Pakatan baharu akan muncul lebih tenguh, mantap – Anwar


Pakatan baharu akan muncul lebih tenguh, mantap – Anwar

Pakatan baharu akan muncul lebih tenguh, mantap – Anwar

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim – yang membawa tiga parti berlainan ideologi duduk semeja – kekal optimis dengan masa depan pembangkang sekalipun Pakatan Rakyat sudah berkubur.

Beliau, yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun, percaya pembangkang akan lebih kuat selepas “disusun semula dengan kekuatan baru”.

“Saya percaya bahawa Pembangkang, setelah disusun semula dengan kekuatan baharu termasuk NGO-NGO, akan muncul bersatu dan lebih kuat selepas ini.

“Yakinlah, saya tidak akan sesekali meninggalkan perjuangan ini selagi nyawa dikandung badan,” katanya dalam satu perutusan melalui peguamnya yang diedarkan oleh PKR.

Sedar beberapa perkara berlaku mutakhir ini, Anwar berkata niat dan semangat pembangkang untuk menyelematkan Malaysia daripada dakwaan kepincangan tatakelola dan autoritarianisme BN terus utuh.

Beliau berkata tekanan dan ketegangan dalam Pakatan Rakyat adalah fitrah sebuah gabungan politik yang telus dan demokratik dan tidak bermakna ia tidak boleh diselesaikan dan mengatasi masalah yang dihadapi.

“Kita sekarang sedang berusaha untuk menjalin kesepakatan yang lebih kukuh dan yang kekal, supaya rakyat dapat diberi khidmat yang lebih baik.

“Pada masa yang sama, walau apa pun, pembangkang masih berfungsi dan teguh di peringkat kerajaan-kerajaan negeri dan Parlimen,” katanya .

Sehubungan itu, beliau menggesa teman-teman seperjuangan di dalam parti pembangkang dan juga rakyat untuk terus bergerak dalam perjuangan sehingga kemenangan dikecapi dan Malaysia diselamatkan.

RM6.3 bilion pelaburan ditarik keluar, ringgit tertekan



RM6.3 bilion pelaburan ditarik keluar, ringgit tertekan

RM6.3 bilion pelaburan ditarik keluar, ringgit tertekan

Oleh: Selena Tay

Nilai matawang Ringgit telah jatuh merudum, iaitu 1 Dolar Amerika bersamaan dengan RM3.76 dan 1 Dolar Singapura bersamaan dengan RM2.80.
Penulis telah mewawancara dua orang usahawan; seorang pelabur asing dan seorang ahli usahawan tempatan dan kedua-dua mereka berkata kejatuhan nilai Ringgit adalah disebabkan oleh apa yang boleh dilabelkan sebagai ‘krisis keyakinan’.
Mereka berkata bahawa masalah 1MDB memberi kesan yang buruk kepada iklim pelaburan di Malaysia kerana sudah jelas isu itu gagal ditangani dengan baik. Selain daripada itu, 1MDB sedang mengalami masalah aliran wang tunai.

Kedua-dua para pelabur ini juga menjelaskan bahawa perhatian para usahawan kini tertumpu kepada ‘pihak ini dan pihak itu’ yang telah melabur wang dalam 1MDB demi membantu syarikat berkenaan membayar faedah atas hutang RM42 bilion itu.

“Situasi tak cantik. Ia merunsingkan kita para pelabur.

“Justeru itu, kalau masalah 1MDB terus berkekalan, mungkin adalah lebih baik untuk melabur di negara jiran yang mempunyai iklim pelaburan yang lebih ceria,” kata seorang usahawan tempatan
Setakat ini, pelabur asing telah mengeluarkan jumlah pelaburan dari Malaysia sejumlah RM6.3 bilion dari Januari ke Jun tahun ini, walhal untuk sepanjang tahun lalu, jumlah pelaburan asing yang mengalir keluar hanyalah RM6.9 bilion.

Ayah sokong parti baharu jika masih hidup – Faiz Fadzil


Ayah sokong parti baharu jika masih hidup – Faiz Fadzil

Ayah sokong parti baharu jika masih hidup – Faiz Fadzil

Anak kepada bekas presiden PAS, Muhammad Faiz Fadzil yakin jika bapanya Datuk Fadzil Mohd Noor masih hidup, beliau akan menyokong parti baharu yang sedang dalam proses pembentukan.
Faiz mengulas video Youtube yang disebarkan di laman sosial bagi menunjukkan Fadzil akan menentang penubuhan parti baharu sekiranya masih hidup.

“Anda mungkin tak setuju dengan saya, tapi saya percaya Ustaz Fadzil Noor (UFN) pasti menyokong parti baharu yang didokongi oleh pemimpin yang dilahirkannya yang banyak berjasa kepada karier perjuangannya,” tulis Faiz dalam laman Facebooknya hari ini.

“Parti baharu adalah meneruskan perjuangan UFN walau berlainan.”

Menurut Faiz, ayahnya satu-satunya pemimpin zaman 70-an yang menentang kemasukan PAS ke dalam Barisan Nasional (BN) semasa pemerintahan perdana menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein.

Katanya, Fadzil pada ketika itu beralih untuk bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, termasuk menjadikan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) kumpulan pendesak Islam yang kuat di negara ini.
“Dia kembali aktif bersama PAS setelah PAS ditendang keluar daripada BN dan sertai PRU 1978 sehingga sanggup dibuang kerja dari UTM. Jelas perjuangan UFN istiqamah menentang Umno-BN dan mahu tubuhkan kerajaan.

“Sebab itu UFN merencana pelbagai strategi politik termasuk menarik golongan profesional menyertai PAS, memadamkan fahaman ahli terhadap Amanat Hadi dan Tahaluf dengan Angkatan Perpaduan Ummah dan Barisan Alternatif,” katanya merujuk kerjasama PAS dengan parti politik lain sebelum ini.

Menurut Faiz, video yeng disebarkan mengenai Fadzil menyebut pemimpin yang gilakan jawatan sampai sanggup tubuh parti baru, menjelaskan keadaan ketika itu.

“Itu keadaan ketika itu. Tapi keadaan sekarang lain. Ahli dan rakyat yang nakkan parti baru kerana PAS sekarang sudah terpesong daripada peta perjuangan menentang Umno-BN.

“Dalam keadaan rakyat dahagakan sebuah pemerintahan baru yang bersih adil dan berkebajikan melibatkan penyertaan semua kaum, maka parti baru yang memperjuangkan semua prinsip Islam ini dan aspirasi rakyat adalah menjadi wajib,” katanya.

Beliau yakin parti baharu yang bakal dipimpin G-18, kumpulan yang tewas dalam pemilihan PAS baru-baru ini, akan terus mendaulatkan Islam.

“Insya Allah parti baru ini akan terus menentang Umno-BN, mendaulatkan Islam dan akhirnya menyelamatkan ahli PAS yang masih keliru dengan halatuju politik PAS sekarang,” katanya.

‘The New Hope and Dream’, gelombang politik baru profesional PAS

‘The New Hope and Dream’, gelombang politik baru profesional PAS

‘The New Hope and Dream’, gelombang politik baru profesional PAS

‘The New Hope and Dream’, gelombang politik baru profesional PAS

Pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan PAS baru-baru ini menyifatkan kekalahan mereka secara blok dalam pemilihan itu menjadi “rahmat yang terselindung” apabila ia membuka ruang membina sesuatu lebih kukuh untuk Malaysia selepas ini.

Setiausaha jawatankuasa bertindak kumpulan 18 (G18) yang tewas itu, Dr Dzulkefly Ahmad berkata penyingkiran mereka menyebabkan satu wadah baharu yang lebih kukuh dan inklusif dibina untuk semua rakyat Malaysia.

“Sejak sekian lama kita bergaduh dalam PAS dengan pendekatan dan pandangan yang berbeza berhubung beberapa perkara, sekarang kita bebas untuk membentuk wadah baharu lebih inklusif untuk semua rakyat negara ini,” katanya kepada The Malaysian Insider.

G18 mengadakan pertemuan pertama di Muar, Johor pada 16 Jun lalu dan membentuk jawatankuasa bertindak di kalangan mereka.
Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang gagal mempertahankan jawatannya dipilih sebagai pengerusi kumpulan ini sementara bekas Naib Presiden Salahudin Ayub dilantik menjadi timbalan manakala bekas Ketua Pemuda Suhaizan Kaiat sebagai penolong setiausahanya.

Semua ahli G18 yang lain dilantik sebagai ahli jawatankuasa (AJK) badan bertindak ini.

Dzulkefly berkata badan ini akan menggabungkan semua masyarakat sivil di negara ini terutama badan bukan kerajaan (NGO) Islam bagi membentuk satu wadah baharu politik Malaysia berteraskan Islam yang lebih progresif berbanding parti lama mereka.

“Kami yakin wadah ini akan lebih diterima masyarakat Malaysia kerana sifatnya yang inklusif dalam sebuah negara berbilang agama dan bangsa ini,” katanya yang juga bekas ketua pegawai eksekutif Pusat Penyelidikan PAS itu.

Selain bersatu dengan PKR dan DAP, wadah baharu itu akan menghimpun semua NGO Islam di Malaysia yang mempunyai cita-cita sama.

Dzulkefly bagaimanapun berkata, beliau dan pimpinan G18 akan mengambil pendekatan tidak akan berkonfrontasi atau menjadikan parti lama mereka iaitu PAS sebagai musuh.

“Kita akan melihat masa depan dan cuba melupakan perbezaan pendapat kita dalam PAS. Kita akan membawa gagasan masa depan dan lupakan masalah lama kita,” katanya.

Dzulkefly berkata, sepanjang Ramadan ini kumpulan berkenaan akan mengadakan mesyuarat bersama pertubuhan Islam dan bukan Islam serta pemimpin masyarkat di seluruh negara bagi menjelaskan peranan pergerakan itu.

Pengumuman lanjut, katanya hanya akan dibuat selepas sambutan Aidilfitri dan selepas mendapat maklum balas daripada akar umbi serta pertubuhan yang berkaitan.

Menurut laporan, kumpulan itu juga merancang untuk menganjurkan pameran bergerak di seluruh negara dan akan menyokong kempen “Harapan Baru” atau “The New Hope and Dream” selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Kenyataan Yang Boleh Membuat Ulamak-Ulamak PAS seperti Orang Gila Talak

 

 

CATATAN: MAT IDERA PEJUANG KEMERDEKAAN




Dengan Kenyataan dari Ketua Angkatan Muda Keadilan Nik Nazmi Nik Ahmad yang mengatakan bahawa Kenyataan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Dr. Afif Bahardin bahawa Pakatan Rakyat (PR) masih Wujud bukan nya Kenyataan Rasmi dari Sayap Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, rasa nya kenyataan tersebut sudah cukup untuk Menyedarkan Pemimipin PAS yang masih mengatakan bahawa PR masih Wujud atau pun yang mengatakan PR cuma dalam keadaan Pengsan... kah kah kah !.booooo


Sebenarnya beb Pemimpin PAS tahu yang PR sudah MAMPOS namun saja aje buat-buat Bodoh dengan Lawak Tengok Kamus Dewan Bahasa, kerana Pemimpin PAS cukup Mengharapkan yang PR Tetap Wujud demi Merealisasikan Kemenangan PAS di Negeri Pantai Barat Semenanjung. Walaupun Mulut Longkang Pemimpin PAS mengatakan Bertanding dalam Pilihan Raya bukan bermaktlamatkan Kemenangan semata-mata. Namun Kemenangan itu yang dia orang harapkan... kah kah kah !.booooooo



Seboleh-boleh nya Pemimpin PAS mahukan PR jangan Mampos kerana dengan PR PAS Mampu dan Boleh Menempa Kejayaan di Negeri Pantai Barat  Insya'allah... walaupun Pemimpin terutama nya yang berstatus Ulamak mengatakan bahawa Jika Allah SWT mahukan PAS Menang maka PAS akan Menang andai nya PAS sendirian sekalipun. Itu cakap dalam Muktamar boleh lah beb... Pung Pang Pung Pang... konon hendak bertanding semua Kerusi yang DAP bertanding lah bagai... kah kah kah !...booooo



Kalau betul Yakin dengan kata-kata jika Allah SWT mahukan PAS Menang maka PAS akan Menang walaupun bersendirian, kenapa tak suruh aje Pemimpin PAS berstatus Ulamak dan Lebai-Lebai Mercun yang banyak berkumpul dekat Negeri Pantai Timur bertanding kat Negeri Pantai Barat. Setidak-tidak nya dia orang boleh juga Berdakwah ditambah lagi Bertanding dalam Pilihan Raya bukan untuk Kemenangan semata-mata... tunjukan yang lu orang Berani dan tidak Munafik... kah kah kah !...boooooo



Jangan Ahli PAS sahaja disuruh Yakin... Jihad... Berkorban Apa Saja... Istiqamah Hingga Kemenangan tapi lu orang Pemimpin PAS berstatus Ulama' dan Lebai-Lebai Mercun hanya Pakai Air Basi aje, buktikan yang kata-kata Jika Allah SWT mahukan PAS Menang maka PAS akan Menang walaupun Bersendirian. Kenapa harus Takut Kalah jika konon nya Yakin dengan Ketentuan Allah SWT. Cukup-cukup lah Memperbodohkan Ahli PAS wahai Ulamak PAS dan Lebai Mercun... kah kah kah !.booooooooooo



Nak cari Deposit Calon pun Tin Milo dan Ahli PAS jadi Mangsa lagi mahu Sembang Kencang beb... sedangkan PAS bukan nya seperti PAS ditahun-tahun 50an... 60an... 70an... 80an... 90an... atau pun dalam tahun-tahun 2000. Tetapi PAS sekarang berada di tahun 2015 beb... jika Pemimpin sudah ada Kemajuan sepatunya PAS pun ikut sama Maju dengan memberi Manafaat kepada Ahli PAS. Bukan hendak menafikan perlu nya Sumbangan Ahli PAS tetapi bagaimana dengan Pemimpin... kah kah kah !.booooooooo



Jika ditahun-tahun Pra-Sejarah mungkin lah yang Sumbangan daripada Ahli sangat-sangat Diperlukan bagi Menggerakan Organisasi PAS, sebab masa itu pun Pemimpin PAS bergerak menggunakan Kereta Sewa atau pun Bas Lompat... tapi sekarang sudah tidak seperti dizaman tersebut lagi... usahkan kenderaan tapi Nombor Kenderaan pun sudah Canggih dengan hanya Dua Angka aja... Alhamdulillah... yang gua cukup Hot ialah Kemunafikan Pemimpin PAS berstatus Ulamak... kah kah kah !.boooooooooo



Kemunafikan sudah lebih kurang aje dengan Pemimpin Umno... kalau Pemimipin Umno itu memang sepatutnya lah sebab semasa Umno dilahirkan oleh Inggeris Penjajah dikatakan Sifat munafik tu Kembar kepada Umno... ini PAS beb... Parti Islam SeMalaysia... tapi Perangai lebih kurang aje macam United Munafikun National Organisation (UMNO)... fitnah kepada Ahli... Menipu Ahli konon nya Yakin yang Umno tidak menipu berkaitan RUU... sedangkan ianya hanya Sandiwara... kah kah kah !.boooooooooooooo



Mungkin ramai yang tak nampak RUU yang konon nya Yakin Umno akan Menyokong adalah Sandiwara Tuang Presideng untuk Mempengaruhi Perwakilan PAS Atas Pagar, dan susulan dari Sambungan Episod Sandiwara tersebut buat pulak Usul yang dikatakan hanya baru Cadangan dari Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) iaitu Kerjasama Politik Dengan DAP Dibatalkan. Bila Disuruh lakasanakan Cadangan mula lah belit sana belit sini macam Belitan yang kat kepala dia orang tu... kah kah kah !.boooooooooo



Lepas tu sibuk cakap yang  PR masih Wujud lah...Pengsan lah... macam-macam... nak duduk dalam PR tapi nak buat PR macam Harta Mak Bapak dia orang yang punya... Masyuarat tak nak datang... Keputusan Masyuarat tak mahu di ikut... kalau tak mahu ikut sepatutnya buat lagi Masyuarat untuk batalkan Keputusan awal... kemudian cakap pulak kalau DAP dan PKR boleh buat kenapa PAS tak boleh... tak ke Tolol namanya nak samakan DAP dan PKR dengan PAS sebuah Parti Islam... kah kah kah !.boooooooooo



Elok lah pun jika ada Parti Islam yang Baru hendak ditubuhkan... jika terpaksa Berhijrah kena Berhijrah beb... jika sudah Rumah yang ada sekarang Dipenuhi oleh Orang-Orang Gila walaupun nampak Tak Gila. Boleh lah kata untuk Menyedapkan Hati Ahli PAS bahawa Parti Serpihan PAS tidak akan lama Hayat Hidup nya dengan mengambil Contoh Berjasa dan Hamim. Itu cerita Zaman Pra-Sejarah yang mana dimasa itu Ulamak dan Pak Lebai naik Kereta Sewa dan Bas Lompat...kah kah kah !.booooooooooo



Gua yakin yang jika ada Parti Islam Baru yang ditubuhkan dan ianya disertai oleh Bekas Pemimpin-Pemimpin PAS yang Kalah Teruk akibat Kempen Kotor dalam Pemilihan PAS yang lalu Insya'allah akan ada Sambutan dalam Pilihan Raya, dengan Syarat ianya disertai oleh Bekas Pemimpin PAS tersebut dan bukan nya Pemimpin seperti Ibrahim Ali ke atau sebagai nya. Tapi kena lah Yakin jangan seperti Ulama' PAS tu yang konon nya kata Yakin, tapi bila suruh buat mula lah Belit... kah kah kah !.boooooooo



hemmmmm..... presiden pkr tak kata pr dah bubar cuma cakap tak berfungsi secara rasmi...tak kan itu tak faham lagi... umpama nyawa yang sedang dibantu oleh mesin untuk hidup... kah kah kah !.booooooooo

Nik Nazmi dan timbalannya bercanggah pendirian isu kewujudan PR


 | June 21, 2015 
 
 
Kenyataan Dr Afif Bahardin yang bercanggah dengan kenyataan Presiden PKR bukan pendirian rasmi AMK.
Nik-Nazmi-Nik-Ahmad_afif-bahardin_600


PETALING JAYA: Dua pemimpin tertinggi Angkatan Muda Keadilan (AMK) tidak sependapat berhubung perpecahan Pakatan Rakyat (PR) dan mengeluarkan kenyataan berbeza.

Percanggahan itu membuktikan PKR berpecah kepada dua kumpulan yang menyokong dan tidak menyokong kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Pada Sabtu, Timbalan Ketua AMK Dr Afif Bahardin membuat sidang media memaklumkan PR masih wujud dan masih berfungsi sehingga pilihan raya akan datang.

Katanya, tiga parti dalam PR tidak sepatutnya membuat kenyataan pakatan pembangkang sudah tidak wujud sebaliknya perlu berbincang kerana PR dipilih oleh rakyat.

Dia berkata, PR masih boleh diselamatkan jika pemimpin ketiga-tiga parti berbincang.

Jelasnya, rakyat yang memilih dan rakyat juga akan akan menentukan masa depan PR selepas pilihan raya.

Kenyataan EXCO Pulau Pinang itu disanggah oleh Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad yang berkata, kenyataan itu bukan pendirian AMK.

Katanya, AMK berpegang kepada keputusan Presiden PKR, bahawa PR secara rasmi sudah tidak berfungsi.

“AMK selaku sayap parti mendukung kenyataan rasmi parti menerusi Presiden dan dibincang dalam Biro Politik KEADILAN Pusat yang turut dianggotai Ketua AMK dalam isu ini,” katanya menerusi kenyataan media pada Ahad.

PKR terhimpit dalam krisis antara DAP-Pas dan setiap keputusan yang dibuat oleh parti itu khususnya Menteri Besar Selangor selaku Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali akan memberi kesan besar terhadap kerajaan Selangor dan Pulau Pinang.

Sebelum ini, pendirian Azmin terhadap status dan kedudukan sebenar PR juga kelihatan berbeza dengan keputusan Biro Politik.

Pertembungan antara Islam dan sekular tumbangkan 3 gabungan pembangkang


Pertelingkahan PAS-DAP dilihat sebagai pertembungan antara Islam dan ideologi sekular, sama seperti perjuangan dilalui Malaysia, sebagai sebuah negara, dalam arena politik selama berdekad lamanya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Jun, 2015. 

Pertelingkahan PAS-DAP dilihat sebagai pertembungan antara Islam dan ideologi sekular, sama seperti perjuangan dilalui Malaysia, sebagai sebuah negara, dalam arena politik selama berdekad lamanya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Jun, 2015.
Minggu lalu, parti dalam Pakatan Rakyat (PR) mengumumkan pakatan pembangkang itu tidak lagi wujud – selepas hampir setahun melalui satu hubungan yang berantakan.

PAS boleh dikatakan memulakan segalanya apabila memutuskan ikatan dengan DAP menerusi usul yang diluluskan tanpa bahas dalam muktamar tahunan parti yang menyaksikan jawatan dalam pemilihan disapu bersih golongan konservatif.

DAP bertindak balas dan mengumumkan hubungan kerjasama 7 tahun antara mereka sudah berakhir.


Keesokan harinya, PKR yang tiada pilihan lain, kemudiannya mengatakan PR “tidak lagi berfungsi secara rasmi”. Tetapi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tegas menyatakan PR tidak mati.

Ketika rakyat Malaysia memikirkan apa yang mungkin berlaku – PR dilihat sangat hampir (paling hampir dalam sejarah) mengakhiri pemerintahan Barisan Nasional (BN) – tetapi keadaan itu bagaimanapun bukan kali pertama berlaku.

Pertelingkahan PAS-DAP dilihat sebagai pertembungan antara Islam dan ideologi sekular – perjuangan sama dilalui Malaysia, sebagai sebuah negara, dalam arena politik selama berdekad lamanya.

PR ialah pembangkang peringkat persekutuan yang ke-4 terkubur sejak kemerdekaan. The Malaysian Insider melihat kepada gabungan lain sebelum PR dan sejauh mana kejayaan mereka.

Barisan Sosialis Rakyat Malaya (1958-1969)

Barisan sosialis ini merupakan gabungan pembangkang yang paling lama bertahan dalam sejarah Malaysia, iaitu 11 tahun, tetapi memberi kesan yang minimum dalam politik negara.
Ia gabungan 2 parti, terdiri daripada Partai Rakyat Malaysia (PRM) dan Parti Buruh Malaya (LPM).

Ia ditubuhkan pada 1958 dan memenangi 8 kerusi menerusi pilihan raya umum 1959, hanya 2 tahun selepas Malaya memperoleh kemerdekaan daripada British.

Dalam pilihan raya 1964, jumlah kerusi yang dimenanginya turun kepada hanya 2 dan tidak lama selepas itu, ia dibubarkan selepas pilihan raya 1969 yang penuh pertelingkahan, apabila Perikatan pada masa itu hilang majoriti dua pertiga buat pertama kalinya.

PRM bagaimanapun tidak termasuk parti yang untung besar ketika pembangkang menang besar ketika itu. Sambil DAP, Gerakan dan PAS meraih undian, PRM tidak menang walau 1 kerusi pun.
LPM dibubarkan sebagai parti pada 1969, mengakhiri barisan itu.

Gagasan Rakyat/Angkatan Perpaduan Ummah (1990-1995)

Gabungan ini mungkin yang paling banyak membawa harapan sebelum PR, kerana ia merupakan pakatan pelbagai parti, termasuk satu lagi parti Melayu-Islam.

Tidak lama selepas sekumpulan besar pemimpin Umno keluar parti dan membentuk Semangat 46 diketuai Tengku Razaleigh Hamzah, parti itu menubuhkan Gagasan Rakyat dengan PRM dan DAP untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) 1990.

Pada masa sama, beberapa parti majoriti orang Islam – antaranya S46, PAS, Bersama dan Hamim berpadu menubuhkan APU, satu pakatan parti Islam.

DAP menang 20 kerusi Parlimen dalam pilihan raya itu, sementara Semangat 46 menang 8 dan PAS menang 7 kerusi.

APU yang dianggotai Semangat 46 dan PAS menyapu bersih semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan untuk membentuk kerajaan di sana. Tetapi APU menghadapi masalah bekerja bersama di Kelantan, sementara Gagasan Rakyat bergaduh mengenai siapa yang patut menjadi ketua pembangkang di Parlimen.

Lim Kit Siang, yang mengetuai DAP dengan jumlah kerusi Parlimen terbesar pada masa itu, diminta memberikan laluan kepada calon Melayu Bumiputera memegang jawatan ketua pembangkang.
Tetapi hubungan itu musnah apabila sensitiviti antara PAS dan DAP tidak dapat ditangani, dan Gagasan Rakyat dibubarkan sejurus sebelum pilihan raya 1995.

Barisan Alternatif (1999-2004)

Ia jelmaan PR yang sebelum ini bertahan hanya 2 tahun, selepas pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, timbalan perdana menteri yang disingkirkan. Penyokong dan ahli keluarga Anwar menubuhkan Keadilan, yang kemudiannya mengajak PAS dan DAP sebagai sekutu dalam PRU 1999.

Gabungan itu merugikan DAP apabila 2 pemimpin besar mereka, Lim Kit Siang dan Karpal Singh, hilang kerusi Parlimen masing-masing berikutan sensitiviti dalam kerjasama antara parti itu dengan PAS.

PAS menang besar, menawan Kelantan dan Terengganu, dan menjadi parti pembangkang terbesar dengan 27 kerusi Parlimen. Keadilan hanya berjaya mendapat 5 kerusi, sementara DAP berpuas hati dengan 10 kerusi.

Dengan 3 lagi kerusi dari Sabah, Barisan Alternatif (BA) memperoleh 45 kerusi Parlimen. Tetapi apabila pertelingkahan dalaman mula berlaku, pencapaian DAP yang merosot menyebabkan parti itu memutuskan hubungan dengan BA pada 2001.

BA bertahan pada PRU 2004, tetapi hanya berjaya memperoleh 8 kerusi dan Kamaruddin Jaafar daripada PAS dilantik sebagai ketua pembangkang.

DAP, berdiri sendiri, menang 12 kerusi, ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi, perdana menteri pada masa itu, berdepan PRU pertama sebagai presiden Umno dan turut mendapat pulangan besar.

Pakatan Rakyat (2008-2015)

PR lahir sebelum PRU 2008, sebagai antisipasi kembalinya Anwar secara aktif ke dalam arena politik. Isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mengetuai gabungan pembangkang, berjaya mencipta sejarah memecahkan tembok majoriti dua pertiga kerajaan Barisan Nasional (BN) di Parlimen.

PR menang 82 daripada 222 kerusi Parlimen, dan merampas 5 negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kelantan dan negeri paling kaya, Selangor.

PR membina pencapaian yang kuat di semua negeri yang ditadbirnya – kecuali Perak yang kemudiannya diambil alih BN – terutama Selangor dan Pulau Pinang, ketika mara ke PRU 2013 dengan Anwar menjadi ketua pembangkang, kira-kira 15 tahun selepas penyingkiran dan pemenjaraannya.

Walaupun menang undi popular, kali pertama dalam sejarah Malaysia, pada 53%, PR hanya berjaya menang 89 kerusi Parlimen.
Mereka kekal di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan tetapi tanda-tanda perpecahan kelihatan ketika Hadi sebagai presiden PAS meletakkan calonnya di kerusi yang diperuntukkan kepada PKR, menyebabkan pertindihan dan pertandingan 3 penjuru, terutama di beberapa kerusi DUN.

Selepas impian PR menawan kuasa persekutuan berakhir, ikatan antara ketiga-tiga parti hancur dan retak menanti belah semakin jelas.

Campur tangan PAS dalam krisis menteri besar Selangor pada 2014 memulakan siri beberapa insiden yang menamatkan PR sebagai gabungan di peringkat kebangsaan, kurang setahun selepas itu.
Cita-cita PAS melaksanakan undang-undang jenayah Islam atau hudud di Kelantan, tidak disenangi DAP, yang mencetuskan perbalahan antara 2 parti itu.

PAS akhirnya mengambil keputusan memutuskan hubungan dan kerjasama dengan DAP, dan parti demokratik itu kemudiannya mengumumkan PR sudah tiba di penghujungnya.

Percanggahan ideologi

Tetapi tema serupa nampaknya wujud dalam 3 gabungan terakhir yang gagal itu, yang menjadi asas percanggahan iaitu pertembungan antara ideologi sekular dan Islam.

Ini dinyatakan salah seorang ahli progresif PAS, Khalid Samad, yang tewas dalam pemilihan pada muktamar baru-baru ini.

“Nampaknya ada perubahan dalam aliran pemikiran dalam PAS. Mereka kini berfikir, bagaimana jika kita menang kuasa persekutuan dan majoriti ahli Parlimen kita bukan Melayu Islam?” katanya.

“Tetapi itu bukan aliran pemikiran yang asal (ketika menyertai PR). Ideanya ialah, jumlah ahli Parlimen Melayu Islam tidak menjadi hal, kerana majoriti dalam Parlimen tetap diwakili Melayu Islam,” katanya.
Pemerhati dan pemain utama dalam arena politik semuanya memberi isyarat akan wujudnya satu lagi gabungan menjelang PRU 2018, sambil kerajaan BN perlu gigih berusaha mengembalikan popularitinya yang merudum sejak 7 tahun lalu.

Pakatan sebegini berjaya dalam aspirasinya menjatuhkan kerajaan persekutuan sebanyak 3 kali sebelum ini – menggunakan Tengku Razaleigh dan pasukannya yang berhijrah daripada Umno, pemenjaraan Anwar dan juga kembalinya Anwar aktif di medan politik.

Tetapi, mempunyai musuh yang sama bukan merupakan faktor kejayaan gerakan itu, dan dengan berakhirnya PR, ia semakin mengukuhkan lagi fakta itu.

Apa yang diperlukan ialah satu gabungan dengan asas ideologi yang sama pada terasnya – dan matlamatnya tidak sepatutnya hanya untuk menenggelamkan BN semata-mata. – 21 Jun, 2015.

Dedah pengambilalihan projek 3B TNB dari 1MDB


tnb1mdb
Semasa perbahasan Khamis lalu untuk meminda Akta Bekalan Elektrik (1990), saya bertanya kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili, berhubung statu terkini Projek 3B, arang batu 2000MW dipecat projek loji kuasa yang diberikan kepada 1MDB (70%) dan Mitsui (30%).

Suruhanjaya Tenaga sepatutnya mengumumkan keputusan pada Februari, namun tiada tidakkemas sehingga kenyataan Menteri pada Khamis.

Dalam jawapannya, Menteri mengesahkan bahawa kabinet telah memiberikan kelulusan bagi TNB untuk mengambil alih Projek 3B dari 1MDB. Beliau juga mengesahkan bahawa hanya “semakan kecil” kepada tarif kuasa yang diberikan projek itu lewat enam bulan dan kadar pertukaran berubah sejak projek itu mula-mula diberikan kepada 1MDB.

Menteri tidak mendedahkan terma pembelian Projek 3B oleh TNB dari 1MDB memetik bahawa ia adalah berdasarkan kesanggupan ‘penjual – pembeli’.

Jawapan Menteri sama sekali tidak boleh diterima kerana sebab-sebab berikut:

Pertama, kerana 1MDB adalah 100% syarikat milik Kementerian Kewangan dan menjadi tajuk berita nasional dan antarabangsa dan kerana TNB adalah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang merupakan salah satu entiti senaraian awam yang terbesar di Bursa Saham KL, ada kepentingan awam dipertaruhkan dari segi syarat-syarat yang ditawarkan sebagai pertukaran Projek 3B.

Cara yang tidak teratur di mana Menteri membuat pengumuman ini – kerajaan tidak diberitahu oleh TNB mengenai keputusannya – mencipta ketidaktentuan yang besar dalam pasaran saham dan menyebabkan harga saham TNB jatuh sebanyak 50 sen daripada RM13.10 toRM12.60 pada hari pengumuman kerana kebimbangan bahawa TNB telah diminta untuk “bail-out” 1MDB.

Hanya selepas Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Azman Mohd, mengeluarkan kenyataan untuk meyakinkan orang ramai bahawa TNB tidak akan membayar premium untuk 70% kepentingan 1MDB dalam Projek 3B, adakah harga saham TNB pulih kepada RM12.86 pada hari berikutnya.

Demi ketelusan dan untuk meyakinkan pasaran, Menteri perlu mendedahkan atau meminta TNB mendedahkan terma perjanjian antara TNB dan 1MDB atas penjualan Projek 3B.

Kedua, Menteri tidak boleh lepas tangan daripada perjanjian Projek 3B TNB-1MDB menggunakan “pembeli-sanggup–penjual sanggup” atas alasan bahawa lesen Projek 3B adalah di bawah Suruhanjaya Tenaga.

Suruhanjaya Tenaga mempunyai hak untuk mendenda 1MDB kerana tidak dapat memulakan Projek 3B mengikut masa dan mempunyai hak untuk memindahkan lesen kepada TNB.

Malah, salah satu sebab-sebab pindaan kepada Akta Bekalan Elektrik (Seksyen 9B khususnya) adalah untuk meningkatkan kuasa Suruhanjaya Tenaga terhadap pihak yang telah diberikan lesen untuk menjana tenaga elektrik.

Pihak yang terlibat dengan urusniaga penjanaan elektrik iaitu pemegang lesen perlu tahu sekiranya Suruhanjaya Tenaga bersedia untuk mengenakan denda kepada mereka yang gagal patuh, sesuai dengan syarat-syarat dalam perjanjian pelesenan. Tanpa mendedahkan butiran ini kepada awam, pemegang lesen lain akan memikirkan bahawa mereka boleh ‘lari’ atau menangguhkan tindakan dalam memenuhi perjanjian pelesenan.

Oleh itu, untuk kedua-dua sebab, Menteri perlu mengarahkan pendedahan penuh berkenaan pengambilalihan kepentingan 1MDB oleh TNB dalam Projek 3B serta denda yang dikenakan ke atas 1MBD akibat daripada ketidakupayaan meneruskan projek tersebut.

Dr Ong Kian Ming adalah Ahli Parlimen Serdang

Akar Umbi Mahu Parti Islam Yang Baharu, Pakatan Yang Baharu Tanpa PAS...

GREENBOC


Tuan-tuan mahu parti baru?'

Anak bekas presiden Pas, Faiz Fadzil berjanji untuk 'membawa' gemuruh tepukan hadirin dalam majlis forum malam tadi kepada Mohamad Sabu sebagai salah satu input sebelum keputusan mengenai pembentukan parti baru dibuat.

"Tuan-tuan masih mahu PAS? Kalau tak mahu, buka parti baru," katanya.

Sebaik saja ungkapan itu diajukan, hadirin membalasnya dengan tepukan yang gemuruh.

"Kalau tuan-tuan nak parti baru, kita akan bincangkan. Tepukan malam ini saya kena lapor kepada Abang Mat (Mohamad Sabu)," katanya sambil ketawa.

Bagaimanapun, tanpa menjeaskan butiran lanjut, Faiz berkata, beliau akan membawa 'tepukan' itu kepada "pemimpin" kumpulan profesional yang disingkirkan perwakilan dalam muktamar PAS lalu, iatu Mohamad Sabu.

Faiz bercakap dalam forum Apa Selepas Muktamar PAS di Dewan Perhimpunan Cina Negeri Sembilan malam tadi.

Turut hadir, Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong, pemimpin PKR Low Chee Chong dan penganalisis Lim Hong Siang.

Faiz yang turut gagal dalam cubaannya menempatkan diri dalam Jawatankuasa Pemuda PAS berkata kegagalan pemimpin PAS, DAP dan PKR menangani isu Pakatan Rakyat telah membawa kepada perpecahan gabungan itu.

"Saya tidak nafi isu (putus hubungan dengan DAP) dibawa oleh PAS. Kita ada Majlis Presiden tetapi ia tidak dapat berfungsi dengan baik sehingga memecahkan Pakatan Rakyat," katanya.

Walaupun Pakatan dikatakan berkubur, Faiz berkata, pakatan pembangkang masih hidup malah beliau percaya satu gabungan baru mungkin ditubuhkan selepas ini.

ULASAN GB

kempen pemilihan muktamar kali ke 16 akan tetap terpahat dalam sejarah sebagai kempen pemilihan paling jijik. Kempen jijik ini diterajui oleh mereka yang bergelar ulamak.

Memfitnah, mencaci-maki, melabel, menggunakan cai - kesemuanya "dihalalkan" oleh pimpinan PAS Pusat tanpa sebarang sekatan untuk memenangkan kumpulan ulama.

Sekalipun pimpinan PAS Pusatmenutup matanya, namun Allah itu tidak buta dan tidak lalai.

Sekalipun kumpulan profesional dihina dan difitnah namun Allah akan tetap memelihara mereka dan memberi mereka ruang baru untuk mengangkat dan menjulang martabat Islam seperti yang pernah mereka lakukan untuk PAS dengan slogan PAS FOR ALL.

Akar umbi di mana-mana pun kini menyuarakan tetang perlunya sebuah parti Islam yang baru bagi menggantikan PAS yang sudah busuk akibat dari perbuatan ulamak yang khiaanat, yang celupar, yang gila jawatan dan gila kuasa.

InsyaAllah, para pemimpin profesional kini sedang membuat pemantauan dan kajian. Lepas raya nanti, insyaAllah, kita akan mempunyai sebuah parti islam yang lain selain dari PAS. Kita bukan ada parti Islam baharu, malah kita akan ada Pakatan Rakyat yang baharu.

Jangan bimbang walaupun orang kata umurnya mungkin tak lama kerana umur PAS pun belum tentu panjang. Jika perjalanan parti islam yang baru itu betul tidak sebab Allah tidak "memanjangkan umurnya". Dan jika perjalanan PAS sudah tidak betul, tiada sebab Alllah tidak "memendekkan umurnya". Itu hukum kebenaran dan keadilan yang telah Allah janjikan melalui "sunnatullahNya".

DAH BANYAK KALI DAH CAKAP.....DALAM DEWAN PENAKUT NAK MAMPOSSS.....




GENDANG PERANG

PR Baru Akan Dihidupkan Semula Dengan Pilihan Bersama Atau Tanpa Penyertaan Pas

 

 

 

shahbudin.com


Dua tiga hari lalu politik negara agak gempar dengan berita seolah-olah Pakatan Rakyat tidak wujud lagi. Sudah ada juga yang mula bertepuk tangan dan mengeluarkan kenyataan "lebih lajak dari laju" dengan mengatakan Kerajaan Selangor akan bertukar tangan, Exconya perlu segera meletakkan jawatan, kemungkinan pilihanraya negeri dan sebagainya lagi.

Ia berikutan tindakan DAP mengatakan keputusan Pas memutuskan hubungan dengan parti itu dalam muktamarnya adalah makna yang jelas bahawa tidak wujud lagi pakatan pembangkang yang ditubuhkah sejak 2008 lalu itu dikatakan tidak saja memberi kesan di Pulau Pinang tetapi juga di Selangor.

Bagaimanapun Pas mengatakan PR masih wujud kerana tiada sesiapa yang keluar daripada gabungan itu, melainkan hanya wujud masalah antara Pas dengan DAP sahaja. Sama seperti DAP yang tidak mengumumkan ia keluar daripada PR meskipun menyatakan gabungan itu tidak wujud lagi, Pas  juga bertegas mahu terus kekal bersama gabungan itu.

Dalam keputusan selepas mesyuarat Biro Politiknya pula, walaupun PKR mengakui secara formal gabungan itu sudah mati tetapi menggambarkannya kerjasama yang wujud selepas ini sebagai perkahwinan poligami yang sudah bercerai, namun kekal sebagai kawan.

Dalam masa yang sama, ketiga-tiga parti juga komited untuk mengekalkan kerajaan pembangkang di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

Dengan ini ribut-ribut dalam PR ini hanyalah umpama air berkocak dalam cawan saja. Ia barangkali sekadar "latihan" untuk saling memperbaiki diri, memperbetul kesilapan dan mencari cermin untuk saling melihat diri sendiri. Mungkin juga sekadar usikan atau "geli-geli" untuk UMNO, BN dan Najib yang sedang menghadapi tekanan daripada banyak penjuru ketika ini.

Sejak ketiadaan Anwar yang kini merengkok di penjara, hubungan Pas dengan DAP diakui tidak lagi seharmoni dulu. Pas tidak saja bermasalah dengan  DAP, tetapi juga bermasam muka dengan kelompok profesional dalam partinya sendiri.

Seolah-olah perjuangan Islam itu hanya milik kumpulan ulama dan kunci pintu syurga juga dipegang oleh mereka, Muktamar Pas baru-baru ini tidak saja menyaksikan ketetapan Dewan Ulama diterima tanpa bahas untuk memutuskan hubungan dengan DAP, bahkan kumpulan profesional, progresif dan bukan ulama juga disingkirkan terus daripada kepimpinan parti itu.

Selepas berakhir muktamar pula, tindakan membawa haluan masing-masing antara kumpulan profesional dengan ulama ini berterusan lagi dengan kedua-dua pihak saling menghimpun sokongan serta berbalas kenyataan di media.

Pemimpin kelompok profesional  berterusan mendesak Pas keluar daripada PR kerana mendakwa itulah maksud daripada tindakan memutuskan hubungan dengan DAP dalam muktamarnya. Mereka juga diminta segera meletakkan jawatan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang sebagaimana contoh teladan yang telah ditunjukkan oleh Mohamad Sabu, Mujahid Yusof Rawa dan beberapa yang lain.

Lebih malang, jika dulu ungkapan kafir, taghut, munafik dan sebagainya menjadi senjata serangan oleh kumpulan pro ulama, kini lutut dan siku pula dijadikan alat seolah-olah Islam itu suka benar berlawan dan berperang.

Kadang-kadang terfikir, inikah rupa bentuk keindahan dan kelembutan Islam yang mahu ditunjukkan kepada pihak lawan dan juga kepada bukan Islam?

Dari segi DAP pula, walaupun jelas mereka tidak ingin lagi bersama dengan Pas tetapi ini juga ruang untuk mengendurkan ego dan lebih bertolak ansur dengan rakan seperjuangan.

Tetapi daripada apa yang berlaku, jelas bahawa mereka masih mahu PR itu terus wujud. PR  akan lebih selamat dan kukuh dengan menubuhkan entiti baru yang turut disertai oleh sebuah parti baru yang bakal ditubuhkan oleh kumpulan profesional daripada Pas.

Dalam hal ini, kumpulan profesional Pas yang disingkirkan secara pembersihan etnik baru-baru ini yang diketuai oleh Mohamad Sabu dan disertai beberapa tokoh lain, harus segera tampil dengan parti baru berwajah Islam progresif dan moden yang boleh diterima rakyat.

Mereka harus tampil bukan saja dengan perjuangan di masjid, surau atau berkaitan hukum dan keinginan menegakkan undang-undang Islam tetapi juga mampu menjadi juara dalam isu-isu rakyat seperti rasuah, pembaziran, penyonglapan wang negara sehinggalah kepada longkang tersumbat sekali pun.

Pas yang kini sepenuhnya dikuasai kumpulan agama dan pro ulama pula harus menentukan hala tuju mereka. Hubungan dengan kumpulan profesional barangkali sukar dipulihkan tetapi kepimpinan baru ini wajar menilai sama ada mereka mahu terus melakukan perubahan bersama PR atau sebaliknya. Berilah peluang kepada kumpulan profesional ini berjuang melalui wadah baru pula.

Ini bermakna, kiranya kesepakatan baru dapat dijelmakan, PR baru nanti akan dianggotai oleh PKR, DAP, Pas dan sebuah parti yang mungkin dipimpin oleh Mohamad Sabu tadi.

PR baru yang dianggotai oleh empat parti adalah lebih baik berbanding tiga parti yang ada sekarang. Dengan empat parti, walaupun jumlah kerusi pilihanraya yang bakal diperolehi setiap parti akan berkurangan, ia lebih menjamin ruang kemenangan serta kestabilan. Jika semua pihak sedia memperbaiki kesilapan, lebih bertolak ansur dan bersikap lebih matang, PR baru ini akan lebih kukuh berbanding sebelumnya.

Bagaimanapun jika Pas tidak bersetuju dan enggan bersama-sama melakukan perubahan bersama gabungan baru itu, ada baiknya parti itu bergerak sendiri menuju syurga impian mereka atau jika merasakan syurga itu sudah ada di sisi UMNO, maka berbaik dan bergabunglah dengannya.

Ketika itu, PR baru yang dianggotai PKR, DAP dan sebuah parti Islam progresif ini pun dirasakan sudah cukup untuk mencorak perubahan dalam negara, lebih-lebih lagi jika Najib Razak masih memimpin negara dan terus berbalah dengan Tun Mahathir. (SH 18/06/2015)

BOLEH SAMAN KA CAM NI...


PAS pergunakan PKR, kerajaan Selangor goyang?



PAS tak puas hati selagi kerajaan Selangor tak hancur

 PAS pergunakan PKR, kerajaan Selangor goyang?

Tindakan beberapa pemimpin PAS yang berkeras kononnya Pakatan Rakyat masih wujud di antara parti itu dengan PKR jelas dipengaruhi oleh anasir yang mahukan kerajaan negeri Selangor hancur.

Pengarah Pilihan Raya PAS Mustafa Ali, sebelum ini berkata, Pakatan tidak hancur tetapi hanya pengsan. Beliau menyifatkan PR masih berfungsi dengan dua buah parti, PKR dan PAS. DAP meninggalkan PR sebagaimana tindakan parti itu pada 2001 meninggalkan Barisan Alternatif (BA). Ketika itu BA diteruskan oleh PKR dan PAS sehingga PRU 2004 dan seterusnya PRU 2008, sebelum PR ditubuhkan pada 1 April 2008.

PAS sengaja menolak keputusan mesyuarat Biro Politik PKR pada 16 Jun lalu yang mengesahkan PR tidak lagi berfungsi secara formal. Mesyuarat itu juga mengesahkan pakatan longgar hanya berlaku di peringkat negeri bersama DAP dan PAS. Namun pada peringkat nasional parti-parti dalam PR yang sebelumnya terikat dengan konsensus dan dasar bersama tidak lagi sedemikian. Ketiga-tiga parti kini bebas sepenuhnya mengamalkan polisi parti masing-masing.

Untuk menegaskan lagi perpisahan itu, Setiausaha Agung PKR menggunakan terma ‘bercerai tapi masih berkawan’ dalam menggambarkan hubungan parti-parti komponen bekas PR. Presiden PKR, Dr Wan Azizah juga berkata PR tidak lagi seperti PR sebelumnya yang bergerak secara formal antara ketiga-tiga buah parti.

Mengelirukan penyokong

Oleh itu, untuk apa PAS terus menerus mengelirukan para penyokong mereka bahawa PR masih wujud? Bukankah PAS berkata parti itu kuat dan boleh bergerak sendirian dalam mana-mana pilihan raya. Dengan ketetapan itu, puak ulama tega menyingkirkan golongan profesional yang sebelum ini terlalu mempertahankan PR.

Dalam hal ini, tidak dapat ditolak teori mendakwa PAS ingin memusnahkan mana-mana kerajaan PR yang masih bertahan. Pemimpin PAS di Pulau Pinang sebelum ini berdegil untuk tidak meletakkan jawatan daripada majlis tempatan walaupun parti itu telah memutuskan hubungan dengan DAP.

Di Selangor, keadaan lebih parah apabila gabungan DAP dan PKR tidak mampu membentuk kerajaan kerana tidak memiliki majoriti. DAP hanya mempunyai 15 kerusi manakala PKR 13 kerusi daripada 56 kerusi dewan. PAS (15 kerusi) pula pernah mempunyai rekod membentuk kerajaan minioriti bersama Khalid Ibrahim (bebas) dan Umno (12 kerusi) untuk selama dua bulan pada 2014 lalu, apabila PKR dan DAP menarik balik sokongan kepada Khalid Ibrahim.

Para pemerhati politik mendakwa PAS mahu membentuk kerajaan seumpama itu sekali lagi. Mereka amat maklum mesyuarat DAP Selangor baru-baru ini telah memutuskan untuk mendesak MB Azmin Ali memecat exco PAS.

Azmin tidak berminat dengan desakan itu kerana memecat exco PAS akan mengakibatkan pilihan raya negeri (PRN), sekiranya PAS menarik keluar ADUN mereka daripada kerajaan. Pilihan raya semula, jika dimenangi DAP dan PKR pun, dijangka tidak akan mendapat kerusi yang lebih banyak daripada sekarang dan memerlukan parti ketiga untuk membentuk kerajaan.

Lebih buruk, PRN itu akan menyebabkan BN merebut kembali kerusi-kerusi PKR dan PAS. Maka tidak mustahil BN dan PAS akan bergabung membentuk kerajaan negeri dengan Khalid Ibrahim diangkat semula sebagai MB.

Balas dendam

Strategi ‘bumi hangus’ DAP tidak diterima oleh PKR serta kebanyakan ahli DAP Selangor. Mereka menganggap pemimpin DAP ‘hilang akal’ dan terlalu dirasuk dendam sehingga sanggup mendesak Azmin memilih antara DAP dan PAS.

Maka dalam hal ini, tindakan PAS terus-menerus mempertahankan PR kekal wujud mungkin mempunyai motif yang lebih besar.
Strategi kerajaan perpaduan PAS – Umno yang ditaja broker kuasa dalam PAS jelas mempengaruhi presiden Hadi Awang.

Pemimpin tertinggi PAS amat maklum tujuan dan perlaksanaan strategi memprovokasi DAP tersebut. Tidak lain untuk mewujudkan ‘The Greater Melayu’. Iaitu percantuman Umno – PAS dan memerintah seluruh negara.

Hal ini boleh dibuktikan melalui rundingan-rundingan yang pernah dilakukan ketika 2008 untuk membentuk kerajaan perpaduan di Selangor dan Perak serta tulisan-tulisan pemikir strategi PAS yang kini menguasai AJK Pusat mengenai kekuasaan Melayu ‘menjentik’ kaum-kaum lain.

Malaysia dalam bahaya mengikut lakaran strategi ini. Negara ini akan jadi sebuah negara fasis yang menolak kaum-kaum lain untuk mendapatkan hak-hak perlembagaan mereka. Amat sedih apabila PAS sebuah parti agama masuk ke dalam perjuangan asabiyah yang haram di sisi Islam.

Masihkah Ada Badi Untuk Parti Islam Baru?

Shahbudin Hussein.


Kumpulan profesional yang kalah dalam pemilihan Pas baru-baru ini barangkali sudah "tawar hati" dan "putus kasih" terhadap parti itu. Berjuang dan bersama-sama mengabdikan diri atas nama kecintaan terhadap Islam melalui Pas tetapi akhirnya "cai" telah memisahkan mereka dengan kelompok agama dalam parti tersebut.

Buat pertama kali sejak kumpulan profesional bertapak kukuh dalam Pas yang menjadikan sokongan diterima parti itu makin melebar bukan saja di kalangan masyarakat Melayu tetapi juga bukan Islam, kumpulan itu "dibersihkan"  dan seolah-olah tidak diperlukan lagi.

Pas hari ini menjadi seratus peratus dikuasai golongan yang dikenali sebagai kumpulan ulama dan mereka yang pro ulama. Kumpulan profesional semuanya kecundang dan tidak ubah mangsa pembersihan etnik secara total. Lebih buruk kumpulan profesional dan progresif Islam ini juga digelar "jebon" yang menggambarkan kebencian terhadap golongan itu.

Walaupun masih berteka-teki dan belum membuat keputusan rasmi, kelompok profesional ini secara umumnya boleh memilih sama ada menubuhkan sebuah parti Melayu/Islam yang baru atau menyertai parti tajaan PasMa yang sudah diumumkan penubuhannya sebelum ini.

Tiada gunanya lagi mereka terus kekal dalam Pas kerana bukan saja perbezaan lebih berpanjangan, malah akan membuatkan terus "sakit hati"  dengan kepimpinan barunya yang dilihat semakin tidak tentu hala tujunya antara keinginan mahu menumbangkan BN atau menghulurkan "tongkat"  kepada UMNO yang semakin lemas.

PasMa yang sebelum ini diura-urakan akan bertukar menjadi parti politik bagaimanapun dikhabarkan akan kekal sebagai sebuah NGO yang bertujuan memberi sokongan luaran kepada  PR agar terus kekal sebagai pencabar unggul untuk menyaingi dan menumbangkan BN.

Begitu pun, sementara parti baru itu masih dalam penantian dan kumpulan profesional juga belum menentukan hala tuju masa depan mereka secara rasmi, persoalan yang paling banyak berlegar sebagai tanda tanya ialah bolehkah parti itu bertahan lama?

Ramai juga yang optimis parti baru itu nanti akan menerima nasib seperti Berjasa dan Hamim yang hanya tinggal nama dan rujukan sejarah saja akhirnya.

Rata-rata bagaikan percaya bahawa Pas mempunyai badi tersendiri yang membuatkan sesiapa saja bekas pemimpinnya yang keluar daripada parti itu tidak akan dapat bertahan lama jika menubuhkan parti baru mirip sepertinya.

Selalunya Berjasa dan Hamimlah dijadikan contoh serta rujukannya.

Ada yang berkata kononnya ia adalah disebabkan nama Islam yang ada padanya, sementara yang lebih ekstrem pula menganggap hanya Pas parti yang diredhai Tuhan untuk meneruskan kelangsungan perjuangan Islam di negara ini.

Dahulu pun, parti serpihan daripada UMNO juga dianggap tidak mampu bertahan lama kerana kononnya perjuangan keramat untuk agama, bangsa dan negara yang dibawa oleh UMNO tidak mampu diambil alih oleh mana-mana parti selainnya.

Parti Semangat 46 kerap dijadikan rujukan bagaimana tidak mampunya parti yang ditubuhkan oleh bekas pemimpinnya daripada bertahan lama.

Tidak kurang juga yang berkata, sesebuah parti mesti mempunyai ideologi untuk diperjuangkan, lantaran itu dalam konteks masyarakat Melayu dan Islam di negara ini, keperluannya sudah pun dipenuhi dengan  adanya UMNO dan Pas.

Tetapi kemunculan PKR yang sebahagiannya adalah serpihan UMNO, bahkan tanpa idelogi selain pada awalnya hanya untuk memperjuangkan nasib Anwar Ibrahim dan kemudian melebar kepada memperjuangkan isu-isu semasa dan ketidakadilan yang merata dalam masyarakat, namun kini mampu bertahan dan menguasai Selangor membuktikan tiada badi dalam menentukan nyawa sesebuah parti itu.

Selagi ia mempejuangkan isu-isu yang dekat dan menjadi keperluan rakyat, ruang dan peluang untuk terus bertapak sentiasa terbuka.

Kemampuan PKR terus bertahan dan mendakap kuasa membuktikan badi itu sebenarnya tidak ada atau kalau ada, ia sebenarnya sudah terhapus. Jika dalam UMNO, badi itu sudah terhapus, tentulah tidak mustahil ia juga tiada lagi untuk melindungi Pas.

Apatah lagi dengan kelimpinan baru Pas daripada kumpulan ulama sepenuhnya sekarang, keupayaan mereka memperjuangkan isu-isu rakyat yang melibatkan pembongkaran rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, alam sekitar, perundangan dan sebagainya pasti lebih terbatas.

Di sinilah parti baru yang bercirikan Islam moden, progresif dan lebih menyentuh hati nurani rakyat, boleh mengambil tempat dan memainkan peranannya. (SH 19/06/2015)

Lapan lanun Indonesia akan diekstradisi

 | June 20, 2015 
Permohonan itu akan dikemukakan kepada dua negara iaitu Vietnam dan Indonesia supaya siasatan serta pendakwaan dapat dijalankan segera.
zahid,lanun
Bagan Datoh: Malaysia akan mengemukakan permohonan bagi mengekstradisi lapan suspek lanun yang perampas kapal tangki Malaysia MT Orkim Harmony ke negara ini.

Ia bagi membolehkan mereka didakwa di negara ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, permohonan itu akan dikemukakan kepada dua negara iaitu Vietnam dan Indonesia supaya siasatan serta pendakwaan dapat dijalankan selewat-lewatnya Selasa ini.

“PDRM (Polis Diraja Malaysia) akan melakukan siasatan lebih lanjut selepas siasatan awal dilakukan oleh pihak berkuasa Vietnam.
“Kami ucapkan terima kasih kepada kerajaan Vietnam, Kemboja serta Thailand yang turut memberikan kerjasama kepada pihak penguat kuasa Malaysia,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro Online.

Terdahulu beliau menunaikan solat Isyak dan Tarawih di Masjid Al-Khairiah, Selekoh, Bagan Datoh.

Lapan suspek warga Indonesia ditahan pihak berkuasa Vietnam berhampiran Pulau Tho Chu, selatan negara itu kira-kira 6.30 pagi Jumaat.

Projek 1MDB: TRX hanya ada pagar sahaja – Dr M


Projek 1MDB: TRX hanya ada pagar sahaja – Dr M
A man walks past a 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) billboard at the funds flagship Tun Razak Exchange development in Kuala Lumpur, in this March 1, 2015 file photo. Malaysia's indebted and controversy-ridden state investor 1MDB will be left as a skeletal structure and possibly dissolved under a debt repayment plan in which most of its assets will be sold, sources with direct knowledge of the matter said. REUTERS/Olivia Harris/Files (MALAYSIA - Tags: BUSINESS LOGO REAL ESTATE)

Projek 1MDB: TRX hanya ada pagar sahaja – Dr M

Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kenyataan terbaharu hari ini mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menuntut syarikat sarat hutang itu mengemukakan bukti menyokong jawapannya, dan bukan berselindung di sebalik alasan rahsia kerajaan.

Bekas perdana menteri itu menjawab kenyataan 1MDB dua hari lalu yang menafikan beberapa tuduhannya sambil mempersoalkan motifnya dalam membuat dakwaan “yang selalu berubah-ubah”.

“1MDB hanya mendakwa kesemua kritikan saya tidak benar. Tetapi tiada bukti diberikan. Selalu jawapannya ialah ia perkara sulit kerajaan,” kata Dr Mahathir menerusi blog popularnya www.chedet.cc hari ini.

Beliau menyentuh beberapa perkara termasuk cadangan “tak masuk akal” Terengganu Investment Authority (TIA), syarikat asal sebelum dinamakan semula sebagai 1MDB, menggunakan sumber minyak negeri itu sebagai cagaran pinjaman kerajaan.

“Saya dapat tahu TIA enggan membenarkan hasil masa depan telaga minyak Terengganu dijadikan cagaran selepas bercakap dengan mereka yang terlibat dengan TIA. Kerajaan persekutuan menjadi penjamin pinjaman RM5 bilion itu kerana Terengganu menolak perkara yang tak masuk akal.

“Tidak ada kertas Kabinet dikemukakan mengenai pinjaman RM5 bilion itu. Sila kemukakan kertas itu kepada umum. Dah tentu kamu akan menjawab kertas Kabinet adalah sulit.

“Sekiranya pinjaman bukan di luar bajet, tunjukkan peruntukan tahunan dalam bajet kerajaan bagi memberikan pinjaman itu. Tidak ada,” kata Dr Mahathir.

Beliau mencabar 1MDB menunjukkan bukti bertulis mengenai syarat pengeluaran bon sukuk yang disediakan Goldman Sachs atau AmBank, dan sama ada kadar faedah tinggi dikenakan.

Dr Mahathir turut mengkritik pemulangan bon 30-tahun 1MDB, dan berkata syarikat itu akan hanya mendapat “88 sen ke 1 ringgit. Apa yang bagus tentang itu”.

Beliau juga mempersoalkan langkah 1MDB membayar lebihan “sekurang-kurangnya RM3 bilion” bagi memperolehi loji janakuasa, dan mahu tahu mengapa ia tidak disenaraikan sekiranya benar ia merupakan aset baik.

“Mengapa apabila Tenaga dan Malakoff dikatakan mahu membeli loji janakuasa 1MDB, saham mereka menjunam?” soal Dr Mahathir.

Beliau menyindir peranan 1MDB sebagai syarikat pembangunan strategik, dengan berkata ia tidak membangunkan apa-apa.
“Malah TRX hanya ada pagar, itu saja”, katanya, merujuk projek Tun Razak Exchange di Kuala Lumpur.

Dr Mahathir merupakan pengkritik paling lantang 1MDB dan Datuk Seri Najib Razak yang mempengurusikan lembaga penasihat firma itu.

Mat Sabu beri amaran PAS beralih jadi autoritarianisme


Bekas timbalan presiden PAS Muhamad Sabu ketika ditemu ramah The Malaysian Insider di Butterworth, Pulau Pinang pada 17 Jun, 2015. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 20 Jun, 2015. 

Bekas timbalan presiden PAS Muhamad Sabu ketika ditemu ramah The Malaysian Insider di Butterworth, Pulau Pinang pada 17 Jun, 2015. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 20 Jun, 2015.
Dalam bahagian terakhir temu bual kami dengan Mohamad Sabu, seorang pemimpin PAS popular, beliau memberitahu The Malaysian Insider mengenai kebimbangannya terhadap pemikiran pemimpin dalam parti Islam itu, dan memberi amaran ia boleh membahayakan negara.

PAS kini mula mengikut trend “bahaya” di mana fokus diberikan kepada menghukum mereka yang tidak bersetuju dengan kepimpinan Islamik, kata Mohamad Sabu, salah seorang pemimpin “progresif” dalam parti itu yang digulingkan.

Bekas timbalan presiden parti popular itu dikenali sebagai Mat Sabu, yang kalah dalam pemilihan baru-baru ini berkata, kecenderungan itu dalam amalan Islam hari ini bermula di Timur Tengah, dan PAS menyertai gerakan “takfiri” itu (umat Islam menuduh saudara Islam lain murtad) ketika berdepan dengan mereka yang tidak bersetuju dengan mereka.


“Kamu tidak bersetuju dengan kami, maka kamu tidak bersama kami. Kamu kafir, liberal, munafik.

“Ini berlaku di Syria, Iraq, Mesir, Somalia, Algeria dan Pakistan. Ia sangat bahaya dan pelajar yang melanjutkan pelajaran di Timur Tengah, membawanya pulang bersama mereka,” katanya ketika ditemu bual The Malaysian Insider.

Mat Sabu turut memberi gambaran kesan lebih besar kepada Malaysia jika cara pemikiran seumpama itu berterusan.
“Apa yang sedang berlaku berbahaya kepada parti dan pada masa depan, ia juga akan membahayakan negara.

“Persaingan di Timur Tengah mungkin akan ambil masa lebih panjang daripada 20 atau 30 tahun untuk berakhir. Di Malaysia, ia belum bermula lagi, tetapi benihnya sudah mula ditanam dan kuntumnya tidak lama lagi akan berbunga,” katanya.

Kesannya ialah beberapa pemimpin dan ahli PAS jadi lebih fokus terhadap sama ada seseorang itu berada di pihak mereka atau tidak, bukannya bergantung pada rekod kecemerlangan seseorang dalam berkhidmat kepada parti, katanya.

Merujuk kisahnya sendiri, Mat Sabu berkata, tidak kisahlah jika beliau pernah dipenjarakan 2 kali mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri, dan keluar masuk balai polis mempertahankan perjuangan PAS dan isu berkaitan rakyat Malaysia.

“Apa yang mereka bincang hanyalah sama ada Abang Mat berada di pihak mereka atau tidak. Mereka tidak peduli selama ini kamu berpenat lelah untuk parti dan hanya balik rumah beberapa hari saja dalam sebulan.

“Mereka lihat Hanipa dan label dia liberal dan kata dia mesti ditolak. Tidak peduli berapa hebat dia berbahas di Dewan Rakyat atau mahkamah, mempertahankan rakyat. Kerjanya tidak ada nilai kerana dia dilabel liberal,” katanya merujuk kepada peguam Mohamed Hanipa Maidin, yang turut gagal mempertahankan jawatannya dalam Jawatankuasa PAS Pusat.

“Inilah aliran pemikiran dunia Islam hari ini... dan PAS pun sedang berdepan penyakit ini,” kata Mat Sabu.

Beliau dan Hanipa adalah antara bekas pemimpin parti yang dikatakan progresif kerana pendirian mereka yang lebih terbuka terhadap bukan Islam dan mereka percaya perjanjian persefahaman di bawah Pakatan Rakyat (PR) yang kini tidak berfungsi lagi, sepatutnya dihormati.

Mereka juga bersifat kritis terhadap kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berikutan beliau sering mengingkari keputusan sebulat suara yang dibuat kepimpinan PR berhubung beberapa isu.

Mat Sabu, ahli PAS selama 37 tahun dan pernah menjadi ahli Parlimen selama 3 penggal di bawah tiket parti itu berkata, patah hatinya melihat PAS berubah hala tuju, walaupun beliau tidak berkata akan keluar parti.

“Sudah tentu saya kecewa. Ini parti saya, darah daging saya... terlalu banyak yang diusahakan untuk parti. Bukan mudah untuk meninggalkan parti, walaupun ini satu keadaan yang ganjil,” katanya.

Pengakhiran PR bermula dengan usul yang diterima dalam muktamar tahunan PAS awal bulan ini, yang hasilnya memutuskan hubungan dengan DAP, pihak yang bertelingkah dengan Hadi dan beberapa pemimpin konservatif lain.

Kini ada kemungkinan pemimpin progresif PAS yang digulingkan membentuk parti mereka sendiri, tetapi Mat Sabu berkata masih terlalu awal untuk bercakap lebih banyak mengenai idea itu.
“Kita perlu berbincang lagi sama ada kita akan perlukan parti baharu atau kita boleh cari cara untuk memulihkan ahli PAS... baik pulih semuanya.

“Walau apa pun, parti itu perlu berasaskan Islam kerana hanya dengan itu kita boleh menarik umat Islam untuk menyokongnya,” katanya, sambil menambah, parti dengan asas Islam tidak akan ditolak bukan Islam.

Ini kerana PAS berjaya menawan sokongan bukan Islam dengan slogan “PAS untuk semua” yang digunakan pada pilihan raya umum 2013. Konsep negara berkebajikan juga menerima sokongan daripada bukan Islam, kata Mohamad.

“PAS diterima masyarakat Cina. Kita pernah nampak orang Cina pakai kemeja T dengan logo PAS pada masa itu.
“Islam bukan masalah. Masalahnya ialah cara pemikiran pemimpin (PAS),” katanya.

Jika satu parti baharu dibentuk barisan pemimpin sepertinya yang tersingkir daripada kepimpinan PAS, Mat Sabu berkata ia akan meneruskan cita-cita yang kini diabaikan parti Islam itu.

Cita-cita itu ialah untuk memperjuangkan nilai seperti keharmonian pelbagai bangsa, tadbir urus yang baik dan kerajaan yang bersih.

“Lihat ahli Parlimen di Dewan Rakyat. Mereka yang bercakap mengenai rasuah, tadbir urus kerajaan yang baik dan nilai adalah orang seperti (Ahli Parlimen Parit Buntar) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, (Ahli Parlimen Shah Alam) Khalid Samad, (Ahli Parlimen Sepang) Hanipa dan beberapa lagi yang seperti mereka,” katanya.
Semua nama disebutkan itu turut kalah dalam pemilihan parti.
“Tadbir urus kerajaan yang baik, memerangi rasuah, menepati masa, memastikan bandar kita bersih, semua itu Islamik. Tetapi mereka yang kononnya ulama kelihatan lemah dalam mengendalikan perkara seumpama itu.

“Nilai dan amalan itu bukan keutamaan pemimpin PAS sekarang. Semua itu menggambarkan cara pemikiran mereka,” katanya. – 20 Jun, 2015.