EKONOMI MADANI

 

Anwar Ibrahim




Esok saya akan meluncurkan "Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat" yang merupakan pengemudian dan pengarahan baharu ekonomi untuk menjamin masa depan negara. Nantikan, Insya-Allah. 


#MalaysiaMADANI


PAS MENIPU LAGI


Satu lagi pembohongan Pas untuk nak salahkan orang lain atas kelemahan mereka.  Pas keluar dari PR bukan kerana isu Langkah Kajang pun.  Alasan Pas keluar dari PR adalah kerana kononnya Dap tidak sokong agenda Pas untuk melaksanakan hudud dan RUU 355.  Waktu itu, di mana2 Pas ceramah, mereka akan tunggang isu RUU 355.  


Apabila diberi kuasa memerintah 33 bulan, tiada sekor lebai pun yang nak bercakap pasal RUU 355, bahkan mereka tidak kisah pun bila cabutan judi ditingkatkan dari 8 kali kepada 22 kali.  Hadi yang dulunya menyalak siang malam bercakap soal RUU 355, waktu dapat jawatan duta khas timur tengah, terus jadi syaitan bisu.  


Mahu salahkan orang lain lagikah?


WFAUZDIN NS




PN MANIPULASI DUA PEMIMPIN PDRM.


Adrian Lim


 Susulan pendakwaan Sanusi dalam kes menghina Tuanku Sultan Selangor, PN telah memainkan persepsi dan mengimplikasi dua pemimpin tertinggi PDRM, iaitu KPN Tan Sri Razarudin Husain dan TKPN Datuk Seri Ayob Khan.


1. Dibuat video edit dan zoom in muka TKPN DSAK merenung muka KPN TSRH

(Persepsi kononnyalah TKPN tidak selesa dengan kenyataan KPN)


2. Ditambah lagi video lama Sanusi peluk TKPN DSAK

(Persepsi kononnyalah KPN di belah Kerajaan Perpaduan manakala TKPN di belah Sanusi)


Sekali TKPN jawab pada hari ini.... "TIADA KONSPIRASI".


Macam tertelan batu pula walaun PN.


Amat jelas, puak walaun PN ini semakin ekstrem. Seolah-olah ada bibit-bibit kumpulan dot dot dot di luar negara.


Polis mereka langgar 

PM mereka langgar.

Sultan pun mereka langgar.


Apa lagi tidak mereka langgar?


Percayalah. Tidak mustahil suatu hari nanti, pulak ini akan menjadi lebih melampau sehingga tahap yang tidak mampu dikawal.




LAAAA...KENA SAMAN KA?




 Fitnah punya fitnah, dah sangkut. Sedap sangat dia buat cerita nak burukkan PH sampaikan Gelombang Hijau pun dia kata PH reka untuk takutkan pengundi bukan Melayu.


Tapi tak check fakta sebenar. Istilah itu mula-mula sekali lebai yang pakai. Jadi lebai yang sebenarnya nak takutkan pengundi bukan Melayu terhadap PN. Ye tak? Guane boh?


 

Raja Gelap 



FORMULA MANA YANG KATA MELAYU TAK SOKONG PH/BN....HABAQ MAI ?


 

ANAK MUDA BIJAK CERDIK SOKONG PERPADUAN


 

ANGKAT TANGAN SEORANG PENDERHAKA


 

PEMBOHONGAN PEMIMPIN PAS


 

HANGPA BODOWWW.- SANUSI KATA . BUKAN AKU KATA.

 

Gino Marvela.


Keduanya nak sentuh isu terkait kpd industri Elon Musk seperti Tesla & Starlink.


Macam2 yg rakyat Malaysia ni bualkan. Antaranya kenapa kita ada fasiliti 4G -5G...pengendali internet sprt Unifi,Maxis,Time dah ada tapi kenapa masih lg tak guna sedangkan kawasan universiti tu dalam kawasan jalur lebar sedia ada, kenapa harga mahal RM2300 & bayaran bulanan RM200 pd kelajuan 100mbp.


Ada ajelah yg tak puas hati, bila tak bawa masuk...di katakan nanti Anwar tak buat keje. Kita bawa masuk, di katakan sedia ada dh ada kenapa tak guna perkhidmatan sedia ada. 


Sebenarnya wahai kaum bangsa Malaysia ku oiiii, Starlink tu bawa masuk hanya 40 biji ja. Dan bukan nak letak kat rumah tok nenek hangpa masing- masing pun. Ia lebih praktikal nak guna Starlink ini di kawasan yg kurang liputan jalur lebar fiber & 4g. Memang menteri komunikasi umum 10 biji Starlink antaranya nak guna pd UITM. 


Ya, memang betul tak praktikal kalau guna di kawasan yg sedia ada buleh dapat unifi atau fiber telco yg lain. Tapi kita perlu ingat, bagaimana pula di pedalaman sprt Sarawak & Sabah ? 


Usah kata Sabah Sarawak, kami berkunjung di Selama Perak pun Celcom takda...Maxis takda...hantu kuning Digi pun lagilah takda. Tak payah jauh, kami berkampung di Batang Kali bawah Genting Highland pun dalam sejam Handphone kena beberapa kali restart pasai tiba- tiba coverage hilang. Bila tanya telco, asyik kata wayar tiang pencawang kena curi. 


Jadi apa salahnya kita peruntukkan Starlink buat anak- anak kita belajar di universiti dan keperluan mendesak di lokasi yg tiada capaian internet & tiada fiber...menara telco.


Lebih banyak yg masuk, kelak akan berlaku persaingan harga...jalur lebar fiber yang terhad di rural area buleh di minimakan. Sudah tentu manfaatnya akan pergi ke anak-anak kita yg belajar di luar sana.


Pernah lihat anak kita belajar atas pokok di Sabah Sarawak ? Bukankah kerap kali kita dengar kes sedemikian ? Kalau Starlink itu mahal & tak praktikal, jadi mana telco...tiang menara...wayar fiber & tiang utk membantu mereka ? Awat membisu ?


Ini bukan zaman nak bawa masuk projek dan sakau. Ini zaman di mana bawah Anwar ini semuanya di tumpukan kpd rakyat. Setakat nak sakau dari 40 biji Starlink tu, berapalah yang buleh dapat. 


Tu hat genset & tenaga solar ratus juta yang nak di pasang ke sekolah sedangkan tiang tnb 5 meter depan sekolah, di kebasnya lipat ganda. Awat masing2 membisu ?


EV Tesla buleh dapat pada harga RM160k, bawa masuk tanpa AP. Sudah tentu Malaysia letakkan syarat terlebih dahulu sebelom Elon Musk masuk. Pabila Elon sendiri setuju dgn syarat utamakan pekerja tempatan & vendor tempatan yang akan berkolaborasi dlm Malaysia, ini adalah peluang yg baik utk sektor pelaburan. Sikit masa lg sektor Mikro juga akan berkembang baik.


Kita nak bawa FDI untuk bantu pulihkan Malaysia dgn beban hutang RM1.5 trilion. Tapi Starlink kita kondem, Tesla kita kondem, Amazon kita kondem...duit orang kita nak!


Nak macam mana lg agaknya, cukup dengan kangkang saja & makan suap sampai kenyang ?



Ustazah Asma Harun dan Tauliah Perlis



Pro Media Tajdid.



Penceramah terkenal dalam negara iaitu Ustazah Asma Harun hadir ke Jabatan Mufti Perlis untuk ditemuduga tauliah mengajar di negeri Perlis. Walaupun telah dikenali di pelusuk negera, dengan rendah diri beliau juga hadir untuk ditemuduga. 


Kami mempunyai beberapa pandangan berbeza dengan beliau dalam beberapa masalah, bahkan AJK FATWA PERLIS juga pernah  mengeluarkan fatwa terhadap pandangan Ustazah Asma Harun yang bercanggah. Namun sikap beliau yang rendah diri untuk ditemuduga wajar dipuji BERKAITAN ISU INI. Sikap tidak ego begini wajar dicontohi.



CELARU,KELIRU,NYANYUK.....MANA SATU.??

 




MINDANYA semakin bercelaru dan keliru (nyanyuk?)

Kunun menentang rasuah tapi sokong perasuah.

Rupanya ini yang Hadi kata balik ke pangkal jalan.

Tiba2 wa terkenang tragedi Memali ...



PATUT TAK MAJU. CURI TULANG MASA KERJA.

 

Hanif M. Nor.







Patut la call xangkat wasap xbalas, rupanya xdok sorg rabuk staf dkt kaunter, pkul 9.13 masih tutup padahal waktu kerja 8.00pg...ambo masuk tunggu dlm 10minit baru tubik staff seorg tpi dia bukan jaga kaunter, nk cek detail report xboleh staff jaga kaunter cuti...bulih dio tinggal kaunter kosong gitu jah, teruk sunguh service aksb....call hq aksb 4 kali pn xangkat.... Mitok perutukan sapa 8 bilion, klu staro ni  bui 8 riya pade la


BUKAN MACAM SANUSI. SEMBANG BILLION BILLION- KEDAH NEGERI PALING BAWAH MISKIN.


 Ana Tahu


Ada pemimpin sembangnya banyak tapi hasilnya tiada, ada yang sembangnya kurang tapi kerjanya berhasil untuk rakyat…

.




UNTUNG PENEROKA. UNDI TAK JUGA...UNTANG BANYAK BANYAK..KERAJAAN BAYAR....BANYAK PUNYA SUBSIDI.



SANUSI TAHU MASA DEPAN DIA




Wang Xiang.


6 BULAN sebelum ditangkap polis,  Nusi dah tahu dia akan keluar kenyataan menghina Sultan Selangor pada 11/7 dan pada 12/7 orang ramai buat report dan 14/7 Ahli Majlis Raja buat report dan 18/7 polis akan tangkap dan tuduh di mahkamah.

Memang Nusi hebat .... dia tahu masa depan.

Anak2 seluang paham atau masih bengung?



INI KAH CONTOH PIMPINAN PAS ?


 

PRN Kedah: Undi anak muda mula beralih kepada PH - BN





Oleh: Abdullah Zaid



KEADILAN Kedah optimis sokongan pengundi muda sudah beralih kepada Kerajaan Perpaduan dan peralihan itu dijangka akan lebih signifikan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.



Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah, Dr Mohammed Taufiq Johari, hasil daripada data semasa yang diperolehi perubahan sokongan belia kepada gabungan PH - BN dilihat berbeza berbanding Pilihan Raya Umum ke15 lalu.



"Berbanding PRU15 kita berhadapan dalam keadaan (suasana) mengejut (pembubaran parlimen secara tiba-tiba) dan pengundi 18 adalah pengundi kali pertama.



"Jadi (dalam PRN ini) kita perbanyakkan program bersama anak muda dan menyentuh isu-isu belia termasuk bantuan kepada belia dan mendekati golongan mahasiswa.



"Ia secara tidak langsung menjana satu perubahan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan," katanya kepada Suara Keadilan.



Jelas Ahli Parlimen Sungai Petani itu, golongan belia di luar bandar juga disantuni oleh sayap pemuda KEADILAN melalui program bertemu rakyat melibatkan kerjasama ketua masyarakat setempat.



"Bagi pengundi muda di luar bandar, kami banyak melakukan program menyantuni mereka contoh (melibatkan) sukan dan e-sport.



"Ia juga melibatkan kerjasama pihak pemimpin (masyarakat) tempatan," ujarnya lagi.



Sementara itu, pada 21 Julai lalu, Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan 10 calon KEADILAN untuk DUN Kedah yang menampilkan beberapa penyandang dan muka baharu.



Selain Kedah, Pengerusi Pakatan Harapan itu juga menamakan 48 calon KEADILAN untuk bersaing di lima buah negeri, dengan misi mempertahankan pentadbiran Pakatan Harapan (PH), selain merampas sekurang kurangnya satu negeri yang disandang oleh gabungan PN.

 

Calon PRN: Presiden teguh hargai, beri peluang Wanita KEADILAN


 Oleh: Noraini Nordin


Lapan calon wanita yang diletakkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini biar pun menghadapi persaingan sengit 'faktor boleh menang' menentang barisan calon handalan Perikatan Nasional adalah merupakan satu penghormatan kepada Wanita KEADILAN.


Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Pusat, Noraini Nordin berkata, dengan menurunkan calon wanita tersebut memperlihatkan Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah meminggirkan Wanita KEADILAN dan berusaha sebaiknya memberi peluang kepada mereka dalam keadaan paling sukar sekali pun.


Khususnya, kata beliau di Negeri Sembilan yang mana dua daripada enam calonnya adalah wanita.


"Dalam PRN kali ini dua calon wanita dari Negeri Sembilan ditampilkan


"Kepercayaan ini adalah peluang yang sangat bernilai kerana daripada enam calon KEADILAN yang bertanding, dua daripadanya adalah wanita.


"Mereka ialah Tengku Zamrah Tengku Sulaiman bagi kerusi DUN Ampangan dan Noorzunita Begum Mohd Ibrahim di DUN Pilah.


"Meletakkan dua calon wanita daripada enam calon di Negeri Sembilan adalah sesuatu yang sangat bermakna bagi Wanita KEADILAN seluruhnya kerana dalam Pilihan Raya Umum ke 14 lalu, tiada calon wanita diberi peluang bertanding di negeri tersebut," kata Noraini dalam kenyataan hari ini.


Manakala dalam konteks lima lagi negeri pula, kata Pemangku Ketua Penerangan wanita KEADILAN Pusat itu, calon wanita tetap dibenarkan menggalas cabaran besar di DUN di mana ditempatkan mereka.


Katanya enam calon wanita yang lain adalah Sabrina Ahmad (DUN Jitra, Kedah), Nurhidayah Che Rose (DUN Sungai Bakap, Pulau Pinang), Naziratul Aini Muhamad Sayuti (DUN Pasir Tumboh, Kelantan), Juwairiya Zulkifli (DUN Hulu Kelang, Selangor), Pua Pei Ling (DUN Bukit Lanjan, Selangor) dan Erny Afrishah Azizi (DUN Sementa, Selangor).


"Atas kepercayaan yang diberikan oleh parti kali ini, Wanita KEADILAN berazam untuk bekerja bersungguh-sungguh dan mengerah keringat sehabis baik bagi memastikan kemenangan dapat digenggam dan harapan pucuk pimpinan tidak dikecewakan.


"Bagi Wanita KEADILAN kepercayaan dalam mengenengahkan calon-calon wanita ini adalah hadiah daripada pucuk pimpinan KEADILAN khususnya Presiden yang juga Perdana Menteri sendiri," katanya lagi.


KEADILAN meletakkan calon wanita agak terhad memandangkan PN dijangka meletakkan banyak calon berlatarbelakangkan agama dan naratif kempen yang dimainkan terlalu berunsur perkauman.

Elok jadi menteri hal ehwal Sanusi, Tiada komplot tangkap Sanusi, The 19...



1) SPRM siasat bekas menteri berhubung tahanan ahli perniagaan 2) Hamzah nak dedah surat? Dia cuba alih perhatian siasatan kes REE - Rafizi 3) Menteri KDN elok tukar jadi 'menteri hal ehwal Sanusi' - Ketua Pemuda PAS 4) Pemuda PAS Tasek Gelugor berang, desak Dominic undur diri dari kerusi Melayu 5) Dr Mahathir kembali ke pangkal perjuangan, Anwar teruskan perjalanan - Hadi 6) Jocelyn Chia sekali lagi perlekeh Malaysia, guna isu The 1975 7) The 1975 ‘cabut lari’ beberapa jam sebelum laporan polis diterima - Ayob 8) Tiada konspirasi dalam tangkapan terhadap Sanusi - Ayob Khan


Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Jawab Soalan Mengenai Isu 1975 & S...

(Terkini) Rafizi Raml: Ucapan Penuh Jelajah Perpaduan Dun Sri Tanjung PR...

MMMM...NI CELARU GAYANYA NI.

 

KOTA KINABALU: Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Panglima Hajiji Noor diminta agar memperjelaskan kedudukan dua timbalan Pengerusi GRS iaitu Presiden STAR Datuk Dr. Jeffery Kiringan dan Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee yang masih memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN).




Pengarah Komunikasi dan Strategik UMNO Sabah Datu Rosman Datu Ahir Zaman berkata pencerahan umum itu penting bagi mengelak kekeliruan.

Katanya ini kerana di peringkat negeri parti mereka adalah anggota gabungan GRS dan menyatakan sokongan kepada kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Datuk Seri Anwar Ibrahim namun dalam masa yang sama menjadi anggota tertinggi parti di pihak pembangkang PN.


Datu Rosman berkata demikian ketika

diminta mengulas pelantikan Jeffery dan Yong sebagai Timbalan Pengerusi (PN) sebagai mana yang tular di media sosial.


Sebelum ini, Ketua PGRS bahagian Sukau Datuk Juhari Janan berucap semasa pelancaran PGRS Bahagian Sukau dan Lamag yang dirasmikan oleh Hajiji juga turut “mendoakan kekalahan PH dan BN” dalam pilihanraya negeri (PRN) di enam buah negeri pada 12 ogos ini walaupun selepas itu membuat kenyataan media menafikan kenyataan tersebut.

Menurut Datu Rosman hanya orang “pekak” sahaja yang tidak boleh mendengar ucapan Juhari semasa majlis tersebut yang jelas menyebut “Jangan mimpi lagi, kita tengok PRN enam negeri, kalau mereka (PH/BN) kecundang disitulah petanda-petanda mereka akan lingkup dalam PRN di Semenanjung yang jelas menunjukkan PGRS sebenarnya tidak menyokong kerajaan Perpaduan.


Tambah Datu Rosman jika Hajiji gagal menjelaskan perkara itu kepada umum, ia jelas menunjukan PGRS sebenarnya tidak Ikhlas menyokong Kerajaan Perpaduan ditambah lagi dua pimpinan kanan dalam GRS juga menjadi anggota tertinggi (PN)

“Jika beginilah pendirian mereka (GRS) nyata mereka tidak Ikhlas dalam perjuangan, hanya menyatakan sokongan demi kepentingan peribadi dan politik mereka yang seharusnya ditolak oleh rakyat Sabah malah sebelum ini dari UMNO , mereka ke Bersatu, menyertai gabungan PN dan apabila PN tidak dapat membentuk kerajaan mereka terus menyokong PH merendahkan kredibiliti mereka sebagai pemimpin,” jelas Datu Rosman.