RAKYAT SAMBUT KEMENANGAN


---25 Ogos 2009---Saya panjatkan rasa syukur di atas kemenangan Pakatan Rakyat di Pilihanraya Kecil Permatang Pasir. Berbulan-bulan diasak fitnah sebagai pengkhianat bangsa dan berhadapan pembelotan, kemenangan hari ini membuktikan rakyat menolak politik acuan pimpinan umno-bn yang memecahbelahkan.
Penghargaan yang tidak terhingga saya ucapkan kepada seluruh jentera pilihanraya kecil, yang tetap bersabar mengharungi kepayahan pada bulan ramadhan ini. Kepada YB Haji Salleh Man tahniah di atas kejayaan ini dan tunaikanlah amanah dan mandat yang diberikan rakyat.
Kemenangan dengan majoriti meyakinkan ini ternyata, menzahirkan keyakinan rakyat Malaysia terhadap Pakatan Rakyat, hasrat bergelora mahukan Perubahan dan masa depan Pakatan Rakyat yang pasti gemilang.

ANWAR IBRAHIMKETUA PEMBANGKANGDEWAN RAKYAT MALAYSIA
Sent via BlackBerry from Maxis









PERMATANG PASIR-Kemenangan PAS disambut anak muda dibeberapa tempat bagi meraikan kejayaan calon Pakatan Rakyat.Walau dikatakan satu kerusi dan macam-macam tohmahan dari parti pembangkang Umno, namun ianya tidak bagi anak-anak muda ini kerana kejayaan ini adalah kejayaan rakyat kepada calon mereka yang diharapkan bukan untuk mendapatkan projek,mengayakan anak pinak,menipu rakyat dengan menjual tanah, atau menipu orang kampung.


Maka kerana itu kejayaan ini membawa besar ertinya kepada rakyat kerana mereka tahu bahawa calon wakil rakyat mereka tidak punya kereta mewah,senang berhubung,mudah berjumpa,tiada perniagaan yang akan mengabaikan mereka,dan yang lebih penting lagi tahu pula menjadi imam dan mengajar jika terbabas.Maka kerana itu calon ini dan kemenangan ini diraikan.











Sementara itu di Permatang Pasir dalam malam yang sama satu sidang akhbar telah diadakan.Dato Mahfuz menjelaskan bahawa Umno gagal untuk menambat hati orang Melayu sehingga kini, dan apa yang dikesalkan anak-anak muda terutamanya meggunakan budak-budak sekolah di Paya Keladi,Sekolah Ahmad Said dan ketuanya semalam ialah Dato Saidin dan juga Naina Mohammad.


Ramai yang melihay angkara ini sebagai satu kegagalan Umno untuk mendidik anak muda dan terima kasih kerana dengan adanya gerombolan ini, memudahkan kemenagan PAS dimasa akan datang sekiranya Umno yang tidak pernah mahu mengkaji kesilapan dari suka mengulanginya.Maaf kepada Umno kerana kalah lagi pada kali ini.demikian jelas dato Mahfuz.


BUDAYA BARU ANAK DIDIK UMNO-PATUT KALAH






KITA MEMANG MEMINTA APABILA BERLAKUNYA SETIAP KALI PILIHANRAYA AKAN ADA MANA-MAAN CALON PAKATAN YANG DIBELI UMNO ATAU AKAN ADA BUDAK-BUDAK SEKOLAH YANG DIUPAH,NAIK MOTOSIKAL UMPAMA BUDAYA SAMSENG DAN INI AKAN MEMPENGARUHI PENGUNDI UNTUK BERTAMBAH BENCI DENGAN UMNO.DALAM PAKATAN PUN ADA JIKA HENDAK MELAKUKANNYA.AKAN TETAPI MENDENGARKAN AKAN NASIHAT BAHAWA BUDAYA INI AKAN MEROSAKAN NAMA PARTI MAKA PAKATAN TIDAK MELAKUKANNYA.

KALAU PAKATAN NAK BUAT,LAGI BESAQ PUN BOLEH...TAPI OLEH KERANA BAKAL MEMERINTAH DALAM PILIHANRAYA KE 13 NANTI BUDAYA SEBEGITU RUPA KITA TAK BENARKAN.

N11 PERMATANG PASIR KEMBALI LAGI EDISI PETANG

MAAF-AKAN KEUDARA LEWAT DARI JAM ASAL.

