SENARAI PENDERMA



JAP ZAINOL


ni semua salah DAP.

Aku yakin RBA edit nama-nama ni semua pastu letak nama-nama cina.
Masuk akal korang ke Tengku Adnan yang duit belanja sahaja RM2 juta takde dalam senarai?
Tun Taib yang dari zaman dia jadi KM dulu lagi satu-satunya pemimpin yang guna kereta Rolls Royce takde dalam senarai?
Najib yang dalam bilik tidur sahaja ada simpanan lebih RM1 billion juga takde dalam senarai?
Nampak sangat DAP ni cemburu dekat melayu sampai edit keluar nama melayu letak nama cina.
Weyy...cina mana pernah tolong Malaysia.Apa lagi cina mau?
Balik pergi China la wey kalau cina tak nak tolong Malaysia.
Ini semua salah DAP

AIKKKK....DAH DIBOLEHKANKAH?

Tiada penerangan foto disediakan.

SELEPAS RAKYAT HAMUN, BARU NAK LEPASKAN GAJI

UDIN SUN


Selepas rakyat bising....
Klu rakyat tak bising, buat muka blur jer.
Apa pun, tahniah.
Khianat mandat rakyat, tunggu nak ucap takziah aja.

80 kakitangan KKM positif Covid-19


 
MGF21032020_PC-KP-KESIHATAN04
Dr. Noor Hisham Abdullah
KUALA LUMPUR, 26 Mac — Seramai 80 anggota kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) disahkan positif COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata, siasatan mendapati punca jangkitan yang dialami kesemua anggota kesihatan itu bukan daripada pengendalian kes positif Covid-19 di fasiliti kesihatan KKM.
“Namun begitu, semua anggota kesihatan dan barisan hadapan dinasihati supaya mengamalkan langkah pencegahan seperti disarankan terutamanya memastikan tangan sentiasa bersih, mengamalkan jarakan sosial dan memakai alat pelindung diri (PPE) mengikut keperluan yang ditetapkan,” katanya dalam laman sosial Facebook beliau hari ini.
Semalam, Dr Noor Hisham memberitahu sidang media harian mengenai Covid-19 bahawa punca jangkitan sebahagian besar anggota KKM adalah berkaitan dengan majlis perkahwinan yang turut dihadiri mereka yang menyertai perhimpunan tabligh.
Punca lain adalah daripada kunjungan ke luar negara dan kontak ahli keluarga yang positif Covid-19.

BANTUAN DARI PUSAT KHIDMAT KHALID SAMAD


Hari ketiga untuk 200 lagi penerima.

Allhamdulillah harini saya sempat membantu petugas-petugas menyediakan bungkusan dan membuat penghantaran barangan keperluan asas sumbangan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Shah Alam.


KHALID SAMAD


Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang berdiri dan luaran
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan orang duduk
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang duduk dan kasut

INI LAH RUPANYA TABLET AVIGAN YANG DISEBUT PENGARAH KESIHATAN SEMALAM

Imej mungkin mengandungi: teks
Tiada penerangan foto disediakan.
Imej mungkin mengandungi: teks

PENGGUMUMAN PENTING DAN RAKYAT KELANTAN LOPONG



Baca semalam, satu pengumuman penting dari Kerajaan Kelantan.. Ingatkan apa, rupanya  RM 1 Juta peruntukan Zakat Asnaf, hanya 50 orang peruntukan bagi satu Dun, setiap prang akan terima barang bernilai Rm 100.. hanya 50 orang setiap DUN ?

Amboi.. Beli Mercedes dekat harga sejuta, sampai 14 Biji.. Tolak cukai pun dekat 5 Juta..Asnaf cuma RM 1 juta jer peruntukan...Apakah ini dikatakan penyelesaian Islam ?

Di Pulau Pinang semalam..Badan Zakat umumkan RM 3 juta untuk Asnaf.. Jumlah muslim dan orang Melayu di Pulau pinang jauh lebih kecil dari Kelantan, tak kira dari jumlah atau peratusan..

Populasi Muslim di Pulau Pinang cuma 44%, manakala Kelantan 96 %.. Kerajaan DAP peruntukan RM 3 juta untuk Asnaf yang populasinya 44%..dan Kelantan peruntukan RM 1 juta untuk populasi 96%... banyak lagi nilai Mercedes yang dibeli Exco dan MB PAS..

