TERIMALAH HAKIKAT KERAJAAN YIDDIN TIADA MAJORITI, KEDUTAAN BERI AMARAN PKP/DARURAT AKAN LUMPUHKAN EKONOMI

 


NORMAN RADZUAN 

Hari ini pelbagai komen dari kedutaan di negara ini yg mengatakan tindakan darurat akn membuat ekonomi negara merudum dan byk syarikat besar dan kecil akn ditutup. Ia sgt2 membimbangkan kata mereka. Mereka meragui atas dasar keperluan apa darurat diperlukan?

Cuba kita flashback secara ringkas bagaimana Covid19 menjadi benteng ampuh utk kerajaan PN bertahan sehingga kini. Jelas apabila kerajaan PN ini stabil maka angka Covid19 pun dilihat menurun.

'Perdana Menteri Sidang Akhbar' sesekali muncul di kaca TV membaca teks pengumuman tanpa soal jawab walaupun dah hampir setahun menjadi PM. Betapa takutnya dia ingin bersoal jawab dgn wartawan apatah lagi wartawan luar negara.

Demi kuasa wang rakyat digunakan utk memberi segala jawatan dgn gaji puluhan ribu hingga ratusan ribu. Maka jadilah kabinet Muhyiddin kabinet obesiti dgn pelbagai pembaziran.

Utk mengelakkan pandangan negatif kpdnya, dia gunakan psikologi popular org Melayu iaitu berdoa. Org Melayu suka kalau bakal menantu boleh baca doa panjang. Maka berdoalah Muhyiddin kononnya inilah PM yg berjiwa Islamik.

Ketika Covid19 sdgkan merebak ke seluruh dunia... PN sibuk berpolitik merampas Perak, Melaka, Johor, Kedah dan kemuncaknya Sabah. Tapi bila pembangkang ingin melakukan perkara yg sama utk mengembalikan mandat rakyat, maka media lidah kerajaan setiap hari dari pagi hingga ke malam mencari Profesor2 Kangkung utk melahirkan persepsi kononnya pembangkang gila kuasa dan tidak fikir soal keselamatan rakyat.

Bermula dgn Anwar Ibrahim apabila mengumumkan pada penghujung Sep lalu beliau telah cukup majoriti. Dua hari selepas itu kes Covid naik mendadak. Setiap malam Anwar difitnah kononnya rakus, gila kuasa, tidak fikir nasib rakyat dan sebagainya.

Menghairankan pada Disember, org Selangor dan KL iaitu dua negeri Zone Merah di mana kes mencecah 1000 sehari masih dibenarkan rentas negeri. Seolah ada udang sebalik batu mengapa rentas negeri dibenarkan...nyata andaian saya itu benar dan terbukti skg... kes melonjak naik kerana pergerakan rentas negeri yg dibenarkan dari negeri Zon Merah.

Malaysia mencecah 4 angka setiap hari angkara tindakan agresif KKM membuat saringan. Bagi saya ia angka yg agak positif (angka yg relevan) berbanding Mac hingga Sep yg lalu. Sebabnya ketika Malaysia hanya mempunyai 10 ribu kes, Singapore telah mencecah 55 ribu kes ketika itu.

Sdgkan pintu sempadan negara sgt terbuka dari laut dan darat. Mustahil kita hanya mempunyai kes yg sedikit apatah lagi sempadan Malaysia dgn Filipina dan Indonesia di Borneo mudah ditembusi melalui jalan tikus atau 'jalan gajah' sekalipun.

Penghujung Dis angka seperti menurun.... tiba2 UMNO mengugut kerajaan PN. Klimaksnya lebih 130 Bahagian UMNO menolak utk bersama kerajaan PN dan mahu MP mereka meletakkan jawatan sebagai Menteri...angka kembali meningkat melebih 2 ribu sehingga mencapai 3ribu.

Sebenarnya bagi saya perancangan ini telah dilakukan dgn sgt sistematik. Covid19 dijadikan senjata ampuh dlm apa jua tindakan yg akn dilakukan.

Cuba anda perhatikan, desas desus Muhyiddin ingin membuat sidang akhbar sudah kita dgr pada hari Jumaat lagi. Yg lucunya dari hari Jumaat, hari Isnin baru pengumuman dibuat. Jika kritikal kenapa tidak dilakukan kadar segera pada Jumaat atau Sabtu.

Sebabnya mudah dlm masa 2/3 hari itu angka mesti menunjukkan ia tinggi utk mempengaruhi rakyat kenapa PKP dan darurat perlu dilakukan.

PKP diumumkan dgn pelbagai alasan. Rakyat terkejut... saya pula terkejut kerana sektor perkilangan, pembinaan dan beberapa lagi dibuka. Kemudian boleh pula satu family beriadah, boleh bersukan, berbasikal dan bermacam mcm lagi. Nampak mcm kerajaan ambil tindakan serius dgn melakukan PKP tetapi SOPnya sgt longgar... nampak tak game ni.

Rupanya PKP itu utk keesokan harinya diumumkan pula darurat... baru nampak real sikit tindakan kerajaan ini betul dan kononnya negara kita dlm saat kritikal. Maaf cakap, saat ini kekaguman saya kpd TS Noor Hisham sudah hampir tiada.

Kata2 Noor Hisham kes boleh melonjak 10ribu sehari pada Mac seperti mengiyakan kenapa perlu dilakukan darurat. Persoalannya bukankah pada Februari vaksin sudah berada di negara kita. Negara lain sibuk bicara soal vaksin kita kebelakang mahu PKP.

Sdgkan di mana suara TS Noor Hisham ketika PN ingin merampas Sabah? Di mana suara beliau ketika Selangor dan KL dlm kawasan Zone Merah , penduduknya bebas merentas negeri sesuka hati. Kenapa skg???

Sebagai individu diberikan kepercayaan sepatutnya Noor Hisham mengambil pendekatan mencegah dari awal bukannya bila parah mahu mengambil tindakan yg menyusahkan rakyat.

Berbalik kpd soal darurat...benar ada beberapa negara juga istihar darurat tetapi Parlimen mereka masih berfungsi. Jelas darurat politik negara kita utk Muhyiddin kekal sebagai kerajaan tanpa majoriti.

Ia sgt memalukan dan tidak bermaruah.Tak mengapalah... yg penting rakyat kena sedar dan ambil ikhtibar. Pengistiharan PKP dan darurat ini hanya menjahanamkan peniaga2 kecil/PKS.

Lihatlah bagaimana kilang, Mall, sektor pembinaan dan bebrapa lagi melibatkan tauke besar masih boleh beroperasi sepenuhnya. Mereka hanya menjaga tauke2 besar. Sedarlah rakyat... jgn tertipu kononnya atas nama agama dan bangsa yg menjadi modal utk mereka terus menipu.

Utk UMNO atau PH jika selepas ini mahu berpakat tidak boleh lagi main ugut atau istihar awal. Buat serangan hendap... dlm peperangan serangan hendap lebih berkesan ketika musuh sdg lalai.

Buat Muhyiddin sampai bila mahu lari... akhirnya kepenatan juga. Terima sahaja anda sudah tiada majoriti... tiada pemimpin mana2 negara di dunia ni mahu menerajui negara di kala dia tidak mempunyai majoriti.

Kita juga memohon utk lantikkan PM Interim kerana Muhyiddin telah kehilangan majoriti. Ia adalah baik utk negara. Kita bimbang sepanjang tahun ini bukan sahaja tiada pelabur malah pelabur yg ada lari ke negara jiran kerana tidak percaya kerajaan sudah tiada majoriti.

Kalian boleh bersetuju atau tidak dgn pandangan saya. Apa yg saya tulis lahir tulus dari isi hati saya. Barangkali benar barangkali sebaliknya.

 

Perdana Menteri Belanda dan Kabinet Letak Jawatan

 

MALAYSIA TIADA MAJORITI MASIH MAHU BERKUASA


NORMAN RADZUAN

Negara-negara Eropah mereka maju kerana pemikiran mereka maju. Jadi pemimpin politik tidak akn membuatkan mereka kaya. Mereka sgt bertanggungjawab walaupun kes hanya melibatkan kebajikan kanak-kanak.

Jauh berbeza dgn negara kita. Rompak lah harta rakyat ratus juta hingga berbillion tidak mendatangkan masalah. Malah dipanggil Bos ku.

Lebih parah negara kita hilang majoriti masih mahu menjadi PM. Sebab apa? Seronok menjadi 'Raja'. Seronok dgn kuasa boleh menjadi kata raya sdgkan kuasa itu amanah. Aneh pemikiran org Melayu. Mereka hanya takut Anwar, DAP, anjing, babi dan hantu.

Yg pemimpin2 penipu/pengkhianat itu tahu Anwar dan DAP itu hanyalah persepsi yg mudah utk menipu. Yg org bawahan yg mudah ditipu ini kenapa?

 

Image may contain: 3 people, text that says "Government in Netherlands Resigns After Benefit Scandal A parliamentary report concluded that tax authorities unfairly targeted poor families over child care benefits. Prime Minister Mark Rutte and his entire cabinet stepped down. f"






Perangai Muhyiddin Sejak Dulu Lagi

Reformasi 1998: ANWAR MASIH BERHUTANG DENGAN PEJUANG REFORMASI DAN HUTANG ITU HANYA TERBAYAR APABILA BELIAU MENJADI PM






Ada yang masih hidup tetapi ramai juga yang telah pergi sebelum dapat menyaksikan Anwsr dibebaskan dari penjara. Mereka itulah pejuang reformasi tulen yang tidak menuntut apa-apa kecuali ingin melihat Anwar dibebaskan dari penjara dan memimpin reformasi di dalam negara ini.

Kita yang masih bernyawa ini meneruskan perjuangan rakan-rakan kita yang telah pergi menemui Maha Pencipta. Anwar masih berhutang dengan mereka dan kita pula masih berhutang dengan Anwar kerana Anwar telah mengorbankan segalanya, diri dan keluarganya demi sebuah perjuangan reformasi yang kita idamkan.

 

Anwar telah alami penderitaan dan kesengsaraan. Anwar telah difitnah, dizalimi, diseksa, dipukul dan diaibkan bertahun-tahun. Insan yang telah melalui pengalaman buruk ini sudah pasti merasai keinsafan tentang erti kezaliman dan penderitaan. Sudah tentu beliau tidak mahu rakyat dizalimi dan derita kerana beliau telah merasainya.

 

Ayuh, kita tiada pilihan selain dari mengangkat tokoh ini untuk memimpin negara tercinta ini. Kita bantu Anwar untuk membayar segala hutangnya kepada pejuang reformasi terdahulu.

WFAUZDIN NS

 

Covid 19: Peniaga besar dapat bantuan, peniaga pasar malam dibiar merana


Kerajaan darurat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin digesa melihat nasib peniaga pasar malam dan uptown yang terjejas teruk berikutan larangan berniaga akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah berkata, kerajaan seharusnya memikirkan cara untuk mencari penyelesaian bagi membantu golongan penjaja kecil tersebut yang sejak Mac tahun lalu amat terjejas pendapatan mereka.

"Hari ini apa yang diumumkan kerajaan mereka (penjaja) kurang jelas, melibatkan isu PKP di mana peniaga pasar malam tak dibenar berniaga di bawah undang-undang dan sebagainya.

"Kerajaan Perikatan Nasional bersungguh-sungguh nak bela rakyat. Yang di-Pertuan Agong pun umum darurat sampai bulan Ogos. Ertinya kerajaan tak fikir politik, mereka utamakan nasib rakyat, terutama golongan miskin.

"Hari ini peniaga-peniaga pasar malam, uptown dan lain-lain dalam situasi yang susah. Kalau ambil situasi Perusahaan Kecil dan Sederhana mereka dapat pelbagai bantuan.

"Kilang ada 100 pekerja, umur 40 tahun ke bawah dapat bantuan Perkeso. 40% gaji dibayar Perkeso, umur 60 tahun ke atas 60% gaji dibayar Perkeso.

"Jadi kilang-kilang kurang beban. Bagaimana pula dengan peniaga kecil yang berniaga tepi jalan? Jangan fikir beri bantuan RM3,000 kepada yang ada lesen SSM masalah selesai," katanya dalam sidang media NGO berkenaan.

Menurut Rizduan, kerajaan darurat harus memikirkan satu bentuk pampasan sekiranya peniaga berterusan tidak dibenarkan berniaga.

Katanya, beliau yakin PKP akan berlanjutan sehingga negara memperolehi vaksin Covid 19 pada bulan Mac.

Sehingga tempoh itu peniaga telah kehabisan wang untuk membeli keperluan hidup.

"Saya yakin PKP tak berakhir dua minggu. Mungkin sampai Mac, tunggu vaksin atau lebih lama. Siapa nak beri mereka makan? Peniaga pasar malam belum dapat apa-apa lagi.

"Kerajaan perlu cari satu solusi termasuk Majlis Keselamatan Negara. Kami minta kaedah bagaimana mahu selesaikan. Golongan mewah dapat pelbagai pampasan dari kerajaan. Syarikat besar dapat geran bantuan dan sebagainya. Mereka boleh survive," katanya.

Selain itu, Mohd Rizduan juga mengingatkan kerajaan bahawa para penjaja juga adalah pengundi. Mereka dan keluarga akan menentukan arah sokongan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 nanti yang perlu diambil kira kerajaan memerintah sekarang.

"Kalau ambil kira penjaja seluruh Malaysia yang berdaftar 1.5 juta orang. Setiap keluarga ada 5 ahli keluarga. Berapa juta? Ini suara besar dan boleh menentukan kerajaan pada PRU 15.

"Saya minta tolong kepada Tan Sri Muhyiddin selesaikan masalah orang miskin ini.

"Kenapa pasar raya boleh buka, ada negeri pasar pagi (pasar basah) boleh beroperasi. Adakah Covid serang orang waktu malam sahaja?

"Golongan penjaja ini melibatkan lebih 1,000 tapak pasar malam. Mesti ada kaedah atau bajet membantu peniaga. Adakah tiap-tiap bulan kerajaan boleh beri RM3,000 pampasan untuk setiap peniaga atau sebagainya. Ini kita perlu kaji," katanya lagi.



Mengapa perlu gantung Parlimen, adakah Covid merebak waktu persidangan?

 


Perisytiharan darurat oleh Perdana Menteri (PM) Muhyiddin Yassin dengan menggantung persidangan Parlimen menimbulkan tanda tanya ketika badan perundangan seperti mahkamah dan eksekutif dibenarkan bergerak seperti biasa.

Ahli Dewan Negeri Selangor (ADN) Sentosa, Dr Gunaraj George berkata, menggantung Parlimen dan Dewan Undangan Negeri adalah tidak rasional kerana akan merosakkan fungsi sistem demokrasi.

"Apakah rasional Parlimen digantung tetapi kabinet ataupun badan eksekutif boleh berfungsi seperti biasa? Ini bermakna semua menteri tidak kehilangan kuasa dan boleh menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan.

"Begitu juga badan kehakiman boleh berfungsi seperti biasa. PM berkata tidak akan mencampuri urusan mahkamah tetapi darurat ini telah menghalang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri bersidang.

"Darurat (kononnya) dilaksanakan untuk mengawal Covid 19 sedangkan sudah terbukti dengan melaksanakan PKP dapat mengawal penularan Covid 19 pada PKP pertama tahun lalu. Ternyata pelaksanan darurat ini tidak selari dengan keadaan semasa di mana PKP telah dilaksanakan.

"Apakah niat sebenar kerajaan Perikatan Nasional (PN) berbuat demikian (gantung Parlimen)? Adakah kerana Wabak Covid-19 merebak melalui Persidangan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri? Sudah semestinya, tidak. Apakah rasional untuk mengganggu urusan Badan Perundangan?" tanyanya dalam satu kenyataan.

Menurut Ketua KEADILAN Cabang Kota Raja itu lagi, Mengantung badan perundangan ketika banyak sektor ekonomi beroperasi dan seluruh kabinet berkuasa seperti biasa akan menyebabkan tidak berlaku proses semak dan imbang dalam menguruskan wang rakyat.

Hal itu, katanya akan menyebakan sesebuah kerajaan darurat menjurus ke arah pemerintahan kuku besi tanpa proses semak dan imbang.

"Kerajaan darurat pimpinan Tan Sri Muhyiddin perlu berjiwa besar dan mempunyai "political will" untuk benar-benar meletakkan kepentingan negara melebihi daripada kepentingan peribadi.

"Usah berasa takut dan bimbang bahawa kerajaan PN akan tumbang jika persidangan Parlimen diadakan pada awal bulan Mac tahun ini jika kerajaan pimpinan PM mempunyai keabsahan dan majoriti di Parlimen.

"Adakah darurat ini diumumkan semata-mata untuk ‘political survival’ Muhyiddin Yassin dan kerajaan PN?" tanya beliau lagi.

Darurat yang menggantung Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dikritik hebat banyak pihak kerana anggota Dewan tidak lagi boleh bertanya perkembangan selanjutnya perancangan kerajaan atau kelemahan perlaksanaan dasar yang akan merugikan rakyat dalam jangka panjang.



Benarkan kedai makan beroperasi hingga 10 malam - Fahmi Fadzil



POSTED BY AMIR WLR

Kerajaan digesa supaya membenarkan kedai makan dan penghantaran makanan beroperasi sehingga 10 malam sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata ini berdasarkan kaji selidik yang dilakukannya di media sosial Twitter dan Instagram.

"Nampaknya ramai yang setuju kedai makan patut dibenarkan beroperasi sehingga 10 malam, untuk take away dan delivery," katanya.

Beliau juga mendapat maklum balas dari peniaga makanan kawasan Lembah Pantai yang meminta kerajaan melanjutkan tempoh beroperasi hingga 10 malam.

Katanya, tempoh antara 6 pagi dan 8 malam terlalu singkat untuk pekerja membeli makan malam dan untuk peniaga burger meraih pendapatan.

"Saya terima banyak pandangan termasuk dari warga Kg Kerinchi dan Pantai Dalam yang ada gerai burger dan kedai makan lain, yang minta dibenar beroperasi hingga 10 malam untuk take away dan delivery sahaja.

"Banyak gerai burger akan mula jam 5 hingga 6 petang, jadi tak banyak masa untuk mereka berniaga.

"Ramai juga yang kata bagi pekerja yang habis kerja jam 7 hingga 8 malam, tak cukup masa untuk mereka beli makanan," katanya.

 

RMK-12 bakal terkubur di bawah kerajaan PN?

 


Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang sepatutnya diumumkan pada bulan ini mungkin tidak akan dapat dibentangkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Akmal Nasir berkata ia gara-gara pelaksanaan darurat yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bermula 11 Januari 2021 hingga 1 Ogos 2021 dan dijangka memberi suatu malapetaka baru terhadap ekonomi negara.

"RMK-12 yang sepatutnya dibentangkan pada 6 Ogos 2020 kemudiannya ditunda kepada Januari 2021 dengan alasan bagi membolehkan ia dikaji semula susulan kesan ekonomi dunia akibat penularan wabak COVID-19.

"Walaupun hakikatnya antara punca penangguhan tersebut kerana berlakunya pertukaran kerajan akibat pengkhianatan ketika Langkah Sheraton yang lalu.

"Namun dengan melihat kepada kenyataan Perdana Menteri terkait hal darurat bahawa Parlimen dan Dewan Undangan Negeri tidak akan bersidang, ini akan menimbulkan persoalan berkenaan pembentangan RMK-12 serta sejauh mana hala tuju perancangan ekonomi mampan dapat direncanakan oleh kerajaan," katanya.

Akmal yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru menganggap pembentangan RMK-12 adalah penting kerana ia suatu pelan jangka sederhana bagi tempoh 5 tahun yang menetapkan sasaran perkembangan makro-ekonomi serta peruntukan pembangunan negara yang akan memacu ekonomi Malaysia keluar daripada belenggu ketidaktentuan ekonomi hari ini.

"Pembentangan ini amat penting dan menjadi tumpuan utama yang perlu diberi penekanan oleh Malaysia. Pembangunan ekonomi tidak lagi boleh dilaksanakan sebagaimana biasa jika ekonomi Malaysia ingin dilihat berdaya saing dan inklusif dalam tempoh lima tahun lagi yang sudah pastinya sangat kritikal. Suatu rencana ekonomi yang utuh perlu dibentangkan segera di Parlimen melalui RMK-12.

"Melihat kenyataan bahawa Parlimen tidak akan bersidang sepanjang tempoh darurat dilaksanakan, sudah pastinya pembentangan RMK-12 akan sekali lagi ditangguh dan ini akan memberi suatu cerminan kepada rakyat serta pelabur luar bahawa tiada suatu perancangan sistematik dan tuntas dalam mengembalikan ekonomi negara ke landasan yang sepatutnya.

"Kecelaruan dan kelemahan pentadbiran Kerajaan PN bukan sekadar memberi impak negatif kepada ekonomi untuk tempoh sementara waktu, tetapi mempunyai implikasi buruk untuk jangka sederhana dan panjang," katanya.

 


Sony ‘gulung tikar’ di Perai selepas 36 tahun beroperasi

 


Sony ‘gulung tikar’ di Perai selepas 36 tahun beroperasi

Kilang Sony di Pulau Pinang yang menghasilkan produk audio seperti walkman untuk pasaran eksport dan tempatan, akan ditutup September tahun depan selepas 36 tahun beroperasi.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Pembangunan Keusahawanan Halim Hussain berkata, penutupan kilang Sony di Perai itu menyebabkan hampir 3,400 pekerja akan diberhentikan.

