Sempena ulangtahun ke-64 tahun Umno, pemimpin parti itu digesa dapat mengubah tingkah laku masing-masing dengan lebih mengambil berat dan mengutamakan masalah rakyat berbanding kepentingan individu. Sambutan ulangtahun Umno esok dilaporkan akan dijalankan secara sederhana melibatkan acara bacaan Yassin, tahlil dan doa selamat. Presidennya Datuk Seri Najib Razak juga dijadualkan berucap di hadapan 3,000 anggota parti itu dan menyampaikan anugerah tokoh Melayu terbilang. Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, beliau berkata, kemerosotan sekongan terhadap Umno dalam pilihan raya umum sebelum ini bukan bermakna parti itu lemah tetapi "berkaitan dengan kepimpinannya yang sombong". "Pemimpin Umno pada masa lalu, kurang mesra terhadap rakyat. Tetapi kini, pemimpin Umno dilihat lebih prihatin dan ia sejajar dengan konsep Satu Malaysia," katanya. Bimbang pada generasi muda Sementara itu, Setiausaha Umno Perak Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib pula berpendapat, sempena sambutan ulangtahun Umno esok, pemimpin Umno di semua peringkat diharapkan akan lebih memberikan komitmen bagi kesinambungan Umno pada masa akan datang. (BELUM TENTU KEMENANGAN INI DI KATAKAN MENANG.CUBA KIRA JUMLAH UNDI BAGI 3 DUN SUDAH TENTU KURANG DARI PILIHANRAYA 208 LALU.) (GOLONGAN MUDA TELAH MEMAHAMI APA ITU UMNO/BN DAN APA ITU PAKATAN RAKYAT)
| ||
64 TAHUN UMNO???? OH TIDAKKKK
ESOK SAIFOOL KENA LAGI
‘Saya tidak bersolat MUNGKIN kerana saya telah diliwat’ – Saiful Bukhari
Tuesday, 11 May 2010 8:10 AM Oleh Era Pakatan
Berikut ialah Transkrip perbicaraan Fitnah Kali Ke Dua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim (soal balas hari pertama) semalam.
Perbicaraan tersebut didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.
(10.37 pagi - Saiful Bukhari Azlan mengangkat sumpah semula dalam Bahasa Melayu)
Karpal Singh (KS): Tadi ada bersumpah? Bersumpah untuk apa?
Saiful Bukhari (SB): Untuk berkata apa yang benar.
KS: Itu tidak benar, bukan?
SB: Tidak.
KS: Benar sahaja tidak mencukupi dalam bagi keterangan? Do you speak English? (Awak boleh berbahasa Inggeris?)
Yang Arif (HAKIM): Jawab dalam Bahasa Melayu sebab saksi angkat sumpah dalam Bahasa Melayu.
KS: Baca sekali lagi sumpah itu.
SB: (Saksi membaca semula sumpah)
KS: Yang terakhir, melainkan yang benar?
SB: Ya.
KS: Bukan senang masuk dalam kandang itu? Ada kewajipan, bukan?
SB: Ya.
KS: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kenal?
SB: Ya, Perdana Menteri. Kenal sejak kecil lagi.
KS: Ada jumpa Perdana Menteri (PM)?
SB: Ada, pada 24 Jun 2008.
KS: Jumpa di mana?
SB: Di kediaman Perdana Menteri di Taman Duta, KL.
KS: Masa itu Timbalan Perdana Menteri (TPM)?
SB: Ya.
KS: Jumpa TPM untuk apa?
SB: Saya mengadukan pada beliau tentang masalah saya.
KS: Pada 24 Jun?
SB: Ya.
KS: Lepas itu ada jumpa dia?
SB: Tidak jumpa lagi. Langsung tidak jumpa.
KS: Dengan isteri PM?
SB: Tidak pernah.
KS: Kenal seseorang bernama Mumtaz?
SB: Rakan kepada keluarga saya, kenal sejak kecil.
KS: Pernah jumpa isteri PM?
SB: Tidak.
KS: Kejadian berlaku bila?
SB: 26 Jun 2008.
KS: Pada 27 Jun ada jumpa PM? Pada 28 Jun?
SB: Tidak jumpa.
KS: PM ada menyatakan awak ada jumpa dia.
SB: (Saksi tidak menjawab)
(Karpal mengulangi pertanyaan)
Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden (MY): Saya tidak fikir Karpal patut terus mendesak.
KS: Ada pernah jumpa PM?
SB: Itu tidak pasti tetapi saya jumpa dia (PM) 24 Jun, langsung tidak jumpa lepas itu.
KS: Ada jumpa Asisten Supritendan (ASP) Rodwan? Sekarang dia Asisten Komisioner?
SB: Ada jumpa.
KS: Bila jumpa?
SB: 24 Jun 2008, waktu malam, di Hotel Melia di Jalan Imbi.
KS: Pukul berapa.
SB: Pada masa itu dia yang telefon saya. Masa telefon kata nak bertemu dengan saya.
KS: Tujuan apa? Apa terjadi bila jumpa dia?
SB: Masa telefon dia tidak beritahu tujuan apa. Masa jumpa, dia nak tahu masalah apa yang saya sedang hadapi.
KS: Pernah jumpa ASP Rodwan sebelum 24 Jun?
SB: Tidak.
KS: Jumpa Rodwan selepas jumpa PM?
SB: Ya.
KS: Siapa yang arahkan Rodwan jumpa kamu?
SB: Saya tidak pasti.
KS: Ada tanya mana dia dapat nombor kamu?
SB: Saya tak tanya dia.
KS: Apa berlaku lepas jumpa dia?
SB: Saya beritahu saya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) beberapa kali.
KS: Jadi, masa jumpa PM, beritahu dia apa yang berlaku sebelum 26 Jun?
SB: Ya.
KS: Itu sahaja?
SB: Ya.
KS: Ada buat kenyataan bahawa kamu diliwat tanpa kerelaan?
SB: Ya, dalam laporan polis.
KS: Baca P3 (laporan polis).
(SB membaca semula laporan polis yang dibuat olehnya. "Saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan ingin melaporkan saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. .... berlaku ialah pada 26 Jun 2008. Laporan dibuat dengan tujuan mendapatkan keadilan dan pembelaan. Bimbang keselamatan diri dan keluarga jika perkara ini tersebar luas ke pengetahuan khalayak ramai. Majikan saya ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.")
KS: Kejadian 26 Jun?
SB: Ya.
KS: Selepas 26 Jun ada diperiksa oleh doktor?
SB: Ada.
KS: Sebelum 28 Jun?
SB: Ada.
KS: Oleh siapa?
SB: Oleh doktor di Hospital Pusrawi tetapi bukan sepenuhnya.
KS: Jumpa doktor di Pusrawi bila?
SB: 28 Jun.
KS: Kejadian 26 Jun? Laporan dibuat 28 Jun?
SB: Ya.
KS: Kamu orang Islam yang baik?
SB: Try my best to be (Cuba yang terbaik untuk jadi baik)
KS: Ada sembahyang 5 kali sekali?
SB: Ada, kalau dulu ada tertinggal.
KS: Dalam bulan Jun 2008?
SB: Semasa kerja dengan DSAI, saya kurang sikit sembahyang.
KS: Selepas itu?
SB: Selepas membuat laporan, saya kembali insaf.
KS: Dari 26 hingga 28 Jun ada sembahyang? Kewajipan orang Islam.
SB: Saya ada pergi sembahyang Jumaat.
KS: 26 Jun?
SB: 26 Jun tidak sembahyang.
KS: Kenapa tak sembahyang? Ini kewajipan.
SB: Saya tidak bersolat. Ini mungkin kerana saya telah diliwat.
KS: Pada 27 Jun?
SB: Ada sembahyang Jumaat.
KS: Ada mandi? Cuci badan semua sebelum sembahyang pada 27 Jun?
SB: Ada, mandi sedikit sahaja tetapi saya tidak cuci di bahagian dubur.
KS: Biasa mandi semua badan bukan sebahagian, bukan?
SB: Ya.
KS: Mandi junub, wajibkan?
SB: Ya.
KS: 26 (haribulan) tidak solat?
SB: Tidak.
KS: Tidak mandi wajib?
SB: Tidak.
KS: Jadi, pada 27 Jun, tak mandi wajib jadi sembahyang kamu tidak sah?
SB: Ya, tidak sah.
KS: Bermakna kamu adalah bukan seorang Islam yang baik?
MY: Ini pendapat peguam.
KS: Saya ada hak untuk mencadangkan kepadanya.
HAKIM: Kalau awak serang peribadi dia, nanti pihak pendakwaan juga boleh menyerang peribadi DSAI. Awak tak boleh membantah.
KS: Tidak apa, mereka boleh berbuat demikian. Ia bukan isu.
KS: Saya cadangkan, kamu tidak mengikut syarat-syarat dalam Islam.
SB: Pada tempoh tersebut, saya tidak.
KS: Jadi kamu bukan seorang Islam yang baik?
SB: Saya dalam keadaan darurat pada ketika itu kerana kalau saya mandi... (Saksi dihalang daripada meneruskan jawapannya oleh KS)
KS: Pada 28 Jun, ada mandi wajib?
