ANWAR UMUM BERTANDING DI KULIM-BANDAR BARU


KULIM 27 Julai- Dalam satu ceramah di Bandar Kulim yang di adakan di dewan Kelab Hiburan Cina Kulim dan dihadapan lebih 10,000 hadirin yang memenuhi dalam dan luar dewan. Dato Seri Anwar Ibrahim memulakan dengan menyatakan bahawa beliau akan bertanding di Kulim sekiranya tidak ada aral melintang dan di izinkan Allah.


“Jika tidak ada aral melintang,dalam masa terdekat ini saya akan umumkan untuk bertanding di Kulim-Bandar Baru ini.Terima kasih kepada saudara YB Zulkifli Nordin yang menawarkan kawasan ini.Beliau adalah contoh anak muda yang faham akan erti perjuangan ini ” demikian jelas Anwar lagi.

YB Zulkifli memenangi dengan majority 5583 dimana beliau memperolehinya sebanyak 22255 manakala Aziz pula sebanyak 16,672. Kulim Bnadar baru mempunyai 67.93 % undi Melayu,21.135 cina dan 11.48% undi India dimana jumlah keseluruhan pengundinya ialah sebanyak 51444 pengundi yang berdaftar.

Anwar juga menjelaskan bahawa jika beliau jadi bertanding di Kulim, pasti mereka (BN) akan menghentam beliau dengan berbagai tuduhan seperti kes liwat, kaki perempuan, dan berbagai lagi tuduhan yang sebenarnya memalukan politik negara demi menghalang beliau dari menjejak kaki ke parlimen.Malah sanggup mengusung tilam untuk memfitnah beliau dahulu.malah berjuta ringgit akan dihabiskan untuk menarik pengundi.Jika diberi duit ambil namun undi adalah untuk Pakatan Rakyat.

“Baru-baru ini saya dipaksa mengisi borang yang mengaitkan saya mangsa rogol,malah dikatakan diarahkan oleh orang atasan.Seluruh badan saya diperiksa dan ini amat memalukan saya,saya menghalang gambar saya dari diambil kerana menjaga maruah saya.Kenapa saya di buat begini adalah kerana saya melawan mereka ”

“Saya dipenjara , saya keluar saya lawan,saya di telanjang,saya pakai baju dan saya lawan,saya di pukul ,saya berubat dan saya balik dan bebas , saya akan lawan habis –habisan”.walau dihina dan diaibkan rakyat bukan bodoh malah kerajaan Arab Saudi menghantar kapal terbang untuk menjemput saya ke Arab Saudi.Yang penting bukan Anwar, tetapi kebajikan rakyat adalah penting.

Anwar juga menyatakan bahawa UMNO kini yang berada dalam keadaan tidak tenteram dan tidak stabil dan mana mungkin mereka memikirkan masaalah orang Melayu,malah sebelum pilihanraya dulu pun UMNO tidak pernah bercakap mengenai nasib bangsa Melayu.dan kenapa dalam keadaan sekarang mereka baru menyebut untuk membantu orang Melayu . Kerana itu ada usaha memecah belahkan Pakatan Rakyat kononnya PAS-UMNO akan bersatu.



“Sebelum saya ke Kulim saya telah menlefon Ustaz Hj Hadi dan menyatakan hasrat untuk bertanding di Kulim.Ustaz Hj Hadi memberi jaminan dan komitmen dengan menyatakan bahawa jika saya bertanding di Kulim seluruh jentera Pas di Kedah akan dikerah membantu saya, malah di seluruh Malaysia jentera PAS akan digerakkan.bagi membantu saya di Kulim.Begitu juga dengan Sdr Lim Kit Siang yang datang kerumah saya bertanya di kawasan manakah yang saya akan bertanding, dan memberi sokongan malah akan menggerakkan jentera DAP untuk membantu dimana sahaja saya bertanding” demikian jelas Anwar lagi.



”Saya tidak bermusuh dengan ahli UMNO, tetapi saya menentang pemimpin UMNO kerana mereka khianat kepada orang Melayu,menyapu kontrak dan diberi kepada kroni dan anak pinak”, demikian jelas beliau lagi

Beliau seterusnya mempersoalkan mengapa rakyat khasnya bangsa Melayu menerima pemimpin yang korup dan menyeru agar mereka menolak dan tidak memilih pemimpin Melayu yang korup , malah banyak pemimpin Melayu yang baik dan kerana itu tidak ada usaha menyatukan rakyat bawahan dimana adanya perasaan syak wasangka antara bangsa Cina ,Melayu dan India.kerena itu pimpinan atasan boleh mengaut kekayaan dan membiarkan rakyat bahwan bermusuh dan tidak bersatu



”Kita telah merdeka selama 50 tahun dan kekayaan negara ini sepatutnya tidak membebankan rakyat dan meningkatkan mutu pendidikan kepada rakyat. Ilmu adalah penting untuk memartabatkan bangsa dan kita mampu meningkatkan kemudahan dan kita mampu melakukannya jika kewangan negara diurus dengan baik .Masaalah kita ialah kerana kita tidak menguruskan kewangan dengan baik. Kekayaan negara sebanyak 10 billion ringgit telah habis di mana dipercayai telah disalahgunakan oleh pimpinan negara” .jelas Anwar lagi.

Beliau juga menjelaskan dan menyebut “Demi Allah” bahawa jika berjaya memerintah, Pakatan Rakyat akan memberi komitmen yang tinggi untuk membantu rakyat dan bukan untuk kita(PR) menunjukkan sombong, angkuh dan ganas. Dibawah pemerintah Pakatan Rakyat pemimpin tidak sekali-kali akan merompak kekayaan negara untuk mengenyangkan poket pemimpin sebagaimana yang berlaku pada kerajaan hari ini.




“Saya tidak boleh berjanji untuk menurunkan semua harga barang ,namun saya boleh berjanji untuk menurunkan harga minyak dan melakukan yang terbaik.Malah ada seorang jutawan Arab yang mempunyai kekayaan individu sebanyak 10 billion USD iaitu sebanyak RM34 billion datang bertemu saya menjanjikan pelaburan berbillion ringgit untuk memajukan negara kita ini.Malah beliau menyakan bahawa sekiranya hari ini saya menjejak kaki memerintah negara ini, esoknya beliau akan membawa kekayaan dan pelaburan ke negara kita.Bukan itu sahaja malahan dari Hong Kong,Cina dan juga dari negara teluk ”jelas Anwar lagi.

Namun bagi UMNO mereka berkata saya bermimpi disiang hari. Ini adalah kerana program ekonomi yang di anjurkan kita adalah untuk membawa kemajuan ekonomi kepada rakyat negara kita dan tidak ada rasuah dalam menguruskan ekonomi.





DATO ZAHARAIN DAN WAN AZIZAH SEDIA LEPAS KERUSI PARLIMEN




PERMATANG PAUH 27JANUARI-lawatan kerja semua Ahli Parlimen dan ahli majlis kerja tempatan bertemu masyarakat telah berlangsung petang semalam.Majlis diadakan di markas PKR cawangan Permatang Pasir.ianya turut dihadiri oelh YB Datuk Seri Wan Azizah selaku Presiden PKR dan Ketua Pembangkang,Ketua Perhubungan PKR negeri YB Dato Zaharain Ahli Parlimen Bayan Baru,Pengerusi Pilihanraya Negeri Sdr Mustafa Kamal,Timbalan ketua bahagian Che Mat Hashim, Dr Mansor Othman,Sdr Lim Boon Chang, Sdr Ramli Bulat,Ahli-Ahli Majlis, dan juga para penyokong.

Dalam ucapan Dato Zaharin yang mengulas tentang situasi semasa berhubung dengan keadaan UMNo dimana beliau menjelaskan bahawa keadaan UMNO buat masa ini macamerba.Mereka sering mencari peluang untuk mengkucar kacirkan pakatan Rakyat dengan berbagai isu yang dicipta mereka.Malah mencipta fitnah ke atas DSAI,malah UMNO apabila kehilangan kuasa mereka akan tenggelam punca.Ini adalah kerana mereka yang memerintah selama 50 tahun dan apabila hilang kuasa mereka (UMNO) mula menjadi seperti orang"desperado".

"Dengan kemenangan pilihanraya dulu secara tidak langsung kita telah menjadi kerajaan Negeri yang memerintah dan secara tidak langsung menguasai majlis tempatan dan dengan ini kita dapat membantu masyarakat malah dengan mendapat sokongan dari berbagai lapisan masyarakat, kerajaan kita bukan kerajaan DAP, malah kerajaan ini adalah kerajaan Pakatan Rakyat dan kita mesti mempertahankan kerajaan ini.Perancangan kerajaan Barisan Nasional adalah untuk memporak perandakan Pakatan Rakyat", demikian jelas Dato Zaharain lagi.


Beliau juga menjelaskan bahawa apa yang penting sekarang ini ialah dengan membawa DSAI ke Putrajaya."Malah ada beberapa ahli Barisan Nasional yang akan melompat,malahan dengan keadaaan ekonomi negara yang paling tinggi dengan inflasi sebanyak 7% memberi tekanan kepada Barisan Nasional malah dalam Parlimen Menteri kewangan sendiri apabila ditanya terus tidak mampu untuk menjawab."nak bohong buat apa,rakyat bukan bodoh lagi", jelas Dato Zaharain lagi.

Beliau kemudiannya menjelaskan bahawa PKR telah memenangi sebanyak 31 kerusi dan dalam jangka masa ini mana-mana bahagian sanggup untuk mengosongkan kerusi bagi memberi peluang kepada DSAI untuk bertanding.Anwar begitu penting dan sedang menunggu arahan di bahagian mana untuk bertanding.

"Mungkin dia (DSAI) memilih Permatang Pauh,kerana pilihanraya ini perlu lebih kuat dari pilihanraya yang dulu. Ini adalah kerana beliau perlu menang,dan kawasan Permatang Pauh dan Bayan Baru dilihat kawasan yang logik,kerana kemenangan yang besar dan kukuh ,malah saya telah mengarahkan Pak Mus untuk melihat kawasan yang strategik dimana perlu menggerakkan semua jentera malah JKKK juga perlu digerakkan bersama 29 wakil rakyat di Pulau Pinang boleh digerakkan di Pulau Pinang ini, jadi jentera telah ada dan kita boleh gunakannya,Anwar harus menjadi ahli parlimen dan kita yakin beliau akan berjaya menjadi Perdana Menteri ",demikian jelas Dato Zaharain lagi.


Sementara itu Datuk Seri Wan Azizah yang memulakan ucapannya menjelaskan bahawa sekiranya DSAI memilih Permatang Pauh, beliau tidak merasa tergugat,malah para penyokong telah sedia ada dan tidak menjadi masalah malah ahli parlimen sebelum saya ialah Anwar Ibrahim, dan beliau dengan penduduk Permatang Pauh juga umpama isi dengan kuku.

"Dalam pilihanraya kecil jentera pilihanraya BN akan menggunakan jentera semaksimum mungkin bagi mengalahkan Anwar." jelas Wan Azizah.





Anwar mulling seat options for Parliament: Malaysian Insider




Anwar begins by-election 'campaign': Malaysiakini.com

DUDUK DIAM-DIAM LAGI BAGUS-BERI PELUANG PADA PAK LAH







Wan Nordin Wan Yaacob Sat Jul 26, 08 11:52:19 am MYT


KUALA LUMPUR, 26 Julai (Hrkh) - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru ahli dan pemimpin Umno supaya 'memaksa' Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatannya segera bagi memulihkan Umno dan BN. .......................



