𝗔𝗗𝗨𝗑 𝗣𝗔𝗦 π—π—”π—‘π—π—œ π—Ÿπ—”π—ͺ𝗔𝗑 𝗦𝗔𝗠𝗔𝗑 π—™π—œπ—§π—‘π—”π—› 𝗗𝗔𝗣 'π—¦π—”π— π—£π—”π—œ π— π—”π—§π—œ', π—žπ—˜π—‘π—”π—£π—” π— π—œπ—‘π—§π—” 𝗠𝗔𝗔𝗙 π—£π—¨π—Ÿπ—”?



✍️ Ahmad Mursi 


1.  Hairan bila YB PAS Sg Ramal Shafie Ngah minta maaf dalam saman fitnah MP DAP Bangi YB Syahredzan.


2.  Dulu katanya, akan 'lawan sampai mati', jadi kini dia dah mati kah?


3.  Kononnya, ini 'perhitungan melibatkan ideologi - PAS dan DAP'. 


4.  Ideologi apa yang halalkan PAS untuk fitnah dan tuduh orang lain 'bukan seorang Muslim yang jujur dan taat serta menyokong ideologi komunis'.


5.  Ini ajaran Islam atau ideologi Khawarij PAS? Perangai mempersoal keimanan lawan politik ni, perangai ghuluw, takfiri dan Khawarij.


6.  Nak tengok perangai ahli² dan pemimpin PAS, tengoklah perangai YB PAS ni.


7.  Kalau benar PAS yakin dengan tuduhan seumpama ini seperti diulang-ulang, inilah masa terbaik untuk buktikan di Mahkamah. Kenapa pula minta maaf?


8.  Konon 'berjiwa besar' kerana minta maaf, takut duit melayang ke?


9.  Jadi apa pula hukum makan gaji ADUN atau Ahli Parlimen yang menang dengan kempen fitnah seperti tu?


10.  Inilah beza antara berpolitik menunggang agama dan berpolitik mengikut panduan agama.



KAH KAH KAH... JOM MAKAN NASI DENGAN BEEKUAHKAN AIR OREN... KIOK.


 

BILA MAKAN NASI BERKUAHKAN OREN DAN CICAH ROTI JUGA MENGGUNAKAN AIR OREN. BEGINILAH BIULNYA KEPUTUSAN.


 

KEH KEH KEH....KERAJAAN KELANTAN KENA BANTU PENYELUDUP LA GITU.


Che Ibrahim


 Sepatutnya Kerajaan Negeri bantu para penyeludup yang semakin terhimpit sekarang akibat tindakan Kerajaan Persekutuan.






ISU ROGOL...BIAR PIHAK BERKUASA TANGGANI ISU. RAFIZI.

 

Saya ulas kenyataan Ketua Polis Kelantan mengenai isu tindakan terhadap pelaku jenayah seksual bawah umur “suka sama suka” dalam Podcast Yang Berhenti Menteri (YBM) Episod 15.




Bagi saya, jangan cepat melatah dengan kenyataan tersebut. Lebih baik kita cuba fahami konflik dan dilema sebenar yang dihadapi keluarga dan pihak berkuasa.


Berikan ruang untuk pihak berkuasa jelaskan pandangan mereka, kemudian barulah kita nilai isu ini secara menyeluruh.


Tonton ulasan penuh saya di Episod 15 Podcast YBM:

https://www.youtube.com/live/Zuq3LPk4oL8?si=3nj7n_Ng55Sy1K4R





CIKGU CIKGU..JANGAN LUPA KES 1 BESTARI.NET...NI KES ABAHKAU PADA TAHUN 2011...LEPAS TU..SIAPA PULAK....JOM DENGAR..


 

KEH..KEH..KEH...NAYA BARUA NI..SILAP SILAP DIS DAPAT DUIT CYTRO PI BOH MINYAK GAK.


 

PROJEK RUNTUH DI GANU...HANAPIAH MAT BERTANGGUNGJAWAB...SIAPA DIA..YANG MAKAN NASI NGAN AIR OREN TU KAH ? EEERRRKKK.,...KRH.KEH..KEH...PATUT LA.

 

PROJEK RM4.95 JUTA RUNTUH


KERAJAAN NEGERI TERENGGANU LEMAH, HANAFIAH MAT PERLU BERTANGGUNGJAWAB





Projek baik pulih Jalan Pantai Batu Rakit bernilai RM4.95 juta gagal berfungsi selepas struktur

benteng baharu runtuh baru-baru ni. Sepatutnya projek tu siap 7 Oktober depan tapi dah dibuka

untuk kegunaan orang ramai walaupun baru 90% siap. 

Sekarang ni EXCO Hanafiah Mat kena bertanggungjawab la sebab urusan cari kontraktor di dibuat oleh Kerajaan Negeri.

Inilah sebabnya bila takda check and balance dalam Kerajaan Negeri Terengganu. Bila jadi macam ni semua nak salahkan kontraktor dan Kerajaan Pusat 100%. Kerajaan Pusat dah bagi duit tapi nak urus dan selia semua tanggungjawab Kerajaan Negeri. Takkan nak goyang kaki je harapkan orang lain buat kerja.

Tulah asyik sibuk nak runtuhkan kerajaan, sampai projek infrastruktur rakyat yang runtuh dulu!


#Terengganu

#BatuRakit

#HanafiahMat




SIARAN MEDIA: FAM AKAN MEMBUAT RAYUAN TERHADAP KEPUTUSAN FIFA BERHUBUNG PEMAIN WARISAN





Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan bahawa pihak kami telah menerima keputusan rasmi daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berkaitan kes pemain warisan.


FAM ingin menegaskan bahawa para pemain terbabit dan FAM sendiri telah bertindak dengan niat baik serta penuh ketelusan sepanjang proses ini.


FAM telah menguruskan segala dokumentasi serta prosedur berkaitan secara telus mengikut garis panduan yang ditetapkan. Malah, FIFA sebelum ini telah meneliti kelayakan pemain berkenaan dan memberikan pengesahan rasmi bahawa mereka layak untuk beraksi mewakili Malaysia.


Sehubungan dengan keputusan ini, FAM akan membuat rayuan terhadap keputusan tersebut dan akan menggunakan semua saluran serta prosedur perundangan yang ada bagi memastikan kepentingan para pemain serta pasukan kebangsaan Malaysia sentiasa terpelihara.


FAM kekal komited untuk bertindak dengan tegas, mematuhi peraturan antarabangsa, serta mempertahankan integriti bola sepak negara.


Kami juga akan terus bekerjasama rapat dengan Kerajaan Malaysia dan semua pihak berkepentingan bagi memastikan proses yang dijalankan adalah telus, adil dan berlandaskan semangat kesukanan.


Sebarang perkembangan lanjut mengenai proses rayuan dan langkah susulan oleh FAM akan dimaklumkan kepada umum dari semasa ke semasa.


DATUK WIRA MOHD YUSOFF HAJI MAHADI

Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)


* Siaran media ini dikeluarkan pada Sabtu, 27 September 2025


https://fam.org.my/news/siaran-media-fam-akan-membuat-rayuan-terhadap-keputusan-fifa-berhubung-pemain-warisan


#FAM #HarimauMalaya





7 MALAYSIA PLAYERS BANNED FOR 1 YEAR OVER NATURALISATION SCANDAL


FIFA has issued a 12-month suspension to seven Malaysia players involved in the nationality forgery case:


πŸ”»Gabriel Felipe Arrocha (Unionistas πŸ‡ͺπŸ‡Έ)

πŸ”»Facundo TomΓ‘s GarcΓ©s (Deportivo AlavΓ©s πŸ‡ͺπŸ‡Έ)

πŸ”»Rodrigo JuliΓ‘n Holgado (AmΓ©rica de Cali πŸ‡¨πŸ‡΄)

πŸ”»Imanol Javier Machuca (AtlΓ©tico VΓ©lez Sarsfield πŸ‡¦πŸ‡· )

πŸ”»JoΓ£o Vitor BrandΓ£o Figueiredo (Johor Darul Ta’zim πŸ‡²πŸ‡Ύ)

πŸ”»Jon IrazΓ‘bal Iraurgui (Johor Darul Ta’zim πŸ‡²πŸ‡Ύ)

πŸ”»Hector Alejandro Hevel Serrano (Johor Darul Ta’zim πŸ‡²πŸ‡Ύ)


⚖️ The Football Association of Malaysia (FAM) was also fined USD 438,000.


This heavy sanction hits Johor Darul Ta’zim the hardest with three players suspended.


πŸ‘‰ Moreover, AFC is set to annul Malaysia’s 2027 AFC Asian Cup Qualifier result vs Vietnam, which could officially be awarded as a 3-0 win for Vietnam.


#FIFA #Malaysia #ASEANFootball





PULAK DAH

Fathi Aris Omar


 Takdak kerja, palsukan dokumen pula!


FAM menggunakan dokumen yang dipalsukan untuk membolehkan tujuh pemain diturunkan ketika melawan Vietnam pada 10 Jun lalu. 


Jadi FIFA ambil tindakan pada FAM dan tujuh pemain: 


Gabriel Felipe Arrocha, Facundo TomΓ‘s GarcΓ©s, Rodrigo JuliΓ‘n Holgado, Imanol Javier Machuca, JoΓ£o Vitor BrandΓ£o Figueiredo, Jon IrazΓ‘bal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.





NI SALAH SOQANG TUKANG DALIL..WOIII...NEGERI CINA DAP SEJAK 50AN DAH MINUM AIR PAIP LA..


 



SEKUTU PAS TAK SOKONG HADIS 40. TAPI DAP SOKONG


 

π—£π—˜π—‘π——π—˜π——π—”π—›π—”π—‘ π—­π—¨π—›π——π—œ 𝗗𝗔𝗑 𝗔𝗦𝗛π—₯𝗔𝗙 π—ͺπ—”π—π——π—œ π—Ÿπ—˜π—‘π—šπ—žπ—”π—£π—žπ—”π—‘ π—§π—˜π—’π—₯π—œ π—£π—’π—Ÿπ—” π—žπ—˜π—₯𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 π—£π—’π—Ÿπ—œπ—§π—œπ—ž 𝗣𝗔𝗦 π—¬π—”π—‘π—š π—”π—žπ—›π—œπ—₯𝗑𝗬𝗔 π—£π—˜π—–π—”π—›



✍️ Ahmad Mursi


1.  Zuhdi Marzuki (pimpinan dan strategis PAS) kata, dalam 10 tahun ini, dia saksikan kahwin-cerai pakatan politik PAS dan dia sahkan, “PN sedang tenat.”


