person and text that says "SEMBANG JER LEBIH.. HAKIKATNYA.. LAPORAN HARIAN PEMBERIAN DOS VAKSIN MEGIKUT NEGERI PERUS MAC 2021 JUMLAHFEMBEANDO16D0S2 413,255 SUMBER: 1 KELANTAN MELAKA SABAH SR suara rakyat vaksincovid.gov.my LINDUNG SEMUA. AWATANKUAAJA VID-19(JKJAV) 126,000 individu disuntik vaksin COVID-19 setiap hari bermula hujung Feb -Dr Adham Astro Awani Februari ,2021 13:09 MYT Sepatutnya dalam 19 hari dah capai 2,394,000 vaksin astro AWANI Kenapa hanya 17 peratus sahaja?"



HEBAT MB KEDAH NI..JUARA DALAM BANYAK HAL

 

RINA HAMZAH


MB paling perform setakat ni. Mana nak cari MB yang mampu sekat sungai, selut kan air sungai dan buat sidang media umum 'rare earth' RM43 trilion. Kalah ekonomi Jepun..

Wakedah forever!

SR

 May be an image of 1 person and text that says "PENCAPAIAN MB KEDAH UGUT SEKAT SUNGAI Û UGUT KERUHKAN AIR SUNGA BATALKAN CUTI THAIPUSAM TRANSFORMASI KEDAH JADI WAKANDA UMUM NADIR BUMI RM43 TRILION LEBIH BESAR DARIPADA EKONOMI JEPUN"

PAKAI PULAK SARANAN KETUA PEMBANGKANG

 

HAMZAH RIE NA


Hari tu bila Anwar bangkitkan cadangan habiskan suntikan pertama terlebih dahulu sebelum beri suntikan kedua pelbagai pihak termasuk menteri & PAS perlekeh kononnya cadangan Anwar tersebut cakap tak ikut bukti sains.

HAKIKATNYA.. hari ini kerajaan pula terima pakai cadangan Anwar tersebut.

#PASbilaakancerdik?

SR

 May be a Twitter screenshot of 2 people

THAILAND DAH BUAT VAKSIN. MALAYSIA NGANGA LAGI KAH ?

 

Thailand hari ini memulakan ujian fasa pertama ke atas manusia menggunakan vaksin COVID-19 hasil buatan tempatan.


May be an image of 3 people and text that says "2020 01 COVID AND AND'S VACCINE STRATEGY FC Jonathan Head Dr. Nakorn Premsri Dr. Lorenz Von Seidlein COVID-19 AND Bangkokost THAILAND'S VACCINE STRATEGY FCCT wwla"

HAAAA...LAIN KALI KENA FIKIR

 

IBRAHIM MAT ISA


Masa Anwar buat live dan sentuh soal satu vaksin satu orang, percepatkan gerakan vaksinasi dan bagi tumpuan sepenuhnya ke arah pemulihan, macai dan khadam suruhan parti belah sana macam setan duk kutuk dan maki Anwar kononnya beliau tiada kelayakan bercakap.

Aku perati sahaja perangai kelaku kelakaq mereka, lalu apa mereka dapat memaki Ketua Pembangkang?

Akhirnya puak depa buat juga idea Anwar tu. Nak kata ketua pembangkang apa lagi kalau belah PN yang jadi pentadbir fikir pakai kepala lutut tak tahu nak uruskan bab vaksin je pun..

Yang mereka nampak, jawatan gaji dan gah dengan kuasa.

Pungkoq hangpa!

May be a Twitter screenshot of one or more people and text that says "BERNAMA BERNAMA @bernamadotcom 3h Tiada lagi dasar 'satu dos suntik, satu dos simpan' percepatkan proses vaksinasi bernama.com/bm/am/newsp... #Vaksin #COVID19 #LindungDiriLindungSemua @JKJAVMY @KKMPutrajaya @officialmosti @DrAdhamBaba @Khairykj LINDUNG DIRI, LINDUNG SI ua. COVID-19 IMMU TASKFORCE LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA. LINDUNG LINDUNGSEMA. DIRI, LINDUNG SEMUA. 3 179 16"


 

Isu

((GEMPAR)) PH AKAN BERPECAH TIDAK LAMA LAGI? AMANAH JADI PUNCA PERPECAHAN?

TERKINI!! - ANWAR SELEPAS JUMPA SPRM

Team khas untuk tumbang Pas Kelantan


RENCANA KHAS

 




Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menggelarkan Pas sebagai parti pelacur politik. Gelaran itu diberi memandangkan sikap dan tindak tanduk parti berkenaan yang tidak ada prinsip dan maruah dengan mengadakan kerjasama politik dengan sesiapa sahaja.

Gelaran dibuat Tengku Razaleigh itu tentu melihat kepada realiti yang berlaku. Satu masa parti itu menentang Umno dan kini menerima Umno sebagai pakatan politik yang strategik. Begitu juga satu masa parti itu bermusuhan dengan DAP, kemudian berpakat kemudian bermusuh balik. Malahan dari semua aspek politik Pas meletakkan DAP sebagai pendosa. 

Sikap tidak istiqamah Pas itu menyebabkan Tengku Razaleigh menggelar Pas sebagai pelacur politik. Lebih sadis dari itu beliau minta agar dilawan (dikalahkan) dalam Piraum ke-15 kelak. 

Ahli Parlimen itu mempunyai bukti dan tawarikh panjang dalam mengenali hati budi munafik Pas serta sifat-sifat jijiknya. Beliau adalah antara tokoh politik yang cukup arif dengan telatah dan cara Pas berpolitik. Beliau terlibat sendiri baik ketika melawan dan berkawan dengan Pas. 

Tahun 1990 beliau pernah berkerjasama dengan Pas ketika memimpin Parti Semangat Melayu 46, mewujudkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Hasil kerjasama itulah membolehkan Pas memerintah semula Kelantan setelah kerajaannya dirampas Umno dalam Piraum 1978.

Antara dimeterai dalam kerjasama itu, Pas bersetuju untuk menubuh kerajaan bersama dengan APU. Salah satu janji adalah untuk memberi jawatan Timbalan Menteri Besar (TMB) kepada Semangat 46 diikuti beberapa kerusi Exco dan jawatan eksekutif dalam GLC lainnya. 

Tetapi saat kerajaan ditubuhkan janji itu dimungkiri. Jawatan TMB diberikan kepada wakil Pas, (Abdul Halim Abdul Rahman) sementara wakil Semangat 46 dilantik menjadi TMB ke-II (Mohd Rozali Ishok) yang tidak ada pun dalam Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan. Kemungkiran Pas itu memberi pengalaman pahit pertama buat Tengku Razaleigh macam mana Pas melanggar janjinya sendiri. 

Pengalaman itu menjadi Ahli Parlimen Gua Musang itu sangat mengenali Pas yang menjadikan beliau tidak mempercayai Pas. Namun Tengku Razaleigh seorang yang bersikap tasamuh, beliau mesra kawan dan bersahabat dengan pemimpin Pas tetapi tidak lagi tidur dalam perut Pas lagi. 

Bertolak daripada sejarah itulah, maka Tengku Razaleigh sangsi dengan Muafakat Nasional yang dibentuk oleh Umno dengan Pas kini. Kesangsian Tengku Razaleigh itu berasas apabila Pas kini lebih intim dengan PBBM berbanding dengan Umno, sedang Pas terlebih dahulu mengadakan tahalul siyasi (ta'awun) dengan Umno kemudian diikuti dengan pembentukan Mufakat Nasional dengan Umno. 

Malahan apa dinamakan sebagai Piagam Muafakat Nasional pun ditanda tangani dengan Umno yang saksikan ahli kedua-dua parti tersebut, ia dilangsungkan di PWTC. Tetapi apabila hadir PBBM selepas rampasan kerajaan PH, Pas menjadi intim dengan PBBM. Pas mengubah haluan dan cinta kasihnya daripada Umno kepada PBBM. Pas terpesona dengan kedudukan dan jawatan. Celaka. 

Tidak ada masalah kalau pun Pas rapat dengan sesiapa sahaja. Itu strategi politik yang dihalalkan dalam sistem demokrasi Barat aliran Machiavellisme. Tetapi apa yang tidak disenangi dan mengilankan Tengku Razaleigh dan sesetengah pemimpin Umno lain, apabila PBBM secara diam dan nyata bertujuan untuk membunuh Umno. Apabila Pas seperti tidak membela Umno bahkan memberi sokongan kepada PBBM, inilah menyebabkan timbul kemarahan dan kesangsian Tengku Razaleigh dan lain-lain pemimpin terhadap setiakawan Pas yang dilihat secara langsung ikut mengizinkan PPBM untuk membunuh Umno kepada Pas.

Saking marah itu, Tengku Razaleigh mendesak partinya segera meninggalkan kerajaan PN dan serentak itu memberi pukulan kepada Pas dengan menyokong penuh kalau Umno melawan Pas dalam pilihan raya akan datang. Dalam erti kata lain secara peribadi Tengku Razaleigh menolak kerjasama Umno dengan Pas.  

Apakah harapan dan kemahuan Tengku Razaleigh itu ikhlas atau setakat ocoh-ocohan semata-mata? Sekiranya apa disebut Tengku Razaleigh itu sesuatu yang serius, dalam konteks Kelantan wajar sekali kalau Pas ditewaskan dalam Piraum akan datang. Cadangan Tengku Razaleigh itu suatu yang sangat terdesak. Dengan kegagalan Pas membangunkan Kelantan dan menggunakan kepercayaan rakyat selama lebih 30 tahun, wajar kalau kerajaan Pas ditukar ganti. 

Justeru saranan Tengku Razaleigh itu sangat bertepatan. Saranan itu juga akan disokong oleh rakyat Kelantan yang waras dan sudah melihat dan sedar akan ketidak-mampuan Pas untuk terus memerintah Kelantan. Banyak isu-isu yang tidak terungkap dan ditangani Pas sedangkan parti itu sudah memerintah selama 32 campur 18 = 50 tahun.  Kegagalan Pas itu menyebabkan rakyat Kelantan merasa tertipu atau pun mandat mereka disia-siakan sahaja.

Isu dan masalah klasik.

Isu klasik atau masalah rakyat yang gagal diatasi banyak, antaranya seperti masalah kemudahan air bersih dan beberapa prasarana lain yang setanding dengan negeri-negeri lain. "Kelewehan" Pas dalam menjaga alam sekitar, mengawal pembalakan dan perlombongan yang menyebabkan setiap tahun berlaku "banjir ajaib" di Kelantan. 

Begitu juga kegagalan Pas memanfaatkan wang royalti Petroleum bernilai berbillion ringgit mengecewakan. Belum ada apa-apa projek sebagai tanda mata yang dibangunkan dengan wang royalti tersebut. Rakyat tidak nampak apakah manfaat dibangunkan untuk mereka hasil daripada royalti. 

Apa yang ada dan kelihatan berubah ialah para pemimpin misalnya wakil rakyat dibelikan Mercedes Benz (14 buah) bernilai jutaan ringgit dan diberikan wang saku (peruntukan) sebanyak RM50,000 tiap seorang. 

Bukan itu sahaja taraf sosial rakyat Kelantan juga masih terkebawah berbanding dengan negeri-negeri lain. Kelantan masih kekal menduduki negeri kedua termiskin di Malaysia selepas Sabah. Status ini memalukan dan jelas menunjukkan ketidak-mampuan kerajaan Pas Kelantan melonjakkan pembangunan material dan pembangunan sosial-ekonomi di Kelantan. Kadar pengangguran, jenayah dadah, jenayah sex luar tabii (membabitkan agamawan) dan lain-lain tidak menunjukkan pengurangan bahkan bertambah dari tahun ke tahun.

"Kelemauan" kerajaan Kelantan itu membimbangkan sekali. Ia tidak boleh dibiarkan berterusan kerana menganiayakan rakyat Kelantan. Justeru jalan terbaik ialah kerajaan Kelantan perlu diubah, Pas tidak seharusnya diberi mandat lagi untuk terus memerintah Kelantan Piraum ke-15 kelak. 

Apa lagi kalau ditakdir Pas menang dan Mohd Amar Nik Abdullah dilantik menjadi MB, banyak lagi kelukaan dan kesedihan yang berlaku dan dialami oleh rakyat Kelantan. Apakah rakyat Kelantan sanggup menelan hujah-hujah dan helah bodoh dan simplistik yang Pandir diberikan oleh Mohd Amar setiap kali dihadapkan masalah kepadanya? 

Bukan mudah.

Persoalannya kini, untuk melakukan itu bukan semudah yang disebut dan difikirkan. Paling merumitkan apabila rakyat Kelantan seperti sudah selesa dan menerima hakikat apa yang ada di Kelantan kini. Keunikan rakyat Kelantan yang disebut dan dibanggakan masih berlaku dalam politik, mereka terus unik dalam memilih kerajaan, berbeza dengan rakyat negeri lain.

Itu tidak boleh disalahkan kepada rakyat Kelantan. Sebagai masyarakat yang didendangkan dengan jaminan Syurga mereka sanggup menghirup debu dan memakan embun asalkan dijanjikan Syurga di akhirat. Doktrin Pas sejak tahun 1960 sudah, atau 70 tahun lalu cukup hebat. Secara psikologi dan sosiologi perlu dirombak doktrin berkenaan kalau tidak mahu lihat Pas menjadi kerajaan. Tetapi itu bukan mudah.

Doktrin yang dilekat di minda rakyat Kelantan itu baru akan berubah apabila berlakunya perubahan kerajaan. Perubahan kerajaan menyebabkan projek atau program indoktrinasi  akan tergencat dan perlahan-lahan akan ludes (runtuh).  Itulah cara terbaik dan paling pantas.

Kebimbangan ini sebenarnya sudah disedari sejak dua atau tiga puluh tahun lepas. Lantaran itu usaha untuk menukarkan kerajaan telah dilakukan oleh Umno sejak zaman Nik Abdul Aziz Nik Mat jadi MB Kelantan lagi. Namun ia gagal. Rakyat Kelantan teruja dengan agenda Islam dan saksiah Nik Aziz sebagai pemimpin. Peluang terbaik untuk ditukar kerajaan ialah pada tahun 2004 dan terbaharu dalam Piraum ke-14 lalu, tetapi gagal. 

Tahun 2004 kerajaan Pas sudah hampir-hampir ghuyub. Pas memerintah dengan dua kerusi sahaja. Bagaimana pun kekalahan itu diperbaiki hingga Pas mendapat majoriti 2/3 semula pada Piraum berikutnya. Dan terbaharu ialah pada Piraum lalu. Arus perubahan dan tsunami politik yang sudah melanda Pantai Barat, Selatan dan Utara tidak terbabas ke Kelantan.  Kelantan dan Terengganu terselamat, terus dalam rangkulan Pas. Kelantan dan Terengganu diselamat oleh banjaran Titiwangsa.  

Kekalahan atau kegagalan untuk merampas Kelantan dalam pilihan raya lalu, sebenarnya tidak perlu ditakuti atau dijadikan suatu mitos yang kerajaan Pas tidak boleh digugat. Mengatakan Pas tidak boleh dikalahkan satu khurafat, sebab Pas pernah ditumbang pada tahun 1978. Sesungguhnya kerajaan Pas boleh ditumbangkan sekiranya ada kerjasama yang memberi impak dalam pilihan raya akan datang. 

Bentuk team khas.

Di sini ada formula macam mana untuk menukar kerajaan Kelantan pada Piraum akan datang. Jika pun kerajaan Pas tidak jatuh ia boleh menggugat kerajaan berusia 32 tahun itu untuk tidak mendapat majoriti di Dewan Undangan Negeri Kelantan. Formulanya adalah perlu dibentuk satu team untuk menentang Pas dalam Piraum akan datang. 

Team itu itu boleh diumpamakan Team Bolasepak. Anggap politik di Kelantan sebagai game bolasepak. Sejarah telah mencatatkan team sepak bola di Kelantan pernah mencapai kejayaan gemilang dengan merangkul tiga tiga piala, triple. Siapa pun tidak pernah terfikir team bolasepak Kelantan mampu sampai ke tahap itu. Tetapi itu sudah direkod dan dilakarkan. 

Nah begitulah team politik yang hendak tumbangkan Pas di Kelantan harus kental seperti team bola sepak Kelantan semasa dipimpin Annuar Musa itu. Sekiranya Annuar Musa masih seperti dahulu sudah tentu Annuar Musa akan dimasukan dalam team untuk merampas Kelantan ini. Tetapi sayang kini Annuar Musa lebih menjaga dirinya daripada nasib rakyat Kelantan. 

Kekuatan dan kejayaan bola sepak Kelantan dahulu, bukan diuruskan oleh Kafa, yakni Persatuan Bolasepak Kelantan, tetapi oleh Red Warrior, sebuah syarikat.  Dalam erti kata lain, ia diswastakan. Kalau ia diuruskan oleh Kafa mungkin bola sepak Kelantan tidak berbah dan berdaya maju mustahil dapat merangkul piala. 

Begitu juga dalam politik, harus diswastakan untuk menumbangkan Kelantan jangan diserahkan kepada mana-mana parti secara bersendirian. Makanya untuk menghadapi pilihan raya akan datang perlu dibentuk team khas yang terdiri daripada beberapa parti utama dan ia bukan diserahkan kepada sesebuah parti sahaja. 

Jika ia diserahkan kepada sesebuah parti katakan kepada Umno, ia tidak akan dapat menandingi Pas. Umno tidak mampu berhadapan Pas dengan bersendirian. Begitu juga kalau diserahkan kepada parti-parti dalam PH ia tidak dapat menguggatkan Pas. Apa lagi pencapaian PH dalam pilihan raya lalu di Kelantan sangat menyedihkan. 

Sekiranya ada hasrat serius untuk merubahkan kerajaan Kelantan perlu diwujudkan satu team atau pasukan khas ini. Ia tidak boleh dilawan Pas secara bersendirian atau pun mengguna pakai pakatan sebelum ini atau tektikal sama. PH tidak mampu untuk mendepani Pas. Apa lagi kalau Pas benar akan berkolaborosi dengan PBBM, semakin sulit. Mereka yang berada dalam team atau muafakat ini hendaklah sejati dan mempunyai niat yang sama untuk membela Kelantan dengan menafikan Pas daripada terus berkuasa di Kelantan. 

Ada beberapa individu atau tokoh politik yang dilihat mempunyai aura dan mempunyai pengaruh peribadi masing-masing. Mereka ini boleh bergabung dalam team ini. Dengan ada ura-ura yang Umno ingin bekerjasama dengan PH di Kelantan ia satu peluang terbaik untuk membawa dimensi politik baru di Kelantan. Kerjasama ini boleh digagaskan Team Pembela Rakyat Kelantan Piraum 15.

Perlu disedari juga kemantapan team ini akan mempengaruhi pengundi di Kelantan khasnya mereka yang berada diluar Kelantan, perantau. Anak Kelantan yang berada diluar dan mengundi di Kelantan sekitar 160,000 hingga 200,000. Mereka adalah menjadi penentu kepada kemenangan mana-mana parti atau pakatan di Kelantan. Kemenangan Pas di Kelantan dalam beberapa pilihan raya lalu adalah kerana sokongan pengundi luar. 

Parti politik menjadikan pengundi luar ini sebagai "gunda" mereka. Beberapa pilihan raya Umno gagal untuk mempengaruhi pengundi luar ini kerana itu parti itu gagal untuk merampas Kelantan, dan kalah di malam terakhir. Kenapa ini berlaku ialah kerana beberapa faktor. Antaranya kerana mereka lihat Pas lebih bersih daripada Umno. Selain itu mereka juga takut kalau memilih Umno akan terhumban ke dalam neraka. Tetapi anggapan itu sudah tidak ada lagi apabila Pas telah "menyamak" pendirian politiknya, sudah boleh bergabung dengan sesiapa sahaja, perubahan kepercayaan ini peluang baik buat pembangkang di Kelantan. 

Untuk mewujudkan team yang mantap dan diyakini ini saya lihat ada beberapa individu perlu bergabung tenaga. Bergabung atas satu niat. Saya melihat mereka ini ada aura dan pengaruh tersendiri. Mereka juga ada kepakaran dan track record sebagai politis tersendiri, setidak-tidaknya diharap untuk memimpin Kelantan. 

Mereka ialah Tengku Razaleigh HamzahIbrahim Ali, Husam Musa, Wan Abdul Rahim dan Ahmad Jazlan Yaacob. Kebetulan mereka ini adalah pemain utama dan menjadi pemimpin parti, seperti Ahmad Jazlan menjadi Pengerusi Umno Kelantan. Wan Rahim adalah penasihat Parti Amanah Negara (Amanah). Manakala Tengku Razaleigh dan Husam walaupun hanya selaku ketua bahagian dan kawasan tetapi mereka yang cukup dikenali di Kelantan dan menjadi ikonik politik di negeri Cik Siti Wan Kembang.

Begitu juga dengan Ibrahim Ali selaku presiden parti Putra, seorang tokoh yang dilihat menghabiskan usianya dengan berbakti kepada rakyat Kelantan menerusi politik.

Jika diumpamakan mereka sebagai team bola sepak Kelantan, Tengku Razaleigh merupakan penasihat, Husam sebagai jurulatih, Ibrahim sebagai pengurus teknikal, Wan Rahim pula sebagai pelatih fizikal dan Jazlan pula selaku Bendahari. Selain mereka itu, mereka akan dibantu oleh pemain profesional lain seperti Ramzi Abdul RahmanAlwi Che Ahmad, Fatmi Che SallehAbdul Aziz Drasid, Adhan Awang Kecil  dan lain-lain sebagai pemain. 

Kalau individu ini ikhlas, insaf dan bersedia untuk sepakat team pembela Kelantan itu boleh dibentuk. Kita percaya team ini yang terdiri daripada professional akan diyakini oleh pengundi luar. Pasti bila diadakan perlawanan nanti mereka akan kembali dan akan memenuhi Stadium Sultan Muhammad ke IV untuk memberi sokongan. Golll..... 

Namun sekiranya dalam pilihan raya akan datang mereka akan turun padang (pilihan raya) dengan pasukan mereka masing-masing, menggunakan team lama yang sudah beberapa kali tewas, mereka bukan sahaja tidak akan berjaya merangkul piala kemungkinan mereka juga akan turun di division atau terkeluar terus dari liga bola sepak. [wm.kl. 10:09 pm 12/03/2021]

 

ANWAR MINTA SPRM TELUS SIASAT UGUTAN POLITIK LIBAT SEORANG MENTERI KANAN

 


Alhamdulillah, hari ini saya telah ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di Putrajaya.