KALAU PAK LAH LETAK JAWATAN SEKARANG BELUM TENTU UMNO AKAN PULIH.SILAP-SILAP SEMUA MELAYU KALIH...TAMBAHAN PULA DSAI SEDANG MENGEPALAI PEMBENTUKAN NEGARA MALAYSIA BARU...CUBA TANYA SIAPA YANG PELINGKUP MELAYU......

DALAM SEMINGGU ATAU DUA LAGI KERAJAAN BARU AKAN DIBENTUK????


DSAI semalam mendakwa bahawa dalam seminggu atau dua lagi para Barisan Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak akan melompat kepada Pakatan Rakyat dan seterusnya membentuk kerajaan baru bagi Malaysia.Beliau berkata demikian di stadium Jugra Banting Selangor dihadapan ribuan manusia.


"Kita akan lihat bagaimana dan sebanyak mana yang terpaksa dihabiskan oleh BN bagi membelanjakan wang untuk melakukan pilihanraya nanti" kelas beliau lagi.


Dalam masa yang sama beliau juga menjelaskan bahawa dalam sejarah inilah kali pertama dalam sejarah dimana orang-orang Melayu telah menolak UMNo sebagai parti pilihan mereka.


Beliau juga kini menjelaskan hanya golongan orang-orang yang miskin yang memberi sokongan kepada UMNO kerana di beri dengan berbagai habuan menjelang pilihanraya, dan menyeru kakitangan kerajaan dan juga para guru untuk membantu Pakatan Rakyat bagi menerangkan dasar-dasar bagi membantu orang-orang Melayu.


"UMNO hari ini mula memainkan isu membantu melayu kerana mereka dalam keadaan tidak kuat dan saya,sebagai orang Melayu juga akan turut membantu orang-orang Melayu dan tidak sekali-kali akan menipu mereka untuk terus maju", demikian jelas Anwar lagi.


beliau juga menjelaskan dasar-dsar yang akan dilakukan oleh Pakatan rakyat dengan memberi penekanan kepada agama sebagai intiti dari slogan Pakatan rakyat, dimana agama tidak akan dipinggirkan dan juga bangsa-bangsa lain juga tidak akan di pinggirkan sebagaimana yang dilakukan oleh Barisan Nasional.

AGENDA DAILY TURUT RISAU SOKONGAN KEPADA ANWAR...YA LA....YANG PATUT RISAU JUAL NEGARA


Ini dah lebih…

Ini dah lebih


Campurtangan antarabangsa dalam kes dakwaan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya semakin menjadi-jadi. “Hakim-hakim” ...............
ITU KOMEN DARI AGENDA DAILY...SAJA JA NAK BACA....SAMA MACAM UTUSAN...TAPI YANG SEDIHNYA DALAM RAKYAT MALAYSIA PUN TAK PERCAYA KECUALI AHLI UMNO DI KAMPUNG-KAMPUNG..MASAKAN DARI ORANG CERDIK PANDAI NAK SURUH PERCAYA JUGA.KALAU DRAMA DAH JADI HARU BIRU..MANA RAKYAT NAK PERCAYA.

COMMENTING ON ANWAR

Malaysia protests, but US insists on commenting on Anwar - .. - Mangalorean
25/07/08 6:15 pm
Malaysia protests, but US insists on commenting on Anwar - Smash .. - News.smashits
25/07/08 4:45 pm
Malaysia demands US stop interfering in Anwar case - The Standard - Thestandard.hk
25/07/08 4:15 pm
Malaysia protests, but US insists on commenting on Anwar - SINDH .. - Sindhtoday
25/07/08
Malaysia protests, but US insists on commenting on Anwar - Fresh .. - Freshnews.in
25/07/08 1:15 pm
Malaysia c.bank says no briefing on rate decision - Reuters India - In.reuters


Don't interfere on Anwar, M'sia tells US - AsiaOne - News.asiaone
25/07/08 11:15 am
Rice told to not meddle in Anwar case - China Post - Chinapost.tw

AMBIL ALIH BUKAN GILA KUASA-ANWAR




KL must overcome scepticism of Anwar case
COMMENTARY
JULY 24 — When 96 foreign diplomats rushed to a Home Ministry briefing on a two-hour notice yesterday, Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar was pleased. He had managed to attract twice the number of diplomats than Datuk Seri Anwar Ibrahim did a day before and there were many more ambassadors and high commissioners in the audience.
Kemahuan ambil alih kerajaan bukan kerana gila kuasa - Anwar




Wan Nordin Wan Yaacob Thu Jul 24, 08 4:07:25 pm MYT



KUALA LUMPUR, 24 Julai (Hrkh) - Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar IBrahim berkata, kemahuan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kerajaan bukannya bertunjangkan ketamakan kekayaan dan sifat gila kuasa.
Sebaliknya Pakatan Rakyat komited untuk melaksana agenda perubahan yang menyeluruh meliputi aspek ekonomi, kebudayaan, pendidikan dan politik.
"Rakyat adalah keutamaan kita. Perubahan yang kita perjuangkan adalah demi rakyat seluruhnya, melewati batas kaum dan agama.
"Beberapa hari kebelakangan, media milik Umno-BN sedaya mungkin berusaha untuk mengelirukan rakyat. Dakyah dangkal kononnya Pakatan Rakyat sedang mengalami masalah dipintal sejahat mungkin agar rakyat terpengaruh," ujar Anwar dalam satu ulasannya semalam.
Menurut Anwar, agen-agen anti perubahan ini seperti tidak belajar dari kesilapan lalu dan tidak mengerti bahawa badai besar 8 Mac ialah kemahuan yang kuat agar perubahan terlaksana.
"Tengahari tadi (23 Julai) saya randau dengan lebih 100 pengusaha muda terkemuka negara. Saya mengambil kesempatan ini untuk memperjelas Agenda Ekonomi Baru, menjawab persoalan berkaitan agenda tersebut serta gagasan perubahan Pakatan Rakyat.
"Sudah tentu persoalan pertuduhan fitnah terhadap diri saya juga dibangkitkan. Saya menegaskan, ini merupakan usaha terdesak segelintir yang tidak mengambil berat keadaan negara dan rakyat. Wacana segar terus dipupuk di kalangan mereka yang nyata optimis dengan politik baru yang didukung oleh KeADILan dan Pakatan Rakyat," tegasnya.
Keluh kesah di kalangan mereka, khususnya mengenai tahap pemberdayaan ekonomi yang lemah kini jelas menggambarkan pelaksanaan dasar yang tidak tepat kerana kepimpinan yang tidak wibawa, katanya.
Pastinya yang terus terkesan ialah rakyat yang semakin tersepit dengan kos sara hidup yang semakin meninggi, katanya.
"Biar sehebat mana fitnah diacu terhadap diri saya, namun kita perlu terus istiqamah memandang ke depan, agar rakyat terus menang di akhir persimpangan," ujarnya





KALAU GILA KUASA LAMA DAH JADI PM KOT....

AMERIKA SYARIKAT KEPADA MALAYSIA:TANGGANI KES ANWAR BERDASARKAN UNDANG-UNDANG YANG BETUL





Al-kesah kerbau naik ke katil Hishamuddin Rais


Kisah ini telah kita dengar dari zaman berzaman. Datuk kita telah tahu cerita ini. Nenek kita juga telah mendengar cerita ini. Kemudian nenek bercerita kisah yang sama kepada emak kita. Emak kita pula bercerita kepada kita. Kemudian apabila kita masuk sekolah, kita dapat pula membaca cerita yang sama...ikutilah seterusnya di Malaysiakini. ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,MUNGKIN S/U AMERIKA TERBACA TENTANG KISAH INI .....DAN BELIAU PUN MEMBUAT KOMEN DI BAWAH...MUNGKIN SATU-SATUNYA NEGARA DIDUNIA INI TILAM BOLEH BERCAKAP DAN KALI INI PULA MUNGKIN SOFA...KA...MUNGKIN MEJA KA....SEMUANYA BERKEMUNGKINAN.........RAKYAT MALAYSIA MUNGKIN BOLEH KOMEN HAL INI....




Phak Amerika Syarikat melalui setiausaha negaranya Condoleezze Rice menyatakan kepada kerajaan Malaysia bahawa Amerika tidak berniat untuk mencampuri urusan dalaman negara ini, tetapi cara menandatanggani kes Anwar haruslah berdasarkan kepada undang-undang yang betul dan telus.


"Pihak Amerika akan terus bercakap soal ini kerana ianya perlu diberikan perhatian serius dalam kerangka politik dunia sejagat."Beliau berkata demikian sebelum berucap dalam satu konferen di Singapura hari ini.


"Kami mahu melihat ketelusan undang-undang di ikuti disini(Malaysia)Kami akan terus bercakap soal hak asasi manusia ,politik ,akan tetapi kami juga menghormati hubungan dengan Malaysia", demikian jelas beliau lagi.


"Pihak Amerika syarikat juga katanya tidak melihat ini hanya sebagai satu kes dalaman Malaysia ,tetapi ianya melibatkan hubungan dua hala bila kes ini muncul semula , tetapi kita akan terus mengadakan hubungan dengan Malaysia" demikian jelas beliau lagi.

AFP
Malaysian Insider
'Spore today.





MAKSUDNYA DISINI IALAH BAHAWASANYA PIHAK AMERIKA SYARIKAT BUKAN SETAKAT MELIHAT SAHAJA TETAPI AKAN MELIHAT DARI DEKAT KES INI PADA PANDANGAN MEREKA(AMERIKA) IANYA SEOLAH-OLAH SATU PERANCANGAN SEDANG BERLAKU DAN SISTEM PERUNDANGAN YANG TIDAK MEYAKINKAN.





MUNGKIN MALAYSIA AKAN MEMUTUSKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN US...DAN INI TENTUNYA AKAN DIULAS OLEH SYED HAMID DAN JUGA HISHAMUDDIN HUSSEIN DALAM UTUSAN MALAYSIA ESOK....ITU PUN KALAU MALAYSIA BERANI MEMUTUSKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK....MUNGKIN HISHAMUDDIN AKAN USULKAN SEBAGAI INTIPATI PERJUANGAN MALAYSIA BOLEH.

MEREKA PATUT DI GANTI????SUARA AHLI PAS BAWAHAN MULA MEMBERONTAK




Ada niat lain Umno bersungguh mahu bermuzakarah - Nik Aziz
Lanjusoh2008-07-23 14:55:23
KOTA BHARU, 23 Julai (Hrkh) - Mursyidul Am PAS menyamakan tawaran Umno hendak bermuzakarah dengan kisah Masjid Dhirar yang pernah dibina bagi tujuan memecahbelahkan Islam. ..




BROKER-BROKER YANG BINCANG SOAL PERJAWATAN










KATA-KATA HJ ABDUL HADI AWANG

"Orang PAS sedia bekerja bagi pihak parti lain. Jadi, selepas mencapai kemenangan, perlu diambil kira peranan orang-orang PAS ini. Sebab orang PAS bukan bodoh! Jangan ketepikan peranan mereka selepas kita menang pilihanraya," katanya lagi.




Ditanya kemungkinan PAS mahu dilihat sebagai entiti penting dalam Pakatan Rakyat, beliau menambah: "Ya, bahkan undi popular perlu dilihat kepada undi menyeluruh. PAS beri penekanan kepada kerusi negeri. (Di peringkat kerusi) negeri, kita dapat 83 kerusi, DAP 73 dan Keadilan dapat 40. "(Jumlah) ini perlu dilihat, bukan lihat kepada (jumlah kerusi) Parlimen sahaja. Kawasan Parlimen ini didukung oleh kerusi negeri."


