RAJA NONG CHIK MUNGKIN PILIH PUTRAJAYA.NURUL TETAP DI PARLIMEN BELIAU

Raja Nong Chik 'main kotor' untuk 'tamatkan' Nurul Izzah


Proksi kepada Najib sejak sekian lama
Perlu menangd i mana-mana Parlimen setelah 2 tahun sebagai senator
Menamatkan pasar malam peniaga kecil Melayu
Menyatakan bahawa beliau bakal TPM.
Cepat melatah dan suka menggelabah....



Sejak dakwaan mengejutkan bekas Pegawai Pilihanraya yang bertindak berat sebelah, ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah telah menghantar aduan bertulis kepada Pengarah Pilihan Raya Wilayah Persekutuan atas kebimbangan ini mungkin mengancam peluangnya pada pilihan raya umum akan datang. Tetapi sehingga kini beliau belum lagi menerima sebarang maklum balas.

Ini telah mengalihkan perhatian kepada Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekutuan yang tidak popular tetapi bercita-cita tinggi untuk mencabar Nurul untuk kerusi Parlimen Lembah Pantai yang popular itu.

Dahagakan kuasa selepas menjadi menteri

Malah, spekulasi bertiup kencang bahawa Nong Chik telah menyalahgunakan kuasa menteri dan bermain kotor untuk memastikan Nurul kalah dalam pilihan raya umum ke-13. Dia dituduh memberi arahan kepada seorang pegawai SPR penyangak - untuk menyokong cita-cita politiknya, akan dilantik untuk mengetuai proses pilihan raya di Lembah Pantai pada pilihanraya yang akan datang, yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi.


"RNC mungkin seorang yang kecil dari segi fizikal tetapi dia mempunyai ego yang besar dan penuh dengan tipu daya. Dia mahu memenangi kerusi itu tidak kira dengan apa jua cara sekalipun. Orang bawahannya berkata, dia telah banyak menaburkan wang di merata-rata tempat dengan berselindung di sebalik wang 'bantuan'," beritahu pemerhati Umno kepada Malaysia Chronicle.

"Mengapa dia harus berpuas hati dengan kuasa dengan tiket sebagai Senator yang mempunyai jangka tetap selama 2 tahun. Selepas itu, dia terpaksa bergantung kepada ketuanya untuk kerjaya politik. RNC telah merasa kuasa sebagai Menteri dan dia ingin memegang jawatan itu untuk jangka masa yang lebih panjang Untuk itu, dia tahu dia perlu mendapat mandat sendiri. Umum mengetahui bahawa Umno telah sibuk mencanangkan bahawa Lembah Pantai sudah berada dalam genggaman Umno. Dari situ, anda boleh membuat kesimpulan sendiri "

Seterusnya baca sini

TAK PAYAH SIASAT LAH.RAKYAT DAH JEMU

SPRM ...alaaaa dengar pun naik muak.Bukan apa, siasat ni macam main sorok2 ja lah.Nama saja siasat kemudian siasatan kes dapati tak salah pun sebab buat kenduri, bagi makan rakyat.maklum lah Ketua Menteri, ikut suka nak bakun banyak mana pun...banyak dah laporan yang lepas-lepas.Macam itu juga rakyat Melaka....malang sungguh..

APA PUN TAK BOLEH.APA PUN TAK TAU


  •  Apabila di tanya itu adalah stail bila nak menjawab.Adakalanya pula menjawab dahulu dan kemudian baru mengesahkannya.Takke nampak tak begitu bijak.kalau tak pasti  takpayah lah siasat atau jelaskan adanya talibarut soal nak siasat kes scorpene.Kita tunggu la nanti, sebaba Anwar berada di Paris untuk menjemput pihak peguam menjelaskan tentang siasatan dan kehakiman yang sedang berlangsung.Minta jasa baik menteri dalamnegeri benarkan pihak peguambela yang mewakili SUARAM, suara orang ramai yang ingin sangat tahu tentang perkembangan terkini....




  • NONEMenteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau tidak dapat mengesah atau menafikan laporan yang mendakwa lebih 10 pegawai kerajaan menjadi tali barut sebuah NGO untuk mendedahkan maklumat kerajaan. 
  •  
  •  Cuba baca dibawah ini pula.Kononnya nak bagi nasihat lah.Katanya mainan pembangkang apabila hampir pilihanraya.Sebenarnya kalau tak kerana pilihanraya pun pembangkang akan bangkitkan isu ini sepanjang masa. Bukan apa kesederan rakyat sudah ampai ke tahap mahukan pimpinan yang tak dapatmenjelaskan dengan terperinci.Dahkalaubetul jelaskan lah.Cukup ka gaji Ketua menteri nak anjurkanmajlis semacam itu.
Kalau menuduh pimpinanpembangkang cemburu, rasanya tidak lah kerana kalau pembangkang buat majlis lagi ramai yang datang. Kitatengok lah nanti dengan hanya berbekalkan semangat tanpa nasi bungkus dan bas serta duit poket, ramai ke tidak yang hadir...dulu umno pun buat..kali ini kita pulak nak buat.

  • Hisham: Jangan kecewa, Mohd Ali..
  • Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein mempertikaikan pihak yang membangkitkan isu perkahwinan mega anak lelaki Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam.  

Tahanan ISA tak sah: Kerajaan diarah bayar lebih RM4juta

Mahkamah putuskan penahanan ISA 2001 tidak sah, kerajaan perlu bayar pampasan lebih RM4juta

KUALA LUMPUR, 2 Okt —  Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa penahanan Chua Tian Chang (Tian Chua), Shaari Sungib, Badaruddin Ismail, Hishamuddin Rais dan Dr Badrul Amin dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 2001 adalah tidak sah, secara haram, bersifat politik dan berniat jahat pampasan perlu dibayar oleh kerajaan Malaysia sebanyak RM4,060,000.

Bacaan & petikan berita-berita berkaitan seterusnya: Tahan ISA tak sah: G'rugi 800k seorang

Jangan panjat, maka pokok itulah yg mesti kita panjat!

Mahal betul harga nak kekalkan BN dan Najib ini

Najib setiap hari keluar berkempen memaki-hamun semua parti dalam PR dan kerajaan negeri-negeri tadbiran Pakatan Rakyat.

Bagi kita yang sudah berumur dan ada sedikit pengalaman berpolitik ini, memahami apa yang ada di dalam hati dan sanubari pemimpin utama negara kita itu. Beliau gentar dan resah gelisah. 

Bacaan seterusnya di sini:    Apa yang Najib benci, itulah pilihan kita!

Kementerian Pelajaran jadi korban permusuhan...


Belanja Pelajaran berkurang gara-gara PM, TPM mesra?

KUALA LUMPUR: Belanja pembangunan yang semakin berkurangan kepada Kementerian Pelajaran dalam Belanjawan 2013 boleh mengancam masa depan negara, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Dalam keadaan kementerian-kementerian lain menikmati kenaikan dalam perutukan untuk pembangunan mereka atau sedikit sahaja pengurangannya berbanding tahun sebelumnya, Kementerian Pelajaran sangat ketara penurunan peruntukan pembangunannya," kata beliau. 

Bacaan seterusnya di sini:  Mewah jika Rosmah jadi Ment.Pelajaran

NOH JANGAN CUBA LARI SOALAN


SHAH ALAM 1 OKT: Datuk Seri Noh Omar dinasihati agar tidak cuba lari daripada isu pokok dan bukannya mempersoalkan kelulusan mesyuarat exco dan Borang 5A bagi tanah 30 ekar yang dimilikinya kini


“Noh tidak boleh alih isu ini, rakyat tertanya dia sebagai pemimpin Umno dapat tanah 30 ekar, sedangkan rakyat biasa sekangkang kera pun tak dapat,” dakwa Adun Sekinchan, Ng Sue Lim.
Kedudukan dan pengaruh Noh dalam Umno juga dikatakan mampu mempengaruhi keputusan mesyuarat exco Kerajaan Umno-BN ketika itu.

“Walaupun ketika keputusan mesyuarat exco dibuat Noh belum jadi Ahli Parlimen, tetapi saya percaya dia menjawat jawatan berpengaruh dalam Umno Tanjong Karang dan juga mengenali dengan baik ahli-ahli exco mesyuarat tersebut.

“Sekurang-kurang pun mesti sebagai Ahli Jawatankuasa Bahagian, kalau tidak tak kanlah dia dipilih jadi calon Ahli Parlimen Tanjong Karang,” kata Sue Lim lagi.
Sue Lim juga mendakwa Menteri Pertanian dan Asas Tani itu yang memiliki tanah seluas 30 ekar sebelum borang 5A dikeluarkan merupakan suatu amalan yang salah.


Menurut Sue Lim mengikut amalan lazim, seseorang rakyat biasa hanya dapat mengesahkan permohonan tanah mereka diluluskan setelah menerima borang tawaran terima iaitu Borang 5A.
Beliau juga memberitahu, keputusan meluluskan permohonan tanah dalam mana-mana mesyuarat sebelumnya juga boleh dipinda selagi borang tawaran itu tidak dikeluarkan oleh Pejabat Tanah.
“Sebelum Borang 5A yang sah dari Kanun Tanah Negara tidak berada dalam tangan, selagi itulah rakyat di bawah tidak dapat mengatakan ‘sipolan bin sipolan’ dapat tanah.


“Melalui mesyuarat exco, dari segi pentadbiran dan pengurusan mengiktiraf mereka memiliki tanah tersebut apabila Borang 5A dikeluarkan kepada rakyat,” kata Sue Lim.
Sue Lim turut memberitahu, rakyat biasa hanya mengetahui permohonan tanah mereka sudah diluluskan apabila mereka menerima Borang 5A kecuali bagi pihak yang mempunyai hubungan atau pengaruh dengan pihak yang membuat keputusan tersebut.

HABIS DAH MELAYU PULAU PINANG


UALA LUMPUR, 1 OKT : Keupayaan daya saing kontraktor Melayu di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat adalah satu kebanggaan kerana mereka mampu mendapat kerja-kerja infrastruktur yang besar.
Jika sebelum ini kontraktor Melayu hanya dapat hidup dengan kontrak class F di bawah nilai RM 200,000, sekarang dengan sistem tender terbuka mereka mampu mendapat kontrak yang besar.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kebanyakkan kontraktor Melayu memenangi kontrak pembangunan negeri hasil daripada langkah tander terbuka sekarang berbanding sistem ‘kabel Umno’ sebelum ini.


Beliau yang juga MP Bagan menjelaskan, kontrak kerja jalan terbesar di Pulau pinang dengan nilai lebih RM 20 juta dibawah persaingan tender terbuka dimenangi oleh kontraktor Melayu.
Kontrak pembangunan jalan bernilai RM 20 juta di Jalan Son Ban Kheng, Bukit Mertajam yang dilebarkan dari dua lorong kepada empat lorong dan pembinaan dua jambatan.

“Ini merupakan suatu perkara yang perlu diraikan di Malaysia kerana dia bersaing dengan kontraktor Cina dan bukan Melayu tapi dia boleh menang kerana harganya paling rendah.
“Kita buktikan bahawa kontraktor Melayu kelas A, B dan C boleh bersaing.

“Dari jumlah yang diberikan 70 peratus bukan sahaja daripada jumlah tapi nilai,” katanya dalam sidang media di luar Dewan Rakyat hari ini.


Isu kontraktor Melayu Pulau Pinang dibangkitkan oleh MP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang menyatakan mengikut garis panduan projek kurang RM 200,000 perlu diberi kepada kontraktor bumiputra kelas F.
Guan Eng berkata kerajaan negeri telah mengamalkan sistem berkenaan.

BELANJAWAN MACAMERBA








Anwar mengutuk Najib mengenai pembentangan belanjawan.Juga mengutuk bagaimana pendatang tanpa izin yang mudahmendapat kad pengenalan.

Najib, ini waktu yang sesuai adakan PRU-13..

Pemanis Bajet mungkin tidak akan memaniskan PRU 13 BN, kata penganalisis
KUALA LUMPUR, 29 Sept — Pengundi Malaysia sudah lebih matang dan tidak mudah terpengaruh dengan insentif tunai dan lain-lain faedah pemberian “one off” untuk mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang kata penganalisis politik apabila ditanya tentang kesan pembentangan Bajet 2013 semalam.

Ulasan DS Anwar Ibrahim (Youtube) mengenai
Bajet 2013 Najib di sini:  Najib gila jika tak panggil PRU sekarang!

NONG CHIK DAN PEMBANGGUNAN WILAYAH




Betoi ka nak bangunkan flat kampung Kerinci ni,Sedangkan pasar malam yang sudah lama berada disitu pun nak dihapuskan,mana peniaga nak berniaga jika dipindahkan jika tapak baru tidak disediakan?

Pembanggunan semula kawasan di Kuaa Lumpur ini adalah untuk kepentigan pihak tertentu, kerana di Wilayah ini , hanya yang wujud tanah kerajaan, banggunan lama yang bakal di majukan, dan sudah tetulah Nong Chick akan berjaya menjadi proksi seseorang sejak sekian lamanya.

Adakah NongChick akan berjaya memenangi kerusi di tempat yang beliau idamkan menentang Nuzul Izzah?...belum tentu.Untuk nak menjadi menteri, crilah tempat yang selamat bagi beliau,,,,putrajaya..

Gula-gula PRU-13 sudah mari....


Najib beri BR1M pusingan kedua, ‘gula-gula’ untuk penjawat awam, anak muda

KUALA LUMPUR, 28 Sept — Datuk Seri Najib Razak menawarkan “gula-gula” dalam Bajet 2013 hari ini, menggunakan RM3 bilion wang pembayar cukai untuk pemberian wang tunai BR1M 2.0 kepada keluarga berpendapatan kurang daripada RM3, 000 dan bonus 1.5 bulan untuk 1.4 juta penjawat awam dalam apa yang dilihat sebagai bajet pilihan raya sebelum pilihan raya akan datang, perlu diadakan menjelang pertengahan 2013. 

Bacaan seterusnya di sini:   Bonus 1.5 bulan kpd penjawat awam..

Umpama kata Dr M, Bajet menyerupai rasuah..

BR1M kedua meningkat kepada RM1,000?

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, rakyat Malaysia bukan hanya menantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bernilai RM500, tetapi mengharapkannya nilainya digandakan menjadi RM1,000 atau lebih dalam pengumuman belanjawan petang ini.

Lebih banyak imbuhan dan 'gula-gula' itu dijangkakan ekoran pendekatan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri, kata Lim dalam kenyataannya semalam. 

Bacaan seterusnya di sini:  Santa Jib akan tabur banyak gula-gula

Antara bajet PR dan BN

 Di antara bajet BN dan bajet Pakatan Rakyat

BN dan Pakatan Rakyat memperagakan bajet 2013 masing-masing. Pihak Pakatan Rakyat telah membentangkan bajet bayangannya dua hari sebelum Najib membentangkan bajet pihak BN. Najib akan membentangkan bajetnya pada Jumaat ini dan dijangka bajet itu adalah bajet pilihan raya.

Tanda-tanda bajet itu akan memasukkan banyak peruntukan pemberian tunai kepada rakyat itu adalah jelas dan telah pun diakui oleh beberapa orang pemimpin BN. 

Bacaan seterusnya di sini:   Belanjawan PR yang menakutkan BN

Mamak yang lupa diri hilangkan kuasa Melayu

Bukankah Melayu hilang kuasa angkara Umno?

KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyifatkan Tun Mahathir Mohamad ketinggalan keretapi dan masih memutar pita rakaman lama untuk mempengaruhi pengundi di dalam Pilihan raya Umum (PRU) akan datang.

“Beliau cuba membawa budaya takut di dalam masyarakat supaya jangan tolak Umno kerana nanti Melayu hilang kuasa. 

Bacaan seterusnya di sini:   Melayu hilang kuasa angkara Umno!

PR pastikan hasil negara dipulang kepada rakyat – Anwar

KUALA LUMPUR 26 September: Pakatan Rakyat (Pakatan) komited melaksanakan reformasi ekonomi dalam memerangi rasuah dan memastikan kekayaan hasil negara diagih secara adil kepada rakyat, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Reformasi ekonomi yang ditawarkan Pakatan bukan hanya berkisar soal menggantikan rejim lama dengan pemerintahan baru, tetapi suntikan kebangkitan kepada sektor ekonomi negara,” kata Ketua Umum KEADILAN itu.

Menurutnya, pemerintah Umno hari ini mewarisi amalan ekonomi lapuk yang penuh dengan rasuah, kronisme dan dan nepotisme yang kian parah.

“Sikap buruk itu harus dihentikan, bukan dengan retorik transformasi, tetapi dengan reformasi ekonomi yang konsisten,” kata Anwar.

Tambahnya, dasar afirmatif yang ditawarkan kerajaan sekarang tidak patut kerana hanya memberi manfaat kepada mereka yang rapat dengan golongan elit pemimpin.

“Sudah tiba masanya kita kembali kepada matlamat asal untuk membantu mereka yang benar–benar memerlukan dan layak,” jelas Anwar ketika berucap di hadapan lebih 350 tokoh korporat di Kelab DiRaja Selangor, semalam.

“Sistem tender terbuka yang diamalkan di negeri Pakatan tidak hanya memastikan perjalanan proses lebih telus dan adil, malah mampu mengurangkan kos projek lalu merangsang pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh,” kata Anwar lagi.

“Demi rakyat, reformasi akan kita laksanakan apabila Pakatan menerajui Putrajaya kelak,” kata Anwar.

Berkaitan:  Belanjawan Pakatan Rakyat 2013:  Ekonomi Rakyat Negara Berkat

Tinjauan: PR mesti elak percanggahan pendapat

Sokong Najib tapi tak mengundi BN

Kajian terbaru UMCEDEL menunjukkan antara faktor utama penolakan BN ialah isu integriti pemimpin BN dan Umno.

PETALING JAYA: Program transformasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah berjaya meningkatkan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional, menurut kajian  Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL). 

Bacaan seterusnya di sini:    PR perlu elak percanggahan pendapat

Beranikah Najib 'palam' mulut Dr M?

KUALA LUMPUR: Pilihan raya hanya boleh diadakan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berani 'menjahit' mulut Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Bagaimanapun, katanya, tidak diketahui bila pilihan raya boleh diadakan kerana Najib tidak dijangka berani menutup mulut Dr Mahathir. 

Bacaan setersunya di sini:  Beranikah Najib 'jahit' mulut Dr M?

Nong Chik sumbang sejadah logo Umno BN

KeadilanDaily, 24 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Tindakan Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin menampal pelekat berlogo BN pada setiap sejadah di surau Pantai Dalam mengganggu penduduk ketika solat.
Difahamkan sumbangan sejumlah sejadah itu didermakan ketika Ramadan lalu yang dilekatkan dengan pelekat kekal berlogo 1Malaysia, Umno BN selain tertera nama portfolionya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar sebagai penderma.

Ekoran itu, jemaah surau mengadu kerana mereka tidak dapat mengerjakan solat dengan khusyuk lantaran terpandang pelekat tersebut yang dilekatkan betul-betul di penjuru depan sejadah.

Kesal dengan kejadian itu, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Lembah Pantai, Abdullah Izhar Mohd Yusof berkata, pihaknya turut melaporkan kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

“Kita kesal apa yang dibuat Nong Chik. Kalau pun mahu dapat sokongan, jangan terdesak dengan mempolitikkan jemaah dan surau.

“Kita tidak halang mereka mahu beri sumbangan, tapi jangan sehingga boleh mengganggu jemaah solat,” katanya ketika dihubungi.

Abdullah berkata, dengan melekatkan logo tersebut, tidak semestinya boleh memberikan sokongan kepada Nong Chik kerana rakyat tidak menilainya dari segi itu.

“Kita juga ada sumbang telekung kepada surau-surau sekitar Lembah Pantai, tapi tidaklah cetak logo KEADILAN untuk dilekatkan.

“Daripada apa yang saya tahu, tidak semua surau menggunakannya, tapi ada yang terpaksa guna jika jemaah ramai. Setiap surau difahamkan didermakan 10 hingga 20 sejadah,” ujarnya.

Semalam, Nong Chik menyatakan hasratnya untuk bertanding kerusi Parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum ke-13, kepada pucuk pimpinan BN.

Mahathir, tuailah apa yang kamu semai...

Dr M, Melayu mahu bersatu, tetapi bersatu di luar UMNO.

Saya telah cuba untuk tidak menulis tentang Dr. Mahathir lagi tetapi tidak dapat saya berbuat demikian kerana beliau masih lagi menyalahkan semua orang di atas perpecahan orang Melayu sebagaimana anggapan beliau sekarang.

Dalam tulisan beliau dalam Mingguan Malaysia semalam beliau menzahirkan perasaan sedih di atas apa yang telah terjadi kepada orang Melayu yang pada beliau akan hilang kuasa politiknya di sebabkan perpecahan sesama sendiri. 

Bacaan seterusnya:  Mahathir, menangislah puas-puas...

Mahathir merayu Melayu berlindung bawah amnu..

Mahathir mahukan orang Melayu berlindung di bawah UMNO walaupun sudah busuk sampai ke ususnya

Dr Mahathir berkata di Johor Baru dua hari lepas yang pemimpin yang baik perlu menerima teguran yang membina. Ini pun Mahathir benar dan betul tetapi jika kritikan itu diarahkan kepada beliau itu adalah satu kesalahan besar.

Apabila beliau ditegur dan ditandingi secara demokratik beliau mengambilnya sebagai satu tindakan memalitkan tahi ke muka dan beliau tidak dapat menerimanya. Hasilnya beliau secara sistematik telah mengharamkan partinya sendiri. 

KEJAYAAN SHILA AMZAH


Kawalan udara tak berfungsi, syarikat anak Jamaluddin Jarjis bertanggungjawab

 

Kejuaraan di Asian Wave, RM5 Juta Untuk Sheila Amzah

September 22,
Satu Malaysia telah mengetahui, Shila Amzah telah mengharumkan nama negara dengan menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 di Shanghai, China. Kejuaraan Shila Amzah sememangnya suatu yang menakjubkan lebih-lebih lagi berentap dengan artis-artis hebat di seluruh Asia. Penyanyi Shila Amzah menerima hadiah bernilai RM5 juta, termasuk dana bagi mengembangkan kerjaya seninya peringkat antarabangsa, berikutan kejayaan memenangi pertandingan nyanyian Asian Wave itu malam kelmarin.


Berentap tiga kali
Pada pentas akhir pertandingan itu yang berlangsung di Stadium Baoshan, Shanghai, China, penyanyi yang terkenal dengan lagu Patah Seribu itu terpaksa berentap sebanyak tiga kali, masing-masing dengan peserta dari Thailand dan dua peserta tuan rumah.
Ketika dihubungi semalam, Shila, 22, yang mempertaruhkan lagu Gemilang (dendangan asal Jaclyn Victor), Grenade (Bruno Mars) dan lagu Mandarin, Zheng Fu (Na Ying) berkata, secara keseluruhannya dia perlu bersaing dengan sembilan peserta dari Asia.



Pencapaian tertinggi



Ditemani ibu bapa, ND Lala dan Fauziah Sarman, serta orang kuat PRISM, Ong Peng Chu, sepanjang berada di sana, Shila menyifatkan kejayaan itu pencapaian tertinggi sepanjang 12 tahun kerjaya seninya.
“Alhamdulillah atas rezeki ini. Saya ucapkan terima kasih kepada Peng Chu atas peluang berharga ini, juga kepada ibu bapa serta keluarga yang tidak jemu menyokong karier saya. Tak ketinggalan buat Shilalas (kelab peminat Shila) kerana tak henti-henti mendoakan terbaik.
“Saya amat gementar untuk meneruskan perjuangan pada peringkat final, tetapi saya sentiasa terapkan semangat melakukan yang terbaik demi Malaysia tercinta,” katanya yang mendapat sokongan moral daripada kekasih, pelakon Sharnaaz Ahmad.



Menerusi persaingan pertama, Shila memperoleh lima undian tanpa balas, manakala untuk persaingan kedua dia menerima lima undian berbalas dua. Pada persaingan terakhir Top 3, Shila mendapat sembilan undian penuh.



“Pada dasarnya peserta yang berentap dengan saya datang daripada latar belakang muzik berbeza. Semuanya cukup luar biasa dan popular di negara masing-masing.
“Pengalaman ini cukup bermakna buat saya. Malah, saya sendiri baru tahu lagu Zheng Fu sebenarnya bermaksud menakluk dan ia menjadi simbolik kepada kejayaan ini,” katanya. – Zaidi Mohamad (BH)
OHARTIS: Shila Amzah ni pada kami nasibnya sama seperti Yuna. Di Malaysia pada awalnya hanya dikenali begitu-begitu sahaja, tapi bakatnya lebih dihargai orang luar. Anyway, syabas dari kami buat Shila. Bila dah bertudung, makin besar rezeki.

