KUTUK PEMBANGKANG TAK APA.KENA KUTUK MULA MARAH.....

Suara Keadilan perlu bertanggungjawab

KUALA LUMPUR 2 Jan. - Lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suara Keadilan perlu bertanggungjawab terhadap berita yang dilaporkan sama seperti yang dilakukan akhbar arus perdana di negara ini.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk berkata, akhbar itu tidak patut menyalahgunakan kebebasan media yang diberi kerajaan.

"Akhbar itu kena bertanggungjawab terhadap apa yang ditulis. Sama seperti tindakan yang dikenakan terhadap akhbar arus perdana jika membuat kesalahan yang sama," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir bahawa beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suara Keadilan kerana menyebarkan fitnah keterlaluan terhadap dirinya......

INILAH SIKAP PIMPINAN BN/UMNO

Inilah sikap sesetengah pemimpin.Apa yang mereka tidak kata kepada Nik Aziz dan Anwar Ibrahim dalam TV dan juga media mereka.Malah dalam blog pro Umno sekali pun berbagai perkataan yang dapat kita baca.Berbagai perkataan di ketengahkan antaranya Aljuburi,Nik Najis,Cina Komunis,...malah ianya tidak pernah pun di larang oleh para menteri Umno.Kita tidak pernah mendengar menteri-menteri Umno melarang menggunakan perkataan tersebut,walau kita faham ianya di tuju kepada orang tertentu.

Dalam hal ini Menteri Besar dan pensyarah kangkong yang dikatakan itu perlu berfikiran terbuka ,malah propaganda menjelang pilihanraya lebih teruk dengan mengatakan bahawa pembangkang mendapat sokongan dana luar,pembangkang boleh melumpuh negara jika memerintah.

Buat masa ini rakyat makin faham betapa permainan seperti ini tidak akan berjaya menarik pengundi untuk menyokong Bn /Umno.Ini sudah menjadi lumrah sebagaimana laporan Utusan malaysia melaporkan berbagai propaganda setiap hari baik dari segi ekonomi,dan apa sahaja terutamanya politik.

Inilah yang di katakan harus menerima kritikan dan perlu pula memberi sesuatu yang terbaik agar rakyat faham dan mahukan sesuatu yang lebih telus buat masa kini.Jika benarlah laporan yang seringkali di siarkan meberi kesan kepada kedudukan beliau , maka cuba cari apakah dan di manakah silapnya , sehinggakan apa yang berlaku kini menjadi buah mulut rakyat kerana setiap kebenaran itu perlulah di tonjolkan dengan kebaikan dan kebenaran pula.

PENYOKONG PAKATAN PERLU PERLUASKAN FACEBOOK

Setelah gagal dalam laman blog dan juga youtube, penyokong Pakatan Rakyat perlu menerjah ke alam facebook bagi menghadapi serangan ahli Umno dan juga pimpinan dan menyanggah apa yang dikatakan oleh ahli mereka.

Penyokong Pakatan perlulah memasuki dan menyerang Umno dalam facebook dan inilah salah satu cara bagi menghalang dakyah dan juga propaganda mereka kerana ianya dilihat sebagai satu cara berkesan bagi menegakkan kebenaran.

No comments: