Rafizi cabar Azmin Ali debat tentang ekonomi








 Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli mencabar pemimpin kanan PN Selangor, Azmin Ali untuk berdebat dengannya berkenaan ekonomi Malaysia.


Rafizi yang juga Timbalan Presiden KEADILAN melontarkan cabaran itu dalam siri ceramah Madani di DUN Sri Tanjung, Negeri Sembilan malam tadi.


Menurut Rafizi, cabaran berdebat tersebut bagi membuktikan rekod Mohamed Azmin ketika menjadi Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri lebih baik daripada Kerajaan Perpaduan sekarang.


"Kalau mereka ada rancangan, saya panggil Azmin Ali.


"Kalau Azmin Ali (iaitu) bekas menteri ekonomi Perikatan Nasional dia merasakan rekod dia lebih baik daripada Kerajaan Perpaduan saya cabar Azmin Ali berdebat dengan saya pasal ekonomi Malaysia... kalau dia berani la," katanya.


Rafizi dalam ucapannya malam tadi menjelaskan usaha-usaha dilakukan kerajaan mengangkat semula ekonomi negara.


Hal itu termasuk usaha dilakukan kementerian untuk meningkatkan ekonomi rakyat termasuk melalui industri tani moden yang mampu menambah bekalan makanan yang sekaligus menurunkan harganya di pasaran.


"Untuk turunkan harga, kita kena tambah bekalan.


"Sekarang ini sejak kita lancarkan (IPR - Inisiatif pendapatan Rakyat) akhir Februari lalu, Kerajaan Perpaduan berjaya memulakan tapak tapak pertanian seluas seribu ekar di seluruh negara.


"Kalau dalam tempoh lima bukan kita berjaya buat, kalau kamu dulu tak mampu buat.. jangan perlekeh kerja orang," katanya.


Pastikan Kerajaan Perpaduan menang semua kerusi Port Dickson


 Kerajaan Perpaduan perlu menang kesemua 5 kerusi dalam parlimen Port Dickson untuk memastikan berjaya membentuk Kerajaan Negeri yang stabil dalam Pilihan Raya Negeri kali ini.


Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata demikian dalam ceramah Jelajah Madani DUN Sri Tanjung, malam tadi.


Katanya, rakyat ingin melihat penduduk Port Dickson terus disantuni dan khidmat cemerlang Pakatan Harapan diteruskan dalam bentuk kerjasama Kerajaan Perpaduan.


"Hari ini KEADILAN memilih Dr Rajasekaran (calon DUN Sri Tanjung) untuk menjadi calon dan menang pilihanraya.


"Ini kerana 10 tahun Dr Raja di Port Dickson saya banyak dengar beliau khidmat ziarah penduduk.


"Itu penting. Kita boleh bagi barang dapur sehingga ke depan pintu tetapi Dr Raja boleh beri khidmat kedoktorannya sehingga atas katil orang yang tidak dapat bergerak.


"Saya minta Dr Raja berkhidmat di seluruh Port Dickson, mana sahaja ada masalah kesihatan kita minta Dr Raja ziarah mereka dan pastikan mereka mendapat perkhidmatan yang baik," katanya.


Beliau yang juga penyandang Menteri Besar Negeri Sembilan berkata, mungkin PN akan meletakkan calon profesional untuk menandingi calon Perpaduan, namun kelebihan calon KEADILAN seperti Dr Raja, katanya, telah pun teruji memberi khidmat bakti kepada masyarakat di Port Dickson.


"Saya nak ADUN berkhidmat dengan baik selepas ini. Inilah perpaduan kita. Kita nak servis rakyat Port Dickson ini. Saya nak beri khidmat kepada rakyat.


"Kita pastikan kemenangan di Port Dickson. Kita nak menang di DUN Chuah, di DUN Lukut, DUN Sri Tanjung, DUN Bagan Pinang, DUN Linggi. Ini menunjukkan kesefahaman kita," katanya.


Tegas Aminuddin, selepas ini Pakatan Harapan dan Barisan Nasional akan sederap dalam gerak kerja dan mahu bersatu padu mentadbir negeri.


"Dulu kita tak bersama. Saya dengan Datuk Faizal (Ketua Umno Bahagian) jarang jumpa.


"Sekarang dapat bersama satu pentas. Itu kita tak pernah terfikir. Kita kena berkerja dengan satu matlamat. Negara perlukan kita," katanya lagi.

HADAM PASAL MINYAK

 




Bidin Lotot


*Bagi mereka yangg selalu minta harga Minyak bila nak turun!!!So kamu hadamkan lah!!!


Minyak mentah berharga RM350 satu Barrel, dalam Satu Barrel Ada 120 liters (RM2.92 seliter,  mentah). To convert minyak mentah jadi petrol & diesel adalah melepasi 60%, Kos jadi RM350 + 60% = RM560. Kalau RM560 ÷ 120 liters (see Barrell) = RM4.67 seliter. Now di stesen petrol, yg pump Kuning harga RM2.05 seliter. Kita sudah enjoy sabsidi2 minyak sebanyak RM4.67 - RM2.05 = RM2.62. .. Kerajaan sudah tolong Kita bayar awal2 RM2.62 seliter .


Fikir- fikirkan lah.



HUH..HUH...

 


HAHAHAHA pas oh pas. pru15 dok ratib komunis cina komunis cina last last sampai ke China sign mou 🤣 walaun kena kencing

DAH JADI AHLI PARTI BANGKAI


 Patut la bukan main lagi hentam kerajaan dan Anwar. rupanya dah jadi walaun Abahkau.





PROKLAMASI MELAYU CUBA SELIT 17 NAMA UNTUK BERTANDING PRN ATAS TIKET PN?


Malam ini akan berlangsung majlis pengumuman calon-calon PN yang akan bertanding di Selangor.


Majlis akan berlangsung di Taman Medan dan akan hadiri oleh pimpinan utama parti-parti yang bergabung dalam PN.


Ini adalah majlis pengumuman calon yang pertama diadakan oleh PN dan bagi setiap negeri lain yang juga berlangsung PRN, majlis berbeza akan diadakan di tempat masing-masing pada waktu lain selepas ini.


Dengan pengumuman calon malam ini nanti, maka berakhirlah teka-teki siapa yang akan bertanding, siapa tercicir dan siapa yang terkeluar daripada senarai dalam usaha PN menawan negeri Selangor.


Apa yang menarik dalam hal ini, sehari sebelum majlis di Selangor itu berlangsung iaitu semalam, seorang pimpinan kanan PN difahamkan telah didatangi oleh “seorang utusan” Proklamasi Melayu yang diterajui oleh Tun Mahathir Mohamad.


Dalam perjumpaan tersebut, “utusan” Proklamasi Melayu itu difahamkan telah menyampaikan senarai 17 nama kepada pemimpin kanan PN itu untuk diselit dan dimasukkan sebagai calon bagi sama-sama mewakili gabungan blok pembangkang dalam PRN di enam negeri yang akan berlangsung nanti.


Ertinya, bagi setiap negeri yang berlangsung PRN nanti, Proklamasi Melayu cuba mahu meletakkan lebih kurang tiga calon mereka bagi setiap negeri.


Difahamkan lagi bahawa disebut oleh “utusan” Proklamasi Melayu itu bahawa senarai 17 nama itu ialah calon-calon yang dipilih dan telah dipersetujui oleh Tun Mahathir.


Pemimpin kanan PN yang ditemui “utusan” Proklamasi Melayu itu bagaimanapun dikatakan tidak memberi sebarang komitmen atas perkara tersebut.


Malah beliau diberitakan menyebut kepada “utusan” Proklamasi Melayu itu – “kami pun tak habis bergaduh lagi bab calon ini”.


Makna kata, dalam sibuk-sibuk bercakap soal Melayu, perlunya Melayu bersatu, Melayu akan terus terpinggir dan macam-macam lagi tentang Melayu, rupa-rupanya yang diutamakan bagi Proklamasi Melayu tetaplah juga kepentingan kerusi dalam pilihanraya.


Tak turut bertanding tak boleh ke?


Atau kalau mahu bertanding juga, kenapa Proklamasi Melayu tak guna kekuatan dan tiket sendiri?


Mengapa mesti mahu menumpang kekuatan PN?


Agak-agaknya apa jadi selepas ini jika tiada satu pun daripada 17 nama itu diterima oleh PN? – ShahbudinHusin 26/07/2023.


https://shahbudindotcom.net/


TERNYATA ANWAR TIDAK GENTAR


 

KISAH PRESIDEN SEBUAH PARTI YANG BUTA PERUT BILA DITEMURAMAH OLEH WARTAWAN.

 


Seorang wartawan menemuramah pemimpin parti yang akan bertanding dalam pilihanraya.


Wartawan (W): Bagaimana peluang parti datuk untuk pilihanraya akan datang ni?


Datuk (D): Kami yakin kami akan memang besar. Akan sapu bersih semua.


W: Bagaimana dengan tawaran parti datuk? Apakah polisi yang parti datuk akan perkenalkan?


D: Itu PMX jahat. Dia tak reti buat kerja. Walaupun inflasi menurun, pelaburan makin naik, tetap PMX tak buat kerja.


W: Ooo... Jadi... Apakah langkah drastik yang akan parti datuk ambil untuk menangani isu kos sara hidup ini?


D: Itu semua salah DAP. DAP ancam Melayu. DAP ancam Islam. Walaupun peruntukan untuk Islam di Penang lebih tinggi dari Kelantan, tetap DAP ancam Melayu Islam. Walaupun Penang Subuh dua kali, tetap Islam ditekan di Penang. Jahat depa ni.


W: Bagaimana dengan isu kenaikan harga barangan keperluan? Ramai yang mengeluh walaupun banyak barangan dah turun harga.


D: Itu semua depa dah plot. Depa nak perangkap saya. Depa memang nak penjarakan saya.


W: OK datuk. Terima kasih atas kerjasama. Sekian saja soalan daripada saya. Terima kasih.


W: (dalam hati) Mampui lagu ni. Cerita polisi takdak fakta pun takdak. Cerita dia hentam orang je. Dia ni politik cuma untuk mencerca je kot? Habis la negeri kalau set ni memerintah...


Disclaimer: Tulisan ini adalah rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan sesiapa sama ada yang telah hidup ataupun masih meninggal dunia. Guane boh?


 

Raja Gelap 



MENYAMPAIKAN PAS PELABURAN STRATEGIK.









Anwar Ibrahim.


 Seperti yang saya tekankan sebelum ini, kerajaan serius untuk terus menambah baik dan memperkasa ekosistem serta landskap pelaburan negara bagi mengekal dan menggalakkan lagi pelaburan langsung asing.


Hari ini, saya bersama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), YB Tengku Zafrul, telah menyampaikan Pas Pelabur Strategik dan Pekerja Nomad Digital dalam sektor pembuatan. 


Ia bertujuan menyemarakkan kemasukan pelaburan berkualiti dan mobiliti profesional digital dalam negara.


Terima kasih atas koordinasi yang baik antara MITI, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Komunikasi dan Digital, Jabatan Imigresen Malaysia, Malaysia Investment Development Authority (MIDA), Talent Corporation, dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). 


Semoga ekonomi Malaysia terus makmur dan mapan.


Invest in Malaysia, Invest in the Future!


#MalaysiaMADANI



HUHU.....

 



SELEPAS berjaya bawa Madir pulang ke pangkal jalan taring Hadi makin panjang.

Menikus anak-anak seluang.

🤣🤣🤣




PERPADUAN PENANG.