Kawalan udara tak berfungsi, syarikat anak Jamaluddin Jarjis bertanggungjawab

Saiz Teks: A A A

Kawalan udara tak berfungsi, syarikat anak Jamaluddin Jarjis bertanggungjawab



SUBANG 21 September: Pusat kawalan udara di ibu negara tidak berfungsi minggu lalu ekoran kegagalan sistem radar di Pusat Kawalan Trafik Udara Subang, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.
Beliau berkata,  fungsi radar dan radio tergendala selama dua jam menyebabkan semua penerbangan dibatalkan dan kawalan ruang udara diserahkan kepada negara jiran.
Beliau mendedahkan laporan interim Jabatan Penerbangan Awam (DCA) oleh kontraktor penyelenggaraan sistem pada 12 September, jam 2.50 pagi bagi membuktikan perkara itu.
Menurut Izzah, syarikat bertanggungjawab mengawalselia sistem terbabit adalah Advanced Air Traffic Systems Sdn Bhd (AAT) yang dimiliki  anak bekas  Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Jamaluddin Jarjis.
“Pelbagai kenyataan media, permintaan penjelasan dan audit bebas terhadap sistem yang dibangun dan diselenggara SELEX Sistemi Integrati dan AAT dibuat.
“Namun Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) tidak mengendahkan, malah memperkecil catatan sistem yang menelan belanja 26.05 juta Euro (RM128.4 juta),” katanya pada sidang media di hadapan DCA, di Subang hari ini.
Turut hadir Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Naib Presiden Keadilan, N Surendran dan Ketua Biro Keselamatan Keadilan, Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab.
Justeru, beliau persoal bagaimana Kementerian Pengangkutan dan DCA boleh melulus dan membenarkan sistem tersebut beroperasi tanpa sokongan sistem interim dan lewah (redundancy).
Tegasnya, kegagalan sistem ini menimbulkan syak jutaan ringgit yang dibelanja dalam pembangunan sistem di KLIA2 mungkin mengalami nasib sama yang menjejaskan keselamatan orang ramai.
“Kita mesti pastikan semua projek berkaitan keselamatan dalam sektor penerbangan tidak dianugerah kepada syarikat tidak memiliki kemampuan teknikal, pada waktu ini dan masa hadapan,” kata Izzah.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=36481

Menjangka kerajaan persekutuan akan bertukar, IPP selamatkan diri

Penjana Tenaga Bebas atau Independent Power Producers (IPP) yang diwujudkan untuk membolehkan kroni umno/BN mengaut keuntungan mudah tanpa risiko. Tempoh perjanjian dua buah IPP generasi pertama akan tamat pada tahun 2016 dan 2017.

Kerana bimbang kerajaan persekutuan akan bertukar tangan, kedua-dua IPP ini, Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd milik Tan Sri Ananda Krishna dan Mastika Lagenda Sdn Bhd milik Genting Bhd telah bertindak menjualkan IPP ini kepada pihak kerajaan melalui 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Bacaan seterusnya di sini:   1MDB beli IPP selamatkan kroni

APABILA KETAKUTAN DI TAHAP GABAN


Dana asing: 'BN lihat puaka yang tak wujud'
10:41AM Sep 22 2012
Serangan serentak kerajaan menggunakan media perdana yang mendakwa berlaku penjajahan bentuk baru NGO prodemokrasi melalui tajaan dana di negara ini terang-terangan hanya kes "paranoia", kata PKR Sarawak.

NONE"Ia cubaan terdesak BN untuk memperkecilkan perniagaan yang sah, masyarakat sivil dan organisasi dengan sindiran tak langsung, bahawa Malaysia secara rahsia dilemahkan oleh negara asing, bukan sahaja tidak masuk akal tetapi menunjukkan bagaimana BN menggunakan taktik menakutkan-nakutkan di peringkat antarabangsa.

"Taktik momokan ini sebenarnya hanya menunjukkan ketakutan BN sendiri terhadap demokrasi sebenar dan lebih penting lagi mereka melihat puaka yang tidak wujud," kata Ketua PKR Sarawak Baru Bian dalam kenyataan semalam.

Akhbar milik Umno Utusan Malaysia dan akhbar berkaitan Umno Berita Harian dan New Straits Times semalam melaporkan di muka depan NGO berpangkalan di Amerika Syarikat National Endowment for Democracy (NED) dan badan lain di peringkat antarabangsa mendanai NGO di Malaysia.

Laporan sama juga ditayangkan dalam waktu perdana TV3 semalam yang menyifatkan perkara itu sebagai penjajahan bentuk baru

Hidup dan mati kita bukan disebabkan UMNO!

.... Janganlah orang Melayu menerima amalan rasuah sebagai suatu kebiasaan. Punah orang Melayu. Jangan kita biarkan UMNO melakukan sesuka hati atas nama bangsa kita. Jika tidak, akan tiba suatu hari nanti, kita merelakan pemimpin UMNO masuk ke dalam rumah kita meniduri isteri dan anak kita.

Tapi oleh sebab kita membiasakan diri kepada kemungkaran, kita kata ok sebab pelakunya bangsa Melayu yang buat perkara itu atas nama bangsa Melayu!. Hidup Melayu jerit kita.

Baca sepenuhnya tulisan Sakmongkol AK47 di sini:    Jangan sampai Umno tiduri isteri anda!

Jam RM35,000: Pukul berapa datuk harimau?

Rosmah dicabar nafi miliki jam tangan RM350,000

KUALA LUMPUR 21 Sept: Selepas gempar dengan kemewahan ‘aksesori’ Datin Seri Rosmah Mansur melalui pendedahan cincin RM24 juta dan beg tangan RM28,000, kini tersebar pula gambar isteri Perdana Menteri itu memakai jam tangan yang dikatakan bernilai RM350,000.

Jam tangan yang dipakai Rosmah ketika menghadiri satu majlis di Vietnam itu dilihat menyerupai jenama jam tangan antara paling mahal di dunia iaitu Franck Muller. 

Bacaan seterusnya di sini:   Jamtangan RM350K Rosmah. Murah tu!

TunM: Umno dipenuhi sampah busuk

Menukar Kerajaan tidak Kiamat Dunia
Oleh Sakmongkol AK47

Mulai sekarang kita panggil Dato Najib- Kim Il Najib. Semua gara-gara gambar. Gambar Najib dan Kak Ros adalah gambar suci. Gambar alim agama seperti Nik Aziz takpe kalau diludahi dan dibakar. Ini agaknya yang dimaksudkan oleh Dr Mahathir bila dia kata, selepas PRU-13 ini, Najib jadi orang garang.

Pada peringkat gambar sahaja, kalau orang tak hormat, tangkap dan tembak. Najib hendak jadi diktator macam Kim Il Sung. Kita tengoklah nanti- puak UMNO akan memuja pemimpin Korea Utara. Pemimpin Korea Utara pun ummatan wasatho- dalam konteks wasathiyah UMNO. 

Bacaan seterusnya di sini:   TunM: Umno dipenuhi sampah busuk

Surat Terbuka kepada Majlis Fatwa

Sebagai warga Malaysia yang beragama Islam, saya menganggap Majlis Fatwa dalam sebuah negara Islam adalah sangat penting, berperanan menjelaskan hukum-hakam Allah SWT tentang permasalahan masyarakat umumnya dan umat Islam khususnya, serta menjelaskan penyelesaiannya berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.

Ia bagi menghindarkan sebarang kekeliruan dan salah faham yang boleh mengakibatkan perselisihan dan pertikaian pendapat di antara sesama mereka yang sangat buruk kesannya. 

Bacaan seterusnya:   Surat Terbuka Kepada Majlis Fatwa

Rasuah, penipuan berleluasa punca keluar Umno – Ibrahim Menudin

LABUAN 15 Sept: Amalan rasuah dan penipuan pimpinan Umno Sabah ketika penduduk negeri itu khususnya Labuan masih mundur, punca Tan Sri Ibrahim Menudin keluar Umno dan menyertai KEADILAN.
“Saya antara orang yang bawa Umno masuk Sabah tapi kini saya tinggalkan Umno yang dicemari rasuah. Memandangkan ekonomi negara merosot tapi rasuah meningkat. Saya harus bangkit sumbangkan tenaga untuk baiki keadaan.
“Kita tidak mahu lagi rakyat Labuan dan Sabah diperbodohkan BN. Labuan sebagai pusat kewangan kini dalam keadaan menyedihkan sepanjang kekuasaan mereka,” katanya tokoh korporat itu.
Bekas Bendahari Jawatankuasa Perhubungan Umno Sabah itu berkata demikian ketika berucap dan mengisytihar menyertai KEADILAN di Kampung Tanjung Aru, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah petang tadi.
Ibrahim menyifatkan Umno Sabah mengabai tanggungjawab mereka terhadap penduduk Labuan hingga mengakibatkan rakyat berterusan hidup dalam kepayahan.
“Contohnya, hospital di Labuan amat menyedihkan. Kos membina berpuluh-puluh juta tapi tiada doktor. Orang Labuan terpaksa pergi ke Kota Kinabalu untuk dapatkan rawatan.
“BN juga tak mahu bina jambatan kerana tidak kos tidak efektif. Kalau jambatan dibuat, kos hidup Labuan boleh turun; orang Brunei, orang Sabah & Sarawak senang datang, barulah ekonomi Labuan maju,” katanya.
Hadir sama, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali; Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan pimpilan lain.
Tindakan Ibrahim itu sekaligus mengikut jejak langkah Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin serta Naib Presiden Pasokmomogun Kadazan Dusun Murut (Upko) Datuk Maijol Mahap.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=36117

Pemimpin keluar Umno petanda BN Sabah ‘gulung tikar’ – Anwar

TUARAN 16 Sept: Tindakan beberapa pemimpin terkenal keluar dari Umno BN Sabah petanda rakyat Sabah mahukan perubahan dan menamatkan kesengsaraan di bawah regim parti itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim
Berucap sempena sambutan Hari Malaysia ke-49 malam semalam, beliau yakin rakyat Sabah sudah bersedia untuk menolak Umno BN pada pilihan raya akan datang.
“Saya ingat lepas ini, Umno boleh gulung tikar,” kata Ketua Pembangkang itu sambil disambut tepukan hadirin pada sambutan Hari Malaysia  di Restoran Singgah Singgarung di sini.
Namun, kata Anwar, rakyat Sabah harus berhati-hati dan tidak terpengaruh dengan dakyah Umno BN yang menggunakan agama untuk memecah belah perpaduan bagi menyekat arus perubahan.
“Tapi kita kena ingat, niat kita mesti ikhlas untuk melakukan membuat sesuatu yang baik dan sentiasa menjaga hubungan baik antara agama.
“Umno BN sengaja mempermainkan agama untuk menanam prasangka antara orang Islam, kristian dan agama lain supaya membenci antara satu lain untuk meneruskan kekuasaan mereka.
“Oleh itu, tingkat kefahaman dan saling menghormati antara kita agar tidak tewas dengan agenda pecah belah Umno BN,” katanya.
Hadir sama, Presiden PAS, Haji Hadi Awang; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan pimpinan Pakatan Rakyat lain.
Terdahulu, Anwar Ibrahim mengisytihar bekas menteri dan Naib Presiden Perkasa, Datuk Yahya Lampong keluar Umno di Restoran Singgah Singgarung, Tuaran, Sabah.
Kurang 24 jam sebelum itu, bekas Bendahari Umno Sabah, Tan Sri Ibrahim Menudin dalam satu program di Labuan, mengisytihar keluar Umno dan menyertai KEADILAN.
Ia menjadikan sekurang-kurangnya empat pemimpin terkenal Sabah meninggalkan BN dalam tempoh sebulan termasuk Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing.
* Gambar ihsan Media Rakyat.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=36139

Naib Presiden Perkasa sertai KEADILAN, BN Sabah kian goyah

Naib Presiden Perkasa sertai KEADILAN, BN Sabah kian goyah

TUARAN 15 Sept: Kurang 24 jam penyertaan bekas Bendahari Umno Sabah, Tan Sri Ibrahim Menudin ke KEADILAN, Naib Presiden Perkasa, Datuk Yahya Lampong pula  melakukan tindakan sama.
Pengisytiharan Yahya keluar Umno dan menyertai KEADILAN dibuat pada majlis sambutan Hari Malaysia ke-49 anjuran Pakatan Rakyat di Restoran Singgah Singgarung, Tuaran, Sabah.
Ia menjadikan sekurang-kurangnya empat pemimpin terkenal BN Sabah meninggalkan regim itu dalam tempoh hanya sebulan, menjadikan mereka semakin goyah.
Pengisytiharan dibuat depan pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan disaksikan kira-kira 10,000 rakyat Sabah.
Yahya sebelum ini pernah menjadi Ketua Bahagian Umno Tanjung Aru pada 2001 dan Yang Di-Pertua Perkasa Sabah yang pertama.
Beliau juga pernah menyertai Parti Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (Bersekutu) untuk tempoh singkat pada 1999.
Selain itu, Yahya adalah Pengerusi kilang simen CIS yang beroperasi sejak April 2009 di Teluk Sepanggar, Sabah.

Senjata Umno-BN Sebenarnya Kekuatan Pakatan


SHAH ALAM 16 Sept : Hutang Talam, bekalan air dan kutipan galian pasir merupakan isu yang akan memudaratkan Umno-BN sendiri bagaikan senjata yang akan melutup di muka tuannya.
Ini respon pemimpin Pakatan Rakyat terhadap rancangan Umno-BN untuk menggunakan isu-isu tersebut sebagai “resipi” perang saraf dalam kempen gabungan itu untuk menawan-kembali Selangor di dalam pilihanraya akan datang.
Isu-isu tersebut merupakan antara kejayaan kerajaan Pakatan dalam empat tahun mentadbir Selangor.
Ketiga-tiga isu tersebut juga merupakan bukti salah urus tadbir kerajaan Umno-BN Selangor yang dulu, di mana hasil dan kekayaan negeri diberikan kepada kroni manakala risiko dan kerugian di tanggung rakyat.
Contohnya kata MP Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad, di dalam isu hutang Talam, kerajaan Umno-BN dulu telah memberikan sebanyak 7,000 ekar tanah kepada syarikat itu yang merupakan kroni MCA.
Sebelum Pakatan menakluk Selangor, Kerajaan Umno-BN yang sama juga telah berniat untuk (melupuskan) dan tidak mengutip hutang Talam yang bernilai RM 392 juta kepada tiga anak syarikat kerajaan Selangor, kata Dr Dzulkefly.
Dalam masa empat tahun, Kerajaan Selangor telah berjaya mengutip balik hutang tersebut yang gagal diselesaikan kerajaan Umno-BN sejak 2005.
“Kita akan londehkan salah urus tadbir oleh Umno-BN dalam isu Talam. Mereka sebenarnya takut dengan kami dalam isu ini.
“Apabila mereka ajak berdebat, kami pergi,” kata Dr Dzulkefly, merujuk kepada debat isu Talam di Bandar Tun Razak pada 12 Sept di mana Dr Dzulkefly dan tiga pemimpin Pakatan yang lain dihalang untuk berdebat dengan pemimpin MCA Datuk Chua Tee Yong.
“Mereka boleh ambil peluang itu untuk memalukan kami di depan penyokong kami dan penyokong mereka. Tetapi mereka takut dan tidak benarkan kami berdebat,” kata Dr Dzulkefly.
Semalam, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Pakatan gagal menyelesaikan ketiga-tiga isu ini dan kegagalan itu telah menjadi “ramuan” untuk Umno-BN menawan kembali Selangor.
Adun Sri Muda Shuhaimi Shafiei pula mencabar Muhyiddin untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM) sekiranya terdapat bukti salahlaku Pakatan dalam pengurusan galian pasir.
Ujar Shuhaimi, SPRM sendiri telah menjalankan siasatan dan mendapati tiada bukti penyelewengan dari pihak Kerajaan Selangor atau syarikat Kumpulan Semesta Sdn Bhd yang menguruskan kutipan royalti hasil pasir.
Semasa pentadbiran Pakatan royalti kerajaan negeri dari pasir meningkat kepada RM32.5 juta untuk tempoh tiga tahun dari 2009 hingga 2011, berbanding hanya RM12.51 juta dari tahun 2005 – 2007 dibawah Umno-BN.
“Sebaliknya saya cabar Muhyiddin untuk menjawab dakwaan berlaku curi pasir besar-besaran di Johor untuk di ekspot ke Singapura.
“Ini terang-terang berlaku di Johor, tempat kelahiran Muhyiddin,” Shuhaimi berkata. Muhyiddin, yang juga MP Pagoh, adalah seorang bekas Menteri Besar Johor.”
Exco Selangor Dr Xavier Jayakumar pula berkata pengurusan bekalan air Selangor sebenarnya merupakan lagi satu kejayaan bagi Pakatan Selangor di mana ia mampu memberi air percuma 20 metre padu selama empat tahun.
“Bila kita mulakan skim tersebut, Umno-BN kata Selangor akan bankrap dalam setahun.
“Sekarang empat tahun dan bukan sahaja kita boleh teruskan skim tersebut, kita sudah naikkan rizab simpanan negeri sebanyak RM 2 bilion,” kata beliau yang memegang portfolio Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin.
“Kita terus memberi air percuma dan ini tidak akan dihentikan dan saya percaya rakyat Selangor menyedari hakikat ini”.

DENGAR WAHAI RAKYAT












ITU HAL PAS


Blog ‘Suara Pakatan Rakyat’ Bukan Milik PR



SHAH ALAM, 12 SEPT : Pakatan Rakyat (PR) hari ini memaklumkan bahawa gabungan parti politik itu tidak mempunyai kaitan dengan laman blog http://suarapakatanrakyat.com/ .


Dalam satu kenyataan media bersama hari ini Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengarah Publisiti DAP Pusat, Tony Pua dan Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata PR ingin menyatakan bahawa kenyataan-kenyataan yang terdapat dalam laman tersebut tidak melambangkan dasar atau kedudukan politik parti-parti komponennya.

“PR turut mengesyorkan agar pengendali laman web tersebut memikirkan semula rencana bertajuk ‘Tarian Sumazau Untuk Golongan Rendah Akhlak’ yang menyentuh soal tarian sumazau di Sabah agar lebih sensitif terhadap pandangan, fahaman dan cara hidup warga Sabah terutamanya yang berketurunan Kadazandusun,” kenyataan itu dipetik.

Sebelum ini, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan partinya tidak mempunyai kaitan dengan blog tersebut sambil menambah ini adalah percubaan perang saraf menentang PR.

