Guna Alasan Manfaat Politik Untuk Arah Keluar RM1 Juta: Pendakwaan

 

Syed Saddiq tiba di Istana Kehakiman pagi ini untuk pendengaran rayuan hari kedua terhadap sabitan dan hukuman bagi empat pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana ARMADA. Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 20 Mar – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berniat jahat dengan berselindung di sebalik alasan political mileage (manfaat politik) untuk mengarahkan pengeluaran RM1 juta daripada akaun ARMADA, demikian hujahan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin.

Wan Shaharuddin berhujah, Syed Saddiq mengetahui bahawa alasannya menggunakan pengeluaran dana itu kerana khuatir akan berlakunya pergolakan dalam parti dan wang di dalam akaun ARMADA adalah hasil titik peluhnya adalah suatu tindakan yang salah.

Beliau berkata, niat jahat Syed Saddiq boleh dilihat melalui tindak-tanduk beliau bermula daripada episod pertama iaitu sebelum pengeluaran wang itu pada 6 Mac 2020 sehingga episod terakhir iaitu selepas 28 Mei 2020, apabila tidak memegang apa-apa jawatan di dalam BERSATU atau ARMADA.

Menurut Wan Shaharuddin, berdasarkan cadangan peguam bela yang diajukan kepada saksi pendakwaan ketika perbicaraan kes itu, adalah jelas bahawa pengeluaran wang berkenaan berlaku selepas Langkah Sheraton pada hujung Februari 2020.

Syed Saddiq tiba di Istana Kehakiman pagi ini untuk pendengaran rayuan hari kedua terhadap sabitan dan hukuman bagi empat pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana ARMADA. Foto Bernama

Beliau berkata Langkah Sheraton adalah pergolakan politik sehingga menyebabkan jatuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) di mana mahkamah boleh mengambil notis kehakiman berhubung perkara itu.

Katanya, keterangan saksi pendakwaan ke-13 (SP13) iaitu Penolong Bendahari ARMADA, Rafiq Hakim Razali tidak tercabar, di mana adanya perjumpaan dan perbincangan di rumah Syed Saddiq (perayu) di antara beliau, SP13 dan saksi pendakwaan ke-11, iaitu bekas Penolong Setiausaha ARMADA, Ahmad Redzuan Mohamed Shafi selepas Langkah Sheraton.

Wan Shaharuddin yang juga Ketua Bahagian Perundangan dan Pendakwaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berkata keterangan Rafiq Hakim bahawa perayu memberi arahan kepadanya untuk mengeluarkan wang itu dan ia adalah bagi manfaat politik, adalah tidak tercabar.

“Adalah hujahan kami, arahan yang diberikan oleh perayu kepada SP13 itu mempunyai kaitan rapat dengan Langkah Sheraton. Keterangan SP11 dan SP13 adalah jelas bahawa perayu khuatir pertukaran pucuk pimpinan di dalam BERSATU atau ARMADA sebelum pengeluaran wang berkenaan.

“Kami menyatakan alasan (manfaat politik) ini menunjukkan niat jahat perayu apabila mengeluarkan wang itu. Perayu seolah-olah menjadikan wang di dalam Akaun ARMADA seperti miliknya sendiri yang boleh beliau gunakan sewenang-wenangnya tanpa membuat sebarang kertas kerja.

“Perayu juga tidak memaklumkan kepada SP13 sama ada beliau sudah mendapat kelulusan daripada sesiapa untuk mengeluarkan wang terbabit.

“SP13 sebenarnya menjadi alat kepada perayu. Sama juga ahli-ahli kumpulan WhatsApp ‘VALUE ADD’ yang dijadikan alat untuk perayu untuk membersihkan imej sehingga sanggup mengheret ibu bapanya yang tidak bersalah di dalam masalah yang dia sendiri menjadi puncanya,” katanya.

Wan Shaharuddin berkata, persoalan perlu dijawab oleh Syed Saddiq adalah mengapa arahan beliau untuk mengeluarkan wang tersebut tidak dibuat sebelum Langkah Sheraton.

Beliau berkata, Syed Saddiq tidak boleh membantah atau menafikan tentang Langkah Sheraton kerana fakta itu dibangkitkan oleh pembelaan sendiri semasa pemeriksaan balas mereka ke atas saksi pendakwaan.

Katanya, episod ini telah disokong oleh keterangan SP11 mengenai arahan yang diberikan oleh Syed Saddiq adalah bagi manfaat politik, yang konsisten dengan keterangan SP13.

