Calon Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menafikan dakwaan
kononnya beliau berselisih faham dengan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan
Abdul Karim.
Anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menyifatkan Hassan sebagai
seorang ‘rebel’ dengan sebab.
“Beliaulah yang kritik khidmat saya semasa di PMO (Jabatan Perdana
Menteri), sebelum saya berundur dan menyerah tugasan kepada En Nurhisham
Hussein, ketika itu Pengarah Ekonomi & CSO KWSP.
“Dan beliau jugalah yang menyeru saya masuk gelanggang bertanding untuk
jawatan Timbalan Presiden PKR.
“Marah atau tidak, tidak pernah pudar rasa hormat saya kepada Pak
Hassan,” tulis Izzah menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Untuk rekod, Hassan menyertai PKR selepas 2008 dengan kali pertama
bertanding pada Pilihan Raya Umum 2008 di Parlimen Johor Bahru atas tiket Parti
Rakyat Malaysia (PRM) tetapi tewas.
Mengulas lanjut, Nurul Izzah yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang
Pauh berkata, PKR memperoleh bantuan kewangan daripada orang ramai ketika
kempen pilihan raya umum.
“Kita raih dana daripada orang ramai, untuk kita penuhi keperluan
khidmat, termasuklah wang deposit, ketika PKR susah satu ketika dahulu.
“Kopi ini sememangnya keras, namun kerasnya kita tempuhi bersama.
“Selamat menunaikan ibadah haji, Pak Hassan dan isteri. Sama-sama kita
saling mendoakan,” kata Izzah lagi.
Ketua Cabang Keadilan Selayang, Chua Wei Kiat menegaskan tidak wajar untuk mana-mana pihak memadam atau memperkecilkan peranan besar Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli dalam kejayaan Pakatan Harapan (PH) merampas Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.
Wei Kiat yang juga Timbalan Ketua Penerangan Keadilan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang berkata, Rafizi merupakan antara individu yang berani tampil ke hadapan memperkenalkan pendekatan baharu ketika landskap politik negara berada dalam keadaan sangat tidak menentu antara tahun 2015 hingga 2018.
Berhati-hati geng.. Kepada pengguna highway PLUS dan BKE, kalau jumpa mamat ni tak payah berhenti. Modus operandi dia moto rosak atau jem, dak pun angin tayar di kempiskan.
Dia cuma nak dapatkan duit saja. Dulu dia bawa moto Kriss, ni timboi pula dengan skuter Beat.
Tadi bila aku warning dia, moto yang jem tu boleh pula jalan 🤣, hati-hati semua jangan tertipu.. sebab ramai dah yang tertipu dengan dia ni.
Terkedu aku baca satu komen ni kat pos RR tajuk "Dimana Anda 2 September 1998"dari bekas wartawan yang letak jawatan serta-merta bila diarahkan buat laporan palsu dan memanjangkan fitnah terhadap DSAI. Dia tulis:
> “Saya meletak jawatan serta-merta sebagai wartawan agensi berita setelah diarahkan KP membuat berita palsu dan fitnah berhubung konspirasi tersebut... Ramai rakan media makan hati dan rasa bersalah bila terpaksa menyambung rezeki dengan memanjangkan fitnah terhadap DSAI setiap hari selama bertahun-tahun.”
Fuh. Deep beb. Masa tu bukan sorang dua je yang jadi alat – ramai wartawan terpaksa akur demi gaji, demi hidup. Tapi yang ada prinsip macam kakak ni, sanggup letak jawatan dari terus jadi pencacai fitnah.
Aku teringat masa zaman 1998, masa Anwar kena pecat. Aku sendiri tak percaya dengan fitnah tu. Lagi-lagi bila aku tahu salah sorang yang terlibat dalam komplot tu duduk kat Andalas, Klang. Aku tanya terus. Dia cerita habis – macam mana plot tu disusun, siapa yang terlibat, macam mana media diarahkan spin cerita ikut skrip yang dah disiapkan.
Benda ni memang takkan keluar berita. Sebab semua media time tu bawah tapak kaki pemerintah. Jadi aku ambik keputusan tulis dalam blog aku masa tu – "King Of Goblog". Nama pun dah menggambarkan zaman tu – (zaman ini zaman edan) Aku tulis bukan suka-suka, tapi berdasarkan maklumat terus dari informer dalaman yang dah tak tahan tengok pemimpin guna harta negara ikut suka hati.
Dan dalam semua ujian ni, Anwar tetap berdiri. Difitnah, dipenjara, keluar penjara, difitnah lagi zaman Najib – tetap tak goyah. Lepas PH menang PRU14, dia diberi pengampunan. Ramai sangka Mahathir akan serah kuasa. Tapi Mahathir jadi PM7, janji tinggal janji. Sampai jadi Langkah Sheraton – kerajaan PH 1.0 tumbang sebab pengkhianat.
Rupanya Allah tak izin lagi Anwar jadi PM waktu tu, sebab dalam parti dia masih penuh pengkhianat. Allah tapis satu-satu. Yang khianat keluar, masuk blok PN. Tinggal yang setia dan ikhlas. Dan bila dah bersih, barulah Allah izinkan Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri ke-10.
Dari “peliwat” ke PM. Dari penjara ke Putrajaya. Dari difitnah kemudian diangkat jadi nombor 1 negara.
Ini bukan kisah biasa. Ini kisah seorang pejuang yang diuji bertahun-tahun, tapi tetap teguh dengan prinsip. Bukan sebab dia kejar jawatan, tapi sebab dia sabar, dia lawan, dan dia percaya — yang benar tetap akan menang.
Dan akhirnya, Allah angkat dia.
Kisah belum habis. Tapi bab ni, cukup untuk jadi pengajaran.
Setibanya di Moscow, saya bersama barisan menteri Kabinet terus ke ibu kota untuk berdialog bersama pelajar-pelajar Malaysia yang kini menggalas amanah sebagai duta kecil negara di Rusia.
Dalam wacana ini, saya berkongsi beberapa cabaran geopolitik semasa, termasuk pelaksanaan tarif balas oleh Amerika Syarikat (AS).
Meskipun dunia berdepan ketidaktentuan, saya tegaskan keyakinan bahawa Malaysia mampu terus berdiri teguh berpaksikan asas ekonomi yang kukuh, serta semangat kebersamaan rakyat dari kalangan pimpinan, penjawat awam, penggerak masyarakat mahupun sektor swasta.
Kekuatan sesebuah negara bukan hanya terletak pada angka, tetapi pada tatakelola yang baik dan iltizam untuk menoktahkan budaya kebobrokan. Kita tidak mahu Malaysia dikenang kerana rasuah atau perpecahan kaum dan agama.
Pemimpin harus menjauhi salah guna kuasa dan amalan memunggah kekayaan untuk diri dan keluarga, sebaliknya tampil rendah diri, mendengar pandangan rakyat untuk merangka dasar yang mengangkat darjat, harkat dan martabat negara.
Anak-anak Malaysia di luar negara pula memikul amanah besar. Pelaburan berbilion ringgit oleh syarikat seperti Infineon, Google, Microsoft, NVIDIA dan ARMS hanya akan membuahkan hasil jika kita berjaya menyediakan bakat dan tenaga mahir yang mencukupi. Ilmu yang ditimba di rantau asing harus diterjemah kepada daya saing negara.
Saya juga mendengar sendiri kegusaran anak-anak pelajar dari isu peluang pekerjaan di tanah air, hinggalah kepada cabaran melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi dari luar negara.
Saya tegaskan komitmen Kerajaan MADANI untuk memperluas peluang pekerjaan bernilai tinggi serta memperkenalkan sistem undi dalam talian bagi memastikan hak rakyat tidak dinafikan oleh kekangan teknikal.
Sebelum wacana melabuh tirai, saya tinggalkan pesanan buat anak-anak untuk terus berusaha menggapai langit dengan menimba ilmu dan meneroka bidang-bidang baharu yang diperlukan negara.
Namun dalam setiap langkah, pastikan diri terus mengakar ke bumi, yakni berpegang teguh pada jati diri dan semangat kebangsaan yang membentuk kekuatan kita sebagai anak Malaysia.
Ini team yang jelajah seluruh pelusuk Malaysia untuk angkat PH jadi kerajaan... Hari ni, golongan elit yang dikawal mantan MIC cuba gulingkan mereka dan jadikan PKR parti elit.. Bangkit tolak geng MIC...Kita tetap berdiri teguh bersama Rafizi Ramli..
Proses pemilihan MPP Keadilan sudah memasuki hari keempat sudah hampir separuh tempoh kempen berjalan menjelang hari mengundi 25 Mei. Selepas lebih 73 jam kempen berjalan sedikit sebanyak ahli sudah dapat buat penilaian dan perbandingan serta mengenali pasti calon mana yang hendak dipilih. Orang ramai yang mengikuti kempen dari dekat juga sudah dapat merasakan kumpulan mana yang ke hadapan.
Pemilihan kali ini sama bentuk dengan pemilihan sebelum ini berjalan secara berpasukan. Ada dua kem yang sedang berebut untuk menguasai MPP waktu ini. Kem Damai dan Hiruk.
Pasukan atau team itu ada ketua masing masing, yang dijadikan ketua ialah calon timbalan presiden Rafizi Ramli dan Nurul Izzah. Kerana ia terbentuk dua puak maka pemilihan atau pertandingan kali ini panas dan meriah yang secara tidak langsung turut dirasai oleh orang ramai. Ia mendapat perhatian kerana selepas ini Keadilan akan dipimpin oleh satu satu kem ini yang boleh menyebabkan berlaku perpecahan.
Bukan itu sahaja calon atau orang yang akan dipilih kelak dilihat akan mewarisi kepimpinan dalam parti dan berpelung untuk menjadi perdana menteri akan datang.
Keadaan seperti ini sudah wujud sebelum ini sejak pemilihan pertama 1999 - 2001 di Kemaman Terengganu. Ketika itu perebutan berlaku untuk memilih timbalan presiden diantara kumpulan bernuansakan Islam dengan sekular. Kumpulan Islam diwakilkan oleh orang haraki Abim dan Ikram manakala yang secular pula adalah yang datang berbagai kumpulan yang mendukung perjuangan reformasi. Begitu juga dalam pertandingan selepas itu, wujud dua kem apa bila timbalan presiden Syed Husin Ali berundur membuka pertandingan di antara Khalid Ibrahim dan Azmjn Ali.
Pembentukan kem itu kemudian berterusan selepas itu, yang mana hanya bertukar ketua sahaja, dari Khalid kepada Rafizi yang menengang Azmin. Nurul Izzah ketika itu bersama Rafizi. Kekosongan ditinggalkan Azmin setelah pengkhianatan, Langkah Sheraton berlaku perebutan diantara Saufuddin dengan Rafizi. Dalam pertandingan ini juga wujud dua kem tetapi tidak sehabat kem diera Khalid - Azmin.
Jadi tradisi berpuak atau kem ini berterusan sampai kini.
Ada baik buruknya pembentukan kem dalam proses pemilihan ini. Kem yang menang nanti dapat bekerja secara satu pasukan yang mantap dan sejiwa. Berbeza dengan kalau pertandingan bersendirian. Manakala keburukannya pula, pertandingan secara berpasukan ini apabila orang berkemampuan dan berbakat tidak terpilih disebabkan tidak sepasukan.
Sebagai sebuah parti ia memerlukan kombinasi tokoh atau personal yang bijak dan komited dengan perjuangan. Apabila diadakan secara berpasukan orang yang kurang mampu juga ikut terpilih sama. Sebenar bertanding secara berpasukan ini menguntungkan mereka yang kurang mampu kerana dapat tumpang tuah. Tetapi ia merugikan parti kerana menafikan yang kompiten.