SB: Tidak.
KS: Kamu tidak ikut cara Islam?
SB: Saya terpaksa.
KS: Dalam darurat?
SB: Ya.
KS: Pada 28 Jun, sebelum pergi Hospital Kuala Lumpur (HKL), ada jumpa doktor lain?
SB: Di Pusrawi.
KS: Sebelum itu ada pergi Hospital Tawakal?
SB: Ya tapi Tawakal tidak jumpa doktor.
KS: Tujuan apa?
SB: Untuk dapatkan pemeriksaan.
KS: Pada 26 Jun, ada pergi jumpa doktor?
SB: Tidak.
KS: Pada 27 Jun pun tidak?
SB: Tidak.
KS: Hanya pada 28 Jun?
SB: Ya.
KS: Apa nama doktor yang kamu jumpa di Pusrawi?
SB: Dr. Osman.
(Dr. Mohd. Osman bin Abdul Hamid dipanggil dan dicamkan oleh MSB)
KS: Ada buat apa-apa aduan sebelum diperiksa?
SB: Saya hanya kata saya sakit di bahagian dubur.
KS: Itu saja? Lain?
SB: Sakit perut.
KS: Tidak ada aduan lain?
SB: Sebelum dia periksa, saya cakap sakit perut dan dubur. Semasa diperiksa saya cakap saya telah diliwat.
(Saksi dirujuk dengan nota pemeriksaan perubatan Hospital Pusrawi)
KS: Dalam laporan ini ada ditulis "introduction of plastic into the anus (kemasukan objek plastik ke dalam dubur)."
SB: Kurang jelas tulisan ini, tidak boleh baca tulisan.
KS: (Karpal ulang baca nota pemeriksaan) Adakah ini benar perkara ini?
SB: Saya tidak pernah buat aduan ini.
KS: Doktor akan dipanggil beri keterangan, masih berpegang pada keterangan tadi?
SB: Ya, saya tidak pernah buat aduan ini.
KS: Jadi kenapa doktor tulis begini? Adakah doktor ini berbohong?
SB: Saya tidak pasti kenapa dia tulis begini. Ini bohong, tidak benar.
KS: Selepas itu ada pergi HKL?
SB: Ya.
(KS memohon untuk memasukkan nota pemeriksaan perubatan Hospital Pusrawi sebagai bukti pembelaan. Permohonan dibenarkan.)
KS: Ada kenal doktor itu sebelum ini? Sebelum 28 Jun?
SB: Sebelum ini tidak pernah.
KS: Siapa hantar kamu pada dia?
SB: Saya pergi dengan pakcik saya, Uncle Tuah.
KS: Doktor ini bohong?
SB: Mengikut laporan ini, doktor berbohong.
KS: Ada apa-apa sebab dia hendak berbohong, ada berselisih faham dengan dia?
SB: Tidak.
KS: Lepas itu HKL?
SB: Ya, itu cadangan Dr. Osman.
KS: Dalam pukul 3 petang?
SB: Ya, tiba di HKL lebih kurang pukul 3 petang.
KS: Ke Pusrawi pukul 2 petang?
SB: Ya.
KS: Dari pukul 3 hingga 9 malam ada di HKL?
SB: Tidak. Dari pukul 3 hingga 12 malam dan keesokkan harinya sebab dimasukkan ke wad.
KS: Ada Dr. Danial periksa kamu?
SB: Dr. Danial tidak periksa. Dia arahkan saya ke Pusat Khidmat Krisis Sehenti (One Stop Crisis Centre - OSCC).
KS: (Pohon Dr. Danial dipanggil untuk dicamkan).
MY: Ini adalah soal balas. Masalahnya doktor ini memerlukan sekurang-kurangnya notis lapan jam, mereka pakar bedah di HKL.
KS: Ini masalahnya apabila senarai saksi tidak dibekalkan.
HAKIM: Esok boleh datang?
MY: Kesemua doktor?
KS: Semuanya.
KS: Ada doktor ambil atau rekodkan latar belakang atau sejarah perubatan?
SB: Saya tak pasti tapi ada tanya berkali-kali tentang masalah yang saya hadapi seperti laporan saya.
KS: Buat laporan polis di HKL?
SB: Ya, di HKL.
KS: Buat di pondok polis?
SB: Tidak, di wad.
KS: Polis datang untuk buat repot? Siapa?
SB: Ya, ada 2 orang polis. Saya tidak cam.
KS: Jude Blasious ada di sana?
SB: Masa pemeriksaan, dia ada dalam bilik.
(Supritendan Jude Blasious Pereira dicamkan)
KS: Jadi, kamu diperiksa oleh tiga doktor? Lelaki?
SB: Tiga tetapi ada seorang doktor perempuan, dia tidak periksa.
KS: Pemeriksaan rapi?
SB: Ya.
KS: Adakah kamu dapat laporan doktor ini?
SB: Tidak.
(SB dirujuk dengan nota pemeriksaan perubatan HKL)
KS: Rujuk muka surat dua 'Anal examination to the external anus doesn't show any recent of injury.' (Pemeriksaan dubur di bahagian luar anus tidak menunjukkan sebarang kecederaan baru). Kamu bersetuju dengan ini?
MY: Sukar untuk saksi untuk menjawab setuju atau tidak pada soalan ini.
HAKIM: Kita dengar dulu apa jawapan saksi.
SB: Saya tak dapat lihat bahagian anus saya sendiri.
KS: Sekarang dirujuk pada kamu masalahnya. Apa pendirian kamu tentang perkara ini. Tiada masalah dengan anus kamu?
SB: Saya tak dapat tengok anus saya sendiri. Doktor yang buat keputusan itu pun kena tengok anus saya. Saya tidak dapat simpulkan laporan ini.
MY: Ini soalan patut ditanya pada Doktor.
HAKIM: Saksi dah beritahu jawapan dia.
KS: Apa jawapan dia?
HAKIM: Dia cakap dia tidak boleh tengok anus dia sendiri.
KS: Memanglah dia tidak boleh tengok anus dia sendiri. Jadi?
SB: Sebab masa saya diliwat, gunakan pelincir, jadi, saya tak pasti ...
KS: Rujuk muka surat terakhir, Rumusan/Kesimpulan. Tiga doktor menyatakan "no conclusive clinical finding of anus penetration". (Tiada penemuan klinikal yang kukuh menunjukkan kemasukan di anus). Apa komen kamu?
SB: Tiada komen.
(KS pohon nota pemeriksaan perubatan HKL dimasukkan sebagai bukti. Permohonan dibenarkan)
KS: Ada pernyataan dari kamu direkodkan oleh sesiapa, polis?
SB: Ada, banyak kali.
KS: Berapa kali kamu bagi keterangan?
SB: Tak pasti, banyak kali oleh DSP (ketika itu) Jude.
KS: Keterangan yang direkodkan ada baca balik?
SB: Ada setiap muka surat.
KS: Diliwat tanpa kerelaan?
SB: Ya, seperti dalam laporan saya.
KS: saya membuat permohonan kepada mahkamah supaya keterangan bersumpah dibacakan di mahkamah.
HAKIM: Saya perlukan pihak-pihak berhujah. Peguam minta dibekalkan dengan semua keterangan bersumpah di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.
MY: Apa asas perundangan bagi permohonan ini?
KS: Dia (SB) tidak berkata benar.
HAKIM: Ada alasan lain? Kamu menggunakan peruntukan yang mana?
KS: Kebiasaannya ia merupakan satu hak istimewa tetapi ada pengecualiannya.
HAKIM: Kalau pihak pendakwaan ingin membantu saksi untuk ingat semula tetapi ia bukan yang berlaku sekarang.
(Mahkamah berhenti seketika selama kira-kira satu jam)
KS: Kami telah berbincang mengenai perkara ini. Kami perlukan masa untuk menyediakan hujahan lengkap. Kami berharap mahkamah dapat menangguhkan kes sehingga esok.
MY: Tiada bantahan.
HAKIM: Tangguh sehingga esok?
MY: Ya.
HAKIM: Mahkamah ditangguhkan sehingga pukul 9 pagi esok (hari ini).
LETAK JAWATAN
Memalukan, Sila Letak Jawatan !
Tuesday, 11 May 2010 1:33 PM Oleh Noor Safinas (Emel penulis ini)
KUALA LUMPUR : Selepas dua isu rancangan yang menerima tekanan politik daripada pihak-pihak tertentu, sebuah lagi dokumentari kali ini menerima nasib yang sama ditolak oleh RTM untuk disiarkan.
Dokumentari itu berkisarkan bantahan penduduk di Rawang berhubung pembinaan menara bervoltan tinggi di kampung baru mereka oleh Tenaga Nasional Berhad adalah sebuah siri untuk slot 'Galeri Mandarin Nasional'.
Dokumentari itu merupakan hasil usaha penerbit, Chin Hueyi dan wartawan Tan Ean Nee dengan Chou Z Lam sebagai penerbit bersama.
Chou adalah penerbit siri 'Empangan Bakun' yang digugurkan dari ke udara oleh RTM pada 28 April lalu.
'Galeri Mandarin Nasional' ke udara selama 10 minit bermula jam 12.20pm dari Isnin hingga Jumaat, selepas siaran berita tengahari dalam bahasa Mandarin.
Chou mendakwa RTM bertindak demikian kerana gusar ia akan mempengaruhi rakyat dan akan memberi kesan pada pilihan raya kecil Sibu, Ahad ini.
RTM sebaliknya menafikan perkara itu dan mendakwa Chou berdegil tidak mahu membuat suntingan ke atas dokumentarinya yang tidak seimbang.
Dokumentari siri 'Rawang' itu mempunyai lima episod sepanjang sepuluh minit setiap satu dan dijadualkan mula ditayangkan semalam. Bagaimanapun menurut Chou, siaran berita bahasa Mandarin dilanjutkan bagi menggantikan slot sepuluh minit 'Galeri Mandarin Nasional'.
Dalam blognya, Chou mendakwa siri 'Rawang' itu digugurkan tanpa sebarang notis mahupun penjelasan.
“Saya gesa mereka yang memalukan kerjaya kewartawanan untuk meletakkan jawatan mereka di RTM dan memohon maaf kepada penonton RTM dan juga kepada mereka yang telah menghabiskan masa dan usaha mereka dalam penerbitan siri dokumentari 'Rawang' dan 'Empangan Bakun',” katanya seperti dipetik media.
Kongsi berita ini
KES DI TANGGUH :DITUDUH MELAKUKAN SEKS LUAR TABII,SAIFUL PULA DAKWA DILIWAT TANPA RELA...
BANYAK YANG NYANYUK DAN PERLU YANG MUDA.
UMNO perlukan pembaharuan
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 10 Mei - Ahli-ahli UMNO disaran keluar daripada kepompong tradisi parti dan cuba melakukan pembaharuan yang lebih berani serta efisien dalam usaha mengekalkan kestabilan parti dan semangat perjuangan di kalangan orang Melayu.
Pensyarah di Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sains dan Sastera, Universiti Malaya (UM), Dr. Noor Sulastry Yurni Ahmad berkata, pembaharuan dimaksudkan termasuklah memberi lebih banyak peluang dan kepercayaan kepada ahli wanita serta golongan muda untuk menjadi pemimpin.
Katanya, sudah tiba masanya barisan kepemimpinan UMNO menonjolkan kumpulan baru untuk seiring dengan orang-orang lama menerajui parti keramat itu.
''Kebanyakan daripada mereka terdiri daripada golongan cerdik pandai yang telah berjaya. Saya percaya mereka boleh menarik pengundi di luar sana yang rata-ratanya berpendidikan dan matang dalam dunia politik,'' katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditanya mengenai pandangan dan cadangannya kepada UMNO yang akan menyambut ulang tahun ke-64 esok.
Mengulas lanjut, Noor Sulastry yakin, jika UMNO memilih untuk berubah ke arah itu Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang pasti memberi kemenangan besar kepada UMNO.
''Ahli-ahli lama tidak perlu risau tentang kebolehan golongan muda untuk menjadi pelapis, golongan itu hanya perlu dibimbing dengan cara yang betul,'' kata beliau.
YANG LAMA DALAM UMNO KADANG-KADANG LEBIH JELAS DARI YANG MUDA-MUDA DALAM UMNO.TUA MUDA SAMA SAHAJA KERANA TIDAK PUNYA MATLAMAT UNTUK MEMAJUKAN BANGSA DAN MENIGKATKAN MARUAH NERAGA DI MATA DUNIA.
PRK Sibu : Pentadbiran Taib hanya pentingkan diri dan kroni
Monday, 10 May AM Oleh Era PakatanKetua Menteri negeri Sarawak, Taib Mahmud mencengkam bumi Sarawak selama lebih 29 tahun dan sudah tiba masanya rakyat di negeri itu terutamanya pengundi dalam Parlimen Sibu mengambil alih mandat daripada Taib dan keluarganya, serta memulakan era baru bersama Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat berjuang untuk pentadbiran yang lebih baik.
Rekod pemerintahan Taib Mahmud dan BN menunjukkan pentadbiran yang sangat buruk.
Keluarga Taib melalui Cahaya Mata Sarawak (CMS) menguasai kebanyakan kontrak dan perniagaan yang menghasilkan keuntungan lumayan manakala rakyat terus dibebankan dengan kemiskinan dan peniaga kecil menghadapi kehidupan yang sukar.
Sarawak adalah negeri yang sangat kaya.
Dengan mengamalkan sistem tender terbuka untuk semua kontrak kerajaan dan dengan menuntut kadar royalti yang lebih tinggi dari Petronas, semua rakyat Sarawak akan hidup lebih senang, sekurang-kurangnya bertambah separuh daripada apa yang ada sekarang.
SIBU: CALON PR LAYAK KE PARLIMEN
PRK Sibu : Wong Ho Leng layak ke Parlimen
Monday, 10 May 2010 9:15 AM Oleh Masdar Wahid (Emel penulis ini)
Pencalonan Pengerusi DAP negeri Sarawak, Richard Wong Ho Leng sebagai calon rasmi bagi mewakili Pakatan Rakyat (PR) dalam persaingan merebut Parlimen Sibu disifatkan sebagai tepat pada masanya.
Sebagai Ketua PR dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Sarawak dan pernah bertanding sebagai calon dalam Parlimen Sibu selama tiga penggal, beliau pastinya arif dengan permasalahan yang dihadapi oleh penduduk dalam Parlimen Sibu.
Malah, beberapa hari selepas kerusi itu kosong, pihaknya awal-awal lagi mengumumkan bahawa jentera kempen akan memanfaatkan sepenuhnya isu-isu tempatan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini bagi memastikan masalah itu segera diatasi oleh pihak yang berkaitan.
Isu Banjir
Antara isu tempatan dalam parlimen itu yang sehingga kini gagal di selesaikan oleh kerajaan negeri ialah berkaitan permasalahan banjir yang berlarutan sejak puluhan tahun lalu.
Walaupun kerajaan Barisan Nasional Sarawak mendakwa telah memperuntukan jutaan ringgit, namun rakyat dalam Parlimen Sibu melihat kenyataan itu sebagai retorik politik kerana permasalahan banjir tetap berlaku sehinggalah ke hari ini.
Situasi ini akan lebih jelas kelihatan apabila berlakunya hujan walaupun sedikit tetapi pada masa yang sama Bandar Sibu tetap akan mengalami banjir dan ini pastinya menjejaskan kehidupan rakyat di kawasan itu.
Malah, Presiden SUPP, George Chan Hong Nam sebelum ini dilaporkan berang dengan laporan sebuah akhbar berbahasa Cina yang mendakwa beliau tidak mengendahkan nasib peniaga di kawasan Lebuh India, Kuching yang terjejas teruk akibat banjir sebelum ini.
"Saya tidak pernah berkata sedemikian, anda (wartawan) ada bersama saya ketika sidang media itu dan hanya See Hua Daily yang melaporkan berita berlainan," katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) ketika itu.
Sehubungan itu, dengan mengundi Wong, permasalahan itu pastinya akan lebih mudah diselesaikan kerana beliau akan menyuarakan isu itu dengan lebih kerap dan lantang dalam persidangan parlimen akan datang sebagaimana yang beliau lakukan bersama Adun PR yang lain dalam persidangan Dun di negeri itu.
Secara asasnya, sejak PR mencatatkan kemenangan menarik pada pilihan raya negeri Sarawak pada tahun 2006, beberapa kejadian yang tidak diingin mula berlaku terhadap Adun PR.
Pejabat diceroboh, terima ancaman bom
Ini termasuklah pencerobohan yang berlaku berkali-kali terhadap pejabat Adun PR serta ancaman bom terhadap Adun dan keluarga PR di negeri itu.
Dalam kes ini, Wong tidak terkecuali malah isteri beliau turut menerima ancaman bom dan kes itu gagal diselesaikan oleh polis negeri sehingga ke hari ini.
Kejadian itu masing-masing berlaku pada 27 September 2009, 15 Oktober 2009 dan 5 Februari 2010 yang mana semua kejadian itu rancak berlaku selepas kejayaan PR pada pilihanraya negeri pada tahun 2006 yang menyaksikan SUPP mengalami kekalahan terbesar dalam sejarah parti itu apabila kehilangan lapan kerusi Dun termasuklah enam daripadanya di menangi DAP.
"Saya benar-benar tidak tahu kenapa (terjadi prestasi buruk). Apa yang boleh saya katakan ialah ini merupakan keputusan paling buruk dan teruk buat SUPP," kata George Chan sebaik keputusan pilihan raya negeri diumumkan ketika itu.
Antara yang menang dalam pilihanraya itu ialah Richard Wong Ho Leng bagi kerusi Dun Bukit Assek.
Manakala calon SUPP yang tewas termasuklah dua menteri muda, Datuk Alfred Yap Chin Loi dan Datuk Sim Kheng Hui, yang juga setiausaha agung SUPP.
Kekuatan Ho Leng
Apapun, faktanya ialah, Wong merupakan seorang pemimpin dan wakil rakyat yang cukup lantang menyuarakan permasalahan rakyat dengan fakta dan angka sehinggakan beliau pernah di gantung selama 12 bulan hanya kerana soalan yang beliau kemukakan dalam persidangan Dun gagal dijawab oleh Adun BN.