“Keterangan SP13 berkenaan pengeluaran RM1 juta bagi manfaat politik perayu juga tidak dicabar oleh pihak pembelaan.

“Menurut SP13, kaitan antara Langkah Sheraton dan pengeluaran wang pada 6 Mac 2020 dengan perayu adalah usaha untuk menyelamatkan perayu untuk mendapatkan manfaat politik perayu.

Sementara itu, Wan Shaharuddin berhujah, hakim bicara Mahkamah Tinggi mempunyai alasan kukuh untuk memanggil Syed Saddiq untuk menjelaskan kepada mahkamah dan rakyat Malaysia mengapa beliau menggunakan alasan wang dalam akaun ARMADA adalah hasil titik peluhnya dan berhak menggunakannya.

Wan Shaharuddin berkata, sehingga kini tiada langsung penjelasan Syed Saddiq mengenai perkara itu dalam bentuk keterangan yang dikemukakan di mahkamah, di mana keterangan hanya datang daripada SP13 dan dokumen yang dirujuk oleh peguam bela sendiri kepada saksi terbabit.

Beliau berkata, bekas Presiden MUDA itu juga mempunyai beban di bawah Seksyen 9 Akta Keterangan 1950 untuk memberikan penjelasan mengapa beliau menggunakan alasan pertukaran pucuk pimpinan dalaman BERSATU atau ARMADA sebagai salah satu alasan untuk mengeluarkan arahan kepada Rafiq Hakim untuk mengeluarkan RM1 juta daripada akaun rasmi ARMADA.

“Adalah hujahan kami sebagai salah seorang pemegang amanah kepada Akuan ARMADA ini dan sebagai seorang pemimpin yang selalu menggambarkan kepada masyarakat umum imej bersih beliau, perayu patut lebih tahu beliau tidak patut menggunakan dua alasan itu untuk mengarahkan SP13 melakukan suatu kesalahan,” katanya.

Syed Saddiq, 32, merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 November 2023 yang menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana ARMADA.

Prosiding dijalankan di hadapan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, yang bersidang bersama-sama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin akan bersambung pada tarikh lain.



Ini sebabnya MB Johor luluh hati, mangsa banjir terus meningkat lepasi 8,000 orang

 



“Luluh hati saya mendengar rintihan dan luahan mereka yang terkesan akibat bencana (banjir) ini.”


Itu kata Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang turut melawat mangsa banjir di PPS Dewan MBIP Skudai.

Beliau berkata, mangsa bencana itu diuji dengan kesusahan yang tidak terduga, rumah ditenggelami air, harta benda musnah, dan anak-anak kecil yang terpaksa berlindung di pusat pemindahan.


“Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul,” katanya ketika bah besar melanda negeri itu, sejak kelmarin iaitu 11 hari lagi menjelang Aidilfitri.


Sehubungan itu, Onn menerusi kenyataan dimuat naik di akaun Facebook pagi ini berkata, kerajaan negeri tidak akan sesekali berpeluk tubuh menghadapi ujian di penghujung Ramadan itu.


“Kami sedang dan akan terus menggerakkan semua usaha untuk menyelaras bantuan, memastikan bekalan makanan mencukupi serta menyediakan segala keperluan asas supaya kebajikan mangsa terjamin.


“Marilah kita sama-sama berdoa supaya hujan segera reda dan keadaan kembali pulih seperti sediakala.


“Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada semua yang terjejas.


“Moga Ramadan ini tetap membawa keberkatan buat seluruh Bangsa Johor meskipun dalam ujian yang berat ini. Insya-Allah,” doa beliau lagi.


Banjir yang membabitkan lima daerah iaitu Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi, Kluang dan Pontian itu dikatakan penduduk sebagai antara paling buruk pernah melanda selepas bah besar pada 2006.


Bencana kali ini menyaksikan banyak rumah penduduk ditenggelami air sehingga paras bumbung sekaligus memusnahkan harta benda termasuk barangan dan persiapan menyambut 1 Syawal.



Sehingga 8 pagi ini, jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat kepada 8,112 orang daripada 2,469 keluarga, dengan 97 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.






Banjir Di Johor Makin Buruk, Lebih 10,000 Mangsa Dipindah

 


Keadaan banjir di Kampung Kangkar Tebrau, Johor Bahru. Foto Bernama

JOHOR BAHRU, 21 Mar – Keadaan banjir di Johor makin buruk dengan jumlah mangsa banjir meningkat melebihi 10,000 orang setakat jam 8 pagi tadi, berbanding 3,964 orang malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, pagi ini, mangsa banjir di lima daerah terjejas mencecah 10,763 orang daripada 3,018 keluarga yang kini ditempatkan di 98 pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor Bahru, Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Pontian.

Beliau yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Johor berkata, Johor Bahru terus menjadi daerah paling teruk terjejas dengan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 4,291 orang daripada 1,138 keluarga di 27 PPS.

Keadaan rumah dan jalan raya yang ditenggelami air akibat banjir di Kampung Pasir Tebrau, Johor Bahru berikutan hujan berterusan hampir 48 jam. Foto Bernama

“Kluang pula merekodkan jumlah 2,163 mangsa banjir membabitkan 635 keluarga ditempatkan di 27 PPS,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Azmi berkata, Kota Tinggi, Pontian dan Kulai juga mencatatkan jumlah mangsa banjir yang meningkat, dengan Kota Tinggi mencatatkan 1,761 mangsa (504 keluarga) di 17 PPS, Pontian pula meningkat kepada 1,395 mangsa (387 keluarga) di 19 PPS, manakala jumlah mangsa banjir di Kulai pula kini mencecah 1,152 orang (354 keluarga) di lapan PPS.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) masih tidak mengeluarkan sebarang amaran ribut petir bagi negeri ini, namun mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di enam daerah di negeri ini.

Keadaan rumah dan jalan raya yang ditenggelami air akibat banjir di Kampung Pasir Tebrau, Johor Bahru berikutan hujan berterusan hampir 48 jam. Foto Bernama

Amaran hujan lebat berterusan itu membabitkan daerah Johor Bahru, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai dan Kota Tinggi yang dijangka berlaku sehingga hari ini.

Amaran hujan berterusan tahap waspada pula dikeluarkan membabitkan daerah Tangkak, Segamat, Muar dan Batu Pahat, juga dijangka sehingga hari ini.

Pada masa sama, Sungai Batu Pahat, Sungai Endau, Sungai Johor, Sungai Pulai, Sungai Skudai dan Sungai Jemaluang merekodkan bacaan air sungai melepasi paras bahaya.

Semua daerah di negeri ini masih dilaporkan hujan setakat jam 8 pagi tadi.


Bang Mat ajak rakyat berarak ke Kedutaan AS 28 Mac depan

 


Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mohamad Sabu mengajak orang ramai berarak menuju Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur minggu depan.

Perhimpunan solidariti bersama rakyat Palestin yang dizalimi pengganas Israel tersebut sebagai membantah sikap diam membatu negara-negara Arab terhadap pembunuhan beramai-ramai di bumi para anbiya itu.

“Cukuplah jadi penonton! Pada 28/3/2025 ini, hari Jumaat, mari kita tunjukkan solidariti kita. Berkumpul di Masjid Tabung Haji selepas solat Jumaat dan bergerak ke Kedutaan Amerika. Biar dunia tahu, rakyat Malaysia tidak duduk diam!

“Kita bukan sekadar mengecam Zionis Israel. Kita juga nak nyatakan kekecewaan dan marah kepada negara-negara Arab yang membiarkan saudara se-Islam kita di Palestin terus ditindas.

“Sampai bila negara Arab nak jadi pak turut kepada Amerika? Sampai bila mereka nak takut pada bayang-bayang sendiri?

“Jom tunjukkan kita ada maruah!” tegas Mohamad yang mesra dipanggil ‘Bang Mat’ menerusi kenyataan hari ini.

Sejak awal pagi 18 Mac lalu, Israel mengkhianati gencatan senjata apabila menyambung semula serangan udara besar-besaran.

Sekurang-kurangnya 504 orang terbunuh sejak serangan udara Israel bermula, termasuk lebih 190 mangsa berusia di bawah 18 tahun, menurut data agensi pertahanan awam Gaza.

Keganasan rejim Zionis itu memusnahkan ketenangan relatif yang wujud sejak gencatan senjata berkuatkuasa pada 19 Januari, di wilayah Palestin yang musnah akibat peperangan.

Operasi darat pengganas Israel itu juga disambung semula di kawasan selatan Rafah.


Sehubungan itu, pejuang Hamas menyeru negara Arab dan Islam mengambil tindakan segera bagi menghentikan serangan berterusan Israel ke Gaza.

Hamas dalam satu kenyataan turut mengingatkan negara Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bahawa mereka mempunyai ‘tanggungjawab moral dan politik langsung’ untuk ‘menghentikan genosid itu.

Mengulas lanjut, Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menempelak sikap pemimpin-pemimpin negara Arab yang kaya-raya tetapi tidak membantu perjuangan Palestin.

Berbeza dengan pemimpin-pemimpin di Afrika Selatan, ujarnya, pemimpin-pemimpin bukan Islam dari wilayah itu lebih berani mengambil Tindakan terhadap Zionis Israel.

“Masalahnya, bukan Zionis Israel yang perlu kita ingatkan tentang kezaliman mereka. Kejahatan mereka sudah termaktub dalam Al-Quran sejak dulu.

“Yang pelik, negara-negara Arab—yang kononnya saudara se-Islam—terus duduk diam membatu.


“Mereka lebih sibuk menjaga hati Amerika dan kuncu-kuncunya daripada menjaga nyawa rakyat Palestin. Ada duit minyak berbillion-billion, tapi nak keluarkan sepatah dua kata pun susah.

“Tengok Afrika Selatan—negara bukan Islam, tapi lebih berani daripada semua negara Arab yang kaya-raya itu.


“Mereka halau duta Israel, mereka bawa kes ke mahkamah antarabangsa, mereka tak takut pun pada tekanan sekutu Israel. Ini baru negara yang ada prinsip!” tegas Mohamad lagi.






Agong, PM Anwar Jalan Kaki Ronda KL

 


Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berjalan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyusuri Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 20 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 20 Mar – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan melakukan tinjauan mesra bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sekitar ibu negara, hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka dalam suasana penuh mesra bersama Perdana Menteri berjalan kaki menyusuri Jalan Bukit Bintang.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berjalan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyusuri Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 20 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Terdahulu, Seri Paduka berkenan menerima mengadap Perdana Menteri untuk mesyuarat mingguan,” tulis hantaran tersebut.

Menerusi hantaran tersebut, beberapa keping foto Seri Paduka Baginda bersama Perdana Menteri melakukan rondaan bersama di bandaraya Kuala Lumpur turut dikongsi.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berjalan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyusuri Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 20 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
Sementara Anwar dalam hantaran di Facebook turut berkongsi sesi riadah santai bersama Sultan Ibrahim selepas mesyuarat mingguan hari ini. “Pagi tadi sempat luang waktu bersama KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim beriadah santai sekitar Jalan Bukit Bintang di ibu negara usai sesi menghadap Seri Paduka Baginda untuk mesyuarat mingguan,” ujar Anwar

Henti Amalan Tubuh, Simpan Syarikat Tak Catat Untung – PM Anwar


Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Dewan Negara pada 20 Mac 2025. Foto Facebook Dr Zulkifli Hassan

KUALA LUMPUR, 20 Mar – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata budaya menubuhkan syarikat serta amalan menyimpan syarikat yang tidak mencatatkan keuntungan harus dihentikan serta merta.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan melaksanakan pemantauan ketat terhadap syarikat di bawah Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan setakat ini, hanya sejumlah kecil sahaja syarikat di bawah GLIC dan GLC yang ditutup.

“Tetapi, dengan prinsip ketelusan dan tatakelola, yang ditutup banyak itu di bawah agensi kerajaan, umpamanya syarikat kecil di bawah RISDA atau FELDA yang tidak memenuhi keperluan dan tujuan matlamat asal. Itu dan kalau tidak catat keuntungan, kita tutup.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Dewan Negara pada 20 Mac 2025. Foto Bernama

“Tidak relevan bagi syarikat yang dibuka, kemudian ada ahli lembaga, kemudian ada allowance-nya (elaun), syarikatnya rugi.

“Jadi kita rasa ini amalan yang budaya yang tidak memberi manfaat dan harus dihentikan,” kata beliau semasa sesi pertanyaan lisan di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Senator Datuk Mustafa Musa mengenai pencapaian dan keberkesanan fungsi komposisi lembaga pengarah GLIC dan GLC yang ditetapkan pencapaian dan integriti operasi pelaburan dan perkhidmatan.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Dewan Negara pada 20 Mac 2025. Foto Facebook Dr Zulkifli Hassan

Anwar berkata, pemantauan terhadap GLIC dan GLC kini dilaksanakan dengan lebih ketat lagi.

“Ini saya boleh bagi jaminan. Pada 2023 ada pemantauan secara menyeluruh dan lebih ketat dan pengurusan syarikat-syarikat ini dipertanggungjawabkan seandainya ada kelemahan untuk diperbaiki.