Untuk memanfaatkan semua orang yang mampu, elok dilakukan pertandingan secara bersendirian atau berasingan kerana cara ini lebih adil dan ideal dapat menjaring semua mereka yang benar benar berwibawa berada dalam saf kepimpinan. Parti akan mendapat lebih ramai pemimpin yang benar benar berkualiti. Kalau perkara ini boleh dielakkan dimasa depan eloklah, mungkin parti boleh buat peraturan ketat. Pertandingan bebas pasukan juga lebih menyatupadukan parti.
Bahaya pertandingan berpasukan ini apabila berlaku perpecahan dan mewujudkan golongan cult dalam parti. Ia akan membentuk mereka yang akan setia gila kepada ketua, sehinggakan mereka akan mengikut dan patuh tunduk kepada ketua mereka itu walaupun tindakan dan keputusannya bertentangan dengan semangat parti. Jika ketua buat salah mereka ikut sokong atas alasan sepasukan.
Sejarah telah membuktikan macam mana bahaya sikap berpasukan ini. Apabila Azmin Ali meninggalkan parti, 2020 untuk bersama Mahiaddin Yassin bagi menumbangkan kerajaan PH maka semua ahli parlimen seramai 10 orang yang berada dalam kumpulannya semasa kempen merebut jawatan dahulu bersamanya. Natijahnya parti hilang majoriti, kerajaan tumbang.
Jadi pertandingan secara berpasukan ini bahaya dan bukan sesuatu yang baik untuk parti. Sepatutnya parti lebih concern mengenai perkara ini. Bagaimana pun sekiranya ahli arif dan bijak menggunakan hak mereka dengan baik membuat penialaian, mereka tetap dapat menghimpun orang orang yang baik untuk dijadikan atau diharapkan sebagai pemimpin. Trims.
Berdegar degar buat content hentam kononnya kerajaan zalim. Rupa2nya kejadian menteri zaman PN. Fitnah Khalid Samad sampai ramai org Melayu meroyan Menteri PH tak jaga org Melayu.
Bila x Menteri Khalid Samad mahu buktikan di mahkamah mencabar dgn menyaman Rafidah… dia menghilang entah ke mana. Jika berani kerana benar… kenapa perlu menghilangkan diri?
Hadir atau beritahu peguam saya nantikan surat saman tersebut. Org Melayu yg hanya dpt info dari Tik Tok percaya fitnah2 tersebut dan siang malam kutuk kerajaan abaikan org Melayu.
Sebab itu saya sering katakan saman adalah cara terbaik utk menginsafkan, menghentikan normalisasi budaya fitnah dan menyelamatkan bangsa Melayu.
Sb itu bila berlaku fitnah segera ambil tindakan fitnah. Tak mau duit sedekah sahaja menang saman dkt Sekolah2 Tahfiz.
Ketiadaan Rafizi Ramli dalam pentas politik aktif Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuka ruang besar untuk menilai masa depan parti reformasi itu. Sejak sekian lama, Rafizi bukan sekadar seorang pemimpin, tetapi dianggap arkitek utama dalam membina strategi politik moden dan memacu naratif perjuangan parti. Tanpa beliau, PKR berdepan cabaran signifikan untuk kekal relevan dan kompetitif dalam landskap politik pasca-PRU15 yang semakin mencabar.
1. Kehilangan Strategis Utama dan Pakar Data
Rafizi dikenali sebagai individu di sebalik strategi kempen PRU14 yang berjaya menumbangkan Barisan Nasional. Melalui platform INVOKE, beliau memperkenalkan pendekatan berasaskan data besar (big data) dan profiling pengundi, membolehkan PKR dan Pakatan Harapan menyasarkan kempen secara mikro. Ketiadaan beliau bermaksud kehilangan kelebihan strategik, terutama ketika Perikatan Nasional semakin dominan di media sosial dan berjaya memenangi hati pengundi muda.
2. Krisis Kepimpinan Generasi Pelapis
PKR sebelum ini mempunyai beberapa tokoh generasi kedua seperti Nurul Izzah, Rafizi, dan Azmin Ali. Namun, Azmin telah menyertai Bersatu, manakala Nurul Izzah mengambil peranan yang lebih latar. Ini meninggalkan kekosongan tokoh popular dan progresif dalam parti. Pemimpin seperti Fahmi Fadzil dan Nik Nazmi Ahmad menunjukkan potensi, tetapi belum cukup untuk memimpin arus kebangkitan nasional atau membawa gelombang reformasi baharu.
3. Risiko Polarisasi Dalaman
Tanpa Rafizi, penimbang kuasa dalam parti semakin lemah. PKR kini cenderung untuk kembali dikawal sepenuhnya oleh kelompok yang rapat dengan Presiden. Ini boleh membawa kepada polarisasi dalaman, terutamanya jika suara akar umbi atau progresif diketepikan. Pergolakan dalaman ini jika tidak dikawal boleh menghakis keyakinan rakyat dan penyokong parti sendiri.
4. Pengaruh dalam PRU Akan Datang
Rafizi memainkan peranan penting dalam menggerakkan jentera kempen, merangka naratif nasional dan memenangi sokongan pengundi atas pagar serta anak muda. Tanpa beliau, PKR mungkin berdepan kesukaran untuk menandingi pendekatan kempen digital PN yang lebih agresif dan populis. Dalam PRU akan datang, undi muda dan isu kos sara hidup akan menjadi faktor penentu — dua medan yang biasanya digerakkan dengan baik oleh Rafizi.
5. Peluang dan Harapan Baru?
Namun, tidak semuanya gelap buat PKR. Ketiadaan Rafizi juga boleh menjadi pencetus kepada reformasi dalaman jika diurus dengan baik. Parti perlu mempercepatkan proses pengkaderan pemimpin muda, membina naratif baru yang lebih segar dan bebas dari bayangan sejarah reformasi 1998 semata-mata. Jika PKR berjaya membawa masuk suara baharu dari lapangan rakyat — aktivis, profesional muda dan anak muda bandar — ia masih berpeluang membina semula kekuatan.
Penutup
PKR kini berada di persimpangan sejarah. Tanpa Rafizi Ramli, masa depan parti terletak sepenuhnya pada kemampuan kolektif kepimpinannya untuk membina kekuatan baharu. Reformasi sebenar yang diimpikan selama ini tidak boleh hanya bergantung kepada seorang figura, tetapi perlu menjadi arus yang dipelopori oleh generasi pelapis yang tulen, progresif dan dekat dengan denyut nadi rakyat. Masa depan PKR akan menjadi ujian sejauh mana parti ini mampu hidup tanpa bergantung pada tokoh — tetapi hidup melalui idealisme dan organisasi.
Eh eh... malam tadi panas. Bukan sebab cuaca Perak, tapi sebab Rafizi buat 'announcement' paling berlapik dalam sejarah PKR — kononnya semua ahli ada hak nak bertanding, termasuk si kakak NIA kita tu. Tapi gaya Rafizi punya nada tu macam ayat dalam drama Cina lama: “Silalah masuk... tapi hati-hati, lantai licin dan ular tengah menunggu bawah permaidani.”
Mari kita cakap terus terang — kalau ini bukan reverse psychology, aku pun sanggup percaya unicorn tu wujud kat Putrajaya. Raf tengah bagi spotlight terang-terang kat NIA sebab dia tahu, makin terang, makin nampak bayang kartel yang menyorok belakang. Orang kata, “𝘗𝘶𝘬𝘶𝘭 𝘳𝘶𝘮𝘱𝘶𝘵, 𝘴𝘦𝘥𝘢𝘳𝘬𝘢𝘯 𝘶𝘭𝘢𝘳.” Tapi ini dah lebih sikit: 𝙥𝙪𝙠𝙪𝙡 𝙧𝙪𝙢𝙥𝙪𝙩, 𝙗𝙖𝙠𝙖𝙧 𝙨𝙚𝙢𝙖𝙠, 𝙥𝙖𝙣𝙜𝙜𝙞𝙡 𝙗𝙤𝙢𝙗𝙖 𝙙𝙖𝙣 𝙨𝙞𝙖𝙧 𝙡𝙞𝙫𝙚 𝙠𝙖𝙩 𝙏𝙞𝙠𝙏𝙤𝙠.