 Jadi sapa yang tindas orang Islam ni, DAP ker  Lebai PAS ? Nampak tak bagaimana Melayu ditipu oelh permainan sentimen kaum dan Agama kelompok lebai ni.. Sembang lah Perjuangkan Islam.. ;)

Ipohmali



Akaun 2 KWSP, Covid-19: Antara tawakal dan usaha

Akaun 2 KWSP, Covid-19: Antara tawakal dan usaha

Akaun 2 KWSP, Covid-19: Antara tawakal dan usaha


Apa salahnya keluarkan caruman daripada akaun 2 sekarang? Tidak perlu tunggu umur 50 sebab, pada umur itu bukan pasti kita masih hidup. Entah-entah sudah mati!
Apa ditakutan dengan virus? Bukankah Tuhan ada? Jika Tuhan takdirkan kena, buat macam mana pun kena juga. Jika tak ditakdirkan, buatlah apa pun, tetap tak kena.
Kedua-dua perkataan tersebut, dari sudut spiritnya sama iaitu salah faham terhadap konsep usaha dan tawakkal yang menjadi perbincangan dalam konsep qada’ dan qadar, atau perbuatan hamba dan ketetapan Allah.
Justeru logiknya, gunalah duit yang ada pada hari ini sehabis-habisnya sebab esok, lusa, tulat, minggu depan, bulan depan, tahun depan, 10 tahun lagi, belum tentu kita masih hidup.
Juga, buatlah apa saja. Tak payah pakai penutup hidung, tak payah basuh tangan, tak payah jarakkan diri dengan orang lain, tak payah duduk rumah, sebab kalau Tuhan nak hinggapkan virus kepada kita, hinggap jua.
Salah faham konsep usaha dan tawakal bukan perkara baru kerana sudah berlaku dalam kalangan orang terdahulu. Justeru, Nabi Muhammad SAW meminta sahabat supaya menambat unta terlebih dahulu, barulah bertawakal.
Umar pernah memukul seorang pencuri. Puncanya, apabila Umar bertanya orang itu alasannya mencuri, dia menjawab, Allah takdirkan dia jadi pencuri.
Umar memukulnya. Orang itu terkejut dan bertanya kepada Umar alasan dia dipukul, Umar menjawab pula, Allah takdirkan dia memukulnya.
Umar bukan salah faham, tetapi menggunakan peluru tuan punya peluru untuk mematahkan hujahnya.
Hal yang sama boleh dibaca dan difahami daripada kiisah Ibrahim dalam al-Quran yang melihat bintang, bulan dan matahari, lalu dia berkata, inilah Tuhanku.
Ibrahim tahu itu bukan Tuhan, tetapi mematahkan hujah kaumnya yang mengambil semua itu sebagai Tuhan dengan hujah kaumnya sendiri. Hujah itu berhasil.
Umar juga pernah memukul seorang lelaki yang hanya duduk di masjid dan berdoa tanpa bekerja. Nabi SAW pernah memasukkan kayu ke kapak seorang sahabat sebagai hulu dan menyuruh sahabat itu mencari kayu api daripada sekadar meminta-minta.
Berdoa di masjid dan meminta-minta juga dikira usaha, tapi ada usaha yang lebih baik daripada sekadar berdoa dan meminta-minta iaitu bekerja di lapangan dan mencari kayu api.
Jika suatu usaha boleh dibatalkan dengan usaha lain yang lebih baik, bagaimana dengan orang yang tidak berusaha langsung?
Namun begitu, dari suatu sudut, boleh juga dianggap doa dan meminta-minta bukan usaha, kerana kedua-duanya tidak menggunakan keupayaan secara maksimum.
Lantaran, perkara yang dikata sebagai usaha ialah, memaksimumkan penggunaan segenap keupayaan, atau menghabiskan segenap keupayaan. Setelah itu barulah berdoa dan meminta-minta.
Paling baik, usaha dan doa berjalan seiring atau serentak tanpa ditentukan mana satu dahulu dan mana satu kemudian dalam semua keadaan.
Syeikh Ahmad al-Raisuni menulis tentang Maqasid al-Du’a dengan panjang lebar dan hubung kaitnya dengan usaha dalam bukunya Madkhal Ila Maqasid al-Syariah. Dapatkan dan baca buku itu dalam bahasa Arab.
Kejahilan
Isu sekarang ialah, sebahagian anggota masyarakat kita masih terperangkap dengan kejahilan yang ketara tentang konsep doa, usaha, tawakkal dan takdir.
Ada orang yang berdoa tanpa berusaha, dan ada juga orang yang berusaha tanpa berdoa. Padahal, kedua-duanya perlu berlangsung secara seimbang dari sudut kefahaman dan pelaksanaan.
Perintah Allah agar kita memakmurkan bumi adalah bukti kewajiban berusaha. Kekasih kita Muhammad SAW berniaga dan mengambil upah memelihara kambing, nabi Ayyub menjadi tukang besi, nabi Syuib membela kambing, Abu Bakar berniaga, begitu juga Umar dan Uthman. Mereka semua berusaha.
Kenapa mereka berusaha? Mereka tak cukup yakin Tuhan pemberi rezeki? Iman mereka belum 100 peratus? Bukankah lebih wajar mereka beribadat di masjid dan berzikir saja?
Pendek kata, tidak ada dalam seerah para Nabi dan sahabat yang hanya hidup menyerah tanpa berusaha sama ada usaha untuk menghasilkan atau usaha mengelakkan sesuatu. Berniaga adalah usaha menghasilkan pendapatan dan mengelak kemiskinan.
Demikian halnya dengan situasi kini. Duduk di rumah adalah usaha menghasilkan kesihatan dan mengelak penyakit. Mencarum dalam KWSP adalah usaha mewujudkan tabungan hari tua dan mengelak kehidupan susah pada usia berkenaan.
Jika dikata, belum tentu kita akan hidup sehingga berumur 50 tahun, entah-entah sudah mati. Bagaimana? Saya teringatkan hujah Ust Ni’amat Yusuf (almarhum) dalam satu ceramahnya di Perlis tentang keimanan kepada neraka.
Katanya, ada orang tidak beriman dengan neraka kerana dianggap dongeng dan khayalan untuk menakut-nakutkan manusia. Ya, neraka adalah alam akan datang dan orang Islam diminta beriman dan yakin dengan kewujudannya.
Justeru, orang beriman akan tekun beramal saleh untuk mengelak daripada azab neraka. Jika neraka benar-benar wujud, maka orang beriman terselamat dari neraka sebab sudah mengambil langkah pengelakan.
Tetapi jika neraka tidak wujud misalnya, hal itu tidak merugikan apa-apa, kerana orang beriman sudah bersedia. Begitu halnya dengan tindakan mengeluarkan caruman akaun 2 sebelum berusia 50 tahun.
Jika seseorang mati awal, itu tidak merugikan sebab caruman itu diwarisi oleh waris. Tapi jika sudah dikeluarkan dan seseorang masih hidup sehingga berumur 50 tahun, apa lagi yang ada?
Hal itulah yang dipanggil usaha seiring dengan tawakkal. Kerana tawakkal bermaksud persediaan untuk berdepan dengan suatu situasi yang kita tidak tahu masa, bila, bagaimana dan apa yang bakal berlaku.
Kita berkurung di rumah kerana kita tidak tahu jika kita keluar, kita akan kena virus atau tidak. Jika tidak keluar, kita percaya tidak kena, tapi apa jaminan jika kita keluar kita tidak kena?
Tidak keluar rumah adalah usaha seiring tawakkal sebab kita tidak tahu jika kita keluar, dimana, bila dan bagaimana kita akan kena. Jadi, usaha terbaik ialah tidak keluar rumah. Rujuk kisah Nabi SAW suruh sahabat cari kayu api di atas berkaitan usaha terbaik.
Kehidupan ini berjalan atas landasan sunnatullah yakni undang-undang dan peraturan Allah, yang disebut juga sebab musabbab atau sebab dan akibat.
Ambillah sebab dan serahkan akibat atau kesudahannya kepada Allah.
*Penulis ialah Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH. 

Pemimpin PH, Warisan dakwa 10 MPP Parlimen Kuala Lumpur dipecat


 
MGF03122019_SIDANG-PARLIMEN26
Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR – Penamatan perkhidmatan semua ahli-ahli Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) di 10 kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah kejam dan tidak sepatutnya berlaku.
Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan Warisan di 10 kawasan Kuala Lumpur dan Labuan mendakwa tindakan Kementerian Wilayah Persekutuan itu adalah tidak wajar ketika rakyat khususnya warga ibu kota berdepan dengan penularan Covid-19.
“Kami baru dimaklumkan pada hari ini bahawa perkhidmatan semua ahli Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) di kawasan Parlimen kami dihentikan berkuatkuasa 23 Mac 2020.
“Tindakan ini, pada ketika Malaysia di dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak Covid-19, amatlah tidak patut dan amat kejam.
“Ini kerana sejak ahli MPP dilantik pada Januari 2019, mereka telah berkhidmat kepada semua penduduk KL dan Labuan tanpa mengira kaum, agama, mahupun fahaman politik dan Penduduk KL dan Labuan telah mengenali mereka dan mengharapkan bantuan khidmat masyarakat dari MPP,” kata mereka dalam kenyataan hari ini.
Kenyataan itu mewakili Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, Tan Kok Wei (Cheras), Hannah Yeoh (Segambut), Teresa Kok (Seputeh), Nik Nazmi (Setiawangsa), Tan Yee Kew (Wangsa Maju), Prabakaran (Batu), Lim Lip Eng (Kepong), Fong Kui Lun (Bukit Bintang) dan Datuk Rozman Ismail (Labuan).
Justeru kata mereka, ketika ini MPP juga dikerah untuk membantu rakyat dalam pelbagai program kebajikan.
“Penukaran MPP hanya akan melambatkan penyampaian sumbangan yang amat diperlukan terutama di kalangan golongan miskin bandar.
“Oleh itu, kami menggesa Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, agar mengutamakan rakyat ketika ini dan memberi pertimbangan khusus dan tidak menamatkan perkhidmatan MPP sedia ada.



Kerajaan suruh rakyat guna wang simpanan sendiri?




Oleh Ghafar NS
Keputusan kerajaan membenarkan pencarum mengeluarkan wang sebanyak RM500 dari Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selama 12 bulan dengan alasan kononnya untuk ‘membantu’ rakyat mengharungi krisis wabak Covid-19, mendapat tentangan banyak pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) serta beberapa agensi.
Pengumuman oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin ini dilihat ramai pihak seolah-olah menunjukkan kerajaan membiarkan rakyat terkapai-kapai untuk menyelamatkan diri sendiri dengan menggunakan wang simpanan yang sepatutnya digunakan untuk meneruskan kehidupan pada usia tua. 
Mengikut rekod, hampir 33% pencarum KWSP aktif mempunyai kurang daripada RM6,000 dalam Akaun 2 mereka setakat Disember 2018 manakala 28% mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000. Kebanyakan kumpulan B40 berada di dalam kategori ini.
Timbul juga persoalan, bagaimana pula dengan para nelayan, petani, penjaja dan mereka yang bekerja sendiri dan tidak mencarum dengan KWSP?
Cadangan tersebut sewajarnya ditarik dan digantikan dengan pemberian bantuan wang tunai bukan sahaja kepada 12 juta pencarum KWSP, tetapi juga kepada sejumlah besar tenaga kerja di Malaysia yang tidak mencarum kepada KWSP.
Yang lebih penting, apakah sebenarnya peranan yang sepatutnya dimainkan kerajaan dalam menghadapi krisis maha dahsyat seumpama ini? Sudah tentu bukan dengan menyuruh rakyat menggunakan wang simpanan persaraan.
Ini yang diluahkan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang sejak beberapa hari ini. 
Jauh daripada menyuruh rakyat menggunakan wang persaraan di tengah-tengah krisis yang memuncak, beliau sebaliknya menyarankan kerajaan menggunakan rizab negara atau meningkatkan sumbangan Petronas untuk mengisi kantung negara, seperti yang juga disarankan oleh Presiden PKR, Anwar Ibrahim.  
Selain itu, Kit Siang turut menyarankan kepada kerajaan untuk memberi pertimbangan serius terhadap cadangan sekretariat Pakatan Harapan (PH) supaya dana kecemasan diedarkan kepada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH), bermula dengan bayaran RM1,000 untuk bulan Mac dan sekali lagi untuk bulan April.
Katanya, kerajaan perlu menggunakan rizabnya untuk membiayai cadangan ini, yang akan menelan kos kira-kira RM8.2 bilion. 
Apa yang cuba ditekan Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu, kerajaan harus memikirkan cara untuk membantu rakyat meneruskan kelangsungan hidup kerana ada antara mereka hilang sumber mata pencarian akibat krisis Covid-19 yang melanda negara ketika ini. 
Dan menyuruh rakyat mengeluarkan wang KWSP bukan caranya. Ini juga yang ditegaskan pihak NGO serta agensi berkaitan. 
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) antaranya menyatakan kerisauan dengan langkah yang diambil kerajaan. Ini kerana, secara teknikalnya kerajaan tidak memberikan sebarang bantuan kepada rakyat, sebaliknya ‘memaksa’ pekerja bergantung pada dana persaraan.
Timbalan Pengarah Penyelidikan di Institut Penyelidikan Khazanah pula menyatakan bahawa pengiraan awal menunjukkan sekurang-kurangnya 40% ahli aktif KWSP tidak memiliki simpanan mencukupi dalam Akaun 2 bagi mereka mendapatkan manfaat daripada RM500 sebulan selama 12 bulan ke hadapan.
Keputusan kerajaan ini turut dibidas mantan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia, Saifuddin Nasution. Menurutnya, kerajaan seharusnya menunjukkan kesediaan berkorban untuk rakyat. 
Malah, katanya, adalah lebih wajar memotong cukai bulanan bagi pekerja dengan gaji RM10,000 ke bawah selama 12 bulan ke hadapan.
Keputusan kerajaan juga mendapat tentangan tiga pakar ekonomi; Dr Muhammaed Abdul Khalid, Dr Nungsari Ahmad Radhi dan Hamdan Abdul Majeed yang berpendapat bahawa kerajaan perlu lakukan apa sahaja dengan tangkas dan mengerakkan sumber negara bagi membantu rakyat. 
Tambah mereka, terdapat keperluan mendesak berupa bantuan sokongan kepada peniaga-peniaga kecil yang lebih terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan ekoran penularan Covid-19 ini.
Mengapa kerajaan tidak mengeluarkan sumber negara dan beri bantuan terus kepada setiap rakyat yang terjejas? 
Mengapa rakyat perlu menggunakan wang simpanan sendiri untuk membantu diri sendiri meneruskan hidup dalam kemelut ini? 
Langkah yang diambil oleh kerajaan ini merupakan langkah jangka pendek yang pasti memudaratkan masa depan rakyat. Kerajaan seharusnya memikir langkah masa panjang kerana ternyata krisis wabak ini — melihat trend dunia dan di negara ini — masih jauh daripada berakhir.


Covid-19: Kebajikan B40 perlu diberi keutamaan dalam pakej rangsangan ekonomi baharu 



Oleh Lim Kit Siang
(Ahli Parlimen Iskandar Puteri)
Pengumuman pakej rangsangan ekonomi komprehensif yang lebih prihatin rakyat pada Jumaat ini tanpa menunggu sehingga hari Isnin depan dialu-alukan
Saya menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di dalam siaran langsung beliau tengahari tadi bahawa satu pakej rangsangan ekonomi komprehensif yang prihatin rakyat akan diumumkan pada hari Jumaat ini dan kita semua tidak perlu untuk menunggu sehingga Isnin depan. 
Muhyiddin mengatakan “tidak ada yang akan ditinggalkan” sama ada “pemandu teksi, pemandu grab, petani, pengusaha restoran, penjual nasi lemak, goreng pisang, mahupun burger, ataupun pekerja harian”, dan kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk memastikan semua mendapat bantuan. 
Hari Jumaat ini akan menjadi satu ujian untuk Muhyiddin.
Saya telah cadangkan pagi tadi untuk Muhyiddin mengguna pakai motto baharu “Bertindak pantas dan melakukan apa sahaja” dalam merumus satu pakej rangsangan ekonomi baharu yang menyeluruh untuk melawan bencana Covid-19. 
Apa yang diumumkan Muhyiddin dua hari yang lepas dalam sidang media yang disiarkan secara langsung, terutamanya berhubung cadangan untuk membenarkan pencarum KWSP mengeluarkan sehingga RM500 sebulan dari Akaun 2 untuk tempoh 12 bulan mendatang bermula 1 April adalah satu kesilapan yang serius, kerana ia menjejaskan keyakinan orang ramai dan kepercayaan pada kepimpinan beliau pada waktu yang amat penting ini.
Inilah sebabnya kesatuan sekerja di Sarawak dan Sabah telah mengkritik langkah itu sebagai “tidak bertanggungjawab” dan “salah dari segi moral” dan telah menasihatkan pencarum KWSP supaya tidak membuat pengeluaran bulanan kerana tiada siapa yang boleh menjaga mereka pada usia tua kelak.
Hampir 33% pencarum KWSP aktif mempunyai kurang daripada RM6,000 dalam Akaun 2 mereka setakat Disember 2018 manakala 28% mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000. Kebanyakan kumpulan B40 berada di dalam kategori ini.
Muhyiddin perlu menarik balik cadangan tersebut dan menggantikannya dengan pemberian bantuan wang tunai bukan sahaja kepada 12 juta pencarum KWSP, tetapi juga kepada sejumlah besar tenaga kerja di Malaysia yang tidak mencarum kepada KWSP.
Kerajaan Malaysia harus mempertimbangkan langkah-langkah untuk membantu perniagaan dan pekerja seperti rancangan Kerajaan UK untuk menampung 80 peratus gaji pekerja, sehingga 2,500 pound sebulan, ketika negara tersebut menghadapi wabak Covid-19.
Atau seperti Denmark, yang telah mengumumkan salah satu rancangan ekonomi paling radikal di dunia – di mana kerajaan membayar perniagaan untuk mengekalkan pekerja mereka.
Untuk mengurangkan jumlah pemberhentian besar-besaran, kerajaan akan membayar majikan sehingga 90 peratus daripada gaji pekerja yang berada di rumah dan tidak bekerja. Rancangan itu memerlukan kerajaan untuk membelanjakan hampir 13 peratus daripada KDNK negara sepanjang tempoh tiga bulan, — rancangan ini setara dengan pakej rangsangan yang bernilai $ 2.5 trilion di Amerika Syarikat tetapi hanya untuk tempoh 13 minggu.
Muhyiddin perlu mempertimbangkan nasihat Menteri Pekerjaan Denmark, Peter Hummelgaard: “Bertindak pantas. Jangan tunggu… Pelihara pendapatan dan pekerjaan untuk pekerja biasa, dan pelihara perniagaan kecil. “
Kerajaan Malaysia juga perlu memberi perhatian kepada nasihat pakar ekonomi dunia yang mendesak kerajaan untuk menggunakan “artileri besar” untuk melawan kejatuhan ekonomi yang disebabkan oleh wabak Covid-19.
Ini adalah masa untuk dasar yang tidak konvensional seperti “wang helikopter”, di mana semua rakyat mendapat wang bantuan tanpa syarat dan bank pelaburan negara menyediakan pinjaman kecemasan tanpa had kepada perniagaan.
Ini adalah untuk mengurangkan kadar muflis peribadi dan korporat, memastikan rakyat mempunyai wang untuk kekal berbelanja walaupun mereka tidak bekerja, dan meningkatkan pelaburan awam dan perbelanjaan penjagaan kesihatan.
Dalam hal ini, arahan Bank Negara kepada pihak bank untuk memberikan moratorium selama enam bulan secara automatik terhadap semua pembayaran pinjaman dan pembiayaan, kecuali baki kad kredit, mulai 1 April, amatlah dialu-alukan.
Muhyiddin perlu memastikan semua Menteri dan penasihat dasar beliau membaca e-buku terbaru dari Centre for Economic Policy Research (CEPR) sebelum merumuskan satu pakej rangsangan ekonomi yang komprehensif.
Mereka mesti mendahului — untuk berfikir ke hadapan mengenai dasar perubatan dan ekonomi yang akan diperlukan dalam era pasca-Covid-19.
Lebih daripada 40 pakar ekonomi berprofil tinggi, termasuk ketua ekonomis IMF Gita Gopinath dan penasihat ekonomi bekas Presiden Barack Obama, Jason Furman, telah menyumbangkan idea untuk e-buku tersebut yang menggesa kerajaan untuk bertindak dengan pantas dan melakukan apa sahaja untuk menjaga kelangsungan hidup rakyat.
 Di dalam e-buku yang bertajuk “Mitigating the Covid Economic Crisis: Act Fast and Do Whatever it Takes”, ahli ekonomi dunia terkemuka menasihatkan kerajaan untuk menggunakan “senjata berat” fiskal untuk satu tindak balas ekonomi “tanpa had” terhadap krisis COVID-19.
Walaupun pakar ekonomi mengatakan sekarang masih terlalu awal untuk menganggar skala kerosakan ekonomi yang disebabkan oleh wabak ini, mereka percaya skalanya besar — wabak ini sedang memusnahkan kehidupan dan mata pencarian di seluruh dunia.
Langkah-langkah yang diperlukan untuk membendung penyebaran virus ini — kuarantin, penjarakan sosial, penutupan sekolah, universiti dan pusat jagaan kanak-kanak, penutupan perniagaan yang tidak penting, dan langkah bekerja dari rumah — meperlahankan ekonomi negara.
“Kita sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam sejarah moden”, tulis Pierre-Olivier Gourinchas dari University of California, Berkeley, dalam satu bab tentang cara meratakan lengkungan sebaran jangkitan dan kegawatan ekonomi.
Tetapi terdapat dasar-dasar fiskal yang boleh digunakan oleh kerajaan untuk menghalang atau mengehadkan keruntuhan ini, yang dikatakan oleh Gourinchas adalah seperti “unit rawatan intensif, katil dan ventilator kepada sistem ekonomi.” Sebagai contoh, bank pusat boleh menyediakan kecairan kecemasan kepada sektor kewangan.
Untuk mengelakkan kerosakan mendalam terhadap ekonomi, kerajaan perlu mengurangkan jumlah kebankrapan peribadi dan korporat, memastikan rakyat mempunyai wang untuk mengekalkan perbelanjaan walaupun mereka tidak bekerja, dan meningkatkan pelaburan awam serta perbelanjaan penjagaan kesihatan, tambah penulis itu lagi.
Mereka perlu bertindak sekarang untuk “mengurangkan pengumpulan kerosakan ekonomi”.
“Ini adalah masa untuk membawa keluar artileri besar; bukan masanya untuk menjadi penakut, tetapi untuk melakukan apa sahaja yang diperlukan, dengan pantas,” tulis mereka lagi. 
Muhyiddin harus mempertimbangkan nasihat pakar ekonomi dunia yang terkemuka ini, dan tidak menjadi takut untuk melakukan apa sahaja yang diperlukan, dengan pantas. 
Beliau harus memastikan semua isi rumah yang berpendapatan rendah yang terdedah kepada impak ekonomi Covid dibantu. 


‘Bukan saja bekalan makanan, wang untuk membeli juga perlu cukup’


Kenyataan media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang pada hari Khamis 26 Mac 2020
Muhyiddin bukan sahaja perlu memastikan bekalan makanan dan keperluan asas mencukupi semasa krisis Covid-19, beliau juga perlu memastikan setiap rakyat Malaysia mempunyai wang yang cukup untuk membelinya
Semalam, ketika mengumumkan pelanjutan perintah kawalan pergerakan (PKP) hingga 14 April, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat Malaysia bertenang dan memberitahu semua yang kita mempunyai bekalan makanan yang mencukupi untuk semua.
Dalam siaran langsung semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau membuat pengumuman awal mengenai pelanjutan itu supaya persediaan awal boleh dibuat.
Beliau juga menggesa rakyat supaya bertenang dan memberi jaminan bahawa bekalan makanan negara mencukupi untuk semua orang.
Perkara ini tidak cukup.
Sebagai Perdana Menteri, Muhyiddin bukan sahaja perlu memastikan bekalan makanan dan keperluan asas yang mencukupi semasa bencana Covid-19, tetapi juga memastikan setiap rakyat Malaysia mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli makan dan keperluan asas tersebut.
Setakat hari ini, selepas empat minggu bermulanya gelombang kedua wabak Covid-19 di Malaysia dan 25 hari selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan, Muhyiddin tidak memberikan keyakinan terhadap kebolehan beliau untuk memimpin negara ini keluar daripada bencana ekonomi yang berpunca daripada wabak ini.
Pakej rangsangan ekonomi komprehensif Muhyiddin yang akan diumumkan esok akan menjadi ujian kepada janji beliau dalam siaran langsungnya semalam bahawa “tidak ada yang akan ditinggalkan” dalam bencana terhadap nyawa dan kehidupan ini, dan rakyat Malaysia, terutama golongan yang miskin dan berpendapatan rendah, akan mempunyai wang untuk mengatasi krisis ekonomi yang berpunca daripada wabak Covid-19.
Sebagai permulaan, kita tidak boleh lagi bercakap mengenai rangsangan ekonomi tetapi kita memerlukan penyelamatan ekonomi. Apa yang kita perlukan bukanlah pakej rangsangan ekonomi tetapi pakej penyelamatan ekonomi.
Kita tidak boleh mengharamkan virus itu. Dan tidak ada dasar ekonomi yang dapat menghentikan kesulitan ini selagi mana dasar kesihatan awam memerlukan sebegitu banyak aktiviti ekonomi kita dihentikan. Tetapi kita mesti menyelamatkan ekonomi negara.
Perdana Menteri perlu menyedari pemikiran baharu dalam menghadapi ujian berganda bencana kesihatan dan ekonomi yang belum pernah terjadi sebelum ini yang ditimbulkan oleh wabak Covid-19, yang telah mengorbankan hampir 20,000 nyawa dan menjangkiti hampir setengah juta orang di seluruh dunia dunia (berbanding dengan 81,218 jangkitan dan 3,281 kematian Covid-19 di China) dan menarik dunia ke dalam kancah kemelesetan.
Menurut unjuran Pertubuhan Perdagangan Dunia, kemerosotan ekonomi dan kehilangan pekerjaan yang disebabkan oleh wabak ini berkemungkinan untuk menjadi lebih buruk daripada kemelesetan ekonomi pada tahun 2008.
Dirumuskan dalam tajuk e-buku terbaru dari Centre for Economic Policy Research (CEPR), “Mitigating the Covid Economic Crisis: Act Fast and Do Whatever it Takes“, pakar ekonomi terkemuka dunia menggesa supaya kerajaan untuk menggunakan “senjata berat” fiskal untuk satu tindak balas ekonomi “tanpa had” terhadap krisis COVID-19, dan menggesa kerajaan untuk bertindak dengan pantas dan melakukan apa sahaja untuk menjaga kelangsungan hidup rakyat.
Ini adalah masa untuk dasar yang tidak konvensional seperti “wang helikopter”, di mana semua rakyat mendapat wang bantuan tanpa syarat dan bank pelaburan negara menyediakan pinjaman kecemasan tanpa had kepada perniagaan.
Adakah pakej penyelamatan ekonomi Muhyidding yang akan diumumkan esok akan mempunyai unsur “wang helikopter” untuk mengurangkan kebankrapan peribadi dan korporat, memastikan rakyat mempunyai wang untuk mengekalkan perbelanjaan walaupun mereka tidak boleh bekerja, dan meningkatkan pelaburan awam dan perbelanjaan penjagaan kesihatan.
Langkah-langkah yang diperlukan untuk membendung penyebaran virus ini — kuarantin, penjarakan sosial, penutupan sekolah, universiti dan pusat jagaan kanak-kanak, penutupan perniagaan yang tidak penting, dan langkah bekerja dari rumah — meperlahankan ekonomi negara.
Seperti yang dikatakan oleh Pierre-Olivier Gourinchas daripada University of California, Berkeley di dalam satu bab tentang cara meratakan lengkungan sebaran jangkitan dan kegawatan ekonomi: “Kita sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam sejarah moden”.
Pakej penyelamat ekonomi komprehensif Muhyiddin akan dinilai berdasarkan pemikiran baharu ini di mana kerajaan bukan sahaja perlu menyelamatkan nyawa, tetapi juga pekerjaan dan kehidupan rakyat — bagaimana dasar fiskal digunakan untuk mencegah atau mengatasi kegawatan yang disebabkan bencana, dan membangunkan apa yang dikatakan oleh Gourinchas sebagai “Unit rawatan intensif, katil dan ventilator kepada sistem ekonomi.”
Malah Amerika Syarikat, yang akan menjadi pusat baharu wabak Covid-19, telah merekodkan hampir 10,000 kes Covid-19 baru membawa kepada jumlah keseluruhan 64,765 kes yang disahkan (bakal mengatasi China dari segi jumlah kes yang disahkan dalam tempoh beberapa hari), akhirnya mengumumkan pakej penyelamatan ekonomi Covid-19 yang bernilai sebanyak USD2 trilion.
Pemimpin Kongres Demokratik dan Republikan, bersama-sama dengan pegawai-pegawai White House, sedang berusaha untuk memuktamadkan satu pakej penyelamatan ekonomi Covid-19 yang bernilai USD 2 trilion yang akan membantu sektor perniagaan, korporat dan secara langsung ke poket rakyat Amerika.
Rakyat Malaysia dan dunia sedang menunggu pakej penyelamatan ekonomi komprehensif Muhyiddin yang akan diumumkan besok.