KEADILAN isytihar ‘perang’ di Johor, Sabah & S’wak tumbangkan BN
KEADILAN isytihar ‘perang’ di Johor, Sabah & S’wak tumbangkan BN
KUALA LUMPUR 4 Jan: KEADILAN bakal meniupkan semboyan ‘perang’ di negeri kubu kuat Umno – Johor, Sabah dan Sarawak bagi mencapai misi Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13).
Menurut Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, persaingan sengit yang akan berlaku di tiga negeri itu pastinya memberi tamparan hebat buat Umno BN.
“Kerusi panas bagi KEADILAN, banyak di Johor, Sabah dan Sarawak. Kita akan tumpu untuk rampas lebih banyak kerusi di semua negeri ini daripada Umno BN.
“Medan perang penentuan akan berlaku di ketiga-tiga negeri ini, walaupun kita sedar kerusi-kerusi berkenaan sejak dulu tidak pernah jatuh kepada Pakatan,” katanya kepada Keadilan Daily.
Ditanya mengenai sasaran kemenangan, Tian berkata, secara komited Pakatan boleh memenangi 25 hingga 30 kerusi di negeri-negeri tersebut.
“Target kerusi daripada tiga-tiga negeri ini kita boleh dapatkan secara total, 25 hingga 30 kerusi.
“Untuk memerintah kita perlukan 112 kerusi secara minimum. Untuk menang selesa, kita perlukan 120 kerusi,” jelas Ahli Parlimen Batu itu.
Belia Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) sedia berdiri bersama Pakatan menumbangkan BN pada PRU 13.
“Kali ini boleh dikatakan semua kerusi panas ditandingi kedua-dua pihak. Kita nampak Johor, Sabah dan Sarawak merupakan negeri untuk kita lihat bagaimana penerimaan rakyat,” katanya tanpa menamakan senarai kerusi terbabit.
“Sebab itulah Najib (Razak) dan Muhyiddin (Yassin) setiap dua minggu ulang alik ke Johor, Sabah dan Sarawak,” sambung Tian.
HA..HA ASKAR MELAYU PUN KENA TIPU...NASIB ADA NAMA ASKAR MELAYU...
NASIB ADA LAGI NAMA ASKAR MELAYU.LAIN-LAIN SEMUA TELAH TERGADAI...FIKIR-FIKIR SENDIRI LA...
PM: Siapa boleh jamin askar Melayu tanpa k'jaan ini?"Siapa boleh jamin masa depan kita, siapa boleh menjamin kelangsungan Rejimen Askar Melayu Diraja tanpa kerajaan yang ada hari ini, tepuk dada tanya selera," kata perdana menteri.
KEADILAN terus bongkar salah guna wang pencen tentera
KUALA LUMPUR 4 Jan: KEADILAN hari ini akan meneruskan siri pendedahan penyelewengan berhubung anugerah kontrak kepada Awan Megah Sdn Bhd sehingga menyebabkan salahguna wang pencen tentera berjumlah RM160 juta.(B
Najib beri projek Puspahanas kepada Awan Megah & syarikat berus gigi
Najib beri projek Puspahanas kepada Awan Megah & syarikat berus gigi
PETALING JAYA 4 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menganugerahkan projek penswastaan pembinaan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) milik Kementerian Pertahanan kepada Awan Megah Sdn Bhd dan sebuah syarikat pengeluar berus gigi ketika menjawat Menteri Pertahanan.
Dalam sidang media hari ini, Pengarah Srategi KEADILAN, Rafizi Ramli menunjukkan bukti penganugerahan tersebut melalui satu surat perjanjian yang ditandatangani pada 8 Jun 2005.
Rafizi berkata, Kementerian Pertahanan memindahkan tiga bidang tanah iaitu PT220 (96.825 ekar), Lot 1158 (45.42 ekar) dan PT216 (81.085 ekar) sebagai balasan.
Perkara itu turut dinyatakan dalam surat perjanjian yang dilampirkan.
Menurut beliau, melalui semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Awan Megah tidak membuat sebarang aktiviti sejak ia ditubuhkan.
“Oleh kerana Awan Megah adalah syarikat Ali Baba, ia terpaksa lantik GuppyUnip Sdn Bhd (sebagai rakan kongsi).
“GuppyUnip dikuasai Cheong Chow Koh, melalui pegangan (saham) dari syarikat utamanya, Unip Berhad, sebuah syarikat pengilang berus gigi,” dedah Rafizi di ibu pejabat parti.
Tambah beliau, semakan melalui SSM menunjukkan GuppyUnip ditubuh pada 9 Disember 2009 dan tiada pengalaman dalam bidang pembinaan.
(Berita menyusul)
K’jaan henti bekal ubat percuma, rakyat tanggung kos sendiri
K’jaan henti bekal ubat percuma, rakyat tanggung kos sendiri
PETALING JAYA 2 Jan: Orang ramai tidak lagi berpeluang mendapat ubat percuma dari hospital atau klinik kerajaan sebaliknya perlu menanggung sendiri kos menerusi swasta ekoran dasar baru yang bakal dilaksana Kementerian Kesihatan tidak lama lagi.
Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri berkata, maklumat diterimanya menyatakan Kerajaan Persekutuan menangggung RM1.2 bilion untuk membiayai ubat-ubatan pesakit dan ia meningkat 10 peratus setiap tahun.
Oleh sebab itu, kementerian dikatakan terpaksa menghentikan pengedaran ubat-ubatan secara percuma.
“Antara ubat paling banyak diberi kepada pesakit ialah paracetamol (ubat demam) dan ubat penahan sakit, piriton (selsema) dengan kos 10 sen setiap biji. Kementerian membelanja lebih RM1.2 bilion dan ia meningkat 10 peratus setiap tahun.
“Maka satu sistem baru akan diperkenal dalam masa terdekat. Kementerian Kesihatan tidak lagi membekalkan ubat kepada pesakit, tetapi perlu membelinya sendiri di farmasi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.
Yahya berkata, sistem itu jauh berbeza pada masa kini apabila kementerian menanggung segala kos rawatan, konsultasi dan perubatan.
“Kami mendesak dasar baru itu dibatal serta-merta kerana ia jelas membebankan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah selain kos sara hidup setiap hari kian melonjak.
“Kita juga desak dasar sedia ada dikekalkan kerana kami yakin jika kewangan negara diurus dengan tata kelola baik termasuk membasmi rasuah, rawatan kesihatan percuma boleh diberi kepada seluruh rakyat sebagaimana dinikmati di beberapa negara Eropah,” katanya.
Mengikut data Kewangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), ketika ini, 72 peratus daripada 12 juta pekerja Malaysia bergaji RM700 hingga RM1,500 sebulan dengan purata mereka mempunyai tiga orang anak. Dasar baru ini pasti akan membebankan rakyat.
Turut hadir dalam sidang media, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sikamat, Aminuddin Harun dan Setiausaha Kewangan (MTUC), Alias Awang.
98 Hari Lagi- kita laung Ini Kalilah!
98 Hari Lagi- kita laung Ini Kalilah!
sakmomgkol ak47
Sedarlah
bangsa Melayu, pemimpin UMNO terus merompak dan melanun. Dah hampir PRU pun
mereka melakukan nya. Dalam keadaan pendedahan oleh Deepak, bongkar oleh Musa
Hasan, UMNO teruskan agenda melanun negara. Seolah olah tidak takut bahawa
keadilan rakyat akan menghukum mereka.
Hari ini
belum pun sempat debu mendap ke bumi, kerajaan UMNO sekali lagi melancarkan
projek rompakan besar. Hari ini kerajaan UMNO menanda tangani pembinaan lebuh
raya pantai barat Taping ke Banting. 233km pada harga RM7.7 bilion. Ini penswastaan
atau rompakan highway robbery? Projek ini diberi kepada Kumpulan EuroPLus Bhd-
sekutu IJM berhad milik satu2 nya Melayu dan Melayu terakhir di Malaysia- Syed
Mokhtar albukhari.
Antara ribuan
Melayu seluruh dunia, yang Melayu hanya Syed Mokhtar Bukhari. ( nyanyilah ikut
alunan lagu Gadis Melayu Jamal Abdillah) Alangkah hairan kita, kos sekilometer
ialah RM30.5 juta walhal kos biasa ialah RM10juta/kilometer. Apa sudah jadi?
Kerajaan sekarang
di pimpin oleh orang2 gila? Bukan kah kumpulan Europlus ini sebuah syarikat
yang sudah tidur? Dahulu dimiliki oleh Tan Sri Chan Ah Chye. Sharehoders fund
syarikat tinggal RM115juta- kerugian terkumpul sebanyak RM500 juta lebih;
syarikat ini menangung rugi lebih dari 5 tahun dan mempunyai hutang RM250 juta.
Baki tunai syarikat hanya ada RM3juta.
Syarikat hancai
dan cikai seperti ini boleh kerajaan beri suatu kontrak RM7.7 bilion? Berapa Raja
Ropiaah dibelakang projek Taiping-Banting ini? itulah sebabnya, Shahrizat kata,
menteri lain pun sapu duit juga.
Berilah kuasa
kepada Pakatan Rakyat- mengkaji semula skim cepat kaya para pemimpin UMNO. Demikian
angkuh nya kerajaan UMNO.
Dimana keadilan
untuk bekas tentera dan kepada tentera yang bakal jadi bekas? Kalau jeneral tak
mengapa- boleh jadi pengarah syarikat. Bekas tentera mesti bertanya- kerajaan
hendak bantu bekas tentera susah, tapi belanja untuk pemimpin UMNO yang tipu
rakyat dan balun harta rakyat, boleh. Ratusan ribu bekas tentera tidak
mempunyai pencen dan kerajaan tidak membantu mereka. Walhal ada keputusan cabinet
yang menjanjikan pemberian 20 ekar tanah seorang. Tapi setakat hari ini, hanya
felda lembah bilut sahaja yang melakukan keadilan kepada bekas tentera.
Ratusan ribu
kena cari sara hidup melakukan pelbagai kerja termasuklah jadi peniaga pasar
malam, jaga dan bodyguard. Itu pun banyak kerja keselamatan mereka kena
bersaing dengan orang Nepal dan Bangladesh.
Tidak ada
lansung dasar bersepadu yang dilakukan oleh kerajaan UMNO untuk membantu tentera.
Tentera kena fikir perkara ini. bekas dan bakal bekas. kamu mempunyai ibu dan
bapa, adik beradik dikampung yang berdepan dengan kos hidup yang kian
meningkat. Mereka hidup susah. Bersama samalah dengan mereka lakukan tindakan
yang wajar yakni menumbangkan kerajaan yang dipimpin oleh lanun dan perompak.
LTAT yang
kaya raya boleh belanja RM160 juta untuk menyelamatkan seorang pemimpin wanita
UMNO, tapi berdiam diri bila berdepan dengan isiu menolong bekas tentera. Apa yang
kamu, individu bekas tentera yang berbakti kepada negara telah dapat? Setelah 55
tahun kamu diberi bayaran one-off RM1000? Atau RM18 setahun atau 5 sen sehari?
Bandingkan nasib
kamu dengan nasib Raja Ropiah. Pengorbanan Raja Ropiaah berbanding dengan
pengorbadanan kamu bagaimana? Pusat Penyelikan RM 100 juta belum pun di buat,
dia telah dapat jutaan Ringgit. Deepak bayar RR RM13 juta, bayar RM72.5 juta
bond tanah, bayar RM8 juta sumbangan politik. Raja Ropiah sapu lagi 18 juta
dari Guppyunit dan nah sekarang, LTAT suruh Boustead bayar RM130 juta kepada
nya. Kamu mahu melihat dokumen pembelian shares oleh Boustead pun tak dapat!
Bekas tentera
dan tentera- tanya sama Zahid, dimana Puspahanas. 223 ekar tanah milik kerajaan
diberi kepada Raja Ropiah. Sekarang tanah yang diberi sebagai tukaran kepada
PUSAPahanas , dibeli oleh LTAT kamu dengan harga RM130 juta.
Apa yang
dibuat oleh Raja Ropiaah bukanlah perkara baru. Kita akan selidik perkara yang
serupa berlaku dimana mana sahaja. Ia sudah pasti melibatkan semua tanah2 milik
kerajaan, kementerian dan ejensi kerajaan. Pasti ada songlap dan samunan. Semua
ini kita bongkar satu persatu bila kerajaan PR ambil alih. Biar orang Melayu
tahu apa yang pemimpin UMNO buat. Dihadapan kita bermuka muka- dibelankang kita
bermukah.
Di Batu
Pahat, sebidang tanah dihadapan tapak hospital daerah lama( stor simpanan JKR
tak silap saya – saya tinggal di BP tahun 1985-86) di beri kepada seorang exco
dan bekas DO. Tujuan untuk pengswastaan. Belum sempat dan tidak perlu tukar
nama, tanah tersebut dijual. Sehingga sekarang tanah tersebut tidak
dibangunkan. Apabila dijual, maka pemajuan tanah tersebut akan lari dari tujuan
asal penswastaan tanah tersebut. Pemimpin UMNO yang menyapu tanah tersebut
kemudian nya pergi keseluruh Johor bercerita mengenai perjuangan Melayu.
Lihatlah betapa
hipokrit pemimpin UMNO masa sekarang?
Bayaran BR1M menjelang PRU, k’jaan mahu rakyat ingat ‘jasa’ BN
Bayaran BR1M menjelang PRU, k’jaan mahu rakyat ingat ‘jasa’ BN
KUALA LUMPUR 3 Jan: Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2.0 Februari ini supaya rakyat tidak melupakan ‘jasa’ kerajaan Umno BN menjelang pilihan raya umum (PRU), kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa.
Katanya, ia juga petanda pilihan raya mungkin berlangsung dalam bulan sama.
Tegas beliau, bantuan itu memang tanggungjawab kerajaan yang patut ditunai sejak dahulu.
“Rakyat tidak semudah itu digula-gulakan. Buktinya semakin banyak taktik ‘sumbangan’ yang Umno berikan, sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat tetap meningkat,” katanya ketika dihubungi.
“Mereka sedar BR1M dan bantuan lain hasil tuntutan Pakatan sehingga memaksa kerajaan mengagihkan bantuan tersebut,” jelas Fariz.
Beliau mempersoal mengapa pemberian BR1M 2.0 ditangguh sehingga Februari, bukan Januari seperti yang diumum Perdana Menteri dalam pembentangan belanjawan, November lalu.
“Adakah kewangan negara tidak selesa atau ia strategi pilihan raya supaya rakyat tidak lupa ‘jasa’ Umno?” soalnya.
BR1M 2.0 dijangka akan memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah dan 2.7 kumpulan bujang berbanding 4.2 juta penerima BR1M tahun lalu.
Lebih 2.3 juta permohonan diterima untuk BR1M 2.0 pada 17 Disember, dengan lebih 720,000 isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan layak menerima RM500 wang tunai.
Manakala bagi penerima bujang, mestilah berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, layak mendapat RM250 wang tunai.
Ketua Koordinator Jingga 13 itu turut mengulas isu pemberian rebat telefon pintar sebanyak RM200.
“Pemberian rebat kononnya untuk ambil hati anak muda, tetapi bila terbongkar hanya untuk telefon berharga bawah RM500, ia menurunkan kepercayaan anak muda,” kata Fariz.
“Inilah bukti usaha kerajaan mengkayakan kroni, rakyat pula menanggung rugi,” sambungnya.
Sebab takut kehilangan sokongan anak muda, kerajaan mengubah syarat ketat sebelum ini – pemberian rebat hanya libatkan telefon pintar bawah RM500.
Semalam, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim mengumumkan, belia berumur 21 hingga 30 tahun pendapatan bulanan bawah RM3,000 boleh membeli apa jua jenis telefon pintar untuk dapatkan rebat itu.
Cabar Najib buktikan transformasi, beri Anwar muncul di TV RTM
Cabar Najib buktikan transformasi, beri Anwar muncul di TV RTM
KUALA LUMPUR 3 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu beri Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil di siaran televisyen sebagai bukti beliau serius dengan transformasi yang dicanangnya.
Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ia ekoran tuntutan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan kesediaan untuk tampil di RTM, diikuti Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang turut mahu diberi ruang sama.
“Sebagai sebuah negara demokrasi, setiap pihak wajar mendapat hak yang sama, termasuk untuk muncul di media arus perdana,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu.
“Ruang itu harus juga diberi kepada pembangkang. Ini perkara asas demokrasi dan sejajar dengan slogan transformasi Najib,” katanya ketika dihubungi.
Menurut Nik Nazmi, kali terakhir Anwar muncul di televisyen pada 2008, sewaktu debat harga minyak bersama Menteri Penerangan ketika itu, Datuk Ahmad Shabery Chik.
“Najib berjanji untuk beri semua pimpinan termasuk pembangkang berkempen menjelang pilihan raya. Ia sepatutnya dijadikan kebiasaan bagi menjamin proses pendemokrasian di negara ini,” tambahnya.
Jun lalu, jemaah menteri meluluskan kertas kabinet yang dikemuka Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Ia kononnya memberi peluang sama rata kepada setiap parti politik yang bertanding pada PRU 13 untuk menjelaskan manifesto mereka menerusi stesen televisyen.
UMNO tidak mampu bertahan lagi
UMNO tidak mampu bertahan lagi
Ketua Penerangan PAS, Tuan
Ibrahim Tuan Man meminta Najib dan Rosmah untuk memberikan jawapan kepada semua
tuduhan keatas beliau dan isteri oleh Deepak melalui Harakahdaily atau TV PAS. Nampaknya media perdana tidak mahu membuat
liputan ke atas isu yang amat serius itu. Isu yang dibangkitkan terhadap Najib
suami isteri oleh Deepak ini bukannya isu yang kecil. Ia merupakan isu yang
sangat besar kerana ia menjatuhkan imej negara dan rakyat keseluruhannya di
mata dunia.
Bagi saya tawaran Tuan Ibrahim
itu sangat baik dan elok di ambil perhatian oleh Najib suami isteri. Isu yang
di lemparkan oleh Deepak ini terlalu berat dan ia sepatutnya mendapat pembelaan
dari pimpinan UMNO yang lain, khususnya dari Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan
kepada Najib. Sepatutnya semua ahli-ahli jemaah kabinet memberikan kenyataan
sokongan kepada Najib tetapi tidak kedengaran perkara itu berlaku dan nampaknya
Najib terpaksa berperang sendirian dalam isu ini.
Semua pimpinan UMNO dalam Kabinet
mesti faham yang mereka juga mesti berhenti jika apa yang di tuduh terhadap
Najib itu ternyata benar. Mereka (menteri-menteri) adalah lantikan Perdana
Menteri dan jika Perdana Menteri terpaksa berhenti mereka juga mesti berhenti.
Ini adalah amalan moral demokrasi yang sebenarnya.
Hanya Zahid Hamidi yang cuba
untuk membantu tetapi Zahid membantu Najib dengan cara yang sangat tidak
beretika dan bersalahan dengan moral politik dan etika kepimpinan dengan
menggunakan harta rakyat dan LTAT serta Kementerian yang beliau ketuai ini.
Hasilnya isu bertambah besar dan tidak ada jalan yang lain yang mampu di
lakukan oleh Najib lagi selain dari berfikir untuk meletakkan jawatan dengan
semua ahli-ahli jemaah kabinet beliau. Adalah tidak patut lagi barisan kabinet
yang ada pada hari ini kekal kerana keadaan sudah terlalu buruk dan tidak wajar
terus kekal mentadbir kerajaan.
Jika Najib dan keseluruhan
kepimpinan serius untuk menjaga UMNO itu maka itu sahajalah jalan yang sesuai
untuk dilakukan oleh Perdana Menteri itu. Jika Najib masih mahu mempertahankan
politik beliau sahaja maka keseluruhan UMNO dan beliau sendiri akan menghadapi
kecenderungan untuk di tewaskan oleh rakyat dalam pilihanraya kali ini. Najib
sepatutnya dengan pantas memanggil Perhimpunan Agung Khas UMNO untuk
menyelesaikan isu ini dengan semua ahli-ahli MKT berhenti dan membiarkan
ahli-ahli dan perwakilan untuk menentukan kepimpinan baru dalam UMNO itu.
Masalah yang di hadapi oleh UMNO
kian hari kian dalam dan tidak nampak kecenderungan untuk parti itu pulih
kembali. Najib sudah terlalu terbeban dengan masalah dan beliau pun tidak
mendapat sokongan dari kabinet beliau sendiri. Semuanya sedang melukah di
tempat yang genting dan sempit. Ramai yang sedang menimba di air yang keruh di
dalam UMNO dan nampaknya semakin hari semakin sah UMNO akan tamat usianya melainkan
kesemua kepimpinan itu di tukar untuk membawa imej dan aura yang baru.
Tetapi keberangkalian untuk Najib
berhenti adalah jauh dari jangkaan kerana jika hijab sudah tertutup tidak ada
apa dan sesuatu pun mampu untuk membukanya kembali melainkan dengan kehendak
Maha Pencipta. UMNO nampaknya semakin hari semakin banyak isu-isu kotor yang
menyelubunginya dan tidak ada kemungkinan untuknya pulih kembali.
Tetapi ia tidak mengapa kerana Pakatan
Rakyat mampu untuk mengambil alih tanggungjawab besar terhadap negara ini. PAS
boleh menjadi wadah perjuangan orang Melayu yang kesemuanya beragama Islam dan
jika orang Melayu melakukan perubahan seperti ini maka mudah bagi rakyat untuk
mencari penyelesaiannya.
Rakan-rakan kita kaum Cina sudah
lama membuat keputusan untuk tidak bersama BN lagi. Jika orang Melayu
memberikan sokongan terhadap PAS, PKR dan DAP maka pertukaran ini akan berlaku
dengan ‘decisive’ seterusnya membawa politik dan aura yang baru dalam
kepimpinan negara dan kerajaan selepas itu.
Perubahan itu memang perkara biasa dalam mana-mana demokrasi
dan jika ia berlaku di sini , ia merupakan satu kejadian yang pertama kali kita
alami dan akan melengkapkan proses demokrasi itu untuk kepentingan rakyat semua
kaum di negara ini.
Menjelang pilihan raya, Bersih melatih rakyat Malaysia untuk mengesan penipuan dalam PRU13
KUALA LUMPUR, 1 Jan — Penipuan pilihan raya perlu dilakukan secara berhati-hati semasa pilihan raya umum (PRU) ke 13 oleh kerana ribuan yang dilatih akan membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak polis untuk mengesan penipuan dan keganasan politik pada hari mengundi.
Selain daripada ejen pengiraan undi yang dilantik calon bertanding di setiap pusat mengundi, terdapat sekumpulan lagi pemerhati yang akan memantau kem SPR di luar dan di dalam sementara pengundi menentukan siapa yang bakal mengawal Putrajaya selepas ini.
Mereka adalah “pemantau rakyat” Bersih 2.0 — rakyat biasa yang akan mengundi pada hari tersebut, tetapi terlatih oleh pakar pilihan raya tempatan tentang bagaimana untuk memantau penipuan yang mungkin berlaku dan apa yang boleh dilakukan dengan maklumat tersebut.
Dalam temuramah bersama The Malaysian Insider baru-baru ini, Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan menerangkan disebalik inisiatif “pemantau rakyat”, kempen yang digelar “Jom Pantau” yang akan dilancarkan bersama “Jom 100” pada bulan ini, sebagai percubaan kumpulan tersebut untuk memastikan pilihan raya ke-13 dijalankan secara adil.
Ambiga, yang kini mendapat pengiktirafan antarabangsa diatas usahanya bersama kumpulan reformasi pilihan raya itu, berkata sebabnya mudah — walaupun banyak perubahan dan jaminan dari SPR dan kerajaan, Bersih 2.0 masih percaya pilihan raya akan datang akan menjadi paling kotor dalam sejarah Malaysia.
Beliau berkata ini disebabkan mereka yang berkuasa terdapat terlalu banyak dipertaruhkan apabila pilihan raya dijalankan, dan tahap kesedaran rakyat tentang mengundi meningkat, dan dengan rasa tanggungjawab awam memuncak dirasai oleh pengundi hari ini, mereka yang mahu menipu akan lakukan apa sahaja asalkan hasrat mereka terlaksana.
“Kita ada keganasan politik masih berlaku sehingga hari ini. Tetapi polis tidak menangkap sesiapa. Ia kelihatan seolah-olah sesetengah orang boleh bertindak dengan sewenang-wenangnya.
“Pada hari mengundi nanti, keganasan politik adalah apabila anda menakutkan orang ramai untuk ke pusat mengundi, apabila adanya ugutan dan sesetengah orang akan menjadi emosional… jangan lupa, kebanyakan mereka ini datang dari parti politik yang sudah banyak menabur wang untuk pilihan raya ini.
“Tetapi apa yang bimbang adalah tentang bagaimana semua orang melepaskan diri dengan ini ... Sekarang polis adalah partisan, mereka menerima arahan memberitahu mereka untuk tidak mengambil tindakan,” katanya.
“Saya rasa hanya penakut sahaja akan lakukannya, mereka yang akan tewas, mereka yang takut untuk tewas akan lakukan begini. Jika tidak, mereka tidak perlu takut langsung.”
Ambiga menceritakan pahit getir Bersih sepanjang beberapa tahun lalu bermula dari perhimpunan sebelum pilihan raya 2008, kepada perhimpunan 9 Julai pada tahun 2011, dan duduk bantah pada 28 April, dan walaupun segala kerja keras, dan berkata walaupun semua kerja keras, reformasi pilihan raya kerajaan amat menyedihkan, separuh masak dan tidak ikhlas pada tahap terbaik.
“Tidak ada ketulenan tentang niat mereka untuk berubah. Tidak ada langsung,” katanya lagi.
Tetapi beliau berkata, Bersih 2.0 adalah badan pemantau yang menjadi pemangkin kepada pergerakan badan bukan kerajaan (NGO), mengambil keputusan untuk tidak menyerah kalah begitu sahaja.
Gabungan itu mungkin tidak dapat meyakinkan kerajaan berkenaan hasrat mereka tentang keperluan perubahan proses pilihan raya, seperti menghapuskan ribuan senarai nama meragukan dalam daftar pemilih, dan mengakhiri keganasan politik, tetapi Ambiga mengatakan Bersih 2.0 sudah mencapai pencapaian yang membanggakan.
“Kita sudah berjaya menyedarkan ramai orang,” katanya lagi.
“Kerana itu Januari ini, kita akan buat dua kempen untuk menyedarkan rakyat Malaysia untuk mengundi dan mengesan penipuan pilihan raya.
Ambiga berkata Bersih 2.0, dengan bantuan Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas) dan Rakyat Malaysia untuk Pilihan Raya Bebas dan Adil Bebas (Mafrel), akan bekerjasama untuk memastikan lebih ramai “pemantau rakyat” untuk memantau dengan menggunakan media sosial dan melalui telefon.
Sebuah lagi NGO, Tindak Malaysia, sudah melakukan latihan dan merekrut agen pengira undi atau “PACABA” - individu yang dilantik setiap calon untuk memerhatikan pengiraan undi di dalam pusat mengundi sendiri.
Bercakap kepada The Malaysian Insider baru-baru ini, pegawai program Komas Arul Prakash menawarkan untuk menunjukkan latihan kumpulan tersebut bagi program “Jom Pantau”.
Beliau menjelaskan kesalahan yang kerap berlaku sebelum semasa pilihan raya adalah politik wang dan penyalahgunaan jentera kerajaan, kedua-dua peringkat persekutuan dan negeri, semasa kempen pilihan raya.
“Mereka mengadakan jamuan makan malam mewah dan besar atas nama parti dan jabatan kerajaan.
“Ini yang perkara asas yang kita mahu orang ramai pantau,” katanya lagi.
“Selain itu, kita mahu orang turun ke peringkat bawah, jadi jika ada yang merancang penipuan, mereka akan berfikir dua kerana kali ini, mereka sedang diperhatikan,” katanya lagi.
Arul berkata objektif utama “Jom Pantau” untuk memastikan penipu kurang jumlahnya berbanding pemantau Bersih 2.0 dan menghalang mereka dari melakukan sebarang kesalahan pada hari mengundi.
Beliau berkata Komas sudah merekrut 300 pemantau yang didaftarkan di bawah “Jom Pantau” tetapi Bersih 2.0 berharap untuk menarik sekurang-kurangnya seribu lagi, untuk memastikan setiap kawasan mempunyai kumpulan yang cukup untuk memantau proses pengundian.
Untuk mendaftar sebagai pemantau rakyat, individu perlu untuk melawat laman web Jom Pantau dipru13.info.
“Kita akan mendedahkan siri latihan kita dan maklumat lain apabila kita melancarkan kempen pada Januari. Sekarang ini, kita sedang memperkukuhkan strategi,” katanya lagi.
Sementara itu, Tindak Malaysia sudah melatih PACABA dalam beberapa bulan sudah. Walaupun inisiatif init tidak melibatkan “Jom Pantau” Bersih 2.0, Ambiga mengatakan mereka sangat penting bagi memastikan pilihan raya adalah bersih dari manipulasi.
Bercakap kepada The Malaysian Insider baru-baru ini, wakil Tindak PY Wong memberitahu bahawa PACABA adalah “benteng terakhir” dalam pilihan raya yang bersih dan adil.
“Kamu boleh ada semua pemantau pilihan raya dalam dunia tetapi tanpa latihan yang mencukupi bagi agen mengundi dan pengiraan undi, ia tidak bermakna.
“Ini seperti mengunci pintu selepas kuda dicuri. Sebab itu kita merasakan Tindak Malaysia boleh memberi sumbangan besar kepada masyarakat sivil,” katanya lagi.
Wong menjelaskan bahawa terdapat banyak kemungkinan untuk melakukan penipuan pada hari pengundian — sepanjang proses keseluruhan “aliran kertas”, dari cek inventori, bahan-bahan pilihan raya seperti kertas-kertas undi dan daftar pemilih sendiri, dan akhirnya, pengiraan undi sebelum keputusan disahkan, diterima dan diumumkan.
Sebagai contoh, beliau berkata bahawa kesahihan kertas undi adalah serampang dua mata — nombor siri dan cop mesti disahkan dan diperiksa untuk memastikan bahawa tidak ada undi pendua.
Beliau menambah proses pengundian berjalan antara 8 pagi hingga 5 petang, agen pusat pengundian perlu memastikan hanya pengundi tulen sahaja dibenarkan untuk mengundi.
“Dan pastikan mereka tidak mengundi dua kali. Tetapi jangan lupa… kita mrmpunyai ramai muka untuk diingati, dan kita biarkan proses menjadi rujukan bagi memastikan tidak ada penipuan,” katanya.
Wong memberitahu bahawa dakwat kekal yang ditunggu-tunggu akan digunakan bagi memastikan tidak berlakunya pengundian dua kali dalam pilihan raya, akan tetapi beliau memberi amaran penipuan masih boleh berlaku walaupun menggunakan teknik ini.
“Walaupun dakwat kekal akan digunakan kali ini, ia dicipta untuk gagal,” katanya.
Wong memberitahu terdapat kurangn undang-undang untuk memastikan penggunaan dakwat kekal bebas daripada penipuan.
Beliau berkata seorang individu boleh ke tempat mengundi menggunakan gam lutsinar di jarinya, dan selepas ditandakan dakwat kekal, individu tersebut boleh membasuh keluar gam dan dakwat tersebut serta mengundi sekali lagi.
Satu lagi contoh lain, Wong berkata dakwat itu haruslah ditandakan selepas individu itu mengundi, tetapi dalam prosedur terkini di bawah sistem SPR, ia dilakukan sebelum pengundi mengundi.
Beliau berkata ini membuang masa dan boleh mengganggu proses pilihan raya, dengan menafikan hak pengundi dari menjalankan tanggungjawab sebelum jam 5 petang.
“Kami mempunyai penyelesaian ... keluarkan penandaan pada jari dari proses mengundi. Jadi, anda boleh kembali ke cara lama ... itu sahaja sekali undi dibuang, ada akan ada dua botol dakwat disediakan untuk menandakan, dan bukannya satu ... ini akan membantu mematuhi dengan keperluan masa, “katanya.
Wong mengatakan, seperti aktivis Bersih 2.0 yang mengadu idea mereka telah dibantah oleh pegawai pilihan raya dalam SPR.
“Sebab itu saya mengatakan kita boleh berharap dari pemantau rakyat untuk faktor pencegahan, pada akhirnya nanti, kita semua mahukan ia berjalan dengan betul. Apakah kita mahu undi kita dikira?” katanya lagi.
Tetapi Ambiga masih percaya jika penipuan pilihan raya terus berlaku, hanya penglibatan orang ramai secara besar-besaran dalam pengundian boleh mengatasi penipuan tersebut.
Peguam merangkap aktivis itu menegaskan kejayaan Bersih yang terbesar setakat ini — rakyat Malaysia kini lebih sedar kepentingan undi tunggal boleh menjadi reformasi yang diperjuangkan oleh kumpulan tersebut.
“Itu cukup kuat, jika rakyat boleh melihat adanya harapan, jika Bersih diberikan harapan, kita akan terus jadi kuat,” katanya lagi.
Najib dan era sukar Umno — Anuar Mohd Nor
December 30, 2012
31 DIS — Semakin banyak yang mula diperkatakan mengenai PRU 13
yang semakin hampir sungguhpun belum ada penetapan kepastian dibuat oleh
kerajaan. Semakin hampir kita kepada PRU 13 semakin banyak bom-bom yang
mahu diletupkan oleh parti politik yang kini pantas dan lantang untuk
memastikan kemenangan. Akhirnya semua parti politik yang mahu bertanding
berlaga-laga untuk mencari kesalahan masing-masing. Satu resam politik
tidak sihat. Semua akur bahawa PRU 13 ini merupakan PRU yang paling
sengit yang mampu menggoncang BN dan Umno sendiri.Akhir-akhir ini isu yang dibawa oleh pembangkang adalah isu Zahid Hamidi — Naib Presiden Umno yang juga Menteri Pertahanan memasuki gelangang untuk menyelesaikan masalah Deepak Jaikishan — peniaga karpet yang telah membuat berbagai tuduhan terhadap Najib — Rosmah dan isu pembelian kapal selam serta isu pembunuhan Altantuya. Namun isu itu tidak sekuat isu spekulatif bahawa Najib harus di keluarkan dari senario politik Umno bagi membersihkan Umno dan memberi ruangan kembali untuk BN berkuasa. Isu yang meletakkan Najib — Rosmah sebagai liabiliti Umno semakin kuat kedengaran sealiran dengan nada Tan Sri Muhyiddin Yassin — Timbalan Perdana Menteri mengakui — PRU kali ini amat sengit sungguhpun beliau yakin BN akan menang.
Adakah benar wujud suara-suara dalam Umno sendiri yang mahu Najib disingkirkan sebelum PRU 13 nanti atau suara ini adalah suara perang saraf media oleh pembangkang. Apa pun adakah benar Najib menjelang PRU 13 ini sudah mula terpalit dengan berbagai isu yang memberi kesan besar terhadap peluang BN/Umno dalam PRU 13 nanti. Adakah transformasi politik Najib yang mahu dibawa dalam Umno menemui jalan buntu dengan perubahan yang tidak dapat dilangsungkan kepada ahli Umno sendiri?
Semakin deras suara-suara peringkat bawahan mengenai isu calon, isu siapa yang sepatutnya menjadi calon mampu menang dan apakah ini akan diterima baik sekiranya calon tempatan tersingkir dengan calon pilihan Najib. Semakin membiak isu-isu Najib tiba-tiba wujud dengan kehadiran tuduhan yang melibatkan isteri beliau sendiri. Semakin galak pendedahan baru dibuat dan yang pasti isu yang menghentam Najib semakin lantang dan semakin terbuka.
Adakah mampu Najib bertahan sekiranya isu khusus seperti kapal selam, Deepak, Balasubramaniam dan peranan menutup cerita oleh Dato Zahid Hamidi serta kehadiran berita-berita spekulasi SUARAM mengenai sidang mahkamah di Perancis terus membengkak. Adakah Najib dapat bertahan dengan masalah dalaman Umno dengan pemilihan calon, kehadiran broker kuasa dalam Umno yang tidak dapat ditepis kehadirannya dan hasrat dan matlamat individu dalam Umno sendiri.
Najib terus dihadapkan dengan berbagai tuduhan dan ini semakin galak dengan kehairanan kita mengenai pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh pembangkang terhadap isu yang melibatkan Najib. Apa yang jelas kelihatan dalam pusingan akhir sebelum pengumuman PRU 13 ini, Najib menjadi isu utama — seakan diserang bertubi-tubi dan menjadi fokus pembangkang. Suara penentangan dalaman dengan kehadiran broker kuasa dalam Umno juga menjadi penumpuan utama dan kehadiran broker kuasa ini amat benar mengambil insiden penentangan Pak Lah dahulu.Adakah Najib dapat bertahan – sebagai Presiden Umno dan adakah Umno/BN dapat bertahan dalam PRU 13 seolah-olah menjadi persoalan utama dalam Umno waktu ini. Melihat cara pembangkang menghentam Najib serta kerunsingan kepimpinan Umno/BN mengenai isu khianat dalam Umno/BN memberi isyarat kepada kita bahawa Umno/BN sedang meneliti sebarang kemungkinan yang akan berlaku sewaktu isu pengumuman calon BN/Umno nanti.
Tanggungjawab Najib semakin berat dalam keadaan sekiranya beliau turut ditentang oleh dalaman Umno. Ahli Umno seakan masih terpingga-pingga dalam mendefinisikan transformasi politik dalam Umno. Ahli Umno perlu mengisyaratkan perubahan termasuk apa yang dipanggil kematangan politik yang perlu ada dalam Umno sendiri. Orang Umno — seperti yang ditekan oleh Najib perlu menyerapkan kematangan berpolitik — menyedarkan diri bahawa politik hari ini bukan dalam proses penuaan tetapi dalam proses perubahan – menjadikan ianya baru — lebih terperinci dan lebih intelektual. Cara-cara usang akan hanya menjadikan BN/Umno ketinggalan dan akhirnya amat jauh dari keremajaan politik yang diharapkan oleh rakyat. Persoalan yang sering ditanya dalam sirkulasi perjumpaan Umno — adakah BN/Umno mampu bertahan?. —
ANUAR MOHD NOR
* This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.
Siasat siapa paksa LTAT beli syarikat Deepak
| Abdul Aziz Mustafa, |
"Bukan sahaja mesti dibuat siasatan menyeluruh untuk mengenalpasti siapa paksa Deepak jual syarikatnya, Astacanggih Sdn Bhd, tetapi lebih dari itu, mesti juga disiasat siapa yang memaksa LTAT membeli 80 peratus saham syarikat Deepak itu.
"Siasatan juga mesti dibuat bagaimana kedua-dua pihak dipaksa termasuk sejauh mana ia melibatkan penyalahgunaan kuasa mana-mana pemimpin negara," kata beliau.
Dalam kenyataannya sebelum ini, Deepak yang membuat pelbagai pendedahan yang dilihat akan menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui beliau dipaksa menjual syarikatnya itu kepada sebuah agensi di bawah Kementerian Pertahanan.
Deepak berkata, penjualan syarikat tersebut hanya untuk menampung wang yang telah dibelanjakannya dalam urus niaga tanah dengan Awan Megah Sdn Bhd yang tidak menjadi.
"Ianya benar bahawa saya dan pemegang saham saya telah menjual saham kami dalam Astacanggih untuk RM30 juta yang merupakan harga kos sebenar kami RM13 juta untuk Raja Ropiaah, RM8 juta untuk sumbangan politik, RM7 juta kos kewangan dan RM2 juta untuk kos guaman dan pelbagai kos.
"Ini adalah kata dua yang telah dipaksa ke atas kami," Malaysiakini memetik beliau.
Mahfuz mempersoalkan, adakah paksaan ke atas Deepak sama seperti paksaan ke atas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam untuk membuat akuan bersumpah (SD) kedua bagi membatalkan SD beliau yang pertama yang mengaitkan Najib dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Bagi Ahli Parlimen Pokok Sena itu, rakyat terutama tentera dan bekas tentera berhak untuk tahu semua yang berlaku dalam skandal itu terutama termasuk siapakah yang menerima sumbangan politik dari urusniaga itu.
"Ia tidaklah terlalu kompleks kepada rakyat untuk membuat kesimpulan bahawa kepentingan anggota tentera dan bekas tentera diperjudikan untuk menutup mulut Deepak yang membuat pelbagai pendedahan mengenai Najib termasuk pendedahan bagaimana pakatan dibuat untuk memaksa Bala menandatangani SD keduanya," kata beliau.
Urusniaga mengejut itu bukan sahaja melibatkan pembayaran RM30 juta untuk membeli 80 peratus saham terbitan Astacanggih malah ia juga melibatkan RM130 juta untuk membeli 200 ekar tanah dari Awan Megah.
"Bagaimana orang seperti (Ketua Wanita Umno Selangor, Datuk) Raja Ropiaah (Raja Abdullah) membuat pelbagai keuntungan dengan transaksi Astacanggih dan tanah 200 ekar tanah milik Kementerian Pertahanan yang masih belum lagi dipindahmilik kepada Awan Megah itu.
"Saman Deepak ke atasnya digugurkan dan duit pula dapat berpuluh juta.
"Yang peliknya keuntungan dibuat dengan transaksi jual beli tanah milik Kementerian Pertahanan dan kesemua ini mewajibkan satu siasatan menyeluruh dibuat," kata Mahfuz.
Jika rakyat tidak yakin kerajaan Barisan Nasional (BN) berani dan bersedia membuat siasatan ke atas skandal tutup mulut Deepak itu, kerajaan baru mestilah dipilih untuk membongkar penganiayaan ke atas hasil titik peluh anggota tentera itu.
KAYA...KAYA...TAPI PECACAI KAYAP......
Kebanyakan Rumah Di Puncak Setiawangsa Rumah Orang Umno
MSO
Selepas kembali dari majlis meraikan perkahwinan anak Ahli Parlimen Tumpat Kamarudin Jaffar (Saiful Adli dengan Norita Syazana) di Kelana Jaya tengah hari tadi, saya bersama Dr Wan Suhaimi Wan Daud melencung ke tempat kejadian tanah runtuh di Bukit Setiawangsa, Kuala Lumpur yang berlaku jam 10 malam tadi.
![]() |
| Runtuhan dilihat dari jalan Jalatek. |
Semalam lagi saya telah mengetahui akan kejadian itu tetapi tidak berapa ada 'angin' untuk menjenguknya. Tidak seperti biasa, kalau terdengar kejadian seperti itu saya akan 'berunga-runga' untuk mengetahuinya. Tetapi tidak kali ini, kenapa?
![]() |
| Kiri ialah rumah Zulhasnan Rafique. |
Bukan saja ambulan yang pakai van atau lori, tetapi helekopter juga mungkin boleh digunakan untuk mengangkut penghuni yang terkepong atau bermasalah kalau diperlukan.
Kerana berfikir (jahat) begitulah maka kejadian itu tidak menjadi sesuatu yang terdesak bagi saya untuk mempedulikannya.
![]() |
| Bongkah simen yang terumpil dan runtuh. |
Semasa berjumpa di majlis kenduri kahwin anak Kamarudin tadi, sekali lagi berjumpa dengan Zulkifli dan beliau sekali bertanya hal itu. Cara dia bertanya seolah-olah beliau tidak yakin dengan jawaban saya bahawa salah sebuah rumah yang terbabit dengan kejadian itu bukan rumah Zulhasnan Rafiqeu.
Tidak banyak cerita sekembali dari kenduri itu saya bersama Wan Suhaimi ke tempat kejadian.
![]() |
| Tempelan simen terkoyak. |
Setelah melihat itu baru hati teruntun untuk melihat dari dekat. Saya tidak fikir kejadian itu seserius itu dan membahayakan. Mungkin kerana tidak ada kemalangan jiwa menyebabkan ia tidak meruntun hati saya untuk segera ke tempat itu.
![]() |
| Sisah runtuhan menutup jalan utama di pinggir bukit. |
Semasa kami memasuki ke puncak berkenaan, banyak kereta yang keluar masuk. Orang ramai yang datang untuk melihat kesan runtuhan atau melawat saudara marah.
Di kawasan itu kini sudah menjadi seperti kawasan perkelahan. Ia dipenuhi dengan orang ramai, wartawan dan juga pasukan penyelamat. Semua pasukan ada; bomba, polis, DBKL, JKR dan segala macam yang mengawal dan sedang membuat pemamtauan.
![]() |
| Dari kejauhan nampak banglo di atas puncak. |
Masa ini runtuhan atau pergerakan tanah sedang berlaku secara perlahan-lahan. Ia berpotensi akan mengalami keruntuhan lebih parah lagi sekiranya hujan lebat melanda. Penduduk berhampiran puncak bukit berkenaan sudah pun dipindah. Pihak berkuasa juga menandakan kawasan yang dilarang memasuki kawasan berdekatan.
![]() |
| Beberapa ambulan siap sedia hadapi kemungkinan. |
Selain rumah Zulhansah terdapat beberapa rumah orang tokoh politik lain. Rumah ahli Parlimen Rompin, Jamaluddin Jarjis juga berada dipuncak bukit berkenaan. Bagaimana pun menurut penduduk itu tidak dipastikan apakah Jamaluddin tinggal masih tinggal di situ atau tidak. Selain itu rumah saudara kepada wakil rakyat dari Perak. Manakala menurut Wan Suhaimi rumah bekas ketua Pemuda Umno Setiawangsa Izuddin juga terletak di puncak berkenaan.
Kebetulan rumah-rumah mewah yang berada dipuncak bukit Setiawangsa itu semuanya rumah orang-orang Umno. "Nasib baik rumah saya jauh di bawah bukan di puncak," kata penduduk itu sambil meminta berdoakan untuk kesejahtran beliau dan semua yang tinggal disitu. [wn.kl.7:01 pm 29/12/12]
Berita Utama
Rasa hati jadi penyelamat JAMALUDDIN JARJIS
Oleh KALIDEVI MOGAN KUMARAPPA dan RAJA NORAINA RAJA RAHIM
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
INI DIA...sebahagian benteng musnah akibat tanah runtuh Taman Puncak Setiawangsa.
Beliau antara 88 penghuni rumah yang terpaksa berpindah akibat tanah runtuh yang mengakibatkan sebahagian besar benteng konkrit pada lereng bukit di Bukit Setiawangsa rosak, selain merosakkan beberapa rumah, jam 10 malam kelmarin.
Jamaludin berkata, beliau seolah-olah merasakan sesuatu kejadian buruk bakal berlaku di kawasan itu lalu membuat persiapan awal dengan memindahkan barang ke rumah lain sejak tiga bulan lalu.
Abang ipar TKM Sabah ketuai 136 ahli Umno sertai KEADILAN
(Balqis Abdullah)KOTA KINABALU 30 DISEMBER: Abang ipar kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin mengetuai 136 ahli Umno dari Dewan Undangan Negeri Petagas, menyertai KEADILAN.
Ibrahim selepas Ketua Umum KEADILAN itu berucap di pusat beli-belah Tanjung Aru Plaza di sini, malam tadi.
Ahmad adalah abang kepada Datin Seri Jouyah Yunin – isteri Yahya.
Beliau yang juga Pengerusi Sukarelawan Petagas turut menyerahkan cek RM10,000 untuk misi bantuan di Gaza pada majlis itu.
Program anjuran Wanita KEADILAN Sabah yang dihadiri lebih 1,000 penduduk tempatan itu sebahagian daripada siri Jelajah Demi Rakyat di Sabah.
Sabah yang dianggap fixed deposit Umno BN, hampir pasti ditawan Pakatan Rakyat pada PRU 13.
Ia berikutan ramai pemimpin berpengaruh di kalangan masyarakat Islam dan Kristian di Negeri Di Bawah Bayu itu mengisytihar sokongan kepada Pakatan, beberapa bulan lalu.
BERSATU LAH DILUAR UMNo
Isu Deepak, Kementerian Pertahanan dan LTAT pula menjadi hangat
aspan alias
Pilihanraya semakin hampir. Najib
dan kumpulannya dalam UMNO sedang berperang menutup keterlaluan perbuatan dan
Deepak sedang menjadi orang yang sedang menggemparkan negara sekarang ini. Isu
Altantuya dan Scorpene kini merebak kepada isu bagaimana Kementerian Pertahanan,
LTAT dan Raja Ropiah telah di ketahui umum. Semua pihak yang bergaduh akan
mendapat habuan, jika dicampur-campurkan ia melibatkan ratusan jutaan ringgit.
Dalam isu yang terkini, bekas
anggota tentera yang jumlahnya ratusan ribu orang pula yang menyelamatkan
mereka (pemimpin) padahal mereka melakukan jenayah dan salah laku ekonomi ini.
Sesungguhnya isu sekarang terbukti, jika melakukan konspirasi kerja kotor dan
jenayah akhirnya ia akan terbongkar juga dan rakyat lah yang menjadi mangsa di
atas salah laku mereka itu. UMNO dan BN tidak habis-habis dan serik dengan
perlakuan kotor yang bersifat jenayah ini.
LTAT di kaitkan dengan isu ini
apabila koperasi untuk bekas anggota tentera ini di minta untuk membeli 80
peratus saham syarikat Astacanggih yang di punyai oleh Deepak dan
syarikat-syarikat kepunyaan Deepak. Kerana apa ini berlaku? sedangkan syarikat
ini tidak mempunyai nilai walaupun satu sen! Syarikat yang mempunyai liabiliti
sebegitu besar di beli dengan harga yang tinggi? Astacanggih Sdn Bhd mempunyai
hutang dengan Kuwaiti Finance House sebanyak RM90 juta. Jawapannya mudah: ia
adalah cara untuk menutup mulut Deepak yang sangat merbahaya bagi Perdana
Menteri suami isteri.
Satu persoalan yang perlu di
jawab oleh ramai terutamanya kepada penyokong-penyokong membabi buta UMNO di
seluruh negara ini ialah, apa kah yang mereka dapat untuk bergaduh-gaduh dengan
penyokong Pakatan Rakyat sehinggakan mengganggu kegiatan Pakatan Rakyat di
mana-mana? Kita semua tidak sepatutnya bergaduh dan sebaliknya kita semua
sepatutnya bersatu menentang segala kemungkaran politik dan ekonomi yang di
lakukan oleh pimpinan-pimpinan tertinggi parti UMNO itu.
Mereka bergaduh mendapat hasil
yang berpuluh-puluh juta ringgit malahan sampai ratusan juta. Yang di bawah ini
bergaduh-gaduh itu apa yang mereka dapat? Itulah sebabnya kita meminta semua
rakyat khususnya orang Melayu bersatu di luar UMNO kerana sekarang sahajalah
masanya untuk melakukan pembaharuan dan pembersihan terhadap kekotoran yang
dilakukan oleh UMNO itu.
Kita mesti juga persoalkan kenapa
Muhyiddin dan kumpulannya hanya berdiam diri dalam isu Deepak dengan syarikat
Astacanggihnya itu? Sebabnya kumpulan ini ada agenda tersendiri dalam UMNO itu.
Kalau hendak tahu cerita sebenarnya tanya
Dr Mahathir kerana beliau adalah orang yang
berpengalaman memporak-perandakan UMNO itu yang akhirnya mendapat kepentingan
peribadi dan keluarga beliau.
Kita sebut satu persatu. Hari ini
kita sebut tentang Astacanggih, besok lusa kita cerita pasal tanah Kementerian
Pertahanan yang dua ratus ekar pula jika umur saya sampai sehingga besok lusa.
Tetapi dalam pada itu kita harus
bertanya kepada diri kita sendiri. ‘yang kita bergaduh sesama kariah dan mukim
ini kenapa?’ Kita bersatu sahaja di luar UMNO itu. Selagi UMNO mendapat kuasa,
selagi itulah kejahatan ini tidak akan berhenti.
ZAHID TOLONG JAWAB
Boustead Holding Sdn Bhd milik LTAT telah mengumumkan bahawa ia akan membuat pembelian itu melalui anak syarikat milik penuh yang Bakti Wira Sdn Bhd.Rafizi berkata PKR masuk campur kerana ia kini membabitkan RM160 juta wang awam yang datangnya dari dana pencen anggota tentera. "
Rafizi menuduh Menteri Pertahanan Zahid Hamidi menyalahgunakan kuasanya dengan mengarahkan LTAT untuk mengeluarkan RM160 juta bagi menyelesaikan skandal tersebut.
"Kita telah kehilangan RM250 juta kerana lembu disebabkan oleh seorang menteri, kita tidak mahu kehilangan RM160 juta lagi wang pesara kerana seorang lagi menteri," katanya merujuk kepada skandal National Feedlot Corporation.
Katanya, oleh kerana tanah itu berada di Selangor, maka ia tanah tidak boleh diurusniagakan tanpa kelulusan kerajaan negeri tetapi mengakui ia tidak mempunyai kuasa dalam menghentikan pembelian saham dalam Astacanggih.
Rafizi bawa bekas tentera ‘serbu’ syarikat bayar kepada Deepak
(Sidiqin Omar)KUALA LUMPUR 28 DISEMBER: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli akan mengunjungi pejabat Bakti Wira Development Sdn Bhd di Wisma Bousted, Kuala Lumpur, Isnin depan untuk mendapatkan dokumen pelaburan syarikat itu.
“Kita akan ke Bakti Wira jam 3 petang, Isnin depan. Sebab itu kita bawa pencarum. Kita harap syarikat berkenaan beri kerjasama.
“Kita ada hak untuk bertanya. Macam mana mereka boleh guna duit rakyat? Itu hak kita,” katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
Bakti Wira adalah syarikat pelaburan hartanah milik penuh Boustead Holdings Berhad yang dipunyai Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Modal dan aktiviti Boustead pula bergantung kepada modal kepada caruman dari potongan gaji anggota tentera yang disalur melalui LTAT.
Namun, dana Bakti Wira dalam bentuk wang pencen tentera dikesan digunakan dalam urus niaga melibatkan bayaran RM30 juta untuk membeli 80 peratus saham terbitan Astacanggih milik Deepak dan RM130 juta untuk membeli 200 ekar tanah dari Awan Megah Sdn Bhd milik seorang pemimpin Umno.
Rafizi berkata, bekas anggota tentera memiliki hak meneliti dokumen itu kerana peranan syarikat hartanah itu hanya sebagai perantara bagi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) membuat pelaburan a mengikut garis panduan dan amalan pelaburan baik.
“Ini lebih teruk daripada bail out,” katanya.
Beliau juga akan menghantar surat rasmi surat kepada kerajaan Selangor Isnin depan bagi mendapatkan status terkini pindah milik 200 ekar tanah kepada Awan Megah Sdn Bhd.
“KEADILAN akan memohon kerajaan Selangor gunakan kuasanya untuk halang,” katanya sambil menyatakan kuasa pindah hak milik tanah terletak di tangan kerajaan negeri.
“Sekurang-kurangnya RM30 juta boleh diselamatkan,” kata Rafizi.
Muhyiddin akan dalamkan Sungai Golok
![]() |
| Berapa kaki nak didalamkan Sungai Golok tu? |
Bagaimana pula janji-janji beliau
bagi penduduk Kemaman yang juga tenggelam oleh kerana banjir ini. Di Kemaman
air banjir kerana air laut begitu tinggi dan tidak dapat mengalirkan air sungai
di Kemaman dan itu lah yang menyebabkan Kemaman di tenggelami air bah.
Kita berharap Muhyiddin akan
berjanji kepada rakyat di Kemaman yang kerajaan BN akan mendalamkan Laut
Cina
Selatan bagi air sungai di Kemaman itu mengalir dengan cepat ke laut.
Tidak tahu
pulak jika Muhyiddin boleh mendalamkan Laut Cina Selatan sehingga ke
Sabah dan Sarawak untuk mengelak banjir dan air bah berlaku di
negeri-negeri tersebut.
Dalam keadaan rakyat menghadapi
banjir pun, Muhyiddin bermain politik dan janji beliau untuk mendalamkan Sungai
Golok jika BN memerintah Kelantan melambangkan kepada kita mentaliti pemimpin
kedua tertinggi negara itu berfikir dan bagaimana beliau memberikan persepsi
terhadap demokrasi. Tidak ada kerja lain selain dari kerja politik walaupun
rakyat sedang menghadapi kesusahan kerana banjir itu.
Di Britain sekarang pun banjir
juga termasuk di Wales tetapi tidak pula Perdana Menterinya David Cameron atau
Timbalannya, Nick Clegg meminta rakyat untuk mengundi kerajaan campuran
Conservative dan Liberal Demokrat itu kerana kerajaan campuran iu juga telah
membantu rakyat di England dan Wales yang sedang mengalami banjir sekarang ini.
Mereka tidak melukah di tempat yang genting seperti yang dilakukan oleh
Muhyiddin terhadap rakyat Kelantan dalam menghadapi banjir besar ini.
Itulah sebabnya saya serta ramai
yang lain berharap PAS serta rakan-rakan dalam PR akan sampai ke Putrajaya dan
mentadbir kerajaan Persekutuan dengan adil dan saksama. Jika PAS memerintah di
Putrajaya kita tahu PAS akan lakukan apa yang sepatutnya untuk memperbaiki
keadaan tempat dan negeri yang sering dilanda banjir itu tanpa mengira
‘political inclination’ rakyat.
Jika PAS dan Pakatan mentadbir
Putrajaya dan di takdirkan pula Kelantan di tadbir oleh BN, kerajaan yang di
terajui PAS melalui Pakatan Rakyat tidak akan bersikap seperti yang di
tunjukkan oleh Muhyiddin yang tidak mempunyai ‘magnanimity’ sebagai pemimpin
Persekutuan itu. Kerajaan bertanggungjawab terhadap semua rakyat tanpa mengira
fahaman politik mereka.
Pakatan Rakyat terutamanya PAS
wajar memberikan perlindungan dan mentadbir kerajaan rakyat ini seadil yang
mungkin. Biarlah perbezaan pendapat dan serang menyerang ini berlaku semasa
pilihanraya sahaja untuk masing-masing pihak berkempen dan berusaha mendapatkan
sokongan. Pendeknya perbezaan hanya semasa proses untuk memilih kerajaan
sahaja. Untuk menjadi ‘magnanimous’ ini jika kita harapkan UMNO atau BN untuk
melaksanakannya adalah ‘impossible’. Maka PAS dan PR sahajalah yang kita
harapkan untuk tidak mempolitikkan isu banjir ini jika di izin Tuhan untuk
mendapat mandat rakyat nanti.
UMNO sememangnya begitu. Mereka
(UMNO) beranggapan yang berhak untuk menang hanyalah BN dan pembangkang
layaknya hanya menjadi pembangkang terus terusan. Tetapi Muhyiddin terlalu
mudah lupa yang PR itu bukannya parti pembangkang sebaliknya Pakatan Rakyat
adalah parti ‘alternative’. Pakatan Rakyat juga berhak untuk mendapatkan
kemenangan kerana parti-parti dalam PR itu adalah parti halal dari segi
undang-undang.
Kepada Muhyiddin, elok kita
ingatkan yang kita tahu UMNO sedang terdesak, tetapi janganlah tunjukkan sangat
perasaan itu. Kalau tidak ada perasaan malu kepada orang lain, setidak-tidak
adalah sedikit perasaan malu kepada diri sendiri.
MAMAT POYO NAK NGADAP AGONG
SESIAPA YANG RUMAH DISIMBAH CAT SILA NGADAP YDP.AGONG. JADI BAS DSAI KENA SIMBAH CAT PUN BOLAH NGADAP YDPA.OLEH KERANA MENGANGGAP UMNO BERKUASA , INILAH SIKAP NYA.
AGAK-AGAK AGONG NAK JUMPA KA?
"Orang ini bukan ustaz tapi bekas polis dan tentera dan diangkat oleh pembangkang menjadi ustaz," katanya lagi.
Sehubungan itu, Ab Halim berkata, beliau tidak akan membersihkan kesan cat tersebut dan memberi masa selama tujuh hari supaya individu yang melakukan perkara tersebut tampil meminta maaf.
Beliau juga berkata, selepas tujuh hari jika tiada individu yang tampil, beliau bersama NGO pro Melayu, PERKASA bersama Persatuan Silat Gayung Malaysia akan membawa perkara itu kepada Yang di-Petuan Agong.
"Kalau tak tampil, saya akan biar cat sehingga menghadap Yang di-Petuan Agong.
"Sebelum itu saya mohon polis dan pihak JAWI segera siasat supaya dapat dibawa kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya.
Dedahkan rekod panggilan telefon Deepak dengan Najib-Rosmah
(Sidiqin Omar)KUALA LUMPUR 27 DISEMBER: Polis harus memulakan siasatan pendedahan Deepak Jaikishan dengan menyiasat rekod panggilan telefonnya kepada Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
“Siasat semua nombor telefon yang Deepak hubungi. Kena serah semua nombor telefon yang dihubungi – Orang kanan Najib, Rosmah dan adik Najib. Beritahu semua.
“Dapatkan rekod (panggilan) antara Deepak dengan mereka. Kemuka apa yang ada dalam senarai,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini, hari ini.
Muka depan Suara Keadilan edisi 97 mendedahkan, Deepak dihubungi Rosmah melalui panggilan telefon antara jam 6 hingga 7 petang pada 3 Julai 2008 dan mengajaknya berbincang di rumah Datuk Seri Najib Razak.
Deepak kemudian mengatur pertemuan antara penyiasat persendirian, P Balasibramaniam dengan adik Najib, Datuk Nazim Razak di The Curve, Damansara pada pagi 4 Julai 2008 bagi menarik semula akuan sumpah pertama.
Justeru, Mahfuz mencadangkan polis untuk menghubungi semua syarikat telekomunikasi di negara ini untuk mempercepat siasatan.
“Saya hairan, Peguam Negara, polis yang cekap sebelum ini tiba-tiba senyap. SPRM dan polis tak ambil apa-apa tanggungjawab. Pendedahan Deepak bukan sahaja menyentuh Perdana Menteri dan keluarganya tetapi kepentingan negara,” katanya.
AHMAD MASLAN TUKANG LAWAK
BN 104 PAKATAN 107 = 211 KERUSI...JADI 21 LAGI PAKATAN RAMPAS
ASPAN ALIAS
Kali ini Ahmad Maslan pula melawak
Ahmad Maslan, Ketua Penerangan
UMNO Malaysia berkata BN akan merampas dua puluh kerusi Parlimen dari
yang dipegang oleh Pakatan Rakyat sekarang ini dan terus memenangi
pilihanraya dengan
kekuatan 2/3. Telahan Ahmad Mazlan ini amat menggelikan hati banyak
pihak.
Mereka hendak bertanya kepada
Ahmad Maslan “di mana BN hendak cabutkan 20 kerusi itu?” Di sebaliknya pihak
yang inginkan perubahan pula berkata Pakatan Rakyat lah yang akan dapat merampas
setidak-tidaknya 20 kerusi dari BN. Masing-masing mempunyai perkiraan
masing-masing, tetapi yang jelas UMNO serta BN sedang menghadapi zaman getirnya
yang belum pernah di alaminya sejak merdeka.
Buat kali pertamanya pemimpin BN
bercakap hendak merampas kembali kerusi dari Pakatan Rakyat, sedangkan sebelum
ini untuk pembangkang mendapatkan kerusi dari BN adalah perkara yang sangat
mustahil. Keadaan yang mereka alami sekarang ini merupakan fenomena yang sedang
menghantui BN khususnya UMNO kerana jika orang Melayu berubah seperti yang kita
jangkakan kali ini UMNO akan kehilangan banyak kerusi bukan sahaja di
Semenanjung malahan di Sabah sendiri parti itu sedang dalam kemurungan.
Bagi orang Melayu untuk berhijrah
menyokong PAS merupakan keberangkalian yang sangat besar. Kegagalan UMNO
untuk memperkuatkan kedudukannya sudah menjadi perkara yang sangat susah untuk
di lakukan sekarang ini. PAS yang umurnya tidak berapa tahun sahaja muda dari
UMNO yang asal dahulu telah melalui segala pahit maung politik dan sekarang
parti itu sudah menjadi parti matang dan berpengalaman luas untuk menghadapi
rakyat di seluruh negara.
PAS begitu lama terhimpit oleh
kuasa BN dan bukan sedikit pemimpin-pemimpin mereka terperosok dalam tahanan
politik dalam sejarah kemerdekaan negara. Tahap ‘resilience’ nya begitu tinggi
sehinggakan PAS kini menjadi satu parti yang sangat tersusun dalam segala
pendekatannya dengan rakyat. Elemen amal yang ada di dalam PAS tidak mungkin
dapat di tandingi oleh BN dalam gerak kerja dalam PAS dan parti Islam itu telah
berjaya mendekati hati dan jiwa rakyat Melayu Islam dan juga bangsa-bangsa
bukan Melayu dan bukan Islam.
PAS begitu berjaya menunjukkan
yang kesederhanaan seperti yang di tuntut agama itu sememangnya mampu di aplikasi
oleh PAS dan ini berkehendakkan pengalaman yang luas. PAS akhirnya berjaya untuk
meyakinkan rakyat beragama Islam dan bukan Islam yang semua yang kita lakukan
itu mesti ada elemen keagamaannya. Itulah yang di katakan addin itu. PAS telah
menunjukkan sifat rendah diri dan sanggup menghadapi segala tekanan dari pihak
berkuasa UMNO sejak dulu sehingga ke hari ini.
Perjalanan parti itu adalah satu
perjalanan yang begitu jauh dan mencabar kerana tekanan pihak pemerintah
sebegitu lama. Kini PAS telah melepasi segala masalah-masalah lama kerana
penerimaan rakyat terutamanya dikalangan orang yang berpelajaran dan
berpendidikan tinggi amat jelas kelihatan. Di komuniti akedemik juga begitu
ramai yang memberikan sokongan kepada PAS kecuali dari ‘professor-professor’
yang agak kangkong yang memerlukan UMNO sebagai tempat sandaran mereka untuk
mengekalkan kedudukan glamour mereka.
Pengaruh PAS telah menular di
mana-mana dan penularan pengaruh PAS ini telah menghantui UMNO kerana
PAS lah
parti yang akan menundukkan UMNO kerana parti itu juga akan berhadapan
dengan UMNO dalam kawasan-kawasan yang majoriti Melayu Islam. Itulah
sebabnya UMNO
telah mula memainkan dan mendendangkan lagu agama di mana-mana walaupun
dendangan lagu agama mereka sangat sumbang di dengar tetapi mereka
sedang
berusaha untuk menandingi PAS dalam hal ke agamaan ini.
Kita patut beritahu Ahmad Maslan
yang penting jika UMNO ini sedar ialah untuk menentukan kerusi yang mereka
(UMNO) pegang sekarang kekal di tangan mereka. Kerusi-kerusi di tangan mereka
(UMNO) pun sedang menghadapi masalah besar untuk dipertahankan. Oleh itu saya
tidak nampak di mana letaknya harapan untuk UMNO merampas 20 kerusi dalam
pilihanraya kali ini dan terus sahaja mendapat kekuatan 2/3 dalam Dewan
Parlimen selepas pilihanraya ini.
Tetapi Ahmad Maslan sememangnya
ada hak untuk berangan dan tidak ada siapa yang boleh menahan beliau dari
berangan. Berangan itu percuma….tidak payah bayar atau ambil lesen. Beliau
boleh berangan sekehendak hati beliau. Beliau boleh berangan dari buka mata
sehingga matanya pejam di tengah malam nanti.
Beliau akan sedar yang 66 kerusi
yang dipegang UMNO di Semenanjung ini akan kehilangan beberapa banyak lagi. Di
Sabah ada 13 kerusi lagi yang di tandingi UMNO. Satu persoalan yang pasti ialah
di Sabah itu lebih dari setengah kerusi
genggaman UMNO akan jatuh. Oleh itu saya tidak nampak UMNO akan menambah kerusi
kali ini. Tetapi yang pasti Ahmad Maslan akan terdiam selepas pilihanraya kali
ini.
TERUKNYA PAHANG...ADNAN JANGAN PERLEKEH NEGERI PAKATAN
Dalam masa 2 jam, 60 rumah ditenggelami banjir
| Helmi Ibrahim, | 25 Dis 2012 |
(Skuad Banjir PAS Indera Mahkota yang diketuai Ustaz Fadhil Nor [berkopiah] membawa mangsa banjir yang lumpuh di Bukit Pelindung ke tempat selamat)
KUANTAN: Dalam tempoh 2 jam saja hampir 60 buah rumah di tenggelami banjir kilat beserta lumpur yang terburuk dalam sejarah taman yang terletak di kawasan Bukit Pelindung, Beserah dekat sini.
Hujan lebat bermula sebelumnya membuatkan semua penduduk di situ berada dalam keadaan resah memikirkan keselamatan harta benda dan keluarga memandangkan banjir di perumahan tersebut seolah-olah ‘acara wajib’ tahunan.
(Taman perumahan Bukit Pelindung ditenggelami banjir lumpur)
Namun pada jam 10 pagi hujan mulai lebat dan dalam tempoh yang singkat, kawasan tersebut bertukar menjadi lautan lumpur di sertai arus yang laju memusnahkan banyak harta benda penduduk.
Kekecewaan penduduk jelas terpampar di wajah mereka lantaran masalah ini telah berlarutan bertahun-tahun lamanya dan pelbagai laporan dan sidang media telah di buat namun tiada perubahan yang di buat oleh pihak berwajib.
Seorang wakil penduduk yang di temui berkata mereka memang teramat kecewa dengan sikap yang di tunjukkan oleh pihak agensi yang terbabit dalam menangani isu ini.
J
(Jalan Pelindung Perdana menjadi kawasan perdana dilanda banjir kilat)
Mengulas isu berkenaan, Timbalan Pengarah Skuad Banjir PAS Indera Mahkota, Encik Mahmud Yaakub menyatakan rasa simpati yang mendalam terhadap kesulitan yang di alami oleh penduduk Taman Pelindung Perdana yang sehingga kini tidak di pedulikan oleh kerajaan BN.
Pihak kami secara konsisten memantau keadaan di sini bermula malam sebelumnya dan pada pagi kejadian dan bertindak semaksimum mungkin dalam membantu penduduk serta menghubungi pihak berwajib.
(Pasukan Unit Amal bermesyuarat sebelum turun membantu mangsa banjir)
Selain skuad banjir, Unit Amal menjadi tenaga penting dalam menghadapi banjir kali ini.
Mereka bersedia dan mengadakan perbincangan bagaimana mahu membantu mangsa banjir.
Tawaran 6+3: Pakatan sedia pakej kemakmuran buat rakyat Pahang
Subscribe to:
Posts (Atom)