Bercakap kepada FMT, beliau berkata 1,800 pekerja ialah penduduk tempatan manakala 1,600 terdiri daripada warga asing.

“Sebilangan pekerja ini akan dipindahkan ke kilang Sony di Bangi. Kerajaan negeri akan membantu mereka yang diberhentikan untuk mencari pekerjaan baru,” katanya.

Walaupun Sony belum mengeluarkan kenyataan, Halim berkata kilang itu akan ditutup secara berperingkat dan menghentikan operasi sepenuhnya pada September.

“Ini ialah sebahagian daripada rancangan Sony untuk menyusun semula operasinya secara global.”

Beliau percaya penutupan itu adalah proses sementara yang diperlukan, memandangkan persaingan sengit dalam industri pembuatan multinasional.

Halim berkata, negeri itu memperoleh pelaburan langsung asing (FDI) RM10 bilion tahun ini, lebih daripada 9,000 pekerjaan akan dijana dalam masa terdekat dan ada harapan bagi mereka yang diberhentikan.

FMT menghubungi Sony Malaysia untuk mendapatkan komen.



JADI MUFTI ELOK ELOK KAU NAK JADI AHLI POLITIK...LIHAT MACAMANA MUFTI UTARA..HARI HARI KENA LEKEH...SILA JAWAB..

 Bismillah...


SURAT TERBUKA KEPADA YB SENATOR  DATUK DR. ZULFIKRI MOHAMAD AL- BAKRI, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)


Assalamualaikum Wbth. YB Senator Dato Dr


1. Terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya YB Senator Dato Dr, terganggu dengan kehadiran surat terbuka ini.


2. Ringkasnya, surat ini adalah luahan pandangan dari diri saya sebagai hamba Allah yang dhaif lagi faqir ini berkaitan situasi suasana sepi di masjid dan surau buat masa sekarang ini.


3. Kami para jemaah masjid dan surau yang terjejas umumnya, maklum ijtihad ketetapan berkaitan S.O.P di masjid dan surau telah diambil dengan cermat dan sebaik mungkin.


4. Ini bagi memastikan untuk mengelakkan FITNAH timbul kluster baru dari mana-mana masjid atau surau dengan penyebaran jangkitan COVID-19 dalam kalangan jemaahnya.


5. Mohon maaf YB Senator Dato Dr, bagi kami yang jahil ini dengan menghalang atau membatasi kehadiran jemaah yang sangat tidak masuk akal untuk beribadat di Rumah Allah inilah FITNAH yang sebenarnya.


6. Kami percaya YB Senator Dato Dr, sendiri sangat sedia maklum bahawa pematuhan S.O.P penyekatan penularan COVID-19 oleh para jemaah adalah yang paling berdisiplin dan terbaik.


7. Kami tak pernah berlaga bahu, mematuhi jarak satu meter, masuk ke masjid / surau dengan penuh tertib. Lepas solat kami tidak duduk dekat-dekat bahkan tidak bersalaman seperti biasa.


8. Keadaannya jauh berbeza dengan apa yang kami sering lihat berlaku di Pasar Malam, pasaraya, restoran-restoran, kedai-kedai runcit yang jauh lebih ramai, bersesak-sesak dan seakan tiada S.O.P langsung.


9. Namun tidak pula kedengaran pembatasan kehadiran pengunjung pasar hanya di hadkan 40 orang sahaja, hanya AJK Pasar Malam sahaja yang boleh hadir. Kena bawa pinggan dan gelas sendiri dan sebagainya seperti seakan S.O.P di masjid dan surau.


10. Pengunjung tempat-tempat seperti ini juga datang dari pelbagai tempat yang kita tidak tahu status kesihatan mereka. Sedangkan kami ahli kariah dari kampung atau dari kawasan kejiranan perumahan yang kebanyakan tidak kemana sepanjang PKPB / PKPP ini. Maksud saya, biasanya jemaah masjid dan surau adalah orang yang sama sahaja. 


11. Kami tak pandai hendak berdalilkan nas Al-Quran ataupun Hadith untuk membenarkan situasi sepi yang menyedihkan ini berterusan bukan sahaja berlaku di negara kita bahkan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Sedih sangat masjid dan surau sepi tapi meriah di pasar dan restoran.


12. Namun kami yang jahil dan faqir ini yakin dengan kita semakin meramaikan kehadiran ke rumah Allah, untuk sama-sama berdoa, merayu dan merintih kepada Allah. Agar virus ini segera diangkat oleh Allah SWT itu lah yang terlebih baik. Bukankah DOA ITU SENJATA ORANG MUKMIN ?


13. YB Senator Dato Dr, kita sudah melihat dengan cara dan ikhtiar manusia selama ini tidak dapat menyelesaikan permasalahan ini secara tuntas. Bahkan sekarang semakin tinggi kes baharu setiap hari. 


14. Barangkali, Allah SWT hendak beritahu kita cukuplah selama ini kita hanya yakin dan banyak bergantung pada sesama manusia. Marilah kita lebih meyalini dan banyak bergantung hanya pada-Nya pula.


15. Kami bukan ingin mengingkari S.O.P yang telah ditetapkan, cuma biarlah jumlahnya kehadiran jemaah adalah mengikut size masjid dan surau sedia ada. Itu sahaja yang kami mohon YB Senator Dato Dr.


Kami yakin dengan kebijaksanaan dan kemuliaan YB Senator Dato Dr, dapat berlapang dada dengan permohonan kami yang dhaif ini.


Yang Dhaif dan Faqir,


Ustaz Hj Kamil Bin Sidek.

Jemaah Masjid Darul Falah,

Kampung Bukit Hijau,

Jeram, Selangor.


Mohon dengan sangat tolong sebarkan seluas mungkin hingga sampai ke tangan YB Senator Dato Dr. Zulfikri Mohamad Al-Bakri.



BIAR BETUL ORANG PUTRAJAYA QUPA INI?


 HAMDAN TAHA

Putra Jaya pemberian ayam percuma SEEKOR SAHAJA, adalah baik hantar ke rumah rumah atau ikut setempat. Saya tak sangka ekonomi kita orang melayu begitu berat....hanya kerana ayam seekor sop...pkp semua langar ...oleh siapa....oleh ahli parlimen dan parti yang memerintah....kerajaan la tu maksudnya.....macam mana lah kita nak menurunkan kes bila parti yang ada dalam kerajaan pun buat kerja bagus tapi bahlol


Kantoi! Najib dedah Menteri Agama edit posting Facebook Pagenya dan padamkan isu kontroversi berkaitan TH

 


Kantoi! Najib dedah Menteri Agama edit posting Facebook Pagenya dan padamkan isu kontroversi berkaitan TH

Ada yang tuduh posting Ketua PEMUDA UMNO yang saya kongsi tadi adalah fake news atau fitnah.

Kami bukan PH. Kami tak main benda macam fake news.

Posting dibuat Menteri Agama PN pada pukul 3:30pm petang semalam kata Menteri Kewangan dan Menteri Agama sedang berbincang untuk meminda Akta Tabung Haji berhubing jaminan kerajaan pada TH.

(Sejak dari dulu lagi, jaminan kerajaan bagi deposit TH adalah jaminan penuh.)

Posting PEMUDA yang saran kerajaan untuk jangan pinda akta TH dan jaminan kerajaan pula dibuat pada 9:30am pagi hari ini.

Namun Menteri Agama Edit posting dia 3 jam dahulu sekitar 4:30 petang tadi untuk padamkan dua perenggan mengenai perbincangan pinda jaminan kerajaan.

Takkan menulis secara begitu jelas sebegini bukan menunjukkan niat dan hanya sekadar typo sahaja?

“Antara yang dibincangkan adalah pelaksanaan model baharu operasi LTH, semakan semula ketetapan jaminan Kerajaan dan pindaan Akta 535.

Ini merupakan inisiatif berterusan Kerajaan di samping Pelan Pemulihan dan Penstrukturan LTH yang sedang dilaksanakan demi menjamin kelestarian LTH untuk jangka masa panjang serta memenuhi hasrat Kerajaan untuk LTH kembali kepada matlamat asal penubuhan.”

Boleh “view Edit History” sendiri kat posting dia:
https://www.facebook.com/654227084641097/posts/4029161717147600/?d=n

Sendiri tulis, kita bantah dan sendiri edit untuk padam tulisan tersebut.

Lalu, ada juga yang tuduh kita buat fake news?

Jangan tuduh kita buat fake news atau memfitnah sebab kita cuma pertahankan TH dan hak pendeposit supaya jaminan penuh kerajaan pada deposit TH tidak ditukar atau diturunkan.

APA NAK DIKATA, INILAH PM YANG BANYAK MENYUSAHKAN KITA….


 Perlaksanaan PKP 2.0 yang kemudian disusuli dengan perintah darurat sehingga 1 Ogos depan, selain menampakkan kegagalan Muhyiddin Yassin semakin di depan mata, rungutan dan rasa tidak puas hati rakyat pula boleh dikata hampir merata.

Bagi darurat, walaupun dihujahkan ia untuk menangani Covid19, realitinya ia lebih menampakkan untuk mengelakkan Muhyiddin daripada dijatuhkan.

Bukan lagi satu rahsia, cadangan darurat itu dikemukakan Muhyiddin kepada Yang Dipertuan Agong selepas seorang demi seorang Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadapnya serta menjelang UMNO mahu memuktamadkan putus hubungan dengan Bersatu dalam Perhimpunan Agungnya 31 Januari depan.

Sebelum darurat dilaksanakan, Najib Razak ada mengingatkan Muhyiddin kiranya perintah itu dipohon sekali lagi oleh Muhyiddin, ia tidak lain adalah bertujuan agar kerajaan PN terus kekal berkuasa.

Di samping terbukti permohonan darurat buat kali kedua dipohon oleh Muhyiddin, setelah kali pertama dulu ia ditolak, Najib juga mendedahkan hanya Malaysia satu-satunya negara dalam dunia yang menguatkuasakan darurat ketika Covid19 bersekali dengan penggantungan Parlimen.

Dengan itu, maksud politik di sebaliknya tidak perlu disangkal lagi dan pilihan terhormat bagi pemimpin yang hilang sokongan sepatutnya meletakkan jawatan, bukan mencadangkan kepada Agong agar darurat dikuatkuasakan.

Dalam hal ini, keterdesakan Muhyiddin mahu mengekalkan kuasa sehingga mengusulkan perlaksanaan darurat turut membuatkan Tun Mahathir Mohamad menggelarnya sebagai diktator.

Jika Tun Mahathir yang sebelum ini kerap digelar diktator telah menggelar Muhyiddin sebagai diktator, maka hampir 99 peratus benarlah hakikat itu.

Ini kerana hanya diktator kenal dengan pemimpin lain yang ada ciri-ciri diktator seperti yang pernah dikaitkan dengan dirinya.

Dalam perlaksanaan PKP 2.0 pula, di sebalik difahami ianya bertujuan membendung Covid19, peraturan yang dilihat berpilih-pilih turut sama menyerlahkan kegagalan Muhyiddin membela rakyat, terutama golongan B40.

Sementara gedung dan pasaraya besar, kedai perabot IKEA serta kedai barang kemas Habib Jewel, seperti dinyatakan Najib dalam laman sosialnya boleh terus dibuka, sedangkan ia bukan perniagaan barangan keperluan, banyak perniagaan kecil lain atau kaedah meniaga untuk golongan B40 mencari wang seperti pasar malam, tidak dibenarkan membuka perniagaan sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

Ini menimbulkan pertanyaan, golongan mana sebrnarnya yang menjadi keutamaan Muhyiddin untuk dibelanya – tauke besar yang sedia kaya raya atau rakyat marhaen yang kais pagi makan pagi sebagai sumber pendapatan mereka?

Kalau pun mereka hendak disuruh duduk di rumah, setidak-tidaknya sediakanlah bantuan kewangan yang sewajarnya dalam tempoh tidak boleh menjalankan perniagaan sekarang ini.

Di waktu yang sama, kedai makan dan restoran yang hanya dibenarkan meniaga sehingga jam 8.00 malam juga benar-benar menyekat pintu rezeki sebahagian lagi golongan B40.

Selain banyak restoran dilaporkan hilang pendapatan hampir 80 peratus kerana peraturan itu yang disertai larangan makan di kedai, kerajaan haruslah sedar bahawa ramai golongan B40 menjalankan perniagaan bermula pada waktu petang sebagai sumber rezeki seperti menjual burger, char kuew tiaw, sate dan sebagainya.

Restoran-restoran tomyam juga biasanya dibuka bermula pada waktu petang.

Dengan itu, jika pukul 8.00 malam sudah diarah tutup kedai, berapa lama dan bagaimana mereka mahu mencari rezeki?

Lagi pula, bagi kebanyakan orang Islam, waktu mereka membeli makanan untuk dibawa pulang bagi makan malam ialah selepas selesai menunaikan solat maghrib.

Maka, kenapa Muhyiddin, sebagai anak ulama, tidak boleh berfikir untuk melanjutkan tempoh perniagaan kedai makan, restoran, menjual burger, char kuew tiaw, sate dan sebagainya sekurang-kurangnya sehingga jam 10.00 malam?

Dalam tempoh darurat dan PKP 2.0 ini juga, kegagalan Muhyiddin tambah berganda dengan laporan beberapa syarikat antarabangsa besar seperti Toyota, Hyundai, Amazon, LG, pembuat bateri CATL bakal memindahkan pelaburan mereka hampir RM100 bilion ke Indonesia.

Tidak sukar menelah pindahnya semua syarikat besar itu adalah disebabkan ketidakyakinan mereka terhadap kepimpinan Muhyiddin, kestabilan politik negara dan kerajaan PN yang diterajuinya.

Kehilangan pelabur-pelabur tersebut bukan saja menjejaskan pendapatan negara, malah menyebabkan beribu-ribu rakyat hilang pekerjaan dan ini tidak mustahil mendorong ramai antara kita menyeberang ke Indonesia mencari kerja sepertimana mereka sekarang ini mencari rezeki ke negara kita.

Sebab itu, lagi lama beliau bertahan dengan kerapuhan kuasanya sekarang, bukan bertambah baik keadaan negara ini, bahkan akan memburuk dengan ekonomi bertambah malap, rakyat sukar mencari rezeki dan ramai yang hilang pekerjaan.

Pun begitu, Malaysia ini agak bertuah kerana mempunyai Agong sebagai ketua negara yang baik, merendah diri, cakna kepada rakyat terutama jika ada malapetaka melanda, nak diharapkan Muhyiddin, beliau boleh dikata tidak berguna apa-apa untuk memberi kesejahteraan kepada kita semua.

Sewaktu PKP 1.0 dahulu di mana beliau sering menyebut hanya ingin menjaga rakyat dan tidak mengutamakan politik, sebaliknya ketika itu jugalah beliau memecat dan menyingkirkan semua musuh-musuh politiknya dengan cara yang keras dan tidak memberi muka.

Di ketika PKP 2.0 dan darurat ini pula, hanya setelah dua hari berlalu, beliau jugalah yang pertama sekali mempengerusikan mesyuarat politik PN Johor, sambil membuat beberapa perlantikan untuk mengukuhkan kedudukan gabungan tersebut.

Dengan selalu cakap tak serupa bikin, disertai dengan deretan kegagalan dan lebih banyak membawa kesusahan daripada kesenangan kepada rakyat, termasuk mencadangkan darurat ketika sokongan terhadapnya makin tiada, Muhyiddin dengan ini adalah Perdana Menteri terburuk dalam sejarah negara.

 (Shahbudindotcom 16/01/2021)



Peniaga pasar malam berang larangan berniaga dalam tempoh PKP 2.0

 


Peniaga pasar malam berang larangan berniaga dalam tempoh PKP 2.0

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah menggesa kerajaan membenarkan golongan peniaga pasar malam meneruskan operasi sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP).

Katanya, dia menjangkakan PKP akan berlanjutan lebih lama daripada tempoh dua minggu, sedangkan peniaga pasar malam yang tidak memperoleh pendapatan tinggi pasti terkesan jika terus tidak dibenarkan berniaga.

Katanya, sekiranya peniaga masih tak dibenarkan berniaga dalam tempoh tiga bulan dari sekarang, dia dan peniaga-peniaga pasar malam akan berkumpul di hadapan pejabat perdana menteri bagi menyuarakan tuntutan mereka.

“Kita akan tunggu keputusan kerajaan pusat macam mana, sama ada peniaga pasar malam boleh meniaga atau pun tak boleh.

“Kalau PKP dilanjutkan sehingga bulan Mac, sekiranya mereka (peniaga) tak dapat berniaga, kita akan ramai-ramai tunggu depan pejabat perdana menteri. Kita mintalah apa yang kita nak minta.

“Sebab waktu pilihan raya mereka minta undi kita, kita dah bagi. Jadi hari ini kita nak minta dari kerajaan, apa yang boleh bantu kita,” katanya dalam sidang media di Semenyih, Selangor.

Sekiranya peniaga pasar malam – termasuk bazar malam – memang tidak akan dibenarkan untuk berniaga sepanjang PKP, Ridzuan mencadangkan kerajaan memberikan pampasan buat mereka yang kehilangan punca pendapatan.

Sidang media itu turut disertai pengerusi persatuan peniaga-peniaga kecil Selangor, Nozhar Che Nor yang mencadangkan prosedur operasi standard (SOP) sama seperti PKP kali pertama dahulu diguna pakai kali ini.

Katanya, penyelaras dan peniaga pasar malam berjaya mematuhi SOP – seperti mengasingkan jalan keluar dan masuk, memeriksa suhu, memastikan pemakaian pelitup muka dan pensanitasi tangan – sehingga tidak ada kluster pasar malam tercetus dalam jangkitan Covid-19.

Kerajaan mengumumkan PKP dilaksanakan di Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Sabah, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, untuk tempoh 14 hari bermula 13 Jan sehingga 26 Jan bagi mengawal penularan wabak Covid-19.

Negeri-negeri lain pula terlibat dalam PKP bersyarat (PKPB) dan PKP pemulihan (PKPP), berdasarkan kadar jangkitan negeri masing-masing.

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob, operasi pasar malam dan bazar malam adalah tidak dibenarkan sepanjang PKP 2.0.

Sementara itu, seorang peniaga pasar malam, Fadzil Abdul Aziz, memohon kerajaan mempertimbangkan kemelut dihadapi peniaga pasar malam, dan memberi jaminan untuk mematuhi SOP yang ditetapkan sekiranya mereka dibenarkan berniaga semula, seperti yang telah dibuktikan semasa pelaksanaan PKP sebelum ini.

Meskipun mengakui dalam musim Covid-19 ini, pendapatannya terjejas gara-gara bilangan pengunjung jatuh merudum, setidak-tidaknya, katanya, mereka boleh meneruskan hidup untuk menanggung keluarga dan komitmen berbanding tidak berniaga langsung.

“Kalau tuan-tuan tak boleh bantu kami dari segi kewangan, bagilah kami sendiri mencari rezeki kami. Janganlah tutup jalan kami.

“Saya harap pihak-pihak berkenaan, tolonglah, berilah kerjasama. Berilah kelapangan bagi pihak kami untuk meniaga balik. Kami pun ada banyak perkara nak kena selesai,” kata peniaga laksa dan mi jawa sejak 30 tahun lalu, yang sebelum ini berniaga pasar malam di Kajang.

PKP mula dilaksanakan kali pertama pada 18 Mac tahn lalu, sebelum dilongarkan secara berperingkat menerusi PKPB dan PKPP.

Tahun lalu, dalam PKP 1.0, pasar malam dibenarkan beroperasi semula bermula 15 Jun, dalam fasa PKPP yang bermula 10 Jun 2020, dengan syarat mematuhi SOP ketat yang disediakan.



SAHIH UMNO DIPINGGIRKAN...

 

Selepas isytihar darurat, Muhyiddin pengerusikan mesyuarat PN Johor tanpa libatkan Umno

Selepas isytihar darurat, Muhyiddin pengerusikan mesyuarat PN Johor tanpa libatkan Umno

YAB Tan Sri Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin pagi tadi telah mempengerusikan mesyuarat pertama Badan Perhubungan Parti Perikatan Nasional Negeri Johor secara atas talian.

Mesyuarat yang disertai oleh barisan pimpinan PAS dan BERSATU Negeri Johor telah membuat beberapa ketetapan penting iaitu pembentukan struktur PN Negeri Johor dengan perlantikan Ustaz Haji Abdullah Bin Husin dan

YB Senator Ir. Haji Nasir Bin Hashim sebagai Naib Pengerusi, YB Dato’ Dr. Sahruddin Bin Haji Jamal sebagai Setiausaha, Encik Ahmad Al Johari Bin Mohd Yusof sebagai Penolong Setiausaha, YB Datuk Dr. Haji Abd Latiff Bin Ahmad sebagai Bendahari, Encik Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil sebagai Ketua Penerangan, Puan Hajah Azlinda Bt Abd Latif sebagai Ketua Wanita dan Ustaz Ahmad Nawfal Bin Dato’ Haji Mahfodz sebagai Ketua Pemuda.

Banyak perkara telah dibincangkan dengan tumpuan utama diberikan kepada strategi dan pendekatan PN Johor untuk terus secara konsisten, membela nasib dan kebajikan rakyat, khususnya rakyat negeri Johor.

Semua pimpinan PN Johor telah menyatakan harapan besar agar PN Johor dapat mencetuskan gelombang penyatuan yang kukuh demi kemaslahatan negara dan ummah.