Kalau tidak jumpa dengan Umno macam mana nak sampaikan mesej kita?" kata Abdul Hadi. "Pertemuan antara individu PAS dengan individu Umno dalam menyampaikan mesej Islam kepada mereka," jelasnya lagi


APA YANG DIFAHAMKAN DARI MAKSUD KATA-KATA PRESIDEN PAS INI IALAH BAHAWASANYA PAS SEBUAH PARTI YANG PENTING DAN OLEH KERANA ITU JIKA PR TIDAK MEMBERI JAWATAN PENTING MUNGKIN BERGANDING DENGAN UMNO AKAN MENDAPAT JAWATAN YANG LEBIH PENTING.......BARANGKALI....MUNGKIN TU MAKSUDNYA...ATAU PUN HANYA TUAN GURU HJ ABDUL HADI SAHAJA YANG TAHU MAKSUD YANG LEBIH MENDALAM.

SELAMAT DATANG DATO FAUZI.-LAMA SANGAT NAK BUAT KEPUTUSAN

Dato Fauzi telah menyertai PKR hari ini.Belau yang melepaskan jawatan pada tahun 2001 lalu kini telah menyertai PKR.Selaat berjuang.

ISU FAIRUS MENJADI "BEBAN"PKR NEGERI????



'Saya tidak guna wang negeri ke London'
Jimadie Shah Othman Jul 22, 08 4:04pm
eksklusif Dengan tegas, beliau berkata, pihak yang membuat tuduhan sepatutnya berjumpanya terlebih dahulu untuk mendapatkan penjelasan, bukan menyebarkan perkara itu tanpa usul periksa.LAGI


'Tidak guna satu sen pun'
Berkenaan portfolio Fairus


ANTARA YANG TERDAPAT DALAM SMS YANG BERLEGAR DI SERATA NEGERI SEJAK SEBULAN LALU.


1. KONON NYA BELIAU TIDAK TURUN KE KAWASAN(ZIARAH KEMATIAN,KENDURI KENDARA)


2. KONON NYA SUKAR UNTUK BERTEMU.


3.KONON NYA PEMBANTU TIDAK MEMBANTU.


4.KONON NYA DSAI SELALU "MENGHENTAM"


5.BLOG PERIBADI TIDAK DI UPDATE.



Sila beri pandangan anda untuk membetulkan keadaan.Komen yang tidak ilmiah akan dibuang ke tong sampah.Mengkritik tidak bermakna meruntuhkan.Tetapi untuk diambil sebagai iktibar dan membaikinya.SMS berlegar mungkin dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.YB Fairus antara sebilangan anak muda cerdik pandai.Mungkin masih baru dalam politik dan bimbingan serta pengalaman dari senior perlu untuk membantu orang Melayu di Pulau Pinang dan beliau mampu melakukannya.

NAK RAHSIA APA....TAK APA KALAU NAK BERSATU DENGAN UMNO PUN...

KENA KENCING


Pendedahan Dalang2 Yang Hendak Membawa PAS Masuk Barisan Nasional


PAS mengakui bertemu Perdana Menteri
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang2008-07-20 23:57:32
PAS tidak menafikan bahawa memang telah ada pertemuan antara pimpinan tertinggi parti dengan YAB Perdana Menterti yang juga selaku Presiden Umno, bagi membincangkan isu-isu kepentingan bersama berkaitan umat Islam dan bangsa Melayu. ..



PAS mahu 'dengar tawaran Umno'