Itu menunjukkan bahawa suara beliau berkesan dan akan lebih manis lagi jika pemimpin seperti itu diangkat ke parlimen seterusnya mampu menggegarkan BN pada persidangan Dewan Rakyat yang akan datang.
Tambahan pula, SUPP yang mewakili BN pada PRK kali ini kekal dengan krisis dalamannya.
Krisis SUPP di Bahagian Sibu dan Dudong
Terbaru, pengumuman presidennya secara tiba-tiba bahawa ahli-ahli SUPP bagi kawasan Sibu bersatu bagi menghadapi PRK kali ini walaupun beberapa tahun lalu diumumkan krisis SUPP bahagian Sibu sudah selesai?
Terdahulu, pada 3 November 2008, George Chan mendakwa krisis SUPP di bahagian Sibu selesai dengan memcahkannya kepada enam bahagian.
Anehnya, bermula penghujung tahun lalu, pengerusi BN di negeri itu, Taib Mahmud mula memberi amaran kepada SUPP agar menyelesaikan masalah parti itu terutamanya dalam kawasan Sibu dan Dudong, sebelum amaran itu dikeluarkan sekali lagi oleh timbalannya, Abang Johari Tun Openg selepas itu.
Difahamkan SUPP di bahagian itu berpecah kepada dua puak masing-masing diketuai oleh Soon Choon Teck dan Wong Soon Koh.
Choon Teck sendiri pada 23 Januari tahun lalu telah meletak jawatan sebagai penolong pegawai publisiti SUPP selain memboikot beberapa program parti itu termasuklah sempena sambutan ulang tahun parti itu yang ke 50 pada tahun lalu yang mana presiden SUPP merupakan tetamu kehormat.
Manakala Pengerusi SUPP cawangan Sibu, Wong Soon Koh mendakwa menerima sokongan daripada 27 cawangan SUPP Dudong.
Pemimpin Supp sertai DAP seumur hidup
Kesan krisis itu juga menyaksikan Majlis Tertinggi SUPP, Wong Chin Yong keluar parti seterusnya menyertai PR melalui DAP dengan membayar yuran keahlian RM100 sebagai ahli DAP seumur hidup.
Sementara itu, SUPP juga dilihat sebagai parti paling bermasalah dalam sekutu BN walaupun parti itu merupakan parti tertua di negeri Sarawak yang ditubuhkan pada tahun 1962.
Krisis Dun Engkilili dan Dun Pelagus
Ini dapat dilihat berhubung kedudukan kerusi Dun Pelagus dan Dun Engkilili yang sehingga kini gagal dimuktamadkan antara SUPP dan sekutu BN yang lain walaupun pilihan raya negeri kian hampir.
Dun Engkilili misalnya sehingga kini menyaksikan dua puak yang berbalah antara satu sama lain dalam perebutan sebagai calon parti itu.
Pada pilihan raya negeri 2006, calon SUPP tewas kepada Johnical Rayong anak Ngipa yang kini merupakan calon bebas BN dan difahamkan mahu bertanding sekali lagi mewakili BN tetapi dibantah keras oleh SUPP pusat.
Sehubungan itu, dengan pelbagai krisis dalaman yang melanda SUPP, adalah sukar untuk parti itu mempertahankan kerusi Parlimen Sibu dan ini merupakan masa yang terbaik buat pengundi di kawasan itu memenangkan Wong Ho Leng seterusnya mengangkat suara hampir 55,000 pengundi berdaftar di kawasan itu lebih didengari dalam persidangan Dewan Rakyat yang akan datang.
AKIBAT DARURAT, SAIFUL KATA TAK MANDI JUNUB...
Saiful Gagal mandi Junub
Monday, 10 May 2010 12:59 PM Oleh Roziyah Mahamad (Emel penulis ini)
KUALA LUMPUR : Peguam, Kalpal mendakwa Saiful tidak memahami ajaran Islam kerana dia tidak Mandi Junub selepas melakukan hubungan seks.
Saiful sebelum itu mengakui di dalam mahkamah yang dia tidak berbuat demikian selepas melakukan hubungan seks dengan Anwar kerana dia berada dalam keadaan darurat ketika itu.
Namun, Saiful berkata dia mandi sebelum pergi mengerjakan solat Jumaat selepas kejadian tersebut.
Terdahulu, Hakim Datuk Mohd Zabidin Md Diah telah menolak usaha Anwar untuk mendapatkan senarai saksi ekoran keputusan mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan yang menolak permohonannya sebelum ini.
Kalpal dalam mahkamah sebentar tadi bertanya mengapa pihak pendakwa begitu takut untuk menyerahkan senarai saksi kepada pihak pembela kerana jika benar tiada konspirasi untuk menjatuhkan Anwar maka pihak pendakwa seharusnya menyerahkan senari saksi kepada pihak pembela.
Perbicaraan kes fitnah liwat II, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disambung hari ini, selepas tiga bulan ditangguhkan dengan peguambela Kalpal Singh menuntut senarai saksi.
Pada jam 11.25 pagi tadi, Kalpal memohon supaya kenyataan beramaran Saiful dikemukakan dengan berkata saksi tersebut tidak bercakap benar.
Karpal juga membaca salinan laporan yang menyatakan punca kesakitan adalah kerana kemasukan satu objek plastik ke dalam duburnya. Kalpal juga merujuk kepada laporan Hospital Kuala Lumpur, berkata tiada tanda parut atau kecederaan terbaru pada diri Saiful.
KES DSAI HARI INI:PERBICARAAN TANPA KEMUKAKAN SENARAI SAKSI.
Peguamcara Negara 11 dan ketua pasukan pendakwa, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin berkata beliau terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan supaya tidak menyerahkan senarai tersebut, dengan berkata senarai saksi itu "mungkin" diberikan diakhir pendakwaan.
Mohd Yusof berkata beliau tidak nampak hubungan antara soal-balas dengan senarai saksi.Menurutnya lagi, daripada keterangan Saiful, pihak pembela sudah boleh mengagak siapakah saksi-saksi berkenaan.
Karpal, bagaimanapun, berkata beliau mahu mahkamah menggunakan kuasanya mengikut Seksyen 56 Kanun Prosedur Jenayah untuk memaksa senarai saksi itu diserahkan.Karpal juga mengadu tidak mendapat nota keterangan.
Peguambela Karpal Singh mahu mahkamah memastikan mereka mendapat senarai saksi sebelum bermula sesi soalsiasat Mohd Saiful Bukhari Azlan.Beliau berkata, pihak pembela perlu tahu sama ada saksi mereka mungkin turut ada dalam senarai saksi pendakwa.
Selamat ‘ulang tahun Altantuya’ – SAMM
Selamat ‘ulang tahun Altantuya’ – SAMM
Tuesday, 04 May 2010 10:28 AM Oleh Masdar Wahid (Emel penulis ini)KUALA LUMPUR : “Jika Altantuya Sharibu tidak ditembak mati di Shah Alam beberapa tahun lalu, berkemungkinan beliau akan merayakan ulangtahunnya buat kali yang ke 32 pada 6 Mei ini.
Penulis buku 'Di Sebalik Misteri Pembunuhan Altantuya', Badrul Hisham Sharin berkata, kematian Altantuya yang terlibat menjadi orang tengah dalam pembelian peralatan pertahanan Malaysia telah mengundang seribu satu persoalan.
Menurutnya, imej negara kian parah ekoran terlalu banyak 'spekulasi' muncul berhubung kes itu.
“Kira – kira 19 buah media seluruh dunia menerbitkan artikel dengan jelas mengaitkan Najib Razak, yang kini merupakan Perdana Menteri (PM) Malaysia yang didakwa terlibat dalam pembunuhan Altantuya.
Malah ada cubaan menutup kes itu dengan melabel Altantuya sebagai model yang menjadi perempuan simpanan.
Walaupun siapa Altantuya beliau dan keluarganya berhak mendapat keadilan,” katanya dalam satu kenyataan.
Badrul yang juga Penyelaras, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memberitahu, terlalu banyak 'misteri' dalam perbicaraan Altantuya termasuklah motif dua orang anggota Unit Tindakan Khas PDRM yang terlatih menjadi pengiring setia membunuh warga Monggolia yang mereka tidak kenali.
“Apa motif dua orang anggota Unit Tindakan Khas Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang terlatih menjadi pengiring setia membunuh warga Monggolia yang mereka tidak kenali ?
Merujuk kes Mona Fendi yang mengarahkan pembantunya Juraimi membunuh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari BN, jelas bukan sahaja Juraimi di hukum gantung tetapi yang mengarahkan Juraimi juga dihukum gantung.
Dua tertuduh pembunuhan Altantuya ini dibawah arahan siapa,” soal beliau.
Badrul menambah, secara jelas wujud pengakuan Altantuya dibunuh dengan pistol (bom C4 untuk menghapus bukti) malangnya mengapa pistol tidak dibawa ke mahkamah?
Pistol , arahan siapa dan milik siapa?
“Benarkah Altantuya datang ke Malaysia setelah mengetahui RM500 juta (komisyen/rasuah) hasil jual beli peralatan pertahanan sudah di perolehi Razak Baginda (orang rapat Najib) dan kedatangan beliau untuk menuntut 'bahagian' seperti yang dijanjikan?
Mengapa rekod imegresen Altantuya hilang?,” kata beliau.
Maka dengan ini bersempena dengan Ulangtahun Kelahiran Altantuya pada 6 Mei ini, SAMM dengan ini mendesak Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak dengan tuntutan berikut;
- menyaman dan minta 19 media dunia mohon maaf kerana menyiarkan artikel Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya jika ia fitnah bukan sekadar menggunakan kuasa mengugut dan mengancam dalam negara.
- Untuk makluman, Polis telah di gunakan untuk merampas topeng Altantuya, mengugut tempat percetakan supaya jangan bekerjasama mencetak bahan melibatkan Altantuya dan mempergunakan akta polis menghalang nama Altantuya disebut dalam majlis dibawah permit polis.
- Menjelaskan mengenai kewujudan tersebarnya salinan beberapa pesanan ringkas antara nombor yang dikatakan digunakan oleh Najib dengan satu nombor yang dikatakan dimiliki oleh seorang peguam berbincang mengenai kes Altantuya.
- Salinan berbalas pesanan ringkas ini jika benar dihantar oleh Najib menunjukkan 'sesuatu' cuba diselindungkan dalam kes Altantuya ini.
- Maka penjelasan yang jelas perlu dibuat.
- Mempersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong (YDPA) untuk mewujudkan sebuah suruhanjaya siasatan Di Raja mengenai kes Altantuya ini.
- Banyak kes sebelum ini gagal dicari kebenaran hanya dengan siasatan polis dan pendakwaan biasa.
- Contohnya dalam siasatan polis gagal mendapati siapa yang memukul Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dalam tahanan sebaliknya bila ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja maka Ketua Polis Negara dikenal pasti melakukannya.
“Kes Altantuya ini bukan sahaja melibatkan imej individu sebaliknya imej negara, kerana yang dituduh terlibat ialah orang nombor satu negara.
Desakan di atas harus ditunaikan dengan segera untuk memulihkan semula imej dan mencari kebenaran.
SAMM merupakan ikatan anak muda dari perbagai latar belakang yang ingin melihat Malaysia berdaya saing dihormati dipentas dunia dan rakyatnya sejahtera dijamin keadilan dan keharmonian.
Di kesempatan ini juga kami ingin mengucapkan Selamat Hari ulangtahun kelahiran Altantuya (pada 6 Mei ini) dan takziah kepada anggota keluarganya,” katanya yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Difahamkan, buku 'Di Sebalik Misteri Pembunuhan Altantuya', dengan cetakan pertama sebanyak 3,000 naskah habis terjual.
Kini pihaknya mencetak kepada angka 10,000 naskah dengan 8,000 daripadanya laris dan terus mendapat sambutan dari seluruh negara.
Pihaknya juga kini turut bercadang menterjemahkan buku itu dalam bahasa lain termasuklah bahasa Mandarin atas permintaan orang ramai.
“SAMM mengalu-alukan sesiapa nak jadi wakil, tetapi syarat stok ambil secara tunai. Hubungi 0176688404 atau 0123696474 untuk mendapatkan stok dengan harga pengedar. Bertindak SEGERA,” tambah beliau.
Terdahulu, Penerbitan buku itu bukan sahaja mencetuskan fenomena dalam politik negara tetapi Badrul turut diancam dan dan diganggu oleh pihak polis termasuklah usaha menggeledah rumah beliau di Seremban pada 10 Februari lalu.
Altantuya yang dilahirkan pada 6 Mei 1978 merupakan anak kepada Shaaribuu Setev, seorang Profesor Psikologi dan Sh Altantsetseg.
Altantuya tinggal dan dibesarkan di St Petersburg, Rusia, sehingga berusia 12 tahun dan mendapat pendidikan di Beijing, China.
Beliau fasih berbahasa Mongolia, Inggeris, Rusia, Mandarin dan Perancis.
Wanita itu turut didakwa pernah bekerja sebagai guru siswazah, sebagai penterjemah dan juru bahasa di Ulaan Bataar selain sering ke luar negara selaku model sambilan dengan berkhidmat dengan beberapa agensi pelancongan.
Pilihanraya Sarawak : Kisah Air Masin dan janji kerajaan BN
MIRI : Ketiadaan bekalan air terutama semasa musim kemarau bukan perkara baru bagi penduduk di Niah sebaliknya masalah itu sudah membelenggu mereka sejak sekian lama.
Bukan sekali dua perkara itu dikemukakan kepada wakil rakyat dan agensi kerajaan berkaitan, namun saban tahun jawapan yang diberikan tetap sama iaitu 'kerajaan akan mengkaji perkara ini'.
Seorang guru Sekolah Kebangsaan (SK) Rumah Mentali, Tila Chakok, 42, berkata, setiap kali musim kemarau, mereka terpaksa mengepam air dari Sungai Saeh Merah yang masin sehingga apabila digunakan untuk mandi, sabun pun tidak berbuih.
''Murid-murid sekolah tiada pilihan memandangkan itu sahaja sumber air yang mereka ada untuk mandi manakala air hujan pula digunakan untuk memasak.
''Bagi keluarga yang besar mereka menghadapi masalah kritikal untuk melakukan aktiviti harian seperti memasak dan mandi.
Berbanding keluarga kecil, mereka boleh mengangkut air bersih dari pekan Batu Niah," katanya.
Chakok yang sudah tujuh tahun mengajar di sekolah itu berkata, mereka sudah lama menggunakan air masin tersebut iaitu sejak sekolah itu dibuka lebih 10 tahun lalu.
''Dulu kita mandi di Sungai Saeh yang masin ini, namun selepas ada bekalan elektrik yang disediakan Kementerian Pelajaran sejak dua tahun lalu, kita menggunakan bekalan air yang dipam dari sungai yang sama.
''Kos pemasangan pam air ini tidak mahal, namun ia turut mengepam air yang kotor selain masin," katanya sambil memberitahu sekolah tersebut mempunyai 21 kakitangan serta 62 pelajar.
Namun jelasnya, semasa musim kemarau, air sungai tersebut susah dipam kerana sungai mulai cetek.
Selain sekolah, 12 lagi rumah di kawasan sekitarnya turut menggunakan air masin iaitu Rumah Mentali Gesa, Rumah Linan Jalak, Rumah Suring Liang, Rumah Lucas Muling, Rumah Limbang Kaiyang, Rumah Sikun Ebit, Rumah Anyai Ijau, Rumah Danggang Tubai, Rumah Jalani Mambang, Rumah Philip Gindi, Rumah Mat Burai dan Rumah Lagan Mungkun.
Tuai Rumah Anyai Ijau, 40, ketika ditemui berkata, penduduk rumah panjang di situ amat memerlukan bekalan air bersih kerana air sungai yang ada kini sudah dicemari racun dan baja kesan daripada ladang-ladang sawit di kawasan itu.
''Penduduk rumah panjang kawasan Saeh semakin bertambah, justeru kami amat mengharapkan kemudahan asas.
Sementara itu, Tuai Rumah Jalani Mambang, 60, berkata, mereka terpaksa bergantung kepada air hujan untuk untuk tujuan minuman dan memasak selain mencuci pakaian dan mandi.
Namun kemarau yang berlarutan dan air sungai yang semakin cetek menyebabkan mereka tiada pilihan selain membeli air bersih dari kedai.
Kongsi berita ini
SIAPA DERHAKA?
Ini bagi saya suatu penderhakaan kepada negara kerana Perlembagaan memperlihatkan bahawa tidak pernah ada tolak ansur dalam melepaskan kedaulatan negara,” ujarnya pada sidang media di lobi Dewan Negara, tengah hari ini.
Perkara 2 juga, menurut Mahfuz, membenarnya Parlimen membuat persempadanan semula negeri-negeri di bawah Persekutuan, dengan syarat mesti terlebih dahulu mendapat persetujuan Dewan Undangan Negeri (Dun) serta Majlis Raja-raja.
Tambahnya lagi, walaupun perjanjian dibuat pada 11 Februari 2009, iaitu era Abdullah menjadi Perdana Menteri, namun perjanjian persefahaman ditandatangani antara kedua-dua kerajaan pada 16 Mac 2009, iaitu ketika Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Timbalan Perdana Menteri.
HARAKAHDAILY
SIAPA DERHAKA DALAM SOAL INI.ADAKAH BEGITU MUDAH MENYERAHKAN DAN MENUKAR KEDAULATAN NEGARA?
Hindraf in its pursuit of human rights in Malaysia shall hold its 1st National level convention on August 8, 2010. HINDRAF in its position has grown in strength since Nov 25, 2007 in quality of conscious and right thinking participants for a humanity cause for the poor and poverty stricken amongst Malaysians along with various international watchdogs who have taken an interest in the prevailing abuses of human rights in Malaysia after 53 years of independence of a purported multi racial society
A delegate of 100 participants who are actively involved in HINDRAF’s struggle in Malaysia along with about 200 observers including several international human rights watchdogs will be attending our inauguration of a national level convention. Amongst the objective of this convention is to address and highlight numerous issues relating to continued suppression of human rights issues in Malaysia. Along with this, there will be resolutions passed on the future direction of HINDRAF and their plans to mobilise human rights issues in Malaysia starting in the back water of the poor, deprived, discriminated and marginalized society.
There will be a direct live video conference with P. Waythamoorthy who is in exile in London where the delegates and observers can exchange their views in the direction of HINDRAF for the betterment of human rights in Malaysia. Amongst the other issues that will be highlighted during this convention is the new line up of the HINDRAF national and international coordinators who will spearhead the struggle of HINDRAF for its objective in Malaysia and abroad. The direction of HINDRAF has always been without prejudice to another but to ensure that the voices of the voiceless are a constant reminder for a humanity cause in Malaysia. Thank you.
P. Waythamoorthy
HINDRAF- CHAIRMAN
KES KAPAL SELAM YANG TAK BOLEH SELAM: APA KATA PEGUAM PERANCIS


Contents[hide]
1 Early life and career
2 Military coup of 1973
3 Military junta
4 Presidency
4.1 Allegations of fascism
4.2 Suppression of opposition
4.3 Economic policy
4.4 1988 referendum and transition to democracy
4.5 Relationship with UK
5 Arrest and trial in Britain
6 Return to Chile
7 Secret bank accounts, tax evasion and arms deal
8 Human rights violations
9 Death
9.1 Demonstrations
9.2 Funeral
9.3 Cremation
10 Nicknames
11 See also
12 Footnotes and references
13 Notes
14 Further reading
15 External links
MELAYU BANDAR DAN KAMPUNG
Menarik juga bacaan itu. Di dapati, keadaan undi cina dan India, berada dalam daerah selamat. Namun, undi India perlu berhati-hati sedikit.
Adapun undi melayu, perlu dibahagi kepada dua, (1) Melayu bandar, dan (2) melayu kampung. Cara berfikir melayu bandar tidak sama dengan cara berfikir melayu kampung.
Undi melayu bandar, mengikut satu pendapat, berbelah pihak kepada PR (PAS, PKR dan DAP). Adapun undi melayu kampung, mengikut tren pengundian kini, berbelah pihak kepada BN.
Persoalannya, (1) Melayu di Kelantan dan Kedah, melayu bandar atau melayu kampung? (2) di Perak, apakah ramai melayu kampung atau melayu bandar? Namun, undi cina dan india di perak dilihat berbelah pihak kepada PR.
Justeru, bagaimana pula gabungan undi melayu bandar dan undi cina dan india di Perak? (3) Di selangor, PAS banyak bertanding di kawasan melayu kampung. Justeru, mungkin PR kekal memerintah, tetapi PAS semakin minoriti. Benarkah? Inilah yang aku diceritakan.
PERUTUSAN HARI PEKERJA
Sekali lagi kita menyambut kedatangan 1 Mei, Hari Buruh Hari Pekerja yang disambut di seluruh dunia oleh setiap lapisan pekerja – karyawan. Kepada para pekerja yang telah memerah otak, membanting tulang dan menggunakan tenaga di pelbagai bidang dan sektor, atas nama Lajnah Pekerja Pas Pusat, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada saudara-saudari yang menjadi tulang belakang dan jantung pergerakan pembangunan negara. Tanpa kesungguhan dan pengorbanan para pekerja, negara ini tidak akan sampai ke mana-mana. Namun, walaupun demikian besar jasa para pekerja, mereka belum lagi menerima pengiktirafan yang sewajarnya di Malaysia.
Pemberdayaan dan pemerkasaan kaum pekerja – karyawan negara punya banyak tandatanya. Nasib para pekerja di negara ini masih lagi di takuk lama tanpa pembelaan yang seutuhnya. Ramai yang sekadar bermanis mulut menanam tebu di bibir ketika membicarakan tentang nasib pekerja. Walhal nasib golongan majoriti rakyat ini ditinjau dari segi pendapatan, kemudahan dan keistimewaan tidak banyak berubah. Sampai saat ini pemerintah masih belum bersedia menggubal undang-undang gaji minima yang telah diperjuangkan oleh kongres kesatuan-kesatuan sekerja dan pelbagai golongan progresif di negara ini. Pembuangan pekerja tanpa pampasan yang secukupnya masih berlaku di mana-mana. Para pekerja kilang elektronik dan industri masih dinafikan hak berkesatuan.
Semua pihak pula sama ada kerajaan dan swasta berminat kepada pengambilan pekerja secara kontrak yang nantinya mudah untuk diberhentikan. Sejak sekian lama para pekerja lelaki dan wanita meninggalkan kampung halaman berhijrah ke kota-kota besar untuk mencari nafkah dan mengharapkan kehidupan baru yang lebih baik. Mereka dipujuk beramai-ramai berkhidmat dengan pelbagai syarikat-syarikat besar antarabangsa. Malangnya, ramai pula daripada mereka sejak dahulu sampai sekarang diberhentikan atau dibuang kerja dengan mudahnya apabila perusahaan-perusahaan itu tidak lagi dapat mengaut keuntungan besar. Demikianlah nasib kaum pekerja yang selalunya diperlakukan seperti pepatah orang dahulu ‘habis manis sepah dibuang’ atau seperti mana pantun klasik Melayu: Zaman dahulu bertikar pucuk, Zaman ini bertikar mengkuang, Zaman dahulu kita dipujuk, Zaman ini kita dibuang.
Nasib pekerja memang selalunya malang dan di zaman kemerosotan ekonomi dunia ini hidup mereka lebih parah lagi. Kenaikan harga barang, kenaikan kos perkhidmatan, kos pengangkutan, kos kesihatan, kos pendidikan menyebabkan majoriti dari para pekerja terus dilingkari oleh belitan kemiskinan. Para majikan dan para jutawan tidak banyak yang terjejas, barisan orang-orang kaya di Malaysia tidak pernah bimbang kerana kekayaan yang ada pada mereka senitasa terjamin oleh kerana sistem dan pemerintahan yang ada mahupun dasar dan keutamaan negara sentiasa memihak kepada mereka.
Robert Kuok yang memiliki 10 ribu juta dollar, Ananda Krishnan yang bernilai 7 200 juta dollar, Lee Shin Cheng yang memiliki 5 500 juta dollar, Syed Mokhtar Al-Bukhary yang memiliki 1 800 juta dollar, Azman Hashim yang menguasai aset bernilai 700 juta dollar, atau pun Mokhzani Mahathir yang memilik harta bernilai 285 juta dollar mahupun Nazir Tun Razak yang menguasai 100 juta dollar tentu tidak tertekan seperti Saravanan seorang buruh kasar yang sudah menyimpan wang di bank sebanyak RM 20 000 tiba-tiba hampir putus urat jantungnya apabila secara tiba-tiba anaknya jatuh sakit kronik yang memerlukan pembedahan segera yang mahal harganya. Saravanan mengumpulkan wang sebanyak itu untuk membeli sebuah rumah kerana telah terlalu lama dia sekadar menyewa kediaman.
Semua wang itu tidak mustahil terpaksa dihabiskan untuk pembedahan dan perubatan anak tersayang. Dia dan keluarganya akan terus bernasib malang tanpa harta, tanpa rumah sendiri tempat berteduh. (Azizi Hj. Abdullah, Persatuan Pengguna Pulau Pinang). Kaum pekerja tanpa mengira keturunan dan kepercayaan, bangkitlah dengan berani dan binalah rangkaian kesatuan, organisasi dan jamaah pro pekerja demi memperjuangkan nasib semua. Jangan menunggu sehingga anda di buang kerja barulah ingin mencari tempat mengadu sedangkan selama ini anda langsung tidak mahu menyertai rangkaian progresif pembela pekerja.
Selamat Hari Pekerja.
Dirgahayu perjuangan membela nasib pekerja. Wassalam.
Hj. M. Anuar Tahir
Pengerusi Lajnah Pekerja merangkap ahli jawatankuasa PAS Pusat
27 April 2010 bersamaan 13 Jamadilawal 1431H
BOLEH SIASAT SIAPA???
BOLEH SIASAT MENTERI BERKENAAN......SIAPA....SELAIN RAZAK...MUNGKIN BOSS RAZAK ...
Brehem berkata LAGI , jika Malaysia tidak memenuhi arahan tersebut, maka ia akan membuktikan bahawa kerajaan 'ada sesuatu yang hendak disembunyikan".
MB NIK AZIZ MENTERI BESAR KELANTAN

KIRIMAN: SHAMSUL
Tiada bukti: Siasatan dakwaan Tee Keat terima RM10j ditutup?
PUTRAJAYA 27 April – Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap beliau kerana didakwa menerima RM10 juta daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kuala Dimensi Sdn. Bhd., Datuk Seri Tiong King Sing, telah ditutup dan tiada siasatan lanjut.
Katanya, perkara itu dimaklumkan kepada beliau oleh SPRM dalam surat yang diterimanya pada 22 April lalu yang menyatakan bahawa tiada bukti yang dapat mengaitkan beliau dengan dakwaan berkenaan.
"Kes ini saya dimaklumkan bahawa ia telah tamat siasatan dan tidak akan dilanjutkan siasatannya. Tiada sebarang bukti yang membuktikan tuduhan-tuduhan liar itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen “Red Means Stop" anjuran Jabatan Keselamatan Jalan Raya bersama Sun Media Corporation Sdn. Bhd. di sini hari ini.
Tahun lepas, SPRM memanggil Tee Keat untuk disoal siasat berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan dakwaan kononnya beliau menerima RM10 juta daripada King Sing untuk aktiviti MCA.
Ketika itu, Tee Keat adalah Presiden MCA, manakala Kuala Dimensi adalah kontraktor utama bagi pembinaan PKFZ.
"Kini telahpun jelas senario sebenarnya, walaupun jawapan ini saya terima agak lewat sedangkan saya sedia maklum kes ini telahpun tamat siasatannya agak awal sebelum ini.
"Tanpa atas apa sebab, saya baru dapat maklum balas atau jawapan pada 22 April lalu,” katanya. – Bernama
MACAMANA TAK ADA BUKTI APABILA PEMBERI MENGAKU MEMBERI.PELIK DAN TAK FAHAM JUGA ..
PORTAL UMNO BERI PANDANGAN : Sekilas pandang: Kenapa hanya majoriti 1,725 undi...
Oleh: ROSLAN BIAN
BUKAN TERPENGARUH DENGAN BUDAYA PAS..TETAPI KERANA ORANG CINA LEBIH CERDIK KERANA BANYAK MEMBACA DAN AKHBAR MEREKA LEBIH BEBAS.ORANG CINA TAK TENGOK TV3 SUKU,TV1 PENIPU.MEREKA TENGOK ASTRO.
Jika asalkan menang dijadikan ukuran, majoriti 1,725 undi diperolehi calon Barisan Nasional (BN), P.Kamalanathan dianggap memadai. Namun, jika mahu dijadikan ukuran rakyat khususnya pengundi-pengundi Parlimen Hulu Selangor mengatakan mereka sudah kembali menyokong kerajaan BN, ianya masih jauh lagi. Pemimpin-pemimpin dan jentera BN boleh berpuashati hati dapat merampas semula kerusi Hulu Selangor ekoran kekalahan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim. Ayam sabung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memperolehi 23,272 undi berbanding Kamalanathan yang mendapat 24,997 undi. Andai diteliti, calon PKR walaupun tewas tetapi undi diperolehi meningkat berbanding yang dimenangi calon parti sama pada pilihanraya umum lalu, allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad sebanyak 23,177 undi. Ini bererti pengundi-pengundi yang menyokong pembangkang masih utuh di Hulu Selangor. Ini juga bermakna, Kamalanathan diselamatkan oleh peningkatan jumlah pengundi berdaftar serta peratus keluar mengundi pada 25 April. Pada pilihanraya umum lalu, calon BN Datuk G.Palanivel yang tewas kepada Dr Zainal memperolehi 22,979 undi tetapi Kamalanathan dapat sokongan undi sebanyak 24,997. Amat jelas pertambahan 2,018 undi kepada calon BN ini disebabkan peningkatan jumlah pengundi serta yang keluar mengundi seramai kira-kira 49,000 berbanding 47,622 pengundi pada pilihanraya 2008. Meneliti angka-angka di atas, BN tidak boleh selesa dengan kemenangan di Hulu Selangor. Kemenangan ini tidak boleh menutup fakta BN tewas tujuh daripada sembilan pilihan raya kecil sebelum ini. Kejayaan kecil ini juga tidak boleh dijadukan ukuran Gagasan 1Malaysia “Rakyat Didahulukan – Pencapaian Diutamakan’ bergerak laju menuju matlamatnya. Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak pastinya berusaha yang terbaik bagi memenuhi tuntutan pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum Melayu, Cina, India dan sebagainya. Apapun, pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor memberi banyak pengajaran kepada Perdana Menteri untuk menilai sama ada golongan bukan Melayu mahu terus bersama-sama kerajaan mencapai matlamat Gagasan 1Malaysia. Walaupun belum ada angka rasmi tetapi umum sudah mengetahui sokongan pengundi-pengundi Cina masih ketara belum memihak kepada BN begitu juga dengan masyarakat India. Kenapa jadi begini? Pasti Najib sebagai pengerusi BN dan barisan kepimpinan parti komponen dapat mengesan masalah-malasah ini dalam ‘post mortem’ terhadap keputusan pilihanraya kecil Hulu Selangor. Bagaimanapun, sekilas pandang perkara-perkara ini harus diberikan perhatian. Pengundi-pengundi Cina nampaknya sudah terpengaruh dengan budaya PAS dalam membuat keputusan pilihanraya. Ungkapan ‘Beri kain pakai, beri gula makan, beri pitih (wang) ambil’ yang cukup popular dikalangan PAS boleh dikatakan sudah dipraktikkan juga oleh pengundi-pengundi Cina. Ketika kempen pilihanraya, walaupun kerajaan memberikan bantuan dan menyelesaikan masalah-masalah kaum ini tetapi ternyata hasil undi Cina kepada calon BN amat mengecewakan. Ada pula pendapat mengatakan undi protes dikalangan ahli-ahli MCA sendiri yang tidak berpuashati dengan keputusan pemilihan parti itu bulan lalu kerana Datuk Seri Chua Soi Lek bukan dipilih presiden parti dengan majoriti dua pertiga. Faktor penyokong-penyokong Timbalan Presiden MIC, G.Palanivel yang tidak dicalonkan semula juga turut memberi kesan.Undi protea kumpulan ini juga tidak dapat dielakkan. Satu paktor lain yang perlu dipandang pimpinan BN adalah mesej jelas bahawa pengundi-pengundi Melayu masih menolak calon MIC bertanding di kawasan itu. Ini dapat dilihat dengan jumlah lebih 6,000 undi yang memenangkan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam parlimen Hulu Selangor pada 2008 masih ‘belum kembali’ kepada BN berdasarkan jumlah pengundian Ahad. Dalam erti kata lain, lupakan apa sahaja pembangkang akan kata mengenai punca kekalahan Zaid tetapi sekilas pandang, BN hanya menang tetapi berhati-hatilah kerana tidak guna menang sorak jika kampong tergadai pada pilihanraya umum akan datang. Justru itu, cabaran terbesar adalah memahami sikap pengundi-pengundi sama ada Melayu. Cina ataupun India pada tempoh berbaki tidak sampai tiga tahun lagi bagi pilihanraya umum ke 13. Perlu diingat juga, pilihanraya kecil Parlimen Sibu Sarawak 16 Mei ini pasti menjanjikan sesuatu lebih sengit dengan pembangkang khususnya DAP yang akan meletakkan calonnya sudah tentu mahu menebus kekalahan pakatan pembangkang di Hulu Selangor.-26/4/2010
Printable Version | Email to a Friend
Faktor kekalahan PR di Hulu Selangor
Faktor kekalahan PR di Hulu Selangor
Oleh Masdar Wahid (Emel penulis ini)
KUALA LUMPUR : Parti perasuah besar di Malaysia, BN kini berbulan madu selepas kemenangan mereka di Hulu Selangor dengan majoriti 1,725 undi walaupun membelanjankan jutaan ringgit selain dengan cara kotor dan jijik dalam Pilihan Raya paling tersebut.
Namun, apa yang pasti Pakatan Rakyat (PR), harus mengambil apa jua iktibar akibat kekalahan itu termasuklah faktor-faktor berikut.
Jentera PR tidak digerakan semaksima mungkin.
Parti Barang Naik, BN, yang memulakan kempen kotornya dengan mengaitkan calon PR, Datuk Zaid Ibrahim dengan arak, walaupun dibalas dengan penerangan ratusan ribu risalah oleh Angkatan Muda PKR bersama jentera Pakatan Rakyat tetap dilihat gagal.
Ini kerana tinjauan erapakatan.com mendapati ada beberapa buah kampung kecil langsung tidak menerima bahan kempen itu.
Anehnya, di kampung tersebut turut tiada bendera PKR selain jentera BN awal-awal lagi telah mendirikan bilik gerakan mereka.
Malah, di salah sebuah papan kenyataan di balai raya tersebut jelas menunjukkan risalah BN dengan propaganda fitnahnya jelas tertera di situ.
Perpecahan ahli PKR di Hulu Selangor
Selain itu, walaupun tindakan Dr. Halili Rahmat yang keluar parti tidak diikuti oleh orang rapatnya teermasuklah mereka yang bersamanya seawal tahun 1998 dulu, namun perpecahan yang wujud dikalangan ahli parti itu dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor bukan lagi rahsia besar.
Sumber memberitahu, sekurang-kurangnya terdapat empat kem PKR dalam kawasan itu terutamanya selepas kemenangan PKR pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
Empat kem itu pula bukan sahaja mengadakan aktiviti mengikut kumpulan masing-masing malah wujud usaha untuk menjatuhkan antara satu sama lain termasuklah dalam satu mesyuarat beberapa bulan sebelum pencalonan Datuk Zaid Ibrahim.
Empat kem itu yang antaranya bergerak di bawah sekretariat tertentu, juga bergerak mengikut Cabang, Parlimen dan pemimpin tertentu sekaligus melumpuhkan jentara PKR dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) baru-baru ini.