2.  Ashraf Wajdi pula sahkan, pemimpin PAS berjumpa dengan PMX dan Zahid tanpa diketahui BERSATU untuk “menyundal” dan “main dua kolam.”


3.  Semua plot ini seiring dengan tulisan saya kelmarin bahawa pola sama berlaku kepada PAS dalam pakatan-pakatan politiknya.


4.  Cuma saya perlu perbetulkan, pola ini tidak berlaku di zaman TG Nik Aziz dan Ustaz Fadhil Noor. Mereka setia kepada kawan hingga akhir hayat.


5.  Angkatan Perpaduan Ummah (APU) hanya terbubar apabila Ku Li sendiri bubarkan Semangat 46.


6.  Barisan Alternatif pula, DAP keluar kerana asakan isu Hudud (2001). DAP sertai semula dalam format Pakatan Rakyat (2008) lepas PRU12.


7.  Pakatan Rakyat kekal utuh sewaktu hayat TGNA, dengan beliau menjadi ‘gam’ untuk pastikan PAS kekal setia dengan PKR dan DAP walaupun diasak oleh Hj Hadi dan kelompok ustaz.


8.  Hanya beberapa bulan selepas TGNA meninggal (Februari 2015), barulah PAS berpisah dengan DAP dalam Muktamar 2015 dan Pakatan Rakyat terbubar.


9.  Anak didik Ust Fadhil dan TGNA (kumpulan Erdogan) juga turut keluar PAS, tubuh AMANAH, dan terus kekal setia bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Harapan.


10.  Sejak itu, Hj Hadi dan ustaz-ustaz opportunis yang berbaki dalam PAS mula membentuk pola “kahwin–tikam–cerai” dalam pakatan politik, seperti yang berlaku 10 tahun kebelakangan ini.


11.  Bayangkan, selepas puluhan atau ratusan juta ringgit diberi kepada PAS untuk menangkan banyak kerusi, mereka kini secara terbuka menghina dan menafikan sumbangan dana itu, jauh sekali mahu berterima kasih.


12.  Akhirnya, sampai satu masa, jenama 'Parti Pelacur' (seperti kata Ku Li) akan melekat pada PAS dan tiada lagi parti akan percaya. Nama sahaja ‘Parti Islam’ tetapi tidak jujur, tikam belakang. Hampir semua parti sudah terkena.


13.  Dan kini, pimpinan PAS yang ‘main dua kolam’ berjumpa dengan PMX dan Zahid hanyalah satu fasa untuk melengkapkan kitaran — sebelum menceraikan BERSATU yang sudah tidak lagi berduit dan menguburkan Perikatan Nasional.


https://www.facebook.com/share/p/167AQGr841/


Tulisan sebelum ni:


''π—£π—˜π—₯π—”π—‘π—š'' 𝗣𝗔𝗦 - π—•π—˜π—₯𝗦𝗔𝗧𝗨: π—£π—Ÿπ—’π—§ π—¨π—Ÿπ—”π—‘π—šπ—”π—‘ π—•π—”π——π—œ π—£π—’π—Ÿπ—œπ—§π—œπ—ž 𝗣𝗔𝗦 π—¦π—˜π—π—”π—ž π——π—¨π—Ÿπ—¨ 𝗗𝗔𝗑 π—œπ—‘π—œ π—žπ—œπ—§π—”π—₯𝗔𝗑𝗑𝗬𝗔


✍️ Ahmad Mursi


1.  Perbalahan PAS - BERSATU ni sebenarnya dah boleh jangka apa pengakhirannya. 


2.  Ini seperti skrip ulangan atau kitaran yang dah jadi badi kepada PAS.


3.  Dalam hayat saya je, mula Angkatan Perpaduan Ummah - Barisan Alternatif - Pakatan Rakyat - Gagasan Sejahtera - Muafakat Nasional - Perikatan Nasional.


4.  Awal kahwin, semuanya berbunga-bunga, segala dalil siasah syariyyah diberi, rasa saling memerlukan dan harmoni.


5.  Kemudian kedudukan PAS sedikit kuat hasil hubungan itu.


6.  Mulalah PAS rasa, gabungan itu kuat sebab PAS, ahli lebih ramai, lebih setia, lebih taksub, bukan kerana rakan politik.


7.  Ceramah PAS ribuan, jentera mereka siap, rakan mereka hanya bergantung pada figura semata-mata.


8.  Selepas tu, PAS rasa merekalah patut memimpin, tuntut terajui pakatan kerana merekalah tulang belakang.


9.  Masalahnya di fasa ini, ustaz² pimpinan PAS tidak cekap imbangi kelicikan pengaruh kepimpinan rakan politik lain yang lebih cekap dari segi naratif dan diplomasi politik.


10.  Pada tahap ni, kerana gagal pamerkan 'influential leadership', mereka cuba memaksa kepimpinan mereka walhal ustaz² PAS tiada kapasiti yang negara perlukan.


11.  Bila gagal, PAS mula 'test water' dan 'menyundal' dengan parti lain di belakang tabir. Rakan mereka digantung tak bertali. Ada pakatan seperti tiada.


12.  Akhirnya, pakatan pecah. PAS mula susun dalil baru siyasah syariyyah untuk wajarkannya.


13.  Tiba-tiba rakan lama mereka yang dulunya akrab kerana 'tahalluf siyasi', kini jadi 'harbi', 'musuh Islam', 'islam liberal', 'sekular' dll.


https://www.facebook.com/share/p/19sdyLDCBB/




DALIL TAK LEH SOLAT DI MASJID KERAJAAN BUAT..DALIL WANITA TAK LEH JADI PEMIMPIN...LA NI DALIL BARU TAK LEH KERJASAMA DENGAN BUKAN ISLE...TANGGUNG LA APA YANG LEBAI PAS BUAT... TAK SERUPA BIKIN..


 

KESIAN NO...NAK PAKAI AIR KENA SUKAT....BAIK MINUM AIR OREN..YEEEHAAAA.....WOII NEGERI CINA DAP PAKAI JA....BANYAK MANA NAK PAKAI

 


Ini bukan sekadar Bolasepak tapi mambabitkan


Ahmad Faizzudin


JPN, Imegresen, TMJ dan semestinya FAM. Dokumen PALSU bukan benda main main 


Lawan dan menang atau ini menjadi skandal Bolasepak terbesar dunia! 


---





❌ 7 PEMAIN MALAYSIA DIGANTUNG 1 TAHUN AKIBAT SKANDAL NATURALISASI


FIFA telah menjatuhkan hukuman gantung 12 bulan kepada tujuh pemain Malaysia yang terlibat dalam kes pemalsuan kewarganegaraan:


πŸ”» Gabriel Felipe Arrocha (Unionistas πŸ‡ͺπŸ‡Έ)

πŸ”» Facundo TomΓ‘s GarcΓ©s (Deportivo AlavΓ©s πŸ‡ͺπŸ‡Έ)

πŸ”» Rodrigo JuliΓ‘n Holgado (AmΓ©rica de Cali πŸ‡¨πŸ‡΄)

πŸ”» Imanol Javier Machuca (AtlΓ©tico VΓ©lez Sarsfield πŸ‡¦πŸ‡·)

πŸ”» JoΓ£o Vitor BrandΓ£o Figueiredo (Johor Darul Ta’zim πŸ‡²πŸ‡Ύ)

πŸ”» Jon IrazΓ‘bal Iraurgui (Johor Darul Ta’zim πŸ‡²πŸ‡Ύ)

πŸ”» Hector Alejandro Hevel Serrano (Johor Darul Ta’zim πŸ‡²πŸ‡Ύ)


⚖️ Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut dikenakan denda sebanyak USD 438,000.


Hukuman ini memberi tamparan paling besar kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) kerana tiga pemain utama mereka turut digantung.


πŸ‘‰ Selain itu, AFC dijangka membatalkan keputusan perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 antara Malaysia menentang Vietnam, dan kemenangan rasmi bakal diberikan 3-0 kepada Vietnam.


#FIFA #FAM #JDT #BolaSepakMalaysia




KENAPA DARUL RUNTUH


Alif Jamil 


Projek bukan main mahal tapi kualiti mcm tampal plaster kat dinding tanah. 





Persoalannya, adakah kualiti kerja & pengawasan projek ini benar² diambil serius atau sekadar asal nak siap untuk tutup mulut rakyat?


Dari sudut teknikal, projek tembok sebegini jatuh kpd 4 cabang kejuruteraan.


1. Kejuruteraan Awam. 

2. Kejuruteraan Geoteknikal

3. Kejuruteraan Struktural

4. Kejuruteraan Marin / Pesisir 


Saya akan sentuh dari sisi kejuruteraan struktur.


Runtuhan tembok biasanya berpunca dari tiga faktor utama:

 

1. Design failure.

Reka bentuk tak ambil kira data tanah pantai, tekanan gelombang & hakisan jangka panjang.

 

2. Material & workmanship lemah.

Penggunaan batu² yg tak ikut spesifikasi, mortar yg tak cukup kuat dan pemasangan yg tak memenuhi piawai standard kontrak. 


3. Supervision & QAQC longgar.

Dalam standard industri pembinaan, setiap projek perlu melepasi Quality Assurance & Quality Control (QAQC) dgn ujian lapangan seperti compaction test, slump test dan visual inspection pada setiap fasa. 


Kalau kontraktor & konsultan cuai, mereka akan reka tembok sekadar untuk cukup syarat tanpa margin keselamatan yg betul. 


Bila ombak monsun datang, tenaga yg terhasil akan berlipat kali ganda, jadi struktur yg terbina itu gagal menampung impak tersebut. 


Bila runtuhan tu berlaku berulang kali, ini bukti jelas adanya lack of preventive action & kegagalan audit teknikal dari pihak berkuasa pelaksana.


Inilah punca rakyat marah. 

Duit negeri hangus hampir RM5 juta tapi hasilnya runtuh jugak. 


Ini bukan masalah isu teknikal semata², ini masalah integriti pentadbiran PAS. 


Kerajaan negeri gagal pantau kontraktor, gagal lantik konsultan yg teliti dan gagal buat audit selepas runtuhan pertama. 


Akhirnya duit rakyat dibazirkan dgn projek yg sia².


Lebih teruk lagi, rekod PAS sebelum ini memang banyak dgn projek sakit..


Projek Rumah Mampu Milik Dendong gagal. 

Projek Perumahan Gong Chempedak gagal. 

Projek Taman Ilmu gagal. 

Projek Tambatan Banjir Sungai Terengganu gagal. Projek² perumahan swasta lain pun gagal.


Pendek kata, PAS ni hanya reti berceramah atas pentas & baca ayat Quran untuk politik. 


Tapi kalu bab mengurus tadbir ni mmg out stesen. 

Manifesto pon gelap gambar. 


Projek PAS yg betol² berjaya pon karnival kawin percuma dgn pelancaran dating apps islamik.



JANGAN HISAP GAM ATAU KETAGIH PETROL

Iswardy Morni


 Mungkin ada yang faham apa dia tulis ni.





1. Mana ada negara lain jual harga minyak petrol kepada rakyat pakai dua harga.


Jawapan - betul. Sebab negara lain tak de subsidi. Mereka apungkan contoh seperti Filipina, Myanmar, kambodia UK, dll dan ada yang bergerak ke arah apungan 100% seperti India dan negara lain. Yang ada subsidi pun sekarang mula akan bergerak ke 100% apungan atau paling kurang, kurangkan subsidi seperti Brunei.


Namun soalan  sambungan dia pelik :


2. "system kasta rasis".


Pertama ni minyak. Kasta kat mana dik?

Kedua dah la kasta, rasis plak tu. Kasta dan rasis ni dua benda berbeza. Faham ke tak dia ni. Ni cerita minyak, bukan orang minyak.


Maghrib2 ni solat dik. Jgn isap petrol.., 🀭


Nak kutuk kerajaan bebal tapi ayat dia sendiri macam tak faham maksud kasta rasis dan apa dia tulis..



SENGKEK LA NAIK MOTOR ...INGAT NAIK PORCHE KA HADLEY KA...TAK YAH KOMEN KALAU ISI TAKAT 10 HINGGIT..MINTAK KAT MAK PA DUIT ISI MINYAK

Alif Jamil.



 Abam tanak komen pape sangat. 

Cuma nak jawab sikit.


Harga tayar belakang motor abam saja dah sama dengan harga set sproket motor awak. 


Jadi, kalu setakat pakai Ysuku tu baik komen yang murni² jela. 


Orang lain isi RON100 pon tak heboh kat orang..

Toksah la berasa diri tu terpaling "established" sangat.


Malu kat orang πŸ˜‚



Poooodah cit.,..





JANGAN JADI KACANG LUPAKAN KULIT


 

SEMUA PM BUAT TAK KENA


 

SIASAT SAMPAI TINGGAL SPENDER


 

ARWAH NAK LAWAN... AKHIRNYA TAK JADI MATI


 Syed Mohd Nazli Jamalulail


ADUN Sungai Ramal dah 'mati' ke ?







KSTUA PEMUDA PAS CAM GINI?

 


Afnan Hamimi ni, bab sembang kencang. Kambing pun boleh terbang.


Realitinya kita check satu satu hasil 4 Negeri PAS menang.


Hasil  2025 4 Negeri PAS menang.


▪️Kelantan – RM997.26 juta

▪️Terengganu – RM1.997 bilion

▪️Kedah – RM790 juta

▪️Perlis – RM122.93 juta


Jumlah empat-empat negeri Pas ≈ RM3.91 bilion. 


Ertinya, penjimatan BUDI95 sehingga RM4 bilion setahun lebih kurang menyamai keseluruhan hasil 2025 bagi semua negeri Pas digabungkan. 


Terengganu tu jika takda bantuan Kerajaan Pusat, cuma RM363 juga income yang mereka cari sendiri, MB nak mimpi jadi PM? 


Ini fakta, bukan retorik.









TERAUNGKUR DIKAKI DAP.



 Inilah perangai jahat lebai pas, suka buat fitnah bila kalah saman baru mohon maaf, fitnah sudah tersebar kau kutip balik tak







DIA BIAZA... MINYAK 50 SWBOTOL... AYAM 15 SWKILO... BERAS 36 SEKAMPIT TELOR AYAM HILANG... TU PIMPINAN DIA YANG BUAT DULU


 

KEH KEH KEH... BODOH PUNYA YB.


 

SEMBANG SAMPAI TITISAN DARAH TERAKHIR. MINTA MAAF KE DAP.. SEMBANB


 

PAS BERSATU BUAT SILAP BESAQ LA


 

FUHHH..HANGPA MAU DENGAQ DEPA NI ...MAU TAK LENA MALAM OOO


 

MUHYIDDIN BAGI DISKAUN ....HEBAT ABAH KAU

 


NAK PERINTAH LAGU MANA.? BENDA MUDZH GAK LEH PIKIR.

 Zanuddin Omar


Kita negara hukum dan jika tiada lesen memandu bermakna anda tak layak memandu.


Kalau anda tak layak memandu maka anda tak tak layak dapat subsidi minyak. 


Tiada negara dalam dunia ini galakkan orang tiada lesen untuk memandu. Ini membahayakan orang lain.  


Macam mana Pas nak memerintah negara kalau perkara mudah pun mahu disusahkan?





AZHAR BIASA LA....DIA MANA TERKESAN...

 



KIOK

 

Takdir !!! Lawan sampai mati kunun...😜




KEH KEH KEH

 

Azam Nuar Komiti


Huntung Pas ada Tuang Goro

Ramasamy 

Bala' 

.....dua2 eko ni ada mimpiii





KETUA PEMUDA PUNYA OTAK KEMETOT...KIOK.TAK MAJU

 


Afnan Hamimi Taib Azamudden, Penjimatan RON95 sehingga RM4 bilion menyamai hasil 4 negeri Pas




Hasil Bajet 2025 4 Negeri 4 menang.


▪️Kelantan – RM997.26 juta

▪️Terengganu – RM1.997 bilion

▪️Kedah – RM790 juta

▪️Perlis – RM122.93 juta


Jumlah empat-empat negeri Pas ≈ RM3.91 bilion. 


Ertinya, penjimatan BUDI95 sehingga RM4 bilion setahun lebih kurang menyamai keseluruhan hasil 2025 bagi semua negeri Pas digabungkan. Ini fakta, bukan retorik.




BILA HATI TELAH HITAM


 

Budi95: Jawab ‘Tin Kosong’ Ketua Pemuda Pas Pusat Afnan Hamimi Taib Azamudden


Syam Ghaz




Nak kritik Kerajaan Pusat dapat jimatkan RM4,000 juta tidak beri kesan fiskal besar. 


Tapi Negeri PAS menang semua pendapatan ciput, lihat sahaja anggaran hasil Bajet 2025;


 1. Kelantan – RM997.26 juta

 2. Terengganu – RM1.997 bilion

 3. Kedah – RM790 juta

 4. Perlis – RM122.93 juta 


Jumlah empat-empat negeri PAS ≈ RM3.91 bilion. Ertinya, penjimatan BUDI95 sehingga RM4 bilion setahun lebih kurang menyamai keseluruhan hasil 2025 bagi semua negeri PAS digabungkan. Ini fakta, bukan retorik. 


1. Dia kata Budi95 ni kerajaan cakap dulu patutnya kerajaan dapat jimat RM16 Billion kemudian jadi RM4Billion. Padahal RM4 Billion itu sangat membantu Negara keranapenjimatan BUDI95 membantu pencapaian sasaran defisit 2025 dan Malaysia kekal di landasan mencapai 3.8% KDNK. 


2. Dalam penyatuan fiskal, setiap bilion ringgit mengira — RM4 bilion ≈ 1.2% daripada hasil Persekutuan 2025 (RM339.7b), dan sebahagian daripada pelan menurunkan defisit. Ini bukan angka kecil pada tahap fiskal negara.


3. Pemuda Pas Tin Kosong cuba mengelirukan rakyat! 


Padahal Kerajaan memperuntuk ~RM11 bilion untuk memastikan rakyat warganegara terus menikmati RM1.99/L (dengan had 300 liter sebulan bagi pemegang lesen memandu yang sah). Bukan warganegara membayar RM2.60/L. Angka awal yang lebih besar merujuk pelbagai komponen reform subsidi, bukan BUDI95 semata-mata — justeru, membanding “RM16b” dengan “RM4b” untuk BUDI95 sahaja memang mengelirukan.  


4. Kesan Penjimatan BUDI95 Kepada Kemudahan Rakyat


MOF sudah nyatakan penjimatan BUDI95 disalur semula untuk bantuan bersasar seperti STR & SARA, selain kemudahan awam — bukannya “hilang” dalam kira-kira. 


STR + SARA 2025 dinaikkan kepada ~RM13 bilion, lagi tinggi dari semua Perdana Menteri di Malaysia. Ini kejayaan besar Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.


Tak caya kita check satu satu,


 1. 2016 – BR1M (Najib Razak): RM5.9 bilion 

 2. 2017 – BR1M (Najib Razak): RM6.8 bilion 

 3. 2018 – BR1M (Najib Razak): RM6.8 bilion

 4. 2019 – BSH (Mahathir Mohamad): RM5.0 bilion 

 5. 2020 – BSH (Mahathir/Muhyiddin – Belanjawan 2020): RM5.0 bilion 

 6. 2021 – BPR (Muhyiddin Yassin): RM6.5 bilion 

 7. 2022 – BKM (Ismail Sabri): RM8.2 bilion 

 8. 2023 – STR (PMX/Anwar Ibrahim): ~RM8 bilion 

 9. 2024 – STR (PMX/Anwar Ibrahim): RM10 bilion 

 10. 2025 – STR + SARA (PMX/Anwar Ibrahim): RM13 bilion (tertinggi setakat ini)  


BUDI95 sendiri menggantikan subsidi pukal yang bocor kepada bukan warganegara/korporat. 


Ini pembetulan ketirisan, bukan potong suka-suka. Dan kesannya SELURUH RAKYAT merasa. 


5. Kawal ketirisan yang Afnan tak sentuh


BUDI95 mengunci subsidi kepada rakyat Malaysia sahaja (MyKad + lesen memandu), mengehadkan 300L/sebulan dan menaikkan harga untuk bukan warganegara ke RM2.60/L. 


