Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk
Nooh Gadut tidak wajar gopoh dan terlalu teruja menggugurkan akidah
umat Islam yang bersetuju dengan langkah penganut Kristian menggunakan
kalimah Allah, kata pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa (UIA),
Dr Maszlee Malik.
Murtad jika persoal hukum Mahkamah Rayuan! (LM)
Nooh Gadut diamkan saja kerana tak jatuh murtad dan tak jadi kafir agaknya.
Ke mana arah Nooh Gadut nak bawa umat Islam Malaysia sebenarnya?
KADAR 70.2% KDNK , MALAYSIA NEGARA BERHUTANG TERMASUK RAKYAT.
SHARE THIS STORY
PM perlu perjelas rancangan potong subsidi
ULASAN Perdana
menteri mesti menjelaskan rancangan untuk memotong subsidi, meluaskan
sumber cukai dan menguruskan perbelanjaan dengan berhemat bagi mengelak
penilaian kredit Malaysia dari dipotong oleh Fitch Ratings. Agensi penilaian tersebut menukar unjuran kredit Malaysia daripada stabil menjadi negatif pada bulan Julai, berdasarkan kadar hutang yang semakin meningkat dan kekurangan reformasi belanjawan.
Pada kadar 53.3 peratus, kadar hutang negara kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) paling tinggi antara 12 pasaran baru muncul Asia selepas Sri Lanka.
Dengan jaminan kerajaan, pendedahan kredit kerajaan berada pada kadar 70.2 peratus daripada KDNK pada penghujung suku kedua, meningkat berbanding 66.6 peratus setahun sebelum itu.
Kadar hutang isi rumah berbanding KDNK pula jauh lebih tinggi pada 83 peratus pada 2013, meningkat berbanding 66.7 peratus pada 2004, yang kedua tertinggi di Asia.
Adakah Datuk Seri Najib Razak bercakap tentang menaikkan harga petrol, gula dan harga barang makanan apabila beliau bercakap tentang mengurangkan subsidi?
Adakah Najib akan melaksanakan tender terbuka untuk mengurangkan kapitalisme kroni apabila beliau bercakap tentang menguruskan perbelanjaan secara berhemah.
Janji-janji untuk menguruskan perbelanjaan secara berhemah tidak bermakna apabila tidak ada tindakan atau hukuman diberikan terhadap mereka yang bertanggungjawab ke atas lebihan, pembaziran dan salah laku kewangan berjumlah RM6.5 bilion.
Ia seperti yang diperlihatkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang memberi kesan negatif kepada ekonomi.
Apabila Najib menyebut tentang memperluas tapak percukaian negara, adakah beliau bercakap tentang melaksanakan cukai GST sebanyak 7 peratus yang disebut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dapat memberi pulangan RM27 bilion setahun?
Ini akan membebankan setiap seorang daripada 28 juta rakyat Malaysia sebanyak RM1,000 setiap seorang setiap tahun.
Najib bertanggungjawab memperjelaskan apa maksud sebenarnya, terutamanya apabila kerajaan persekutuan BN gagal menangani rasuah sehingga Washington Post menyiarkan rencana tentang Malaysia menjadi juara dunia dalam hal rasuah.
Malah penganalisis kewangan terkemuka Jesse Colombo juga turut menulis di majalah Forbes bahawa buih ekonomi Malaysia bakal meletup disebabkan keberhutangan kerajaan dan isi rumah yang tinggi.
Yang menariknya, Colombo menyebut bahawa rancangan membina bangunan tertinggi di Asia Tenggara, Menara Warisan Merdeka bernilai RM5bilion dengan 118 tingkat, memberi amaran besar dalam Indeks Pencakar Langit (Skyscraper Index).
Amaran Indeks Pencakar Langit itu merujuk kepada laporan Dresdner Kleinwort pada tahun 2009 yang menunjukkan kaitan antara pembinaan bangunan tertinggi dunia dengan berakhirnya kitaran bisnes.
‘Jauhi program Anwar’ amaran kerajaan kepada pelajar Malaysia di Australia
ADELAIDE, AUSTRALIA 15 OKT: Kerajaan memberi amaran kepada pelajar Malaysia di Australia agar ‘menjauhkan diri’ dari menghadiri sesi awam bersama Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ‘Festival of Ideas, Dissent and Democracy’.Surat amaran tersebut dikeluarkan pegawai penasihat pelajar, Sharezan Md Sheriff dari Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) dipercayai kepada semua penerima biasiswa JPA.
“Jauhkan diri anda dari menyertai aktiviti ini. Saya tidak ragu-ragu untuk mengambil tindakan keras ke atas penerima biasiswa JPA yang terlibat.
“Anda bijak untuk berfikir daripada melakukan aktiviti yang boleh menyulitkan anda mengekalkan gred yang menyebabkan biasiswa daripada ditarik semula.
“Anda cukup tahu apa yang ditandatangani,” kandungan surat amaran dipetik dan dikirmkan kepada Keadilandaily.
Amaran yang dikeluarkan kerajaan Malaysia itu turut dilapor media Australia, Australian Broadcasting Corporation (ABC).
Anwar dijangkakan menyampaikan pidato dan berdialog di ‘Festival of Ideas, Dissent and Democracy’, di Adelaide University pada hari Sabtu, 19 Oktober 2013.
Penganjur ‘Festival of Ideas, Dissent and Democracy’ menyatakan, acara tahun ini fokus kepada insttusi politik dan idea-idea demokrasi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=56164
KETUA PEMUDA PAS DITANDINGI
Sabtu, 12 Oktober 2013
CALON KETUA PEMUDA PAS
KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI JOHOR
12hb Oktober 2013
Mengapa Kementerian Tidak Bertegas Terhadap Kontraktor ?
Dalam Laporan Audit 2012, terdapat 3 projek yang gagal dibangunkan
dengan memuaskan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM), Batu
Pahat sehingga melibatkan pembaziran RM6.96 juta. Projek tersebut adalah
seperti berikut :
a. Projek
Pembinaan Masjid dan Pusat Islam melibatkan peningkatan kos sebanyak
RM3.46 juta atau 13.3%. Kos asal adalah RM25.95 juta meningkat kepada
RM29.41 juta.
b. Projek
Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan(FPTP) melibatkan
peningkatan kos sebanyak RM3 juta atau 9.8%. Kos asal adalah RM30.74
juta meningkat RM33.74 juta.
c. Projek
Kolam Renang dan Blok Pentadbiran melibatkan peningkatan RM0.5 juta
atau 2.3%. Kos asal RM21.81 juta meningkat kepada RM22.31 juta.
Terdapat dua daripada tiga projek di atas mempunyai kelemahan yang cukup
ketara iaitu Projek Pembinaan Masjid dan Pusat Islam dan Projek Kolam
Renang serta Blok Pentadbiran.
Kelemahan Kontraktor MBN Consortium Sdn Bhd dalam Projek Pembinaan Masjid & Pusat Islam adalah:
1. Kelewatan selama 547 hari.
2. Tidak siap selepas tempoh lanjut masa(EOT) selama 233 hari.
3. Melibatkan 2 kali diberi tempoh lanjut masa (EOT).
4. Pada tarikh asal siap projek hanya siap 45% sahaja iaitu tidak sampai separuh siap.
5. Berdasarkan Laporan Prestasi Kontraktor , UTHM mendapati prestasi kemajuan kerja kontraktor tidak memuaskan.
6. Lewat mengemukakan permohonan tempoh lanjut masa (EOT) iaitu di antara 18 hingga 75 hari.
Kelemahan kontraktor(namanya tidak dijelaskan dalam laporan audit 2012) dalam Projek Kolam Renang dan Blok Pentadbiran ialah :
1. Kemudahan kolam renang belum boleh digunakan lagi sehingga sekarang.
2. Melibatkan kelewatan selama 484 hari.
3. Tidak siap selepas tempoh lanjut masa(EOT) selama 262 hari.
4. Melibatkan 3 kali diberi tempoh lanjut masa (EOT)
5. Pada tarikh asal siap projek hanya siap 71% sahaja.
6. Mengemukakan insurans bagi EOT pertama hanya selepas 82 hari dari tarikh Sijil Perakuan EOT.
Kelemahan di pihak UTHM seperti yang dilapor oleh Audit adalah
melibatkan masalah teknikal, perubahan kerja, rekabentuk & struktur,
kelewatan kelulusan bahan binaan, pengurusan kontrak yang lemah,
pemantauan di tapak kurang memuaskan, kekangan staf teknikal dan
perancangan pembinaan yang kurang memuaskan.
Projek ini adalah di bawah Inisiatif Pembiayaan Swasta(PFI) yang
diuruskan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi(KPT) atau namanya
sekarang Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM). Pihak UTHM hanyalah pihak
yang menerima manfaat daripada PFI. Urusan penentuan kontraktor
ditentukan oleh pihak kementerian. Persoalannya kenapa pihak kementerian
tidak mengenakan tindakan yang tegas terhadap kontraktor kerana
kecuaiannya yang akan meny ebabkan pembaziran dana kerajaan ? Apakah
kerana kontraktor terbabit mungkin kroni kepada pemimpin politik
tertentu sehingga kementerian tidak berani mengenakan tindakan tegas?
Apakah kerana kelemahan UTHM sendiri sehingga Kementerian tidak
bertindak kepada kontraktor terbabit ? Soalan ini perlu dijawab oleh
Menteri di Kementerian Pengajian Tinggi pada waktu itu Y.A.B Dato’ Seri
Mohamed Khaled Nordin yang sekarang merupakan Menteri Besar Johor.
Berdasarkan kepada semakan Audit terhadap laporan kecatatan dan
kerosakan, terdapat 107 daripada 210 kecacatan pada bangunan belum
dibaiki setelah akhir tempoh tanggungan kecacatan(DLP). UTHM bakal
menanggung kos penyelengaraan yang tinggi selepas ini. Ini merupakan kos
berpanjangan yang terpaksa ditanggung oleh UTHM.
Anak muda khususnya pelajar-pelajar UTHM adalah pihak yang menerima
akibat secara langsung daripada kelemahan ini. Jika duit RM6.96 juta
digunakan untuk menanggung kos pembelajaran pelajar universiti maka
seramai 232 orang dapat dibiayai (andaian RM30 ribu bagi setiap
pelajar). Jumlah itu cukup untuk membantu 1,392 pelajar kemahiran
dengan andaian kos RM5 ribu setiap seorang. Juga, ia boleh membantu
696 anak muda yang mahu memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan
andaian RM10 ribu setiap seorang.
SUHAIZAN BIN KAIAT
KETUA PEMUDA PAS
NEGERI JOHOR
Suhaizan Kaiat dicalon ketua pemuda PAS
Pemuda
PAS kawasan Batu Pahat sebulat suara bersetuju untuk mencalonkan
Suhaizan Kaiat sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dalam
pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada November ini.
Ketua pemuda PAS kawasan, Mohd Salleh Tamjis berkata keputusan itu
dicapai dalam mesyuarat kepimpinan Dewan Pemuda PAS kawasan Batu Pahat
bagi sesi ini yang telah dijalankan pada hujung September lalu
ARTIKEL YANG PATUT DIBACA: KISAH KADUK NAIK JUNJUNG
‘Macam kaduk naik junjung’, macam mana rakyat tak marah? – Aspan Alias
October 11, 2013
Katanya dia takut dengan masa depan negara yang tidak terurus dengan betul mengikut taraf sebuah negara yang mengaku akan menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Politiknya tidak menentu, keselamatan negara tidak meyakinkan dan segala-gala urusan samada perniagaan dan lain-lain sudah tidak mempunyai budaya lagi.
Isu rasis amat menakutkan sesiapa yang faham tentang semua ‘consequence of events’ jika cara permainan politik negara sekarang ini masih tidak berubah. Perhubungan di antara kaum tidak sebaik dahulu dan semua pemimpin politik di setiap peringkat bercakap tentang perkauman yang menebal.
“The image of our political leaders is contemptible and inconceivable”
katanya lagi dengan serius. “These deluded leaders have got to go if we
still think that we deserve good administrators. Leaders like Zahid, Ali
Rustam should be done with and everyone of their like shouldn’t be
anywhere within the government.” Beliau terus merungut dengan penuh
sesalan. “What we are having now is not a government,” membentak.
Mana kesejahteraan yang dijanjikan oleh BN sejak 30 tahun dahulu? Mana peluang untuk semua terutamanya ‘the big chunks of the unfortunate Malays’ yang dilihat oleh kaum bukan Melayu sebagai kaum yang diberikan keistimewaan itu? Kaum bukan Melayu tidak juga boleh dipersalahkan kerana pemimpin kerajaan teraju Umno tidak henti-henti bercakap memperjuangkan bangsa Melayu sejak berdekad-dekad dahulu.
Tetapi sebahagian besar Melayu tidak juga dapat menikmati apa yang dikatakan sebagai bangsa yang diberikan keutamaan dan keistimewaan itu. Memang ada Melayu atau Bumiputera yang mendapat kekayaan kerana keistimewaan yang diperuntukan oleh perlembagaan itu. Tetapi Melayu macam mana? Jawapannya semua orang tahu Melayu yang menjadi pemimpin Umno dan kroni-kroninya sahaja yang mendapatkan keistimewaan itu. Bilangannya terlalu kecil.
Ada lagi Melayu dan Bumiputera yang menggunakan peruntukan keistimewaan orang Melayu itu. Mereka dianggap sebagai ‘Super Bumi’ seperti Ananda, Arumugam, Mohzani Mahathir, Mirzan Mahathir, Syed Mokhtar, Vincent Tan dan beberapa orang yang lain. Jumlah mereka ini boleh dikira dengan jari. Lain-lainnya terdiri daripada anak-anak menteri, menantu dan adik-beradik menteri, anak-anak dan menantu MB, kaum kerabat pegawai-pegawai kanan kerajaan.
Di kawasan dan daerah pula kaum keluarga wakil-wakil rakyat Parlimen dan DUN mendapat banyak peluang kerana mereka Bumiputera dan Melayu. Pegawai-pegawai kerajaan di daerah pula ramai yang mempunyai lesen kontraktor kelas F dengan menggunakan nama isteri dan keluarga masing-masing. Hampir kesemua kerja kecil-kecilan diambil oleh mereka ini.
Semua ini kalau dikaji dengan teliti adalah mereka yang rapat dengan Umno dan parti-parti pemerintah. Dengan kata lain jika ingin mendapat peluang melalui peruntukan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera ini, mereka mestilah menjadi aktivis atau penyokong kuat Umno.
Kalau kita tegur, mereka akan melenting dan marah. Dr Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri marah-marah apabila ditanya media tentang penglibatan anak-anaknya dalam perniagaan menggunakan pengaruh beliau. Dengan berang Dr Mahathir menjawab, “Takkan anak-anak saya nak jadi tukang kebun pula?” Semuanya ini masih tidak hilang daripada ingatan ramai orang.
Sebahagian kecil yang mendapat peluang ini akhirnya gagal kerana terlalu banyak tol dalam perniagaan kerana budaya rasuah dalam kerajaan. Ramai yang bungkus dan gulung tikar kerana tiada pembelaan. Namun, anak Perdana Menteri apabila gagal dalam perniagaan perkapalan, boleh pula mendapatkan wang rakyat untuk membeli syarikat yang kerugian itu daripada beliau dengan jumlah hampir RM2 bilion pada tahun 1996 dahulu.
Anaknya selamat daripada kerugian dengan menggunakan wang rakyat, malahan dapat pula sedikit keuntungan hasil daripada kerugian perniagaannya itu. Pada masa yang sama membidas peniaga Melayu kerana kelemahan dalam perniagaan dan mengkritik mereka kerana terlalu bersandar kepada kerajaan. Beliau lupa yang kerugian perniagaan anaknya itu adalah kerana kelemahan dalam perniagaan juga dan akhirnya kerajaan Umno juga yang menyelamatkan anaknya itu.
Sekarang kepimpinan yang diwarisinya kepada rakyat adalah kepimpinan yang lemah dengan di saluti oleh isu rasuah dan pelbagai isu yang menakutkan rakyat seperti yang disebut oleh rakan saya tadi. Harga barangan yang bertambah tinggi membuatkan kos kehidupan sangat tinggi. Dalam pada itu dinaikkan pula harga minyak, diesel dan gas. Alasannya kerana kerajaan mengurangkan jumlah subsidi kepada rakyat.
Kenapa dikurangkan subsidi itu sedangkan ia melibatkan puluhan juta rakyat sedangkan subsidi yang begitu tinggi diberikan kepada orang berkuasa melalui rasuah dan sebagainya. Jika benar pimpinan prihatin terhadap kesengsaraan rakyat, kenapa Perdana Menteri menggunakan hampir RM100 juta dalam tiga tahun untuk sewaan jet peribadi Perdana Menteri?
Mengapa Perdana Menteri berbelanja dengan boros? Presiden XI Jinping dari China pun terbang dengan pesawat komersil dari negara itu ke mana-mana pemimpinnya melawat. Perlu diingat China bukan sahaja negara besar tetapi ia juga adalah ‘civilisation by itself’. Kenapa pemimpin negara sekangkang kera ini mengada-ngada sampaikan tidak boleh lagi menggunakan pesawat komersil? Kenapa bersifat si kudung dapat cincin pula sehinggakan mereka tidak layak lagi terbang menggunakan pesawat komersil kelas pertama?
Dari mana asal usul pemimpin ini sampaikan tidak lagi seronok naik pesawat komersil sekarang? Perdana Menteri lahir di Kuala Lipis pada tahun 1953 dahulu. Adakah beliau sejak kecil sememangnya sudah biasa naik jet peribadi terbang dari Kuala Lipis ke Pekan atau Kuala Lumpur?
Semuanya ini membuatkan rakyat tidak lagi berkeyakinan terhadap kepimpinan negara sekarang. Sikap ‘kaduk naik junjung’ ini membuatkan rakyat meluat kerana rakyat sedang bertarung untuk hidup dalam keadaan inflasi yang begitu tinggi.
Jika Najib meminta rakyat mengubah cara hidup, kenapa beliau dan barisan pimpinan beliau tidak berbuat perkara yag sama? Ia amat menjijikkan rakyat. Untungnya Umno hanya disebabkan satu perkara, iaitu rakyat belum nampak kejujuran pimpinan pembangkang sendiri.
Pembangkang masih terkial-kial untuk menunjukkan sikap jujur dalam usaha menjadi kerajaan alternatif. Rakyat juga nampak jika pihak pembangkang mendapat mandat baru-baru ini tidak akan banyak perubahan sikap mereka jika berada dalam kepimpinan negara.
Rakyat sangat prihatin terhadap segala-galanya sekarang. Mereka sudah terlalu lama dibuai oleh permainan politik pemimpin-pemimpin politik yang hanya menggondolkan perut mereka dan keluarga mereka sahaja. –
aspanalias 11 Oktober, 2013.
CA
DSAI ZIARAH HJ SUHAIMI
Dato Seri Anwar Ibrahim telah melakukan lawatan terhadap
sahabat lama beliau , Hj Suhaimi Said yang terlantar sakit akibat kanser tulang. Hj Suhaimi yang mula sakit 5 hari
sebelum hari pembuangan undi pilihanraya lepas , kini hampir 2 bulan terlantar
sakit setelah keluar dari HUKM.Beliau merupakan calon DUN Jenderak,Pahang.
Siapa Hj Suhaimi ? lawat sini
Siapa Hj Suhaimi ? lawat sini
DSAI melawat beliau di rumahnya di Temerloh baru-baru ini
bersama rakan-rakan lain termasuk YB
Dato Fauzi Abdul Rahman Ahli Parlimen Indera Mahkota , YB Sivarasa Ahli
Parlimen Subang ,YB Syed Mohammed ADUN Semantan, Temerloh, Latifa Koya,Nizam
hamid,penyokong dan ahli parti.
Nak mudah menang jawatan dalam Umno, bergaduhlah dengan Cina - Shahbudin Husin
Nak mudah menang jawatan dalam Umno, bergaduhlah dengan Cina. Saingan merebut jawatan Naib Presiden Umno kali ini mulai membahang panasnya. Sementara Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir dilihat adalah calon yang paling dikehendaki oleh majoriti perwakilan bagi menduduki kerusi nombor tiga itu dan Hishammuddin Hussein, seorang lagi anak bekas Perdana Menteri berada dalam kedudukan cemas dalam mempertahankan jawatannya, Zahid Hamidi pula terus meniti populariti terutama setelah menunjukkan permusuhan yang ketara dengan kaum Cina.
Jika sebelum ini ketegasan dan pendirian tidak berkomprominya dalam beberapa isu berkaitan keselamatan, jenayah, polis dan undang-undang telah mengangkat namanya, tetapi penampilan sikapnya yang berlebih-lebihan seperti mempertahankan "tiga line" tetapi tidak berkompromi dengan kaum lain, ternyata lebih meningkatkan imejnya.Walaupun ketegasan Zahid itu menjerumuskannya ke kancah perkauman yang sebenarnya tidak begitu baik untuk sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia ini dan beberapa laporan polis juga sudah dibuat oleh DAP terhadapnya, tetapi gerafnya sama-sekali tidak menurun di hati para perwakilan Umno. Umno amat menyenangi sikap Zahid itu.
Dengan terdedahnya rakaman ucapan beliau di sebuah majlis tertutup di
Melaka yang mengundang kecaman pelbagai pihak, Zahid hakikatnya berdiri
makin kukuh dan semakin meninggalkan rakan-rakan penyandangnya untuk
memenangi jawatan Naib Presiden Umno ini.
Terbaru, sokongan terbuka yang disuarakan oleh Mahathir terhadap kenyataannya berkaitan isu menembak penjenayah oleh pihak polis, secara tidak langsung mengukuhkan lagi kedudukannya yang sudah sedia terjamin itu untuk mengekalkan jawatan Naib Presidennya.
Di mata perwakilan Umno, sikap dan keberanian yang ditunjukkan Zahid adalah menepati kehendak dan selera mereka. Lebih-lebih lagi selepas keputusan pilihanraya yang menyaksikan pengundi Cina tidak memihak kepada BN, sikap dan pendirian yang ditunjukkan oleh Zahid adalah penawar kepada kekecewaan Umno terhadap pendirian pengundi Cina itu.
Walaupun ada percubaan untuk menggugat kedudukan Zahid, termasuk menyebarkan rakaman yang bertajuk Jenayah Zahid Hamidi di youtube (kini telah disekat daripada ditonton) iaitu berkaitan insiden pukul dan laporan polis yang melibatkan seorang ahli perniagaan, Ahmad Bazli yang difahamkan sudah diselesaikan di luar mahkamah dan tindakan Karpal Singh mahu membuka semula kes itu, namun ia dipercayai tidak menggoncang keimanan politik majoriti perwakilan yang bakal mengundi pada 19 Oktober ini terhadapnya.
Bersama-sama dengan Mukhriz Mahathir yang dianggap tokoh muda yang dikehendaki sebagai pelapis masa depan, Zahid Hamidi dipercayai sudah meletakkan sebelah kakinya beriringan dengan anak bekas Perdana Menteri itu untuk menempah dua slot kerusi Naib Presiden Umno. Cuma siapa yang bakal mendapat undi tertinggi saja yang akan membezakan mereka nanti.
Dengan itu, perebutan satu lagi kerusi Naib Presiden Umno yang masih tinggal nampaknya bakal menjadi rebutan antara Hishammuddin, Shafie Apdal, Ali Rustam dan Isa Samad.
Dari segi kedudukan sebagai penyandang, berusia masih muda dan berjawatan menteri dalam kerajaan, Hishammuddin dan Shafie dirasakan mempunyai peluang paling cerah untuk mengisi slot ketiga itu. Namun perkembangan di hari-hari terakhir ini menunjukkan Ali Rustam bakal menggugat peluang mereka itu.
Ali Rustam yang kalah di Bukit Katil dalam pilihanraya lalu kerana pengundi Cina tidak memihak kepadanya, kini sedang meningkatkan gerafnya di mata perwakilan dengan taktik yang sama dengan Zahid iaitu bersikap perkauman, memusuhi orang Cina dan bergaduh dengan DAP.
Bersama sakit hati yang masih berbekas terhadap pengundi Cina, Ali Rustam yang kini berjawatan Senator dan Pengerusi PUNB menyerang kejayaan kaum Cina dalam perniagaan dengan mengatakan mereka berjaya kerana boleh berniaga apa saja, termasuk yang haram di sisi agama Islam.
Kemudiannya beliau juga mencadangkan supaya sekolah vernakular ditutup dan digantikan dengan sekolah satu aliran untuk semua kaum untuk menangani sikap mereka yang dianggapnya tidak tahu mengenang budi kerajaan itu. Meski digelar Nazi oleh Lim Guan Eng dan Ali tidak berganjak daripada pendiriannya itu, keadaan ini menjadikan popularitinya makin melonjak lagi.
Meski dikategori sebagai orang pencen dan sudah berusia 64 tahun, kepintaran Ali merebut peluang dengan turut menunjukkan dirinya bersifat rasis, menyerang orang Cina dan bergaduh dengan DAP, telah memberi nafas semula kepadanya sedangkan sebelum ini penyertaannya bersama dengan Isa Samad dianggap sebagai "kacau daun" semata-mata.
Jika Ali terus meningkatkan mementumnya dalam hal ini, peluangnya untuk mengiringi Zahid dan Mukhriz ternyata lebih cerah lagi. Malah jika beliau berjaya memerangkap DAP atau pihak-pihak lain agar turut membuat laporan polis terhadapnya, tidak diragui lagi slot ketiga kerusi Naib Presiden itu pasti akan menjadi miliknya.
Kelebihan dalam menggunakan isu perkauman dan bergaduh dengan DAP itu pula nampaknya tidak dimiliki oleh Hishammuddin, Shafie dan Isa Samad dalam jawatan masing-masing. Ini menjadikan ketiga-tiga mereka itu semakin ketinggalan walaupun sedang giat menjelajah ke seluruh negara meraih undi dan sokongan.
Selain mengekalkan hubungan baik dan keramahannya dengan pemimpin UMNO di seluruh negara yang memang sudah dipupuknya sejak sekian lama, Ali Rustam dipercayai akan terus menunjukkan sikap rasis dan permusuhannya dengan kaum Cina sehingga 19 Oktober ini kerana beliau tahu itulah yang secara umumnya disukai oleh perwakilan Umno.
Dengan beberapa isu yang berlaku kebelakangan ini, beberapa pemimpin lain yang bertanding pelbagai jawatan juga telah mula mengambil sikap yang sama iaitu menunjukkan jiwa Melayu masing-masing dan menyerang DAP yang dikuasai kaum Cina dengan ekstrem sekali. Ini dianggap cara paling mudah menarik perhatian perwakilan memandangkan kaedah kempen tradisional dalam waktu yang terbatas ini tidak lagi memadai.