Antara Ofensif dan Defensif
Turut menjadi faktor kekalahan PR pada kali ini juga ialah apabila jentera parti lebih bersikap defensif atau bertahan berbanding startegi ofensif atau menyerang seperti yang dilakukannya sebelum ini.
Ini terbuti apabila awal-awal lagi jentera BN melakukan serangan dan provokasi melalui bebarapa bill board dan kain rentang, sesuatu yang berbeza dari sebelumnya yang mana pihak Pakatan Rakyat lebih mendahului.
Bill Board itu termasuklah mengaitkan calon PR dengan arak, selain menggambarkan gabuang parti PKR, PAS dan DAP sebagai bermasalah yang diletakkan di jalan-jalan utama dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor.
Kesimpulan
Walaubagaimanapun, PRK di Hulu Selangor sudah pun menjadi sejarah, tinggal lagi bagaimana PR mengambil iktibar dari kekalahan itu kerana jumlah majoriti 1,725 yang diraih oleh BN itu terlalu kecil jika dibandingkan dengan jutaan ringgit campur perbuatan keji yang dilakukan oleh mereka.
Malah, keputusan itu bolehlah disifatkan sebagai ‘kalah’ kerana jumlah keseluruhan undi BN jika dicampur dalam ketiga-tiga Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam kawasan Parlimen itu seperti mana dalam PRU lalu adalah jauh lebih tinggi berbanding angka 1,725 itu.
Sebelum ini, BN meramalkan mereka akan menang kira-kira 5,000 majoriti dan angka 1,725 undi itu jauh lebih kecil selain bantuan Suruhanja Pilihan raya (SPR) yang memindahkan ribuan pengundi termasuklah ke kawasan Selayang yang dilihat bertujuan untuk memenangkan BN sepertimana yang didedahkan oleh Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh.
Tetapi yang pasti, undi masyarakat Cina terhadap PR bukan sahaja terus mencatatkan peningkatan malah pastinya menjadi igauan ngeri buat BN menjelang PRK Parlimen Sibu Mei ini.
Untuk rekod, masyarakat Cina di Hulu Selangor terdiri daripada luar Bandar berbanding masyarakat Cina di majoriti kawasan Bandar dalam Parlimen Sibu yang pastinya membuatkan fakta ini mengganggu tidur Presiden Umno, Najib Razak.
MENIAGA TAK UNTUNG MACAM NI
KEJAYAAN INI HANYALAH SEMENTARA DAN BERPURA-PURA.
Najib, Jangan Berseronok Lagi
Isnin, 2010 April 26
Najib, Jangan Berseronok Lagi
Bn harus sedar bahawa mereka sebenarnya masih belum cukup gagah. Mereka masih tidak mampu menahan amarah gelombang anak muda Malaysia. Mereka tidak boleh menipu diri mereka sendiri bahawa semua anak muda dan mereka yang berada di kawasan bandar telah menolak mereka secara total. Menolak mereka kerana mereka bukan lagi menjadi pilihan untuk menjadi pemerintah yang melindungi rakyat.
Apakah dengan kemenangan yang diperolehi semalam sudah cukup membuatkan Bn kuat semula? Bn terpaksa mengerahkan semua jentera, kementerian, media, ratusan juta ringgit dan menipu bersama - sama dengan SPR barulah mereka mampu menang. Satu kerusi, Bn terpaksa berhempas - pulas untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat yang serba tempang. Apakah para pimpinan BN mampu tersenyum puas? Apakah para pemimpin BN mampu tidur lena dengan kemenangan yang tidak seberapa ini?
Mereka harus sedar, Pilihanraya Umum bakal tiba. Mereka sedar sebenarnya mereka tidak mampu menahan gelombang amarah rakyat. Najib kata ianya satu referundum, ya memang referundum untuk mengukur kekuatan Bn yang sebenarnya. Dengan kemenangan yang sedikit ini, Najib pasti dan sememangnya pasti telah mendapat satu signal jelas bahawa mereka yang berada di bandar masih bencikan Bn.
Peristiwa Ijok jika diizinkan pasti akan berlaku kembali. Mereka menang dengan majoriti seribu namun kita rampas kembali dengan bergaya dan menawan Selangor. Ini sememangnya menakutkan Bn. Orang bandar, anak muda tak kira apa bangsa dan agama sebulat suara menolak Umno dan Bn. PRU masih lagi jalan berliku buat Umno dan Bn. Jangan sesiapa pun baik dari Umno, MIC, MCA menafikannya. Jalan yang berduri dan merbahaya sedang menunggu mereka.
Kemenangan yang mereka kecapi sebenarnya pahit untuk ditelan. PR walaupun kalah namun sebenarnya sedang tersenyum lebar. PRU yang akan datang menjanjikan satu keputusan yang sama dan mungkin lebih kepada Pakatan Rakyat. Kenapa Pakatan Rakyat tersenyum lebar? Kerana mereka sedar kemampuan mereka untuk menandingi gelombang jentera Bn dalam satu - satu P.Kecil teramatlah susah. Namun jika PRU diisytiharkan, maka jentera BN yang datang berbondong - bondong datang ke sesuatu kawasan akan berselerakan ke serata negara dan ini akan melemahkan jentera mereka. Duit yang beratus - ratus juta ditaburkan terpaksa dibahagikan ke serata negara. Maka Pakatan Rakyat mempunyai harapan.
Namun Bn masih tetap ada talian hayat iaitu SPR. SPR sebagai barua tetap Bn akan tetap memastikan BN menang pilihanraya nanti. WAJIB untuk kita terus menyerang SPR semahu - mahunya. Lihat sahaja yang berlaku di Hulu Selangor, beribu pengundi telah dipindah keluar dari kawasan tersebut. Tujuannya hanya satu, MENANGKAN BN. Namun SPR juga tahu kemampuan mereka untuk menipu masih terbatas. Ya mereka berjaya sekali dua, namun sampai bila. Menipu tahun 2004, 2008 terbungkus. Menipu di Hulu Selangor, tidak semestinya dapat menipu satu Selangor.
Jadi tugas Pakatan Rakyat, sudah tiba masanya serangan harus kerap ditujukan kepada kawasan - kawasan kampung. Satu kawasan bandar, 10 kawasan kampung harus diterangkan. Jadikan ianya satu amalan wajib jika mahu menang dengan lebih bergaya.
Tapi satu persoalan yang nak dilemparkan kepada semua. Kalaulah pilihanraya ini mampu menumbangkan BN, sudah pasti pilihanraya ini diharamkan. Sekian.
AL FATIHAH: 2 PEJUANG KEMERDEKAAN NEGARA MENINGGAL DUNIA

“Perjuangan kemerdekaan bangsa dan tanah air akan bergolak terus walaupun Malaya merdeka pada 31 Ogos 1957 ini. Kemerdekaan itu harus diisi dengan kenyataan-kenyataan, dengan realiti-realiti kemakmuran ekonomi rakyat, dengan realiti, dengan kenyataan ketinggian akhlak rakyat.”– pidato Dr. Burhanuddin Al-Helmy
Ahad, 2010 April 25
BERITA DUKA DARI KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN
21 dan 24 April adalah hari duka bagi warga Kampung Perdamaian Sukhirin. 2 orang bekas perajurit berasal dari kawasan sempadan telah pulang menemui Illahi. Mereka ialah Allahyarham Cek Leh @ Pakcu Bidin dan Allahyarham Dolmat.
Allahyarham Pakcu Bidin, 90, (gambar kiri) seorang berasal dari dari Daerah Sungai Padi, Narathiwat, menyertai perjuangan bersenjata bersama Rejimen Ke-10 pada tahun 1968. Beliau pernah bertugas sebagai penyusun massa, utusan dan anggota unit produksi. Selepas penandatanganan hadyai tahun 1989, beliau terus menetap bersama rakan seperjuangan yang lain di Kampung Perdamaian Sukhirin atau secara rasminya disebut Ban Chulabhorn Patana 12. Beliau mengidap sakit lumpuh selama 7 tahun sehingga khirnya meninggal dunia pada pukul 5.00 p.m. (waktu Thailand). Jenazah Allahyarham dikebumikan di Kampung asalnya di daerah Sungai Padi.
Allahyarham Dolmat, 80, (gambar kanan) berasal dari Cabang Tiga, Patani, menyertai perjuangan pada awal tahun 60-an. Allahyarham pernah ikut serta dalam regu penyusun massa, utusan dan pasukan penggempur mara ke selatan di bawah pimpinan Abu Samah Mohd. Kassim. Pada tahun 1973, beliau ditugaskan berkhidmat di Pasukan Penggempur ke-15 di bawah pimpinan Rashid Maidin. Setelah perjanjian perdamaian Hadyai, beliau menetap di Kampung Perdamaian Sukhirin. Beliau menderita sakit akibat kemalangan jalan raya dalam masa yang panjang dan akhirnya meninggal dunia pada pukul 1.00 p.m. (waktu Thailand) pada 24 April 2010. Jenazahnya di kebumikan di tanah perkuburan Kampung Perdamaian Sukhirin.

Semoga Allah Taala meletakkan roh mereka di kalangan orang-orang yang beriman. Amin