Pemuda PAS wajib hadir perhimpunan rakyat Sabtu ini, kata Salahuddin
OLEH: WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI
Beliau membuat arahan khas kepada ahli Pemuda seluruh negara supaya menyertai perhimpunan aman itu bagi memberi kesedaran kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan menjalankan pilihan raya secara telus.
Perhimpuanan aman anjuran (Bersih) itu akan diadakan di Dataran Merdeka, Sabtu 10 November ini, bermula jam 3 petang.
Beliau mengingatkan ahli Pemuda PAS seluruh negara, kehadiran dalam perhimpunan aman itu amat penting jika mereka benar-benar ahli Pemuda PAS dan mahu meneruskan perjuangan dalam Islam.
"Buktikan yang kita cintakan keadilan serta keamanan," tegasnya.
Menurut beliau, jika sami-sami Buddha di Burma (Myanmar) sanggup berdemonstrasi di jalan raya untuk menuntut keadilan tidak ada sebab bagi Pemuda PAS tidak hadir dalam perhimpunan aman itu.
Beliau mengingatkan Pemuda seluruh negara supaya berani dalam menghadapi apa sahaja cabaran dan halangan dan tidak perlu gentar amaran atau ugutan daripada pihak polis.
Dalam masa yang sama beliau turut mengingatkan seluruh Pemuda PAS supaya tidak melakukan sebarang provokasi dan mematuhi segala arahan daripada pihak .
.Gesaan ini berpatutan kerana setakat ini didapati pemuda PAS kebanyakkannya jika disebut demontrasi, berbagai alasan diberikan.Antaranya “tidak mendapat arahan dari Tok guru”,”Tidak mendapat arahan dari Presiden”,”Kita ikut arahan Tok guru”, malah jika di ikut keseluruhan ahli PAS, lebih ramai yang akan hadir tanpa alasan.
”Jika kakitangan professional sangup hadir untuk demontrasi aman, apalah sangat kumpulan bawahan, pekerja biasa yang tidak punya majikan,” demikian jelas salah seorang yang akan hadir di acara tersebut.
http://www.wrlr.blogsports.com/
BERSAMA PIMPINAN BA DI DATARAN MERDEKA.
AYUH RAKYAT MARHAEN
AYUH KITA BERHIMPUN SECARA AMAN
AYUH AYAH , IBU,KAKAK,ABANG,ADIK,MAHASISWA,PEKERJA BIASA,PEGAWAI BESAR……..????????????????,PEGAWAI KECIL
AYUH …..AYUH………AYUH…………….
KITA BUKAN MENDERHAKA……KEPADA SERI PADUKA
KITA TUNTUT HAK KITA……………
JIKA DI BURMA
PARA SAMI MENGANJURKAN DEMONTRASI…….
JIKA DI BURMA…….RAKYATNYA BERANI……..
KITA JUGA BISA MELAKSANAKANNYA DEMI SEMUA…..
AYUH ANAK MAHASISWA
AYUH ANAK-ANAK MUDA
AYUH IBU-IBU, BAPA-BAPA
AYUH SEMUA LAPISAN PEKERJA………
BUKTIKAN KITA ADALAH RAKYAT YANG MERDEKA.
Agenda Ekonomi Malaysia:
Gagasan Pembangunan
Oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim
Di saat Malaysia menyambut 50 tahun kewujudannya sebagai sebuah negara merdeka kita perlu berdepan dengan persoalan yang paling getir. Mengapakah pada tahun yang penuh dengan acara sambutan gemilang, Malaysia sebenarnya telah menjadi sebuah negara Asia kelas ketiga? Beranikah kita berdepan dengan hakikat tersebut?
Kita terlalu diajak supaya asyik berpesta, terutama di kalangan generasi muda. Wacana bebas dihalang dan media dikongkong oleh golongan kaya yang menjaga kepentingan kelompok kecil penguasa. Malah iklim dan persekitaran bebas yang seharusnya tercerna dari ikrar keramat kemerdekaan diganti dengan puluhan undang -undang yang mengikat rakyat, mahasiswa dan pekerja, meneruskan strategi nakal penjajah membendung kebebasan dan kegiatan rakyat.
Justeru itu, sempena ulang tahun hari keramat negara merdeka kita sewajarnya merenungkan dengan akal fikiran terbuka sejajar dengan semangat bangsa merdeka dan bermaruah. inilah juga menjadi intipati Pemasyhuran Kemerdekaan 31 Ogos 1957dan paksi gagasan negara Malaysia 1963- mencipta negara liberal dan demokratik; menjunjung perlembagaan dan keluhuran undang-undang; menjamin kebebasan dan keadilan untuk rakyat.
Dasar utama yang diikrarkan dalam Permasyhuran Kemerdekaan tersebut adalah:
•Menjamin hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat;
•Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen:
• Negara yang Merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa:
PRESTASI EKONOMI MALAYSIA
Ketika ini pendapatan per kapita rakyat Malaysia ialah AS $6,244 (RM21,500) setahun, satu prestasi membanggakan berbanding kebanyakan negara membangun. Tetapi pada waktu yang sama, pendapatan per kapita rakyat Singapura adalah AS$30,810 (RM106,000) lima kali ganda daripada pendapatan rakyat Malaysia. Pada akhir tahun1970-an pendapatan rakyat kedua-dua negara adalah lebih kurang sama. Mengapakah jurang tersebut begitu lebar? Ada yang akan mejawab hambar bahawa kita tidak boleh membandingkan Malaysia dengan Singapura kerana republik tersebut hanya sebuah pulau kecil yang penduduknya hanya 4 juta. Jika begitu mari kita bandingkan pendapatan rakyat Malaysia hari ini dengan pendapatan rakyat Korea Selatan dan Taiwan. Penduduk Korea Selatan sekarang adalah 48 juta dan Taiwan pula adalah 23 juta.
Pada tahun 1970-an rakyat kedua-dua negara adalah lebih miskin daripada rakyat Malaysia. Tetapi pada hari ini pendapatan rakyat Korea Selatan adalah AS$19,200 (RM66,000) dan Taiwan pula adalah AS$15,271 (RM52,700), iaitu dua hingga tiga kali ganda lebih tinggi daripada pendapatan rakyat Malaysia. Ini berbeza dengan kecenderungan pemimpin negara membandingkan kehebatan negara dengan negara paling daif di Afrika atau negara-negara yang terus dilanda keganasan atau peperangan.
Apakah mungkin diengkari kenyataan bahawa rakyat Singapura adalah 500% lebih kaya dari rakyat Malaysia, dan rakyat Korea Selatan dan Taiwan adalah 300% lebih kaya dari rakyat Malaysia? Apakah tidak mengaibkan kita dari negara yang mencatat keuntungan hasil minyak melimpah sebanyak RM 70 bilion setahun, tewas teruk dengan negara-negara yang ketandusan sumber asli? Malah lebih parah lagi manakala diselidiki kesan kepada rakyat terbanyak, dari segi kenaikan harga minyak, kos barang yang meningkat, mutu pendidikan dan kesihatan yang kurang memuaskan, masalah perumahan rakyat, jurang kaya miskin yang kian melebar, serta keperitan hidup masyarakat miskin bandar, desa di Semenanjung dan kawasan pendalaman di Sabah dan Sarawak
Inilah kenyataan pahit yang perlu kita terima tatkala merayakan 50 tahun kemerdekaan. Jepun berada di kelas pertama; Singapura, Korea Selatan dan Taiwan di kelas kedua; dan Malaysia bersama yang lain di kelas ketiga. Sekiranya aliran ini tidak disekat dan diterbalikkan, jarak ekonomi antara Malaysia dengan negara-negara Singapura, Korea Selatan dan Taiwan akan semakin lebar. Bahkan di rantau Asia sendiri China muncul sebagai naga ekonomi baru; dan India juga bergerak kencang terutama dalam bidang teknologi maklumat. Keyakinan pelabur berserta pengurusan ekonomi dan perencanaan bijak mampu mencipta kejayaan; umpamanya prasarana sederhana di Bangalore dan Chennai telah memperoleh pengisian melalui pelaburan besar menjangkau angka puluhan bilion ringgit. Mereka telah jauh meninggalkan Cyberjaya dengan prasarana megah dengan kos berbilion ringgit yang dibina oleh para kroni tetapi tidak bermaya malah malap dari segi pelaburan. Vietnam kini bergulir sebagai kekuatan ekonomi baru memperhebat daya saing mereka.
Persoalannya sekarang adalah apa yang perlu kita lakukan untuk merobah aliran sedemikian? Ini adalah satu tuntutan patriotik setiap rakyat prihatin. Kelembaban ekonomi, dengan dasar ekonomi yang terus tertumpu kepada beberapa projek mega di utara dan selatan dikhuatiri akan memenuhi tembolok kelompok kecil keluarga dan kroni penguasa tidak akan menjamin kesejahteraan rakyat. Jika negara terus dibiarkan lemah dan ekonomi laih dan lesu mutu hidup rakyat juga akan terjejas.
DASAR EKONOMI BARU: SATU PENILAIAN
Sejak lebih tiga dekad yang lalu ekonomi Malaysia bergerak di atas landasan Dasar Ekonomi Baru (DEB), satu dasar yang bertujuan untuk menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum dan pengagihan kekayaan negara secara seimbang antara kaum. Justeru kerana DEB menekankan keadilan sosial tatkala ianya digubal maka saya, ketika itu seorang mahasiswa dan saya yakin majoriti rakyat, mendukung pelaksanaannya. Masyarakat Bumiputera ketika itu gelisah kerana keselesaan hidup yang dijanjikan tatkala negara mencapai kemerdekaan kekal sebagai slogan. Penyertaan mereka dalam sektor industri dan perdagangan amat kecil sekali. Ini dirumitkan dengan kekurangan jumlah mereka dalam bidang profesional. Maka tindakan tegas pemerintah untuk melaksanakan dasar serampang dua mata: membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat dilihat sebagai langkah positif.
Kita tidak menafikan kenyataan bahawa DEB telah menghasilkan mobility sosial untuk kaum Bumiputera. Paling jelas kesannya adalah dalam bidang pendidikan, termasuk dalam bidang matematik dan sains melalui pemberian biasiswa kepada pelajar-pelajar miskin dan dari luar bandar.
Pelaburan pendidikan tinggi untuk Bumiputera di bawah DEB, termasuk dengan penghantaran pelajar-pelajar ke luar negara, dari awal 70-an, 80-an dan 90-an bagi pelajar-pelajar Bumiputera yang cemerlang telah berjaya melahirkan golongan profesional dan berketerampilan dalam pelbagai bidang.
Walau bagaimanapun, setelah sekian lama matlamat asal DEB untuk mencapai keadilan sosial dan memupuk semula perpaduan nasional dikaburi. Dasar itu disalahgunakan untuk memuaskan nafsu segelintir pemimpin-pemimpin UMNO, keluarga, kroni dan rakan-rakan mereka di kalangan pimpinan MCA dan MIC untuk membolot saham, kontrak dan program penswastaan. Dasar ini juga telah membuka ruang yang lebih luas kepada rasuah dan lain-lain jenayah kewangan serta penyalahgunaan kuasa. Prosedur tender, penilaian terbuka dan telus dalam soal penswastaan, pengagihan saham diketepikan atas alasan melaksanakan DEB untuk kepentingan Bumiputera. Walhal jika disenarai jumlah peruntukan dan keuntungan yang diraih oleh kelompok penguasa UMNO, biasiswa sepuluh ribu ringgit seorang berbanding puluhan bilion ringgit pengagihan saham, permit import AP, puluhan bilion kontrak bagi satu syarikat keluarga, berbilion ringgit keuntungan oleh syarikat penswastaan ternyata dasar tersebut lebih merupakan kesempatan kelompok kecil mengaut dan menggondol kekayaan yang banyak atas nama Bumiputera. Kaedah pembahagian tidak telus dan berlegar di kalangan kelompok tertentu.
Akibatnya ialah bebanan rakyat semua kaum termasuk bumiputera. Rakyat terpaksa membayar harga tinggi kerana kos elektrik, air dan tol jalan yang meningkat.Sebaik bantahan dibangkitkan, keputusan pimpinan kerajaan pasti memihak kepada syarikat besar yang mewakili kepentingan mereka. Yang dikira keterlaluan adalah manakala anak menteri dan jutawan turut mendapat biasiswa sementara anak guru dan petani diberi pinjaman. Pangsapuri mewah memberikan potongan 7 peratus buat jutawan Bumiputera manakala ratusan ribu penghuni setinggan dari keluarga berpendapatan rendah masih menunggu terbinanya rumah kos rendah. Sikap gelojoh ini dikira keterlaluan sehingga peluang kecil seperti permit teksi, kontrak kecil dan agensi pekerja asing pun direbut oleh keluarga pemimpin UMNO yang kaya.
Salah satu bukti bahawa UMNO telah lupa sama sekali dengan wawasan DEB untuk mencapai keadilan sosial adalah bagaimana mereka tidak prihatin sama sekali dengan jurang pendapatan dan kehidupan yang semakin melebar antara golongan kaya dengan golongan bawahan yang kurang bernasib baik. Pada tahun 2005, Malaysia mencatat kesenjangan paling ketara di Asia Tenggara, malah di belakang Indonesia dan Thailand. Mengikut ukuran nisbah Gini (Gini coefficient), ukuran yang digunakan untuk mengukur ketidaksamaan pendapatan, Malaysia berada pada 0.47.
Menurut Bank Dunia, jurang pendapatan individu yang lebih dahsyat di Malaysia adalah kedua paling teruk di antara negara-negara Asia yang mempunyai data untuk kajian. Hanya Papua New Guinea lebih corot daripada Malaysia. Malah, dari 127 negara yang diberikan data, Malaysia berada di nombor 101 daripada segi nisbah Gini. Selain daripada Papua New Guinea, negara-negara yang mempunyai jurang individu yang lebih dahsyat daripada Malaysia terletak di Amerika Selatan dan Tengah - rantau yang sememangnya mempunyai jurang ekonomi yang besar - dan negara-negara Afrika seperti Afrika Selatan dan Zimbabwe.
Ini suatu kenyataan yang amat mengejutkan dan tidak pernah dipapar di media Malaysia. Ini justeru kerana negara-negara yang mencapai tahap pembangunan manusia yang tinggi biasanya memiliki jurang ekonomi yang lebih kecil. Malaysia bukan lagi ekonomi yang baru atau negara dunia ketiga dari segi pembangunan. Di dalam laporan Pembangunan Manusia Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), Malaysia tersenarai di nombor 59 dari 177 negara. Di Asia hanya Jepun, Korea Selatan dan Singapura yang tersenarai di tempat yang lebih tinggi. Malah dengan mata indeks pembangunan manusia sebanyak 0.793, Malaysia sudah teramat hampir dengan 0.800 mata untuk dikategorikan sebagai negara maju. Malangnya Malaysia terangkul di antara negara dengan pembangunan manusia yang tinggi tetapi ketidaksamaan ekonomi terus membesar.
Perbezaan kawasan bandar dan desa juga amat ketara, yang tidak diselesaikan oleh tindakan afirmatif DEB. Pada tahun1999, pendapatan isirumah luar bandar hanya 55% daripada pendapatan isirumah di bandar, dan kebanyakan keluarga miskin di luar bandar terletak di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak yang majoriti besarnya terdiri daripada masyarakat Bumiputera.
Kita tidak menyangkal kenyataan bahawa terdapat kemajuan daripada sudut prasarana luar bandar, pendidikan dan kesihatan yang lebih menyeluruh berbanding dengan keadaan pada awal tahun 50-an. Namun sekali lagi kejayaan tersebut tidak harus dibandingkan nisbah dengan negara-negara mundur Afrika.
Sementara masyarakat Bumiputera dibelai dengan propaganda dasar yang akan menyelamatkan mereka, tidak terdapat wacana terbuka mengenai kesan atau relevannya dasar tersebut setelah lebih 3 dekad. Apakah mungkin dihimbau dasar yang lebih menguntungkan Bumiputera dan rakyat keseluruhannya? Pokoknya dasar serta kebijakan ekonomi harus adil dan menjurus kepada keselesaan rakyat.
Apa yang dimusykilkan ialah kerana sementara masyarakat Bumiputera terus menggantungkan harapan kepada satu dasar yang dianggap penyelamat, berpuluh bilion ringgit dirompak di hadapan mata. Masyarakat bukan Bumiputera di sebaliknya resah gelisah kerana menganggap mereka didiskriminasikan.
Mereka gusar merenungkan anak pintar dinafikan peluang pendidikan di universiti tempatan, kontrak dikaut oleh kelompok kecil dan pemacuan ekonomi keseluruhannya agak lembab. Dan amat malang sekali setelah setengah abad merdeka, rakyat masih tidak didedahkan dengan fakta dan wacana mauduk dasar ekonomi seperti ini terus dianggap sensitif.
Teguran membina bagi memperbaiki taraf hidup masyarakat Melayu dan Bumiputera dengan melakukan anjakan, melihat cabaran semasa dan memperkenalkan agenda ekonomi yang mampu memacu pertumbuhan dan membela nasib rakyat akan diselar keras, dan dianggap sebagai pengkhianatan kepada masyarakat Bumiputera.
Mereka sanggup menggunakan media yang mereka kuasai untuk terus memfitnah dan meniup api perkauman. Walhal, secara sedar atau tidak, jaguh nasionalis baru ini melalui jentera kerajaan seperti Biro Tata Negara telah diperalatkan untuk mempertahankan kepentingan kelompok kecil pemimpin UMNO yang kaya raya, membicara soal 'survival' Melayu tetapi meminggirkan malah memperbodohkan majoriti umat Melayu dan rakyat Malaysia.
KELEMAHAN PENGURUSAN DAN RASUAH
Pentadbiran Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi telah mendapat mandat pada pilihan raya lalu di atas janji ketelusan dan kebertanggungjawaban. Namun begitu janji tersebut tidak bermakna tanpa sebarang tindakan.
Dasar-dasar negara harus disesuaikan dengan keadaan semasa dan tuntutan zaman. Malangnya kita meneruskan dasar tutup pintu yang memandang ke belakang serta mempertahankan budaya lama yang tidak menekankan kecemerlangan dan keterbukaan. Sistem tender yang kononnya berasaskan tindakan afirmatif dan bukannya kebolehan melahirkan suasana tidak berdaya saing untuk perniagaan dan membuka ruang kepada rasuah yang kini berleluasa di setiap peringkat masyarakat serta penggondolan kekayaan di kelompok kecil.
Nyata sekali rasuah di Malaysia telah menjadi lebih parah lagi sekarang. Malaysia telah jatuh lima tangga kepada tempat ke 44 antara 163 negara di dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International 2006, dengan memperolehi lima dari 10 mata berbanding 5.1 mata tahun sebelumnya.10 mata menggambarkan ekonomi yang bersih dan satu mata merujuk negara yang sangat rasuah. Malaysia tersenarai di nombor 10 dari 25 ekonomi di rantau Asia Pasifik. Singapura, Hong Kong dan Jepun mendahului senarai Asia Pasifik sebagai negara paling rendah kadar rasuah sementara Myanmar berada di tempat paling corot. Malaysia masih lagi di hadapan China, India, Indonesia, Thailand dan Pakistan.
Namun demikian negara-negara tersebut telah mengambil beberapa langkah tegas menangani barah rasuah. Mahkamah di Beijing menjatuhkan hukuman mati terhadap pegawai tinggi yang didapati menerima rasuah besar sehingga menjejaskan keselamatan awam. Agensi anti rasuah India, Indonesia dan Thailand diperkukuh. Pendakwaan terhadap tokoh politik dan pegawai atasan mereka yang rasuah lebih berkesan lagi.Sebaliknya di Malaysia, semua kes yang melibatkan pembesar segera dipadamkan. Sekiranya didakwa sekalipun, ia sekadar mematuhi prosedur untuk dilepaskan kemudian! Beberapa kes penyiasatan dan pendakwaan yang melibatkan pembesar tidak lebih dari sandiwara yang pasti berakhir dengan kemenangan bagi pembesar atau saudagar kaya.
Meskipun wujud beberapa kelemahan di dalam kaedah kajian tersebut, misalnya mendapatkan markah Indeks Persepsi Rasuah Malaysia dari indikator rasuah sembilan badan; secara umumnya kita boleh menganggap markah tersebut menepati. Langkah-langkah yang diuaruarkan kerajaan untuk menentang rasuah, termasuk menubuhkan Institut Integriti Malaysia, Akademi BPR dan Pelan Integriti Nasional tidak menampakkan kesan kerana pimpinan tertinggi negara turut terpalit dengan tuduhan rasuah. Bagi mereka, pengambilan saham, pemberian kontrak dan komisen pembelian senjata yang berjumlah ratusan juta ringgit kepada keluarga dan kroni bukannya rasuah atau penyalahgunaan kuasa.
Untuk meningkatkan keyakinan pelabur, kita seharusnya memperbaiki persepsi mereka misalnya dengan menjadikan BPR lebih bebas dan berkesan.
Persepsi menggambarkan realiti, dan imej Malaysia yang rasuah diperkuatkan di dalam kaji selidik tahunan 1,476 ahli perniagaan di 13 negara di seluruh rantau Asia Pasifik oleh Political and Economic Risk Consultancy (PERC) yang beribu pejabat di Hong Kong. Malaysia tersenarai di nombor tujuh dengan markah 6.25, dengan 10 untuk paling teruk dan kosong paling baik, lebih teruk dari 2006 apabila Malaysia mendapat 6.13 mata
Malangnya kita memilih melaksanakan dasar-dasar tertutup dan jumud yang telah merugikan negara kita. Pada tahun 1997, sejurus sebelum krisis, Bursa Malaysia tersenarai sebagai yang tertinggi di Asia Tenggara dan nombor 15 di dunia. Tetapi pada tahun 2003, pasaran saham kita lebih rendah dari Singapura dan Thailand, berasaskan data Persekutuan Bursa Saham Sedunia. Kita juga kehilangan daya saing, khususnya dari segi menarik pelaburan asing.
Pelaburan asing di Malaysia merudum ke RM14.69 bilion tahun lepas dari RM17.09 bilion pada tahun 2004, berdasarkan statistik yang dikeluarkan Persidangan Perdagangan dan Pembangunan PBB di dalam Laporan Pelaburan Dunia 2006.
Malaysia tersenarai hanya di nombor 6 dari sepuluh negara Asia Tenggara di dalam menarik pelaburan asing tahun lepas, berbanding beberapa tahun lalu di mana kita berada di tempat kedua. Secara keseluruhannya, pelaburan asing ke Asia Selatan, Timur dan Tenggara melonjak ke RM610.5 bilion tahun lepas, meningkat 19% dari 2004. China, Hong Kong dan Singapura merupakan penerima terbesar pelaburan asing pada 2005. Sekali lagi,kita ketinggalan berbanding Indonesia di dalam pelaburan asing buat pertama kali sejak 1990. Aliran wang masuk ke Indonesia meningkat sebanyak 177% ke RM19.46 bilion tahun lepas.
Antara sebab kemerosotan pelaburan asing ialah hakikat bahawa negara lain semakin telus dan menawarkan kesenangan berniaga. Misalnya, ia memerlukan 450 hari dan 31 prosedur untuk menguatkuasakan kontrak di Malaysia, sedangkan hanya 120 hari dan 29 prosedur perlu di Singapura (lihat Jadual 3). Para pelabur pasti memilih negara yang menjanjikan kelulusan cepat dan dengan kos perniagaan yang rendah.
Kadar jenayah termasuk jenayah besar seperti pembunuhan, rogol, rompakan dan ragut terus meningkat ke tahap yang membimbangkan. Rakyat kian mempertikai kewibawaan pasukan polis dan pegawai atasan dicurigai kerana dijangkiti rasuah, malah disyaki bersubahat dengan sindiket penjenayah besar. Ratusan badan bukan kerajaan mengemukakan memo bantahan kerana jenayah memuncak tanpa kawalan Kegagalan berterusan pasukan polis ini dikhuatiri akan memberi impak terhadap iklim pelaburan negara. Pengurusan pasukan polis perlu lebih profesional dan berwibawa. Puluhan ribu anggota pasukan perisikan (SB) yang ditugaskan untuk memantau dan menggugat aktivis politik patut dialihkan untuk membantu membanteras jenayah.
Seperti mana juga yang menjadi hasrat semua negara berdaulat dan bertamadun, badan kehakiman harus bebas, cekaldan bersih dari rasuah. Manakala hakim yang dicemari dengan najis rasuah, maka penghakiman mereka juga tercemar. Ini turut menakutkan pelabur. Walhasil, ada pelabur Malaysia yang memilih supaya perjanjian dan kontrak mereka diadili di luar negara termasuk di Hong Kong dan Singapura. Apakah mungkin diengkari kenyataan bahawa kewibawaan badan kehakiman tercemar? Laporan badan antarabangsa mungkin saja ditempelak sebagai bermuslihat. Tetapi apakah munasabah ditolak mentah sanggahan dari tiga bekas Ketua Hakim Negara yang amat disegani? Tun Suffian Hashim dan Tun Salleh Abas mendakwa badan kehakiman kini tidak bebas dan berwibawa. Malah Tun Suffiah pernah menegaskan bahawa beliau sendiri tidak bersedia diadili oleh badan kehakiman yang ada hari ini apatah lagi sekiranya beliau tidak bersalah.
DYMM Sultan Azlan Shah mengulas di dalam penulisan Baginda akan kebimbangan ramai mengenai persepsi negatif terhadap badan kehakiman negara, di samping merujuk kepada keputusan penghakiman Mahkamah Rayuan yang bercanggah dengan prinsip Perlembagaan mengenai kuasa 'perkenan' Raja-Raja Melayu.
Kegagalan-kegagalan lain yang telah sama ada dilupakan atau dijenamakan semula termasuklah Dasar Pandang Ke Timur yang digubal untuk membangunkan perindustrian berat dan dasar penswastaan yang kontroversi. Secara umumnya, usaha kita membangunkan industri berat tidak membawa banyak faedah untuk negara. PROTON misalnya kini merupakan jenama yang menghadapi banyak cabaran dan terpaksa mengharapkan pakatan strategik yang merugikan untuk terus bersaing di dalam industri dunia yang kompetitif. PERWAJA merupakan satu kerugian besar dengan tanggungan mencecah RM13 bilion di dalam kes rasuah dan skandal politik yang jelas seperti mana yang tertera dalam laporan juruaudit bertauliah PriceWaterhouseCoopers (PWC). Laporan PWC diketepikan sama sekali dalam kes pendakwaan PERWAJA!
Lebih dahsyat lagi, PETRONAS, agensi petroliam negara yang kita banggakan kerana pengurusan cekap telah dikorbankan oleh pemimpin negara. Keuntungan besar PETRONAS yang kini mencecah RM70 bilion setahun telah digunakan untuk menyalurkan dana besar kepada keluarga melalui 'bailout', kontrak, projek mega atau bagi menyelamatkan projek-projek gagal. PETRONAS sebagai khazanah bangsa kita bersama seharusnya dikawal rapi dengan menjadikannya bertanggungjawab kepada Parlimen bagi memulihara kekayaan minyak kita untuk generasi akan datang. Dengan demikian, harga minyak dan gas akan lebih terkawal, dan dana mapan disalur bagi kesejahteraan rakyat terbanyak.
Pemindahan teknologi yang dikatakan motif utama Dasar Pandang ke Timur dan bekerjasama dengan negara maju tidak dijalankan secara berkesan. Dasar Pandang Ke Timur - dan kemudiannya usaha membina ekonomi pengetahuan menerusi Koridor Raya Multimedia (MSC) - tidak melahirkan budaya kaji selidik dan pembangunan teknologi yang gemilang. Sehingga hari ini, Malaysia kekal sebagai pengguna idea-idea luar meskipun membelanjakan berbilion-bilion ringgit untuk industri berat dan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT). Di sebalik gambaran indah terhadap MSC, Malaysia kekal sebagai antara negara paling berat sebelah di dalam memberikan rakyatnya peluang yang sama rata dan akses kepada ICT. Majalah the Economist menyebut bahawa Malaysia member gambaran negara mundur di dalam akses yang diberikan kepada rakyat untuk ICT berbanding Singapura, Taiwan dan Korea Selatan.
Di samping itu, dasar penswastaan yang digembar-gemburkan telah gagal memberikan hasil yang dijangka. Kita mesti mengubah dasar kita dari penswastaan yang tidak diuruskan dengan baik kepada pengurusan awam yang efisien dan telus untuk sektorsektor penting seperti perubatan dan pengangkutan. Mengapakah rakyat Malaysia perlu menanggung cukai yang tinggi berserta penswastaan yang tidak sempurna? Motif dan hasil penswastaan perlu dikaji semula agar pengguna tidak dibebankan. Selama ini, penswastaan telah menjadi alat memperkayakan kronikroni pemerintah, tetapi membebankan rakyat. Ukuran kejayaan penswastaan adalah pengurusan yang lebih cekap dan faedah yang lebih baik kepada pengguna. Keuntungan syarikat terjamin dan faedah serta perumahan pekerja dipelihara. Hal ini tidak berlaku, sebaliknya negara terus dibeban, kos kepada pengguna meningkat dan para pekerja terutama di peringkat rendah tidak diberi pembelaan.
Contoh terbaik ialah penjanaan elektrik, di mana bayaran kapasiti tinggi penjana tenaga bebas (IPP) telah menyumbang kepada kos yang tinggi yang ditanggung Tenaga Nasional Berhad. Hasilnya, kos yang tinggi ini sebahagiannya dipindahkan kepada pengguna di dalam bentuk kenaikan tarif elektrik. Yang lebih memeranjatkan, IPP ini telah menerima bahan api yang disubsidikan oleh PETRONAS sehingga mencapai berbilionbilion ringgit. Ini semua sumber negara kita, yang dimiliki rakyat Malaysia secara bersama dan boleh digunakan untuk perkara-perkara lain, misalnya menaik taraf sistem pendidikan negara kita. Pada masa yang sama, pembinaan lebuh raya bertol seperti PLUS telah menguntungkan pemegang saham mereka, tetapi menjadikan pengangkutan kita sukar dan mahal untuk rakyat, dan pada masa yang sama membantut pembangunan sistem pengangkutan awam alternatif yang lebih mesra alam.