Rencana pertemuan saya bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM iaitu Datuk Seri Mohd Azam Baki tadi adalah bagi menyampaikan serta menyuarakan kebimbangan kami di barisan pembangkang dan masyarakat madani.

Isu rasuah dan salahguna kedudukan adalah isu yang sangat penting kerana ia akan menentukan jatuh bangun bangsa ini, tergantung pada tekad dan iltizam kita dalam menyanggahnya.

Selainnya, saya turut berkongsi dengan Datuk Seri Azam Baki bahawa terdapat percubaan dari pihak pemerintah melalui seorang ‘Menteri Kanan’ yang menggunakan ugutan serta tekanan kepada beberapa orang ahli Parlimen pembangkang demi untuk terus berpaut pada kuasa, dan ia memerlukan tindakan dan siasatan menyeluruh berhubung ini.

SPRM wajar diberi kebebasan dan kepercayaan bahawa badan itu adalah badan yang punya integriti serta keupayaan untuk menyiasat kes-kes rasuah tanpa rasa gentar dan pandang bulu.

ANWAR IBRAHIM

Presiden PKR/Ketua Pembangkang

22 Mac 2021.




30 POSTING SEHINGGA KINI.LAGI BERITA MENYUSUL.


SILA TEKAN  >   UNTUK MEMBACA BERITA AWAL.

SOKONGAN ANDA AMAT DIHARGAI.



 

Anwar gesa SPRM siasat menteri kanan kerajaan PN yang didakwa menyogok MP PKR

 

Anwar gesa SPRM siasat menteri kanan kerajaan PN yang didakwa menyogok MP PKR


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu bersikap lebih telus dalam menyiasat dakwaan wujudnya sogokan dan ugutan membabitkan seorang menteri kanan seperti dilaporkan sebelum ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, itu antara perkara yang dibangkitkan beliau dalam pertemuan hampir satu jam dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki pada Isnin.

“Saya tegaskan kalau benar ada kes, bukti dan fakta kuat tentang perilaku rasuah, saya tak datang (menemui Azam) untuk pertahankan (kes yang didakwa).

“Tapi ada kes khusus seorang mantan menteri mengadu pada saya, beliau diberi jaminan (oleh) seorang menteri kanan jika beliau lompat (sokong kerajaan), dia akan dibebaskan daripada tindakan rasuah.

“Saya kata kalau kita benar-benar bersih dan tiada rasuah, kita tak harus bimbang. Tapi dalam kes ini seolah-olah keadaan terkawal dan siasatan diam terus,” katanya pada pemberita sebaik selesai mengadakan pertemuan dengan Azam di Ibu Pejabat SPRM, di sini pada Isnin.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagaimanapun berkata, Azam memberi jaminan kes tersebut tidak akan ditutup sekiranya wujud rasuah seperti didakwa.

“Keseluruhannya (hasil pertemuan), saya puas hati dengan mereka (SPRM), sikap sederhana, lunak, berbincang, dengar hujah-hujah dan pandangan saya.

“Mereka juga kemukakan pandangan dan (saya) ingat ia satu permulaan yang baik,” katanya.

Anwar tiba di Ibu Pejabat SPRM jam 2.53 petang bagi mengadakan pertemuan dengan Azam.

Beliau yang hadir dengan menaiki kenderaan berwarna hitam sempat melambaikan tangan kepada petugas media yang menunggu di pintu masuk bangunan suruhanjaya itu.

Pertemuan Anwar dengan Azam adalah bagi membincangkan ugutan atau pelawaan yang diterima ahli Parlimen pembangkang daripada seorang menteri kanan agar menyatakan sokongan kepada pihak tertentu.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Port Dickson itu menyatakan kebimbangan rasuah dalam kalangan pemimpin politik sehingga berlaku lompat parti termasuk daripada PKR. Malah turut mendakwa lima Ahli Parlimen PH diberi ugutan atau pelawaan dengan pelbagai sogokan untuk menarik sokongan mereka.