TIADA KENAIKAN KADAR OPR ‘ANG POW KECIL’ BUAT PEMINJAM
DAP mengalu-alukan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini untuk mengekalkan kadar OPR pada 2.75%, menawarkan perniagaan dan peminjam bank penangguhan yang amat diperlukan daripada kenaikan kadar faedah untuk menangani jangkaan kemelesetan ekonomi di Amerika Syarikat.
Seterusnya pembentukan kerajaan perpaduan baharu di bawah Perdana Menteri Anwar Ibrahim sejak 24 November juga telah mengukuhkan keyakinan pelabur dan pasaran, terbukti dengan peningkatan ketara nilai ringgit berbanding dolar AS daripada RM4.75 di bawah kerajaan terdahulu kepada RM 4.32 hari ini.
Sebab utama kenaikan kadar faedah berpunca daripada keperluan Bank Negara untuk membendung inflasi dan juga mengekang penurunan nilai ringgit yang mendadak, yang jatuh ke paras terendah berbanding kedua-dua dolar Singapura dan AS di bawah kerajaan terdahulu.
Jelas sekali, kebimbangan terhadap inflasi dan kejatuhan nilai ringgit yang semakin meruncing telah surut di bawah kerajaan perpaduan baharu yang dilihat sebagai pertaruhan yang lebih selamat untuk pelabur, yang ngeri dengan prospek kerajaan alternatif yang tidak cekap, ekstremis dan perkauman.
Bank Negara telah melaksanakan beberapa siri kenaikan kadar faedah atau OPR tahun lepas sebanyak 1% berikutan kegagalan sebelum ini untuk mengawal kedua-dua inflasi dan kejatuhan mendadak nilai ringgit.
Walaupun hampir RM 600 bilion disalurkan oleh pentadbiran Muhyiddin, pertumbuhan ekonomi kekal suram, menimbulkan keraguan tentang keberkesanan dana awam yang dibelanjakan.
Dengan menghentikan kenaikan kadar faedah, kerajaan akan mempunyai peluang untuk menangani pertumbuhan yang lebih perlahan akibat kemelesetan AS.
Mengekang kos pinjaman akan membantu mengurangkan tekanan kos ke atas peminjam individu dan bank serta meningkatkan perbelanjaan penggunaan yang lebih tinggi.
Pemberhentian kenaikan kadar faedah adalah ang pow kecil Tahun Baharu Cina kepada peminjam dan diharapkan akan membolehkan kerajaan perpaduan baharu memberikan tumpuan penuh untuk mengurangkan kos perniagaan di samping menjana lebih banyak peluang perniagaan.
LIM GUAN ENG
Pengerusi DAP.
MUNGKIN ADA BETULNYA TETAPI ......
Rasa macam nak beritahu kepada Hassan,.perkara yang paling aku
takuti bukanlah PH hilang kerajaan ataupun DS Anwar hilang jawatan. Tapi aku
takut kalau negara ini jatuh ke tangan kaki sakau yang berlagak suci.
Memang Zahid ada kes rasuah. Tapi bukan dia yang kawal kerajaan
sekarang. Kuasa terbesar ada pada DS Anwar. Berbeza jika PN mentadbir.
Mahiaddin akan jadi PM. Tak cukup ke dengan apa yang dia dah buat pada rakyat
dulu?
Soal PH bekerjasama dengan BN, tak jejaskan pun reputasi DS
Anwar. Rakyat umumnya dan ahli parti khasnya dah cukup faham. PH memang tak ada
pilihan lain. Bukan setakat PH, PN pun perlukan BN untuk bentuk kerajaan.
Yang tak faham, atau buat-buat tak faham, hanyalah pemimpin dan
penyokong PN. Itu pun sebab sakit hati tak dapat bentuk kerajaan je. Sedangkan
kalau dia nak bentuk kerajaan, dia pun kena terima Zahid juga. Itu hakikatnya.
Reputasi DS Anwar setakat ini tak terjejas. Bahkan naik
mencanak. Ramai pengundi atas pagar yang mengaku menyesal mengundi PN ketika
PRU15 tempohari selepas melihat ketokohan DS Anwar. Itu petanda reputasi DS
Anwar terjejas ke?
Cuma peliknya, kami ahli biasa boleh faham akan kejadian ini,
bagaimana Hassan yang bergelar YB tak faham. Atau tak mahu faham? Apa pun,
kalau kenyataan-kenyataan begini berterusan dikeluarkan, maka inilah yang boleh
jejaskan reputasi DS Anwar.
Apa pun, aku setuju dengannya bila YB Hassan kata jika nanti
Zahid didapati tidak bersalah, DS Anwar akan dituduh terbabit walaupun DS Anwar
tidak masuk campur dalam urusan mahkamah. Apa lagi PN tentu saja akan
manipulasi isu itu.
Sebab itu penting untuk kita yakinkan rakyat yang mahkamah kini
bebas di bawah pentadbiran DS Anwar. Itu saja caranya. Bukan keluarkan
kenyataan yang boleh mengundang prejudis rakyat terhadap beliau begini. Guane
boh?
BELILAH AFRO KOPI- BANTU INSAN YANG HIDUP BERDIKARI INI.
KHIDMAT KOMUNITI,
ZUNAR.
Mari sama2 terutama
yang berada di Balik Pulau, Pulau Pinang untuk membantu saudara kita ini dengan
membeli kopinya. Dia kena stroke, tak boleh bercakap. Tetapi tetap berniaga,
bukan minta simpati, katanya
UMNO ALOR SETAR MUNCUL YANG PERTAMA BANTAH KE ROS USUL TIADA PERTANDINGAN ‘TOP 2’
Umno Alor Setar ingin mencabar keputusan tidak mempertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden Umno yang diluluskan pada perhimpunan agung parti itu baru-baru ini di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, kata seorang AJK bahagian.
Ahmad Shokri Yaacob berkata bantahan itu akan dibawa ke perbincangan peringkat bahagian ‘dalam masa terdekat’.
“Kita akan hantar bantahan kepada JPPM,” katanya kepada FMT. “Kita bantah bukan nak khianat sesiapa tapi kita nak pastikan demokrasi dalam Umno subur dan setiap tindakan dilakukan perlulah mengikut perlembagaan.”
Semalam, Naib Presiden Ismail Sabri Yaakob dilapor berkata usul tambahan mengenai jawatan presiden dan timbalan presiden itu “tidak sah” dan “bertentangan dengan perlembagaan parti”, dan ahli yang tidak bersetuju berhak merujuk perkara itu ke JPPM.
Beliau berkata apa yang diluluskan dalam perhimpunan agung tidak boleh bertentangan dengan perlembagaan parti, yang menyebut pemilihan mesti dilakukan tiga tahun sekali atau sepanjang tempoh dibenarkan penangguhan.
Shokri yang juga salah seorang perwakilan pada PRU 2022 minggu lalu mendakwa tidak semua ahli yang bangun menyokong usul tersebut bersetuju jawatan “top two” tidak dipertandingkan, tetapi tidak mahu dituduh ‘jahat’.
“Selepas balik ke kawasan mereka bersuara dan kedengaran mereka menentang jawatan presiden dan timbalan tak dipertandingkan,” katanya.
Shokri menyifatkan dirinya sebagai ‘orang lama’ dalam Umno, dan menurutnya pernah melalui pelbagai ‘krisis’ dalaman termasuk ketegangan antara Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah pada 1988.
“Krisis kepercayaan di akar umbi sekarang lebih teruk. Saya bimbang dalam mesyuarat akan datang tidak ada suara yang akan datang untuk bermesyuarat,” katanya.
“Kita kena bagi balik mandat kepada akar Umno – siapa yang mereka nak memimpin parti. Dulu kita ghairah desak supaya PRU diadakan cepat, sepatutnya pemilihan parti juga begitu.”
Sementara itu, Mohd Yusof Ismail, yang sebelum ini ketua Umno Alor Setar sebelum keahliannya digantung, berkata ahli parti berhak minta JPPM teliti keputusan PAU 2022 itu.
“Jangan ada pemimpin kena macam saya bila bersuara kerana sayangkan parti,” katanya.
Keahlian Yusof sebelum ini dilaporkan digantung selama enam tahun, yang menurutnya atas sebab yang tidak dimaklumkan.
ANWAR CONTOH TERBAIK MEMAHAMI APA ITU MALAYSIA MADANI
Konsep Malaysia Madani akan diperkenalkan bagi menggantikan slogan Keluarga Malaysia yang digunapakai Ismail Sabri Yaakob sebelum ini.
Diberitakan lagi, selain Malaysia Madani menjadi tema Dialog Belanjawan 2023 yang bermula semalam, dipercayai Memadanikan Malaysia akan turut menjadi sasaran serta intipati Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan pada 24 Februari depan.
Sementara itu, Menteri Perpaduan Negara, Aaron Ago Dagang dipetik berkata, pelbagai program akan diadakan di seluruh negara untuk mempromosikan konsep masyarakat madani yang diilhamkan oleh Perdana Menteri itu.
Berikutan Malaysia Madani telah menjadi perbualan yang semakin mengkhalayak di merata ruang perbicaraan bermula semalam, maka ramai yang bertanya – apa itu madani?
Saya sendiri sejak semalam banyak ditanya, sama ada secara langsung atau melalui Grup Whatsapp tentang maksud madani itu.
Secara mudah dan paling ringkas, Madani ialah bermaksud maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan.
Madani diambil daripada perkataan Arab yang bermaksud kota atau peradaban yang dikaitkan dengan salah satu kota suci umat Islam iaitu Madinah.
Madani sebenarnya telah diterima sebagai salah satu istilah Melayu, malah Anwar sejak puluhan tahun lalu selalu mengungkapkan perkataan tersebut dalam pelbagai ucapannya.
Maknanya, ia bukanlah istilah yang baru muncul dua tiga hari lepas, cuma tidak ramai yang terbiasa mengucapkannya.
Setelah memahami maksud madani, barangkali tentu ramai juga yang melontarkan soalan susulan – bagaimana sebetulnya bentuk masyarakat madani itu?
Lagi sekali, contoh paling mudah untuk menjadi seorang yang madani ialah dengan mencontohi Anwar sebagai teladannya.
Beliau adalah seorang individu yang maju dari segi pemikiran dan kerohanian lantaran kegemarannya banyak membaca pelbagai jenis buku, terutama karya pemikir agung dan di waktu yang sama, tidak lupa memupuk nilai kerohanian dengan selalu mendekati tokoh-tokoh agama tersohor daripada seluruh dunia, di samping sentiasa mengadakan majlis ilmu di rumahnya sejak dahulu lagi.
Maka, jika kita sebagai rakyat atau ahli masyarakat ingin menjadi madani, kita juga perlu rajin membaca buku sekurang-kurangnya sebuah buku dalam sebulan dan selalu menghadiri pelbagai majlis ilmu di masjid, forum di universiti dan seumpamanya.
Dengan menjadikan dua perkara itu sebagai keutamaan serta terus gigih berusaha dalam kerjaya dan karier masing-masing, setiap orang akan menuju madani dengan sendirinya.
Apabila ramai yang madani, masyarakat akan jadi madani dan seterusnya Malaysia akan menjadi madani.
Sebab itu, meskipun sudah menjadi Perdana Menteri, Anwar dilihat terus mengadakan majlis ilmu di kediaman rasminya di Seri Perdana dengan menjemput pelbagai tokoh agama daripada pelbagai negara untuk memberi syarahannya.
Meneliti beliau berucap atau berhujah pula, dengan sendirinya kita tahu beliau seorang yang mempunyai pemikiran yang sangat luas disebabkan tabiat membacanya yang tegar itu.
Anwar bukan saja mampu melontarkan pelbagai idea, terkadang yang luar biasa, bahkan tidak kekok untuk memetik ungkapan kata pelbagai cetusan pemiikiran tokoh-tokoh agung dunia – dahulu dan masa kini – untuk diteladani oleh mereka mendengar ucapannya.
Sudah tentu kemampuan Anwar memetik ungkapan-ungkapan tersebut adalah disebabkan beliau bukan saja banyak membaca, tetapi memahami apa yang dibacanya itu.
Sebab itu, boleh diyakini beliau adalah Perdana Menteri yang berbeza berikutan kemadanian itu telah lama terpupuk dan terbentuk dalam dirinya.
Kini sebagai Perdana Menteri, dengan memperkenalkan konsep Malaysia Madani itu, ertinya beliau mahu membawa kita semua menjadi maju daripada segi pemikiran, kerohanian dan juga kebendaan.
Mari mulakan dengan ke kedai buku hari ini, tak madani lagi jika sekadar banyak membaca Whatsapp saja!! – ShahbudinHusin 18/01/2023.
AKIBAT BAGHAL DALAM BAHASA INGGERIS. DIA NAK HENTAM KROMO.
Kecoh rempah ratus kandungi ‘babi’, rupanya wanita salah baca Inggeris
- Oleh KOSMO
- 18 Januari 2023, 9:35 amShare on facebook
Share on whatsapp
Share on e
PETALING JAYA – Kecoh di media sosial sejak semalam, video seorang wanita mendedahkan terdapat beberapa rempah-ratus dan bahan perasa yang dijual di kedai serta pasar raya mengandungi ‘babi’.
Menerusi video TikTok berdurasi lebih seminit itu, wanita berkenaan mendakwa dia baharu sahaja menyedari perkara tersebut selepas membaca label tertulis di produk terbabit.
Disamping itu, dia turut mengingatkan orang ramai terutama pengguna beragama Islam supaya berhati-hati sebelum membuat pembelian produk rempah-ratus atau bahan perasa yang berada di pasaran.
“Kebanyakannya seasoning (bahan perasa) yang ada ingredient pork (kandungan bahan babi) ini tulisannya oren.
“Nasiblah mak (saya) ini jenis baca ingredients (bahan-bahan),” katanya.
Bagaimanapun, perkongsian tersebut tidak dijadikan panduan, malah dibalas dengan kecaman netizen yang menyifatkan kefahaman wanita itu jauh tersimpang.
“Itu pentingnya English Education (Pembelajaran Bahasa Inggeri)!,” antara respons yang ditinggalkan pengguna media sosial.
Difahamkan, tulisan ‘pork’ pada label produk berkenaan merujuk kepada jenis pilihan daging yang sesuai digunakan bahan tersebut sebagai perasa tambahan dan bukannya mengandungi ‘babi’ dalam kandungannya seperti didakwa wanita itu.
“Dia punya keyakinan itu memang tahap tinggi, rupanya makan diri. Balik belajar dulu maksud Bahasa Inggeris.
“Dia tulis ‘Use on’ (guna pada) ayam, daging, babi, ikan dan bukannya mengandungi babi dalam rempah ratus itu, cuba baca pada ingredients (bahan-bahan) bawah itu, tak ada tulis pun terdapat babi,” terang seorang pengguna lain. – KOSMO! ONLINE
CUBAAN WALAUN TAK BERJAYA
Cubaan tebuk atap melalui tiupan api perkauman dan agama oleh walaun digagalkan apabila sejarah membuktikan sekolah kebangsaan NAN HWA memang mengeluarkan dua versi surat 😅
Walaun serta walauntit boleh mencuba kaedah lain bagi merosakkan keharmonian kaum dan agama dalam malaysia 🤫
PM Anwar arah Jemaah Menteri ambil serius teguran Laporan Ketua Audit Negara 2021
Januari 18, 2023 07:26 MYT

Buah akan jatuh tidak jauh dari dahannya
Man Toba.
Buah akan jatuh tidak jauh dari dahannya
Ini perpatah jawa
Maksudnya boleh dirungkai berbagai cara. Contohnya, bila PH dah jadi kerajaan, Pegawai2 dalam Yadim masih ramai org2 lebai PAS didalamnya menikmati laba elaun2 dalam masa sama semai dakyah2 Pas .
Boleh juga dirungkai seperti, JKOM yg kerjanya sampaikan maklumat2 kerajaan kepada org ramai, AKAN TETAPI, maklumat tak sampai, elaun ambik. Diam2 jadi cytro kepada PN. Ibarat kera disusukan, anak kat rumah mati kelaparan. Hingga hari ini terdengar jelas rungutan rungutan kawan2 cytro yg tertunggu tunggu bila nak panggil bincang dan adakan elaun. Dah jadi kerajaan, buahnya jatuh ke laman orang.
Begitulah sukarnya kitarang terumbang ambing ditolak ketengah ketepi bila tanya pasal takde ke dana peruntukan khas untuk pengkarya2 di sosmed? Takkan yg payung tu YB KS je? Kesian la dia dok pau duit peribadi dia. Dah tu mana peranan 3 parti utama? Bila pemimpin2 buat statmen bodoh, kami la juga jadi tukang bekapnya. Bukan JKOM pon. Cakna lah sikit bab ni. Bila korang buat kerja2 menteri nak sampaikan info, apa ingat RTM, Bernama, JKOM tu sebar merata ke? Kritikan2 tu semua siapa nak caunter?
Ya la PMX bagus sampai tahap tolak ambik gaji. AKAN TETAPI jangan lah sampai kitarang pon tak bergaji. Sejak tahun 98 bantu berblog, kat fb, tweet, skrg ada tik tok dok promo. Kurang2 hargailah. Panggil dan kumpul seramai yg ada buat majlis raikan mereka. Raikan lah org2 yg bantu kamu, bukan raikan org2 yg baru muncul selepas kamu jadi menteri. Jadi pengampu.
Aku ni tulis mewakili keseluruhan blogers2, penulis2 di sosmed, tukang buat grafik, tukang troll, influencer2, para2 yutubers yg kerja naikkan kerajaan PH yg mendesak pimpinan ambik sedikit masa untuk fikirkan jalan bagaimana nak adakan peruntukan2 khas ini. Semoga buah yg masak ranum luruh di laman sendiri, bukan lagi luruh dilaman orang.
Sekian.
#Kerajaansepenggalke?
HIDUP KALAU INGAT KUASA DAN RETA DUNIA ....BUAT MALU SAJA LAH...
Encik Hadi masih tak boleh nak move on tak dapat jadi kerajaan.
Ni kalau orang bercinta, ibarat awek dia dah menikah, dah dapat anak 3, dia
masih nak kata perempuan tu awek dia. Parah ni.
Parah sebab aku ada kawan yang merana hidupnya sampai jadi
penagih dadah atau kaki botol sebab terlalu kecewa. Jadi bohjan pun ada. Sebab
tu aku risau tengok keadaan Encik Hadi hari ni. Tolonglah sesiapa tenangkan
dia.
Bila baca apa yang dia takrifkan tentang kerajaan perpaduan ni,
aku rasa ada dia mungkin menyesal tolak pelawaan YDP Agong untuk ikut sama
dalam kerajaan yang hendak dibentuk dulu.
Iyalah. Masa tu dia fikir pakai SD masih boleh tubuh kerajaan.
Lepas dah tolak secara angkuh, baru tahu yang sekarang ni penubuhan kerajaan
berdasarkan sokongan parti, tak boleh lagi sokongan MP secara bersendirian
melalui SD.
Sebab itu banyak kali dia sebut kerajaan perpaduan mesti tak ada
pembangkang. Sebab nak ingatkan yang dia masih lagi pembangkang. Rasanya kalau
DS Anwar tawarkan PAS ikut sama dalam kerajaan ini dia senyap tak? Cuba test.
Tapi tak payahlah. Kalau PAS join kerajaan pusat, nanti terpaksa
kerjasama dengan PAS dalam PRN. Itu tak patut berlaku. Sebab kita perlu
selamatkan rakyat Kelantan. Sebab selagi PAS perintah, selagi itu masalah
rakyat takkan selesai.
Encik Hadi kata kalau pembangkang sangat besar, jadilah kerajaan
itu besar kepala. Tapi mana logik. Dah kalau pembangkang tu sangat besar, kerajaan
nak besar kepala macamana? Kerajaan boleh besar kepala cuma bila pembangkang
sikit.
Kalaulah pembangkang sangat besar bilangannya, pembangkanglah
yang boleh besar kepala. Iyalah, bangkang secara bangang. Semua benda pun nak
dikutuk. Sampaikan masalah yang timbul masa dia memerintah pun dia bising, tak
ingat dialah punca masalah itu.
Main isu sampah, isu perkauman, tunggang agama, buat fitnah
sesuka hati dan banyak lagilah. Semua itu menunjukkan pembangkang yang besar
kepala. Nampaknya Encik Hadi tersilap fakta ni. Boleh tak sesiapa betulkan dia?
Guane boh?
MERENDAH DIRI TAK MENJATUHKAN DARJAT ATAU MARUAH PUN. TETAPI ADA SEKOQ TU MENYOMBONG TAPI NAMA PARTI ISLAM .....PIANG BETOI..
Kehebatan DS Anwar yang jarang ditemui pada diri pemimpin lain.
Bahkan marhaen sendiri pun susah nak ada sifat begitu, termasuk juga aku, iaitu
sifat pemaaf yang tak bertebing.
Beliau dihina, dicaci, dicerca bahkan diremehkan imannya, tapi
beliau tak mendendami mereka yang memusuhi beliau. Hatinya sentiasa terbuka
untuk merapatkan silaturrahim.
Bahkan setelah diberi kuasa, beliau tidak angkuh malah tidak
menggunakan kuasanya secara salah untuk menyusahkan mereka yang memusuhi beliau
dahulu. Beliau lebih suka membalas tuba dengan madu.
Tak ramai boleh bersifat begitu. Aku sendiri pun, tak suka balas
dendam tapi jangan harap aku nak baik lagi dengan orang yang cari pasal dengan
aku. Nak salam pun tidak. Apa lagi nak peluk.
Tak macam seorang lagi pemimpin tu. Padahal DS Anwar tak cari
pasal pun dengan dia. Malah karier politiknya terselamat kerana PH terima
partinya yang baru ditubuhkan. Tapi dia pula yang khianat PH sebab gilakan kuasa.
Dah khianat, masa kempen PRU dia terjerit-jerit hina DS Anwar.
Diejeknya DS Anwar. Kononnya dia dah pernah jadi PM, bukan macam DS Anwar yang
PM tepi. Tapi akhirnya, dia yang jadi PM tepi sekarang. Dah tu, meroyan tak
sudah.
DS Anwar seorang yang penyabar dan pemaaf. DS Anwar tak perlu
pun nak balas dendam. Kini semua yang pernah hina beliau sekarang ini terhina
dengan sendirinya. Guane boh?
KISAH WALAUN CUBA MENIUP APIPERKAUMAN MENGENAI FILEM.
Walaun cuba meniup api perkauman lagi
Untuk dilihat jadi batu api perkauman kita layak dilabel sebagai
walaun.
FITNAH DULU BARU MOHON MAAF
NORMAN RADZUAN
Bukan pertama golongan ini dalam pelbagai isu memfitnah kemudian
memohon maaf. Ya sebagai orang Islam kita maafkan tetapi berapa ramai umat Islam
terpengaruh, tertipu dan sudah mempercayai kata-kata tersebut.
Tidak mereka ini merasa malu dan takut pada Allah. Bukankah dosa
memfitnah itu lebih berat dari membunuh? Oh ya mereka kata minta ampun pada
Allah akn diampunkan… dalil tetap ada.
Tapi ingat jika memfitnah individu demi kesenangan nikmat dunia
tidak akn diampunkan walaupun saya berpendidikan sekolah Anglo Chinese School.


.jpg)