Kisah penswastaan MAS kini terbongkar setelah syarikat TRI mendakwa telah diarah untuk mengambil alih syarikat penerbangan tersebut. Khidmat tenaga MAS dianggap cemerlang tetapi syarikat mengalami kerugian berbilion ringgit sekali lagi telah diselamatkan oleh Perbendaharaan Kerajaan. Pada masa yang sama, Singapore Airlines, syarikat yang dibentuk akibat pecahan MSA (Malaysian Singapore Airlines) mencatat keuntungan berbilion ringgit. Di samping itu, pembinaan hospital swasta telah menyebabkan kerajaan berlengah untuk menaik taraf sistem kesihatan awam dan meningkatkan kos perubatan dan insurans. Di hospital daerah, rakyat biasa terpaksa berpusu-pusu menunggu giliran untuk mendapat khidmat kesihatan di hospital.
AGENDA EKONOMI MALAYSIA
Apakah pilihan lain yang ada? Jawapannya, saya yakin, terletak pada keberanian kita menggantikan dasardasar usang dengan agenda ekonomi baru yang mengatasi kepincangan yang sedia ada dan menghadapi cabaran globalisasi. Adalah mendesak sekali untuk kita mengakui kekuatan dan kelemahan kita yang sedia ada, dan pada masa yang sama memahami strategi ekonomi era pengetahuan yang didominasi kebebasan pengetahuan dan modal intelek.
Kita harus dengan yakin bergerak ke hadapan, untuk tidak bergantung kepada kejayaan masa lampau semata-mata dan berani untuk mengakui bagaimana kita ketinggalan berbanding negara-negara serantau seperti Singapura, Taiwan dan Korea Selatan, yang berkongsi sejarah pembangunan yang selari dengan kita. Memandangkan dalam ukuran pembangunan insan UNDP, termasuk dalam bidang pendidikan, kesihatan dan pembasmian kemiskinan yang relatif lebih baik dari negara-negara Afrika umpamanya, kita harus mengorak langkah memperkenalkan dasar dan kebijakan ekonomi yang dapat mengangkat martabat dan harakat bangsa. Kita kaitkan pembangunan insan seutuhnya kerana menyedari bahawa konsep pembangunan dan ekonomi tidak harus dilihat secara sempit, terpisah dari isu etika dan keadilan.Dan seperti mana dihujah oleh ramai pemikir, bencana dan kecundangnya ekonomi banyak bergantung kepada kedegilan memerangkap diri pada satu dasar usang, pembaziran dan rasuah, sikap gelojoh dan tamak haloba.
Faham Islam dan ajaran agama masyarakat Malaysia harus dikembangkan untuk menjana kekuatan baru berlandaskan prinsip akhlak dan etika.Prinsip keadilan dipupuk, nasib rakyat miskin dan terpinggir dibela, ketidakadilan dan diskriminasi disanggah. Ciri-ciri kebejatan sosial dan ekonomi yang merosak dan menggugat keutuhan sistem ekonomi dan sosial terutamanya rasuah dan penyalahgunaan kuasa, membelai kelompok kecil keluarga, kroni dan golongan kaya serta meminggirkan majoriti rakyat mesti ditolak.
Tiada gunanya kita mendabik dada menjadi yang terbaik di kalangan negara-negara yang gagal, sebaliknya kita sepatutnya berusaha menjadi yang terbaik di kalangan negara-negara yang sama taraf dengan kita.
Sebelum kegawatan ekonomi Asia, kita berbangga dianggap sebahagian dari keajaiban Asia, mengejar negara-negara seperti Singapura, Taiwan dan Korea Selatan. Sedang negara-negara tersebut kini sudah menapak menjadi negaranegara maju, dan kita terpaksa bersaing dengan Thailand, Vietnam dan Indonesia pula. Singapura, khususnya, adalah saingan kita yang paling dekat dengan sejarah yang berkait rapat dengan kita, telah melangkah jauh ke hadapan kita meskipun tidak dianugerah petroliam dan gas atau hasil mahsul yang kaya.
Kita harus berfikir terbuka untuk melihat bagaimana kita telah gagal di dalam dua aspek: pendidikan dan Keluaran Negara Kasar (KNK) per kapita.
Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) yang lahir dari Universiti Malaya tersenarai di antara 20 universiti terbaik dunia dan 3 universiti terbaik Asia di dalam Senarai Times Higher Education 2006, bersamasama Universiti Beijing dan Tokyo. Tetapi Universiti Malaya yang pernah menjadi kebanggaan kita, jatuh dari nombor 89 pada 2004, kepada 169 pada tahun 2005 dan 192 tahun lepas; dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berada di tempat 185 pada 2006.
Kita juga telah ditinggalkan dari aspek pendapatan per kapita, ukuran kekayaan dan kemajuan sesebuah negara. Singapura telah membangunkan KNK per kapitanya dari kurang dari AS$5,000 pada tahun 1970 kepada AS$20,000 pada 2004, mengatasi Taiwan dan Korea Selatan. Pada masa yang sama KNK per kapita Malaysia, kurang dari AS$10,000 pada 2004 (rujuk Jadual 1).
Kehilangan daya saing dan kejumudan pemikiran kita amat menakutkan. Hanya apabila kita melangkaui retorik perkauman dan keinginan pemerintah untuk mempertahankan kepentingan keluarga dan kroni mereka kita berupaya bangkit dengan yakin. Kita perlu kembali kepada pengorbanan pejuang kemerdekaan kita, yang bersama-sama mengimpikan untuk sebuah negara yang harmoni, adil dan saksama di mana kekuatannya terletak di atas masyarakat yang majmuk dan sifat tolak ansur. Oleh itu kita perlu agenda ekonomi yang baru yang relevan dan adil untuk memenuhi apa yang benar-benar diinginkan semua rakyat Malaysia.
Saya yakin kaum Bumiputera bersedia dengan agenda baru ini, kerana agenda ini akan tetap berpaksikan tindakan afirmatif bagi membela nasib rakyat miskin dan terpinggir. Bantuan pendidikan, perniagaan dan pekerjaan perlu ditekankan untuk semua golongan miskin dan terpinggir, kerana tidak mungkin dipertahankan sistem bobrok yang tidak mempedulikan nasib rakyat miskin terutama di kalangan Bumiputera.
Kebimbangan kononnya Agenda Ekonomi Malaysia akan mengetepikan hak masyarakat Bumiputera dari segi biasiswa dan bantuan pendidikan, peluang perniagaan dan sebagainya sengaja dicanang oleh pemimpin kaya bukannya untuk membela nasib rakyat terbanyak - pekerja, petani dan nelayan - tetapi buat mempertahankan kontrak, saham, AP dan lesen mereka yang lunak-lunak sehinggalah permit bas dan teksi yang kecil.
Sekiranya rasuah dibanteras dengan berkesan, peruntukan diagih secara adil dan telus,sumber yang akan disebarkan pasti akan lebih lagi dari segi jumlah dan keberkesanannya. Namun, yang nyata berbeza dari pendekatan sekarang ialah keprihatinan menyeluruh kepada semua rakyat, sama ada pesawah padi berbangsa Melayu, penjaja kecil berbangsa Cina, penoreh getah berbangsa India atau suku kaum Dayak atau Kadazandusun yang meraih nafkah hidup di kawasan pedalaman - semuanya yang inginkan kehidupan yang lebih baik dan senang untuk anak isteri mereka.
Perlu wujud proses yang lebih baik untuk menyalurkan bantuan bagi memastikan peruntukan yang ada sampai kepada golongan yang memerlukan dan bukannya golongan elit yang tidak memerlukan bantuan kerajaan atau melalui amalan pilih kasih yang mendera rakyat yang tidak berdosa.
Kita perlu memilih kerajaan yang lebih cekap, berwibawa dan bertanggungjawab, tidak taksub kepada parti politik sehingga mengorbankan amanah dan komitmen mereka kepada rakyat. Amat penting untuk menyalurkan sumber kerajaan yang terhad agar memberi nilai kepada warga Malaysia, dan bukannya membebankan mereka dengan kos-kos yang lebih tinggi sedangkan mutu kehidupan mereka merosot.
Memandangkan penswastaan tidak membawa kepada persaingan yang sihat dan perkhidmatan yang lebih baik, proses ini perlu dirombak semula. Pihak penggubal dasar kewangan perlu beriltizam untuk memegang amanah rakyat, disiplin kewangan yang tegas dan indeks pencapaian bagi mengukur keberkesanan penggunaan sumber negara. Lebih penting lagi, system yang telus akan membebaskan lebih banyak sumber yang akan dapat digunakan untuk menjana ekonomi yang lebih berdaya maju dengan menekankan modal insan, khususnya melabur di dalam pendidikan bermutu untuk semua rakyat Malaysia - Melayu, Cina, Kadazan, Iban dan India - yang akan dapat meningkatkan mutu kehidupan mereka. Pada masa yang sama, sumber-sumber ini dapat disalurkan untuk meningkatkan sektor-sektor penting lain khususnya system kesihatan awam, perumahan berkualiti dansektor pertanian yang sihat.
Dasar tutup pintu harus digantikan dengan penerimaan kepada kenyataan persaingan dunia sejagat. Kita perlu membuang mentaliti pergantungan dengan digantikan dengan fokus kepada keterbukaan dan daya saing. Tetapi kita perlu menggunakannya untuk pembangunanekonomi negara dan kemajuan rakyat. Kita perlu menyemak dan merombak kerangka dasar yang ada, institusi, prosedur dan proses yang menghalang pelaburan asing terutamanya di sektor tambah nilai yang tinggi untuk membangunkan ekonomi. Tetapi kita harus kekalkan hak dan kebebasan kita menentukan keutamaan kerangka dasar negara, menggalak industri dan teknologi maklumat dan menjamin penghasilan pertanian yang mencukupi.
Sayugia diinsafi bahawa perumusan agenda ekonomi tidak terlepas dari sistem politik serta kaedah pengurusan negara keseluruhannya. Seperti mana yang cuba dihuraikan, agenda ekonomi perlu terpancar dari hasrat memacu pertumbuhan pantas; agar negara melonjak maju dan menjamin faedah dan keselesaan kepada rakyat terbanyak. Maka selain dari kerangka kebijakan ekonomi; jentera pelaksana dan badan penguatkuasaan juga harus berwibawa dan bertanggungjawab.
Hanya dengan jiwa merdeka mampu kita robohkan kerrawang dan tembok yang membelenggu pemikiran, memundurkan negara dan menindas rakyat. Tokoh politik, sarjana, aktivis, pekerja dan mahasiswa harus merasa tercabar untuk berfikir dengan waras dan bertindak dengan bijaksana.
Perubahan bukannya mudah, tetapi ia perlu bagi memastikan Malaysia berjaya memenuhi impian kebebasan, kesaksamaan dan persaudaraan yang diuar-uarkan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan kita.
Kita harus berani menanam keyakinan baru mempertahankan hak untuk mengangkat martabat ekonomi dan harakat bangsa ke tahap yang lebih cemerlang lagi.
Di edit oleh: Wartawan Rasmi Laman Reformasi tanpa ubahsuai maksud asal.
TANAHAIRKU
Tanahair ku
Ini ku nyanyikan lagu anak merdeka,
Setiarela yang padu ke bumi perut jantungmu
Lantas teguh, waja lah,
Ku junjung mahkota kemerdekaanmu,
Bersama airmata dan darah perjuangan, tuntutan merdeka,
Ketika menyambut kemerdekaanmu
Meski dianggap mudah, pemberian penjajah..
Kuhirup udara kemakmuranmu.
Tanahair ku
Walau telah lama merdeka,50 tahun bukan masa yang pendek
Cuma,
jika di luar Negara sana
ia dapat mematangkan rakyat
ia dapat memakmurkan rakyatnya
dan meskipun sesak hiruk pikuk dengan pembanggunan
Masih terdengar rintih sedih
Anak-anak dalam meminta-minta sedekah didalam Negara sendiri
di perut bumi yang kaya raya,
Rakyat di tindas tanpa sedar
Rakyat digula-gulakan dengan cerita yang momok-momok yang indah
Rakyat dibuai dengan kegembiraan yang macarmerba
Dalam masa yang sama, tanah airku,
elit politik mengumpul kekayaan,rasuah,mengayakan anak pinak
hingga tujuh keturunan,
Anak anak dan marhaen menjadi kuda pacu
pada elit politik yang rasuah,
demi perut dan dibawah perut mereka
Kini,
Tanahairku,
Dengan warna kuning, warna diraja
yang kami pegang sebagai elit kuasa
bagi membela anak bangsa
kami akan menghantar memorandum kepada Seri paduka
demi tanahirku yang merdeka
Hapuskan rasuah,merdekakan suruhanjaya pilihanraya,
Kembalikan kuasa kepada yang tahu mengamalkan amanah rakyat jelata.
OLEH: Wartawan Rasmi Laman Reformasi
SAJAK PERTEMUAN MAHASISWA
Kita bertanya
Kenapa maksud baik tidak selalu berguna
Kenapa maksud baik dan maksud baik biasa berlaga
Orang kata:”kami ada maksud baik.”
Dan kita bertanya”Maksud baik untuk siapa?”
Ya, ada yang jaya, ada yang terhina.
Ada yang bersenjata, ada yang terluka,
Ada yang duduk, ada yang diduduki.”
Ada yang berlimpah, ada yang terkuras.
Dan kita disini bertanya:
“Maksud baik saudara untuk siapa?
“Saudara berdiri di pihak yang mana?”
Kenapa maksud baik dilakukan
Tetapi makin banyak petani kehilangan tanahnya
Tanah-tanah digunung telah dimiliki orang-orang kota.
Kebun yang luas
Hanya menguntungkan segolongan yang kecil sahaja.
Alat-alat kemajuan yang diimport tidak sesuai untuk petani yang sempit tanahnya.
Tentu kita bertanya
Lantas maksud baik saudara untuk siapa.
Dan didalam udara yang panas kita juga bertanya
Kita ini didiidik untuk memihak kepada yang mana?”
Ilmu-ilmu yang diajar disini
Akan menjadi alat pembebasan,
Atau alat penindasan
Di bawah matahari ini kita bertanya
Ada yang menagis,ada yang menderita,
Ada yang habis, ada yang mengikis.
Dan maksud baik kita
Berdiri dipihak yang mana!
KARYA: RENDRA
Telah disunting untuk ruang blog yang terhad.
LAGU ANAK REVOLUSI KUNING
Atas nama anak revolusi
Yang bertaut cita dan cinta gigih dan berani
Telah gemuruh sumpah dari satu angkatan
Untuk melimpah tuah dipinta sejarah kehidupan
Maka tiada baginya sekadar menanti belas kasih
Untuk mengisi harga diri dan tenang tenteramnya
Pun tidak sekadar melepas keluh-rintih
Pada serik getir yang ditatangnya
Kerana tiap tersiang di bawah hangat mentari
Dan hening malam yang diajuk mimpi
Meminta segala unjuk setia dalam perjuangan.
Memina segala unjuk rela dalam pengorbanan
Berlagulah ia: matanya mengusap pandang laut keluhuran
Berlagulah ia: degup jantungnya menghantar kasih persaudaraan
Jauh meresapi teluk hati anak manusia
Dari gunung dan lurah lalu ke puncak menara
Lantas pabila bangun dan melangkah ia
Antara hiruk pikuk dunia dan bumi Malaysia yang berpura
Suara topan bakal membunuh bicara yang berpura-pura dan dusta
Tangannya api bakal membakar belantara sengsara dan penipuan
Dadanya embun bakal menyiram peluh demokrasi yang subur di Malaysia
Ya, lagu anak revolusi,
Ya, aku dan kami dianggap musuh tradisi
Ya, kami dianggap manusia tak mengerti,
Lagu anak revolusi untuk rakyat marhaen memahami
Tuntutan sebuah Negara yang telus ,harmoni dan Demokrasi
Di susun semula mengikut keadaan semasa dengan izin
AWANG HAD SALLEH
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI
SEMUA orang tahu racun sangat berbahaya. Jangankan racun, keracunan makanan pun ditakuti.
Bagaimanapun, tidak ramai orang yang tahu betapa bahayanya dosa. Ia lebih berbahaya daripada racun.
Dosa membuatkan seseorang merana di dunia dan akhirat. Paling teruk kalau terminum racun orang akan mati tetapi bahaya dosa orang akan dibakar di neraka dan sebelum dibakar api neraka, orang berdosa ini terlebih dulu membakar yakni menyusahkan orang lain di dunia.
Ada orang kata dosa adalah soal peribadi masing-masing, buat masing-masing tanggung, jaga kubur masing-masing.
Sangat tidak betul kata-kata itu. Kubur kita orang lain yang gali manakala kubur orang lain terkadang kita yang kena uruskan.
Maknanya dosa yang kita lakukan akan menyusahkan orang lain. Peminum arak rasa itu perbuatan peribadi, duit dia dan kalau mabuk dia yang terhoyong-hayang.
Memanglah duit dia tetapi jika dah mabuk dia langgar orang, dah berapa ramai mangsa kemalangan angkara pemabuk. Rumah tangga lintang pukang dek kerana arak. Kan menyusahkan orang tu.
Antara bahaya dosa yang banyak itu ialah:
(1) Akan dicabut daripadanya nur iaitu cahaya dan seri keimanan terutama apabila melakukan dosa besar. Muka yang tidak pernah dibasahi air wuduk akan kehilangan serinya. Wajah inilah yang akan menerangi anggota wuduk di akhirat nanti.
(2) Tertutup daripada kebenaran. Maknanya pendosa mana baik dan buruk tetapi tak ikut kebaikan, dia tahu yang buruk tetapi tidak dapat meninggalkannya.
(3) Hilang rasa spontan terhadap amal kebaikan dan ganjaran serta tawaran pahala. Bila sebut syurga dia tidak teringin, bila disebut neraka tidak takut apa pun malah mengejek masuk neraka bukan seorang.
(4) Berat dan payah benar apabila ingin beramal sebaliknya mudah dan ringan apabila diajak melakukan dosa dan maksiat.
Menurut ibnu al Qayyim, sesiapa yang melakukan dosa pada waktu malam, dia amat berat untuk melakukan amal pada siang kerana dosa yang dilakukan pada waktu malam menghalang beramal dan begitulah sebaliknya.
(5) Dosa membuatkan hati jadi keras dan degil. Payah benar nak dengar nasihat. Dia nasihat orang boleh tapi sangat berat bila ditegur. Suka bertekak, berbalah dan tidak menghormati orang lain. Bahasanya kasar dan tidak menghormati perasaan orang lain.
(6) Dosa derhaka kepada orang tua boleh berjangkit kepada anak-anak. Allah membalas dengan tindakan anak yang akan menyakitkan hatinya sebagaimana dia menyakiti ibubapanya.
(7) Dosa menjadi hijab doa payah diterima Allah. Ada riwayat yang menyatakan sesiapa makan makanan haram, doanya tidak diterima Allah selama 40 hari.
(8) Terkadang dosa menjadi penghalang daripada mendapat dan menemui jalan penyelesaian.
(9) Dosa menjadi penyebab turunnya bala Allah. Ada satu hadis, Rasul bersabda yang maksudnya apabila nampak sangat zina dan riba, sesungguhnya mereka mengizinkan Allah menurunkan azab.
ALLAH melaknat iblis dan mengusirnya dari syurga buat selama-lamanya disebabkan kesombongannya. Hukuman itu menyebabkan iblis berdendam dengan Adam, lalu iblis memohon kepada Allah supaya dipanjangkan usia sehingga hari kiamat.
Iblis bersumpah mahu menyesatkan Nabi Adam dan anak cucunya dari jalan benar serta menggoda supaya mengabaikan perintah Allah.
Permohonan itu dikabulkan, namun Allah mengiringi penerimaan itu dengan kutukan.
“Allah berfiman: Keluarlah engkau dari syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah Aku akan memenuhi neraka jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya.” (Al-A'raaf: 18)
Selepas iblis diusir dari syurga, tinggallah Nabi Adam keseorangan, tetapi ketika dia bangun daripada tidur tiba-tiba di sisi kepalanya ada seorang wanita (Hawa) yang dijadikan Allah kepadanya.
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas, Hawa dijadikan daripada tulang rusuk Nabi Adam ketika baginda tidur dan dia tidak berasa sakit.
Adam dan Hawa tinggal di syurga dengan penuh kenikmatan, namun dilarang mendekati sejenis pokok. Tetapi larangan itu tidak dipatuhi menyebabkan pakaian dan perhiasan mereka di syurga terlepas.
“Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Selepas mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu, bahawa syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?” (Al-A'raaf : 22)
Lanjutan daripada peristiwa itu juga Allah mengingatkan anak cucu Nabi Adam iaitu manusia supaya tidak terpedaya dengan syaitan, sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua-duanya dari syurga, sehingga terlucut pakaian mereka berdua.
Nabi Adam sambil menangis menoleh kepada Hawa lalu berkata: “Persiapkanlah dirimu untuk keluar dari sisi Allah. Inilah permulaan munculnya maksiat.”
Hawa menjawab: “Wahai Adam! Aku tidak pernah menyangka ada makhluk berani bersumpah palsu kepada Allah.”
Di syurga Nabi Adam sentiasa berlari kerana malu kepada Allah sehingga baginda mengira azab Allah dipercepatkan, lalu dia menundukkan kepala dan berkata: “Ampun! Ampun.”
Selepas diturunkan dari tempat suci ke tempat yang penuh kelaparan, Adam menangisi kesalahannya selama 100 tahun. Dia sentiasa menundukkan kepala di atas kedua-dua lututnya, sehingga titisan air matanya membasahi bumi, menumbuhkan rumput dan pokok.
Wahab bin Munabbih menceritakan, Nabi Adam berada dalam kemurkaan Allah selama tujuh hari. Pada hari ketujuh, Allah memanggilnya, kemudian memberikan wahyu kepadanya:
“Wahai Adam, kesedihan apakah yang Aku lihat menimpamu hari ini? Bencana apakah menimpamu sehingga menyebabkanmu hanyut?”
Allah meminta Nabi Adam berkata: “Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau wahai Allah dengan segala puji-Mu, aku menganiaya diriku sendiri dan aku melakukan kejahatan, terimalah taubatku. Sesungguhnya, Engkau Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Pengasih.”
Kemudian Allah mengirimkan kepada Nabi Adam sebuah khemah dan diletakkannya di tempat berdirinya Kaabah (sebelum Kaabah itu sendiri dicipta). Nabi Adam tinggal di situ dan seterusnya mengembangkan keturunannya.
Ada juga menceritakan Nabi Adam dan Hawa pertamanya tiba di puncak bukit di luar Makkah, dengan Adam di Safa, manakala Hawa di Marwa.
Sesetengah mendakwa Nabi Adam berpindah ke Sri Lanka dan di sana terdapat satu tempat dipanggil Kemuncak Bukit Adam yang dikatakan mengandungi jejak tapak kakinya yang besar.
Pendapat menerangkan Nabi Adam hidup 1,000 tahun. Baginda dimakamkan di al-Hindi, di kawasan sisi bukit dan dikatakan dekat dengan bukit (Abu Qabis) di Makkah. Baginda dikafan, disolat dan dimasukkan ke liang kubur oleh malaikat.
RUMAH TERBUKA PKR NEGERI MENDAPAT SOKONGAN DAN SAMBUTAN YANG PADU DARI RAKYAT PULAU PINANG.
OLEH:Wartawan Rasmi Laman Reformasi
PULAU PINANG- 28 OKT- Majlis sambutan rumah terbuka PKR negeri mendapat sambutan dan sokongan padu dari masyarakat PulauPinang .Majlis yang turut dihadiri oleh pengerusi badan perhubungan negeri Dato Zaharin dan pengarah Pilihanraya Negeri En Mustaffa Kamal ini turut di meriahkan dengan ucapan DSAI yang dirakamkan melalui klip video,turut hadir barisan pimpinan negeri dan berbagai lapisan masyarakat majmuk Pulau Pinang.
Dalam majlis ini juga Dato Zaharin mengadakan sidang media berhubung dengan keadaan semasa iaitu tarikh pilihanraya yang masih menjadi tandatanya. Menurut beliau PM akan mengadakan pilihanraya awal kerana untuk mengabui mata masyarakat kerana kenaikan tol ,minyak dan harga barang yang sudah pastinya tidak akan dapat dikawal oleh kerajaan.
Oleh demikian kerajaan pimpinan Abdullah Ahmad akan mengadakan pilihanraya awal dalam tahun ini juga dengan alasan mendapat mandate rakyat. Dengan demikian pihak BA akan memastikan sokongan masyarakat di Pulau Pinang akan memihak kepada kami.
AIDILFITRI DI CHEROK TO KUN TETAP MERIAH SEPERTI DAHULU
Oleh: Wartawan Rasmi Laman Reformasi
Cherok Tok Kun-20 Oktober, Meski pun dikatakan sudah tidak berupaya dan sudah tidak laku di Malaysia, namun sama seperti sebelumnya apabila majlis sambutan Aidilfitri sama sahaja di ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, Cuma yang membezakannya ialah kehadiran para tetamu adalah lebih menyerlah di kalangan rakyat marhaen.

Dengan berbagai juadah termasuk gerai laksa,bihun sup,gerai minuman dan juga sate serta char koew teow, semua ini memberikan kepuasan kepada para tetamu yang hadir bagi turut menyatakan sokongan yang tiak berbelah bahagi kepada pemimpin ulung dan tokoh reformasi Malaysia.

Turut bersama menyertai majlis jamuan hari raya ialah YB Bukit Mertajam YB Chong Eng, Dato’ Zaharain, beberapa tokoh masyarakat dan juga pemimpin tempatan juga para rakyat marhaen yang turut menyambut menunjukkan sokongan kepada pemimpin Permatang Pauh ini.Buat UMNO jangan terlalu yakin untuk mendapatkan kerusi Permatang Pauh jika gambar ini diambil kira.
MANUSIA memang cenderung menjaga sesuatu yang dianggap berharga. Sebaliknya kita akan membuang sesuatu yang dianggap tidak berharga. Semakin bernilai sesuatu semakin bersungguh kita menjaganya.
Sesetengah manusia sangat menjaga hartanya kerana dianggap hartanya sangat berharga. Ada pula sentiasa menjaga dan merawat mukanya supaya kelihatan awet muda kerana cantik adalah segalanya.
Ada juga bermati-matian mempertahankan kedudukan kerana itu dianggap bernilai dan kalaulah begini perilaku kita, rupanya kita masih menganggap material (kebendaan) adalah segala-galanya.
Namun, ada juga yang bermati-matian menjaga hidayah dan petunjuk yang Allah anugerahkan. Orang yang seperti ini berkeyakinan hidup ini tidak akan selamat sampai muara ketenangan di akhirat kecuali hanya dengan bekalan taufik dan hidayah Allah.
Taufik dan hidayah sangat penting di dalam diri manusia. Pernah suatu ketika seorang yang dibutakan matanya dalam permainan diminta supaya berjalan, tiba-tiba menangis.
Dia berasa langkahnya berisiko, mungkin terpelecot, bimbang terhantuk atau jatuh tangga. Begitulah akibatnya sekiranya tidak mendapat panduan.
Orang yang yang berjalan tanpa arah sentiasa berada dalam cemas, takut, bingung. Tidak sedikit orang kaya yang menderita dengan kekayaan. Bagaimana kekayaan yang melimpah semakin membuatnya sengsara.
Pendek kata orang yang jauh daripada petunjuk Allah dan al-Quran, apa pun diberikan Allah kepadanya pasti hanya akan membuatkan dirinya hina.
Harta, pangkat, kedudukan atau penampilan kalau tidak diiringi dengan ketaatan pasti akan menyiksakan.
Kemerdekaan yang kita kecapi sekarang jika tidak diiringi dengan ketaatan kepada Allah membuatkan kita mudah lalai. Negara saja merdeka tetapi jiwa tidak, malah ditawan syaitan.
Sedarlah, syaitan adalah penjajah yang tidak pernah berputus asa. Dalam satu perisytiharan, menurut hadis Rasulullah s.a.w, syaitan pernah berkata: "Demi kebesaran-Mu, aku bersumpah wahai Allah, aku tidak akan berpisah dengan anak Adam selagi nyawanya masih di badan.”
Bayangkan kesungguhan syaitan, isytihar perang dengan manusia. Kalau kita masih main-main, mudah tertipu.
Syaitan ibarat tukang joget atau penari. Dia akan menari ikut muzik. Kalau dondang sayang ada lenggoknya, kalau lagu rock pandailah dia meloncat...maknanya syaitan tahu sasarannya kalau orang alim begini caranya, kalau sesatkan pemuda lain caranya, orang kaya lain pula kaedahnya.
Kita memberikan tumpuan kepada yang nampak di mata, yang besar-besar biasanya menjadi tumpuan, yang kecil tidak berapa dipedulikan. Kita kadang kala lupa sesuatu yang tidak nampak itu sangat berharga.
Iman kecil sahaja, tidak nampak tapi sangat berharga. Jadi dalam hidup ini lihat dan utamakan pandangan Allah.
Pesawat Nuri Umpama Besi Buruk

Malangnya ini bukan kali pertama Nuri terhempas.Umum mengetahui bahawa sebut sahaja Nuri, maka anggota tentera sekali pun agak menggeletar kaki untuk melakukan penerbangan, cuma yang terlalu berani dan mahu berhadapan dengan risiko sahaja yang mampu menghadapinya.
Nuri memiliki sejarah pesawat terhemas yang paling tinggi iaitu sejumlah 13 sebelum ini dan ditambah dengan peristiwa di Genting Sempah ia telah menjadi 14.
Berikut ialah antara rekod kejadian pesawat Nuri terhempas sebelum ini sekurang-kurangnya 13 kemalangan dan 73 orang terkorban yang melibatkan helikopter Nuri.
1969 – Nuri terhempas di Sarawak. 4 anggota TUDM terkorban
1976 – Nuri ditembak pengganas komunis dan terhempas di Gubir, Kedah. 11 anggota tentera terbunuh.
1980 – Beberapa kejadian Nuri terhempas dilaporkan di Perak. Tiada yang terkorban.
1981 – Nuri terhempas di Kuching. 2 anggota TUDM terkorban, 13 yang lain cedera.
1981 – Nuri terhempas di Batu Melintang, Perak. 4 anggota TUDM cedera.
1989 – Nuri terhempas antara Gunung Gerah dan Gunung Bilah di sempadan Kelantan - Perak. 21 orang terkorban.
1989 – Nuri mendarat cemas di Felda Sendayan, Seremban. Tiada kecederaan dilaporkan.
1989 – Nuri terhempas di Lundu, Sarawak. 16 anggota tentera terkorban.
1996 – Nuri terhempas ke dalam laut berdekatan Muka Head, Pulau Pinang. 2 juruterbang terkorban, 3 anggota TUDM hilang.
1997 – 2 helikopter Nuri terhempas selang beberapa minit di Sipitang, Sabah. 8 anggota tentera terkorban.
2004 – Nuri terhempas di Butterworth. 2 anggota TUDM terkorban, 1 orang cedera.
2004 – Nuri terhempas di pergunungan Long Seridan, Sarawak. 3 anngota TUDM terkorban, 7 cedera.
2006 – Nuri mendarat cemas di sebuah kawasan lapang di Kuala Sedaka
Bagi saya, ada cara untuk kerajaan tidak lagi menggadai nyawa anggota tentera negara ini, iaitu apa salahnya jika Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak (yang dikaitkan dengan komisen pembelian pesawat sejumlah lebih RM500 juta) sendiri yang mencuba menaiki pesawat ini.
Helikopter Nuri itu telah berkhidmat dalam TUDM sejak tahun 1968 dan pada masa ini sebanyak 20 pesawat itu masih lagi beroperasi walaupun telah digunakan hampir 40 tahun.
BAGAIMANA NAT DITAHAN

Pukul 4.30 petang, Jumaat, 13 Julai lalu, tiga orang anggota polis berpakaian biasa datang ke pejabat Yayasan Aman di Phileo Damansara (1) Petaling Jaya.
Salah seorang anggota polis itu meminta Nathaniel Tan mengikut mereka ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk disoal siasat.
Menurut saksi, anggota polis berkenaan tidak menunjukan sebarang kad kuasa dan tidak memberi sebarang alasan ketika meminta Nathaniel mengikut mereka.
“Tolong bekerjasama dan ikut kami sekejap, kami nak cakap sedikit.” Kata salah seorang anggota polis itu yang sempat didengari oleh saksi.Anggota polis berkenaan juga meminta Nathaniel membawa bersama komputer ribanya. Dipercayai Nathaniel disoalsiasat berhubung beberapa tulisan di internet. Beliau juga merupakan seorang bloger terkemuka.
Ketika berada ditempat letak kereta tingkat bawah pejabatnya, Nathaniel telah menghubungi peguam Latheefa Koya. Nathaniel diminta supaya berada ditempat letak kereta itu sementara menunggu peguam.
Bendahari Agung KeADILan, William Leong (juga seorang peguam) yang mempunyai pejabat di Phileo Damansara (1) telah bergegas ke tempat parking kereta itu tetapi mendapati Nathaniel telah tiada di situ.
Polis juga telah pergi ke rumah Nathaniel pada petang yang sama dan merampas komputernya.
Pada pukul 10 malam hari yang sama, pihak polis mengesahkan bahawa Nathaniel telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Anggota keluarganya dan 20 orang rakan-rakannya telah berkumpul di luar ibupejabat polis itu, termasuk yang membawa sepanduk mendesak supaya Nathaniel dibebaskan.
Menurut polis, Nathaniel akan ditahan selama 24 jam oleh Unit Jenayah Siber di Jalan Dato Onn untuk membantu siasatan di bawah Akta Rahsia Rasmi.
Nathaniel kemudiannya dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan dijangka dihadapkan ke mahkamah majistret untuk ditahan reman pada kira-kira jam 4.30 petang keesokan harinya.
Pukul 1.30 tengahari, Sabtu, 14 Julai lalu, tiga jam lebih awal dari masa yang diberikan malam sebelumnya, Nathaniel telah dikenakan tahanan reman selama empat hari untuk disiasat dibawah Seksyen 8, Akta Rahsia Rasmi 1972.
Nathaniel adalah seorang graduan dari Universiti Harvard pada tahun 2004 dalam Sarjana Sastera pengkhususan Pengajian Keamanan dan Koflik. Sebelum itu, beliau tamat pengajian A Level di Kolej Sunway.Nathaniel adalah aktif dalam pelbagai kegiatan pertubuhan bukan kerajaan dan aktiviti-aktiviti antarabangsa. Beliau pernah bekerja di Dili, Timor Timur; Freetown di Sierra Leone di bawah UN-GOSL SCSL, dan Banda Aceh di Indonesia di bawah JRS Indonesia.Nathaniel yang berumur 26 tahun kini adalah setiausaha Anwar Ibrahim dalam Foundation for Future (FFF).Saya Tidak Pernah Hantar Sebarang Artikel Kepada UmnoReform
Memanglah adakalanya bila kita mengkritik pembangkang ada yang marah. Sebagai sebuah Negara demokrasi kritikan kepada pembangkang bukannya bermakna kita tidak sedar, namun adakala kritikan adalah untuk menyedarkan pimpinan agar sedar akan matlamat perjuangan. Kalau tak tahan dikritik lebih baik jadilah wartawan berita harian atau utusan Malaysia yang sentiasa memuji kepimpinan sampaikan pemimpin jadi tak ketahuan.
Maka kerana itulah menjadi wartawan bebas dan menghantar ke laman-laman bebas adalah agar kita sama-sama menjadi pemerhati politik di negara tercinta ini. Namun menggunakan nama orang lain bagi menjelaskan maksud adalah tidak adil juga.
Kiriman: Wartawan Rasmi Laman Reformasi - 09.07.2006
(suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)
DSAI Diraikan Oleh Qaryiah Masjid Jamek Kubang Semang
KUBANG SEMANG 05 NOV: Hampir 1000 anak qaryiah Masjid Jamek Kubang Semang meraikan kepulangan DSAI ke Permatang Pauh. Masjid Jamek Kubang Semang adalah antara Masjid Jamek yang dianggap bebas tanpa kongkongan pihak pemerintah kerana bukan sahaja ianya ditadbir oleh anak kampung kubang Semang malahan antara Masjid Jamek yang mempunyai dana tersendiri hasil sokongan anak qaryiah tempatan.
Inilah antara masjid terawal di Permatang Pauh yang boleh meraikan beliau kerana ianya dimiliki oleh anak qaryiah tempatan. Turut hadir ialah isteri beliau Datin seri Wan Azizah merangkap ahli Parlimen Permatang Pauh. Terdahulu dari itu, dalam program berasingan DSWA telah sudi menyampaikan bantuan zakat kepada penduduk miskin dalam Parlimen Permatang Pauh di sebelah petangnya. Sementara DSAI mengadakan pertemuan dengan masyarakat Tionghua di sebelah Pulau.
Turut hadir beberapa ahli pimpinan tertinggi Ustaz Badrul Amin, Sdr Ezam, Sdr Azmin, Sdr N. Gobalakrisnan dan beberapa pimpinan tertinggi peringkat negeri. YB Hamdan juga tidak ketinggalan turut hadir sebagai tuan rumah. DSAI dijangka menyampaikan ucapan setelah selesai mengerjakan solat tarawih pada malam ini.
Berbagai juadah berbuka dari bubur lambok, roti canai,,lemang dan nasi dalca disediakan kepada para tetamu yang hadir. Sementara itu pihak UMNo juga tidak ketinggalan dengan menganjurkan majlis yang sama di dua tempat berasingan sebagai cuba untuk menyaingi program yang dianjurkan dengan menjemput TYT Pulau Pinang dan Adun Penanti. Majlis dijangka tamat dengan qiamulail di sebelah malam hingga ke pagi ini. Berita akan menyusul kemudian.
Seperti biasanya pihak polis juga turut mengambil bahagian mengadakan sekatan lalulintas bagi melicinkan program yang dianjur.
Wartawan Rasmi Laman Reformasi - 06.11.2004
Benar Atau Tidak Adanya Perjanjian?
Beberapa minggu sebelum Dato’ Seri Anwar Ibrahim dibebaskan, Freeanwar.com, iaitu nama domain yang digunakan dalam kempen pembebasan DSAI telah tidak bermaya. Perlahan-lahan FAC.net mula tidak lagi muncul di kaca Internet. Munculnya makhluk yang menamakan Mahakuda menjadi tandatanya. Beliau telah mengeluarkan berita mulai 18.8.2004, melalui Laman Marhaen (Hakim Harap Penyokong Anwar Tak Ramai Hadir). Seperti biasa para reformis yang mengekses internet seolah-olah hilang kepercayaan terhadap berita rambang tersebut. Pada mulanya insan ini tidak diberikan perhatian. Namun sebagai pengakses Internet, saya memaklumkan kepada webmaster bahawa berita dari Mahakuda boleh dipercayai kerana beliau pernah menghantar maklumat yang tepat ke Laman Mahazalimtwo. Pada 20 Ogos pula, satu lagi berita berhubung dengan penangguhan yang akan dilakukan oleh Jabatan Peguam Negara telah muncul dan menjadi kenyataan (Percubaan Paksa Hakim Ubah Keputusan).
Saya telah menyatakan bahawa manusia ini sebenarnya seseorang yang begitu dekat dengan maklumat atau sumber mahkamah. Ianya telah menjadi tajuk perbincangan termasuk mula menafikan sebuah berita dari seorang penulis. Mahakuda pernah memberikan satu mesej yang tepat beberapa tahun lepas dalam laman Mahazalimtwo. Tak perlu saya jelaskan maklumat itu kerana ianya telah menjadi sejarah.
Kes pembebasan DSAI bermula apabila satu ayat pendek yang dihantar ke Laman Marhaen berhubung dengan keputusan 2-1 yang akan di putuskan pada 28 Ogos lalu. Namun ayat itu kemudiannya telah ditukarkan dengan satu maklumat baru bahawa kes akan ditangguh. Memang betul kes itu tertangguh sehinggalah, kemudian muncul pula artikel dari Raja Petra (sifu FAC) yang turut memuatkan berita mengenai pembebasan DSAI yang akan menjadi 2-1 sebagaimana maklumat awal oleh insan yang menamakan MAHAKUDA. Muncul pula berita MGG Pillai dengan sumbernya yang selalunya mengancam. Akhirnya DSAI dibebaskan pada 2 September yang lalu.
Kes ini dikejutkan lagi apabila 2 September memberikan satu nostalgia lalu. 2 September 1998 rakyat termasuk saya yang baru celik politik telah turun ke Kuala Lumpur sehinggalah kepada gerakan KESAS dan Jamuan Hari Raya di tahun berikutnya yang disambut di Selangor. Memang semasa itu para Reformis hanya bergantung sumber dari ceramah-ceramah Ezam, Azmin, Saifuddin dan gerakan reformasi pada ketika itu begitu hangat sekali dan dianggap sebagai pemberi mesej dan maklumat penting. Mobilasi semasa ialah melalui Internet sebelum diiklankan di layar akhbar alternatif seperti Harakahdaily dan Buletin keadilan, yang kini diambil alih oleh Raja Petra.
Keadaan menjadi bertambah lesu selepas pilihan raya 2004 yang mana Barisan Nasional menipu secara besar-besaran dalam pilihan raya itu dengan berbagai sumber termasuk persekongkolan besar-besaran SPR.
Khairy Jamaluddin memang lah seorang yang disayangi oleh Pak Lah. Khabarnya rundingan dengan beliau juga turut berlaku sebagaimana yang di lakukan oleh Husam Musa dalam petisyen di Kelantan. Namun kedatangan Khairy untuk menguruskan pasport DSAI adalah sesuatu yang luar biasa. Sebagai menantu malahan orang nombor dua dalam hierarki pemuda UMNO, kedatangan beliau menjadi satu tandatanya. Dia tidak perlu datang ikut pintu belakang. Malahan Ezam sendiri menjemputnya tanpa pengetahuan reformis di rumah DSAI. Adalah lebih mudah untuk menelefon dari pejabat Perdana Menteri.
Apabila ditanya kepada Abdullah, beliau memberitahu kedatangan Khairy adalah untuk menguruskan soal pasport,namun apabila ditanya soalan kepada DSAI, beliau memberitahu bahawa Abdullah menyampaikan salamnya.
Kini apa yang menjadi tandatanya, apakah DSAI akan kembali menyertai UMNO??? Akhbar berbahasa Cina empat hari lepas melaporkan keadaan yang amat tidak menyenangkan buat para Reformis jalanan dan marhaen apabila melaporkan DSAI akan kembali menyertai UMNO apabila bertemu pembangkang sekembalinya dari rawatan dan mengerjakan umrah. Apakah ini benar?? Hanya masa sahaja yang menentukan. Namun bukan masanya untuk DSAI menyertai semula UMNO.
Bagi penduduk Permatang Pauh kepulangannya dinanti-nantikan dan ucap utama beliau akan didengar dan di pancarkan ke seluruh dunia di manakah kedudukan politik beliau nanti. Apa yang pastinya, mimbar Masjid Jamek Kubang Semang akan menanti kedatangan beliau memberikan ceramah dan khutbah.
Rakyat Permatang Pauh telah lama menanggung dan membela beliau sejak terpenjara. Jalan kemenangan UMNO tidak lagi kelihatan walau berbagai cara dan kerenah birokrasi dikenakan kepada kakitangan kerajaan. Bukan mudah juga berada dalam pembangkang di Permatang Pauh. Malahan kejadian yang sama juga berlaku di seluruh negara. Bagi yang telah mengetahui sejarah Permatang Pauh, rakyatnya memang cerdik dalam berpolitik.
Buat para juak-juak yang dahulunya meninggalkan perjuangan ini, khasnya rakan taulan dalam UMNO, teman-temannya, mari kita bermuka-muka semula. Mesyuarat yang dahulunya lengang, kini telah penuh, malahan jika dahulu untuk memanggil ke mesyuarat, jangankan H/P tidak diangkat, malahan nak membalas kembali pun tidak mahu. Maklumlah sibuk dengan kerja dan bergaji besar pulak. Bukan mudah untuk menjadi seorang pejuang.
Itulah antara sedikit kerenah para reformis. Yang di luar keadilan berlainan juga. Waktu DSAI meringkuk dalam penjara, jangankan nak tanya khabar, nak sembang fasal DSAI pun tak boleh. Takut, takut projek tak dapat. Takut kena tangkap,takut bermacam-macam takut. Pendek kata, renungkanlah sikap pura-pura kita agar jangan sampai pecah tembelang dan temberang. Apa pun perjuangan mesti diteruskan. Dan yang paling perlu disedari juga perjuangan perlu kepada keberanian selain bijaksana dalam berpolitik. SALAM REFORMASI
Kiriman: Wartawan Rasmi Laman Reformasi - 12.09.2004
Sahih: Mahathir Adalah Bapa Penindas Yang Tidak Berhati Perut
SAHIH: MAHATHIR ADALAH BAPA PENINDAS YANG TIDAK BERHATI PERUT
OLEH: Dr Abdul Rahim Ghouse
Siri terbaru dalam gerakan Reformasi Negara ialah mengenai penahanan 7 orang Reformis dan pemimpin dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, mengesahkan bahawa Perdana Menteri Malaysia , Mahathir Mohammad telah menghidapi sejenis penyakit kronik yang selalunya dihidapi oleh para diktaktor yang gementar dengan kebangkitan rakyat. Kempen Antarabangsa Ke atas Pembebasan Anwar (FAC) merasa kesal dan mengutuk dengan keras penggunaan ISA bagi menahan Raja Petra Kamaruddin ,pengarah FAC dan beberapa aktivis dan pemimpin termasuk Tian Chua,Ezam Mohd Nor,Saari Sungip,Hishamuddin Rais, N.Gobalakrishnan, dan Ghani Harun. FAC juga dengan ini mendesak agar mereka ini dibebaskan segera dari tuduhan dibawah ISA, yang mana ianya memberikan kuasa kepada polis bagi menahan seseorang tanpa dibicarakan dan tanpa had tertentu.Dalam akta ini, ianya menghalang seseorang yang ditahan dari dibicarakan, dan sejak dahulu lagi ianya dilaksanakan tanpa memberikan hak dan keupayaan seseorang dari membuktikan segala kesalahannya di mahkamah. Pihak polis mendakwa bahawa penahanan aktivis dan pemimpin gerakan REFORMASI ini adalah disebabkan oleh keterlibatan mereka dalam usaha menjatuhkan kerajaan Mahathir. Mereka juga telah dituduh untuk menggunakan kekerasan dengan menggunakan bom dan molotov cocktails. Dengan tuduhan yang sebegini serius , mereka tiada ruang bagi membela segala tuduhan yang dikenakan keatas mereka. Sesungguhnya , penggunaan akta ISA cukup penting bagi pemerintah. Ianya menunjukkan betapa Regim Mahathir begitu gementar dan gelabah serta tidak yakin terhadap kerajaan pimpinannya. Walaupun telah berjaya mengawal segala media dan mahkamah, ianya masih tidak berdaya mengenakan sebarang pertuduhan di mahkamah keatas pemimpin Reformasi. Segala pertuduhan dan proses perbicaraan kesalahan di mahkamah, sebenarnya menunjukkan betapa bodohnya Regim Mahathir pada hari ini sebagaimana yang berlaku kepada "Perbicaraan Yang memalukan ke Atas Anwar Ibrahim". Regim Mahathir sebenarnya amat malu dan di malukan diatas segala perbuatannya sendiri.Gerakan pembahruan yang dilancarkan oleh Anwar Ibrahim , masih bernyala hingga ke hari ini. Kredibiliti Kerajan juga merosot dimana pemimpin nya juga turut membantah apabila kehilangan sokongan dari pelajar, kakitangan awam, dan juga beberapa pemimpin tentera. Keadaan bertambah meruncing apabila berlakunya masalah kelembapan ekonomi yang berlaku di Amerika Syarikat dan turut dialami di Malaysia dengan dasar-dasar yang sentiasa berubah-ubah,mementingkan kroni dan takut serta membenci orang asing. Untuk meruncingkan keadaan Mahthhir telah dengan tanpa disedarinya telah memutus dan merenggangkan hubungan sesama masyarakat Malaysia.Disebalik keadaan yang teruk ini, dan keadaan ekonomi negara yang merudum, beliau mendapati dirinya menghadapi tentangan dari partinya sendiri.
Sesungguhnya segala media dan editor akhbar yang dikawal oleh pemerintah turut merungut akan kemerosotan dan kejatuhan kredebiliti mereka dimana ianya mengekang kebebasan akhbar. Segala gerak gerinya dilihat sentiasa diperhatikan. Malahan kenyataannya , sebahagian besar rakyat Malaysia mendesak beliau berundur.Lagi lama beliau bertahkta , lagi ramai yang akan membencinya.Mahathir ingat bahawa lagi banyak tangkapan dilakukannya,akan menakutkan rakyat, akan tetapi ianya terjadi sebaliknya. Mahathir lupa bahawa segala kejadian lampau yang melibatkan protes jalanan pada tahun 1998 , sebenarnya dijana oleh rakyat diketika pemimpin Reformasi ketika itu ada yang terpenjara dan berada diluar negara. Segala protes sebenarnya bermula dari rakyat. Dengan menahan pemimpin Reformasi pada hari ini , ia sebenarnya memberi risiko kepada pemerintah dalam menghadapi segala protes dari rakyat. Melihatkan dari semua sudut, Mahathir nampaknya berada dalam situasi yang amat mendesak beliau. Inilah yang menyebabkan beliau makin gabra dan gelabah. Tambahan pula, cara beliau melaksanakan segala arahan sebenarnya merumitkan lagi keadaan yang sedia ada. Dengan penangkapan beberapa pemimpin Reformasi dalam usaha mengingati sejarah penangkapan Anwar, ianya sebenarnya menunjukkan bahawa mahkamah kanggaroo Mahathir adalah diatas segala arahannya dan telunjuknya. Para penyokong gerakan pembahruan Reformasi sebenaranya merancang satu gerakan aman bagi menyatakan sokongan kepada pemimpin yang akan menyampaikan memorendum kepada SUHAKAM, badan bebas hak asasi manusia. Ini menunjukkan bahawa ianya tidak merbahaya , sebagaimana yang dimainkan oleh akhbar arus perdana.
Ini membuktikan bahawa Mahathir makin nyanyuk dan hilang pertimbangan.
Adalah jelas , dan sahih, bahawa Mahathir sedang menanggung penderitaan akibat melakukan penindasan yang tidak berhati perut.
Terjemahan Oleh : Wartawan Rasmi Lamn Reformasi.
"SELAMAT BERHIMPUN PEJUANG NEGARA"