Anwar gesa Putrajaya lulus geran bantu Kelantan dan Terengganu

Anwar gesa Putrajaya lulus geran bantu Kelantan dan Terengganu

(Ermizi Muhamad)
KUALA LUMPUR 24 Disember : Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim menggesa Kerajaan Persekutuan meluluskan geran bantuan bencana alam negeri Kelantan dan Terengganu bagi meringankan beban yang dialami rakyat di negeri itu.
Ia berikutan kegagalan Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan kepada kedua-dua negeri itu yang menyebabkan hampir 30,00 rakyatnya terkesan dan terpaksa dipindahkan akibat banjir baru-baru ini.
anwar_ibrahim

“Saya menggesa agar Kerajaan Persekutuan meluluskan geran bantuan bencana alam kepada negeri Kelantan dan Terengganu secepat mungkin bagi membantu kerajaan-kerajaan negeri ini mengatasi bencana banjir serta meringankan beban yang dialami rakyat pada waktu ini,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Sehingga kini, banjir yang melanda di kedua-kedua negeri itu khususnya di Kelantan semakin buruk sejak beberapa hari lalu menyebabkan sebahagian besar daerah Kuala Krai, Gua Musang dan beberapa kawasan yang tidak pernah terjejas sebelum ini mula dinaiki air.

Pada masa yang sama, bahagian utara negeri itu terutamanya di kawasan Kota Bharu, Pasir Puteh dan Bachok pula diancam fenomena air pasang besar.

Anwar menambah, beliau turut bersimpati terhadap musibah yang berlaku di kedua-dua negeri itu.
“Sudah pasti perubahan iklim dunia serta musim hujan merupakan antara faktor penyebab bencana banjir ini cukup dahsyat kali ini.

“Justeru, saya dan Azizah turut berdukacita serta memanjang doa semoga Allah SWT meringankan beban yang dialami semua yang terkesan akibat banjir ini,” ujarnya lagi.

No comments: