Anwar seru rakyat bersatu selamatkan negara

Anwar seru rakyat bersatu selamatkan negara

KUALA LUMPUR 22 JULAI: Ketua Umum KEADILAN, saudara Anwar Ibrahim menyeru rakyat bersatu dan bertekad demi menyelamatkan negara yang berdepan pelbagai krisis genting.

“Negara kita terus berada di dalam krisis yang semakin teruk, manakala kerajaan BN terus menafikan keadaan ini. Nilai mata wang ringgit merudum, tatkala rasuah dan skandal kewangan mencapai tahap yang belum pernah disaksikan sejak merdeka lagi.

Anwar

“Di saat genting ini, rakyat Malaysia perlu bersatu dan bertekad untuk menyelamatkan negara kita,” kata Anwar dalam perutusan kepada rakyat Malaysia melalui peguamnya semalam.

Beliau berkata, pihaknya sedang berusaha mewujudkan muafakat politik yang lebih utuh, dan akan bekerjasama dengan semua gerakan progresif termasuk NGO seperti Bersih, Abim, Ikram dan Gerakan Harapan Baru yang baru sahaja diwujudkan.

Permuafakatan ini menurutnya merupakan kesepakatan kumpulan-kumpulan yang komited kepada reformasi dan perubahan, yang akan memberikan pilihan yang benar-benar demokratik dan adil kepada rakyat.

“Marilah kita ketepikan segala pertimbangan dan perbezaan yang lain dan berikan fokus kepada perjuangan untuk menyelamatkan Malaysia,” kata Anwar lagi yang dipenjarakan hari ke-163 pada hari ini sebagai tahanan politik.

Hadi dan Najib sama-sama terdesak untuk pagar diri

  mso

SUSUPAN PETANG
 
Serupa tetapi tidak sama Najib Razak dan Abdul Hadi Awang dalam usaha untuk mengekalkan kedudukan dan menjaga wibawa parti mereka mengambil tindakan tergesa-gesa yang tidak popular. Najib yang terhimpit dengan isu 1MDB sudah terdesak sehingga sanggup menggunakan berberapa akta termasuk Akta Hasutan 1948 untuk menutup kebusukannya dari terus beruap. 

Dua buah akhbar The Edge dan The Edge Financial digantung permit penerbitan selama tiga bulan. Sebelum itu SKMM telah bertindak menyekat portal Sarawak Report dan memberi ugutan kepada mana-mana pihak yang menyiarkan maklumat mengenai 1MDB akan dikenakan tindakan.

Beberapa orang (yang sebenarnya) dijadikan kambing hitam disebalik pendedahan penyalahgunaan wang 1MDB juga telah ditangkap dan disiasat dibawah akta hasutan. Mereka juga dihalang untuk bergerak bebas ke dalam negeri dan dan juga diluar negara. Antara mereka yang disekat perjalanan ke luar negeri ialah Pengerusi DAP Selangor Tony Phua dan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.

Bekas ketua pembangkan Anwar Ibrahim lebih awal disekat dengan cara lebih kejam lagi menerusi penjara selama lima tahun. 

Najib sudah mengguna semua para hulubalangnya bagi melindungi beliau dan menutup kebusukannya. Sebelum ini para hulubalangnya sekadar membela Najib menerusi air liur, tetapi kini sudah membuat tindakan fizikal apabila tindakan menerusi air liur tidak berkesan. Ahmad Sabery Chik menerusi kuasa SKMM yang ada kepadanya manakala Zahid Hamidi meneuris KDN. Kedua mereka ini bolehlah dianggap sebagai Malik Zabaniah dan Riduan yang menjaga pintu-pintu kerkuasaan Najib.

Zahid pula kelihatan lebih serius membela Najib. Ini berikutan ada ura-ura yang beliau akan diletak di bawah kementerian lain dalam satu rombakan kabinet yang bakal dilakukan Najib. Mungkin bagi menyelamat kedudukannya Zahid mula menunjukan taring dan pembelaanya kepada Najib. Ertinya perang saraf Najib untuk menukar Zahid ke porfolio lain dalam satu rombakan kabinet berjaya.

Bagi mempamerkan lagi kesungguhan membela Najib tidak mustahil Zahid bertindak lebih jauh lagi dengan mengarah polis atau badan-badan keselamatan dibawah kawalannya bertindak lebih rakus, seperti tangkapan dan sebagainya.

Mengenai persamaan Najib dengan Abdul Hadi tadi, kalau Najib menggunakan beberapa akta untuk mengukuhkan kedudukannya, maka berlain pula dengan Abdul Hadi yang menggunakan ayat-ayat Quran, petikan hadith dan sebagainya untuk mengekang ahli Pas agar tidak meninggalkan parti itu dari berhijrah kepada GHB.

Isu bai'ah yakni ikrar politik dilakukan sesetengah calon Pas dijadikan modal untuk mengekang ahli Pas dari meninggal parti berkenaan. GHB rupanya menyerabutkan Abdul Hadi. 

Ada seorang pemimpin tertinggi Pas mengeluarkan fatwa haram bagi wakil rakyat Pas menerima dan menikmati elaun dan gaji sekiranya wakil rakyat itu telah menyertai GHB. Entah berdasarkan nas mana pemimpin berkenaan membuat fatwa berkenaan. Saya sudah katakan, dalam politik sekular, ayat-ayat Quran dan hadith tidak terpakai. Quran dan hadith hanya terpakai kepada politik jemaah sahaja.

Fatwa yang dikeluarkan itu hanya untuk mengekang wakil rakyat berkenaan daripada meninggalkan Pas dan sikap pemimpin itu menunjukkan dia sudah terdesak dan panas dengan sambutan yang diberikan kepada GHB.

Berhubung bai'ah itu ingin juga ditanya, macam mana dengan calon Pas bertanding dan angkat ikrar tetapi tewas, apakah talak mereka juga jatuh apabila mereka meninggalkan Pas? Kalau mengikut fatwa pemimpin tertinggi Pas itu yang ingin sangat dikenal sebagai spiritual leader bekas calon itu juga tertakluk dengan ikrar berkenaan. Jika ia tidak jatuh dan hanya jatuh kepada yang menang maka jelas ikrar bai'ah suatu bidaah besar.

Bukankah perbuatan bai'ah itu hanya berlaku pada tahun 2004 dan terbatas di beberapa buah negeri sahaja. Macam mana dengan keadaan Pas pada tahun tahun sebelumnya termasuk di Kelantan. Apakah waktu itu sudah ada ikrar berkenaan atau hanya baru terfikir pada tahun 2004? Kalau begitu ertinya soal bai'ah jatuh talak itu bukan perkara yang wajib dalam Pas melainkan ia hanya satu teknik sahaja bagi menyelamatkan Pas apabila ahli yang mungkir. Tidakkah ini adalah helah politik dan bukan hukum mutlak daripada Allah?

Dan kalaulah benar bai'ah itu menyebabkan talak itu jatuh bererti Pas menjadi agen tidak rasmi di negara ini menggalakkan berlakunya perceraian dan talak itu bertantangan dengan sunah Rasulullah sendiri yang membenci kepada percerian. Talak itu juga tidak pernah dibuat pada zamannya dan hanya direka oleh agamawan yang lebih termakan pallet agama di zaman muasir ini sahaja. 

Kesimpulan baik Najib dan Abdul Hadi kedua terdesak dengan apa yang menimpa diri mereka dan parti mereka, sehingga terpaksa menggunakan akta dan Quran untuk dijadikan pagar melindungi mereka. Ayat-ayat jambi tidak akan menambah undi. [wm.kl.3:25 pm 24/07/15]
p

LAGI DIKATA...LAGI MENDAPAT SAMBUTAN-PROGRAM ESOK DAN LUSA-HADI PUNCA PAKATAN REBAH

DIALOG

Hadi punca kematian Pakatan Rakyat-

Hadi adalah punca utama kematian Pakatan Rakyat bukan saja kerana mencabul Dasar Bersama dan prinsip muafakat Pakatan Rakyat tetapi juga kerana cuba untuk menjadi “tuan” Pakatan Rakyat.

 Berat hati saya untuk menyatakan rasa kesal yang amat sangat apabila melihat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus mengulang-ulang propaganda Umno bahawa DAP mahu menjadi “tuan” ke atas parti lain.

 Propaganda ini menyelindungkan pendirian politik baru beliau untuk menjadi pembela terkuat Datuk Seri Najib Razak dalam keadaan para pemimpin dan ahli Umno sendiri sedang mencari arah baru untuk negara ini.

 Sebagai contoh, ketua Umno Cheras Syed Ali Alhabshee kelmarin menyifatkan Pakatan Baru pembangkang tidak mampu menggugat Umno. Beliau juga terus menyebarkan pembohongan bahawa Gabungan Baru berkenaan akan dikuasai oleh DAP seperti mana kononnya DAP dulu menguasai Pakatan Rakyat yang telah berkubur.

 Dakwaan yang hampir sama diulang oleh Hadi kelmarin dengan menyebut bahawa golongan yang menghargai perjuangan Islam tidak akan menjadikan DAP sebagai 'wali', mengulangi tuduhan Umno bahawa DAP mahu menjadi “tuan” dalam hubungan “tuan dan hamba” dengan parti-parti politik lain.

 Tuduhan itu bukan saja tidak berasas sama sekali, malah ia pembohongan paling keji daripada seorang bekas pemimpin Pakatan Rakyat.

 Pakatan Rakyat dulunya hampir menjadi sebuah gabungan politik baru antara kekuatan-kekuatan politik yang hampir setara di kalangan parti yang menjadi anggotanya, berasaskan prinsip muafakat di mana setiap keputusan atau dasar Pakatan perlu dicapai menerusi muafakat ketiga-tiga parti komponen.

 Tidak ada parti atau pemimpin memegang kuasa veto bagi membatalkan keputusan yang telah dicapai secara muafakat oleh pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti komponen.

 Justeru tindakan Hadi mencabul Dasar Bersama Pakatan dan prinsip muafakat ini, kerana mahu menjadi “tuan” dalam Pakatan Rakyat, muncul krisis demi krisis dalam Pakatan, iaitu dengan:

 1. Mencabul dasar Pakatan Rakyat untuk memastikan pertandingan satu lawan satu menentang Barisan Nasional dalam pilihanraya dengan meletakkan calon-calon PAS pada hari pencalonan untuk bertanding melawan PKR di enam kerusi Dewan Undangan Negeri dalam Pilihanraya Umum ke-13, menyebabkan Umno menang di semua kerusi terbabit.

 2. Mengenepikan keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 17 Ogos 2014, yang dihadiri oleh Timbalan Presiden Mat Sabu bagi pihak Hadi, yang menetapkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

 3. Melanggar janjinya sendiri pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Februari 2015 bahawa sebarang pindaan ke atas Enakmen Jenayah Syariah Kelantan dan sebarang usul persendirian Ahli Parlimen Pakatan berkenaan pelaksanaan hudud akan terlebih dulu dibentangkan di hadapan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

 Cita-cita Hadi untuk menjadi “tuan” dalam Pakatan Rakyat melanggar prinsip asasi Pakatan sebagai sebuah gabungan antara parti-parti yang setara, dimeterai dengan prinsip muafakat dan Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

 Atas sebab inilah Hadi mengenepikan keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat untuk melantik Menteri Besar Selangor kerana Azizah seorang wanita.

 Malah, Hadi juga tidak bersetuju dengan cadangan untuk menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon dari Pakatan Rakyat untuk kerusi Perdana Menteri.

 Tidak berlebihan jika disebut bahawa Hadi adalah punca utama Pakatan Rakyat berkubur, bukan saja kerana mencabul Dasar Bersama dan prinsip muafakat Pakatan Rakyat tetapi juga kerana cuba untuk menjadi “tuan” Pakatan Rakyat, menggunakan kuasa veto bukan saja ke atas Jawatankuasa Pusat PAS tetapi juga Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

 Konsep politik Hadi, termasuk politik gabungan, sama sekali tidak serasi dengan demokrasi, pluralisme, hak asasi manusia, kepelbagaian budaya, hak wanita serta gagasan pembangunan dan kemodenan. Saya telah sebutkan kelmarin bahawa terserah kepada Hadi jika beliau mahu membantu memanjangkan hayat politik Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri di tengah taufan politik skandal 1MDB.

 Namun, beliau tidak berhak berbohong dan berdusta tentang DAP demi matlamat politik barunya untuk menjadi sahabat sejati Najib yang sedang berdepan tuntutan untuk meletakkan jawatan, termasuk daripada khalayak Umno.

 Setahun yang lalu, saya boleh menyatakan dengan yakin bahawa jika ada usul untuk mengadakan undi terhadap Najib di Parlimen, semua ahli parlimen Pakatan Rakyat akan mengundi tidak percaya.

 Berlainan keadaannya hari ini. Apakah Hadi dan para pendukungnya akan sanggup membuat undi tidak percaya terhadap Najib di Parlimen? Hampir tidak mungkin, jika melihat kepada pembelaan luar biasa Hadi terhadap Najib.

 Setahun yang lalu, tidak diragui lagi bahawa semua ahli parlimen Pakatan Rakyat dari DAP, PKR, dan PAS akan seia-sekata menuntut ketelusan dan kebertanggungjawaban berkenaan skandal 1MDB. Apakah hari ini Hadi dan pengikutnya akan menyokong usul sedemikian di Parlimen?

 Hadi boleh mengubah pendirian dan belang politik beliau untuk menjadi pembela Najib yang paling kuat, namun janganlah melakukannya dengan cara mengorbankan kebenaran, keadilan, dan kejujuran dengan mengulang-ulang pembohongan dan pendustaan yang disebarkan Umno berkenaan DAP.

 LIM KIT SIANG ketua parlimen DAP dan MP Gelang Patah.~ malaysiakini
TAIPING

CUBA ANDA KOMEN APA KATA PENYOKONG ULAMA BILA PENUBUHAN GHB....LUNAKNYA MENGATA ORANG.....


 Mamat ni adalah salah seorang pendokong ulamak atau umno tak pasti..cuma dia suka mengata pada pimpinan dia satu masa dulu..so aku siarkan apa yang dia tulis sebab bagi aku dia tak sepatutnya mengeluarkan kata kata mengikut apa yang presideng dia kata.Namun kita dapat menilai sendiri tentang betapa gelabahnya mereka ini mengkrtik penubuhan GHB dan memainkan isu tajaan DAP. Sedangkan mereka ini tidak langsung mengkritik soal korup yang berlaku didalam negara...isu MARA, 1MBD, selidik itu ini dimana ada kelmehannnya..tetapi mengkritik tentang penubuhan GHB....sepatutnya tak payah layan..tetapi inilah yang ada didalam kepala ahli PAS rupanya...

 

Wan Rosli

2 days ago  -  Shared publicly
Segala yg dituduh oleh kepimpinan kini sudah jelas terbukti kebenarannya:

JEBON - ADUN yg melompat menyokong serta mengisytiharkan kesetiaan kpd kepimpinan parti lain (tindakan yg sama oleh ADUN DAP) tanpa mendapat arahan dari kepimpinan parti sendiri dlm isu MB Selangor..

TOLOL - membenarkan setiap tindakan DAP malah mempertahankan tindakan DAP yg memutuskan hubungan tanpa menghiraukan bhw kepimpinan parti itulah yg memulakan menyerang kepimpinan parti sendiri secara terang2an..

BARUA - berusaha menubuhkan parti baru (yg sudah mendapat pengiktirafan DAP) tetapi dlm masa yg sama masih lagi TIDAK BERANI meninggalkan parti sediada..

MUNAFIK HARAKI - di masa berkempen begitu beria2 mewar2kan bahawa niat bertanding hanya ingin membantu tuan presiden (sedangkan bila DAP serang presiden dia buat2 tak tahu). Tapi bila sudah kalah, merancang pulak nak buat parti baru. Terbuktilah kini bertanding hanya utk rebut jawatan semata2 bukan atas dasar berkhidmat.. tak ada langsung ciri2 sikap Khalid ibnu Walid... yg ada cuma ciri2 sikap Khalid ibnu Samad..

BROKER - Menganjurkan ahli2 PAS yg lain agar bersama2 menjadi ahli parti baru (yg bakal bekerjasama dgn DAP utk Pakatan 2.0) jika ditubuhkan nanti; walaupun sebenarnya si broker itu sendiri masih lagi menjadi ahli parti PAS..

PARASIT - Golongan anwarinas serta proksi DAP dalam parti yg sentiasa bercanggah pendapat dgn saf kepimpinan.. ini dapat dilihat dari pandangan kritis mereka kpd setiap keputusan kepimpinan..
Sbg contoh: menyalahkan PAS memutuskan hubungan dgn DAP malah sblm itu PAS juga yg dipersalahkan bila mana DAP memutuskan hubungan dgn presiden PAS.. Contoh yg lain pula dlm isu RUU (sbg permulaan sebelum dibentangkn hukuman hudud bila PR menang di PRU 14 kelak kononnya) yg hendak dibentangkan di parlimen; golongan parasit ini tidak langsung menyokong penuh malah mempunyai pendapat mereka sendiri iaitu menafikan kehendak majoriti rakyat kelantan (yg pastinya selari dgn citarasa DAP) yg sudah lama dahagakan hukuman Allah berjalan di bumi kelantan..

Jadi di manakah silapnya tuduhan2 berasas di atas?? Di mana???

Sekian! Wallahua'lam..

Hubungan PAS - DAP: Dulu Semua OK, Sekarang Semua Tak Boleh!

Kenapa PAS berkawan dengan DAP sebelum ini, soal Khalid Samad

Gesaan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada ahli-ahli PAS agar tidak menganggap DAP sebagai “wali” lewat petang semalam, tidak disenangi Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Menurut Khalid, seruan presiden PAS itu menimbulkan tanda tanya kepada sikap parti Islam itu yang sejak 2008 bersama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Apa yang berlaku dari 2008 sehingga sekarang ini, kita tertipulah dengan pimpinan yang selama ini cakap (berulang kali) kukuhkan PR, kukuhkan PR; tetapi kini dah mula menyerang DAP, kata DAP cauvinis, anti-Islam.

"Lalu yang selama ini kita berkawan dengan DAP, memerintah sejak 2008 ini, apa cerita? Jadi, mana logiknya?"
kata Khalid kepada The Malaysian Insider di pejabatnya di Shah Alam, semalam.

Hadi semalam mengingatkan ahli parti itu tidak menjadikan DAP sebagai ketua kerana mereka "tidak beriman".

Menurutnya, hanya ahli PAS yang sedar mengenai perjuangan Islam dapat membezakan antara kawan dan wali.

"(Mereka) boleh berkawan dengan kalangan DAP dan sepertinya, tetapi tidak boleh berwalikan DAP kerana tidak beriman dan budiman," katanya dalam satu kenyataan.

Seruan itu dibuat Hadi selepas ketua umum PKR yang terpenjara, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pembentukan gabungan pembangkang baharu selepas PR berkubur tidak lama dahulu apabila PAS memutuskan kerjasama politik dengan DAP.

Ia juga dibuat selepas ahli Parlimen veteran DAP, Lim Kit Siang mengumumkan pembentukan gabungan baharu parti politik sedang berlangsung tanpa melibatkan PAS.

Kenyataan itu turut dibuat selepas kumpulan profesional yang popular di peringkat nasional tewas dalam pemilihan pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 sedang membentuk parti baharu menerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) – satu tindakan yang didakwa PAS sebagai ditaja DAP.

Menurut Khalid, parti baharu yang ingin ditubuhkan itu tidak pernah didalangi DAP dan menurutnya, kenyataan Hadi seolah-olah menggambarkan PAS kini terpedaya dengan kempen politik Umno.

"Bagi saya apa yang dinasihatkan itu, tidak relevan malah saya mahu jawab, janganlah kita terjatuh dalam perangkap Umno.

"Jadi, mana logiknya? Saya merasakan pihak pimpinan PAS sedia ada termakan umpan Umno dan Barisan Nasional (BN) sehingga ke tahap mereka sekarang ini kedengaran seakan-akan pemimpin Umno yang menyerang DAP selama ini," katanya.

Terdahulu, Khalid menyertai wawancara atas talian dengan kumpulan Facebook "The Rage for Liberty" selama sejam.

Dalam wawancara itu, Khalid menegur sikap PAS yang kebelakangan dilihat cenderung bermusuh dengan bekas sekutunya serta pendiri GHB dalam PR berbanding mengkritik Umno dan BN.

"Sepatutnya PAS lihat dulu parti yang ingin kami tubuhkan sebelum isytihar kami sebagai musuh. PAS kebelakangan ini bagaikan lebih minat berlawan dengan parti pembangkang daripada parti kerajaan. Tidak pelikkah?" kata Khalid.

Wawancara itu dibuat secara bertulis di dinding Facebook kumpulan itu dengan anggota-anggotanya bertanyakan soalan secara langsung kepada Khalid. -TMI

ULASAN GB

Hairan kita.

Sebelum ini tak timbul soal wali soal ketua di dalam Pakatan Rakyat. Tiba-tiba bila dah ada GHB, macam-macam "fatwa" dikeluarkan untuk menghalang ahli untuk menyertainya. Dia buat semua boleh, orang lain tak boleh.

Malah sebelum ini Haji Hadi sendiri yang memuji-muji DAP dan membuat kenyataan berikut:


Bila dah berseteru, sekarang hanya nampak yang buruk, yang baik semua sudah dihanyirkan.

Penyertaan wakil-wakil PAS di dalam kerajaan PR Pulau Pinang dan Selangor itu dikira bagaimana pula? Tidakkah wajar PAS mengarahkan wakil-wakil dan ahli-ahlinya untuk letak jawatan?

Pinjam balik syair itu, biar anjing dan serigala menyalak, kabilah GHB berjalan terus ke Putrajaya bersama Pakatan baharu yang bakal ditubuhkan!

p.s. kami tak sebut pun siapa anjing dan serigala itu... ia berbalik kepada tuan yang awal menyebutnya... demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan...

Mat Sabu: GHB Akan Teruskan Agenda Pakatan Rakyat, Nafi Jadi Proksi DAP

1,000 beri sokongan pada 'Harapan Baru' di Perlis

Kira-kira 1,000 orang hadir dalam siri ceramah kumpulan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang ditubuhkan oleh kumpulan progresif PAS, di Perlis - negeri kelahiran Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din - malam tadi.

Meskipun hujan turun di sebelah petang, ia tidak menghalang hadirin memenuhi kawasan lembab di lokasi ceramah di Kangar bagi mendengar ucapan daripada kepimpinan GHB.

Diketuai oleh bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, pemimpin gerakan itu begitu berhati-hati supaya tidak mengkritik secara terbuka kepada rakan mereka dalam parti termasuk kumpulan ulama dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang boleh mengundang kritikan balas.

Bagaimanapun, hadirin memberi maklum balas ketika barisan kepimpinan GHB membidas kepimpinan PAS yang baru-baru ini muncul dengan menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang bergelut dengan dakwaan penyaluran wang 1MDB.

Antara yang berucap ahli parlimen Parit Buntar Datuk Mujahid Yusof Rawa, ahli parlimen Sepang Hanipa Maidin, peguam dan anak lelaki kepada bekas presiden PAS Faiz Fadzil Noor dan Aida Yusof Rawa yang membuat kenyataan untuk menunjukkan PAS beralih dari perjuangan asal dan mengapa GHB perlu disokong.

Mereka turut merayu supaya rakyat menyokong usaha "Selamatkan Malaysia" dengan menukar pemerintahan dan tidak hanya menukar Najib.

Mohamad atau mesra dipanggil Mat Sabu memberikan ucapan berapi dengan menyatakan bagaimana PAS memainkan peranan penting membawa Islam ke persada politik arus perdana sejak ditubuhkan pada 1951.

PAS juga telah menyertai BN sebelum ini seperti mana mereka menyertai Barisan Alternatif pada 1999 dan Pakatan Rakyat pada 2008 untuk mempromosikan perjuangan Islam.

"Tetapi sejak akhir ini, kita lihat ada beberapa perubahan dalam PAS. Malaysia adalah negara demokrasi dan kita mengadakan pilihan raya setiap lima tahun. Tapi sejak kita mengamalkan sistem first past the post, kemenangan kita ditentukan oleh siapa yang dapat banyak undi, bukan siapa yang kuat.

"Kita perlu berkerja dengan komuniti dan parti lain. Kita lihat sekarang parti ini yang banyak memberi sumbangan, telah meninggalkan arena yang menjadikan serba mungkin bagi semua kaum,"
katanya, merujuk kepada gabungan pembangkang Pakatan Rakyat.

Beliau merujuk keputusan perwakilan PAS pada muktamar PAS ke 61 di Kuala Selangor bulan lalu yang mana cadangan Dewan Ulama untuk memutuskan hubungan dengan DAP diterima tanpa bahas.-mk


DAP kedekut, tidak pernah bagi ‘proksi’ sesen pun, kata Mat Sabu

Dituduh proksi DAP, pengerusi protem Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu berkata, kumpulan yang baru dilancarkan itu tidak pernah menerima walau satu sen pun daripada parti sekular itu.

Bekas timbalan presiden PAS itu berkata, walau apa tuduhan dilempar PAS, GHB sebenarnya berfungsi dengan sendiri dan berdikari.

