TAHNIAH PDRM.. DADAH SINTETIK
Bagus PDRM Jabatan Narkotik. Habis kalini “Magic Mushrooms” yang sebenarnya DADAH SINTETIK!
Landa terus PDRM! Budak sekolah pun dah pandai hisap.
PM ANWAR BERSAMA ERDOGAN BERBINCANG TENTANG GAZ
Saya telah menghubungi sahabat saya, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan, petang tadi untuk bertukar pandangan serta membincangkan beberapa perkembangan semasa yang berkepentingan bersama antara kedua-dua negara.
Dalam kesempatan tersebut, saya turut menyampaikan penghargaan atas pendirian konsisten dan tegas Presiden Erdoğan dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin serta menyeru kepada gencatan senjata segera di Gaza.
Malaysia menyokong penuh usaha murni Turkiye dalam membawa suara umat yang tertindas ke peringkat antarabangsa serta memperjuangkan penyelesaian yang adil dan berkekalan untuk rakyat Palestin.
Malaysia dan Turkiye berkongsi aspirasi yang sama dalam memperjuangkan keamanan sejagat dan memperkukuh solidariti umat sejagat melalui tindakan diplomasi, bantuan kemanusiaan serta usaha penyelesaian konflik secara aman.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
PENYOKONG TAKSUB - AGAMA DIKUTUK BILA TAK IKUT SELERA PARTI
Dulu kalau pakai jubah, duduk sebelah tok guru, baca sikit hadis, automatik masuk syurga. Sekarang, bila jubah sama tapi duduk sebelah Anwar, terus jadi ‘penjilat’. Nampaknya bau syurga ni bergantung pada kerusi siapa kau duduk sebelah. Ulama pun kena scan barcode dulu sebelum dianggap sah.
Tak sedar diri bila mereka yang paling kuat memekik soal akidah, rupanya paling cepat mengkafir bila politik tak sehaluan.
Katanya ulama kena ditindas dulu baru sah perjuangan. Tapi bila yang kena aniaya tak masuk geng, terus dikata agen musuh. Siapa tak ikut skrip, dilabel ‘madani busuk’. Elok juga kalau agama dijaga macam jaga logo parti. Mungkin syurga pun perlu kelulusan biro politik lepas ni.
نَعُوذُ بِاللّٰهِ مِنْ ذَلِكَ
Maksudnya: “Kami berlindung dengan Allah daripada perkara itu.”
Sedih bila agama dijadikan alat, bukan jalan. Bila lidah lebih tajam dari ilmu, dan pujian hanya untuk yang ikut telunjuk, itu bukan dakwah, itu sihir politik.
_Joy Rider_
MASUK SPRM ZAMAN SIAPA?
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil maklum terhadap Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2025 yang telah dibentangkan di Parlimen baru-baru ini khususnya berkaitan dengan isu-isu yang melibatkan kelemahan tatakelola dan potensi salah laku dalam agensi serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
SPRM sentiasa menyokong pendedahan Ketua Audit Negara serta akan menjalankan penelitian secara menyeluruh terhadap laporan berkenaan termasuk mengambil tindakan susulan terhadap sebarang isu yang disyaki mempunyai unsur kesalahan jenayah di bawah Akta SPRM 2009 (Akta 694) dan bukan hanya terhad kepada isu tatakelola semata-mata.
Sehubungan itu, SPRM akan berhubung dan bekerjasama rapat dengan Jabatan Audit Negara (JAN) bagi mendapatkan maklumat serta dokumen sokongan yang berkaitan untuk tujuan siasatan serta tindakan lanjut dengan kadar segera, katanya dalam kenyataan.
#SPRM #Tatakelola
Berita lanjut layari www.malaysiagazette.com
PM ANWAR BERSAMA KEMENTERIAN KEWANGAN.
Alhamdulillah, berkat kesungguhan dan iltizam Kerajaan MADANI, kedudukan fiskal negara kini semakin stabil, manakala ekonomi yang pernah suram mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan yang meyakinkan.
Dalam Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan pagi ini, saya tekankan bahawa dengan pelaksanaan lebih banyak agenda reformasi yang berani dan berasaskan prinsip kebertanggungjawaban, kedudukan kewangan negara akan terus diperkukuh hatta memberi ruang yang lebih luas untuk Kerajaan MADANI memperkasa kesejahteraan rakyat dan mempertingkat maslahat umum.
Langkah-langkah terbaru yang diumumkan semalam merupakan manifestasi keikhlasan untuk terus membantu rakyat tanpa mengira latar belakang sama ada golongan B40 mahupun M40.
Antaranya termasuklah usaha untuk menurunkan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter serta mengekalkan kadar tol di 10 lebuh raya utama, yang secara langsung menyasar pengurangan kos sara hidup buat rakyat terbanyak, khususnya kelas menengah.
Inilah tekad Kerajaan MADANI dalam memastikan kemakmuran dikongsi dan kesejahteraan dapat dinikmati secara saksama oleh seluruh rakyat Malaysia.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
JUALAN RAHMAH BERGERAK PERINGKAT NEGERI SARAWAK
Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) 🛒adalah inisiatif yang dilancarkan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu rakyat menangani kos sara hidup yang semakin meningkat. Program ini bertujuan menyediakan barangan keperluan pada harga yang lebih rendah dan mampu milik sama ada dalam premis rakan strategik atau secara bergerak 🚚🚛.
Berikut adalah lokasi 🕹️Program Jualan RAHMAH MADANI yang akan berlangsung pada minggu ini.
📢📢📢Jom jangan lupa singgah ke lokasi-lokasi PJRM & PJRMB minggu ini untuk mendapatkan barangan keperluan anda.
sumber : KPDN Sarawak
#kpdnsarawak
#jualanRAHMAHMADANI
#PJRM
#PJRMB
#kedaicarirakyat
LAMA DSH TAU.. KALAU TAK TAKKAN UMNO MELINGKUP
Dea HM
Sekolah tinggi, bukan bermakna ilmu pun tinggi..
Ada gak yg sekolah tinggi.. tp otak masih bodo² ayam..
Contoh seperti di bwh...👇
BOLEH TURUN KAH HARGA, KALAU ANWSR TURUN? ZAMAN 33 BULAN TELOQ TAK DAK, MINYAK MASAK 50 HINGGIT.... SANUSI KATA KEPALA BAPAK HANGPA
Zainuddin Omar
Korang yang nak suruh Anwar turun, pastikah harga barang akan turun jika pemimpin pembangkang naik ganti Anwar?
Kalau tak pasti jangan jadi vodo buang masa berdemo tak tentu pasal. Ahaks.
RAMAI TAK TAHU TEBUS DIMANA
Ramai sebenarnya kengkawan abam tak pernah merasa duit SARA ni, mungkin kali ini tertanya juga nk tebus mcm mn?
Boleh tebus di mana?
Takpa, abam faham, dah pergi melancong ke hulu ke hilir, tak kan nk tanya tebus SARA kat mana?
Ye dak?
BOLEH JA..TAPI PALANG AUTO PUN TAK LEH SELESAI..DAK PUN TOPU TADER NEGARA..KAUT SIKIT BOLEH LA BAGI 6 KUPANG
Pas pernah bagi apa pada rakyat Msia?jangan kata rakyat Msia,rakyat negeri Pas pernah dapat apa???60 sen, tu sebab negeri Pas semua ghuyub..KEH..KEH..KEH...KIOK.
SANUSI NAIK 5 SEN 1 METER PADU WOIII...WALAUN...JOM DEMO...PADAN MUKA HANGPA.
Zainuddin Omar
Bukan naik 5 sen sahaja tetapi 5 sen untuk 1 meter padu. Walaun jangan terpedaya.
Kalau pakai 1000 meter padu sebulan naiklah bil RM50 dari biasa.
Anwar turunkan minyak petrol 6 sen se liter kepada RM1.99 korang bising.
Adan uke sekarang Sanusi naikkan tarif air 5 sen untuk 1 meter padu. Ahaks.
“Saya ulang, jika saya naik PM harini, esok minyak TURUN”
Sham Ghaz
Akhirnya PMX Anwar Ibrahim kotakan janjinya. Minyak turun sungguh!
▪️Minyak turun - 6sen (kerajaan subsidi 51 sen)
▪️Kadar Tol tak naik - nol
▪️Tarif Elektrik turun - 14%
▪️Program Jualan Rahmah - tambah RM300 juta lagi (dari RM300 juta)
▪️Cuti peristiwa - 15 September 2025 sempena hari Malaysia 16 September 2025.
▪️RM100 bagi setiap rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas
Syam Ghaz
REFORM
https://www.facebook.com/share/p/1PuGz9oomm/?mibextid=wwXIfr
Babai Shopee Pay Later, babai Atome, babai JCL. Babai semua..
Mohd Minul Faizi
Dewan Rakyat semalam sah meluluskan satu rang undang-undang RUU Kredit Pengguna 2025 yang akan ubah cara rakyat Malaysia pinjam duit dan beli barang secara ansuran.
Balik semula ke zaman nak meminjam perlu layak.
Sekarang ni budak sekolah pun boleh pinjam. Giler apa..
Rang Undang-Undang Kredit Pengguna 2025 (RUUKP) bertahun dirangka oleh Bank Negara Malaysia akhirnya lulus pada 21 Julai 2025.
Kalau korang pengguna Shopee PayLater, Atome, JCL Credit, Chailease dan seangkatan, anda patut tahu apa yang bakal berubah.
📌 Apa Sebenarnya RUU Kredit Pengguna Ni?
RUUKP ni undang-undang pertama di Malaysia yang secara rasmi:
✅ Kawal selia semua bentuk pinjaman pengguna termasuk Buy Now Pay Later (BNPL), kredit komuniti dan pelan ansuran.
✅ Wajibkan semua pemberi kredit (termasuk Shopee Pay Later & Atome) untuk patuh kepada standard baru.
✅ Lindungi pengguna daripada caj tersembunyi, interest tak munasabah, dan ugutan pemungut hutang.
✅ Tubuhkan Lembaga Kredit Pengguna Malaysia – satu badan khas untuk pantau semua pemain industri.
Apa Yang Buat RUU Ni Gempak?
1. Standard Baru Untuk Semua Kredit
Lepas ni semua syarikat BNPL & kredit pengguna wajib :
Tunjuk maklumat pinjaman dengan jelas & telus,
Nilai dulu kelayakan peminjam sebelum luluskan pinjaman. Tak boleh suka2 lulus,
Dilarang guna taktik ugut atau gangguan semasa kutip hutang
2. Akhirnya BNPL Ada Undang-Undang Sendiri
Selama ni BNPL macam Shopee PayLater, Atome, SPayLater semua tidak dikawal selia dengan jelas.
Lepas RUUKP lulus → semua terpaksa daftar & patuh pada peraturan rasmi.
3. Tak Boleh Lagi ‘Main Sedut’ je duit gaji rakyat marhaen.
Ramai antara kita terjebak dengan hutang sebab ansuran kecil tapi banyak ni la, terutama sekali student & org muda. Yg selok dengan gaya hidup konon nya.
Jadi RUU ni akan pastikan ada limit kelayakan & keupayaan membayar dulu supaya tak jadi lubuk hutang. Tak layak tak payah berangan nak berhutang.
Apa manfaat dia yg kita boleh dapat?
1. Zaman pinjam duit tak tentu hala dah tamat. Kirang tak boleh dah suka2 tekan buy, tekan purchase kalau duit takde dalam poket. Tak lain nak jaga kita jugak.
2. Kalau nak bagi pinjam, kena ikut undang2.
3. Nak beli barang secara ansuran? Kena lebih berwaspada sebab tak semua platform akan terus survive lepas RUU ni dikuatkuasa.
4. Peminjam ada lebih perlindungan undang-undang sekarang.
5. Malaysia mula serius lindungi pengguna dalam ekosistem kewangan alternatif.
RUU Kredit Pengguna ni adalah amaran rasmi untuk semua pemain kredit yang suka ambil kesempatan.
Dewan Rakyat done, lepas ni masuk Dewan Negara, hujung tahun insyaallah diwartakan, sistem pinjaman pengguna di Malaysia akan berubah untuk selama-lamanya.
So ya...
Bye-bye Shopee Pay Later, bye-bye Atome. Sumpah menda ni untuk kebaikan semua termasuk peminjam.
Ada tak setuju silakan bahas.
KENYATAAN TEGAS MAHASISWA TOLAK HIMPUAN "TURUN ANWAR"
Sewaktu era Himpunan BERSIH dahulu, tak pernah pun penganjur perlu hantar surat rasmi kepada mahasiswa ajak turun padang. Dulu, mahasiswa hadir secara sukarela atas kesedaran sendiri, atas prinsip, walaupun risiko digantung belajar atau dibuang universiti sentiasa menghantui mereka.
Tapi zaman berubah. Hari ini mahasiswa bebas bersuara, malah PMX sendiri arah universiti agar tidak ambil tindakan pada pelajar yang hadir himpunan. Tapi yang lucunya...
Kini penganjur dari pihak pembangkang (PN) terpaksa hantar surat jemputan rasmi kepada pelajar universiti. 😂 Terdesak sungguh sampai perlu ‘menjemput’ ke himpunan. Namun yang lebih memalukan, pelajar-pelajar kita dengan matang dan berprinsip membalas semula surat jemputan dengan PENOLAKAN TEGAS. 😅👏
MPP UUM, MPP USIM Dan MPP USM sudah nyatakan dengan jelas pendirian mereka:
❌ Tidak mahu terlibat dengan himpunan berunsur provokasi dan partisan
✅ Mahu mahasiswa jadi pencorak solusi, bukan pemarak konflik
📚 Fokus pada akademik dan kesejahteraan negara
Ini bukti bahawa mahasiswa zaman kini tidak mudah diperalat. Mereka cerdas, matang, dan tahu beza antara agenda politik sempit dengan tanggungjawab sebenar sebagai pewaris masa depan negara. 💪🇲🇾
#MahasiswaBermaruah
#MahasiswaMalaysia
#MPP_UUM #MPP_USM #MPP_USIM
#MalaysiaMADANI
#TurunAnwar? #KamiNaikkanMaruahMahasiswa
"Minyak Turun, Tapi Jiwa Terbakar": Peniaga T-Shirt Rugi Besar, Marah Pada PMX
ISWARDY Morni
"Minyak Turun, Tapi Jiwa Terbakar": Peniaga T-Shirt Rugi Besar, Marah Pada PMX
KUALA LUMPUR, 23 Julai – Seorang peniaga t-shirt dari Kelantan meluahkan rasa kecewa dan marah selepas terpaksa melupuskan hampir 1,000 helai baju bertulis 'TURUN MINYAK!' menjelang perhimpunan yang dijadualkan pada 26 Julai ini.
Ini susulan pengumuman kerajaan bahawa harga minyak akan diturunkan lebih awal daripada jangkaan.
> "Lain kali umumlah lepas demo. Bukan sebelum! Saya ni cari makan dengan jual baju. Kos cetak dah keluar, deposit kedai Ah Huat pun baru bayar separuh!" ujar beliau sambil membetulkan bendera PAS di bahunya.
Difahamkan, beliau telah turun dari Kelantan ke ibu negara dengan harapan menjual t-shirt bertema protes itu, namun segalanya musnah selepas pengumuman mengejut oleh Perdana Menteri.
"Kos minyak tak cover, kos cetak rugi, kos emosi pun terjejas!" tambahnya dengan nada sinis.
Peniaga itu juga mempertikai masa pengumuman kerajaan yang menurutnya seolah-olah "mematikan semangat rakyat untuk turun ke jalan".
> "Bila harga minyak turun sebelum demo, siapa nak beli baju protes? Ini strategi bijak atau sabotaj peniaga kecil macam kami?"
Peniaga tersebut turut menggesa agar ada pampasan untuk peniaga mikro yang terkesan akibat keputusan kerajaan yang diumum secara mendadak.
PENETAPAN 1.99 BERMAKNA NEGARA MALAYSIA PALING MURAH MINYAK
PUTRAJAYA – Dengan penetapan harga baharu RON95 pada RM1.99 seliter, Malaysia bakal mencatatkan antara harga petrol paling rendah di dunia. Pengumuman ini dibuat oleh Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam satu ucapan bersejarah hari ini, sekaligus menzahirkan iltizam Kerajaan MADANI untuk menunaikan janji kepada rakyat.
Langkah ini bukan sahaja melegakan jutaan pengguna, malah membuktikan bahawa janji pilihan raya bukan sekadar retorik, tetapi suatu komitmen yang ditunaikan.
Harga petrol yang lebih rendah ini dijangka memberi manfaat langsung kepada lebih 30 juta rakyat, termasuk belia, pekerja gig, dan penduduk luar bandar. Ia juga bakal membantu menstabilkan harga barang dan kos pengangkutan secara menyeluruh.
Dalam keadaan global yang masih berdepan ketidaktentuan ekonomi, keputusan ini meletakkan Malaysia sebagai negara yang berani mendahulukan rakyat. Sekali lagi, kerajaan MADANI membuktikan ia bukan sekadar slogan — tetapi dasar yang benar-benar berpaksikan kebajikan rakyat.
#MADANIBekerja
#reform
JKOM DAN JENTERA KERAJAAN HARUS BEKERJA KERAS MEMBANTU PMX. JIKA TIDAK, KERAJAAN INI AKAN MUSNAH SAMA MACAM KERAJAAN PAK LAH DAN NAJIB.
Hamdan Taha
Jentera kerajaan terutama setia politik PMX wajib berusaha keras memperbaiki keadaan sekarang ke atas kebencian rakyat pada PMX sebabnya PM nak umum perkara baik pun jadi bahan lawak dan kejian rakyat di media sosial...jcom dan kementerian yang sepatutnya berfungsi tapi menteri nampaknya juga jadi bahan lawak kepada masyarakat, jika saya PMX saya kan serangkan jaga penerangan ini pada UMNO baru lah jentera umno turut sama mempertahankan kerajaan dan tidak bersifat berdiam...
Ini 100 peratus keadaan Najib tahun 2015 sehingga tahun 2018 sampai sekarang, apa juga kebaikan Najib dan Kerajaan masa itu jadi bahan jenaka rakyat dan bahan kutukan rakyat..
Begitu yang berlaku pada Anwar Ibrahim sekarang, kesian juga saya melihat keadaan beliau, dan sayangnya parti dan pimpinan parti tidak berbuat apa apa atau buat tapu tak ada kesan. Setiausaha politik pula sama lebih teruk jadi bahan lawak dan dia pun lebih seronok melayan bini muda dan kumpul harta selagi boleh. Bekas politik pulak adalah tokoh yang sama seperti Jlow pada Najib....
Di zaman najib baik menteri atau sahabat rapat, pegawai kerajaan dan adik beradik berjumpa najib untuk bagi tahu pri hal Jlow dan pandangan masyarakat, Dato Najib sangat tidak senang dan marah sehingga teligga dia merah, pada hal ramai telah bagi nasihat dan dia buat tak tahu atas nasihat tersebut... Akhirnya dia duduk dalam penjara kerana Jlow
Pak Lah masa tu jika orang sebut tentang KJ dan team dia Pak Lah juga marah dan tidak mahu menerima bahawa KJ ada masalah pada keadaan politik semasa... Akhirnya KJ dan tingkat 4 di jadikan isu pilihanraya dan selangor, kedah dan perak jatuh... Buat pertama kali BN tak dapat 2/3...
Sekarang zaman Madani pula, Bekas Setiausaha politik beliau, Setiausaha politik beliau, anak beliau sedang di jadikan bahan politik, dan saya percaya menjelang pilihanraya semua yang anak anak anwar, keluarga anwar, kerja setiausaha politik beliau, dan paling dasyat apa yang bekas setiausaha politik beliau ada akan di dedahkan oleh banyak pihak dan akan di ambik kesempatan oleh Tun Dr M dan pembangkang...ada juga yang sampaikan pada pmx kelakuan pegawai dan bekas setiausaha politik yang kumpul harta, mabuk setiap malam, semua ni sampai pada PMX tapi sikap PMX sama macam sikap Najib pada Jlow... Tanda tanda telah di utakan hati untuk menerima maklumat
Sekarang ni dunia serba serbi maklumat dengan mudah boleh kita dapat, syarikat apa yang geng geng pmx terlibat semua akan bocor kerana bukan semua pegawai kerajaan suka kerajaan madani, dan maklumat akan cepat bocor lagi pulak pegawai pegawai PM tak reti langsung jaga mulut dan salah laku... Cepat je tersebar... Sekarang lebih bahaya lagi musuh dalam parti pun ramai... Mereka tau banyak perkara...
Bayangkan PMX nak umum perkara baik rakyat cemuh macam tu je dan tak ambik kisah pun mereka perkara yang bagi saya ada juga kebaikannya.... Ini bahaya..
NAK HARAP ZAMAN 33 BULAN.....KWSP JADI CAGARAN. HARGA BARANG DAN TELOQ AYAM TAK ADA...TU PUN KO NAK CAKAP.KIOK
“Jika kamu bersyukur, Aku akan tambah nikmat. Tetapi jika kamu kufur, azab-Ku amat pedih.” Surah Ibrahim : 7
"Tidak bersyukur kepada Allah, orang yang tidak bersyukur kepada manusia."
Riwayat: Abu Daud (4811), al-Tirmizi (1954) — Hadis Hasan Sahih

















