Jul 21, 08 2:42pm



PAS bertemu perdana menteri sejurus selepas pilihanraya umum Mac lalu "untuk mendengar apa tawaran pemimpin BN", kata ahli parlimen Shah Alam, Abd Khalid Samad yang turut serta dalam pertemuan awal tersebut.Pertemuan itu juga untuk melengah-lengahkan masa agar kerajaan Pakatan Rakyat dapat dibentuk dengan selamat di Selangor susulan masalah yang dihadapi oleh gabungan pembangkang ketika itu, lapor laman web rasmi Siasah."Kerana itu, ketika kami berunding dan mendengar apa yang dikehendaki dan ditawarkan oleh Pak Lah, Tan Sri Khalid (Ibrahim) selamat mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor selepas PAS mengeluarkan surat sokongan lepada dia," kata Abd Khalid kepada akhbar mingguan itu (www.siasahdaily.blogspot.com). Presiden PAS lewat malam ini tadi mendedahkan pertemuan pertama itu diketuai timbalan presiden Nasharudin Mat Isa dan pengarah pilihanraya Datuk Mustafa Ali, selain ahli parlimen dari Selangor tersebut.Pada asalnya, kata Khalid, Abdul Hadi sendiri berniat mengetuai delegasi itu tetapi mesyuarat kemudiannya memutuskan ahli parlimen Marang itu diwakili oleh Mustafa, yang juga pesuruhjaya PAS Terengganu.Abd Khalid mendedahkan, nama exco hal-ehwal agama Selangor dan juga pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Hassan Ali tidak disenaraikan untuk ikut serta demi mengelak "pertembungan kepentingan."Abd Khalid sebelum ini pernah mendedahkan, sejurus selepas keputusan Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, Dr Hassan pernah mengadakan rundingan bekas menteri besar Datuk Seri Dr Khir Toyo."Kerana itu, saya dimasukkan untuk menggantikan Dr Hassan untuk mengelakkan bertembung kepentingan berlaku," Abd Khalid, yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Selangor, dipetik sebagai berkata.Pada peringkat awalnya, lapor akhbar itu lagi, beliau tidak bersetuju dengan pertemuan itu tetapi selepas perbincangan, wakil-wakil PAS bersetuju bertemu dengan pemimpin BN di sebuah rumah kerajaan berhampiran bangunan Parlimen."Yang pasti tidak ada langsung dalam perbincangan sesama pimpinan PAS, pergi jumpa dengan pimpinan Umno ini untuk bekerjama dengan mereka. Yang ada untuk memenuhi janji dan mendengar apa mereka nak tawarkan."Jadi kami dengar dan kata ya ya… tetapi kami tak boleh buat keputusan, kena bawa kepada parti dahulu," jelas Khalid lagi. Mengulas sebab jemputan itu dibuat oleh Umno, Abd Khalid berkata, ia bermula dengan kerisauan Umno akibat kemenangan besar DAP di Selangor dan hubungannya dengan nasib orang Melayu.

Namun, kata Abd Khalid lagi, keikhlasan perdana menteri untuk membincangkan kepentingan Melayu dan Islam "hancur" selepas mengumumkan tentang pertemuan ini semalam.[Laporan penuh menyusul]



1. DAPAT JAWATAN



2. DAPAT PANGKAT



3.TIDAK DIPINGGIRKAN SEPERTI DALAM PAKATAN RAKYAT



4.DAPAT BANYAK JAWATAN MENTERI



5.BOLEH DAPAT KUASA



6.BOLEH LAKSANAKAN UNDANG-UNDANG ISLAM


Para penyokong PAS diminta memberi pandangan tentang pertemuan ini dan rasionalnya.PANDANGAN DALAM BENTUK ILMIAH DAN BUKAN MAKI HAMUN.KOMEN ANDA BERHAK DI BUANG ...ahli PAS sepatutnya mengutuk pertemuan ini.Jika PKR bertemu,atau DAP bertemu sudah tentulah berbagai dakwaan di dalam ceramah-ceramah...tetapi bagaimana pula jika PAS sendiri bertemu.APA PULA PANDANGAN DAP?????BAGAIMANA JIKA DAP BERTEMU MCA DAN GERAKAN????DEMI KEPENTINGAN CINA?TAK ADIL BUKAN...


Muzakarah hanya helah Umno selepas ditolak rakyat
KOTA BHARU, 21 Julai (Hrkh) � Dewan Pemuda PAS Kelantan menganggap isu muzakarah di antara pemimpin PAS

APA PUN HANYA NIK AZIZ YANG KU HORMATI.........