Walaupun beliau memberitahu media, tidak mahu bertindak balas terhadap tuduhan pengkritik yang pergerakan itu proksi DAP, beliau berkata sesuatu yang 'normal' bagi GHB dihentam sebegitu rupa.

"Tuduhan begitu perkara biasa. Tetapi sehingga sekarang, kami tidak pernah menerima satu sen pun dari DAP. Banyak kedekut ini DAP.

"Kami gunakan dana sendiri untuk program kami," katanya kepada pemberita selepas ceramah GHB di Kangar, Perlis, malam tadi.

Minggu lepas, bekas setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali mendakwa, GHB hanya berperanan sebagai proksi DAP.

Kumpulan yang masih menunggu kelulusan Pendaftar Pertubuhan itu ditubuhkan bekas pemimpin PAS progresif, juga merancang menubuhkan sebuah parti Islam baharu.

Katanya, GHB yang dilancarkan Isnin 13 Julai lalu, tidak akan mendapat kepercayaan orang Melayu atau sokongan majoriti ahli PAS.

Wujud pergeseran ketika ini antara PAS, yang kini dikuasai sepenuhnya oleh ulama, dan DAP.

DAP sangat kritikal terhadap agenda hudud PAS dan ia menyebabkan PAS memutuskan hubungan dengan parti sekular itu, menyebabkan gabungan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) terkubur.

GHB, diterajui pemimpin progresif PAS yang pro-PR dan popular di kalangan rakan mereka dalam PKR dan DAP, kini sedang berusaha membentuk sebuah partinya sendiri, yang akan membuka jalan kepada penubuhan sebuah gabungan parti pembangkang yang baharu.

Disebabkan usaha GHB ini, kepimpinan PAS dilaporkan mengambil tindakan tatatertib terhadap Mohamad dan PAS bekas naib presiden Salahuddin Ayub.

Kedua-dua pemimpin dilabel pengkhianat kerana didakwa "memusnahkan parti dari dalam", ketua penerangan PAS Nasruddin Hassan dipetik berkata, dalam satu laporan minggu lalu, selepas GHB dilancarkan secara rasmi.

Ditanya jika ada dipanggil bagi menjelaskan tuduhan pengkhianat itu, beliau berkata tidak menerima komunikasi sebegitu daripada parti.

Sementara itu, ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam Steven Sim, yang juga salah seorang penceramah malam tadi, juga ketawa dengan label "proksi DAP" yang diberi kepada GHB.

"Kalau sesiapa hendak jadi proksi, mereka akan pergi kepada Umno, mereka yang ada duit.

"Kenapa pula satu pihak yang mempunyai agendanya tersendiri mahu menjadi proksi DAP apabila ia tiada duit banyak untuk dihulurkan? Fikirlah sendiri," katanya dalam ucapannya pada awal majlis itu. -TMI



GHB ingatkan orang Melayu jangan terpedaya mainan

Orang Melayu mesti berhenti membiarkan diri mereka ditipu dan terperangkap dengan permainan perkauman, kata Ahli Jawatankuasa Pusat Gerakan Harapan Baru (GHB) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Susulan pergaduhan di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur baru-baru ini yang berkaitan sentimen perkauman, ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, kelakuan yang baik atau buruk tiada kaitan dengan mana-mana kaum.

"Dalam semua kaum, ada orang yang baik, ada jahat. Apabila kita menentang Umno, kita menentang pemimpinnya. Itu tidak bermakna kita menentang orang Melayu, tetapi kita menentang semua orang Melayu yang korup.

"Jika seorang Melayu mencuri, kita tidak boleh pertahankan orang itu," katanya menyifatkan tindakan sebegitu sebagai ‘asabiyah dan jahiliah’.

"Cukuplah. Janganlah kita diperdayakan lagi," katanya pada ceramah GHB yang dihadiri ratusan orang di Kangar, Perlis, malam tadi.

Dalam kejadian di Plaza Low Yat 11 Julai lalu, sekumpulan belia Melayu didakwa melarikan telefon pintar dari sebuah kedai ketika jurujual yang melayan mereka berpaling untuk mendapatkan hadiah percuma.

Kejar-mengejar terjadi dan peniaga telefon bimbit di kedai lain menangkap suspek dan dikatakan membelasah mereka sebelum menyerahkan kepada pengawal keselamatan plaza itu yang kemudiannya menghubungi polis.

Salah seorang suspek kemudiannya dibebaskan polis, dan dia dipercayai kembali ke plaza itu dengan rakan-rakannya dan menyerang kedai di mana pekerjanya membantu menahan suspek itu sebelumnya.

Malam esoknya, kira-kira 200 orang berkumpul di plaza itu selepas kejadian itu menjadi viral di media sosial, memaksa pihak berkuasa mengarahkan perniagaan di premis itu ditutup awal.

Polis mengepung kawasan itu, tetapi orang ramai berkumpul semula selepas tengah malam dan pergaduhan tercetus dengan topi keledar dan barangan lain dilempar kepada satu sama lain.

Sekurang-kurangnya lima orang, termasuk kakitangan media, dilaporkan cedera dalam kejadian itu.

Polis sedang menyiasat beberapa orang kerana kesalahan menghasut, termasuk blogger Papagomo dan ketua bahagian Umno Bagan Datuk Dr Shaikh Hussein Mydin. Setakat ini, hanya aktivis Mohd Ali Baharom didakwa atas tuduhan memfitnah susulan kenyataan yang dibuatnya ketika pergaduhan itu.

Mujahid berkata, orang Melayu perlu sedar, bukan orang Cina yang menjadi punca masalah dan kontroversi yang melibatkan Putrajaya.

"Bukan DAP atau orang Cina yang mendatangkan mudarat kepada negara," katanya, mengambil contoh skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Majlis Amanah Rakyat (Mara) Inc terlebih bayar RM66.2 juta bagi tiga hartanah di Melbourne, dan pelbagai masalah dengan Felda.

Beliau juga menggesa orang ramai memberi tekanan kepada kerajaan untuk menghukum mereka yang mengganggu keharmonian antara kaum dan agama di Malaysia, tanpa mengira siapa mereka.

"Jika seseorang menghasut kebencian dan menimbulkan kekacauan, individu itu mesti dihukum," katanya sambil menyatakan rasa kesal terhadap keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menolak rang undang-undang keharmonian cadangan Majlis Perundingan Perpaduan Negara bagi mengekalkan Akta Hasutan.

Sementara itu, pengerusi pro tem GHB Mohamad Sabu berkata, mainan perkauman pernah dimainkan sebelum ini, terutamanya menjelang pilihan raya, dan menggesa rakyat supaya tidak terperangkap di dalamnya.

Beliau juga menyokong saranan ketua parlimen DAP Lim Kit Siang supaya satu Suruhanjaya Diraja Kebenaran dan Rekonsiliasi ditubuhkan bagi mendedahkan punca sebenar keganasan di Plaza Low Yat.

Sementara itu, ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam Steven Sim, dalam ceramahnya berkata, parti berasaskan Melayu memainkan perasaan takut rakyat bagi mengekalkan kawalannya atas pengundi Melayu.

Katanya, parti tersebut dapat meneruskan kuasa dengan membuat masyarakat percaya yang kepentingan mereka menjadi pertaruhan dan mereka akan kehilangan bahasa, budaya dan agama mereka.

Beliau berkata, gerakan baharu yang dimulakan pemimpin PAS progresif itu, diketuai Mohamad, akan memperkenalkan politik jenis baru yang memberikan keyakinan kepada orang Melayu, bukan menanam sifat takut dalam diri mereka.

"Kami berharap untuk mempunyai politik baharu yang akan memberikan rakyat keyakinan... Tanpa mengira kaum, kita semua dalam kapal yang sama dan kita semua boleh maju bersama," katanya.

GHB, cetusan idea ahli PAS yang progresif, dan disokong kumpulan sivil, sedang dalam proses untuk didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan sebelum ia meneruskan untuk menjadi sebuah parti politik Islam yang baharu, yang berjanji untuk menjadi lebih inklusif, progresif dan terbuka kepada semua kaum.


HARAPAN BARU DI PERLIS




ULASAN GB

Nampaknya PAS kini semacam "bersatu" dengan UMNO menyerang DAP, sekaligus menyerang GHB.

Sebelum ini GHB dituduh dengan pelbagai tuduhan, cacian dan makian kerana masih berbaik-baik dengan DAP. Isu perkauman dan keagamaan dicanangkan untuk membangkitkan kebencian orang Melayu & Islam terhadap DAP.

Namun mujur rakyat sudah membuka mata lebih awal rentak permainan kedua-dua parti tersebut dimana PAS yang sebenarnya telah dipermainkan oleh UMNO BN di dalam isu hudud.

Sehingga kini, bil persendirian yang dihebohkan berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah masih gagal dibentangkan. PAS kini akhirnya menjadi mangsa kepada kebodohan sendiri apabila Bil tersebut lansung tidak dipedulikan oleh kerajaan UMNO BN dan PAS kehilangan rakan yang selama ini banyak membantunya mencapai kemenangan di dalam pilihanraya, iaitu DAP, terutama di kerusi-kerusi pengundi campuran.

GHB mengisi ruang kosong yang ditinggalkan PAS itu, menjalinkan tahaluf siyasi dengan DAP.

Dan apabila itu berlaku, GHB dituduh pula proksi DAP.

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. PAS terus menjadi mangsa perbodohan oleh UMNO BN. GHB pula terus menerima sokongan rakyat, kini bukan sekadar dari kalangan umat Islam tetapi juga bukan Islam kerana parti baharu yang bakal ditubuhkan ini adalah sebuah parti kendatipun berteraskan Islam namun akan membuka pintunya untuk bukan Islam menyertainya asalkan menerima dasar Islam.

SELEPAS DAKWAAN , KELUARGA DSAI DIBENAR MELAWAT HARI INI

Selepas dibantah,keluarga DSAI dibenarkan melawat beliau pada hari ini, ianya diberitahu petang semalam kepada keluarga beliau. Itu pun hanya kaum keluarga terdekat sahaja yang dibenarkan melawat. Iaitu Isteri anak, abang, adik.

Walau pun Mahathir pernah memenjarakan beliau, namun peraturan melawat DSAI di hari raya pertama dibenarkan. Adakah Najib lebih zalim dari Mahathir?
 Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan, Jabatan Penjara Supri Hashim berkata jabatan itu menetapkan perjumpaan khas untuk tahanan penjara yang beragama Islam dengan keluarga mereka sempena perayaan itu pada hari raya ketiga dan keempat.  – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Julai, 2015.

PETIKAN DARI FINANCIAL DAILY: BAGAIMANA JHO LOW DAN PETROSAUDI MENIPU MALAYSIA SEBANYAK 1.8 BILLION TUNAI.

" Kami telah menyiarkan secara terbuka untuk mendapatkan maklumat dan juga laporan yang betul,mungkin yang terakhirnya bagi usaha kami dimana kami akan menyerahkan semua laporan kami kepada penguasa yang menyiasat penyelewengan 1 MBD dan akan menolong melalui berbagai cara yang kami lakukannya semampu mampu."








 

"Kami mempunyai tanggungjawab untuk mencari dan melaporkan kebenaran. Laporan kami mengenai 1MDB telah mendedahkan bagaimana sekumpulan individu - rakyat Malaysia dan orang asing - merancang penipuan berbilion ringgit terhadap rakyat Malaysia.

"Bagaimana boleh tugas yang telah kita lakukan dianggap sebagai konspirasi politik?" soal The Edge dalam nota penerbit bersama dengan laporan itu.

BERGAMBAR: SUMBANGAN DI PERLIS SEMALAM MENCECAH 4500...PETANDA BAIK UNTUK BAKAL PARTI BARU....

 oleh:wrlr
IHSAN GABAR :  Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi,Zainol fakar,
"Tuduhan begitu perkara biasa. Tetapi sehingga sekarang, kami tidak pernah menerima satu sen pun dari DAP. Banyak kedekut ini DAP.
"Kami gunakan dana sendiri untuk program kami," katanya kepada pemberita selepas ceramah GHB di Kangar, Perlis, malam tadi.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dap-kedekut-tidak-pernah-bagi-proksi-sesen-pun-kata-mat-sabu#sthash.IybI7rSE.dpuf

"Tuduhan begitu perkara biasa. Tetapi sehingga sekarang, kami tidak pernah menerima satu sen pun dari DAP. Banyak kedekut ini DAP.
"Kami gunakan dana sendiri untuk program kami," katanya kepada pemberita selepas ceramah GHB di Kangar, Perlis, malam tadi.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dap-kedekut-tidak-pernah-bagi-proksi-sesen-pun-kata-mat-sabu#sthash.IybI7rSE.dpuf


Perlis kecil saja. Ada yang datang untuk menyokong, ada yang nak tinjau, ada yang mahukan pencerahan, ada yang minat Mat Sabu, ada yang mahu bersama rakyat dan membela mereka.


 



Ada juga yang berceramah di belakang membantah GHB. Ada yang perli, "Ambillah gambar bagi nampak ramai."
 
Apa pun, itulah keistimewaan kita. Bersama untuk menumbangkan Umno/BN walaupun berbeza gaya fikir dan persepsi. Itu normal.

Terima kasih kepada kawan-kawan yg membanjiri ceramah GHB di Kangar malam tadi. Terima kasih tak terhingga kerana menghulur sumbangan ke dalam karung hijau kami. Ini angkanya - 4510.

Pohon maaf atas sebarang kelemahan. Maklumlah, kami orang baru.
 
Antara pimpinan yang hadir malam ini termasuk pimpinan PKR dan DAP.

Gerakan Anak Muda sudah menyatakan sokongan mereka untuk Gerakan
#Harapanbaru.

"Tuduhan begitu perkara biasa. Tetapi sehingga sekarang, kami tidak pernah menerima satu sen pun dari DAP. Banyak kedekut ini DAP.
"Kami gunakan dana sendiri untuk program kami," katanya kepada pemberita selepas ceramah GHB di Kangar, Perlis, malam tadi.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dap-kedekut-tidak-pernah-bagi-proksi-sesen-pun-kata-mat-sabu#sthash.IybI7rSE.dpuf

 

"Tuduhan begitu perkara biasa. Tetapi sehingga sekarang, kami tidak pernah menerima satu sen pun dari DAP. Banyak kedekut ini DAP.
"Kami gunakan dana sendiri untuk program kami," katanya kepada pemberita selepas ceramah GHB di Kangar, Perlis, malam tadi.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dap-kedekut-tidak-pernah-bagi-proksi-sesen-pun-kata-mat-sabu#sthash.IybI7rSE.dpuf

Bergambar: GHB mula meraih sokongan meluas di Kelantan

OLEH   : JEBON




Displaying IMG-20150720-WA0002.jpg



Walaupun baru bermula Ramadan lalu, Gerakan Harapan Baharu (GHB) mula mendapat sokongan meluas di Kelantan. Ceramah pertama dalam siri jelajah GHB di Dewan Perniagaan Cina di Kota Bharu malam tadi penuh sesak dihadiri rakyat yang ingin tahu perjuangan sebuah parti yang akan mengambil alih peranan Pas dalam Pakatan Rakyat baharu.

Penceramah utama Datuk Husam Musa tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan. Namun begitu penceramah lain mengutarakan hujah yang hebat bagi memulakan satu perjuangan baharu di bumi Malaysia.

Displaying IMG-20150720-WA0006.jpgAhli parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli berkata, kewujudan GHB sama sekali bukan kerana kekecewaan golongan profesional Pas terhadap kekalahan mereka dalam Muktamar ke 61 lalu tetapi kerana proses kebangkitan rakyat terhalang akibat tingkah laku pimpinan Pas semasa.

“Tak pernah dalam sejarah rakyat sokong parti yang berdiri atas kaki sendiri untuk tumbangkan BN. Setiap parti perlulah bekerjasama (bagi meyakinkan rakyat)

“Sebenarnya proses kebangkitan rakyat diuruskan dengan baik sejak Reformasi sehinggalah apa yang berlaku sekarang,” katanya.

 

Ketua wanita GHB, Dr Siti Mariah Mahmud pula berkata, kewujudan entiti baharu itu lebih kepada ingin mengubah landskap politik negara dan bukannya kerana kecewa dalam pemilihan lalu.

“Nak harap pemimpin yang berintegriti dah tak boleh harap dengan ahli politik sedia ada. Kita kena panggil masuk orang-orang yang ada integriti untuk masuk politik,” katanya merujuk suasana politik BN yang berkecamuk dan kelesuan PR untuk menumbangkan BN.

Adun PAS yang menjadi hero menyelamatkan kerajaan PR Selangor tahun lalu bersama Saari Sungip menyokong pencalonan Dr Wan Azizah, Hasnul Baharuddin pula berkata Pas semakin sempit arah pemikirannya dan tidak sesuai untuk meneruskan perjuangan politik baharu

“Antara kelemahan Pas hari ini adalah perbezaan pendapat merupakan satu dosa,” katanya.

 
Sementara itu, koordinator GHB Pahang Dr Hamzah Jaafar menyindir kerajaan Kelantan yang masih terkial-kial mengatasi masalah perumahan selepas banjir tetapi berkeras ingin melaksanakan Hudud.

“Isu banjir tak selesai lagi mereka dah nak bawa isu Hudud. Di peringkat nasional kerajaan BN semakin teruk. Negara dah banyak hilang duit. 1MDB saja RM42 bilion. Lepas tu RM52 bilion saham bumiputera juga habis. Sebab apa? Sebab BN dah lama sangat berkuasa. Ini yang kita mahu tentang,” katanya.

 
Ceramah perdana itu juga turut menjemput Datuk Wan Rahim yang mengupas isu perumahan rakyat Kelantan dan menekankan bahawa Pas bukan akidah. Oleh itu, tidak salah bertukar perjuangan kepada GHB. Peguam terkenal Zaid Ibrahim pula muncul di pentas mengajak rakyat memberi sokongan kepada GHB yang akan meneroka dimensi baharu politik Melayu.







APA KENA MENGENA DENGAN JUSTO DALAM PELBAGAI ISU SENSITIF DI NEGARA KITA??!!





 


Kalangan yang membesarkan kes justo di Thailand adalah terdiri daripada golongan minda lemah!! Kes 1mdb tiada kaitan dengan justo dan Perdana Menteri harus menjawab banyak persoalan yang belum terjawab!!

Suatu masa dahulu yb datuk ahmad maslan (timbalan menteri kewangan) kata kementerian kewangan tidak pernah keluarkan surat 'jaminan' untuk 1mdb meminjam wang tetapi akhirnya beliau didapati membohongi parlimen serta dihadapkan kepada jawatankuasa disiplin parlimen untuk memohon maaf.

Apakah isu yb datuk ahmad maslan ini ada kena mengena dengan justo??!! Tiada kaitan pun dengan justo!!

Perdana Menteri kata kononnya tak kenal jho low tetapi ada gambar dato sri najib, datin sri rosmah serta anaknya riza aziz bersama jho low.

Apa kaitan ini dengan justo??!! Ada kena mengena kah dengan justo??

Dato sri najib kata jho low tiada kaitan dan tak pernah terlibat dengan syarikat 1mdb tetapi akhirnya mahkamah london mengaitkan jho low mewakili 1mdb membida untuk beli sebuah hotel di london.

Apa kena mengena isu ini dengan matlumat justo??!!

Perdana Menteri membohongi parlimen kata sebahagian duit yang ditebus dari kepulauan caymen sejumlah usd1.103 billion disimpan di bank BSI singapura akhirnya didapati tidak benar serta 1mdb beri dokumen palsu. Monetary Authority Singapore dah pun siasat!!

Ini pun ada kaitan ke dengan matlumat palsu justo??!! Tidak ada kena mengena pun!!

Duit usd700 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi dato sri najib; apakah ini juga dengan matlumat palsu justo??!!

Isu ini tidak ada kaitan langsung dengan matlumat justo!!

Sejumlah wang tunai rm2 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi datin sri rosmah; apakah ini ada kaitan dengan justo??!!

Justo kah yang bagi matlumat ini??!! Tak ada kena mengena pun!!

Banyak lagi isu-isu yang dato sri najib harus jawab secara jujur, ikhlas, telus dan secara mudah difahami rakyat mengenai berbagai perkara yang rakyat nak tahu. Apa susah sangat dengan dato sri najib untuk memberi jawapan secara mudah bagi memberi pencerahan kepada keseluruhan masyarakat di negara kita??!!

Tolonglah jangan jadikan isu justo untuk mengalih pandangan rakyat. Kini, mentaliti rakyat lebih bijak daripada pemikiran segelintir dari menteri-menterikabinet kita!!

Isu justo yang sedang diperbesarkan itu hanya menjadi bahan tertawa rakyat saja!! Sesungguhnya, rakyat tidak bodoh dan putrajaya akan gagal untuk terus memperbodohkan keseluruhan warganegara malaysia!!

Isu justo akan gagal untuk mengalih pandangan rakyat malaysia terhadap persoalan pokok skandal syarikat 1mdb. Jangan risau!! Banyak isu-isu sensitif yang sedang melanda negara kita masakini tidak ada kena mengena langsung dengan justo!!

Khairuddin Abu Hassan

APA KATA GHB APABILA ULAMAK PAS MENGHENTAM MEREKA.

 

 

 

 

 OLEH: GREENBOC

Semakin Dihentam GHB Semakin Kuat & Semakin Mendapat Sokongan


Cerminan siasah Islam Oleh K Pragalath

Syawal menjelma dan Muslimin seluruh dunia menyambut Aidilfitri.Bagi penulis, Ramadan 1436 memang membawa pengertian besar dalam perkembangan siasah Islam.

Satu kumpulan pimpinan ulama dalam aktiviti siasah bertembung dengan kumpulan bukan ulama dengan pendekatan Islam syumul.

Perkara yang menarik perhatian penulis ialah bahasa yang digunakan oleh kedua-dua pemimpin kumpulan ini. Ya, bicara hari ialah berkenaan kepimpinan PAS dan kumpulan bukan kerajaan, Gerakan Harapan Baru (GHB).

Kepimpinan PAS melemparkan pelbagai tuduhan terhadap GHB tanpa sedikitpun mempedulikan kesucian bulan Ramadan dan Islam.

Para pemimpin GHB mempertahankan pendirian dengan kata-kata yang lebih manis.

Penyokong tegar boleh menyatakan bahawa kumpulan GHB ialah kumpulan yang kalah dalam pemilihan muktamar. Persoalannya, bagaimanakah kumpulan ulama menghalalkan penggunaan senarai cai?

Dan mengapakah jawatankuasa disiplin tidak mengambil tindakan terhadap pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang menjalankan kempen memburukkan calon menerusi protes di depan ibu pejabat agung PAS dan kempen fitnah di dalam ruang siber?

Berbalik kepada isu bahasa, berikut adalah di antara petikan ayat dan kata-kata yang digunakan oleh kedua-dua PAS dan GHB.

Jelas sekali parti baru yang bakal ditubuhkan ini tidak berteraskan ajaran Islam yang sebenar tetapi ajaran yang selari dengan gagasan Muslim progresif.

Dengan gagasan pemikiran yang didukung itu, parti baru ini akan disenangi oleh Sisters in Islam, Lawyers for Liberty, Comango, pendukung LGBT dan DAP sendiri.

Petikan di atas ialah kata-kata Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Mohd Zuhdi Marzuki. Zuhdi turut membuat tuduhan bahawa GHB akan memperjuangkan 'Islam ala Amerika'.

Pengarah pilihanraya PAS, Mustafa Ali pula menuduh GHB sebagai 'proksi' DAP.

Ketua Penerangan PAS Nasrudin Tantawi pula melabel penyokong GHB 'melakukan pengkhianatan' kepada PAS.Ahli jawatankuasa PAS pusat Zaharudin Mohamad pula menyifatkan sokongan setiausaha agung PKR Rafizi Ramli terhadap GHB sebagai kurang ajar.

"Rafizi jangan campur urusan PAS. Nampak Rafizi ini gelojoh seperti orang terkencing sebelum sampai tandas.

"Selagi GHB belum keluar PAS dan belum bercerai rasmi, maka kenyataan Rafizi saya anggap campur tangan dan kurang ajar.

"Dr Mujahid Yusof Rawa, ahli parlimen Parit Buntar dan ahli jawatankuasa GHB membalas secara bersahaja.

"Sekiranya mereka tidak melihat kami sebagai ancaman, maka mereka tidak perlu memberi kenyataan atau bertindak balas terhadap GHB. Saya tidak faham apa itu Islam ala Amerika dan apa yang dimaksudkan dengan menyokong LGBT.

"Saya tidak boleh memberi komen terhadap imaginasinya."Para pembaca boleh melihat kesantunan bahasa kedua-dua kumpulan.Penulis yakin semua agama melarang keceluparan seperti mana yang ditonjolkan ini.

Tepuk dada, tanyalah selera siapa yang sewajarnya menjadi wakil agama Islam. -beritadaily




Apa Kata Anak Ust Fadzil Nor Yang Pro-Ulama

Sebagai pemerhati diluar, berpandangan daripada duk bergaduh dgn kawan kawan datam yang sama parti dulu, biarlah mereka nak tubuh parti baru dan doakan mereka.

Janganlah tuduh pengkhianat ka apa apa yang berbau istilah mencela. Sempena raya simpanlah siku dan tutut dulu. Perkara ini tidak melibatkan akidah atau pembatalan iman.

Imam Tahawi pernah bermazhab Syafie kemudian berpindah kepada mazhab Hanafi dan berjaya datam kerjaya beliau. Berbaiklah dan bekeriasama datam berbuat kebaikan.

Sayang semua muslim
Fauwaz Fadzil Noor




Harapan Baru, serupa tapi tak sama:

1. Parti2 serpihan Pas sblm ini hanya ditubuh oleh beberapa orang pemimpin Pas yg kecewa dgn dasar atau keputusan politik Pas spt isu pemecatan Dato Mat Nasir sbg MB, krisis Dato Asri , CCC dll,

2. Semua parti serpihan ini bersifat mesra UMNO dan menentang Pas secara total dlm praya. Harapan Baru pula:

1. Akan meneruskan semua dasar dasar Pas termasuk memperjuangkan hukum hudud,

2. Tidak berlawan secara total dgn Pas, BN masih menjadi musuh politik utama

3. Menggantikan Pas dlm pakatan politik pembangkang, Pas semenjak 1990 telah menerima konsep persefahaman antara parti pembangkang, konsep ini perlu diteruskan kerana terbukti berjaya menggugat kekuatan BN,

4. Penubuhan Harapan Baru tidak dibina atas rasa kecewa dlm pemilihan Pas, sebaliknya atas prinsip perjuangan yg wajib diteruskan, bila ruang2 perjuangan telah ditutup rapat oleh manusia2 suci dlm Pas, maka satu laluan baru mesti dibina utk meneruskan perjuangan lama.

5. Harapan Baru didokong oleh lebih separuh drp pemimpin lama Pas samada di peringkat Pusat dan juga Negeri dan diterima baik oleh 80% penyokong dari jumlah lebih 3 juta penyokong PR, mereka hanya ditolak oleh 80% drp hanya 1200 perwakilan Pas yg memilih secara chai.



Ahli, pimpinan PAS tak perlu bimbang dan marah kepada #HarapanBaru

Penubuhan wadah baru sudah tidak dapat dielakkan. Ianya merupakan natijah daripada kemelut dalaman PAS yang tidak diurus dan ditangani secara bertanggungjawab.

Tiada siapa boleh memusing jarum jam untuk kembali ke masa yang telah berlalu.

Kepada yang kekal dalam Pas, anggaplah parti anda berada dalam keadaan selamat sekarang. Tiada lagi ancaman pengaruh fikrah luar yang mengganggu asholah perjuangan Pas. Tiada lagi pengkhianat. Tiada lagi golongan tak jelas fikrah. Parti anda sangat suci dan bersih sekarang. Bergembiralah dan bersyukurlah.

Anda tidak perlu bimbang dan marah. Presiden anda sangat pasti, wadah baru hanya boleh bertahan paling lama 2 tahun. Tempoh itu tidak lama. Anda tidak perlu risau apa-apa. Yakinlah dengan telahan Presiden anda. Dia tidak buat sebarang salah dan silap sebelum ini. Semuanya benar belaka.

Bagi yang memilih wadah baru, ketahuilah anda telah memilih jalan yang sangat sukar. Maka, pilihlah dengan ilmu dan kesedaran. Bukan kerana marah. Bukan kerana kecewa. Anda perlu memilih jalan ini kerana keyakinan dan harapan yang tinggi. Anda perlu memilih jalan ini kerana anda yakin anda benar. Jangan ada sebab lain.

Peluang untuk berjaya ada, tetapi laluannya tidak mudah. Kalau anda sudah biasa berkorban sebelum ini, ada perlu lebih banyak berkorban kali ini.

Kalau anda biasa dengan celaan dan kata nista sebelum ini, anda akan mendengar lebih banyak lagi kali ini. Pertingkatkan kesabaran kalian.

Kalau anda biasa bangun malam bermunajat kepada Allah sebelum ini, anda perlu lebih banyak mendekatkan diri dengan Allah kali ini.

Ujiannya pasti lebih getir. Celaan pasti lebih pedih. Kepayahan pasti lebih sukar.

Selamat berjuang. Seeru alaa barakatillah.

Abu Mubarak


ULASAN GB

Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan, demikianlah sunnatullah, semakin dihentam, dicaci dan difitnah, ia akan menjadi semakin utuh dan kuat.

Dan hukum kebenaran dan keadilan menetapkan, bala bencana itu menimpa tidak lain kepada orang yang memfitnah dan mencaci maki itu.

Meminjam syair Arab yang dipopularkan oleh mereka juga,

Biar anjing dan serigala menyalak, kabilah berjalan terus, #GHB akan tetap ditegakkan dan perjuangan akan tetap diteruskan!

Rakyat Kelantan, jangan lupa program malam ini!



Pas paranoid: Dulu kutuk DAP, sekarang hentam PKR punca perpecahan

Oleh:    PUKUL CANANG

Mungkin tiada pihak yang akan bersekutu dengan Pas selepas menantu Presiden Hadi Awang, Zaharudin Mohamad mengecam Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli sebagai kurang ajar apabila menyokong penubuhan platform Gerakan Harapan Baharu yang dikepalai Mat Sabu.
 


Ahli Majlis Syura Ulama itu marah kerana Rafizi menyokong GHB walaupun ahlinya masih belum meninggalkan Pas.

“Selagi Gerakan Harapan Baru belum keluar PAS dan belum bercerai rasmi, maka kenyataan Rafizi saya anggap campur tangan dan kurang ajar," kata Zaharudin dalam akaun  facebooknya.


 

Menurut logik, tiada istilah kurang ajar dalam hubungan bekas ahli Pakatan Rakyat apabila Majlis Syura Ulama Pas awal Julai lalu menerima keputusan Muktamar Pas ke 61 untuk ‘menceraikan’ DAP. Sehubungan itu PR secara rasminya terbubar.
 

Sekali dibubarkan DAP ketika memutuskan kesemua hubungan dengan Pas; kali ini Pas pula mengambil jalan serupa. Oleh kerana PR telah pun bubar maka parti-parti di dalamnya bebas untuk memilih sekutu. Pas bebas untuk bekerjasama dengan siapa pun malah bergabung di dalam BN. Maka PKR juga bebas untuk menyokong kumpulan serpihan Pas.

Jadi broker kuasa

Mengapakah seorang yang berilmu agama seperti Zaharuddin tidak mampu memahami logik tersebut? Menuduh Rafizi kurang ajar samalah seperti menyerang PKR yang akan mengundang serangan balas daripada parti itu.

Tindakan Zaharudin semakin pelik apabila cuba memainkan peranan sebagai broker kuasa dan menyifatkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali adalah pro Pas. Katanya, pandangan Rafizi berbeza dengan Menteri Besar Selangor .

"Berdasarkan Kajang Move, saya tidak nampak ini keputusan PKR atau Rafizi sendiri kerana itu adalah game kumpulan Rafizi yang di’mastermind’kan dan diwarnai Rahim Ghouse, seorang tegar IRC.

"Sebab itu kenyataan mereka sering tidak sehaluan dengan Azmin dan lain-lain," tulis Zaharudin.

Walaupun hanya di Facebook namun tindakan Zaharuddin ini kelihatan melampau. Sebagai pegawai agama di sebuah anak syarikat kerajaan negeri Selangor, beliau tidak wajar berperi laku sedemikian. Krisis Pas tiada kena mengena dengan PKR.

Sebelum ini Pas menuduh Dap cuba menguasai parti itu. Masalah Pas berpunca dari dalam dan bukan dari mana-mana parti sekutu. Pas sedang diisolasi oleh sekumpulan penasihat Hadi yang kurang cerdik. Mereka cuba menjadikan Pas seperti Umno yang  dominan dalam kerajaan.

Umno dikenali oleh ahli komponen BN sebagai pembuli dan semua keputusannya wajib dituruti. Pas dengan 1.3 juta keahlian juga mahu PKR dan DAP mengikut kehendak mereka.

Sedangkan hakikatnya Pas tidak mempunyai kualiti pemimpin yang mampu mencerna masalah negara. Pas menekan lahirnya tokoh seperti Rafizi atau Tony Pua dalam parti itu. Manakala pemimpin yang mampu menggerakkan massa seperti Mat Sabu, Husam atau Mujahid bukanlah dalam kalangan ulama.

Ulama pula mendengki golongan profesional. Lalu timbullah tuduhan sebagainya didakwa Zaharuddin kononnya puak profesional telah dihasut PKR untuk menghijack Pas.

Tiada bukti

Kononnya pemimpin PKR Rafizi dan Dr Rahim Ghouse yang pernah menganggotai Islamic Representative Council (IRC) - ditubuhkan di United Kingdom oleh pelajar Malaysia yang berbeza pandangan dengan PAS - bertanggungjawab menghuru-harakan parti itu.

Tuduhan mengarut tanpa bukti dan mentaliti bersangka buruk terhadap rakan gabungan itu adalah sebab utama pemimpin profesional meninggalkan Pas.

Siapakah yang akan berkawan dengan Pas selepas ini? Parti yang tidak stabil dan dibarisi oleh sekumpulan pemimpin yang paranoid. Semua orang tidak boleh dipercayai dan tidak mempunyai keperibadian suci seperti mereka.

Sehinggakan sikap tidak bermusuh Azmin yang memberi peluang kepada exco Pas untuk terus berada dalam kerajaan Selangor pun dianggap sebagai pro Hadi dan anti DAP. Malah kumpulan ustaz muda Pas bertindak lebih jauh dan kini mencuba untuk  memecahkan PKR kepada dua, antara puak Rafizi dan Azmin. Dengan harapan puak Azmin menghijack PKR dan mengumumkan Pakatan Rakyat Baharu dibentuk antara PKR dan Pas

Jika beginilah sikap Pas maka bukan sahaja DAP dan PKR akan menjauhi mereka malah rakyat pun tidak akan mendekati parti itu. Sikap adu domba Pas sama buruk dengan Umno walaupun ditadbir kalangan ustaz.

Semakin biul

Mereka sanggup memfitnah PKR menjadi punca Pas berpecah. Sedangkan Mat Sabu dan rakan-rakan beliau tidaklah sebodoh yang disangka Zaharudin. Mat Sabu telah berjuang dalam Pas dan berkali-kali ditahan ISA ketika Zaharudin masih lagi berhingus.

Rafizi juga masih di sekolah rendah ketika Mat Sabu mula melawan kerajaan BN. Adakah seorang tokoh yang berwibawa seperti itu dengan mudah dihasut Rafizi dan Dr Rahim Ghouse? Malah ketika Anwar dalam Umno, Mat Sabu adalah penentang tegar Anwar.

Tokoh yang telah teruji dengan ISA tidak akan beralih arah atau termakan hasutan oleh sekumpulan anak muda dari PKR. Sebaliknya jika Zaharuddin yang diISAkan maka berkemungkinan besar beliau tidak akan bersama Pas  hari ini, malah mungkin tidak mahu menjadi menantu Hadi Awang.

Sesungguhnya perpecahan Pas hari ini adalah kerana golongan pejuang sejati dicampak keluar dan parti itu dipimpin oleh golongan ustaz manja tetapi cuba menunjuk pandai. Kelemahan Hadi yang tidak mengikuti perkembangan politik – seperti kata bekas penasihatnya – cuba digunakan oleh ustaz muda ini demi kepentingan mereka.

Hadi pada awal 2000 menerima nasihat daripada Mustafa Ali, ustaz Abu Bakar Chik, ustaz Haron Taib dan beberapa orang lain yang mahir dalam sepak terajang politik. Namun apabila Zaharuddin mula mendapat kedudukan penting dalam Pas, dapat dilihat Hadi mula enggan mengikut landasan perjuangan yang dirintis oleh para penasihat terdahulu.

Hadi melanggar dasar yang diasaskan oleh Fadzil Noor dan Nik Aziz demi mendengar kata-kata ustaz muda berkenaan . Hadi sanggup berbaik-baik dengan Umno hanya kerana golongan ustaz itu mahu jalan pintas ke puncak kuasa.

Masuk perangkap

Puak profesional yang rata-rata lebih 20 tahun  pengalaman melawan Umno sedar ustaz muda telah masuk perangkap. Mereka tidak akan berjaya dalam apa jua kerjasama dengan parti sekular yang merampas hak rakyat menjadi milik peribadi. Oleh kerana itu profesional meninggalkan perjuangan Pas yang kelihatan semakin sia-sia.

Hanya takdir dan waktu akan memperlihatkan kepada rakyat siapakah yang berjaya dan puak manakah yang terkena. Kalau ustaz muda terkena, Umno enggan meluluskan Hudud di parlimen, maka imej Pas akan tercalar teruk dan parti itu akan runtuh.

Jika demikian, maka para ustaz inilah yang terlebih dahulu akan terbang keluar; berniaga, bekerja dengan kerajaan, menjadi pendakwah bebas dan sebagainya. Pas akan terbiar. Jika dahulu wujud puak Mat Sabu yang tekun bekerja, selepas ini Pas akan merudum kerana puak ulama sibuk dengan urusan keluarga masing-masing.

Clare: Saya sedang dicerca kerana mendedahkan kebenaran

Putrajaya berusaha keras untuk mengalihkan perhatian orang ramai dari skandal 1MDB dan hubungannya dengan Najib, kata pengasas Sarawak Report

KUALA LUMPUR: Pengasas laman Whistle-blower Sarawak Report yang Clare Rewcastle Brown berkata beliau hanya menjalankan tugasnya dan menyampaikan fakta-fakta untuk pembaca pintar di Malaysia dengan mendedahkan salah laku dalam 1MDB.

  Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan baru-baru ini yang telah dikaitkan Clare dan Sarawak Report didakwa mengganggu dokumen yang berhubungan dengan 1MDB.

   Beliau telah dituduh bersubahat dengan pembangkang terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan memalsukan dokumen 1MDB.

   Pada hari Khamis, polis Thai mendakwa bekas pengarah PetroSaudi International Xavier Andre Justo - yang berada dalam jagaan mereka untuk memeras ugut bekas majikannya - telah bertemu dengan kira-kira 10 orang untuk menjual dokumen berkaitan dengan 1MDB dan PetroSaudi.

   Clare dikatakan salah seorang daripada mereka, bersama-sama dengan orang-orang Umno, pemimpin-pemimpin pembangkang dan wartawan Malaysia atau bos media.

   Pada hari yang sama, bekas wartawan Sarawak Lester Melanyi mendakwa dia mengambil bahagian dengan plot terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib oleh Sarawak Report dan pembangkang, didakwa memalsukan dokumen yang berhubungan dengan 1MDB.

   Sarawak Report telah menafikan apa-apa plot dan mempersoalkan kredibiliti Lester dengan berkata bahawa dia telah dibayar untuk membuat tuntutan tersebut.

   Apabila Berita Daily bertanya Clare untuk bertindak balas kepada dakwaan ini melalui temu bual e-mel, warganegara UK kelahiran Malaysia itu berkata ini adalah cubaan Putrajaya untuk mengalihkan perhatian orang ramai dari skandal 1MDB dan hubungannya dengan Najib.

   "Mereka cuba untuk mengalihkan perhatian daripada jenayah; mereka cuba untuk memburuk-burukkan dan mencemar nama baik mereka yang telah mendedahkan dan mereka agak jelas dalam taktik ini dalam proses itu," katanya.

  "Saya rasa mereka cuba untuk mewujudkan gangguan dan untuk menjatuhkan saya melalui media yg mereka kuasai," tambah beliau.

   "Mereka telah menggodam saya dan saya rasa mereka boleh terus mencuba untuk membayar orang untuk mengatakan barangan. Tetapi, saya hanya akan melakukan kerja saya dan membentangkan fakta-fakta untuk pembaca pintar di Malaysia," tambah beliau.

   Apabila ditanya mengenai pertemuan yg dikatakan beliau dengan Justo, Clare enggan mengulas mengenai perkara itu.

   "Apa ada kaitan dengan orang Thai dan penyiasatan mereka sebagai ancaman pemerasan mendakwa dan / atau kesalahan imigresen didakwa oleh Encik Justo ?," tanya beliau.

   "Mengapa saya akan bekerja dengan mana-mana orang-orang ini - tetapi sama ada saya hubungi ahli-ahli politik Malaysia dan tokoh masyarakat, ya saya berbuat seperti mana-mana wartawan lakukan," katanya.

   Beliau menambah bahawa dia bukan orang yang bertanggungjawab atas kehilangan berbilion-bilion wang pembayar cukai Malaysia.

   "Fakta perkaranya ialah setiap yang telah saya lakukan bukanlah di bawah siasatan.

   "Satu-satunya sebab saya yang dimaki-maki dan diburu oleh orang-orang yang terlibat dalam kehilangan wang ini ialah saya telah mendedahkan aspek yang jelas muncul sebagai satu jenayah yang besar," kata Clare.

  "Saya merasakan bahawa jika Umno mengambil jalan keluar seperti yg tidak masuk akal ini, maka mereka mustahil untuk menentang isu-isu yang mereka hadapi keatas skandal 1MDB," kata beliau beritadaily