MOF juga jelaskan sebahagian besar penjimatan datang daripada membanteras kebocoran (termasuk penggunaan oleh bukan warganegara/korporat ~20%). Ini pembaikan struktur — bukan “tin kosong”.  


6. Tutup: Apa Barang Ketua Pemuda Pas Tin Kosong Nak Sembang Bang Fiskal Negara!


Afnan silap bila kata penjimatan RM2–4b “tak beri kesan”. 


Pertama, angka itu sah dan bersandarkan dasar yang dilaksana (BUDI95), bukan cakap-cakap. 


Kedua, ia membantu kerajaan capai sasaran defisit 3.8% — indikator disiplin fiskal yang diukur antarabangsa. 


Ketiga, skala RM4b itu menyamai hasil gabungan empat negeri PAS setahun; siapa sebenarnya “tin kosong” jika fakta-fakta ini diabaikan?  


Usah sembang kencang, jika Negeri sendiri pun tak mampu nak cari duit untuk pembangunan ekonomi Negeri.


Syam Ghaz


DUIT TAK DAK.. TERUK LA NI


 

TAK BOLEH LA PAK DOLLAH. KENA IKTIAR LESEN LA.


 

NI YANG WALAUN KATA RATU.

 


MASA DALAM. KERAJAAN DIA PUN NAK BUAT. MASA TAK JADI KERAJAAN DIA TAK SOKONG. MENYUSAHKAN RAMYAT


 

PERLU PERTIMBANGAN UNTUK RAKYAT PEDALAMAN


 

RATUSAN JUTA DAPAT DARI DUIT RASUH

 


33 BULAN DULU TAK DAPAT APA.


Mohd Asri Abu Bakar


 Masa PAS jadi kerajaan pusat 33 bulan dulu, Kelantan tak dapat apa-apa pun. Tapi bila kerajaan perpaduan naik, macam-macam projek & bantuan masuk Kelantan. Rakyat Kelantan sendiri yang pertama berebut nak rasa. Jadi jelas siapa yang betul-betul urus negara untuk rakyat, bukan sekadar janji...


Walauns BONGOK WAL HANAT!!.




MALAYSIA PUNYAI LADANG TENUSU PINTAR


 Malaysia kini miliki ladang tenusu pintar terbesar, iaitu di Gemas, Negeri Sembilan. 


Dibangunkan dengan menggunakan teknologi hijau dan sistem rawatan sisa moden, ia dijangka hasilkan 100 juta liter susu pada fasa pertama.




KALAU IA KHABAR ANGIN, APAKAH AZMIN SENDIRI YANG MENIUPKAN ANGIN ITU?



26 September 2025


Hanya beberapa jam setelah tersebar berita perletakan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang di DUN Selangor, Azmin Ali telah tampil menafikan perkara tersebut.


Adun Hulu Kelang itu memberitahu sebuah portal berita, laporan berkenaan adalah tidak benar.


“Tidak benar. Hentikan khabar angin.


“Saya sentiasa optimistik. Kita usaha sedaya upaya. Rakyat mesti dibantu,” katanya.


Azmin yang juga bekas Menteri Besar Selangor seterusnya berkata, beliau bersyukur dapat berkhidmat di Selangor kerana kerjasama dan ikatan antara Bersatu dan PAS di negeri itu amat mantap.


“Kami akan berusaha sedaya upaya kami,” tambah Setiausaha Agung Bersatu itu lagi.


Berdasarkan laporan dan ia turut disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai, spekulasi peletakan jawatan Azmin itu tercetus susulan beliau sendiri dilaporkan  menghantar mesej dalam Grup WhatsApp melibatkan Adun Perikatan Nasional (PN) Selangor dengan memaklumkan hasratnya untuk berundur sebagai Ketua Pembangkang berkuat kuasa 1 Oktober depan.


Mesej beliau itu juga dikatakan menggesa 21 Adun PN lain di Selangor supaya segera berbincang untuk melantik Ketua Pembangkang yang baru menjelang sidang DUN akan datang.


Selepas mesej itu dihantar dan mendapat respon daripada sejumlah Adun, termasuk daripada wakil rakyat Pas yang meminta perkara itu dibincangkan lebih lanjut, mesej Azmin itu segera dipadamkan.


Ia dikatakan dipadam oleh admin Grup Whatsapp berkenaan yang  merupakan seorang Adun yang diketahui memang penyokong setia Azmin.


Berkaitan hal ini, saya sendiri ada dihubungi oleh satu sumber yang memaklumkan mengenai perkara itu malam tadi, tetapi sumber berkenaan tidak pasti sama ada mesej Azmin sempat “discreenshot” atau tidak.


Sumber itu hanya berkata, ia akan jadi berita besar esok.


Meskipun mesej itu telah dipadam, rupa-rupanya ada yang sempat membuat “screenshot” mesej Azmin itu dan daripada situlah ia kemudian dilaporkan oleh Utusan pada kira-kira jam 9.50 malam tadi.


Laporan lain menyebut, suatu mesyuarat tergempar telah diadakan malam tadi susulan berita perletakan jawatan Azmin itu.


Di dalam hal ini, adalah jelas dan boleh dikata tidak diragukan lagi bahawa berita perletakan jawatan Azmin itu tercetus daripada mesej yang dihantarnya sendiri.


