Kelakar aku tengok MP Kepala Batas tadi. Nampak sangat tengah ketakutan. Sampai tak beri orang nak mencelah. Bukan setakat tak beri mencelah, dia tak berhenti bercakap pun. Angkat tangan je sebagai isyarat.
Sebab dia tahu, kalau dia berhenti bercakap je akan keluar soalan atau minta penjelasan tentang fitnah yang dia buat tentang hubungan Chin Peng dengan Guan Eng dan Kit Siang. Dia tahu dia tak boleh nak jawab.
Dia tahu perkara tu tak betul. Dia tahu tak ada fakta nak back up pernyataan dia. Jadi dia tahu ia fitnah. Tapi dia tetap sebutkan juga. Sebab dia letak politik lebih tinggi dari agama, maka dia halalkan fitnah.
Aku rasa la, dia tak fikir video ucapannya akan tular. Dia ingat cuma cakap depan walaun, nanti walaun yang akan sebarkan. Jadi apa-apa hal, walaun la jawab. Bukan dia. Dia tak sangka ada juga walaun berotak yang akan rakam ucapan dia.
Sekarang video dah tersebar. Agaknya masa ni dia tengah cuak sambil gigit kuku. Terbayang saman yang akan dihadapi. Nak minta maaf, tercalar ego. Nak hadap, kalah itu pasti. Serba salah jadinya.
Apa nak risau. Walaun dungu ramai. Letak je tabung Milo. Berebut walaun letak duit nanti untuk bantu bayar saman. Buat style Dusuki. Dia terus terang je tak risau kena saman sebab walaun tolong bayar.
Lain kali, nak bercakap tu tapis la dulu guna otak. Jangan main hembus je macam orang tak beriman kepada hari akhirat. Sekarang dah jadi takut pada bayang-bayang sendiri. Masak la ko. Yang kesian walaun la. Tak pasal-pasal kena isi tabung Milo lagi lepas ni. Guane boh?
Raja Gelap II
.