MAKLUMAT TERLEWAT KERANA KESESAKAN JALAN SEBENTAR TADI.KREW KEPENATAN.AKAN BERSAMBUNG JAM 630 PETANG.COVER IT LIVE

N11 PERMATANG PASIR KEMBALI LAGI

LIVE HANG........SAYA AKAN MASUKKAN LIVE YANG KEDUA

TERLALU BANYAK KOMEN.KOMPUTER PUN NAIK SAKIT HARAP MAAF TUNGGU EVENT YANG KEDUA SEDIKIT MASA LAGI

LIVE DARI PERMATANG PASIR

GAMBAR-GAMBAR DAN PERISTIWA PRK N11 PERMATANG PASIR


Kubang Semang- 24 Ogos-Ceramah terakhir semalam dimana DSAI mengajak masyarakat pengundi Permatang Pasir agar keluar beramai-ramai dan mengundi agar dapat mengekalkan kemenangan DUN Permatang Pasir bagi melengkap kerajaan Pakatan Rakyat negeri Pulau Pinang.
Walau pun ianya merupakan satu kerusi, namun ianya dilihat sebagai satu wadah perjuangan didalam nya.maka kerana itu kemenangan PAS adalah penting bagi melengkapkan kemenagan rakyat.
DSAI menjelaskan menegani betapa jentera SPRM kini menjadi tungangan Bn dalam cubaan bagi mengulingkan kerajaan Pakatan Rakyat,. Misalnya di Selangor,terdapat usaha menlaga-lagakan antara DAP dan PAS berhubung isu arak.namun akhirnya usaha tersebut gagal kerana menurut DSAI, Umno Bn yang membenarkan dan pihak kita cuba memperbaikinya dengan melarang penjualan di kawasan Melayu, ianya di putarbelitkan.
Begitu juga dengan kes Beng Hock yang membawa kepada kematiannya.Akan tetapi kes yang melibatkan tokoh-tokoh Umno/Bn dibiarikan begitu sahaja.beliau memberikan contoh, antaranya Kes PKFZ,Kes Khir Toyo,Kes kapal selam dan Sukhoi, malah kalau hendak di senaraikan lebih banyak lagi , demikian jelas beliau.
Beliau juga menjelaskan bahawa pendudk Permatang pauh harus menjadi orang yang bijak.:Bagi ambil,pangkah Pakatan Rakyat" demikain jelas beliau merujuk kepada apa yang pernah di pesan Tuan Guru Nik Aziz kepada rakyat Kelantan.
Majlis diakhiri dengan doa oleh Ustaz Mohd Sobri Arshad dimana beliau mendoakan agar segala penipuan, menjaga dan emmohon berkat agar kemenangan ini berpihak kepada Pakatan Rakyat dibulan Ramadahan yang mulia ini.



















BAPA HAFIZAH DI PENTAS PAS-MENANTU TIDAK MENGAKU PAK MERTUA

Permatang Pasir-Kemungkinan besar pendudk Permatang Pauh akan mendengar pendedahan bapa mertua calon UMno yang bertanding di Permatang Pauh kerana di khabarkan bapa Hafizah sudah berada di sini.

Untuk kes tersebut, Rohaizat yang tidak mengaku mempunyai isteri kedua, walau semua penduduk Permatang Pauh sudah mengetahui kisah beliau mempunyai isteri kedua. Sama ada beliau takut kepada isteri pertamanya,atau memang beliau tidak beristeri, maka malam ini kita akan saksikan kisah sebenar.

Berdasarkanmaklumat, kini bapa mertua beliau pula akan naik pentas menuntut agar anak beliau di akui sebagai isteri.Kalau sesiapa pun yang menjadi bapa mertua mungkin akan melakukannnya kerana "habis madu sepah dibuang" demikian perumpamaan orang tua-tua.Takkan Rohaizat ada perempuan simpanan pulak????

Mohamad Ali Abdullah, 59 memberi kata dua sehingga malam ini; untuk turut berceramah di Permatang Pasir sekiranya Setiausaha Agong Umno Permatang Pauh itu masih berdegil.

Iklan


Selain menimbang untuk berdiri atas pentas Pakatan Rakyat demi membersihkan nama baik keluarga dan anaknya itu, Mohamad Ali sedang mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang kepada Rohaizat, yang didakwa suami kepada anaknya.

"Dia kena isytihar bahawa dia mempunyai dua isteri, pengundi pun tak ragu-ragu. Kalau tidak ia menjadi pembohongan kepada rakyat. Kalau isytihar sekarang risiko tidak besar," kata Mohamad Ali.

"Apa nak ditakutkan? Kita nak takut kepada siapa. Demi undi nak tipu rakyat?Bagaimana nak pikul amanah jika isteri sendiri pun tidak mengaku.???

Satu tamparan hebat buat Ahmad Maslan dengan toeri pendulum beliau.Rasanya akan bertukar mejadi merudum.

NAMA SAJA DOKTOR-AKAI TAK DAK-SURAT PEMBACA

Calon ‘anak emas’ atau calon ‘kuda tunggangan’ — Dr Novandri Hasan Basri


Rasanya punya title Dr ni hebat, tetapi kalau pemikiran Umno ni tak lari dari analisa untuk betulkan parti dia sahaja.Kalau YB Salleh Man ini tidak boleh di percayai, rasanya calon Umno lagi haprak,ikut kata tuan guru Umno Mahathir Mohammad.memang haprak punya calon Umno kerana sudahlah nak berbohong kepada rakyat Permatang Pasir yang tahu asal usul Umno, parti sendiri pun di tipunya.

Inilah dia pandangan si pemegang Phd.Malang sekali, kalau dilihat dari sikap dan ulasan si pemegang Phd ini, beliau sendiri tidak dapat menilai calon kerana calon dia sendiri yang menipu parti sendiri.

Bukan itu sahaja, sikap tidak amanah yang miliki oleh calon sokongan Dr ini sebenarnya penipu rakyat,patut lah lesen ditarik,punya bini 2 tak mengaku berbini.Suami apa macam ini???Elok juga jika jadi kuda tungangan ,kurang-kurang berjasa kepada tuanya.Apa jadi kalau jadi kuda kayu.Otak tak dapat fikir,letak bawah lutut.

Patut malaysian Insider tak jemput si pemegang Phd ini menjadi kolumnis akhbar internet mereka.


Dr.Surat....

BAPA RAFIZAH TUNTUT ROHAIZAT MENGAKU KAHWINI ANAKNYA


Keluarga Rafizah Mohamad Ali menuntut calon BN, Rohaizat Othman supaya mengisytiharkan beliau mempunyai dua orang isteri, termasuk Rafizah yang menetap di Pahang.Sehubungan itu, bapanya, Mohamad Ali Abdullah, 59, memberi tempoh sehingga malam ini untuk Rohaizat yang juga setiausaha Umno Permatang Pauh membuat pengumuman tersebut.

Baru-baru ini ketua pemuda PAS Nasaruddin membuat sidang media dan menjelaskan kepada umum bahawa Rohaizat tidak mangaku mempunyai isteri kedua yang juga bekas ketua kerani di pejabatnya.Beliau juga mendakwa bahawa Rohaizat tidak mengabil kisah perihal nafkah isteri kedua beliau yang berada di Pahang.


Mohamad Ali berkata, beliau telah mewalikan pernikahan antara anaknya dengan Rohaizat di pejabat kadi dalam daerah Pekan pada tahun 2005 dan didaftarkan pada tahun yang sama."Dia kena isytihar bahawa dia mempunyai dua isteri, pengundi pun tak ragu-ragu. Kalau tidak ia menjadi pembohongan kepada rakyat. Kalau isytihar sekarang risiko tidak besar," kata Mohamad Ali."Apa nak ditakutkan? Kita nak takut kepada siapa. Takut kepada manusia atau takut kepada Allah... Sekiranya beliau mengisytihar, maka saya ucapkan terima kasih," tambahnya.





Rafizah berumur 29 tahun adalah anak ke-6 daripada 10 adik-beradik.Menurut Mohamad Ali lagi, sekiranya Rohaizat mengumumkan Rafizah sebagai isterinya, maka Mohamad menasihati Rohaizat agar berlaku adil, terutama dalam urusan memberi nafkah kepada Rafizah.Beliau juga menjelaskan anaknya buat masa ini tidak akan tampil ke pentas ceramah kerana berada dalam keadaan tertekan.Ditanya sama beliau menyedari bahawa Rohaizat sudah mempunyai isteri ketika mengahwini anaknya itu, Mohamad Ali berkata beliau menyedari perkara itu.Tambahnya, beliau bertindak mengahwinkan anaknya itu kerana tidak mahu berlaku sesuatu yang tidak elok kepada anaknya."Saya sebagai ayah, anak dah kata bersetuju (nak berkahwin), kalau halang akan jadi kelakuan yang tidak baik," katanya.



Ditanya mengapa baru sekarang mendedahkan perkara ini, Mohamad Ali berkata beliau sebagai bapa tidak mahu mencampuri urusan rumahtangga anaknya.Sebagai seorang suami, katanya, Rohaizat adalah orang yang bertanggungjawab mengurustadbir urusan keluarganya.


" katanya sambil menambah calon BN itu masih mempunyai masa untuk berbuat demikian.Menurut Mohamad Ali, sekiranya Rohaizat tidak berani untuk membuat pengisytiharan, maka mentuanya itu berharap agar Rofizah dibebaskan dengan cara yang baik.Katanya, sekiranya berlaku perceraian Mohamad Ali menuntut agar Rohaizat mengembalikan surat pernikahan kahwin anaknya yang kini berada dalam simpanannya.

AKHBAR DAN BUKU BARU DI PASARAN




Dua buah buku di pasaran iaiatu kisah KM pulau Pinang dan juga kisah bagaimana BERSIH berjaya di laksanakan tanpa kekecohan besar.





AKHBAR TERKINI DI PASARAN.Menggunakan lesen akhbar KONSEP yang diperbahrui.menggabungkan isu-isu terkini dalam negara dan juga memberi lebih peluang kepada wakil Pakatan untuk menyampaikan wadah serta memuatkan berita yang logik dan tepat.
Dapatkan KONSEP ERA PAKATAN dipasaran.Akbar dwi bulanan ini boleh ditempah atau untuk mengiklan didalamnya.Hubungi..
ADNAN-0196691730
ZIKRI MAHMUD-0162135301

TUAN GURU HJ HADI DI MASJID KUBANG SEMANG







KUBANG SEMANG-Tn Guru Hj Hadi sempat singgah di Masjid Jamek Kubang Semang dan berbuka bersama anak Qaryiah.Sebelum berbuka beliau sempat menyapaikan tazkirah.