Dalam dunia PKR sekarang, semua benda macam wayang – siap ada skrip, pelakon tambahan, dan watak utama yang entah sedar entah tidak dia tengah dipergunakan. NIA ni nampaknya macam watak heroin tragik — mulanya teruja nak kembali, tapi tak sedar dia tengah ditolak masuk pentas oleh tangan ghaib yang nak pecahkan ‘chemistry’ PMX + Rafizi.
𝙆𝙚𝙣𝙖𝙥𝙖?
Sebab ekonomi MADANI yang tengah elok berjalan ni tak syok la untuk geng kartel yang suka tender direct, bukan open.
Dan bila Raf kata, “𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘩𝘰𝘳𝘮𝘢𝘵 𝘬𝘦𝘱𝘶𝘵𝘶𝘴𝘢𝘯 𝘴𝘪𝘢𝘱𝘢 𝘯𝘢𝘬 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘢𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨,” itu bukan restu. Itu macam ayah suruh anak pergi masuk pertandingan karaoke kampung padahal tahu suara dia level mercun meletup. Supaya nanti bila kalah, boleh belajar.
𝘾𝙪𝙢𝙖 𝙢𝙖𝙨𝙖𝙡𝙖𝙝𝙣𝙮𝙖… kalau ‘anak’ tu dipergunakan, dan kartel berjaya pecahkan pasukan reformasi, yang lingkup bukan seorang — 𝙨𝙖𝙩𝙪 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙠𝙚𝙣𝙖.
𝗞𝗲𝘀𝗶𝗺𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻 **𝗦𝗘𝗕𝗘𝗠-𝗦𝘁𝘆𝗹𝗲:
Nak lawan, lawanlah. Tapi biar pakai otak, bukan emosi. Jangan jadi bidak catur untuk orang lain. Perjuangan ini bukan nak glamor dalam poster, tapi nak pastikan negara tak jatuh ke tangan puak recycle.
Inilah Rupa sebenaq Lori BURUK Dan CABUK Invoke yg dilatu sungguh2 semasa Jelajah Bina Semula Negara dan diusung merata2 ke seluruh pelusuk Negara dari tahun 2016 hingga Mei 2018, bertemu segenap lapisan Rakyat dalam Siri kempen menjelang PRU 14/2018.
Tugas terakhir Lori CABUK ni kalau tak silap saya ialah pada 16 Mei 2018 di Padang Timur, Petaling Jaya, sewaktu saya diamanahkan untuk mengetuai penganjuran Malam MERDEKA RAKYAT (sehari sebelum Ramadhan - Kami bersolat Terawih di atas Padang di dalam hujan renyai2 waktu itu) bagi menyambut pembebasan DS Anwar Ibrahim PM Rakyat yg kini lebih dikenali sebagai PMX.
Lori CABUK ini kini hanya tinggal sebagai satu Kenangan dalam lipatan Sejarah suatu Perjuangan yg perit dan panjang. Hanya mereka Yang Pernah bersama ketika itu Mampu mengerti Dan menghargai Kenangan Manis dan Pahit di jalanan, menerobos ke seluruh pelusuk Negara demi menyampaikan Suatu mesej Perjuangan.
Para PAHLAWAN KESIANGAN Hari ini mungkin kepingin cuba menutup Jejak perjalanan Lori CABUK ini, demi sekelumit keberuntungan Jawatan Dan Ghanimah, namun Kami Yang tak pernah didendang ini akan terus kental berjuang dengan 1001 Kenangan dalam Ingatan...
Ambo tak tahu apa sifir BN PH dalam memutuskan agihan kerusi.
Pengalaman ambo dlm PH ada satu Jkuasa Khas untuk bincang pasal agihan kerusi yang melibatkan beberapa peringkat. Kemuncaknya ialah peringkat tertinggi yang hanya melibatkan Presiden/Ketua parti.
