PENGAJARAN HIJRAH

PENGAJARAN HIJRAHHijrah adalah satu peristiwa besar dalam perkembangan Islam dan untuk diri seorang Muslim ianya terkandung pelbagai pengajaran dan iktibar yang boleh diguna pakai. Pengajaran dan hikmah hijrah boleh sahaja dikongsi dengan teman-teman berlainan fahaman.Hijrah adalah satu proses pembaikan berterusan, menukar dari yang lama kepada yang baru, mengubah dari buruk kepada lebih baik. Membina sesuatu yang lebih mantap dari suatu runtuhan. Rakyat biasa dan golongan atas pagar di 5 buah negeri telah melakukan hijrah dalam diri mereka pada 8 Mac 2008 yang lalu.


Hijrah itu membawa kepada pertukaran suasana kehidupan yang lebih baik.Kehidupan rakyat yang terabai di lima buah negeri dahulu kini mendapat pembelaan dan penjagaan sewajarnya.Pelbagai faedah dan nikmat telah diperolehi oleh rakyat terbanyak kesan daripada hijrah yang mereka lakukan. Malahan limpahan ini turut dirasai oleh mereka yang tidak memilih untuk menukar kerajaan yang lama.Kalau dilihat di negeri Selangor, pelbagai faedah yang tidak pernah rakyat nikmati telah dapat dilaksanakan dengan begitu baik dan mendapat sambutan yang cukup menggalakkan, sehingga menimbulkan kegusaran dikalangan parti-parti nazak. Pelbagai faedah dinikmati oleh rakyat terbanyak. Bermula dengan pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu sebulan.

Program Tiusyen Rakyat secara percuma, hadiah untuk anak-anak negeri yang dapat melanjutkan pelajaran di peringkat universiti, skim Mesra Usia Emas – satu skim yang memberikan perlindungan insurans kepada rakyat negeri yang berusia 60tahun keatas dilaksanakan tanpa mengambil kira faktor bangsa dan agama.Sehingga ke hari ini, tak terdengar pula kerajaan negeri Selangor menjadi bangkrap kerana membantu rakyat secara “gratis” ini.Di Pulau Pinang, Ketua Menteri, En. Lim Guan Eng mengajak dan mengajar rakyat untuk berjimat cermat dengan dia sendiri memberikan contoh apabila menggunakan kelas ekonomi dalam penerbangannya. Dia bukan sekadar bercakap mengenai Khalifah Umar Abdul Aziz tetapi cuba untuk meneladaninya.


Di Perak, ketika kerajaan yang dipimpin oleh Menteri Besar yang diberi mandat oleh rakyat memerintah, bayangkan bagaimana penduduk kampung mendapat manfaat geran tanah diberikan kepada mereka untuk tanah yang telah mereka diami berabad-abad lamanya. Hijrah mereka adalah untuk kebaikan dan keselesaan hidup dan inilah yang mereka nikmati. Malangnya hijrah ini diragut ditengah jalan dan sehingga kini, rakyat Perak terus tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.Di Kelantan, dasar yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat melalui pimpinan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat terus menjadi teras dan kepercayaan penduduk.


Program-progam pembangunan rakyat dan pembangunan material terus diseimbangkan walaupun dinafikan wang royalti minyak dan terus-terusan diganggu dengan pelbagai serangan media yang berceracak datangnya.Pasca 8 Mac, dalam siri pilihanraya kecil pula, angin hijrah terus bertiup kencang – dari 9 pilihanraya kecil 7 dimenangi oleh parti pilihan rakyat.Hijrah mempertemukan dua kelompok manusia yang cukup dimuliakan dalam Islam. Muhajirin dan Ansar. Muhajirin kelompok pengungsi dari kota Mekah dan Ansar terdiri dari kaum Auz dan Khazraj yang dipersatukan oleh Rasul mulia SAW.


Kegigihan dan kekentalan daya juang kelompok Muhajirin dan keterbukaan serta kesediaan kelompok Ansar menerima mereka adalah antara faktor yang menyebabkan mesej dakwah dapat disebarkan dengan lebih pantas dan meluas. Begitulah juga dengan keadaan didalam parti-parti Pakatan Rakyat. Ada ahli yang telah lama istiqamah dan komited berjuang menentang regim Barisan yang zalim, korup – sarat dengan segala malapetaka dan kehancuran . Mereka dipinggirkan, dipulau dan dinafikan pelbagai hak dan kemudahan yang wajar dikecap bersama.


Kini, kemasukkan ahli-ahli baru khususnya dari regim yang sedang membusuk itu harus diterima dengan tangan terbuka dan diberikan bantuan agar mereka terus istiqamah dan lebih gigh berjuang membetulkan kerosakan yang mereka pernah turut serta.Dalam peristiwa hijrah, Rasulullah SAW telah menggunakan khidmat Abdullah bin Uraiqit sebagai penunjuk arah untuk ke Madinah menerusi jalan yang jarang dilalui oleh kabilah arab, padahal beliau adalah seorang musyrikin. Ini jelas menunjukkan bahawa bekerjasama dan mendapatkan khidmat daripada teman-teman non muslim dalam meneguhkan agenda perjuangan adalah sesuatu yang “real” dan berlaku pada diri baginda Junjungan SAW sendiri.Walaupun Rasulullah SAW sudah berhijrah, tekanan dari puak Musyrikin bertambah kali ganda.


Musuh menjadi gelabah bila melihat Madinah semakin maju dan makmur, menjadi pusat tarikan bagi aktiviti perdagangan dan keilmuan. Sistem pentadbiran negeri dan pengurusan yang terancang menambahkan lagi keistimewaan berkunjung ke Madinah. Penghijrahan 8 Mac lalu membawa kepada bentuk pemerintahan mesra rakyat di negeri yang dipimpin oleh pakatan dan ini cukup dicemburui oleh rejim yang ganas. Pelbagai aktiviti sabotaj, campur tangan, adu domba, rampasan kuasa haram, pemulauan majlis anjuran Kerajaan Negeri dan pelbagai lagi tindakan kotor dan jijik direncanakan.


Media gelojoh terus menerus menyerang dengan memaparkan rintihan dan kemelut segelintir rakyat yang dikelirukan atau mungkin diupah di kebanyakkan negeri yang ditadbir oleh pakatan rakyat. Mereka bertindak tanpa sedar bahawa masalah banjir, rasuah, maksiat, pecah amanah, gejala dadah, tanah runtuh, stadium runtuh, penafian royalti minyak, isu moral adalah masalah warisan yang diwarisi dari kerajaan sebelum yang tidak peka kepada rakyat. Nak pindah kandang khinzir pun tak boleh nak buat, sehingga terpaksa tunggu berpuluh tahun. Naik YAB Dato Seri Azizan Abdul Razak, selesai masalah tersebut.Lakukan Hijrah dalam diri anda. Lakukan lonjakan hijrah itu sekarang. Lakukannya sebelum terlewat, Lakukan sebelum satu lagi enjin kapal terbang pejuang dihilangkan.



SHAHRUL PESHAWAR, Alor Setar.

SHAHRUL ADALAH PENULIS TAMU BAGI AKHBAR KONSEP ERA PAKATAN

No comments: