50 Kemusykilan Tentang Puasa Ramadhan

50 Kemusykilan Tentang Puasa Ramadhan

Selamat Berpuasa... semoga ibadah puasa kita kali ini lebih baik dari sebelumnya..Sempena bulan Ramadhan al-mubarak yang bakal tiba, elok rasanya, kita menambahkan ilmu tentang ibadah puasa. Semoga artikel ini memberi menafaat kepada pembaca dan mudah-mudahan, ibadah kita akan diterima Allah.. Di bawah ini ada 50 persoalan yang sering kali menjadi kemusykilan mengenai ibadat puasa.

1. Bolehkah seseorang itu berniat puasa selama sebulan kerana takut terlupa?
Pada hari pertama, boleh berniat puasa sebulan, boleh juga berniat setiap malam untuk menguatkan azam, untuk menempuh cabaran berpuasa.

2. Adakah boleh tidak bersahur disebabkan malas untuk bangun bersahur?
Yang membezakan puasa kita dengan puasa bangsa Yahudi ialan makan sahur. Seeloknya bangun sejam sebelum masuk waktu imsak. Lagi lewat kita bersahur lebih berkat.

3. Benarkah berdosa wanita yang tidak berpuasa kerana haid, makan diwaktu siang kerana tidak menghormati bulan Ramadan?
Tidak berdosa dan boleh makan pada waktu siang selagi wanita tersebut tidak makan dikhalayak ramai.

4. Apakah hukumnya seorang suami menjimak isterinya pada siang hari dalam bulan Ramadan dan apakah hukumnya?
Hukum bersetubuh di siang hari pada bulan Ramadan haram dan di kenakan kaffarah (Kaffarah hanya dikenakan kepada lelaki sahaja) seperti berikut:-

  • Memerdeka seorang hamba(sudah tiada)
  • Berpuasa 2 bulan berturut-turut jika sudah dicuba beberapa kali namun tidak mampu disegi syarak hendaklah,
  • Menberi 60 orang miskin makan setiap seorang satu cupak makan asasi.
  • Wajib qadha puasa yang terbatal kerana bersetubuh tersebut.

5. Bolehkah seorang wanita mengandung dan menyusukan anaknya tidak berpuasa kerana tidak berupaya?
Menurut pendapat ulama mazhab Syafei bahawa wanita hamil dan menyusui apabila khuatir mengalami bahaya maka mereka wajib berbuka, tidak payah berpuasa. Dan dalam keadaan ini mereka hendaklah mengqadha puasanya kelak.

6. Adakah batal puasa bagi wanita yang bersolek di bulan Ramadan?
Tidak batal, asalkan gincu bibir yang dipakainya sederhana dan tidak mempunyai perasa ditakuti ketika menjilatnya lalu menelannya di anggap batal.

7. Adakah sah puasa sekiranya memberus gigi selepas azan subuh berkumandang untuk menunaikan solat subuh di dalam bulan puasa?
Sah puasa memberus gigi selepas azan subuh berkumandang. Perbuatan tersebut tidak membatalkan puasa. Hukumnya sunat dia menggosok gigi sebelum gelincir matahari dan makruh selepas gelincir matahari(selepas masuk waktu zohor)

8. Adakah terbatal puasa jika bermimpi jimak dan keluar air mani?
Bermimpi berjimak dan keluar air mani dalam berpuasa tidak membatalkan puasa kerana bermimpi adalah bukan perkara yang disengajakan.

9. Adakah muntah tidak membatalkan puasa?
Melakukan dengan sengaja membatalkan puasa. Sekiranya muntah tanpa kerelaannya sendiri dan tidak dapat menahannya, maka tidaklah batal puasa.

10. Benarkah tidur pada siang hari dalam bulan Ramadan itu dikira sebagai ibadah? Jika benar tidur yang bagaimana?
Tidur di siang hari pada bulan Ramadan itu ibadah dan dapat pahala. Tidur yang dimaksudkan itu ialah tidur kerana keletihan berpuasa. Ini bererti semua pancainderanya tidak melakukan sebarang kegitan yang dilarang oleh syarak.

11. Adakah batal puasa sekiranya terlalu lama mandi dan berkumur?
Mandi berlebihan batal puasa, tetapi memasukkan sedikit air kerana berkumur tidak batal puasanya, kecuali berkumur terlalu dalam secara berlebihan.

12. Adakah batal puasa sekiranya melakukan aktiviti renang?
Melakukan aktiviti renang dengan niat untuk menyejukkan badan adalah makruh. Tetapi apabila air tersebut masuk ke dalam rongga yang terbuka seperti hidung, telinga dan sebagainya, maka hukum puasanya adalah terbatal dengan sebab melakukan aktiviti renang dengan sengaja.

13. Adakah sah puasa bagi seseorang yang pitam?
Sah puasanya, kecuali pitam yang berpanjangan dari terbit fajar sehinggalah terbenamnya matahari.

14. Apakah hukum cabut gigi, berbekam dan semasa berpuasa?
Hukumnya makruh.

15. Adakah melakukan pengubatan, misalnya suntikan ke tubuh badan dibolehkan?
Jika suntikan itu terpaksa dilakukan maka ia termasuk dalam darurat dan tidak membatalkan puasa.

16. Jika seseorang menunaikan puasa Ramadan tiba-tiba dia tidak dapat menahan rasa haus kerana cuaca teramat panas, bolehkan meminum sedikit air sekadar untuk membasahkan tekaknya?
Sekiranya orang yang berpuasa meminum air walaupun setitik atau seteguk, batal puasanya dan wajib baginya mengqadha puasanya itu.

17. Bilakah waktu yang sesuai untuk mandi wajib selepas bersama dengan suami pada malam hari pada bulan Ramadan?
Melambat-lambatkan mandi wajib adalah makruh. Sekiranya seseorang lelaki atau perempuan berjunub pada malam hari dalam bulan Ramadan dan tidak sempat mengangkat hadas besar sehingga terbit fajar (masuk waktu subuh), maka puasa kedua-dua mereka sah dengan syarat mereka berniat pada malam hari. Sama juga keadaan ini bagi mereka yang bermimpi pada malam hari sehingga keluar air mani.

18. Adakah sah puasa seseorang, ketika sedang bersahur terdengar azan subuh berkumandang?
Sah puasanya, dan hendaklah berhenti makan serta merta dan terus membuang sisa makanan yang berada di dalam mulutnya.

19. Saya berpuasa di Mekah lebih awal satu hari dari mereka berpuasa di Malaysia. Apabila saya balik, puasa saya sudah cukup 30 hari dan orang Malaysia masih berpuasa lagi. Adakah boleh saya berbuka dan berhari raya?
Mengikut khaul yang lebih betul tidak boleh berbuka dan berhari raya, hendaklah tunggu bersama berbuka dan berhari raya dengan penduduk Malaysia.
jangan tak puasa taw,,,

20. Apabila kita berpuasa dibulan ramadhan, dan melakukan onani, apakah kita perlu membayar fidyah/puasa berturut-turut seperti org yang melakukan persetubuhan. atau puasa tadi hanya perlu diganti satu hari sahaja.
Puasa wajib digantikan semula dengan berpuasa sebanyak mana hari yang ditinggalkan tersebut sahaja.

21. Batalkah puasa jika menggunakan ubat utk mata seperti EYE More semasa berpuasa?
Pesakit mata yang menggunakan ubat untuk mata seperti eye more dengan cara menitikkannya ke dalam mata semasa berpuasa, tidak batal puasa kerana ia bukan termasuk kategori anggota yang berongga.

22. Ada satu hadis mengenai jika kita berpuasa tanpa makan sahur adalah puasa kita menyerupai puasa orang yahudi, jadi adakah amalan puasa itu sia-sia dan tidak diterima Allah swt.
Bersahur adalah sunat dan merupakan sunnah nabi s.a.w. Jika kita tidak bersahur kita tidak dapat pahala sahur. Puasa yang dikerjakan tanpa bersahur akan diberi ganjaran oleh Allah juga.

23. Adakah sah bila kita niat puasa ganti wajib dengan niat bahasa melayu sahaja?
Sah puasa dengan hanya niat dalam bahasa Melayu sahaja.

24. Apakah perbezaan puasa antara kanak-kanak dan orang dewasa?
Kanak-kanak yang berpuasa akan diberikan ganjaran pahala manakala puasa bagi orang dewasa adalah satu kefardhuan yang ditetapkan oleh Allah SWT

25. Saya mempunyai penyakit ‘asma’ dan terpaksa menggunakan ‘inhaler’ untuk membantu pernafasan ketika diserang asma. Jika saya sedang berpuasa, adakah puasa saya sah?
Pesakit asma yang menggunakan inhaler untuk membantu pernafasan ketika diserang asma semasa sedang berpuasa adalah tidak terbatal puasanya. Mengikut pandangan ulama’ zaman ini, inhaler tidak membatalkan puasa lebih-lebih lagi mereka yang menghidapi athma kronik yang memerlukannya setiap saat dan ketika. Keharusan itu bukan bermaksud wajib atau sunat tetapi sebagai rukhsah (kelonggaran) atas keperluan dan dharurat seseorang pesakit yang membolehkan pesakit athma terus berpuasa tanpa berbuka dan menyukarkannya untuk melakukan puasa berterusan di dalam bulan Ramadhan.Walau bagaimanapun seseorang yang jarang diserang athma dan tidakbergantung dengan inhaler, tiba-tiba athma menyerang ketika berpuasa, mereka juga diberi rukhsah (kelonggaran) dengan alasan sakit untuk berbuka dengan tujuan makan ubat dan sebagainya dan menggantikannya (qadha’) di hari yang lain pula.

26. Seseorang yang berpuasa, kentut atau qada hajat didalam air, Adakah batal puasanya?.
Seseorang yang berpuasa, kentut atau qadha’ hajat di dalam air puasa tidak batal sekiranya dia meyakini bahawa air tidak memasuki dubur dan qubulnya.

27. Saya di beritahu oleh seorang rakan yang waktu imsak hanya lah sebagai “amaran” yang waktu subuh akan tiba. Dia juga mengatakan yang kita masih boleh makan atau minum sebelum azan subuh bermula walaupun melewati waktu imsak. Dia juga memberitahu bahawa ada hadis yang menyatakan tentang perkara ini.
Waktu puasa yang sebenarnya ialah waktu naik fajar subuh hingga terbenam matahari atau hingga masuknya waktu maghrib. Harus bagi seseorang bersahur pada waktu imsak, tetapi sebaik-baiknya mengambil sikap ihtiyat (cermat) dengan menahan daripada makan dan minum beberapa waktu yang lebih awal untuk mengelakkan melampaui batas-batas yang diharuskan dan meragukan.

28. Suami saya langsung tidak mengerjakan solat wajib lima waktu apatah lagi solat sunat. Jauh sekali solat Jumaat. Apakah puasanya diterima?
Puasa adalah puasa, solat adalah solat kedua-duanya wajib disempurnakan secara bersama. Malahan semua Rukun Islam yang terdiri daripada sembahyang, puasa, zakat dan haji dikehendaki ditunaikan semuanya dengan sempurna.Sesiapa meninggalkan salah satunya tanpa uzur ia dianggap meninggalkan Rukun Islam.

Berpandukan pendapat ini orang yang berpuasa tetapi meninggalkan solat tanpa uzur yang munasabah dianggap lemah iman dan dibimbangi keimanannya. Jika ia berpuasa lengkap syarat dan rukunnya puasanya tetap sah sakalipun berdegil dengan solat terpulanglah kepada Allah SWT untuk mempertimbangkannya.

29. Benarkah pap smear tidak membatalkan puasa?
Batal puasa apabila memasukan sesuatu dalam rongga terbuka seperti kemaluan depan dan belakang.

30. Saya selalu selsema, selain menghembus saya juga tarik ke dalam, batalkah puasa saya?
Hingus yang keluar dari rongga hidung apabila disedut semula ke dalam hidung batal puasanya

31. Adakah boleh ambil darah semasa berpuasa?
Boleh ambil darah semasa berpuasa dan tidak membatalkan puasa hukumnya adalah makruh.

32. Apakah rongga terbuka yang boleh menyebabkan terbatal puasa seseorang jika dimasukkan sesuatu?
Yang dimaksudkan dengan rongga terbuka ialah hidung, mulut, telinga dan qubul dan dubur apabila dimasukkan sesuatu ke dalam rongga tesebut yang menyebabkan terbatal puasa.

33. Ketika kedua-dua suami isteri sedang berpuasa di bulan ramadan, suami menyuruh isteri memegang alat sulitnya tetapi tidaklah sehingga mengeluarkan air mani. Apakah status puasa kedua-duanya? perlukah membayar denda dsb?
Puasa bagi kedua-dua suami isteri sah dan tidak dikenakan apa-apa bayaran denda. Tuan puan dinasihatkan supaya tidak melakukan perkara tersebut di siang hari pada bulan puasa kerana ia boleh mengurangkan pahala puasa.

34. Suami-isteri bercium pada hari berpuasa,adakah puasanya terbatal?
Suami isteri boleh bercium di pipi sahaja dan tidak batal puasa yang kita kerjakan.Tetapi sekiranya memasukkan lidah ke dalam mulut batal puasa yang dikerjakan.

35. Huraian berkenaan puasa dan rawatan pergigian (tampalan, cabutan, scaling dsb)?
Menampal, mencabut dan scaling gigi di siang hari Ramadhan adalah makruh hukumnya, tetapi boleh membatalkan puasa sekiranya tertelan darah dan bahan rawatan bersama air liur.

36. Sah atau tidak puasa seorang wanita yang tidak mandi hadas setelah habis haid pada malam sebelumnya?
Sah puasa bagi wanita yang telah kering haid pada malam hari tetapi belum mandi hadas sehingga siang hari Ramadhan.

37. Adakah batal jika kita mengorek hidung/telinga pada siang hari pada bulan ramadhan dengan sengaja?
Batal puasa yang dikerjakan bagi mereka yang megorek hidung atau telinga hingga ke dalam rongga.Tetapi mengorek di tepi hingga tidak sampai ke dalam rongga tidak membatalkan puasa.
38. Saya tak terbangun makan sahur dan niat puasa selepas waktu imsak adakah sah atau tidak ?
Sah puasa yang dikerjakan walaupun berniat selepas waktu imsak.

39. Apakah hukumnya makan pil perancang untuk melewatkan darah haid turun untuk meneruskan puasa di bulan puasa?
Dilarang kepada wanita memakan pil perancang dengan tujuan berkenaan kerana ia akan memberi kemudharatan kepada kesihatan inspanidu tersebut.

40. Saya membuat rawatan Hemodialisis. Adakah batal puasa saya?
Puasa pesakit tidak batal walau pun dia menerima rawatan hemodialisis/cuci darah.

41. Saya ingin tahu, adakah batal puasa jika menelan kahak yang sedia ada didalam tekak?
Kahak yang terdapat di dalam tekak jika tertelan tidak batal tetapi sekiranya kahak itu sudah berada di mulut sekiranya ditelan dengan sengaja maka batal puasa tersebut dan wajib qadha’ puasa.

42. Batal kah puasa kita, jika kita memasukkan jari kedalam kemaluan belakang kita dengan niat ingin membersihkan dubur kita setelah membuang air besar?
Sekiranya perkara tersebut dilakukan semata-mata untuk membersihkan najis ia tidaklah membatalkan puasa.

43. Apa hukumnya bila seseorang itu memakai ‘tindik lidah’ dan ingin menjalani ibadah puasa. Adakah puasanya sah?
Islam adalah agama yang menitik beratkan akhlak dan budi pekerti. Meniru cara hidup atau budaya orang bukan Islam, tidak digalakkan. Justeru itu, panel menasihatkan supaya sesiapa yang memakai subang di lidah, hendaklah dibuka semasa berpuasa.

44. Apakah hukum puasa bagi mereka yang tidur sampai ke petang atau masuk waktu zuhur?
Sah puasa tersebut tetapi dihukumkan makruh.

45. Bagaimana sekiranya sahabat saya dalam keadaan sakit. Atas nasihat doktor, beliau tidak boleh berpuasa seumur hidupnya. Bagaimanakah beliau hendak menggantikan puasanya. Cukupkah dengan sekadar fidyiah. Dan berapakah sukatannya?
Cukup sekadar dia membayar fidyah untuk puasanya sehari bersamaan dengan satu cupak beras(675gram). Jadi, untuk bulan ramadhan, dia dikehendaki membayar 30 cupak beras

46. Adakah sepasang suami isteri dikira sebagai bersetubuh apabila perhubungan tidak sampai ke tahap jimak iaitu zakar dimasukkan ke dalam faraj ketika siang hari pada bulan puasa? Sebagai contoh, perhubungan yang hanya melibatkan pelukan atau ciuman sesama suami isteri.
Perhubungan yang melibatkan pelukan dan ciuman sesama isteri diwaktu siang hari pada bulan ramadhan adalah makruh.

47. Saya bekerja di stesen minyak, pada bulan puasa in kami membuka stesen mini mart stesen minyak kami dan menjual makanan kepada orang islam yang tidak berpuasa. apakah hukum kepada perkara tersebut?.
Mengenai hukum membuka mini mart dan menjual makanan kepada orang islam yang tidak berpuasa adalah haram hukumnya. Dihukumkan haram adalah kerana orang Islam diharamkan mengambil/memakan sebarang makanan dan minuman pada siang hari pada bulan ramadhan. Oleh yang demikian, menjual makanan kepada mereka yang diharamkan makan juga turut dihukumkan haram. Wallahu ‘alam.

48. Jika seseorang berpuasa tetapi masih berpegangan tangan, berpeluk walhal masih belum berkahwin adakah puasanya terbatal?
Perbuatan berpegangan tangan berpelukan antara lelaki dan wanita yang belum berkahwin adalah berdosa. Perbuatan tersebut boleh membawa kepada maksiat yang lebih besar iaitu zina. Jika mereka keluar mani hasil daripada perbuatan tersebut (berpegangan tangan dan berpeluk), maka puasa mereka batal dan mereka wajib menggantikan puasa yang batal itu.

49. Batalkah puasa iaitu, “Berniat berbuka atau membatalkan puasa sebelum waktu”. Adakah seperti kita berniat puasa juga cuma bezanya ia adalah untuk membatalkannya? Atau adakah dengan lintasan dalam hati sahaja sudah cukup membuatkan puasa saya terbatal.?
Berniat untuk berbuka/membatalkan puasa tidak menyebabkan puasa seseorang itu terbatal. Puasanya akan terbatal sekiranya dia mengambil makanan ataupun melakukan sesuatu yang membatalkan puasa.

50. Adakah dibolehkan melambatkan berbuka puasa?
Adalah baik sekiranya menyegerakan berbuka puasa dengan air manis dan sebiji kurma sebelum menunaikan solat Magrib.
_____________________________________
Sumber: JAKIM, Ustaz Cyber

JIKA NAK TARAWEH SENDIRIAN

Nak terawih sendirian, awal ramadhan surau dan masjid penuh? baca ni dulu..

Memang di awal Ramadhan surau dan masjid penuh terutama di bandar-bandar utama di Lembah Klang. Gua memang pernah terasa nak solat terawih sendirian. Tapi tak jadi sebab nak kejar pahala berjemaah.

Cara solat terawih sendirian

Ustaz Ahmad Adnan Fadzil,
09 Jul 2013
Soalan;
1. Bagaimanakah cara melakukan solat tarawih bersendirian?
2. Adakah selawat selepas setiap dua rakaat solat tarawih itu perlu dan bolehkah jika tidak berselawat.

Jawapan;

1. Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua rakaat-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain. Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, sama seperti dalam solat yang lain. Oleh sebab solat terawih dilakukan dua rakaat-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, 20 atau sebagainya).

2. Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Selawat itu bukanlah sabit daripada amalan Nabi SAW secara khusus. Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.

 http://fiqh-am.blogspot.com/

Baki RM163 juta dibelanja NFC pasti ‘hangus’ – Rafizi

Baki RM163 juta dibelanja NFC pasti ‘hangus’ – Rafizi

(Oleh Aisha Geoffrey)
KUALA LUMPUR 9 JULAI: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mempersoal kemampuan kerajaan untuk mendapatkan semula keseluruhan RM250 juta yang diberi kepada Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC).
Ini berikutan laporan terkini menyatakan kerajaan bersetuju untuk melantik satu konsortium baru bagi mengambil alih operasi projek yang sebelum ini diusahakan oleh NFC.
“Perjanjian itu tidak melibatkan operator baru untuk bertanggungjawab ke atas hutang RM250 juta yang telah diberikan kepada NFC,” kata Rafizi pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Pengarah Strategi KEADILAN itu berkata, Menteri Kewangan dalam jawapan sidang sebelum ini memberitahu, jumlah aset yang disita dan diambil kembali dari NFC hanyalah termasuk kedua-dua kondominium di One Menerung, Bangsar.
Selain itu, satu plot tanah di Bangi dan satu plot tanah di Putrajaya, malah operasi NFC telah dihentikan sepenuhnya sejak akhir tahun lepas.
Rafizi“Pada anggaran saya, nilai harta yang telah disita dari NFC setakat ini hanya sekitar RM18 juta iaitu RM14 juta dari kondominium, dan RM2 juta setiap plot tanah,” kata Rafizi.
“Setakat Mac 2012, sejumlah RM181 juta telah diserahkan kepada NFC. Bermakna dari RM250 juta pinjaman yang diberikan kepada NFC, hanya RM69 juta yang masih boleh ditarik balik oleh kerajaan,” jelas Rafizi.
Menurutnya, dari RM181 juta yang diberi kepada NFC, hanya RM18 juta ditarik balik manakala baki RM163 juta agak sukar bagi kerajaan untuk mengutip semula.
“Ia kerana NFC sudah tidak beroperasi dan bukan lagi sebuah perniagaan ‘going concern’. Oleh itu ia boleh dikira sudah tidak berupaya menanggung hutang dan bakal melalui proses muflis,” jelasnya lagi.
Tambahnya, sebahagian dari dana itu telah digunakan untuk menanggung perbelanjaan bukan aset termasuk gaji, elaun perjalanan dan pelbagai belanja lain yang tidak boleh dikutip kerana tiada aset.
“Selain itu, kerajaan juga tidak mengenakan jaminan peribadi ke atas pengarah-pengarah NFC yang menyebabkan tanggungjawab mereka terbatas kepada pegangan saham mereka di dalam syarikat itu,” katanya.
“Dalam keadaan sekarang, saya beranggapan dana RM163 juta yang telah dibelanjakan NFC boleh dikira hangus dan tidak dapat dikutip lagi,” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=54186

Perkasa ugut tolak BN jika terus abai Melayu


Perkasa harus melihat akan kekayaan anak-anak menteri Malaysia sebelum nak melatah tak tentu pasal. Ini antara orang Melayu yang dah tak suka kepada Umno selain sikap Perkasa yang menyokong membuta tuli macam Brahim Ali.


Selagi Umno berkuasa kekayaan akan berlegar di sekeliling anak pinak dan rakyat yang ditadbir macam anak ayam diberi dan disuap dengan apa yang ada. 


July 09, 2013


 
Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hari ini memberi amaran akan "beralih arah" sokongan sekiranya kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara ini terus mengabaikan Melayu dan Bumiputera. Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali (gambar) menegaskan, masyarakat Melayu meluat dengan kerajaan sekarang kerana mereka kini "menelan" apa sahaja yang disediakan kerajaan walaupun hakikatnya perkara itu "pahit".
"Sekiranya kerajaan terus berkeadaan begini, jika terpaksa sokongan kami mungkin beralih arah. Demi kepentingan orang Melayu dan Bumiputera kami akan lakukan," katanya dalam satu kenyataan petang ni.
"Terkadang terfikir juga oleh orang Malayu, apakah masih ada lagi pemimpin Melayu dalam negara ini. Sebelah kerajaan takut untuk menunaikan desakan orang Melayu dan Bumiputera. Begitu juga pemimpin Melayu di sebelah pembangkang," katanya.
Beliau menjelaskan, terlalu banyak memorandum mahu pun resolusi sudah dihantar kepada kepimpinan negara berkaitan beberapa isu ekonomi, pendidikan dan agama untuk komuniti Melayu dan Bumiputera, namun kurang 15 peratus yang dilaksanakan kerajaan, sedangkan desakan kumpulan lain ditunaikan kerajaan.
"Tuntutan yang lama masih dibiarkan tanpa ada tindakan positif

Bahasa

Perkasa ugut tolak BN jika terus abai Melayu

Oleh Mohd Farhan Darwis
July 09, 2013
Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hari ini memberi amaran akan "beralih arah" sokongan sekiranya kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara ini terus mengabaikan Melayu dan Bumiputera.
Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali (gambar) menegaskan, masyarakat Melayu meluat dengan kerajaan sekarang kerana mereka kini "menelan" apa sahaja yang disediakan kerajaan walaupun hakikatnya perkara itu "pahit".

"Sekiranya kerajaan terus berkeadaan begini, jika terpaksa sokongan kami mungkin beralih arah. Demi kepentingan orang Melayu dan Bumiputera kami akan lakukan," katanya dalam satu kenyataan petang ni.
"Terkadang terfikir juga oleh orang Malayu, apakah masih ada lagi pemimpin Melayu dalam negara ini. Sebelah kerajaan takut untuk menunaikan desakan orang Melayu dan Bumiputera. Begitu juga pemimpin Melayu di sebelah pembangkang," katanya.

Beliau menjelaskan, terlalu banyak memorandum mahu pun resolusi sudah dihantar kepada kepimpinan negara berkaitan beberapa isu ekonomi, pendidikan dan agama untuk komuniti Melayu dan Bumiputera, namun kurang 15 peratus yang dilaksanakan kerajaan, sedangkan desakan kumpulan lain ditunaikan kerajaan.

"Tuntutan yang lama masih dibiarkan tanpa ada tindakan positif bertambah lagi dengan beberapa keputusan yang menjengkelkan orang Melayu," katanya.

Sebelum itu, Perkasa juga memuji tindakan Anggota Majlis Tertinggi Umno, Dr Ahmad Puad Zarkashi yang menggesa Putrajaya menubuhkan kembali Kementerian Pembagunan Usahawan.

"Perkasa sambut baik kenyataan itu tetapi Perkasa tidak yakin kerajaan dapat wujudkan kembali jika kepimpinan yang ada sudah tekad untuk kuatkan agenda meliberalisasikan pelbagai sektor seperti apa yang diumumkan oleh perdana menteri di London baru-baru ini," katanya merujuk kepada projek majlis pecah tanah Stesen Jana Kuasa Battersea, yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama-sama Perdana Menteri Britain, David Cameron di London.

"Desakan supaya kerajaan mengembalikan kementerian ini oleh Perkasa dan NGO-NGO Melayu sejak hampir lima tahun sudah tidak dipedulikan lagi oleh kerajaan kerana kerajaan lebih mendengar dari kumpulan pendesak kaum lain," katanya.

Syed Hassan bagaimanapun menegaskan Perkasa tidak akan mengalah dalam perjuangannya demi kepentingan Melayu dan Bumiputera walaupun kerajaan BN tetap membisu dalam menunaikan hasrat Perkasa.

"Perkasa akan terus menyuarakan desakan demi desakan kami kepada kerajaan. Tetapi ingatlah bahawa kesabaran orang Melayu ada hadnya." - 9 Julai, 2013.

bertambah lagi dengan beberapa keputusan yang menjengkelkan orang Melayu," katanya.
Sebelum itu, Perkasa juga memuji tindakan Anggota Majlis Tertinggi Umno, Dr Ahmad Puad Zarkashi yang menggesa Putrajaya menubuhkan kembali Kementerian Pembagunan Usahawan.
"Perkasa sambut baik kenyataan itu tetapi Perkasa tidak yakin kerajaan dapat wujudkan kembali jika kepimpinan yang ada sudah tekad untuk kuatkan agenda meliberalisasikan pelbagai sektor seperti apa yang diumumkan oleh perdana menteri di London baru-baru ini," katanya merujuk kepada projek majlis pecah tanah Stesen Jana Kuasa Battersea, yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama-sama Perdana Menteri Britain, David Cameron di London.

"Desakan supaya kerajaan mengembalikan kementerian ini oleh Perkasa dan NGO-NGO Melayu sejak hampir lima tahun sudah tidak dipedulikan lagi oleh kerajaan kerana kerajaan lebih mendengar dari kumpulan pendesak kaum lain," katanya.

Syed Hassan bagaimanapun menegaskan Perkasa tidak akan mengalah dalam perjuangannya demi kepentingan Melayu dan Bumiputera walaupun kerajaan BN tetap membisu dalam menunaikan hasrat Perkasa.


"Perkasa akan terus menyuarakan desakan demi desakan kami kepada kerajaan. Tetapi ingatlah bahawa kesabaran orang Melayu ada hadnya." - 9 Julai, 2013.





KEGAGALAN MENGAWAL JENAYAH: ZAHID , JAGAN TIPU ORANG RAMAI

KUALA LUMPUR - Pemimpin PKR Nurul Izzah dan Tan Kee Kwong menegur Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi untuk menghubungkan pemansuhan Ordinan Darurat dengan peningkatan dalam jenayah, mengatakan bahawa adalah 'alasan tempang' bagi yang ingin memperkenalkan semula undang-undang lapuk atau membantah janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga mengeluarkan Akta Hasutan yang sama zalim.
"Jelas sekali kita tidak melihat ia secara objektif. Ordinan Darurat tidak mempunyai hubungan dengan peningkatan dalam jenayah. Pada tahun 2012, Menteri Dalam  Negeri telah memutuskan untuk melepaskan 1,467 penjenayah tegar di bawah EO. Dia berbuat demikian dan beliau berkata hanya 0.27 % daripada mereka atau 4 daripada 1,467 kembali mengulangi kegiatan jenayah mereka. Jadi ia agak diabaikan. Sebelum kita panik atau kami memutuskan untuk memperkenalkan semula, saya meminta Zahid, sila mendapatkan beberapa taklimat daripada menteri sebelum ini, "Nurul, Ahli Parlimen untuk Lembah Pantai, memberitahu Malaysia Chronicle di luar lobi Parlimen pada Isnin.



"Kita perlu menangani jenayah mengenai isu penempatan semula. Kami tidak mempunyai anggota polis yang cukup . Kami mempunyai seorang anggota polis untuk 270 rakyat Malaysia, tetapi  hanya 9000anggota polis yang terlibat dalam Jabatan Siasatan Jenayah. Selebihnya 106,000 dalam semua yang terlibat di mana-mana  bahagian lain operasi . Kita perlu sedar akan masalah ini dan tidak dipolitikkan sebagai versi penyelesaian. "
Menyalahkan Situasi
Kenaikan atau jenayah di luar kawalan serta pemansuhan yang dinanti-nantikan Akta Hasutan adalah antara topik hangat di Malaysia minggu ini, berikutan beberapa rompakan berprofil tinggi yang melibatkan ahli-ahli politik BN termasuk Menteri Sukan Khairy Jamaluddin dan  Ketua Bahagian MCA Raub Lim Sing.
Di tengah-tengah meningkatnya  tekanan awam, Zahid dan Ketua Polis Khalid Bakar telah menyalahkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Ordinan Darurat bagi peningkatan dalam jenayah.
Zahid juga cuba untuk menggunakan ISA dan memansuhkan EO untuk bersuara menentang janji Najib untuk memansuhkan Akta Hasutan. Selain itu, beliau memberi amaran bahawa Rang Undang-undang baru bagi menggantikan Ordinan Darurat akan dibentangkan pada bulan September.
"Realitinya adalah bahawa ia perlu diterima jika kuasa yang mencukupi diberikan kepada pihak polis untuk mendakwa pesalah. Oleh itu, kita akan memberi keutamaan kurangnya penahanan tanpa bicara," kata Zahid Hamidi ini selepas melancarkan Anti Antarabangsa Dadah Hari hujung minggu.
Masa untuk siasatan awam mengenai pertalian menyalahi undang-undang yang dikatakan antara Underworld, Polis & Ahli-ahli politik
Sementara itu,  Zahid dan ketua-ketua polis memainkan permainan menyalahkan, panggilan yang semakin meningkat bagi kerajaan untuk melancarkan satu siasatan awam ke dalam "pertalian haram" antara , ketua-ketua polis dan ahli-ahli politik.
Menurut Ahli Parlimen Wangsa Maju, Tan Kee Kwong, isu kontroversi adalah salah satu kedudukan yang lama tetapi sentiasa disapu di bawah permaidani oleh kerajaan BN.





Walau bagaimanapun, dengan jenayah yang semakin meningkat dan bukannya surut dan keengganan teguh kerajaan untuk melaksanakan Aduan Polis dan Suruhanjaya Bebas Salah Laku, ia adalah masa untuk orang ramai untuk menuntut jawapan dan akauntabiliti.
"Ini adalah perkara baru. Ahli Parlimen Bintulu untuk membuat tuduhan itu di Parlimen tahun lalu,  Kami mahu tahu.


"Walaupun kita  memberitahu beberapa IGPs pada masa lalu begitu mesra dengan taikos besar (kingpins gangster) dan terdapat beberapa watak yang meragukan yang mendapat gelaran Datuk dan juga Tan Sri-kapal (anugerah tituler daripada royalti).


Jangan ada penjenayah besar yang mendapat berbagai gelaran dan ada juga yang membuat jenayah besar di tahan diSimpang Renggam tetapi dibebaskan, malahan ada yang bergelar Datuk dan Tan Sri   Bagaimana kesilapan ini berlaku? "





VIDEO: KENAPA MURSI DIGULINGKAN



 SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN




Politik anak beranak di Malaysia membimbangkan, kata penganalisis


Bahasa

Politik anak beranak di Malaysia membimbangkan, kata penganalisis

Oleh Hasbullah Awang Chik
July 07, 2013
Penganalisis politik dari Universiti Pengurusan Singapura Prof Madya Bridget Welsh melihat senario pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini cenderung mengamalkan politik keluarga apabila ada ahli Parlimen yang terdiri daripada kombinasi bapa dan anak.

Menurut Welsh, situasi ini sebagai satu hal yang tidak sihat dan memerlukan pembaharuan.
“Perkembangan ini dilihat sebagai satu situasi tidak sihat dimana bapa dan anak tidak sesuai jika digandingkan dalam satu sidang Parlimen bersama,” jelas Welsh semasa melontarkan pendapatnya berhubung perjalanan PRU13 di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) hari ini.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anak sulungnya, Nurul Izzah Anwar masing-masing merupakan anggota Parlimen Permatang Pauh dan Lembah Pantai.

Selain itu Penasihat DAP Lim Kit Siang pula adalah Ahli Parlimen Gelang Patah sementara anaknya Lim Guan Eng adalah Ahli Parlimen Bagan.

Selain itu, Welsh melihat calon muda dan teknokrat tidak kira dari Barisan Nasional (BN) mahu pun Pakatan Rakyat (PR) mencatatkan peningkatan keanggotaan dalam Dewan Rakyat pada sidang Parlimen kali ini.
“Malaysia sebagai sebuah negara muda yang telah mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun telah menampilkan calon muda dan pertambahan calon wanita begitu menggalakkan serta mereka yang mewakili badan bukan kerajaan,” jelas Welsh.

Penganalisis itu turut melihat Malaysia kini sebagai sebuah negara yang mempunyai minat yang tinggi terhadap politik apabila orang ramai dilihat gemar berbicara tentang isu politik setiap hari.
“Ketakutan kini seakan sudah lupus dalam hati rakyat Malaysia. Mereka cenderung membicarakan isu politik pada setiap hari.

“Jika dilihat bukan kaum Cina sahaja yang menuntut perubahan dalam PRU lalu tetapi kaum lain turut menyuarakan suara yang sama dengan dibahagikan mengikut pecahan undi di bandar dan luar bandar.
“Penduduk kampung dan mereka yang tinggal di Sabah dan Sarawak cenderung mengundi BN namun pengundi bandar dilihat memilih PR,” tambah Welsh.

Sementara itu, penganalisis politik Prof Dr Syed Arabi Idid pula berpendapat prestasi BN berterusan mencatatkan rekod buruk apabila BN telah hilang dua pertiga kerusi Parlimen dua kali berturut-turut. Beliau juga melihat tsunami Cina hanya berlaku di kawasan pengundinya majoriti berbangsa Cina.


“Pola pengundian tidak banyak terjejas dan tsunami Cina yang didakwa itu hanya berlaku di kawasan yang majoriti pengundinya Cina namun bagi kawasan Melayu tidak banyak perubahan direkodkan.


“Malaysia mengamalkan kemenangan parti dan bukanlah berlandaskan undi popular semata-mata. Imj BN dan Umno dilihat telah memperkukuhkan lagi kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pengundi kini telah melihat bahawa kini bukan BN sahaja satu-satunya parti yang boleh dipilih malah turut mempertimbangkan PR sebagai parti pilihan mereka berdasarkan PRU lepas.


“PR berjaya mengenegahkan isu jenayah dan rasuah manakala BN pula tidak dilihat sebagai juara dalam isu berkenaan,” tambah Syed Arabi. - 7 Julai, 2013.




UGUT GURU. TAHNIAH PRESIDEN NUTP

Belum ada lagi menteri paksa dan ugut guru. Tapi sejak beerapa lama ini sikap menteri yang nak ugut kaum guru sebenarnya tak lama kekal dalam kabinet Malaysia. Sebab utamanya ialah kerana mulut yang capoi ugut guru ini , menteri yang tak berapa cerdik.
Dan selalunya juga Presiden NUTP belum pernah berani untuk mengeluarkan kenyataan sebegini berani.Tahniah ,anda mengekalkan keberanian dan juga kejujuran anda mewakili kaum guru.Jangan jadi macam yang dok ada sembah melutut membuta tuli.Harap Lok Yim Peng.Mampus la kaum Guru.Cakap tak serupa bikin,bikin tak serupa cakap.
Kalau nak dudk dalam kesatuan, mesti mau berani .Bukan beranbi membuta tuli , tetapi memperjuangkan hak kaum Guru.Ini jadi setiausaha , apa pun tak jalan....baik berhenti la lagi bagus.

TAHNIAH BUAT HASHIM ADNAN





Lt. Kdr. (B) Hashim bin Adnan
Presiden
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia


Guru-guru tidak seharusnya “diintimidasi atau diperas ugut" untuk mengundi mana-mana parti politik kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengingatkan parti-parti politik.

Presidennya Hashim Adnan mengatakan ini sebagai respon kepada Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh yang menggesa guru-guru untuk mengundi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) akan datang sebagai melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan.

“Guru-guru boleh mengundi sesiapa yang mereka mahu. Saya tidak akan menuntut atau memaksa guru-guru untuk mengundi Barisan Nasional,” kata Hashim kepada The Malaysian Insider hari ini.

Beliau menambah: “Jika mereka gembira dengan apa yang diterima dan jika mahu mereka (BN) terus berkhidmat kerana telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik, mereka boleh mengundi BN.
“Semuanya terpulang kepada mereka. Mereka tidak seharusnya diintimidasi atau diperas ugut.”

Hashim mengatakan kerajaan tidak seharusnya mengambil mudah terhadap guru-guru.

“Apabila anda terlalu lama berkuasa, adalah normal untuk membuat gesaan seperti itu... sudah menjadi kebiasaan orang dijawatan seperti itu akan lakukan,” tambah beliau, akan tetapi memberi amaran kedua-dua pihak agar tidak membuli guru-guru untuk mengundi mereka.

Semalam Idris berkata undi kepada BN adalah bagi melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan yang banyak memperjuangkan kebajikan mereka.

"Tidak ada sebab guru membiarkan kerajaan bersendirian dan kini sampai masanya mereka membantu kerajaan untuk memastikan BN mengekalkan kerusi di Kuala Besut sebagai ucapan terima kasih mereka kepada kerajaan," katanya kepada pemberita semasa beramah mesra dengan penduduk Kampung Kemunting dekat Kuala Besut semalam.

Gesaan Idris mengingatkan kembali mengenai pilihan raya kecil Tenang dahulu apabila pengarah pendidikan negeri Markom Giran dikatakan menyalahgunakan kuasa apabila mengarah guru-guru untuk memastikan kemenangan BN.

Pengarah Pilihan Raya PAS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang Dzulkefly Ahmad membuat laporan terhadap Makom kerana melawat sekolah di Labis dan Tenang menyuruh guru-guru memastikan kemenangan BN.


Dzulkefly turut menyerahkan klip video empat minit yang dimuat naik ke Youtube menunjukkan Markom memberikan ucapan kepada guru-guru. – 7 Julai, 2013.



Anwar: Yusoff Kalla bantah putar belit media Malaysia

Bekas Naib Presiden Indonesia, Yusoff Kalla membantah tindakan media arus perdana Malaysia yang memutar belit kenyataannya, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar memberitahu, beliau dihubungi Yusoff pagi ini melalui telefon bahawa rakannya di Indonesia itu tidak menyangka kenyataannya diputar belit sedemikian.DSAI
“Tulisan itu tak benar. Saya akan bantah,” kata Anwar, membacakan pesanan teks yang dihantar Yusoff Kalla kepadanya.
“Dari awal saya tidak yakin beliau akan mengeluarkan kenyataan sekeras itu,” kata Anwar memaklumkan rasa tidak puas hati Yusoff pada sidang media di lobi parlimen hari ini.
Menurut Anwar, artikel itu adalah terbitan sebuah laman blog tajaan Umno.
Tambahnya, Yusoff telah menghantar empat surat bantahan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Berita Harian, Ketua Pengarang Berita Harian, Eksekutif Berita Harian dan Ketua Pengarang Kumpulan Berita Harian dan New Straits Times.
“Teman di Jakarta tidak senang. Dia kata ini bukan Pak Yusuff. Bukan caranya dia buat begitu. (Namun) setakat hari ini dan kelmarin belum ada pembetulan,” kata Anwar
Justeru Anwar memberitahu, peguamnya dan Yusoff Kalla akan menyelaras tindakan undang-undang terhadap media yang memfitnah kedua mereka.
“Mana-mana ahli arlimen yang ulang akan kita rujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan,” katanya.
Berita Harian pada 29 Jun lalu melaporkan berita kononnya Anwar mendapat dana besar pihak asing dari Turki, Amerika Syarikat dan Filipina untuk aktiviti perhimpunan Black 505.
Laporan tersebut memetik satu wawancara khas Yusoff Kalla bersama portal berita Merdeka On-line di Jakarta, Indonesia.

PELAWAK YANG PATUT KITA TONTON.LAWAK ATAU TIDAK.ULANG TAYANG


 INI SEMUA ARTIS 2ND CLASS YANG CARI DUIT KOPI RASANYA........SELEPAS DIHEBAHKAN DAN MENIKAH 4, DIA PURA-PURA MERAJUK. RUPA-RUPANYA MANGKUK ARTIST BEBERAPA EKOQ MALAUN  NI CARI MAKAN DENGAN BUAT LAWAK BODO TIBAI PAKATAN..........
















MP PKR Sg Petani Bahas Titah Diraja 2013











Apa yang kerajaan ‘pakat’ dengan Lynas? – Fuziah

Apa yang kerajaan ‘pakat’ dengan Lynas? – Fuziah

 Ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mempersoalkan sama ada kerajaan Malaysia telah ‘berpakat’ dengan Lynas kerana kenyataan yang bercanggah berhubung bahan buangan sisa toksik radioaktif.
Fuziah membandingkan kenyataan media Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti).Fuziah Salleh
Menurut Fuziah, Setiausaha Eksekutif AELB pada 8 September 2012 menyatakan Lynas wajib mengeluarkan sisa radioaktif dari Malaysia.
“Maksudnya AELB dan Mosti berkata, sisa mesti dikeluarkan daripada Malaysia. AELB menyatakan Lynas telah memberi surat terima untuk mengeluarkan sisa daripada Malaysia,” kata Fuziah di Dewan Rakyat hari ini.
Namun menurut Fuziah, dalam syarat Lesen Pengoperasian Sementara (TOL) Lynas perlu menyediakan tapak pelupusan sisa kekal (PDF) dalam masa 10 bulan.
Justeru Fuziah menyimpulkan, berdasarkan syarat tersebut, tapak pelupusan sisa kekal berada di negara ini.
“Bila kita tanya dimana tapak PDF, ia tidak diberitahu. Kalau (sisa) kena bawa keluar negara, ia perlu dibawa keluar negara.
“Sekarang, timbul laporan daripada Lynas untuk mengitar semula sisa dalam bentuk baja, nak buat jalan, nak buat gypsum boards.
“Ini bercanggah dan berbeza. Rakyat Malaysia dan Kuantan khususnya perlu tahu. Apa yang sebenarnya berlaku. Kerajaan dah ‘pakat’ dengan Lynas?, soal Fuziah

PKR PILIH LAJIM UKIM

PILIHAN .... Lajim (kiri) dikatakan menjadi pilihan sebagai Ketua PKR Sabah bagi kebanyakan daripada 25 bahagian manakala Thamrin telah dijenamakan flop sejak pelantikan beliau oleh kepimpinan PKR kebangsaan. AHMAD Thamrin mungkin disingkirkan untuk memberi laluan kepada Klias ahli parlimen dan bekas ketua perang UMNO, Lajim Ukin untuk mengambil alih, berkata sumber dekat dengan parti.By: JONATHAN JAY Ethan





KOTA KINABALU: pahlawan resah dari Beaufort tidak kelihatan gembira bermain biola kedua. Hanya seminggu selepas ketua pembangkang yang dilantik dalam Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Lajim Haji Ukin dikatakan mensasarkan kepimpinan PKR Sabah yang kini dipegang oleh Ahmad Thamrin.Sumber yang rapat dengan ahli parlimen Klias memberitahu Borneo Insider Lajim telah mula membuat langkah untuk mengukuhkan kedudukannya dalam PKR Sabah dengan orang bawahannya membuat kenalan yang diperlukan. 


Sudah, ia berkata, sehingga ke tarikh 19 daripada 25 bahagian di negeri itu telah diberikan sokongan mereka untuk Lajim untuk mengambil alih kepimpinan.Menurut sumber kami, seorang pemimpin kanan PKR Sabah yang bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan, ini mungkin berlaku minggu depan apabila beberapa lagi bahagian dan kepala mereka mengesahkan sokongan mereka untuk 

Lajim."Kami percaya bahawa hari ini Thamrin yang bernombor," kata sumber itu. "Malah Thamrin tahu bahawa dia hanya memanaskan kerusi dan apabila Lajim (dan Wilfred Bumburing) melintasi ke sisi lain, ia hanya menunggu masa."Tetapi apa yang paling menarik untuk melihat sama ada kepimpinan PKR di Kuala Lumpur, di bawah ketua penyeberang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi berkat atau tidak."Ia akan menjadi ujian yang teruk kepimpinan beliau serta pelbagai janji-janji beliau telah dibuat kepada pemimpin-pemimpin Sabah, salah seorang daripada mereka adalah bahawa mereka akan mendapat peluang untuk memilih pemimpin pilihan mereka."Sekarang Thamrin adalah KL-dilantik. Beliau tidak mempunyai belakang penuh dengan semua ketua-ketua bahagian yang lain.

 "[Walaupun Lajim berkata beliau akan meninggalkan NGO beliau, PPPS, yang diterajui terus platform politik selepas penggalian parit UMNO tahun lepas, dan memohon untuk menyertai PKR dengan ahli-ahlinya, Wilfred, yang bertanding dan memenangi Tamparuli atas tiket PKR, tidak akan berbuat demikian].Ia juga dipercayai bahawa seorang pemimpin kaum Kadazan Dusun Murut dari Papar telah dijadualkan sebagai Nombor Lajim 2 dia perlu mendapatkan undi daripada bahagian.Utusan Borneo memahami bahawa rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Thamrin telah mengumpul wap, sehinggakan selepas 5 Mei pilihan raya umum.Sumber-sumber kita bercakap untuk mengatakan Thamrin sejuk sama ada berundur dan muka selamat atau mengalami kehinaan yang 'digulingkan', kemungkinan besar dengan cara 'undi tidak percaya'.Ia telah berkata sebab utama yang mendorong 'pemberontakan' berlaku adalah disebabkan oleh kepimpinan yang lemah Thamrin dan prestasi yang lemah sejak pelantikan beliau pada Oktober 2009."Beliau (Thamrin) tidak mempunyai kualiti kepimpinan.  

Dia hanya baik untuk 'dana', selain menjadi 'Yes Man'. Jelasnya, beliau hanya boneka seseorang. Kami tidak melihat apa-apa harapan untuk PKR Sabah terus maju di bawah kepimpinan beliau, "kata sumber."Tetapi, kami yakin bahawa Lajim akan menjadi pemimpin yang lebih berkebolehan. Malah, ini telah disahkan oleh kuasa pelantikan beliau sebagai pemimpin pembangkang Sabah di dalam Dewan Undangan Negeri, baru-baru ini, "kata seorang ketua bahagian PKR Sabah.Beliau juga menyatakan bahawa Thamrin kalah negeri kerusi Gum-Gum yang beliau bertanding dalam pilihan raya umum lalu juga telah menyebabkan beliau kehilangan mandat beliau untuk memimpin PKR Sabah.Polling 3,191 undi, kalah kepada Thamrin Datuk ZakariaB.Mohd Edris Barisan Nasional (BN) yang ditinjau 5,548 undi.Selain itu, pemimpin kanan PKR Sabah juga menyalahkan Anwar untuk Fielding yang calon-calon yang salah dalam pilihan raya umum lalu, dengan mendakwa bahawa jika parti itu boleh menang lebih banyak kerusi di Sabah.Beliau menyebut antara pilihan yang buruk calon termasuk Tan Sri Ibrahim Menudin yang kehilangan kedua-dua kerusi Parlimen dan Bongawan Labuan yang beliau bertanding dan Datuk Mohammad Yahaya Lampong yang kehilangan perjuangan untuk Papar kerusi Parlimen, serta angka yang tidak diketahui, Fred Gabriel di Pantai Manis DUN.



 "The Fielding beberapa muka-muka baru dari PPPS dan APS (Angkatan Perubahan Sabah) untuk menggantikan orang-orang kanan pemimpin PKR Sabah seperti Hj Ansari (bekas Ketua PKR Tuaran) yang telah bekerja keras di atas tanah selama ini, merupakan satu lagi penyumbang utama faktor keputusan pilihan raya yang miskin, "katanya.Ia adalah tidak diketahui tetapi bagaimana pemimpin-pemimpin kanan PKR Sabah seperti Dr Roland Chia (Inanam) dan Christina Liew (Api Api) serta Timbalan Ketua Setiausaha, Darell Leiking (Penampang) akan bertindak balas kepada kepimpinan yang dijangka Lajim. (BI)



Tabung Haji turun taraf jadi kelab umno? (LM)


Yang salah ialah siapa yang lantik Azeez Rahim Pengerusi Tabung Haji - Shahbudin Husin


Perlantikan Azeez Rahim, Ahli Parlimen Baling dan Pengerusi Kelab Putra 1Malaysia sebagai Pengerusi Tabung Haji yang baru menjadi isu dan pertikaian kebanyakan orang dalam sehari dua ini.

Banyak pihak dalam UMNO turut meluahkan rasa kurang senang dengan perlantikan itu, manakala yang mengenali Azeez pula ada yang tersenyum dan ada pula yang menggelengkan kepala sebaik mendengar berita itu. 

Zahid Hamidi Gagal Ketepikan Kes Saman Terhadapnya

1.Langkah pertama penyingkiran Zahid Hamidi untuk jawatan Naib Presiden Umno.

 

 

Zahid Hamidi Gagal Ketepikan Kes Saman Terhadapnya

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggunakan semua ruang undang-undang untuk menghalang kes saman terhadapnya didengari di mahkamah.

Mahkamah Persekutuan pagi ini menolak permohonan menteri dalam negeri itu yang cuba mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan mahkamah lebih rendah mengatakan kes saman itu perlu dibicarakan.