Keputusan yang dibuat antara Ketua Ketua parti adalah muktamad selepas perundingan di peringkat jkuasa gagal mendapat kata sepakat.
Bekas exco Selangor dan mantan pemimpin DAP Teng Chang Khim menyifatkan
perbuatan Pas Terengganu menyalahgunakan bendera Malaysia dalam poster hebahan
Himpunan Teguh Memimpin Terengganu sebagai pengkhianat.
“Pas pengkhianat. Bendera pun tak kenal. Patut dilucutkan kerakyatan.
“Malu. Tidak boleh dimaafkan,” katanya dalam satu hantaran Facebook
malam tadi.
Pendirian tegas Teng ini menyerupai pendirian Pas sebelum Pas Terengganu
terpalit dalam kontroversi ini.
Logo kontroversi Himpunan Teguh Memimpin Terengganu memaparkan Jalur
Gemilang di sebelah kiri dengan 11 bintang dan 12 jalur merah putih.
Sebelum ini dua akhbar berbahasa Cina, pameran di Kuala Lumpur dan
Kementerian Pendidikan turut terpalit dengan dengan kontroversi Jalur Gemilang.
Kesalahan penggunaan Jalur Gemilang pada logo program anjuran Pas itu
menjadi bualan memandangkan dijangka riuh rendah jika pemimpin kerajaan atau
mana-mana pihak lain yang melakukan kesalahan sama.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Russia Vladimir Putin di Moscow pada 14 Mei 2025. Foto AFP
KUALA LUMPUR, 13 Mei – Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Russia hari ini, untuk lawatan rasmi empat hari sebagai sebahagian usaha memperkukuh hubungan kedua-dua negara di tengah-tengah perubahan arus geopolitik global.
Ia adalah lawatan kali kedua Perdana Menteri ke negara itu dalam tempoh lapan bulan atas jemputan Presiden Vladimir Putin.
Lawatan ini dianggap penting untuk meletak kedudukan Malaysia sebagai rakan utama sejajar pembabitan Russia yang semakin meluas dengan dunia Islam.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika bertemu Presiden Rusia Vladimir Putin di Vladivostok pada 4 September 2024. Foto Reuters
Anwar dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo, Moscow sekitar jam 6 petang waktu tempatan hari ini.
Ketibaan Perdana Menteri akan disambut oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Duta Besar Malaysia ke Russia, Datuk Cheong Loon Lai; pegawai kanan dan wakil Russia termasuk Timbalan Menteri Russia, Ryabkov Sergey Alexeevich serta Duta Besar Russia ke Malaysia, Nail Latypov.
Malam ini, Perdana Menteri dijadual mengadakan majlis makan malam bersama kira-kira 100 rakyat Malaysia termasuk pelajar di Russia.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika bertemu Presiden Rusia Vladimir Putin di Vladivostok pada 4 September 2024. Foto AFP
Esok, Anwar dijadual menghadiri sesi meja bulat bersama tokoh industri utama Russia di Hotel Metropol yang bersejarah di Moscow, diikuti beberapa pertemuan secara bersemuka.
Perdana Menteri turut dijadual bertemu rakan sejawatan, Mikhail Mishustin di bangunan rasmi kerajaan Persekutuan Russia.
Dalam lawatan kali ini, delegasi Malaysia turut dijadual mengadakan pertemuan rasmi dengan Putin di Kremlin, menumpukan agenda seperti perdagangan, pendidikan, teknologi dan perluasan kerjasama dengan dunia Islam.
Sidang media bersama dijangka diadakan selepas perbincangan itu.
Anwar turut dijadual bertemu Mufti Besar Russia, Sheikh Ravil Gaynutdin bagi mengeratkan hubungan Malaysia dengan institusi dan komuniti Islam di negara berkenaan.
Khamis ini, Perdana Menteri menyampaikan syarahan umum di Institut Negeri Moscow untuk Hubungan Antarabangsa, akademi diplomatik utama Russia yang menganugerahkan beliau dengan ijazah kehormat.
Majlis dijangka memperkukuh hubungan pendidikan jangka panjang kedua-dua negara yang menyaksikan ribuan rakyat Malaysia melanjutkan pengajian di universiti Russia, khususnya dalam bidang perubatan dan kejuruteraan.
Fasa kedua lawatan akan membawa Anwar ke Kazan, ibu negara Tatarstan yang mana beliau dijadual bertemu ‘rais’ atau ketua republik itu dan melawat Ekspo Halal Russia serta Taman Teknologi Tinggi Kazan.
Anwar juga akan menghadiri Kumpulan Wawasan Strategik: Dialog Dunia Russia-Islam dan menyampaikan ucaptama pada Forum Ekonomi Antarabangsa XVI, Dunia Russia-Islam: KazanForum 2025.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengadakan pertemuan dengan Rustam Minnikhanov, Rais (Presiden) Republik Tatarstan semasa Kazan Forum 2025.
Forum yang dahulunya dikenali sebagai KazanSummit dijenama semula pada 2023 dan kini menjadi antara platform terbesar bagi dialog antara Russia dan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Nilai perdagangan Malaysia dengan Russia mencecah RM14.22 bilion pada 2023, dengan eksport utama merangkumi komponen galas bebola, jentera elektrik dan produk getah.
Eksport utama Russia ke Malaysia termasuk petroleum ditapis, arang batu dan baja potasium.
Kali terakhir Anwar melawat Russia pada September tahun lalu bagi menghadiri Forum Ekonomi Timur di Vladivostok, yang mana Anwar bertemu Putin dan menyuarakan sokongan terhadap kerjasama global multipolar.
Sejak itu, Malaysia menjadi negara rakan dalam BRICS iaitu blok ekonomi baharu yang dibentuk oleh Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan.
Lawatan ke Russia dijangka mengukuhkan dasar luar berkecuali Malaysia sambil menggerakkan diplomasi ekonomi lebih luas merentasi Selatan Global, termasuk negara Amerika Latin, Afrika, Asia dan Oceania.
Keadaan mangsa yang terlibat dalam kemalangan dengan lori di Jalan Sungai Lampam di Teluk Intan, Perak hari ini.
TELUK INTAN, 13 Mei – Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) maut dalam kemalangan apabila trak yang memhawa mereka dirempuh lori muatan batu di Jalan Chikus, Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak pagi tadi.
Berikut adalah senarai anggota yang terlibat.
Anggota yang meninggal dunia di tempat kejadian:
Sarjan 1444998 Perumal A/L Sugunanathan
Koperal 175697 Nurit Ak Pandak
Koperal 182015 Amiruddin Zabri
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang maut dalam kemalangan dengan lori muatan batu di Jalan Sungai Lampam, Teluk Intan di sini sebentar tadi.
Koperal 158356 Mohd Pozli Jaudin
Koperal 192419 Akmal Muhamad
Koperal 191640 Mohamad Hilmi Mohd Azlan
Lans Koperal 212315 Damarrulan Abdul Latif
Konstabel 240170 Akmal Wafi Annuar
10 anggota yang cedera dibawa ke Hospital Teluk Intan:
Keadaan trak FRU yang terlibat kemalangan dengan lori di Jalan Sungai Lampam di Teluk Intan, Perak pada 13 Mei 2025.
Koperal 145958 Haslizal Mohd Ali
2.Koperal 195894 Syed Isfan Syed Mohd 3.Sarjan 139425 Mazlan Mat 4.Sarjan 145088 Mohd Parih Ali 5.Koperal 187267 Mohd Harrisul ikhsan Mohd Mahabudin
6.Koperal 160486 Nizam Tarmizi 7.Koperal 196255 Mohammad Zulnaidi Muhammad Zullkifli 8.Koperal 162748 Mohd Izwan Ishak 9 Sarjan 151074 Mohd Roslan Abd Rahim 10.Lans Koperal 213379 Muhammad Aniq Taufiq Rozi