“Jadi untuk GLIC dan GLC, saya bagi jaminan ia (pelaksanaannya) lebih keras sekarang ini dan ia turut dijalankan kepada semua agensi-agensi kerajaan di mana sebahagiannya tidak munasabah dipertahankan,” katanya.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Dewan Negara pada 20 Mac 2025. Foto Facebook Dr Zulkifli Hassan

Mengenai isu perolehan GLIC dan GLC, Anwar berkata syarikat membelanjakan RM59 bilion iaitu 32 peratus daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan dari tahun 2020-2024 terhadap syarikat Bumiputera termasuk dari segi peluang pekerjaan, latihan dan pendidikan melalui program pembangunan vendor Bumiputera GLC di Malaysia.

“Contohnya, anak syarikat UEM Group menggunakan rangka kerja Malaysian Productivity Business Excellence untuk membantu perniagaan memperoleh persijilan seperti ISO dan menyertai anugerah industri seperti Anugerah Kecemerlangan Industri dan Anugerah Kecemerlangan Prestasi Global untuk memperkukuh daya saing mereka di pasaran,” katanya.

Anwar berkata, GLC dan GLIC turut komited menyokong kebajikan pekerja dan kesejahteraan komuniti selain membantu golongan rentan dan keluarga yang ditimpa bencana dan menyokong pemulihan semula bandar raya Kuala Lumpur.

Di bawah program Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PUTERA35) pula, GLIC dan GLC diberi peranan khusus untuk menyumbang kepada agenda Bumiputera melalui pelaburan dalam syarikat Bumiputera berpotensi tinggi, program pembangunan vendor serta program pembangunan modal insan Bumiputera.



‘Tak banyak, mungkin RM1,000 sehari ke’, Pas ‘tunggang’ Lailatulqadar mahu beli tanah RM5 juta

 




Tular petikan video rayuan sumbangan daripada Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man untuk parti itu membeli seluas lima ekar tanah bernilai RM5 juta.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan berkenaan memberitahu Pas telah melunaskan deposit sebanyak RM500,000 untuk membeli tanah sekitar Putrajaya itu.

“Kita telah gerakkan dana sejak Ramadan tahun lepas hingga Ramadan tahun ini, Alhamdulillah, terima kasih kepada semua penyumbang.


“Namun, kita masih ada kekurangan RM1.8 juta lagi,” katanya dalam klip video yang dimuatnaik TikTokers, Wan Mahussin Wan Zain.

Sehubungan itu, bekas Menteri Alam Sekitar dan Air (2020 hingga 2022) berkenaan berkata, orang ramai boleh mengambil kesempatan menyumbang pada 10 malam terakhir Ramadan khususnya pada malam-malam ganjil mencari keberkatan Lailatulqadar.

“Alangkah baiknya setiap hari kita sumbang. Tak banyak. Mungkin RM1,000 sehari ke, RM10,000 pun okey.

“Setiap hari menyumbang. Insya-Allah jika kena pada Lailatulqadar, amalan kita digandakan sebanyak 1,000 kali ganda,” katanya.

Pada 25 Mac tahun lalu, berlangsung Majlis Pelancaran Kupon Setiap Ahli Pas RM10 untuk Pembinaan Kompleks Pas Pusat.

Tuan Ibrahim dan Bendahari Pas Pusat, Datuk Iskandar Abdul Samad masing-masing selaku Penaung dan Pengerusi Pembinaan Kompleks Pas Pusat berkenaan.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Ustaz Idris Ahmad merupakan Pengerusi Pungutan Dana Kompleks Pas Pusat.

@wan.mahussin.wan.zain

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Ustaz Idris Ahmad merupakan Pengerusi Pungutan Dana Kompleks Pas Pusat.





TAKAT WALAUN LEBAI CAI BERSATU NAK MAKI DIA.

.

 

BULAN POSA NI JANGAN LA WALAUN DAN CAI BERSATU LUPA.


 

TANAH MELAYU MANA SAYA AMBIK..


 

PASDAP ADA DI PERAK 2008 DULU..APA NAK HERAN.


 

ANTARA ISLAM DAN BUKAN ISLAM


Che Ibrahim


Ambo sebut sokmo... Orang bukan Islam ni (bukan semua) mereka bukan sahaja benci ke Islam, memusuhi Islam, bahkan mereka tak percaya pun kepada kerasulan Nabi Muhammad saw. Mereka tak percaya pun Allah Maha Berkuasa, kalau pun mereka percaya ialah dalam syirik, ada tuhan lain selain dari tuhan Allah. 


Kepercayaan mereka bukan spt kepercayaan kita, 

Ibadat mereka bukan seperti ibadat kita, 

Cara hidup mereka tidak sama dengan cara hidup kita, agama mereka tidak sama dengan agama kita, hukum hakam mereka tidak sama dengan hukum hakam kita... 


Pah kita gi dok kutip cari titik titik perbezaan, kemudian viralkan, untuk apa sebenarnya?? 


Untuk cari balah dengan mereka? 

Untuk berperang dengan mereka? 

Untuk dakwah mereka? 


Atau sekadar melepas geram kebencian dan permusuhan kerana berlainan bangsa dan agama? 


Kalau mereka buat salah, biar pihak berkuasa ambil tindakan ke atas mereka. 

Kalau mereka tidak faham, tanggungjawab kita menjelaskan kepada mereka. 

Kalau mereka degil, keras kepala atau sebagainya... Kita ada kerajaan untuk tangganinya. 


Kalau kita saling menghormati, hidup dengan kasih sayang, toleransi, memberi hak kepada yang berhaj, sabar dengan kerenah mereka, ianya tidak merugikan Islam. Islam tetap terbela dan dibela walaupun bukan "kamu" yang jadi Kerajaan.



DIVIDEN TABUNG HAJI

 


Alhamdulillah. Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan agihan keuntungan 3.25 peratus selepas zakat 2.5775 peratus bagi tahun kewangan 2024. 


Berita penuh https://alhijrahnews.com/tabung-haji-umum-agihan-keuntungan-3-25-peratus/




TANYA DIN CIRIT JUMPA DAK BERAS.


 

Dulu Pas sedia bukan Melayu jadi MB, sekarang sudah ‘U-turn’

 




Dulu Pas sedia bukan Melayu jadi MB, sekarang sudah ‘U-turn’


Kerajaan Pas Kelantan pada 2009 sedia meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi membolehkan orang bukan Melayu beragama Islam menjadi Menteri Besar negeri itu.

Namun, hari ini Pas pula mahu Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda dengan menetapkan jawatan Perdana Menteri mesti terdiri daripada orang Melayu dan beragama Islam terlebih dahulu.

Pindaan itu bagi Pas perlu dilakukan sebelum had dua penggal Perdana Menteri diluluskan dengan alasan demi menjamin kestabilan dan mengelak konflik pada masa akan datang.


Mengulas sikap Pas, pemerhati politik, Liyana Marzuki menegaskan politik bersifat cair iaitu boleh berubah-ubah mengikut nafsu untuk berkuasa.

“Itu fitrahnya. Parti Islam atau tidak, lebih kurang sama.

“Tahun 2009, Pas begitu terbuka. Bersedia nak pinda Perlembagaan negeri untuk buatkan bukan Melayu sebagai Menteri Besar.

“Pas tahun 2025, lain pula. Nak pinda Perlembagaan Malaysia, hanya nak PM Melayu Islam sahaja,” bidasnya menerusi ciapan di platform X.

Semalam, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, semua rakyat tanpa prejudis perlu bersetuju bahawa jawatan Perdana Menteri ini harus dipikul oleh mereka yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.

“Penetapan ini perlu diberi keutamaan sebelum mencadangkan had tempoh bagi jawatan Perdana Menteri,” katanya menerusi kenyataan.

Lanjut mengulas, Liyana menegaskan parti dilarang dijadikan sebagai suatu agama serta dalam masa sama tidak mentaksub mengkhinzir buta.

“Dulu lain, sekarang lain. Akan datang boleh bertukar lagi.

“Dalil tersedia, pewala akan ya kan sahaja,” ujar Liyana lagi.


LIVE: KEPADA MUHYIDDIN, SELESAI ISU PERIBADI, DALAMAN PN DULU SEBELUM BE...

Bagi Peluang Kami Tadbir Negara. INI JAWAPANNYA




Video : Tak perlu ketuai kerajaan menanti, tak perlu bermimpi jadi PM sekali lagi, Muhyiddin





Perikatan Nasional (PN) bersedia untuk mengambil alih sebagai kerajaan alternatif pada bila-bila masa, termasuk dalam Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16), kata Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dalam ucapan beliau, Muhyiddin menegaskan bahawa PN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sentiasa siap sedia, terutama ketika rakyat berdepan dengan kesulitan hidup akibat pentadbiran kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN). Beliau turut mempersoalkan langkah pelarasan subsidi oleh kerajaan yang didakwa menambah beban kos sara hidup rakyat.