Saman itu difailkan oleh Amir Bazli Abdullah terhadap Ahmad Zahid yang dituduh menumbuk mukanya pada 16 Januari 2006 di Kelab Rekreasi Country Heights di Kajang, Selangor.

Amir Bazli mengalami patah hidung (kecederaan kekal) dan rosak kekal di bahagian sebelah kiri mata.

Lima orang Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Tan Sri Md Raus Sharif mengatakan persoalan undang-undang sudah selesai.

"Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa kes itu perlu dibicarakan dan Mahkamah Rayuan mempunyai pendapat sama," kata hakim itu.

"Biarlah ini dibicarakan di mahkamah dan biarkan mahkamah membuat keputusan. Dia akan mempunyai ruang untuk merayu kemudian."

Md Raus kemudian menolak permohonan Ahmad Zahid dengan kos RM5,000.

Semasa kejadian itu dikatakan berlaku, Ahmad Zahid merupakan timbalan menteri penerangan.

Dalam satu kenyataan tuntutannya, Amir Bazli berkata, kira-kira jam 10 malam pada 16 Jan, 2006, dia berada di sebuah stesen minyak di Bangi apabila ejen defendan mendekati dan mengugutnya.

Mereka membawanya secara paksa ke kelab rekreasi Country Heights di Kajang.

Terdapat, plaintif menyaksikan Ahmad Zahid dengan menantunya bernama Hisham dan anak lelakinya yang dikenali sebagai KK. Terdapat juga beberapa yang lain bersama mereka. -TMI

M-C-M': Utopia Milik Siapa? by Boon Kia Meng VIDEO


Anwar pertimbang bawa isu kecurangan PRU kepada Agong

Anwar pertimbang bawa isu kecurangan PRU kepada Agong

(Oleh Mohd Arif Juhani)
KUALA LUMPUR 25 JUN: Ketua Parlimen Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ucapan titah Yang Dipertuan Agong (YDPA), Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ketika perasmian pembukaan Dewan Rakyat adalah titah yang diusulkan Perdana Menteri dan bukan satu arahan.
Katanya, ucapan itu lebih menjurus kepada perbahasan terbuka dalam Parlimen seperti yang terkandung dalam Konvensyen Demokrasi Berparlimen.


Anwar Parlimen“Titah Tuanku itu adalah titah Diraja atas usul Perdana Menteri bagi pihak kerajaan dan itu untuk membolehkan perbahasan terbuka di Dewan Rakyat diadakan. Ini adalaha malan biasa dalam mana-mana demokrasi berparlimen,”


“Maknanya kalau pidato titah Tuanku itu sebagai arahan, (maka) tidak ada perbahasan.
“Hal ini kerana prinsip konvensyen dalam negara demokrasi ialah asas itu (titah Diraja) untuk dibahaskan, bukan arahan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian persidangan pertama Parlimen ke-13 hari ini.


Beliau mengulas titah Tuanku yang menyeru kepada semua pihak supaya menerima dan menghormati keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
Justeru, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menimbang untuk satu langkah sesuai supaya Agong turut sama memperoleh maklumat penipuan sepanjang proses pilihan raya lalu.


“Saya mempertimbang satu usaha untuk memastikan Tuanku juga mendapat maklumat berhubung penipuan dan kecurangan besar dalam PRU lalu,” kata Ketua Umum KEADILAN itu lagi.
Sementara itu, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli tidak menolak teks ucapan YDPA meminta semua pihak menerima keputusan PRU lalu itu disediakan oleh Perdana Menteri.


“Wujud satu usaha untuk mengheret nama baik Agong dalam isu ini. Ini adalah soal kredibiliti, legitimasi dan saya cenderung melihat ini sebagai masalah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan Umno,” ujar Pengarah Strategi KEADILAN itu.


Rafizi berkata, KEADILAN dan Pakatan tetap akan meneruskan usaha untuk memikul tanggungjawab bagi membersihkan senarai pengundi dan proses pilihan raya.



Afidavit palsu dalam kes Fitnah II, Najib perlu disiasat

Afidavit palsu dalam kes Fitnah II, Najib perlu disiasat

(Oleh Azuan Ab Rahman)
KUALA LUMPUR 27 JUN: Ketua Koordinator NGO Jingga 13, Fariz Musa membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung afidavit palsu dalam kes Fitnah II yang difailkan pada 21 dan 23 September 2011 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


Dalam laporan itu, beliau menggesa polis menjalankan siasatan kerana Najib dalam afidavit berkenaan telah membuat kenyataan bersumpah menggunakan nama penuh sebagai ‘Najib bin Tun Hj. Abdul Razak’.
Manakala isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor juga ada membuat afidavit pada 21 September 2011 dan menyatakan secara bersumpah juga bahawa nama penuh suami beliau ialah Najib dan bukan Mohd Najib.
Bagaimanapun menurut Fariz, semasa hari penamaan calon 20 April lalu, Najib telah mendaftarkan nama penuhnya sebagai Mohd Najib dan diterima oleh Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi kawasan Parlimen Pekan.


afidavit



Ini bercanggah dengan nama yang difailkannya dalam afidavit kes Fitnah II, yang kini di peringkat rayuan.
“Saya mempunyai sebab untuk mempercayai Pengerusi SPR sendiri telah mengetahui perkara ini sebelum hari penamaan calon dan boleh menjangka percanggahan berkaitan nama sebenar Najib akan berlaku,” kata Fariz kepada pemberita selesai membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi semalam.


Beliau dalam laporannya turut merujuk dua artikel bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim yang disiarkan Free Malaysia Today – ‘Usulkan undi tidak percaya terhadap Najib’ yang disiarkan pada 17 Jun lalu dan ‘Pencalonan Najib dalam PRU 13 ditolak?’ pada 15 April lalu.
Mat Zain dalam surat terbukanya berkata, kes sama pernah terjadi dalam sejarah undang-undang Malaysia apabila seorang wanita – Sharma Kumari Shukla dijatuhkan hukuman penjara enam tahun setelah didapati bersalah membuat dua afidavit palsu berkaitan dengan nama penuh beliau.


“Najib tidak boleh mengatakan beliau tidak dinasihatkan berkaitan peraturan ini, memandangkan salah seorang peguam beliau yang menyediakan afidavit-afidavit tersebut, merupakan bekas Timbalan Pendakwa Raya yang mengendalikan
kes Sharma Kumari dalam tahun 2000,” kata Mat Zain yang dipetik dari surat terbukanya itu.
Sehubungan itu, Fariz yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, menggesa polis menyiasat Najib kerana dikatakan telah membuat afidavit palsu dalam perbicaraan kes Fitnah II dan dengan menggunakan nama berlainan semasa mengisi borang pencalonan PRU 13.



“Saya juga menggesa polis menyiasat tindakan Pengerusi SPR kerana cuba bersubahat dengan Najib menyorokkan maklumat penting, iaitu mengenai pembikinan afidavit palsu dan pencanggahan antara nama dalam afidavit dan nama dalam borang pencalonan, daripada pengetahuan calon lawan dan pengundi kawasan Pekan,” kata calon KEADILAN bagi Parlimen Pekan pada PRU lalu itu.



“Perbuatan menyorokkan maklumat mustahak seperti di atas boleh dikatakan sebagai perbuatan menipu,” tegas Fariz.



ABN News dapat pinjaman mudah Bank Pembangunan RM500 juta

ABN News dapat pinjaman mudah Bank Pembangunan RM500 juta

KUALA LUMPUR, 27 JUN: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan, ahli perniagaan Tan Seri Kenneth Eswaran mendapat pinjaman mudah dari Bank Pembangunan berjumlah RM500 juta.

eswaran
K Eswaran, pemilik ABN News


Katanya, K Eswaran turut mendapat lesen siaran bagi Asian Broadcasting Network Sdn Bhd untuk melancarkan jenama televisyen berbayar yang baru, ABN Media Group.

“Ini seorang peniaga baru yang rapat dengan pemimpin negara ini. Bagaimana boleh mendapat pinjaman mudah tanpa proses yang jelas?

“RM500 juta dari Bank Pembangunan kepada syarikat tauke kaya kroni berbanding ribuan usahawan kecil Melayu bumiputera yang menyokong (kerajaan) tidak diberi pertimbangan?, kata Anwar di Dewan Rakyat hari ini.

“Tetapi Kenneth Eswaran, seorang tauke kaya diberi pinjaman RM500 juta untuk satu saluran televisyen yang baru,” kata Anwar.


Anwar menegaskan, tindakan tersebut bertentangan dengan slogan membela orang Melayu seperti yang dilaungkan Umno-BN.
“Ini kelulusan terbesar yang ketiga (selepas PRU-13),” katanya.

Sebelum ini dilaporkan K Eswaran adalah ahli perniagaan yang berada di belakang stesen TV berbayar baru yang bakal dilancarkan tidak lama lagi di bawah syarikat Nilamas Corporation Sdn Bhd.




VIDEO FITNAH TITAH SULTAN :PENJELASAN DSAI DI DALAM PARLIMEN










Tahaaluf Siyasi! Kuala Besut. PSM, PKR wajib sediakan watikah dan calon!

Kuala Besut. PSM, PKR wajib sediakan watikah dan calon!


Manalah tau kot2 last minute calon PAS tarik diri?

PAS menjalankan langkah yang betul menyediakan calon beserta watikah di kerusi PKR dan PSM bertanding untuk mengelakkan calon BN menang tanpa bertanding sekiranya calon PKR atau PSM telah dibeli untuk menarik diri.

Maka dalam kedudukan sekarang di Terengganu UMNO 17 kerusi, PAS 14, PKR 1 kerusi maka adalah menjadi kewajipan kepada PKR dan PSM mengikut langkah "bernas" PAS menyediakan calon dan watikah.

Kalau PAS menang kedudukan BN(UMNO) 16, PR 16! terpaksa bubar DUN negeri woo!

Usahkan 5 juta, 50 juta pun BN(UMNO) sanggup bayar!

Kalau lagi 10 minit terakhir PAS tak daftar calon, PKR atau PSM on!

PAS gerenti tak marah. Depa yang mula dulu. kan! kan! Kan! Ini macam baru la Tahaaluf Siyasi!

VIDEO : Menang Minoriti, Tapi Berlagak Besar

VIDEO : Menang Minoriti, Tapi Berlagak Besar

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, sebarang perubahan yang bakal berlaku di negara ini akan dibuat secara aman.

Berucap dalam Himpunan Black 505 di Padang Merbok semalam, Anwar mengulangi tuntutan Pakatan Rakyat agar Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletak jawatan.

Katanya, tuntutan rakyat jelas iaitu mahu kedua-dua pemimpin SPR itu berundur, namun ia akan dibuat secara aman sepertimana himpunan hari ini.

“Apapun tindakan boleh kita buat, tapi kita pastikan ikut jalur yang aman, lakukan perubahan cara aman,” katanya depan puluhan ribu rakyat yang hadir.

Pakatan sebelum ini memfailkan 39 petisyen berhubung penipuan dan salahlaku pilihan raya membabitkan kawasan parlimen dan DUN seluruh negara.

Tegas Anwar, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan timbalannya, Tan Sri Wan Ahmad Wan Omar perlu meletak jawatan kerana kegagalan mereka, khususnya dalam isu dakwat kekal dan berpihak kepada Umno-BN.

“Kamu tidak layak (memimpin SPR). Kamu bicara dengan sombong. Orang ini sepatutnya didakwa di mahkamah,” katanya dipetik harakahdaily.

Beliau juga memberi amaran kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar tidak mempertahankan SPR.

“Kamu dah hilang mandat. Kamu tak sanggup ambil tindakan kepada mereka sebab mereka berjasa kepada Umno,” katanya.

Anwar turut menafikan pemergian beliau ke Indonesia untuk berjumpa perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini seperti didakwa pihak tertentu.

Namun katanya tujuan beliau ke sana adalah atas undangan presiden negara republik itu.

“Saya beri penjelasan bahawa penipuan paling besar berlaku pada PRU13 lalu (dengan) kecurangan SPR mempertahankan penguasa Umno BN,” katanya.

Selain mendesak pemimpin SPR berundur, Himpunan Black 505 menuntut agar pilihan raya diadakan semula di kawasan berlaku penipuan.

Di samping itu, ia juga menggesa agar persempadanan semula tidak dilakukan hingga anggota SPR yang dipersetujui Pakatan Rakyat dilantik. -KD






















BUKAN MUDAH DI KUALA BESUT

Dewan Undangan Negeri untuk Kuala Besut Abdul Rahman Mokhtar telah meninggal dunia pada usia 55 tahun akibat kanser paru-paru. Kematian-Nya membuka jalan bagi pilihan raya kecil yang pertama di Malaysia selepas kontroversi May 5 pilihan raya umum.
Kuala Besut ADUN dies, by-election may trigger change in Terengganu state govt Pemerhati politik berkata, pilihan raya yang perlu diadakan dalam masa 60 hari boleh membawa kepada 'digantung' kerajaan negeri dan mencetuskan "persamaan kuasa baru" dalam kerajaan negeri sekarang yang diterajui oleh gabungan Umno-BN Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Pada pilihan raya umum ke-13 baru-baru ini membuat kesimpulan, Umno-BN telah memenangi kawalan kerajaan negeri dengan kemenangan cukur nipis lebih 17 kerusi Pakatan Rakyat 15. Sekiranya pengganti Abdul Rahman gagal untuk mempertahankan kerusi itu, ia akan membawa kepada keadaan di mana Umno-BN buntu terhadap Pakatan Rayat di 16 kerusi masing-masing dalam Dewan Undangan Negeri.
"Ini pilihan raya akan menjadi kritikal bagi Pakatan Rakyat," Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim kepada pemberita di lobi Parlimen pada Rabu.
Bukan kerusi mudah untuk mengambil daripada Umno
Abdul Rahman, yang dari parti Umno Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, turut Terengganu negeri Exco Kesihatan, Keluarga dan Masyarakat pembangunan. Beliau meninggal dunia di Unit Rawatan Kritikal Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu pada kira-kira 10:18, selepas dimasukkan ke hospital selama tujuh hari yang lalu.


Anwar mengakui ia tidak akan menjadi mudah bagi Pakatan untuk memenangi Kuala Besut. Seorang ahli politik Umno kerjaya, Abdul Rahman telah memenangi kerusi itu dengan majoriti 2,434 undi, undi 8,809 undi ke atas calon PAS Napisah Ismail yang mendapat 6,375.
"Abdul Rahman mempunyai majoriti yang cukup menarik untuk duduk, tetapi saya yakin PAS dan PKR akan bekerja bersama-sama untuk mencabar bagi kerusi ini," kata Anwar, yang juga dilanjutkan ucapan takziah kepada keluarga ADUN .
Semua mata di Kuala Besut
Malah, semua mata akan berada di Kuala Besut terutama dengan Umno-BN dan Pakatan kini buntu dalam perjuangan selepas pilihan raya sengit. Anwar dan rakan-rakan Pakatan beliau telah enggan menerima kekalahan,kerana meragui  penipuan besar-besaran.
Najib mendakwa kemenangan 133-kerusi dalam Kabinet persekutuan 222 tempat duduk di Malaysia, tetapi Anwar dan Pakatan Rakyat yang menuntut pilihan raya semula di beberapa kawasan pilihan raya 30. Gabungan Umno-BN Najib telah membalas dengan memfailkan jumlah yang sama petisyen pilihan raya. Kuala Best tidak di salah satu daripada senarai  Pakatan atau senarai Umno-BN terhadap petisyen pilihan raya.
Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya berkata ia akan mengadakan satu mesyuarat khas untuk menetapkan tarikh pilihan raya kecil selepas menerima pengakuan rasmi pada kekosongan itu.
"Selepas itu, SPR akan mengeluarkan kenyataan rasmi apabila mesyuarat khas akan diadakan. Menurut Negeri dan Persekutuan Perlembagaan, pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan," kata Timbalan Pengerusi SPR Wan Ahmad .
Terengganu berada di bawah kerajaan pimpinan PAS pada tahun 1999 hingga 2004. Ketua Menteri itu ialah Presiden PAS Hadi Awang, yang juga Ahli Marang Parlimen.
The ell negeri kembali ke kawalan Umno-BN dalam pilihan raya 2004 dan ketua menteri semasa Ahmad Umno Said.

ADUN MENTAKAB MELAWAT MANGSA LANGGAR LARI

YBM Tengku Zulpuri Shah(Adun Mentakab ) , telah meluangkan masa Kira-Kira jam 5 petang tadi(20/06/13) melawat Mangsa Langar lari yg mengakibatkan Mangsa kehilangan sebelah kaki di Hospital Temerloh.
Mangsa Encik Azman bin Rosli(orang asal), pada 30/05/13 jam 7pm baru balik Dari Kedai di Kg Ketam Kerdau menuju ke Kg Paya Mengkuan telah dilanggar lari semasa hujan lebat. Mangsa pengsan Dan orang Awam telah menghantar Mangsa ke Hospital.

ADUN MENTAKAB, TENGKU ZULPURI BERKHIDMAT




MENTAKAB-ADUN Mentakab, Tengku Zulpuri Shah telah melakukan kerja amal bersama-sama penduduk kampung Tanjung Krayong beberapa hari lalu.Beliau yang hadir bersama penduduk kampung telah membantu mendirikan dan membaik pulih surau supaya aktiviti amal ibadat dapat dilakukan dengan lebih selesa.





DENGAR CERITA NI, SAMPAI KIAMAT TAK MENANG