BUAT PENYOKONG DATO NAJIB, SERLAHKAN KECERDIKAN SEDIKIT

HAMDAN TAHA

Hari ini Dato Najib buat kenyataan duit 43 juta yang Termasuk ke dalam akaun dia tu di gunakan untuk anak yatim dan sekolah agama dan untuk ibu tunggal dan semuanya untuk amalan akhirat...
Kenyataan macam ini lah yang tak sepatutnya berlaku kerana selamanya dia kata duit tu dia tak tahu siapa masukkan ke akaun dia. Bila dia cuba alihkan pandangan orang ramai bahawa duit itu untuk agenda yang baik baik dan untuk umno juga maknanya secara lansung dia nak bagitahu dia tahu la duit tu masuk ke akaun dia...jika tidak masa dia nak agih agihkan tu macam mana jika dia tak tahu duit tu ada...
Ayat macam ni kesian lah kat penyokong dia yang kata dia di fitnah dan sebagainya....walaupun duit tu dia bagi sekolah agama dan ibu tunggal dan anak yatim dan parti umno itu tetap juga salah dan tidak di benarkan. Hasil duit macam tu tak boleh di beri pada sekolah agama sebenarnya....niat baik tapi perbuatan salah....ini tak bole dari sudut islam....
Cuma Pas mungkin ada pandangan mereka lain pula. Barangkali pandangan parti islam bole dan ada dalil tak tahu lah saya. Sebab saya bukan ustaz....kita kena minta juga lah pandangan Hadi...n geng
Jangan lepas ni dato najib bagitahu ada sikit di gunakan bagi pada orang orang tertentu dalam pas. Antaranya bil hospital di turky dan beberapa bil hospital di malaysia....jika itu berat jadinnya
Nampaknya Dato Najib terikut cara Dato Zahid bagi penjelasan ni. Yayasan budi tu tolong sekolah tahfiz buat masjid dan surau....geng dato zahid bagi hujah ni lama dah sebelum dia di dakwa. Tapi bila kita ikuti kes dia di mahkamah memang ada duit yayasan di gunakan untuk kebajikan tidak bole di nafikan langsung....dia memang baik bab tu...tapi duit yayasan tu sumbernya dari mana....?????


PALSUKAN URUSNIAGA ..TU DIA PENYAMUN

Nak songlap, palsukan urus niaga. Cerdik tak Penyamun? Klau tak kantoi cerdik la...klau ditangkap?

Image may contain: ‎2 people, ‎text that says "‎Bahasa 中文 English iויור Daftar Log Masuk Berita Seksyen Urus niaga 1MDB-IPIC palsu, kata bekas CEO Kamles Kumar Dikemas kini 17 jam yang lalu Diterbitkan pada 3 Aug 2020 5:07PM 0 Komen וויור 1MDB hanya arahan Jabatan Perdana Menteri, kata bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi. Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Ogos, 2020.‎"‎‎

RENTASAN 721 | BN DAN SEKUTUNYA BAKAL BERTANDING KESEMUA KERUSI DI PILIHAN RAYA NEGERI SABAH?



MENARIK DALAM RENTASAN 721 1. PULAU PINANG TOLAK POLITIK DENDAM PERIBADI 2. PERIKATAN NASIONAL BEREBUT KERUSI DI SABAH? 3. AKHIRNYA RUU355 TERKAPAR DI LAUTAN ALASAN 4. KLEPTOKRASI - MANA BUKTI NAJIB DIZALIMI?



AZMIN PERLEKEH SAMAN RM10 JUTA PARTI KEADILAN


Kes ini turut mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri AMANAH, Permatang Pasir, Muhammad Faiz Fadzil, yang juga seorang peguam. Beliau berkata Kes Saman RM10 juta KEADILAN terhadap bekas ahli yang lompat bakal menjadi ‘landmark case’ yang cukup menarik dan penting kepada halatuju politik negara dan precedent undang-undang.




PERIKATAN NASIONAL SEMAKIN CACAMERBA



Shahril berkata cadangannya kepada Bersatu Sabah, ialah jika hendak bersahabat dengan Umno, buat cara bersahabat. “Kita boleh berbincang. Kita boleh berunding. "Umno Sabah punyai autonomi menentukan hal calon dan kerusi yang ditandingi. Tetapi kalau sebelum berunding pun BERSATU sudah ghairah mengiklan hasrat bertanding 45 kerusi.

KENYATAAN MEDIA 4 Ogos 2020



KAJIAN SEGERA DIPERLUKAN UNTUK PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA

Meski pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) ditangguhkan hingga awal tahun depan, kerajaan mesti segera mengkaji pendekatannya untuk membantu masyarakat Bumiputera dengan menghapuskan dasar yang hanya memperkaya gerombolan elit dan para petinggi politik.

Di Parlimen hari ini, saya mendesak kerajaan untuk menyiasat dan mendedahkan bagaimana berbilion saham dan tanah Bumiputera telah hilang lantaran dari ketirisan dan bocor kepada individu-individu tertentu yang tidak bertanggungjawab. Siapakah penerima saham Bumiputera selain yang diperuntukkan untuk badan-badan Bumiputera? Apakah kedudukan terkini tanah rizab Melayu yang telah dijual dan tidak diganti?

Walaupun inisiatif dan rancangan kerajaan untuk terus membantu Bumiputera memang disambut baik, rencana ini akan terus gagal jika ia tidak menyasar kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Keistimewaan yang dimaksudkan untuk meningkatkan kesejahteraan ekonomi Bumiputera telah diperalat untuk hanya memperkayakan golongan elit dan terus melebarkan jurang pendapatan antara yang kaya dan yang miskin.

Kebijakan kerajaan untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera dan kumpulan minoriti lain dalam ekonomi dan industri hanya boleh dicapai dengan baik melalui pelaburan dalam peningkatan kapasiti, selain latihan kemahiran dan pendidikan. Kerajaan harus menumpukan perhatian untuk merancakkan lapangan-lapangan utama ekonomi dan memberikan dukungan yang secukupnya kepada perusahaan kecil dan sederhana.

Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) mesti dikendalikan oleh tokoh-tokoh profesional yang berkelayakan dengan kepakaran dalam perniagaan sementara kedudukan pengurusan kanan tidak boleh ditentukan berdasarkan kecenderungan politik tetapi mesti atas asas merit yang jelas dan pencapaian masing-masing.

Dalam usaha RMK-12 membantu golongan yang benar-benar berkelayakan dan mereka yang terpinggir, saya menggesa kerajaan untuk segera menjalankan kajian yang bebas dan inklusif mengenai punca sebenar mengapa sebahagian besar kaum Bumiputera masih terus derita dan melarat meski diperuntukkan dana ekonomi dan pendidikan yang sangat besar kepada mereka untuk beberapa dasawarsa yang lalu.

ANWAR IBRAHIM

ADAKAH MENCURI WANG AKAN BERTUKAR MENJADI HALAL JIKA MENOLONG ANAK ANAK YATIM


Kira-kira seminggu selepas didapati bersalah atas pertuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah dan salah guna kuasa dalam perbicaraan SRC International, Najib Razak tampil menegaskan bahawa RM42 juta wang itu bukanlah digunakan untuk tujuan peribadi.
Bekas Perdana Menteri itu yang akan membuat rayuan terhadap keputusan bersalahnya di Mahkamah Rayuan dengan demikian menyifatkan hukuman terhadapnya sebagai “amat tidak adil”.
Dalam video tujuh minit yang dimuat naik di laman sosialnya, Najib mendakwa, duit SRC itu digunakan bagi program kebajikan UMNO dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk anak-anak yatim, bukan untuk kepentingan dirinya sendiri.
“Saya diarahkan untuk membayar denda RM210 juta ke atas RM42 juta yang diterima di mana 99 peratus daripada wang tersebut adalah dibelanjakan untuk tujuan CSR.
“Dan saya didenda RM5 untuk setiap RM1 yang diterima, sedang hakikatnya ianya bukan untuk perbelanjaan peribadi.
“Misalnya ada saksi dalam perbicaraan memberitahu sumbangan saya sebanyak RM400,000 kepada Rumah Penyayang Tun Abdul Razak di Pekan untuk kegunaan harian menjaga anak-anak yatim dan kos persekolahan mereka.
“Saya dihukum kerana membuat kebajikan, menjaga anak yatim dan persekolahan mereka,” dakwa Najib yang jelas menggambarkan rasa tidak puas hatinya terhadap hukuman yang diterimanya.
Najib turut meluahkan rasa kesal apabila didenda kerana memberikan wang kepada UMNO.
Berdasarkan keterangan saksi, sebanyak RM300,000 disalurkan dari akaun Najib kepada UMNO Johor Bahru, RM1 juta ke Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang dan RM50,000 kepada Ketua UMNO Padang Serai, Asmade Abu Talib pada 2015.
“Banyak lagi contoh perbelanjaaan seperti itu yang bukannya untuk kepentingan peribadi ataupun untuk keselesaan hidup saya, tetapi untuk menolong rakyat dan untuk parti,” katanya lagi.
Kesian Najib kan…kira-kiranya beliau layak digelar “Rohin Hood Malaysia” berdasarkan pembelaan diri yang diluahkannya ini.
Tetapi, jangan pula kita lupa, Botak Chin pun dilaporkan mengaku beliau melakukan rompakan untuk tujuan menolong orang-orang miskin juga.
Dalam hal ini, undang-undang tetap undang-undang dan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nadzlan Ghazali tidak silap dalam menjatuhkan hukuman bersalah terhadapnya dengan hukuman penjara selama 12 tahun serta denda RM210 juta itu.
Memberi wang kepada orang miskin dan susah tidak menjadikan perbuatan mengambil wang melalui rasuah atau dengan cara yang salah bertukar menjadi halal dan dibenarkan.
Kalau begitu, semua orang yang mencuri atau merompak akhirnya akan menggunakan alasan yang sama?
Apakah boleh orang yang ditangkap mencuri makanan di pasaraya dilepaskan begitu saja jika mereka melakukannya demi kelangsungan dan kesusahan hidup?
Selain itu, dengan Najib secara terbuka mempertikaikan keputusan hakim terhadapnya, tidakkah beliau sebenarnya boleh dianggap telah menghina mahkamah?
Apakah tindakan tidak boleh diambil terhadapnya?
Kenapa Najib perlu mempertikaikan keputusan hakim, walhal beliau masih ada peluang untuk membuat rayuan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan?
Begitu pun, jangan pula kita lupa, walaupun Najib mendakwa, beliau membelanjakan wang yang masuk ke akuan peribadinya itu untuk anak-anak yatim, golongan susah dan mereka yang memerlukan, semasa perbicaraan turut difaktakan beberapa perbelanjaan mewah telah dilakukannya.
Ia antaranya, pembelian di butik mewah di AS berjumlah RM543,530, penginapan di hotel mahal di Bangkok sebanyak RM127,017.46, membeli hadiah untuk isterinya, Rosmah Mansor sebanyak RM466,330 dan RM3.3 juta membeli hadiah untuk isteri Perdana Menteri Qatar.
Yang itu macam mana pulak?
Adakah mereka juga termasuk dalam golongan susah dan anak yatim? (Shahbudinditcom 04/08/2020)

SEMUA SALAH DAP


Jabatan Net Negara

Gomen Johor tiada DAP
Gomen Melaka tiada DAP
Gomen Pahang tiada DAP
Gomen Ganu tiada DAP
Gomen Kelantan tiada DAP
Gomen Kedah tiada DAP
Gomen Perak tiada DAP
Gomen Perlis tiada DAP
Gomen Wilayah tiada DAP
Gomen Pusat tiada DAP

MELAYU TETAP MISKIN GAK.
JUDI TETAP WUJUD GAK.
ARAK TETAP ADA GAK.
HUDUD TAK NAMPAK JLN GAK
RUU355 TETAP KENCING GAK

TANG MANA YANG PAS DOK BAGI ALASAN SEMUANYA SALAH DAP TU....?

🤣🤣🤣

PUTAR BELIT NAJIB


NIZAM AKA


Image may contain: 2 people, text that says "Sblm Ini Bkn Tahu Pula Kamu Kata Tak Tahu Kamu Wang Itu Wang Berjuta Yang lalah Wang SRC? Kamu Belanja Itu malaysiakini Wang SRC.. Duit SRC dibelanja untuk anak yatim dan Najib mkk PM rayuan sabitan pertuduhar dikenakan atasnya membabitkan RM42 juta bekas syarikat 1MDB. "Saya belanja berjuta- juta, tetapi tidak tahu ia wang SRC" Najib AUGUST Najib berpuluh ringgit dikreditkan dalam peribadinya antara Bgaimana Kamu Tahu Wang Itu Wang SRC, Sdangkan Sblm Kamu Kata Tak Tahu? lewat mendakwa digunakan program dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bukan dirinya sendiri."

✓ Najib bossmu punya putar belit mengalahkan juara gasing dunia..Sebelum ini,bermati-matian pertahankan kononnya tak tahu wang juta-juta yang dia belanjakan adalah wang SRC..
✓ Tapi hari ini,bgaimana kamu boleh katakan dan pastikan wang yang kamu belanjakan untuk anak yatim dan umno itu wang SRC,sdangkan sebelum ini kamu bermatian kata tak tahu?
✓ Rupa-rupanya belitan kamu itu 10 kali lebih kuat dari belitan ular sawa..
✓ Yang pasti,24 jam penjilat-penjilat pasmno bossku dikelentong dan ditipu oleh kamu..



OWHHHH...NAK JADI ROBIN HOOD


TOK AYAH HAJI HM

Oic. Patut la ada makcik UMNO kata SRC tu rumah anak yatim...Boleh ke curi duit utk buat amal? 🤔 Robin Hood ke?
VIDEO: Duit SRC dibelanja untuk anak yatim dan Umno, dakwaan Najib mngesahkn beliau tahu itu duit SRC..

Ancaman baru terhadap sistem demokrasi di Malaysia


Aliya Ashiqin
(AJK DAPSY Damansara)
Ancaman terhadap demokrasi di Malaysia bukanlah datang daripada bahaya luar seperti pengganas atau pemberontak tetapi lebih cenderung kepada peserta politik (political participants) dalam proses demokratik seperti pemimpin politik dan kumpulan yang memenangi pilihan raya.
Mereka mengambil-alih kuasa dan memusnahkan prinsip-prinsip demokrasi melalui kaedah-kaedah yang berbeza. Hal ini dapat dilihat melalui perspektif lensa peristiwa Langkah Sheraton di mana ketidakstabilan politik telah berlaku yang membawa kepada peralihan kuasa daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) kepada Perikatan Nasional (PN) melalui taktik “undemocratic” oleh beberapa pemimpin-pemimpin politik.
Beberapa negeri yang dimenangi oleh PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu seperti Johor, Melaka dan baru-baru ini Sabah turut tumbang akibat daripada ahli-ahli politik yang melompat parti demi menubuhkan pakatan politik (political alliance) yang baru.
Pendirian Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dilihat sebagai langkah berani dan demokratik apabila beliau memutuskan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan memilih untuk mengadakan pilihan raya mengejut (snap election) serta mengembalikan hak memilih kepada rakyat Sabah demi mematahkan percubaan kerajaan pintu belakang daripada pihak tertentu. 
Isu kedua yang membawa kepada ancaman serius terhadap demokrasi di Malaysia apabila individu menggunakan kuasa dan kedudukan untuk memperoleh kepentingan sendiri dan kerjaya politiknya.
Isu pemberian serta pelantikan ahli-ahli politik di dalam syarikat/cawangan agensi berkaitan kerajaan (GLC) yang samar-samar telah menimbulkan pelbagai spekulasi dan persoalan semua lapisan masyarakat sivil.
Hal ini bukan sahaja membahayakan demokrasi malahan boleh disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan kuasa. Tambahan pula, penubuhan kerajaan melalui pintu belakang juga merupakan hasil yang dicapai melalui cara yang tidak demokratik di mana kerajaan ini bukanlah diangkat melalui proses pilihan raya sebenar tetapi berdasarkan ahli-ahli politik yang tidak bertanggungjawab menukar serta melompat parti. 
Intipati yang terakhir mengenai bentuk ancaman terhadap demokrasi di Malaysia adalah penyekatan kebebasan sivil (civil liberties) dan hak berpolitik.
Hal ini dapat digambarkan secara jelas apabila ahli-ahli politik daripada pihak pembangkang, pengiat media (wartawan) dan beberapa aktivis diganggu oleh pihak tertentu dalam tempoh pemerintahan kerajaan baru.
Ruang kebebasan bersuara, berpolitik dan berhimpun telah digariskan dalam Perlembangaan Persekutuan yang merupakan tunggak asas demokrasi nasional seakan-akan terhakis apabila hak-hak dan kebebasan diberi telah dikawal dan diperhatikan. 
Kesimpulannya, ancaman-ancaman demokrasi terhadap negara kita perlu dipandang serius dan dipikul oleh semua pihak untuk menjamin kesejahteraan negara dan demokrasi yang dipelihara sejak sekian lamanya.
Akhir sekali, memetik ucapan Abraham Lincoln di Gettysburg, demokrasi adalah pemerintahan oleh, dan untuk rakyat. 

Najib kata duit SRC dibelanja untuk anak yatim dan Umno

Najib kata duit SRC dibelanja untuk anak yatim dan Umno
Kira-kira seminggu selepas didapati bersalah atas pertuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah dan salah guna kuasa dalam perbicaraan SRC International Sdn Bhd (SRC), Najib Razak tampil menegaskan bahawa RM42 juta wang itu digunakan bukanlah untuk tujuan peribadi.
Bekas perdana menteri itu – yang berikrar untuk membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini – menyifatkan ia sebagai “amat tidak adil”.
Dalam video tujuh minit yang dimuat naik lewat malam tadi, Najib mendakwa duit SRC digunakan untuk program kebajikan Umno dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk anak-anak yatim, bukan untuk dirinya sendiri.
“Saya diarahkan untuk membayar denda RM210 juta ke atas RM42 juta yang diterima di mana 99 peratus dibelanjakan untuk tujuan CSR, iaitu RM5 (denda) untuk setiap RM1 yang dibelanja. Dan hakikatnya ianya bukan perbelanjaan peribadi.
“Mahkamah sendiri telah mengesahkan 99 peratus bukan untuk perbelanjaan peribadi.
“Misalnya saksi yang terlibat dalam kes SRC (memberitahu) sumbangan saya sebanyak RM400,000 kepada Rumah Penyayang Tun Abdul Razak di Pekan untuk kegunaan harian menjaga anak-anak yatim dan kos persekolahan mereka. Dan sebab sumbangan itu saya dihukum denda RM2 juta […]
“Saya dihukum kerana membuat kebajikan, menjaga anak yatim dan persekolahan mereka,” dakwa Najib.
Perbelanjaan percutian peribadi
Najib turut meluahkan rasa kesal apabila didenda kerana memberikan wang kepada Umno.
“Saya juga dikenakan denda RM3.25 juta kerana pernah menghulurkan sumbangan RM650,000 kepada Umno Johor, Pulau Pinang dan Kedah bagi melaksanakan program kebajikan mereka.
“Banyak lagi contoh perbelanjaaan seperti ini yang bukannya untuk kepentingan peribadi ataupun untuk keselesaan hidup saya, tetapi untuk tujuan rakyat dan untuk parti,” katanya lagi.
Berdasarkan keterangan saksi, sebanyak RM300,000 disalurkan dari akaun Najib ke Umno Johor Bahru, RM1 juta ke Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang dan RM50,000 kepada ketua Umno Padang Serai Asmade Abu Talib pada 2015.
Semasa perbicaraan, Najib memberitahu mahkamah bahawa caj RM543,530 ke atas kad kreditnya adalah perbelanjaan di sebuah butik mewah di AS, yang dibayar menggunakan dana SRC di dalam akaun banknya.
Dia turut memberi keterangan bahawa caj berjumlah RM127, 017.46 pada kad kreditnya adalah untuk penginapan di sebuah hotel mewah di Bangkok yang menjadi sebahagian daripada “percutian peribadi” pada 2015.
Kata Najib dia bercuti di Thailand selepas memendekkan percutian asal di AS kerana masalah banjir besar yang melanda Malaysia ketika itu.
“Perbelanjaan RM120,000 di Hotel Shangri-La di Bangkok termasuk penginapan untuk saya serta kakitangan sokongan yang menemami saya dalam perjalanan itu, serta perbelanjaan dari poket sendiri,” katanya.
Najib kemudian mempertikai kenyataan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang tidak percaya wujudnya derma daripada keluarga diraja Arab Saudi kepadanya, sedangkan – dakwa ahli parlimen Pekan itu – kenyataan-kenyataan saksi menyatakan sebaliknya.
Semasa perbicaraan, pasukan pembelaan Najib berulang kali berhujah bahawa Najib percaya bahawa wang RM42 juta yang diterima dalam akaun banknya antara Dis 2014 hingga Feb 2015 merupakan derma daripada keluarga diraja Arab Saudi.
Pasukan pendakwaan pula berhujah bahawa wang itu berasal daripada pinjaman dana milik Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).
Tak pernah minta atau tawar rasuah
Dalam penghujahannya, Mohd Nazlan berkata tiada bukti Najib dimaklumkan secara peribadi tentang derma berkenaan, dan dia pun tidak cuba untuk mengesahkan sumber dana yang diterima pada ketika itu.
Hakim itu turut berpandangan wang berkenaan tidak mungkin suatu derma memandangkan ia “muncul tiba-tiba” dalam akaun bank peribadi Najib, betul-betul ketika keadaan memerlukan, selalunya apabila baki akaunnya menjadi sangat sedikit.
Dia berpendapat bahawa pembelaan Najib bahawa dia percaya wang itu adalah derma, tidak lebih sekadar “rekaan yang tak masuk akal” (nothing but an implausible concoction).
Dalam video berkenaan, bekas presiden Umno itu berikrar untuk mencabar keputusan yang menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun ke atasnya di Mahkamah Rayuan selepas ini.
“Berdasarkan sokongan dan dukungan padu kepada saya serta berdiri teguh atas kebenaran, saya berikrar akan terus berjuang menentang keputusan yang amat tidak adil ini. Saya akan memanfaat sepenuhnya proses rayuan ini dengan penuh keazaman dan saya akan terus berlawan dan berjuang demi rakyat
“Yang pokoknya, saya tak pernah minta mahu pun ditawar RM42 juta sebagai rasuah. Pihak pendakwa raya tak mengemukakan sekelumit bukti pun untuk mengesahkan perkara ini berlaku,” katanya.
Peguam Najib mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukuman ke atasnya bagi pada 30 Julai lalu.
Mahkamah membenarkan permohonan pembelaan untuk menangguhkan kesemua hukuman sementara menunggu rayuan, dan memerintahkannya membayar ikat jamin tambahan RM1 juta dengan dua penjamin.
Untuk rekod semasa menjadi perdana menteri, Najib juga bertindak sebagai menteri kewangan dan penasihat emeritus untuk SRC sekali gus merupakan pengerusi ahli Lembaga Penasihat 1MDB.
Pada asalnya, SRC merupakan anak syarikat 1MDB tetapi kemudian dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan.

SEBAGAI NEGERI MAJU.P.PINANG TUBUH PERPUSTAKAAN DIGITAL

P Pinang bina Perpustakaan Digital RM4.6 juta

P Pinang bina Perpustakaan Digital RM4.6 juta


Kerajaan Negeri P. Pinang telah berjaya membina RM4.6 juta Perpustakaan Digital Butterworth atau Butterworth Digital Library (BDL) pertama di Seberang Perai Utara bagi memberi kemudahan kepada rakyat dikawasan tersebut.
Malah perpustakaan tersebut merupakan perpustakaan digital keempat yang telah diwujudkan oleh kerajaan negeri yang telah mula beroperasi sejak 15 Julai yang lalu.
Menurut Pegawai Teknologi Maklumat, Nor Fazira Mat Salleh, tiada had yang ditetapkan bagi pengunjung untuk mengunjungi BDL.
Namun begitu jelasnya, kawalan masih dipraktikkan bagi mengelakkan kesesakan kerana masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Tegas beliau, sebanyak 5494 buah buku elektronik atau e-book dalam pelbagai genre boleh diperolehi dan diakseskan oleh para pengunjung melalui kemudahan yang disediakan.
“Mereka boleh mengakses buku-buku tersebut melalui laptop maupun telefon pintar serta mendaftar sebagai ahli ‘e-book’ dengan bayaran hanya RM60 setahun bagi dewasa serta 50 peratus diskaun bagi pelajar.
“Antara kemudahan lain yang turut disediakan adalah bilik telesidang, bilik seminar, dewan acara serta ruang untuk belajar.
“Manakala untuk kanak-kanak yang berusia antara empat hingga dua belas tahun turut disediakan pelbagai kemudahan pembelajaran yang dapat diakses,” tambah beliau.
Pulau Pinang juga merupakan negeri pertama dalam negara yang telah berjaya membangunkan Perpustakaan Digital melalui fasa 1 dan 2 yang turut merangkumi sebelah Pulau dan Seberang Perai.

AMANAH tuntut Sarawak Report tarik balik atau buktikan tuduhan terhadap Agong

AMANAH tuntut Sarawak Report tarik balik atau buktikan tuduhan terhadap Agong