Tuesday, 18 May 2010 1:15 PM Oleh Roziyah Mahamad (Emel penulis ini )
KUALA LUMPUR : Pelbagai pertubuhan Mahasiswa Malaysia mendesak pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menarik balik dakwaan yang bakal dikenakan ke atas 4 orang mahasiswa UKM yang ditahan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor baru-baru ini.
"Kita hairan kerana tiada pertuduhan ke atas saya semasa di tahan oleh pihak polis kerana pihak polis sendiri tidak cukup bukti, bagaimana pihak universiti boleh hendak mendakwa saya sedangkan pihak polis sendiri tiada bukti," kata Ahli Majlis Tertinggi Kelab Sains Politik UKM, Hilman Idham dalam sidang medianya sebentar tadi.
Bagi pertubuhan mahasiswa, tindakan pihak universiti ini jelas menyekat akademik mahasiswa.
Solidariti Mahasiswa Malaysia(SMM) juga dalam pada itu menempelak tindakan polis yang jelas menindas mahasiswa.
"Seharusnya kita ada hak untu ke mana sahaja. Jika dalam PRK Hulu Selangor ini mahasiswa ditahan, bagaimana pula dengan Pilihan Raya Umum akan datang? di mana kita akan tinggal. Mungkin mahasiswa perlu ke luar negara kerana tidak boleh berada dalam kawasan pilihanraya," kata wakil SMM, Mohd Ridzuan kepada erapakatan.
Sidang media ini diadakan Chinese Assamble Hall, Kuala Lumpur dan dihadiri pelbagai pertubuhan mahasiswa antaranya SMM, GAMIS, dan KAMI.
Empat orang mahasiswa jurusan Sains Politik yang juga merupakan Ahli Majlis tertinggi Kelab Sains Politik UKM, terdiri daripada Presiden, Hilman Idham, Naib Presiden, Ismail Aminuddin, Setiausaha Agung, Azlin Shafina Adzha dan Exco, Woon king Chai telah ditahan oleh pihak polis pada 22 April, di Pekan Rasa dan Ampang Pecah semasa berlangsungnya PRK Hulu Selangor.
Keempat-empat mahasiswa ini akan di dakwa di Mahkamah Universiti UKM atas tuduhan melakukan kesalahan menyelahi undang-undang seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & kolej Universiti 1971.
Parti Sosialis Malaysia (PSM) bersama organisasi-organisasi lain akan menghantar satu memorandum ke Pejabat PERKESO di 7 negeri pada 19 Mei 2010, pukul 11 pagi. Memorandum ini adalah bertujuan untuk meminta PERKESO membuat perubahan supaya pekerja-pekerja di Malaysia dapat dilindungi dengan lebih berkesan.
Penyerahan akan dibuat serentak di 7 buah Ibu Pejabat PERKESO negeri iaitu Perak, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Pahang.
4.JOHOR:Wisma PERKESO, No. 26, Susur 5, Jalan Tun Abdul Razak Larkin,
80200 Johor Bahru, Johor.
5.NEGERI SEMBILAN:No. 1, Lorong Durian Emas 2, Pusat Perniagaan Betaria, Jalan Dato’ Siamang Gagap, 70100 Seremban, Negeri Sembilan.
6.KELANTAN:Tingkat 10, Wisma Ilmu, Jalan Doktor, 15538 Kota Bharu, Kelantan.
7.PAHANG: No. 313, Tingkat 3, Blok A, Kuantan Centre Point, Jalan Haji Abdul Rahman, 25000 Kuantan, Pahang.
Tujuan penyerahan memorandum ini adalah untuk meminta PERKESO membuat perubahan supaya pekerja-pekerja di Malaysia dapat dilindungi dengan lebih berkesan. Semua mangsa Perkeso dijemput hadir.
Maklumat lanjut hubungi: (Selangor/ KL- Simon 0192612259),(Perak- Saras 0165587144),(Pulau Pinang- Chon Kai 0195669518),(Johor- Mohan 0177540597),( Negeri Sembilan- Tinagaran 0122414351) & (Pahang- Suresh 0195696964)
Kumpulan bertindak untuk kesetaraan gender (JAG) mendesak supaya Bung Mokhtar Radin mengosongkan kerusi parlimennya kerana melanggar undang-undang ekoran berpoligami tanpa kebenaran.
Muhyiddin: BN tetap tunai janji di Sibu walaupun kalah
Mei 17, 10 7:39pm
Barisan Nasional (BN) akan tetap menunaikan semua janji yang dibuatnya kepada penduduk Sibu semasa kempen pilihan raya kecil di situ minggu lalu walaupun calonnya telah kalah kepada calon DAP, kata Timbalan Perdana Menteri,
Projek tebatan banjir RM5j: Najib 'berkira-kira'
Mei 17, 10 6:37pm
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini masih berkira-kira sama ada akan meluluskan peruntukan berjumlah RM5 juta untuk satu projek mitigasi banjir di Sibu.
Peruntukan itu merupakan satu tawaran yang dibuat oleh perdana menteri pada hari terakhir kempen pilihan raya kecil Sibu, Sabtu lalu.
"Kita akan teliti terlebih dahulu, kerana kita belum membuat sebarang keputusan tentang hal tersebut,” katanya dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini. Sri Muhyiddin Yassin.
IKUT LAPORAN MALAYSIAKINI SEORANG KATA AKAN PENUHI, MANAKALA NO 1 BERKATA BELUM TENTU....BARU NAK CONGAK-CONGAK KERANA KALAH. MAKNANYA , KALAU TAK UNDI BN RAKYAT AKAN MENDERITA TIDAK MENDAPAT KEMUDAHAN WALAU ITU ADALAH TANGGUNGJAWAB KERAJAAN BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT.
Monday, 17 May 2010 11:25 AM Oleh Roziyah Mahamad (Emel penulis ini )
KUALA LUMPUR : Kemenangan DAP dalam Pilihan Raya Kecil(PRK) Sibu telah membuktikan kepada semua yang kuasa rakyat merupakan kuasa keramat yang mampu mengubah segalanya.
"Sekali lagi anda perlihatkan kekuatan yang mengagumkan walau terpaksa berhadapan dengan jentera lawan yang dilengkapi wang ringgit serta dorongan aparat-aparat lainnya," kata Kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada erapakatan.com.
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Sibu yang memilih Wong Ho Leng sebagai Ahli Parlimen Sibu yang baru, menggantikan mendiang Robert Lau Hoi Chew.
"Syabas dan setinggi-tinggi penghargaan buat semua penggerak dan aktivis Pakatan Rakyat(PR).
"Ternyata keikhlasan, kecekalan dan kegigihan membuahkan hasil bermakna, malah memberi pengajaran berguna kepada PR untuk merenung erti semangat perjuangan yang selama ini menjadi pemangkin kepada Agenda Selamatkan Malaysia," tegas Anwar.
Semalam DAP berjaya merampas kerusi Sibu apabila menewaskan BN dengan mejoriti tipis 398 undi.
Calon DAP, Wong Ho Leng berjaya mendapat 18,845 undi lantas menewaskan calon BN, Lobert Lau Hui Yew yang memperolehi 18, 447 undi manakala calon bebas Narawi Haron dengan 232 undi. Undi rosak berjumlah 232 undi.
Keputusan tersebut diumumkan oleh pengerus pilihan raya, Wong See Meng.
Hampir 70 peratus atau 37,919 orang pemilih telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan keluar membuang undi.
PRK Sibu ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Robert Lau Hoi Chew, yang juga timbalan menteri pengkutan yang meninggal pada 9 april lalu.
“I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me,” kata Najib.
MAKNANYA SIAPA YANG SOKONG AKAN DIBERIKAN PERTOLONGAN.GAMAKNYA MUNGKIN MACAM SAIFOL YANG MEMERLUKAN PERTOLONGAN.NAMUN TIDAK BERHASIL KERANA RAKYAT DAH MULA TAHU TAKTIK PILIHANRAYA UMNO/BN
Empat pelajar jurusan sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berhadapan dengan kemungkinan digantung pengajian kerana menyatakan “sokongan” kepada Pakatan Rakyat ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor bulan lalu.
Pelajar-pelajar tahun kedua itu dikehendaki menghadiri perbicaraan di Mahkamah UKM pada 3 Jun ini.
Mereka akan didakwa di bawah Seksyen 15(5)(A) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 kerana menyatakan sokongan atau bersimpati dengan parti-parti politik yang bertanding dalam pilihan raya kecil itu.
Salah seorang pelajar terbabit, Ismail Aminuddin telah menerima surat perintah meminta menghadiri perbicaraan pada tarikh tersebut.
Tiga yang lain terdiri daripada Hilman Idham, Azlin Shafina Adzha dan Woon King Chai.
Kesemua merupakan Ahli Majlis Tertinggi Kelab Mahasiswa Sains Politik UKM.
Pilihan raya kecil berlangsung pada 25 April lalu dengan tempoh berkempen bermula 17 April. Ia dimenangi calon Barisan Nasional.
Ismail, Naib Pengerusi kelab itu ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, dia menerima surat meminta menghadiri mahkamah petang semalam.
“Surat itu menyatakan tuduhan bahawa kami menyatakan sokongan atau bersimpati dengan membawa risalah-risalah parti politik bertanding,” katanya.
Keempat-empat pelajar itu ditahan bersama tiga yang lain, yang merupakan aktivis Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam satu sekatan jalan di Ampang Pecah, Kuala Kubu Baru pada 22 April lalu.
“Ketika ditahan kami cuma menaiki van yang disewa dan dalam keterangan polis yang diberikan, ada dinyatakan bahawa kami cuma naik van dan risalah-risalah itu diakui adalah milik aktivis parti politik, bukan kami yang bawa.
“Kami cuma naiki van berkenaan pada hari kejadian,” kata Ismail sambil menambah, surat tuduhan yang dikeluarkan tidak menyebutkan bentuk hukuman.
“Ia bergantung kepada hujah nanti,” katanya.
Risalah itu dipercayai membawa mesej sokongan kepada PKR.
Walaupun tiga pelajar lain belum menerima surat tetapi menurut Ismail, surat diterimanya ada menyatakan dia dan tiga pelajar lain yang merujuk kepada Hilman, Azlin dn Woon.
Bagaimanapun katanya, jika tidak menghadiri perbicaraan mereka boleh digantung daripada berada di kawasan UKM.
Hilman yang merupakan pengerusi kelab itu memberitahu, “kami akan menghadiri perbicaraan pada 3 Jun ini.”
“Saya percaya kami bertiga akan menerima surat hari ini ataupun minggu depan,” katanya lagi.
Katanya, hukuman paling berat kemungkinan dikenakan ialah digantung pengajian. -TMI
DI KETIKA RAKYAT MARHAEN BERTUNGKUS LUMUS MENENTANG KEZALIMAN DAN DIZALIMI..ADA PIMPINAN YANG MASIH LAGI MEMBELOT DENGAN ALASAN YANG BERBAGAI.
PERJUANGAN YANG DI KETUAI KINI OLEH GERAKAN RAKYAT YANG TAK PUNYA APA-APA INILAH YANG KINI MASIH MENGHIDUPKAN ARUS MENENTANG PEMERINTAH YANG DIANGGAP MELAKUKAN PENINDASAN TERHADAP RAKYAT,SEDANGKAN PIMPINAN DENGAN MUDAH PULA MEMBELOT.
“For someone who has supposedly been sodomised, his conduct is certainly questionable. Despite having been through an ‘ordeal’ on June 26, he (Saiful) still went back to work and was even at Datuk Seri Anwar’s house,” Karpal told The Malaysian Insider after the trial was adjourned this afternoon.
The veteran lawyer claimed that this fact, coupled with Saiful’s delay in lodging a police report over the sodomy, proved that his credibility was “suspect”.
“He (Saiful) admitted that his lodging a police report two days after the incident was his own initiative,” said Karpal.
Another defence counsel, Sankara Nair, reaffirmed his colleague’s point.
“What we are trying to establish is that after the alleged sodomy, Saiful went back to work as usual,” Sankara told reporters outside court.
GAMBAR : IHSAN WRLR DARI SEORANG PENGUNJUNG.GAMBAR INI PERNAH DI MASUKKAN DALAM COVER IT LIVE BULAN MAC LALU.
Sungguh mengejutkan, satu kejadian misteri berlaku di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Ia berikutan mangsa liwat sensasi, Mohd Saiful Bukhari Azlan dilaporkan telah mengetahui apa yang bakal berlaku hari esok. Maknanya Saiful sudah seperti "ahli nujum".
Ini dibuktikan dengan kenyataan Saiful bahawa dia telah bertemu PM Najib Razak pada 24 Jun 2008, kemudian itu berhubung pula dengan Ketua Polis Negara pada 25 Jun 2008. Ketika itu Saiful mengaku Anwar Ibrahim telah meliwatnya di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Ini bermakna, selepas berjumpa Najib (24 Jun) dan berhubung dengan Musa Hassan, (25 Jun) Saiful boleh pula tahu Anwar akan meliwatnya pada keesokan harinya (26 Jun).
Bukankah ini amat aneh dan menakjubkan sebenarnya. Malah, tambah mengejutkan pada 27 Jun 2008 pula Saiful berjumpa pula dengan Ezam Md Noor untuk menceritakan pengalaman dia diliwat Anwar itu. Tarikh-tarikh ini sungguh mengerikan kita. Persoalannya, bukankah antara Ezam dengan Najib dan Musa Hassan, siapakah yang paling tinggi jawatannya?.
Ezam ketika itu bukanlah Senator seperti sekarang. Maka kenapa Saiful berjumpa Ezam semalaman untuk menceritakan kejadian misteri yang berlaku ke atas dirinya?. Bukankah, berjumpa Najib atau hubungi Musa Hassan sudah cukup untuk beliau berpuas hati. Apa perlu berjumpa Ezam?.
Keduanya, siapa Saiful yang melayakkan dirinya untuk menghubungi telefon Musa Hassan, Ketua Polis Negara. Bahkan, apa hebatnya Saiful hingga Khairil Anas membawa beliau ke rumah Najib Razak?. Semua ini menambahkan misteri kes liwat II itu sebenarnya. Ketiganya, selepas Saiful berjumpa Najib pada 24 Jun mengatakan Anwar meliwatnya maka kenapa dia masih berjumpa Anwar untuk "menadah bontot" bagi membuktikan dia diliwat pada 27 Jun 2008?. Ikuti rentetan isu perbicaraan kes beliau dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
LIHAT COVER IT LIVE DAN RINGKASAN CERITA DARI PAHANG DAILY.
Sempena ulangtahun ke-64 tahun Umno, pemimpin parti itu digesa dapat mengubah tingkah laku masing-masing dengan lebih mengambil berat dan mengutamakan masalah rakyat berbanding kepentingan individu.
Ketua Penerangan Umno Selangor Abdul Shukor Idrus berkata, perubahan itu perlu dilakukan supaya parti itu lebih relevan kepada orang ramai, khususnya kaum Melayu.
"Saya ingin melihat perubahan tingkah laku pimpinan Umno supaya mendahulukan rakyat," katanya ketika diminta mengulas sambutan ulangtahun parti itu yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) esok.
Sambutan ulangtahun Umno esok dilaporkan akan dijalankan secara sederhana melibatkan acara bacaan Yassin, tahlil dan doa selamat.
Presidennya Datuk Seri Najib Razak juga dijadualkan berucap di hadapan 3,000 anggota parti itu dan menyampaikan anugerah tokoh Melayu terbilang.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, beliau berkata, kemerosotan sekongan terhadap Umno dalam pilihan raya umum sebelum ini bukan bermakna parti itu lemah tetapi "berkaitan dengan kepimpinannya yang sombong".
"Pemimpin Umno pada masa lalu, kurang mesra terhadap rakyat. Tetapi kini, pemimpin Umno dilihat lebih prihatin dan ia sejajar dengan konsep Satu Malaysia," katanya.
Bimbang pada generasi muda
Sementara itu, Setiausaha Umno Perak Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib pula berpendapat, sempena sambutan ulangtahun Umno esok, pemimpin Umno di semua peringkat diharapkan akan lebih memberikan komitmen bagi kesinambungan Umno pada masa akan datang.
"Jika ahli tidak memberi komitmen kepada parti, rakyat akan hilang keyakinan dan menolak parti ini pada masa akan datang," katanya kepada Malaysiakini.
Tambahnya, Umno juga dilihat semakin menawan hati rakyat berdasarkan keikhlasan yang tergambar dalam kemenangan BN di Bagan Pinang dan Hulu Selangor.
(BELUM TENTU KEMENANGAN INI DI KATAKAN MENANG.CUBA KIRA JUMLAH UNDI BAGI 3 DUN SUDAH TENTU KURANG DARI PILIHANRAYA 208 LALU.)
Sementara itu, Ketua Umno Pendang Md Rozai Shafian pula ketika dihubungi Malaysiakini berkata, setiap ahli parti itu perlu mematuhi arahan pucuk pimpinan dan memahami amanat yang disampaikan.
Beliau yang juga setiausaha BN negeri turut menyatakan kebimbangannya terhadap golongan muda dalam parti itu yang didakwanya semakin melupakan sejarah.
(GOLONGAN MUDA TELAH MEMAHAMI APA ITU UMNO/BN DAN APA ITU PAKATAN RAKYAT)
Tambahnya, katanya, sempena ulangtahun ke 64 Umno, beliau berharap semua ahli akan berusaha memenuhi wadah perjuangan yang telah digariskan dalam perlembagaan parti.
Slogan 'perubahan'
Ulangtahun ke-64 Umno esok dilihat penting bagi menilai semula sama ada parti Melayu itu terus relevan dalam persada politik tanah air, lebih-lebih lagi selepas menerima tamparan hebat dalam pilihan raya umum dua tahun lalu.
Pada tahun 2008, selepas enam dekad mendominasi politik Malaysia, BN - yang ditunjangi Umno - buat pertama kali hilang penguasaan dua pertiga dalam parlimen dan melepaskan empat negeri ke tangan pembangkang.
Justeru, slogan "perubahan" mula kedengaran semula dalam parti itu, termasuk dalam mesyuarat agung dalam konvesyennya sepanjang dua tahun ini,
Parti itu juga terpaksa mengambil langkah drastik dengan mengadakan perhimpunan agung khas pada Oktober tahun lepas, termasuk menghapuskan sistem quota bagi bertanding kerusi presidennya sendiri.
Selepas beberapa siri kekalahan dalam pilihan raya kecil, Umno baru-baru kelihatan bangkit semula apabila merampas semula kerusi parlimen Hulu Selangor daripada tangan PKR.
Namun, nasibnya masih menjadi tanda-tanya banyak pihak ekoran kelemahan ketara rakan komponen BN - yang antaranya bergelut dengan pelbagai masalah dalaman dan hilang kepercayaan kaum masing-masing.
‘Saya tidak bersolat MUNGKIN kerana saya telah diliwat’ – Saiful Bukhari
Tuesday, 11 May 2010 8:10 AM Oleh Era Pakatan
Berikut ialah Transkrip perbicaraan Fitnah Kali Ke Dua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim (soal balas hari pertama) semalam.
Perbicaraan tersebut didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.
(10.37 pagi - Saiful Bukhari Azlan mengangkat sumpah semula dalam Bahasa Melayu)
Karpal Singh (KS): Tadi ada bersumpah? Bersumpah untuk apa?
Saiful Bukhari (SB): Untuk berkata apa yang benar.
KS: Itu tidak benar, bukan?
SB: Tidak.
KS: Benar sahaja tidak mencukupi dalam bagi keterangan? Do you speak English? (Awak boleh berbahasa Inggeris?)
Yang Arif (HAKIM): Jawab dalam Bahasa Melayu sebab saksi angkat sumpah dalam Bahasa Melayu.
KS: Baca sekali lagi sumpah itu.
SB: (Saksi membaca semula sumpah)
KS: Yang terakhir, melainkan yang benar?
SB: Ya.
KS: Bukan senang masuk dalam kandang itu? Ada kewajipan, bukan?
SB: Ya.
KS: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kenal?
SB: Ya, Perdana Menteri. Kenal sejak kecil lagi.
KS: Ada jumpa Perdana Menteri (PM)?
SB: Ada, pada 24 Jun 2008.
KS: Jumpa di mana?
SB: Di kediaman Perdana Menteri di Taman Duta, KL.
KS: Masa itu Timbalan Perdana Menteri (TPM)?
SB: Ya.
KS: Jumpa TPM untuk apa?
SB: Saya mengadukan pada beliau tentang masalah saya.
KS: Pada 24 Jun?
SB: Ya.
KS: Lepas itu ada jumpa dia?
SB: Tidak jumpa lagi. Langsung tidak jumpa.
KS: Dengan isteri PM?
SB: Tidak pernah.
KS: Kenal seseorang bernama Mumtaz?
SB: Rakan kepada keluarga saya, kenal sejak kecil.
KS: Pernah jumpa isteri PM?
SB: Tidak.
KS: Kejadian berlaku bila?
SB: 26 Jun 2008.
KS: Pada 27 Jun ada jumpa PM? Pada 28 Jun?
SB: Tidak jumpa.
KS: PM ada menyatakan awak ada jumpa dia.
SB: (Saksi tidak menjawab)
(Karpal mengulangi pertanyaan)
Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden (MY): Saya tidak fikir Karpal patut terus mendesak.
KS: Ada pernah jumpa PM?
SB: Itu tidak pasti tetapi saya jumpa dia (PM) 24 Jun, langsung tidak jumpa lepas itu.
KS: Ada jumpa Asisten Supritendan (ASP) Rodwan? Sekarang dia Asisten Komisioner?
SB: Ada jumpa.
KS: Bila jumpa?
SB: 24 Jun 2008, waktu malam, di Hotel Melia di Jalan Imbi.
KS: Pukul berapa.
SB: Pada masa itu dia yang telefon saya. Masa telefon kata nak bertemu dengan saya.
KS: Tujuan apa? Apa terjadi bila jumpa dia?
SB: Masa telefon dia tidak beritahu tujuan apa. Masa jumpa, dia nak tahu masalah apa yang saya sedang hadapi.
KS: Pernah jumpa ASP Rodwan sebelum 24 Jun?
SB: Tidak.
KS: Jumpa Rodwan selepas jumpa PM?
SB: Ya.
KS: Siapa yang arahkan Rodwan jumpa kamu?
SB: Saya tidak pasti.
KS: Ada tanya mana dia dapat nombor kamu?
SB: Saya tak tanya dia.
KS: Apa berlaku lepas jumpa dia?
SB: Saya beritahu saya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) beberapa kali.
KS: Jadi, masa jumpa PM, beritahu dia apa yang berlaku sebelum 26 Jun?
SB: Ya.
KS: Itu sahaja?
SB: Ya.
KS: Ada buat kenyataan bahawa kamu diliwat tanpa kerelaan?
SB: Ya, dalam laporan polis.
KS: Baca P3 (laporan polis).
(SB membaca semula laporan polis yang dibuat olehnya. "Saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan ingin melaporkan saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. .... berlaku ialah pada 26 Jun 2008. Laporan dibuat dengan tujuan mendapatkan keadilan dan pembelaan. Bimbang keselamatan diri dan keluarga jika perkara ini tersebar luas ke pengetahuan khalayak ramai. Majikan saya ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.")
KS: Kejadian 26 Jun?
SB: Ya.
KS: Selepas 26 Jun ada diperiksa oleh doktor?
SB: Ada.
KS: Sebelum 28 Jun?
SB: Ada.
KS: Oleh siapa?
SB: Oleh doktor di Hospital Pusrawi tetapi bukan sepenuhnya.
KS: Jumpa doktor di Pusrawi bila?
SB: 28 Jun.
KS: Kejadian 26 Jun? Laporan dibuat 28 Jun?
SB: Ya.
KS: Kamu orang Islam yang baik?
SB: Try my best to be (Cuba yang terbaik untuk jadi baik)
KS: Ada sembahyang 5 kali sekali?
SB: Ada, kalau dulu ada tertinggal.
KS: Dalam bulan Jun 2008?
SB: Semasa kerja dengan DSAI, saya kurang sikit sembahyang.
KS: Selepas itu?
SB: Selepas membuat laporan, saya kembali insaf.
KS: Dari 26 hingga 28 Jun ada sembahyang? Kewajipan orang Islam.
SB: Saya ada pergi sembahyang Jumaat.
KS: 26 Jun?
SB: 26 Jun tidak sembahyang.
KS: Kenapa tak sembahyang? Ini kewajipan.
SB: Saya tidak bersolat. Ini mungkin kerana saya telah diliwat.
KS: Pada 27 Jun?
SB: Ada sembahyang Jumaat.
KS: Ada mandi? Cuci badan semua sebelum sembahyang pada 27 Jun?
SB: Ada, mandi sedikit sahaja tetapi saya tidak cuci di bahagian dubur.
KS: Biasa mandi semua badan bukan sebahagian, bukan?
SB: Ya.
KS: Mandi junub, wajibkan?
SB: Ya.
KS: 26 (haribulan) tidak solat?
SB: Tidak.
KS: Tidak mandi wajib?
SB: Tidak.
KS: Jadi, pada 27 Jun, tak mandi wajib jadi sembahyang kamu tidak sah?
SB: Ya, tidak sah.
KS: Bermakna kamu adalah bukan seorang Islam yang baik?
MY: Ini pendapat peguam.
KS: Saya ada hak untuk mencadangkan kepadanya.
HAKIM: Kalau awak serang peribadi dia, nanti pihak pendakwaan juga boleh menyerang peribadi DSAI. Awak tak boleh membantah.
KS: Tidak apa, mereka boleh berbuat demikian. Ia bukan isu.
KS: Saya cadangkan, kamu tidak mengikut syarat-syarat dalam Islam.
SB: Pada tempoh tersebut, saya tidak.
KS: Jadi kamu bukan seorang Islam yang baik?
SB: Saya dalam keadaan darurat pada ketika itu kerana kalau saya mandi... (Saksi dihalang daripada meneruskan jawapannya oleh KS)
KS: Pada 28 Jun, ada mandi wajib?
SB: Tidak.
KS: Kamu tidak ikut cara Islam?
SB: Saya terpaksa.
KS: Dalam darurat?
SB: Ya.
KS: Pada 28 Jun, sebelum pergi Hospital Kuala Lumpur (HKL), ada jumpa doktor lain?
SB: Di Pusrawi.
KS: Sebelum itu ada pergi Hospital Tawakal?
SB: Ya tapi Tawakal tidak jumpa doktor.
KS: Tujuan apa?
SB: Untuk dapatkan pemeriksaan.
KS: Pada 26 Jun, ada pergi jumpa doktor?
SB: Tidak.
KS: Pada 27 Jun pun tidak?
SB: Tidak.
KS: Hanya pada 28 Jun?
SB: Ya.
KS: Apa nama doktor yang kamu jumpa di Pusrawi?
SB: Dr. Osman.
(Dr. Mohd. Osman bin Abdul Hamid dipanggil dan dicamkan oleh MSB)
KS: Ada buat apa-apa aduan sebelum diperiksa?
SB: Saya hanya kata saya sakit di bahagian dubur.
KS: Itu saja? Lain?
SB: Sakit perut.
KS: Tidak ada aduan lain?
SB: Sebelum dia periksa, saya cakap sakit perut dan dubur. Semasa diperiksa saya cakap saya telah diliwat.
(Saksi dirujuk dengan nota pemeriksaan perubatan Hospital Pusrawi)
KS: Dalam laporan ini ada ditulis "introduction of plastic into the anus (kemasukan objek plastik ke dalam dubur)."
SB: Kurang jelas tulisan ini, tidak boleh baca tulisan.
KS: (Karpal ulang baca nota pemeriksaan) Adakah ini benar perkara ini?
SB: Saya tidak pernah buat aduan ini.
KS: Doktor akan dipanggil beri keterangan, masih berpegang pada keterangan tadi?
SB: Ya, saya tidak pernah buat aduan ini.
KS: Jadi kenapa doktor tulis begini? Adakah doktor ini berbohong?
SB: Saya tidak pasti kenapa dia tulis begini. Ini bohong, tidak benar.
KS: Selepas itu ada pergi HKL?
SB: Ya.
(KS memohon untuk memasukkan nota pemeriksaan perubatan Hospital Pusrawi sebagai bukti pembelaan. Permohonan dibenarkan.)
KS: Ada kenal doktor itu sebelum ini? Sebelum 28 Jun?
SB: Sebelum ini tidak pernah.
KS: Siapa hantar kamu pada dia?
SB: Saya pergi dengan pakcik saya, Uncle Tuah.
KS: Doktor ini bohong?
SB: Mengikut laporan ini, doktor berbohong.
KS: Ada apa-apa sebab dia hendak berbohong, ada berselisih faham dengan dia?
SB: Tidak.
KS: Lepas itu HKL?
SB: Ya, itu cadangan Dr. Osman.
KS: Dalam pukul 3 petang?
SB: Ya, tiba di HKL lebih kurang pukul 3 petang.
KS: Ke Pusrawi pukul 2 petang?
SB: Ya.
KS: Dari pukul 3 hingga 9 malam ada di HKL?
SB: Tidak. Dari pukul 3 hingga 12 malam dan keesokkan harinya sebab dimasukkan ke wad.
KS: Ada Dr. Danial periksa kamu?
SB: Dr. Danial tidak periksa. Dia arahkan saya ke Pusat Khidmat Krisis Sehenti (One Stop Crisis Centre - OSCC).
KS: (Pohon Dr. Danial dipanggil untuk dicamkan).
MY: Ini adalah soal balas. Masalahnya doktor ini memerlukan sekurang-kurangnya notis lapan jam, mereka pakar bedah di HKL.
KS: Ini masalahnya apabila senarai saksi tidak dibekalkan.
HAKIM: Esok boleh datang?
MY: Kesemua doktor?
KS: Semuanya.
KS: Ada doktor ambil atau rekodkan latar belakang atau sejarah perubatan?
SB: Saya tak pasti tapi ada tanya berkali-kali tentang masalah yang saya hadapi seperti laporan saya.
KS: Buat laporan polis di HKL?
SB: Ya, di HKL.
KS: Buat di pondok polis?
SB: Tidak, di wad.
KS: Polis datang untuk buat repot? Siapa?
SB: Ya, ada 2 orang polis. Saya tidak cam.
KS: Jude Blasious ada di sana?
SB: Masa pemeriksaan, dia ada dalam bilik.
(Supritendan Jude Blasious Pereira dicamkan)
KS: Jadi, kamu diperiksa oleh tiga doktor? Lelaki?
SB: Tiga tetapi ada seorang doktor perempuan, dia tidak periksa.
KS: Pemeriksaan rapi?
SB: Ya.
KS: Adakah kamu dapat laporan doktor ini?
SB: Tidak.
(SB dirujuk dengan nota pemeriksaan perubatan HKL)
KS: Rujuk muka surat dua 'Anal examination to the external anus doesn't show any recent of injury.' (Pemeriksaan dubur di bahagian luar anus tidak menunjukkan sebarang kecederaan baru). Kamu bersetuju dengan ini?
MY: Sukar untuk saksi untuk menjawab setuju atau tidak pada soalan ini.
HAKIM: Kita dengar dulu apa jawapan saksi.
SB: Saya tak dapat lihat bahagian anus saya sendiri.
KS: Sekarang dirujuk pada kamu masalahnya. Apa pendirian kamu tentang perkara ini. Tiada masalah dengan anus kamu?
SB: Saya tak dapat tengok anus saya sendiri. Doktor yang buat keputusan itu pun kena tengok anus saya. Saya tidak dapat simpulkan laporan ini.
MY: Ini soalan patut ditanya pada Doktor.
HAKIM: Saksi dah beritahu jawapan dia.
KS: Apa jawapan dia?
HAKIM: Dia cakap dia tidak boleh tengok anus dia sendiri.
KS: Memanglah dia tidak boleh tengok anus dia sendiri. Jadi?
SB: Sebab masa saya diliwat, gunakan pelincir, jadi, saya tak pasti ...
KS: Rujuk muka surat terakhir, Rumusan/Kesimpulan. Tiga doktor menyatakan "no conclusive clinical finding of anus penetration". (Tiada penemuan klinikal yang kukuh menunjukkan kemasukan di anus). Apa komen kamu?
SB: Tiada komen.
(KS pohon nota pemeriksaan perubatan HKL dimasukkan sebagai bukti. Permohonan dibenarkan)
KS: Ada pernyataan dari kamu direkodkan oleh sesiapa, polis?
SB: Ada, banyak kali.
KS: Berapa kali kamu bagi keterangan?
SB: Tak pasti, banyak kali oleh DSP (ketika itu) Jude.
KS: Keterangan yang direkodkan ada baca balik?
SB: Ada setiap muka surat.
KS: Diliwat tanpa kerelaan?
SB: Ya, seperti dalam laporan saya.
KS: saya membuat permohonan kepada mahkamah supaya keterangan bersumpah dibacakan di mahkamah.
HAKIM: Saya perlukan pihak-pihak berhujah. Peguam minta dibekalkan dengan semua keterangan bersumpah di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.
MY: Apa asas perundangan bagi permohonan ini?
KS: Dia (SB) tidak berkata benar.
HAKIM: Ada alasan lain? Kamu menggunakan peruntukan yang mana?
KS: Kebiasaannya ia merupakan satu hak istimewa tetapi ada pengecualiannya.
HAKIM: Kalau pihak pendakwaan ingin membantu saksi untuk ingat semula tetapi ia bukan yang berlaku sekarang.
(Mahkamah berhenti seketika selama kira-kira satu jam)
KS: Kami telah berbincang mengenai perkara ini. Kami perlukan masa untuk menyediakan hujahan lengkap. Kami berharap mahkamah dapat menangguhkan kes sehingga esok.
MY: Tiada bantahan.
HAKIM: Tangguh sehingga esok?
MY: Ya.
HAKIM: Mahkamah ditangguhkan sehingga pukul 9 pagi esok (hari ini).
Tuesday, 11 May 2010 1:33 PM Oleh Noor Safinas (Emel penulis ini )
KUALA LUMPUR : Selepas dua isu rancangan yang menerima tekanan politik daripada pihak-pihak tertentu, sebuah lagi dokumentari kali ini menerima nasib yang sama ditolak oleh RTM untuk disiarkan.
Dokumentari itu berkisarkan bantahan penduduk di Rawang berhubung pembinaan menara bervoltan tinggi di kampung baru mereka oleh Tenaga Nasional Berhad adalah sebuah siri untuk slot 'Galeri Mandarin Nasional'.
Dokumentari itu merupakan hasil usaha penerbit, Chin Hueyi dan wartawan Tan Ean Nee dengan Chou Z Lam sebagai penerbit bersama.
Chou adalah penerbit siri 'Empangan Bakun' yang digugurkan dari ke udara oleh RTM pada 28 April lalu.
'Galeri Mandarin Nasional' ke udara selama 10 minit bermula jam 12.20pm dari Isnin hingga Jumaat, selepas siaran berita tengahari dalam bahasa Mandarin.
Chou mendakwa RTM bertindak demikian kerana gusar ia akan mempengaruhi rakyat dan akan memberi kesan pada pilihan raya kecil Sibu, Ahad ini. RTM sebaliknya menafikan perkara itu dan mendakwa Chou berdegil tidak mahu membuat suntingan ke atas dokumentarinya yang tidak seimbang.
Dokumentari siri 'Rawang' itu mempunyai lima episod sepanjang sepuluh minit setiap satu dan dijadualkan mula ditayangkan semalam. Bagaimanapun menurut Chou, siaran berita bahasa Mandarin dilanjutkan bagi menggantikan slot sepuluh minit 'Galeri Mandarin Nasional'.
Dalam blognya, Chou mendakwa siri 'Rawang' itu digugurkan tanpa sebarang notis mahupun penjelasan.
“Saya gesa mereka yang memalukan kerjaya kewartawanan untuk meletakkan jawatan mereka di RTM dan memohon maaf kepada penonton RTM dan juga kepada mereka yang telah menghabiskan masa dan usaha mereka dalam penerbitan siri dokumentari 'Rawang' dan 'Empangan Bakun',” katanya seperti dipetik media.
Karpal berhujah oleh kerana Saiful mendakwa hubungan seks yang dilakukan itu adalah tanpa kerelaannya, manakala Anwar pula didakwa menurut Seksyen 377b atas kesalahan mengadakan hubungan di luar tabii, maka berlaku percanggahan antara dakwaan dan kenyataan Saiful.
Karpal kemudiannya berkata Saiful menipu dan cuba mencabar keboleh-percayaan atau kewibawaannya sebagai saksi.
HE...HE..HE ....CUBAAN MENIPU.HABIH LA HANG SI SAIFOOL
KUALA LUMPUR 10 Mei - Ahli-ahli UMNO disaran keluar daripada kepompong tradisi parti dan cuba melakukan pembaharuan yang lebih berani serta efisien dalam usaha mengekalkan kestabilan parti dan semangat perjuangan di kalangan orang Melayu.
Pensyarah di Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sains dan Sastera, Universiti Malaya (UM), Dr. Noor Sulastry Yurni Ahmad berkata, pembaharuan dimaksudkan termasuklah memberi lebih banyak peluang dan kepercayaan kepada ahli wanita serta golongan muda untuk menjadi pemimpin.
Katanya, sudah tiba masanya barisan kepemimpinan UMNO menonjolkan kumpulan baru untuk seiring dengan orang-orang lama menerajui parti keramat itu.
''Kebanyakan daripada mereka terdiri daripada golongan cerdik pandai yang telah berjaya. Saya percaya mereka boleh menarik pengundi di luar sana yang rata-ratanya berpendidikan dan matang dalam dunia politik,'' katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditanya mengenai pandangan dan cadangannya kepada UMNO yang akan menyambut ulang tahun ke-64 esok.
Mengulas lanjut, Noor Sulastry yakin, jika UMNO memilih untuk berubah ke arah itu Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang pasti memberi kemenangan besar kepada UMNO.
''Ahli-ahli lama tidak perlu risau tentang kebolehan golongan muda untuk menjadi pelapis, golongan itu hanya perlu dibimbing dengan cara yang betul,'' kata beliau.
YANG LAMA DALAM UMNO KADANG-KADANG LEBIH JELAS DARI YANG MUDA-MUDA DALAM UMNO.TUA MUDA SAMA SAHAJA KERANA TIDAK PUNYA MATLAMAT UNTUK MEMAJUKAN BANGSA DAN MENIGKATKAN MARUAH NERAGA DI MATA DUNIA.
PRK Sibu : Pentadbiran Taib hanya pentingkan diri dan kroni
Monday, 10 May AM Oleh Era Pakatan
Ketua Menteri negeri Sarawak, Taib Mahmud mencengkam bumi Sarawak selama lebih 29 tahun dan sudah tiba masanya rakyat di negeri itu terutamanya pengundi dalam Parlimen Sibu mengambil alih mandat daripada Taib dan keluarganya, serta memulakan era baru bersama Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat berjuang untuk pentadbiran yang lebih baik.
Rekod pemerintahan Taib Mahmud dan BN menunjukkan pentadbiran yang sangat buruk.
Keluarga Taib melalui Cahaya Mata Sarawak (CMS) menguasai kebanyakan kontrak dan perniagaan yang menghasilkan keuntungan lumayan manakala rakyat terus dibebankan dengan kemiskinan dan peniaga kecil menghadapi kehidupan yang sukar.
Sarawak adalah negeri yang sangat kaya.
Dengan mengamalkan sistem tender terbuka untuk semua kontrak kerajaan dan dengan menuntut kadar royalti yang lebih tinggi dari Petronas, semua rakyat Sarawak akan hidup lebih senang, sekurang-kurangnya bertambah separuh daripada apa yang ada sekarang.
Monday, 10 May 2010 9:15 AM Oleh Masdar Wahid (Emel penulis ini )
Pencalonan Pengerusi DAP negeri Sarawak, Richard Wong Ho Leng sebagai calon rasmi bagi mewakili Pakatan Rakyat (PR) dalam persaingan merebut Parlimen Sibu disifatkan sebagai tepat pada masanya.
Sebagai Ketua PR dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Sarawak dan pernah bertanding sebagai calon dalam Parlimen Sibu selama tiga penggal, beliau pastinya arif dengan permasalahan yang dihadapi oleh penduduk dalam Parlimen Sibu.
Malah, beberapa hari selepas kerusi itu kosong, pihaknya awal-awal lagi mengumumkan bahawa jentera kempen akan memanfaatkan sepenuhnya isu-isu tempatan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini bagi memastikan masalah itu segera diatasi oleh pihak yang berkaitan.
Isu Banjir
Antara isu tempatan dalam parlimen itu yang sehingga kini gagal di selesaikan oleh kerajaan negeri ialah berkaitan permasalahan banjir yang berlarutan sejak puluhan tahun lalu.
Walaupun kerajaan Barisan Nasional Sarawak mendakwa telah memperuntukan jutaan ringgit, namun rakyat dalam Parlimen Sibu melihat kenyataan itu sebagai retorik politik kerana permasalahan banjir tetap berlaku sehinggalah ke hari ini.
Situasi ini akan lebih jelas kelihatan apabila berlakunya hujan walaupun sedikit tetapi pada masa yang sama Bandar Sibu tetap akan mengalami banjir dan ini pastinya menjejaskan kehidupan rakyat di kawasan itu.
Malah, Presiden SUPP, George Chan Hong Nam sebelum ini dilaporkan berang dengan laporan sebuah akhbar berbahasa Cina yang mendakwa beliau tidak mengendahkan nasib peniaga di kawasan Lebuh India, Kuching yang terjejas teruk akibat banjir sebelum ini.
"Saya tidak pernah berkata sedemikian, anda (wartawan) ada bersama saya ketika sidang media itu dan hanya See Hua Daily yang melaporkan berita berlainan," katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) ketika itu.
Sehubungan itu, dengan mengundi Wong, permasalahan itu pastinya akan lebih mudah diselesaikan kerana beliau akan menyuarakan isu itu dengan lebih kerap dan lantang dalam persidangan parlimen akan datang sebagaimana yang beliau lakukan bersama Adun PR yang lain dalam persidangan Dun di negeri itu.
Secara asasnya, sejak PR mencatatkan kemenangan menarik pada pilihan raya negeri Sarawak pada tahun 2006, beberapa kejadian yang tidak diingin mula berlaku terhadap Adun PR.
Pejabat diceroboh, terima ancaman bom
Ini termasuklah pencerobohan yang berlaku berkali-kali terhadap pejabat Adun PR serta ancaman bom terhadap Adun dan keluarga PR di negeri itu.
Dalam kes ini, Wong tidak terkecuali malah isteri beliau turut menerima ancaman bom dan kes itu gagal diselesaikan oleh polis negeri sehingga ke hari ini.
Kejadian itu masing-masing berlaku pada 27 September 2009, 15 Oktober 2009 dan 5 Februari 2010 yang mana semua kejadian itu rancak berlaku selepas kejayaan PR pada pilihanraya negeri pada tahun 2006 yang menyaksikan SUPP mengalami kekalahan terbesar dalam sejarah parti itu apabila kehilangan lapan kerusi Dun termasuklah enam daripadanya di menangi DAP.
"Saya benar-benar tidak tahu kenapa (terjadi prestasi buruk). Apa yang boleh saya katakan ialah ini merupakan keputusan paling buruk dan teruk buat SUPP," kata George Chan sebaik keputusan pilihan raya negeri diumumkan ketika itu.
Antara yang menang dalam pilihanraya itu ialah Richard Wong Ho Leng bagi kerusi Dun Bukit Assek.
Manakala calon SUPP yang tewas termasuklah dua menteri muda, Datuk Alfred Yap Chin Loi dan Datuk Sim Kheng Hui, yang juga setiausaha agung SUPP.
Kekuatan Ho Leng
Apapun, faktanya ialah, Wong merupakan seorang pemimpin dan wakil rakyat yang cukup lantang menyuarakan permasalahan rakyat dengan fakta dan angka sehinggakan beliau pernah di gantung selama 12 bulan hanya kerana soalan yang beliau kemukakan dalam persidangan Dun gagal dijawab oleh Adun BN.
Itu menunjukkan bahawa suara beliau berkesan dan akan lebih manis lagi jika pemimpin seperti itu diangkat ke parlimen seterusnya mampu menggegarkan BN pada persidangan Dewan Rakyat yang akan datang.
Tambahan pula, SUPP yang mewakili BN pada PRK kali ini kekal dengan krisis dalamannya.
Krisis SUPP di Bahagian Sibu dan Dudong
Terbaru, pengumuman presidennya secara tiba-tiba bahawa ahli-ahli SUPP bagi kawasan Sibu bersatu bagi menghadapi PRK kali ini walaupun beberapa tahun lalu diumumkan krisis SUPP bahagian Sibu sudah selesai?
Terdahulu, pada 3 November 2008, George Chan mendakwa krisis SUPP di bahagian Sibu selesai dengan memcahkannya kepada enam bahagian.
Anehnya, bermula penghujung tahun lalu, pengerusi BN di negeri itu, Taib Mahmud mula memberi amaran kepada SUPP agar menyelesaikan masalah parti itu terutamanya dalam kawasan Sibu dan Dudong, sebelum amaran itu dikeluarkan sekali lagi oleh timbalannya, Abang Johari Tun Openg selepas itu.
Difahamkan SUPP di bahagian itu berpecah kepada dua puak masing-masing diketuai oleh Soon Choon Teck dan Wong Soon Koh.
Choon Teck sendiri pada 23 Januari tahun lalu telah meletak jawatan sebagai penolong pegawai publisiti SUPP selain memboikot beberapa program parti itu termasuklah sempena sambutan ulang tahun parti itu yang ke 50 pada tahun lalu yang mana presiden SUPP merupakan tetamu kehormat.
Manakala Pengerusi SUPP cawangan Sibu, Wong Soon Koh mendakwa menerima sokongan daripada 27 cawangan SUPP Dudong.
Pemimpin Supp sertai DAP seumur hidup
Kesan krisis itu juga menyaksikan Majlis Tertinggi SUPP, Wong Chin Yong keluar parti seterusnya menyertai PR melalui DAP dengan membayar yuran keahlian RM100 sebagai ahli DAP seumur hidup.
Sementara itu, SUPP juga dilihat sebagai parti paling bermasalah dalam sekutu BN walaupun parti itu merupakan parti tertua di negeri Sarawak yang ditubuhkan pada tahun 1962.
Krisis Dun Engkilili dan Dun Pelagus
Ini dapat dilihat berhubung kedudukan kerusi Dun Pelagus dan Dun Engkilili yang sehingga kini gagal dimuktamadkan antara SUPP dan sekutu BN yang lain walaupun pilihan raya negeri kian hampir.
Dun Engkilili misalnya sehingga kini menyaksikan dua puak yang berbalah antara satu sama lain dalam perebutan sebagai calon parti itu.
Pada pilihan raya negeri 2006, calon SUPP tewas kepada Johnical Rayong anak Ngipa yang kini merupakan calon bebas BN dan difahamkan mahu bertanding sekali lagi mewakili BN tetapi dibantah keras oleh SUPP pusat.
Sehubungan itu, dengan pelbagai krisis dalaman yang melanda SUPP, adalah sukar untuk parti itu mempertahankan kerusi Parlimen Sibu dan ini merupakan masa yang terbaik buat pengundi di kawasan itu memenangkan Wong Ho Leng seterusnya mengangkat suara hampir 55,000 pengundi berdaftar di kawasan itu lebih didengari dalam persidangan Dewan Rakyat yang akan datang.
Monday, 10 May 2010 12:59 PM Oleh Roziyah Mahamad (Emel penulis ini )
KUALA LUMPUR : Peguam, Kalpal mendakwa Saiful tidak memahami ajaran Islam kerana dia tidak Mandi Junub selepas melakukan hubungan seks.
Saiful sebelum itu mengakui di dalam mahkamah yang dia tidak berbuat demikian selepas melakukan hubungan seks dengan Anwar kerana dia berada dalam keadaan darurat ketika itu.
Namun, Saiful berkata dia mandi sebelum pergi mengerjakan solat Jumaat selepas kejadian tersebut.
Terdahulu, Hakim Datuk Mohd Zabidin Md Diah telah menolak usaha Anwar untuk mendapatkan senarai saksi ekoran keputusan mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan yang menolak permohonannya sebelum ini.
Kalpal dalam mahkamah sebentar tadi bertanya mengapa pihak pendakwa begitu takut untuk menyerahkan senarai saksi kepada pihak pembela kerana jika benar tiada konspirasi untuk menjatuhkan Anwar maka pihak pendakwa seharusnya menyerahkan senari saksi kepada pihak pembela.
Perbicaraan kes fitnah liwat II, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disambung hari ini, selepas tiga bulan ditangguhkan dengan peguambela Kalpal Singh menuntut senarai saksi.
Pada jam 11.25 pagi tadi, Kalpal memohon supaya kenyataan beramaran Saiful dikemukakan dengan berkata saksi tersebut tidak bercakap benar.
Karpal juga membaca salinan laporan yang menyatakan punca kesakitan adalah kerana kemasukan satu objek plastik ke dalam duburnya. Kalpal juga merujuk kepada laporan Hospital Kuala Lumpur, berkata tiada tanda parut atau kecederaan terbaru pada diri Saiful.
Peguamcara Negara 11 dan ketua pasukan pendakwa, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin berkata beliau terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan supaya tidak menyerahkan senarai tersebut, dengan berkata senarai saksi itu "mungkin" diberikan diakhir pendakwaan.
Mohd Yusof berkata beliau tidak nampak hubungan antara soal-balas dengan senarai saksi.Menurutnya lagi, daripada keterangan Saiful, pihak pembela sudah boleh mengagak siapakah saksi-saksi berkenaan.
Karpal, bagaimanapun, berkata beliau mahu mahkamah menggunakan kuasanya mengikut Seksyen 56 Kanun Prosedur Jenayah untuk memaksa senarai saksi itu diserahkan.Karpal juga mengadu tidak mendapat nota keterangan.
Peguambela Karpal Singh mahu mahkamah memastikan mereka mendapat senarai saksi sebelum bermula sesi soalsiasat Mohd Saiful Bukhari Azlan.Beliau berkata, pihak pembela perlu tahu sama ada saksi mereka mungkin turut ada dalam senarai saksi pendakwa.
Tuesday, 04 May 2010 10:28 AM Oleh Masdar Wahid (Emel penulis ini)
KUALA LUMPUR : “Jika Altantuya Sharibu tidak ditembak mati di Shah Alam beberapa tahun lalu, berkemungkinan beliau akan merayakan ulangtahunnya buat kali yang ke 32 pada 6 Mei ini.
Penulis buku 'Di Sebalik Misteri Pembunuhan Altantuya', Badrul Hisham Sharin berkata, kematian Altantuya yang terlibat menjadi orang tengah dalam pembelian peralatan pertahanan Malaysia telah mengundang seribu satu persoalan.
Menurutnya, imej negara kian parah ekoran terlalu banyak 'spekulasi' muncul berhubung kes itu.
“Kira – kira 19 buah media seluruh dunia menerbitkan artikel dengan jelas mengaitkan Najib Razak, yang kini merupakan Perdana Menteri (PM) Malaysia yang didakwa terlibat dalam pembunuhan Altantuya.
Malah ada cubaan menutup kes itu dengan melabel Altantuya sebagai model yang menjadi perempuan simpanan.
Walaupun siapa Altantuya beliau dan keluarganya berhak mendapat keadilan,” katanya dalam satu kenyataan.
Badrul yang juga Penyelaras, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memberitahu, terlalu banyak 'misteri' dalam perbicaraan Altantuya termasuklah motif dua orang anggota Unit Tindakan Khas PDRM yang terlatih menjadi pengiring setia membunuh warga Monggolia yang mereka tidak kenali.
“Apa motif dua orang anggota Unit Tindakan Khas Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang terlatih menjadi pengiring setia membunuh warga Monggolia yang mereka tidak kenali ?
Merujuk kes Mona Fendi yang mengarahkan pembantunya Juraimi membunuh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari BN, jelas bukan sahaja Juraimi di hukum gantung tetapi yang mengarahkan Juraimi juga dihukum gantung.
Dua tertuduh pembunuhan Altantuya ini dibawah arahan siapa,” soal beliau.
Badrul menambah, secara jelas wujud pengakuan Altantuya dibunuh dengan pistol (bom C4 untuk menghapus bukti) malangnya mengapa pistol tidak dibawa ke mahkamah?
Pistol , arahan siapa dan milik siapa?
“Benarkah Altantuya datang ke Malaysia setelah mengetahui RM500 juta (komisyen/rasuah) hasil jual beli peralatan pertahanan sudah di perolehi Razak Baginda (orang rapat Najib) dan kedatangan beliau untuk menuntut 'bahagian' seperti yang dijanjikan?
Mengapa rekod imegresen Altantuya hilang?,” kata beliau.
Maka dengan ini bersempena dengan Ulangtahun Kelahiran Altantuya pada 6 Mei ini, SAMM dengan ini mendesak Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak dengan tuntutan berikut;
menyaman dan minta 19 media dunia mohon maaf kerana menyiarkan artikel Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya jika ia fitnah bukan sekadar menggunakan kuasa mengugut dan mengancam dalam negara.
Untuk makluman, Polis telah di gunakan untuk merampas topeng Altantuya, mengugut tempat percetakan supaya jangan bekerjasama mencetak bahan melibatkan Altantuya dan mempergunakan akta polis menghalang nama Altantuya disebut dalam majlis dibawah permit polis.
Menjelaskan mengenai kewujudan tersebarnya salinan beberapa pesanan ringkas antara nombor yang dikatakan digunakan oleh Najib dengan satu nombor yang dikatakan dimiliki oleh seorang peguam berbincang mengenai kes Altantuya.
Salinan berbalas pesanan ringkas ini jika benar dihantar oleh Najib menunjukkan 'sesuatu' cuba diselindungkan dalam kes Altantuya ini.
Maka penjelasan yang jelas perlu dibuat.
Mempersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong (YDPA) untuk mewujudkan sebuah suruhanjaya siasatan Di Raja mengenai kes Altantuya ini.
Banyak kes sebelum ini gagal dicari kebenaran hanya dengan siasatan polis dan pendakwaan biasa.
Contohnya dalam siasatan polis gagal mendapati siapa yang memukul Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dalam tahanan sebaliknya bila ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja maka Ketua Polis Negara dikenal pasti melakukannya.
“Kes Altantuya ini bukan sahaja melibatkan imej individu sebaliknya imej negara, kerana yang dituduh terlibat ialah orang nombor satu negara.
Desakan di atas harus ditunaikan dengan segera untuk memulihkan semula imej dan mencari kebenaran.
SAMM merupakan ikatan anak muda dari perbagai latar belakang yang ingin melihat Malaysia berdaya saing dihormati dipentas dunia dan rakyatnya sejahtera dijamin keadilan dan keharmonian.
Di kesempatan ini juga kami ingin mengucapkan Selamat Hari ulangtahun kelahiran Altantuya (pada 6 Mei ini) dan takziah kepada anggota keluarganya,” katanya yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Difahamkan, buku 'Di Sebalik Misteri Pembunuhan Altantuya', dengan cetakan pertama sebanyak 3,000 naskah habis terjual.
Kini pihaknya mencetak kepada angka 10,000 naskah dengan 8,000 daripadanya laris dan terus mendapat sambutan dari seluruh negara.
Pihaknya juga kini turut bercadang menterjemahkan buku itu dalam bahasa lain termasuklah bahasa Mandarin atas permintaan orang ramai.
“SAMM mengalu-alukan sesiapa nak jadi wakil, tetapi syarat stok ambil secara tunai. Hubungi 0176688404 atau 0123696474 untuk mendapatkan stok dengan harga pengedar. Bertindak SEGERA,” tambah beliau.
Terdahulu, Penerbitan buku itu bukan sahaja mencetuskan fenomena dalam politik negara tetapi Badrul turut diancam dan dan diganggu oleh pihak polis termasuklah usaha menggeledah rumah beliau di Seremban pada 10 Februari lalu.
Altantuya yang dilahirkan pada 6 Mei 1978 merupakan anak kepada Shaaribuu Setev, seorang Profesor Psikologi dan Sh Altantsetseg.
Altantuya tinggal dan dibesarkan di St Petersburg, Rusia, sehingga berusia 12 tahun dan mendapat pendidikan di Beijing, China.
Beliau fasih berbahasa Mongolia, Inggeris, Rusia, Mandarin dan Perancis.
Wanita itu turut didakwa pernah bekerja sebagai guru siswazah, sebagai penterjemah dan juru bahasa di Ulaan Bataar selain sering ke luar negara selaku model sambilan dengan berkhidmat dengan beberapa agensi pelancongan.
MIRI : Ketiadaan bekalan air terutama semasa musim kemarau bukan perkara baru bagi penduduk di Niah sebaliknya masalah itu sudah membelenggu mereka sejak sekian lama.
Bukan sekali dua perkara itu dikemukakan kepada wakil rakyat dan agensi kerajaan berkaitan, namun saban tahun jawapan yang diberikan tetap sama iaitu 'kerajaan akan mengkaji perkara ini'.
Seorang guru Sekolah Kebangsaan (SK) Rumah Mentali, Tila Chakok, 42, berkata, setiap kali musim kemarau, mereka terpaksa mengepam air dari Sungai Saeh Merah yang masin sehingga apabila digunakan untuk mandi, sabun pun tidak berbuih.
''Murid-murid sekolah tiada pilihan memandangkan itu sahaja sumber air yang mereka ada untuk mandi manakala air hujan pula digunakan untuk memasak.
''Bagi keluarga yang besar mereka menghadapi masalah kritikal untuk melakukan aktiviti harian seperti memasak dan mandi.
Berbanding keluarga kecil, mereka boleh mengangkut air bersih dari pekan Batu Niah," katanya.
Chakok yang sudah tujuh tahun mengajar di sekolah itu berkata, mereka sudah lama menggunakan air masin tersebut iaitu sejak sekolah itu dibuka lebih 10 tahun lalu.
''Dulu kita mandi di Sungai Saeh yang masin ini, namun selepas ada bekalan elektrik yang disediakan Kementerian Pelajaran sejak dua tahun lalu, kita menggunakan bekalan air yang dipam dari sungai yang sama.
''Kos pemasangan pam air ini tidak mahal, namun ia turut mengepam air yang kotor selain masin," katanya sambil memberitahu sekolah tersebut mempunyai 21 kakitangan serta 62 pelajar.
Namun jelasnya, semasa musim kemarau, air sungai tersebut susah dipam kerana sungai mulai cetek.
Selain sekolah, 12 lagi rumah di kawasan sekitarnya turut menggunakan air masin iaitu Rumah Mentali Gesa, Rumah Linan Jalak, Rumah Suring Liang, Rumah Lucas Muling, Rumah Limbang Kaiyang, Rumah Sikun Ebit, Rumah Anyai Ijau, Rumah Danggang Tubai, Rumah Jalani Mambang, Rumah Philip Gindi, Rumah Mat Burai dan Rumah Lagan Mungkun.
Tuai Rumah Anyai Ijau, 40, ketika ditemui berkata, penduduk rumah panjang di situ amat memerlukan bekalan air bersih kerana air sungai yang ada kini sudah dicemari racun dan baja kesan daripada ladang-ladang sawit di kawasan itu.
''Penduduk rumah panjang kawasan Saeh semakin bertambah, justeru kami amat mengharapkan kemudahan asas.
Sementara itu, Tuai Rumah Jalani Mambang, 60, berkata, mereka terpaksa bergantung kepada air hujan untuk untuk tujuan minuman dan memasak selain mencuci pakaian dan mandi.
Namun kemarau yang berlarutan dan air sungai yang semakin cetek menyebabkan mereka tiada pilihan selain membeli air bersih dari kedai.
“Kalau Perkara 2, Perlembagaan (Persekutuan) Malaysia sendiri pun tidak membenarkan mana-mana wilayah dalam kedaulatan kita (Malaysia) diserahkan kepada negara luar walaupun melalui Parlimen, inikan pula Blok M dan (Blok) L sewenang-wenangnya diserahkan pada Brunei hanya melalui kelulusan kabinet sahaja.
Ini bagi saya suatu penderhakaan kepada negara kerana Perlembagaan memperlihatkan bahawa tidak pernah ada tolak ansur dalam melepaskan kedaulatan negara,” ujarnya pada sidang media di lobi Dewan Negara, tengah hari ini.
Perkara 2 juga, menurut Mahfuz, membenarnya Parlimen membuat persempadanan semula negeri-negeri di bawah Persekutuan, dengan syarat mesti terlebih dahulu mendapat persetujuan Dewan Undangan Negeri (Dun) serta Majlis Raja-raja.
Tambahnya lagi, walaupun perjanjian dibuat pada 11 Februari 2009, iaitu era Abdullah menjadi Perdana Menteri, namun perjanjian persefahaman ditandatangani antara kedua-dua kerajaan pada 16 Mac 2009, iaitu ketika Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Timbalan Perdana Menteri.
HARAKAHDAILY
SIAPA DERHAKA DALAM SOAL INI.ADAKAH BEGITU MUDAH MENYERAHKAN DAN MENUKAR KEDAULATAN NEGARA?
HINDRAF – 1st NATIONAL LEVEL CONVENTION IN 2010
Hindraf in its pursuit of human rights in Malaysia shall hold its 1st National level convention on August 8, 2010. HINDRAF in its position has grown in strength since Nov 25, 2007 in quality of conscious and right thinking participants for a humanity cause for the poor and poverty stricken amongst Malaysians along with various international watchdogs who have taken an interest in the prevailing abuses of human rights in Malaysia after 53 years of independence of a purported multi racial society
A delegate of 100 participants who are actively involved in HINDRAF’s struggle in Malaysia along with about 200 observers including several international human rights watchdogs will be attending our inauguration of a national level convention. Amongst the objective of this convention is to address and highlight numerous issues relating to continued suppression of human rights issues in Malaysia. Along with this, there will be resolutions passed on the future direction of HINDRAF and their plans to mobilise human rights issues in Malaysia starting in the back water of the poor, deprived, discriminated and marginalized society.
There will be a direct live video conference with P. Waythamoorthy who is in exile in London where the delegates and observers can exchange their views in the direction of HINDRAF for the betterment of human rights in Malaysia. Amongst the other issues that will be highlighted during this convention is the new line up of the HINDRAF national and international coordinators who will spearhead the struggle of HINDRAF for its objective in Malaysia and abroad. The direction of HINDRAF has always been without prejudice to another but to ensure that the voices of the voiceless are a constant reminder for a humanity cause in Malaysia. Thank you. P. Waythamoorthy HINDRAF- CHAIRMAN
"Sebagai contoh, sekiranya berlaku sesuatu kepada saya di Malaysia, ia akan menarik perhatian media antarabangsa, tekanan politik dan sebagainya, ini akan menjadikan lebih produktif."Saya bukan penterjemah Mongolia. Sekiranya terdapat masalah, semua media berbahasa Perancis akan memaparkan tajuk seperti 'Peguam Perancis yang menyiasat dakwaan rasuah hilang di Malaysia'. Tiada siapa yang boleh terima perkara ini," kata Breham dalam satu wawancara baru-baru ini.
NOTA: JIKA KES INI DI TERIMA DI EROPAH.INI BERMAKNA BAHAWA SATU SAPINA AKAN DI KELUARKAN TERHADAP YANG DI DAKWA.JIKA SAPINA INI TIDAK DI TERIMA DAN TERTUDUH TIDAK HADIR KE MAHKAMAH DI MALAYSIA. KES INI TETAP DI TERIMA DI PERINGKAT EROPAH DAN ANTARABANGSA.RINGKASNYA TERTUDUH YANG TIDAK HADIR UNTUK DI SAPINA HANYA BOLEH BERLEGAR DARI PERLIS KE JOHOR DAN SABAH SARAWAK SAHAJA. IANYA AKAN TERPAKAI DI EROPAH.MAKNANYA LANGKAH SAHAJA KE EROPAH DAH KENA CEKUP...MACAM AGUSTO PINOCHET
Jika Mood pengundian seperti yang berlaku di Hulu Selangor baru-baru ini berterusan sehingga PRU akan datang, Pakatan Rakyat akan kekal memerintah di Selangor dan Pulau Pinang, tetapi tidak jamin di Kelantan dan kedah", lebih kurang begitu bacaan salah seorang ahli politik yang agak terkenal juga.
Menarik juga bacaan itu. Di dapati, keadaan undi cina dan India, berada dalam daerah selamat. Namun, undi India perlu berhati-hati sedikit.
Adapun undi melayu, perlu dibahagi kepada dua, (1) Melayu bandar, dan (2) melayu kampung. Cara berfikir melayu bandar tidak sama dengan cara berfikir melayu kampung.
Undi melayu bandar, mengikut satu pendapat, berbelah pihak kepada PR (PAS, PKR dan DAP). Adapun undi melayu kampung, mengikut tren pengundian kini, berbelah pihak kepada BN.
Persoalannya, (1) Melayu di Kelantan dan Kedah, melayu bandar atau melayu kampung? (2) di Perak, apakah ramai melayu kampung atau melayu bandar? Namun, undi cina dan india di perak dilihat berbelah pihak kepada PR. Justeru, bagaimana pula gabungan undi melayu bandar dan undi cina dan india di Perak? (3) Di selangor, PAS banyak bertanding di kawasan melayu kampung. Justeru, mungkin PR kekal memerintah, tetapi PAS semakin minoriti. Benarkah? Inilah yang aku diceritakan.
Sekali lagi kita menyambut kedatangan 1 Mei, Hari Buruh Hari Pekerja yang disambut di seluruh dunia oleh setiap lapisan pekerja – karyawan. Kepada para pekerja yang telah memerah otak, membanting tulang dan menggunakan tenaga di pelbagai bidang dan sektor, atas nama Lajnah Pekerja Pas Pusat, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada saudara-saudari yang menjadi tulang belakang dan jantung pergerakan pembangunan negara. Tanpa kesungguhan dan pengorbanan para pekerja, negara ini tidak akan sampai ke mana-mana. Namun, walaupun demikian besar jasa para pekerja, mereka belum lagi menerima pengiktirafan yang sewajarnya di Malaysia.
Pemberdayaan dan pemerkasaan kaum pekerja – karyawan negara punya banyak tandatanya. Nasib para pekerja di negara ini masih lagi di takuk lama tanpa pembelaan yang seutuhnya. Ramai yang sekadar bermanis mulut menanam tebu di bibir ketika membicarakan tentang nasib pekerja. Walhal nasib golongan majoriti rakyat ini ditinjau dari segi pendapatan, kemudahan dan keistimewaan tidak banyak berubah. Sampai saat ini pemerintah masih belum bersedia menggubal undang-undang gaji minima yang telah diperjuangkan oleh kongres kesatuan-kesatuan sekerja dan pelbagai golongan progresif di negara ini. Pembuangan pekerja tanpa pampasan yang secukupnya masih berlaku di mana-mana. Para pekerja kilang elektronik dan industri masih dinafikan hak berkesatuan.
Semua pihak pula sama ada kerajaan dan swasta berminat kepada pengambilan pekerja secara kontrak yang nantinya mudah untuk diberhentikan. Sejak sekian lama para pekerja lelaki dan wanita meninggalkan kampung halaman berhijrah ke kota-kota besar untuk mencari nafkah dan mengharapkan kehidupan baru yang lebih baik. Mereka dipujuk beramai-ramai berkhidmat dengan pelbagai syarikat-syarikat besar antarabangsa. Malangnya, ramai pula daripada mereka sejak dahulu sampai sekarang diberhentikan atau dibuang kerja dengan mudahnya apabila perusahaan-perusahaan itu tidak lagi dapat mengaut keuntungan besar. Demikianlah nasib kaum pekerja yang selalunya diperlakukan seperti pepatah orang dahulu ‘habis manis sepah dibuang’ atau seperti mana pantun klasik Melayu: Zaman dahulu bertikar pucuk, Zaman ini bertikar mengkuang, Zaman dahulu kita dipujuk, Zaman ini kita dibuang.
Nasib pekerja memang selalunya malang dan di zaman kemerosotan ekonomi dunia ini hidup mereka lebih parah lagi. Kenaikan harga barang, kenaikan kos perkhidmatan, kos pengangkutan, kos kesihatan, kos pendidikan menyebabkan majoriti dari para pekerja terus dilingkari oleh belitan kemiskinan. Para majikan dan para jutawan tidak banyak yang terjejas, barisan orang-orang kaya di Malaysia tidak pernah bimbang kerana kekayaan yang ada pada mereka senitasa terjamin oleh kerana sistem dan pemerintahan yang ada mahupun dasar dan keutamaan negara sentiasa memihak kepada mereka.
Robert Kuok yang memiliki 10 ribu juta dollar, Ananda Krishnan yang bernilai 7 200 juta dollar, Lee Shin Cheng yang memiliki 5 500 juta dollar, Syed Mokhtar Al-Bukhary yang memiliki 1 800 juta dollar, Azman Hashim yang menguasai aset bernilai 700 juta dollar, atau pun Mokhzani Mahathir yang memilik harta bernilai 285 juta dollar mahupun Nazir Tun Razak yang menguasai 100 juta dollar tentu tidak tertekan seperti Saravanan seorang buruh kasar yang sudah menyimpan wang di bank sebanyak RM 20 000 tiba-tiba hampir putus urat jantungnya apabila secara tiba-tiba anaknya jatuh sakit kronik yang memerlukan pembedahan segera yang mahal harganya. Saravanan mengumpulkan wang sebanyak itu untuk membeli sebuah rumah kerana telah terlalu lama dia sekadar menyewa kediaman.
Semua wang itu tidak mustahil terpaksa dihabiskan untuk pembedahan dan perubatan anak tersayang. Dia dan keluarganya akan terus bernasib malang tanpa harta, tanpa rumah sendiri tempat berteduh. (Azizi Hj. Abdullah, Persatuan Pengguna Pulau Pinang). Kaum pekerja tanpa mengira keturunan dan kepercayaan, bangkitlah dengan berani dan binalah rangkaian kesatuan, organisasi dan jamaah pro pekerja demi memperjuangkan nasib semua. Jangan menunggu sehingga anda di buang kerja barulah ingin mencari tempat mengadu sedangkan selama ini anda langsung tidak mahu menyertai rangkaian progresif pembela pekerja.
Selamat Hari Pekerja. Dirgahayu perjuangan membela nasib pekerja. Wassalam.
Hj. M. Anuar Tahir Pengerusi Lajnah Pekerja merangkap ahli jawatankuasa PAS Pusat 27 April 2010 bersamaan 13 Jamadilawal 1431H
Joseph Brehem , salah seorang peguam Perancis yang menyaman DCN bagi pihak NGO hak asasi manusia Suaram, mungkin memohon mendapatkan 'waran geledah antarabangsa' supaya pegawai Malaysia mendedahkan maklumat mengenai imbuhan yang diterima oleh individu-individu tertentu.
BOLEH SIASAT MENTERI BERKENAAN......SIAPA....SELAIN RAZAK...MUNGKIN BOSS RAZAK ...
Brehem berkata LAGI , jika Malaysia tidak memenuhi arahan tersebut, maka ia akan membuktikan bahawa kerajaan 'ada sesuatu yang hendak disembunyikan".
Sewaktu kami sekeluarga berkunjung ke Kota Bharu Kelantan pada cuti sekolah bulan lepas, kami sekeluarga sarapan pagi di gerai berhampiran hotel penginapan.. Kami sekeluarga terkejut dan rasa terharu bila kami dapati MB Kelantan tengah sarapan pagi di gerai tersebut berseorangan tanpa pengawal peribadi dan pegawai kerajaan Kelantan..
Malah beliau terlebih dahulu menegur dan menberi salam kepada kami sekeluarga serta mengajak kami sekeluarga makan bersama-sama dimeja beliau sambil berborak menayakan dari mana, bagaimana perasaan kami bila berada di Kelantan dan banyak lagi.. Ketika berborak, beliau tiada sedikit pun menyentuh soal politik atau cerita perkembangan terkini di Negeri kami (Negeri 9).. Malah beliau berterima kasih kepada kami kerana sudi datang dan lihat sendiri keadaan di Kelantan daripada membaca di akhbar atau melihat di TV.. Malah kami sekeluarga rasa lebih terharu bila beliau bayar kami sekeluarga makan pada pagi itu.. * MB Negeri saya sendiri pun susah nak jumpa.. kecuali ada majlis rasmi yang ada publisiti sahaja..