Yahoooo....nah aihhhh

RAKYAT MAKAN PUN TAK CUKUP, MENTERI BOLEH DOK MENARI MENYANYI LAGI....KIRA OK LA.....


Pakatan Sahkan Pilihanraya DNS Selangor Dibuat Berasingan


PETALING JAYA, 12 SEPT : Pakatan Rakyat (PR) mengesahkan pilihan raya bagi Dewan Negeri Selangor akan dijalankan secara berasingan daripada pilihanraya parlimen kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal membersihkan daftar pemilih.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata walaupun Kerajaan Selangor telah menyediakan dana “Selangorku Bersih” untuk membersihkan daftar pemilih, SPR masih gagal bertindak terhadap pengundi yang statusnya diragui.

“Saya bersetuju dengan pandangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Bahawa Selangor tidak akan menyertai pilihanraya DUN bersama Persekutuan kerana SPR gagal bertindak untuk menyelesaikan penipuan yang berlaku di negeri itu.
“Justeru, saya menyokong pendirian mereka (Kerajaan Negeri) untuk tidak meneruskan Pilihan raya dalam jangka masa pendek,” katanya di sidang media selepas mesyuarat presiden Pakatan
ibu pejabat PKR, di sini hari ini.


Turut hadir Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Sebelum ini, Kerajaan Selangor telah mengumumkan akan membuat pilihanraya hanya selepas daftar pemilih dibersihkan dan peruntukan belanjawan 2012 telah digunakan.
Tambah Anwar, Kerajaan Pulau Pinang juga sedang membuat pertimbangan sama ada untuk mengadakan pilihan raya DUN secara berasingan atau pada yang sama dengan pilihanraya pusat.

Di Kelantan, Mustafa berkata, Menteri Besar telah bersetuju untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum akan datang.
“Di Kedah, kita belum bincang dengan Menteri Besar. Kita akan berhubung. Pilihan raya juga kita tidak tahu bila, tetapi saya yakin kita tiada masalah untuk buat sebarang keputusan,” ujarnya.

Insiden Serangan dan Ugutan, PR Desak Penjelasan PM


PETALING JAYA 12 SEPT : Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya memberi penjelasan berhubung insiden serangan berulang kali ke atas bas Jelajah Merdeka Rakyat termasuk ugutan terhadap beberapa pimpinan PR.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PR memandang serius isu tersebut berikutan budaya samseng dan amalan ugutan semakin rancak dilakukan puak Umno-BN.

Beliau berkata, sehingga kini Perdana Menteri mahupun Menteri Dalam Negeri masih belum memberi sebarang jaminan atau maklumbalas untuk memastikan insiden sama tidak berulang lagi.
“Saya mohon penjelasan daripada Kerajaan Umno-BN sama ada ini budaya baru mereka. Pihak polis juga perlu bertegas termasuk tentang kenyataan terbaru mengenai ugutan terang-terangan yang kita terima supaya saya tidak ke Johor.

“Kita tidak mahu Malaysia ada dua undang-undang. Satu untuk memelihara kepentingan atasan dan penguasa dan satu undang-undang lagi membiarkan sebarang bentuk keganasan terhadap PR.
“Seperti mana sebelum ini, kita tidak setuju dengan adegan memijak gambar sesiapa tetapi kalau gambar Najib, ia jadi isu dan diambil tindakan. Tetapi serangan ke atas PR, dianggap biasa. Inilah dikatakan Satu Malaysia, Dua Undang-undang,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR, tengah hari tadi.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata budaya samseng adalah amalan biasa Kerajaan Umno-BN yang diamalkan sejak dulu lagi.

Katanya, tindakan tidak bertanggungjawab itu memberi kesukaran kepada pihak pembangkang untuk menyampaikan mesej kepada rakyat.
“Apabila terancam, mereka akan gunakan taktik itu. Walaupun setakat ini tindakan itu mensasarkan kepada PKR, tetapi kita akan bersama menghadapi isu ini kerana ia merupakan ancaman kepada PR,” katanya.

TunM: Jika PR ke Putrajaya, BN ke kubur...

Dr M kata PR akan memerintah selama-lamanya. Saya setuju

Jumaat lepas Mahathir telah bercakap lagi, kali ini di Lembah Pantai. Walaupun usia sudah begitu lanjut Dr M tetap mundar-mandir berkempen untuk kemenangan BN dalam pilihan raya nanti. Mahathir tidak ada masa untuk menjadi seorang negarawan tetapi beliau tetap seorang ahli politik semata-mata. Tetapi itu pilihan beliau sendiri.

Dr Mahathir berkata jika Pakatan Rakyat memerintah ia akan memerintah sampai bila-bila dan tidak akan berpeluang lagi bagi BN untuk kembali ke Putrajaya jika rakyat memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat kali ini. 

Reuploaded: Video Gangjib bakal tewaskan video Gangnam

Video asal tarian "Anak Kampung" sempena Sambutan Hari Raya PM dan Jemaah Menteri telah didelete oleh penyanyi Aqwal bila link itu dibuka sebentar tadi. Mungkin kerana video itu semakin mendapat sambutan luarbiasa rakyat Malaysia yang menontonnya sejak semalam.

Namun, video asal itu telah diupload kembali oleh pengguna youtube yang lain dan kini, fenomena tarian gangnam nampaknya "hiilang" popularitinya kerana ditenggelamkan dengan tsunami tarian "Anak Kampung" ini. 

Tonton video di:    Video yang bakal tewaskan Gangnam

SIAPA KURANG AJAR






YB CINA CAKAP JAWA



PRU-13: Ahli Umno akan kekal undi PR

UMNO: Sumbat sini bocor di sana, sumbat di sana berlubang di sini

“Ahli-ahli UMNO yang didapati mensabotaj parti dalam pilihan raya nanti akan di singkirkan keahlian mereka. Mereka yang bekerja dan mengundi parti-parti pembangkang adalah mereka yang tidak setia dan UMNO tidak memerlukan mereka”. Itulah lebih kurang kata-kata Muhyiddin dua hari yang lepas semasa merasmikan perwakilan salah satu bahagian di Johor.

Inilah sebenarnya masalah yang sedang dihadapi oleh UMNO apabila menghadapi PRU yang akan datang. 

Bacaan seterusnya:   PRU-13: Ahli Umno akan kekal undi PR