DR MANSOR RASMI ULANG TAHUN UKP




Penanti- Dr Mansor Othman calon Penanti telah sempat hadir dalam satu program merasmikan ulangtahun (UKP) lebih di kenali sebagai Unit Keselamatan Parlimen Permatang Pauh.UKP merupakan satu cabang kepada AMK Permatang Pauh di bawah Biro Keselamatan dimana tugas utama ialah mengiringi dan mengawal pergerakan pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir di Permatang Pauh dan Pulau Pinang khasnya.

Menurut ketua nya Sdr Mazlan bin Mat Zain sebagai pengarah keselamatan UKP Permatang Pauh, ianya bemula idea dengan AMK pusat aiatu Sdr Shamsul sendiri iaitu dibawah biron keselamatan AMK Permatang Pauh dan tergolong dari angkatan muda sendiri.


Menurut Sdr mazlan pada asasya matlamat UKP ialah memberi khidmat sosial yang mana khidmat yang ditawarkan ialah membantu glongan yang memerlukan termasuk kes kebakaran,kematian dan bantuan soasial dan sehingga kini tenaga ,keperluan harian dan wang ringgit yang disumbangkan golongan korporat termasuk wakil rakyat yang lama dan akan datang di salurkan kepada golongan yang memerlukan.

Dalam ucapan perasmian tersebut Dr Mansor Othman telah menjelaskan bahawa penubuhan UKP ini banyak membantu pemimpin untuk bergerak dan juga membantu juga dari segi tenaga kerja dan bantuan dari segi khidmat social , kawalan lalulintas di ceramah dan juga mengiringi pimpinan yang hadir di Permatang pauh..

Menurut Dr mansor lagi, UKP dan AMK adalah sama cuma tugas khas menjaga keselamatan,kawalan lalulintas ,terutamanya UKP agak menonjol bagi mengiringi peimpian Pakatan Rakyat yang hadir dan tidak berlaku pertindihan dalam pergerakan AMK.

Dalam majlis tersebut juga dan bersempena dengan pilihanraya Penanti, Dr mansor telah merasmikan ulangtahun ke dua penubuhan Unit Keselamatan Parlimen Permatang Pauh ini dan dengan menggunakan jaket yang baru di harap ianya dapat memberikan satu inisiatif dan juga dorongan agar UKP dapat menjalankan tugas membantu pasukan keselmatan terutamanya mengiringi lawatan,di kawasan tempat ceramah dan juga aktiviti social yang lain.Menurut Dr Mansor lagi usaha ini diharapkan dapat di perluaskan ke seluruh negeri dan kawasan parlimen masing-masing.