Azmin sendiri tidak pernah menafikan mesej tersebut bukan dihantar oleh dirinya ke dalam Grup Whatsapp berkenaan.


Yang beliau nafikan hanyalah berita perletakan jawatannya, sambil mengatakan ia tidak benar dan suatu khabar angin.


Soalnya, jika  ia khabar angin, apakah ini bermakna angin itu ditiupkan oleh Azmin sendiri?


Apakah tujuan Azmin berbuat demikian?


Apakah semua ini ada kaitan dengan pergolakan dalam Bersatu yang melibatkan pertembungan Muhyiddin Yassin dan Hamzah Zainuddin sehingga beberapa pemimpinnya bakal dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti?


Apakah pergolakan dalam Bersatu akan reda atau lebih banyak angin bertiup lagi selepas ini? – ShahbudinHusin 26Sept2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/09/kalau-ia-khabar-angin-apakah-azmin-sendiri-yang-meniupkan-angin-itu/



APA PUNYA USTAZ. KO TAK TAU KIRA KA APA?

Syam Ghaz


 Ustaz selebriti merengek dia dapat 300 liter je minyak Ron 95.





Belanja lebih RM1600 untuk beli 800 liter minyak sebulan.


Walhal dia + isteri 1 + isteri 2 layak dapat 900 liter sebulan


Bahaya jenis Ustaz Selebriti pro Un ni, nak manipulasi isu pun, jangan lah nampak diri tu tak cerdik sangat.


Pakej Umrah boleh iklan sampai RM10,000 lebih seorang, takkan la minyak tanpa subsidi RM2.60 todak boleh beli? 


Apa la!



LAGI KES PALATAO



 Ni salah satu sebab malas nak komen public, banyak sangat yang cerdik pandai nak komen. Dah la isu menteri PN nak hapuskan Tanah MAS, lepas tu dia divert, mai petik bab inflasi 1.3%, kononnya tak berani nak ulas.


Bila orang tegur yang itu dalam julat inflasi sihat, dia main falasi pula.


Ini yang dia nama kesan Dunning–Kruger yang merujuk kepada satu fenomena psikologi di mana:







Orang yang kurang berpengetahuan atau kurang mahir dalam sesuatu bidang sering terlalu yakin dengan kemampuan mereka.


Mereka tidak sedar tentang tahap kelemahan sendiri.


Contoh: seseorang yang baru belajar sedikit tentang pelaburan rasa dia sudah pakar dan mula memberi nasihat kepada orang lain.


On the other hand, pelarasan semua ron95 ini sebenarnya long due, sebab waktu ini paling terbaik masa inflasi tengah rendah. Tapi benda ini biasa nampak beberapa bulan selepas perlaksanaan Budi95. 


MMMS




APA PUN GUNALAH IC UNTUK PEMBELIAN MINYAK. ITU SALAH SATU DARI ALTERNATIF LAIN. KECUALI TAK ADA KAD PENGENALAN

 SURAT TERBUKA SAYA PADA YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA DATO SERI ANWAR IBRAHIM 




1. Isu subsidi bersasar ni baik tapi perlu di tangani dengan teliti.

2. Rakyat pengalaman harus di lihat baik di semenanjung dan sabah & Sarawak.

3. Syarat umur tu ok boleh terima tapi beberapa syarat yang ada seperti tunjuk lesen memandu itu perlu di kaji.

4. Contoh kawasan pendalaman Sarawak seperti kawasan ulu. Kebanyakan mereka guna enjin bot dari petrol. Mereka tak ada lesen memandu buka. Sebab tak mau buat lesen memandu tapi pada mereka tak perlu sebab mereka guna jalan air.

5. Mekanisme untuk mereka harus di fikirkan. Belum pula nelayan seperti di kawasan melayu yang jadi nelayan kecil juga pakai enjin bot guna petrol.

6. Di sabah pula mereka yang duduk di tepi laut seperti orang bajau laut rasanya hanya 10% yang ada lesen memandu.

7. Bila saya sebut ni sebahagian kelemahan dar sistem ni ramai pengampu pkr jawab dengan jawapan bodoh. Tapi mereka yang jawab tu mungkin tak rasa apa rakyat pendalaman dan nelayan kecil rasa.

8. Ada pula di kalangan orang pkr kata tak mungkin di pendalaman tak jual minyak botol..itu antara jawapan bodoh penyokong pkr ni. 

Tapi kena ingat. Kalau betul ada jual minyak botol sudah pasti beli dari mana juga harga murah? Kalau pembeli pun hanya boleh beli 300 liter seorang. Yang jual botol pun pasti jual mahal.

9. Akhirnya sebab terlalu ramai pembodek idea dari pemimpin dan penyokong pkr tak ada sebab otak mereka dah beku. Hanya kerjanya bodek pm bodek pimpinan tapi hala tuju tak ada untuk rakyat.

10. Sebab PKR dah kerajaan maka idea baik dah tak ada lagi. Sebab niat untuk bantu rakyat tak ada. Yang ada hanya wayang atau drama KEADILAN untuk kaut undi.


Daniel Jani 

Influencer Politik Malaysia 

#anwaribrahim

#follower