Namun kemaraan Ali Rustam ini tentunya membuatkan Hishammuddin yang sedia dalam keadaan cemas, bertambah kencang lagi degupan jantungnya menjelang 19 Oktober nanti. Dan Najib yang diketahui tidak mahu sepupunya itu kecundang turut tidak gembira dengan imej bekas Ketua Menteri Melaka yang tiba-tiba meningkat itu. - shahbudindotcom, 10 Oktober, 2013.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
GURU HENTAM MUHYIDDIN
TERKINI. GURU PERLU MENJAWAB SOALAN KOMPETENSI.CUBA BUAT? 7 SOALAN PERTAMA MEMAKAN MASA 40 MINIT. MAKNA NYA CIKGU-CIKGU PERLU MENJAWAB JAM 3 PAGI ...BARU SISTEM OK....KAH..KAH..KAH ....SISTEM PUN SEMBAB.
Tidak dapat dinafikan keputusan PRU 13 telah memperlihatkan peningkatan sokongan golongan muda kepada parti pembangkang.
Walaupun belum dapat membentuk kerajaan, pihak Pakatan Rakyat sudah mampu tersenyum gembira kerana dalam diam, mereka telah berjaya menawan hampir keseluruhan bandar-bandar besar dan ibu negeri di Malaysia.
Antara punca utama Barisan Nasional kehilangan banyak kerusi adalah disebabkan generasi muda pada hari ini makin ramai yang menyokong Pakatan Rakyat.
Golongan yang distilahkan sebagai generasi Y ini adalah golongan yang lahir dalam era teknologi maklumat, suka berfikir dan tidak menerima sesuatu maklumat secara membuta tuli.
Mereka tidak menerima maklumat dari sebelah pihak sahaja tetapi lebih gemar menceduk maklumat daripada kedua-dua belah pihak menerusi internet dan akhbar.
Oleh itu, tidak hairanlah jika Utusan Malaysia dan Harakah kedua-duanya dibeli untuk dibawa balik ke rumah, dibaca dan dikaji.
Walaupun menang, keputusan PRU baru-baru ini telah membuatkan Najib tidur tak lena, mandi tak basah. Najib sedar kedudukannya tergugat dan semakin terancam.
Ini kerana sungguhpun Barisan Nasional memenangi 133 kerusi Parlimen dan menang mudah bagi membolehkan parti itu terus memerintah, tetapi presidennya seolah-olah sedar bahawa Barisan Nasional hanya menunggu masa untuk dimakamkan.
Atas kesedaran inilah, presidennya mengeluarkan kenyataan bahawa beliau sedia memperbaiki kelemahan dalam pentadbirannya dan bersedia mendengar masalah rakyat demi memastikan jentera pentadbiran Barisan Nasional berada dalam kedudukan yang lebih selesa pada PRU 14.
Itu Najib Tun Razak.
Bagaimana pula dengan timbalannya, Muhyiddin Yassin yang masih dikekalkan sebagai Menteri Pelajaran? Mungkin kini beliau sedang berangan-angan di atas kerusi empuknya untuk mencipta kuasa enjin paling tinggi supaya guru-guru dapat menjadi “Transformers” paling lasak seiring dengan transformasi yang dilaung-laungkan.
Bezanya, Tranformers ini tidak melawan Megatron, tetapi “Transformers” yang ingin diciptakan Muhyiddin Yassin adalah transformers yang makanannya adalah lambakan fail, ribuan data dan ratusan ‘evidence’ PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah).
Inilah Transformers impian Muhyiddin. Transformers yang mampu bekerja 24 jam tanpa berasa penat, tak perlu tidur, tak perlu makan dan tak perlu berehat.
lawak politik parlimen politik kotor
Adakah Muhyiddin tahu bahawa beliau kini semakin dibenci oleh warga pendidik lantaran ketidakpeduliannya dalam menjaga kebajikan warga guru? Nampak bayangan Muhyiddin di kaca televisyen pun sudah cukup untuk membuatkan tekak berasa loya dan mual.
Mana tidaknya, di bawah pentadbirannya, guru-guru pernah dicadangkan untuk bekerja 9 jam pada tahun 2012. Pada tahun lepas juga, yang menjadi tikus makmalnya adalah 5000 orang guru dari 104 buah sekolah di Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak.
Sedarkah beliau para guru bekerja lebih dari 9 jam sehari termasuk waktu yang diperuntukkan di rumah? Itu belum mengambil kira kedatangan pada hari Sabtu dan Ahad untuk program-program sekolah, kelas tambahan, melatih para pelajar dalam aktiviti ko-akademik (contohnya perbahasan dan pidato), sukan (contohnya bola baling dan bola sepak) serta aktiviti unit beruniform (contohnya kawad kaki).
Bukan itu sahaja, segala penat lelah, masa, kesungguhan dan wang ringgit
ini dicurahkan dengan ikhlas demi kasih sayang kepada sekolah dan para
pelajar tanpa mendapat satu sen pun elaun ‘over time’ atau tuntutan
‘mileage’ sebagaimana kakitangan awam yang lain.
Ingatlah, kami tidak pernah meminta supaya pengorbanan dan jasa kami dikenang. Apa yang kami minta adalah supaya orang atasan prihatin dengan masalah yang kami hadapi. Bila kami suarakan keluhan, Muhyiddin menjawab, “Multi tasking bukan hanya berlaku di sekolah, tetapi di tempat lain pun berlaku ‘multi tasking’”.
Betapa kecewa dan tergurisnya hati ini. Usahkan nak berterima kasih, jawapan yang diberikan seolah-olah golongan guru ini adalah golongan yang berkira untuk melakukan sesuatu di luar bidang tugasan mereka.
Tetapi tahukah anda ‘selama enggang mengeram selangkas betik berbuah’ itulah yang kami lakukan saban hari? Jika dikaji baik-baik, 70 peratus daripada tugasan yang kami laksanakan adalah tugas-tugas di luar bidang pengajaran.
Saya, bagi pihak warga pendidik ingin menjelaskan sekali lagi, masalah kami bukannya ‘multi tasking’ kerana dari dulu lagi guru melakukan segala-galanya. Di sekolah, guru adalah kerani, supir (pemandu), jururawat, ‘cleaner’, tukang kebun, tukang cat dan segala-galanya.
Kalau masih tidak percaya lihat sahajalah pada hari sukan, yang tercegat di bawah matahari menjadi pengadil untuk pelbagai acara sukan adalah guru dan terbongkok,-bongkok mengutip sampah bersama pelajar selepas acara sukan juga guru.
Selain itu, guru jugalah tukang jahit maskot rumah sukan, tukang cuci berbelas-belas baju perbarisan, tukang masak, dan segalanya-galanya.
Tetapi ini bukanlah masalahnya. Masalah kami pada hari ini adalah tugas yang kami terpaksa laksanakan semakin bertambah dan terus bertambah di bawah pentadbiran Muhyiddin sehingga kami sudah tidak ada masa untuk menanda buku latihan dan kertas peperiksaan pun terpaksa ditanda ala kadar.
Lebih teruk lagi dengan adanya PBS, guru-guru makin tidak menang tangan sehingga terpaksa memberi latihan kepada para pelajar untuk dijawab di rumah.
Tidak kurang juga guru yang memberikan jawapan kepada pelajar dan yang paling membimbangkan apabila kesuntukan masa markah pelajar dimasukkan dalam SPPBS (Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah) secara rawak atau ‘pakai belasah’.
Pelaksanaan PBS yang tidak mengikut prosedur adalah rahsia terbuka di bilik guru. Jadi di manakah ‘validity’ PBS ini?
Ketiadaan ‘validity’ dalam PBS adalah antara punca mengapa PBS tidak diiktiraf oleh golongan pendidik dan ibubapa. Penolakan golongan pendidik terhadap sistem PBS juga terbukti apabila Peperiksaan Akhir Tahun untuk pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua masih dijalankan di sekolah bagi mencari pelajar terbaik untuk Hari Anugerah Cemerlang.
Sama ada Muhyiddin sedar atau tidak, guru-guru tanpa segan silu telah menyuarakan penolakan terhadap sistem PBS ciptaan Menteri Pelajaran itu bersama kroni-kroninya.
Sekiranya guru-guru mengiktiraf PBS, sudah tentu pelajar terbaik akan dipilih berdasarkan keputusan PBS tanpa perlu diadakan lagi Peperiksaan Akhir Tahun.
Terus terang saya katakan saya memang berasa bersalah dan berdosa kerana tidak dapat melaksanakan tugasan melibatkan PBS dengan baik dan kerana itulah saya tampil menulis surat ini.
Apa yang akan saya jawab pada Allah S.W.T nanti kerana tidak melaksanakan tanggungjawab dengan jujur dan telus? Saya juga tidak mahu mengheret Muhyiddin bersama-sama saya di neraka kerana ketidaktelusan dalam PBS.
Jujurnya, kami, guru-guru terpaksa melakukan penipuan secara halus ini sejak PBS diperkenalkan kerana kami memang tidak menang tangan walaupun telah mengorbankan masa tidur dari tujuh jam menjadi tiga jam.
Apabila ramai warga pendidik meluahkan kekesalan terhadap bebanan tugas melampau di facebook, twitter, blog dan lain-lain lagi, kami dikatakan mengkhianati kerajaan.
Kami diambil tindakan tegas sedangkan kami hanya meluahkan perasaan kepada sahabat handai dan keluarga di laman sosial. Salahkah kami jika meluahkan perasaan terhadap bebanan kerja di sekolah yang membuatkan kami ditimpa pelbagai penyakit seperti darah tinggi, ‘depression’ dan ‘migrain’?
Itu juga antara punca kebencian di hati warga pendidik sehingga mendorong kami meluahkan kekesalan di kertas undi dengan memangkah parti pembangkang.
Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi haruslah mengambil iktibar kekalahan dua orang timbalan menterinya iaitu Dr Puad Zakarshi dan Datuk Saifuddin Abdullah.
Benarkah kejatuhan kedua-dua timbalan menteri ini adalah satu kebetulan? Atau mungkinkah kejatuhan dua nama besar ini disebabkan ketidakpuasan di hati rakyat, khususnya ibubapa dan guru-guru terhadap sistem pendidikan yang dilihat semakin bercelaru? Fikir-fikirkanlah, renung-renungkanlah dan tenung-tenungkanlah.
Saya secara peribadi berasa amat gembira jika benar apa yang dikatakan oleh Najib yang beliau mahu mendengar masalah rakyat dan memperbaiki kelemahan pentadbirannya. Sememangnya inilah yang patut dilakukan dari dulu lagi dan bukannya mengambil tindakan apabila kakitangan kerajaan meluahkan rasa tidak puas hati.
Guru-guru yang ditangkap mengeluarkan kenyataan yang bersifat memprotes akan ditukar tempat kerja atau dibuang terus. Ini adalah satu tindakan bodoh kerana sudah tentu kebencian yang sedia ada akan bertambah dengan momentum protes yang lebih kencang.lawak politik najib haji
Kepada yang dibuang kerja bukan sahaja mendapat simpati, bahkan mempunyai lesen lebih besar untuk menghentam kerajaan kerana sudah tidak terikat dengan mana-mana pihak.
Jika kita kaji betul-betul, PRU kali ini menyaksikan polarisasi kaum yang hebat. Majoriti kaum Cina dilihat lebih senang dengan parti pembangkang lebih-lebih lagi DAP. Jika golongan guru yang majoritinya orang Melayu juga tidak menyokong kerajaan ke manakah halatuju dan masa depan Barisan Nasional pada PRU akan datang?
Jadi hargailah kaum guru dan jangan terlalu menindas kami kerana pada hakikatnya kebanyakan kami terdiri daripada orang yang sentiasa berdiri teguh di belakang pemimpin dan sentiasa mendukung agenda dan aspirasi kerajaan dalam memajukan bangsa dan negara.
Besarlah harapan kami, guru-guru di seluruh Malaysia agar Perdana Menteri dapat mengkaji semula sistem PBS yang pada pendapat kami, golongan pendidik, para ibu bapa dan pelajar tidak ada ‘validity’.
Dalam kekalutan berhadapan dengan PBS, timbul ura-ura yang mengatakan pelajar tingkatan 3 pada tahun hadapan akan menjalani pentaksiran berpusat yang menyamai PMR untuk menentukan sama ada mereka layak untuk memasuki aliran Sains, Perakaunan atau Sastera bagi kemasukan ke Tingkatan Empat. Pelbagai persoalan bermain di benak kami. Antaranya:
1. Mengapa perlu ada pentaksiran berpusat lagi setelah pemansuhan PMR (Penilaian Menengah Rendah)?
2. Mengapa kemasukan pelajar ke tingkatan 4 untuk aliran Sains, Perakaunan dan Sastera tidak dibuat berdasarkan keputusan PBS?
3. Adakah ini bermakna Kementerian Pelajaran juga tidak mengiktiraf PBS?
Nampaknya segala keringat yang dicurahkan oleh guru-guru siang dan malam sia-sia sahaja. Bukan sahaja golongan guru tidak mengiktiraf PBS malah Kementerian Pelajaran juga secara tidak langsung telah mengakui kesilapannya memperkenalkan PBS. Kini mereka sedang terkulat-kulat mencari idea untuk menutupi kelemahan PBS. Akhirnya ‘back to square one’ pentaksiran berpusat yang menyamai PMR terpaksa dijalankan.
Jelaslah, PBS adalah kutu yang disangkakan berlian. Ia dibawa masuk pihak-pihak tertentu setelah lawatan singkat ke luar negara. Parasit ini dibawa masuk atas slogan ingin menjana transformasi pendidikan negara.
Demi mendapatkan nama, apa-apa sahaja yang menampakkan berlakunya transformasi diserap tanpa diselidiki dan dikaji terlebih dahulu dan yang menjadi mangsa adalah para pelajar dan guru. Ingatlah, sistem pendidikan bukanlah bahan ujikaji.
Ianya harus diambil dengan serius dan tidak boleh dibuat main-main. PBS sangat tidak sesuai untuk diaplikasikan di Malaysia apatahlagi di peringkat sekolah menengah. Malah negara-negara maju juga telah banyak memansuhkan PBS.
Najib juga ada mengatakan untuk memberi perhatian segera dalam mengurangkan beban tugas guru melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).
Bagi guru-guru, setiap hari yang berlalu umpama memikul sederetan gunung di atas kepala dan tahun 2025 adalah penantian yang terlalu lama. Sementara mencari jalan penyelesaian terbaik, saya cadangkan Kementerian Pelajaran mengeluarkan surat pekeliling agar bilangan aktiviti dikurangkan dan diselaraskan di semua sekolah.
1. Hadkan penglibatan ko-kurikulum di semua sekolah kepada salah satu sahaja sama ada unit beruniform, sukan atau kelab. Jika ingin juga melaksanakan program-program ko-kurikulum dan menjalankan dasar ‘1 Murid, 1 Sukan’ mungkin pihak kementerian boleh mempertimbangkan untuk membawa masuk pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan dan berikan mereka sedikit elaun untuk memantau dan merancang aktiviti ko-kurikulum pada setiap hari di sebelah petang.
2. Begitu juga dengan majlis rasmi di sekolah, Kementerian Pelajaran boleh menetapkan beberapa acara rasmi sahaja untuk dijalankan setiap tahun dan diselaraskan untuk semua sekolah.
3. Selain itu keluarkan arahan rasmi kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) agar tidak lagi membebankan guru-guru dengan pemantauan berbagai-bagai fail kerana pada pendapat saya penilaian terhadap prestasi seseorang guru itu perlu dilihat dari aspek pengajaran dan bukannya sistem dokumentasi yang nampak begitu gah dari luar, tetapi jarang dilaksanakan dengan baik.
4. Menteri Pelajaran juga harus sedar arahan untuk mengisi maklumat dalam pelbagai pangkalan data juga semakin menjadi-jadi pada hari ini sehingga kami terpaksa membeli ‘broadband’ semata-mata untuk kerja mengisi data.
Setiap unit di jabatan dan kementerian seperti berlumba-lumba untuk menampakkan kemantapan unit masing-masing dengan memperkenalkan pelbagai pangkalan data diisi. Ada kalanya kami terpaksa mengisi data yang sama berulangkali untuk JPN dan PPD.
Apabila terlalu banyak maklumat yang perlu dimasukkan dalam pelbagai pangkalan data, maka berlakulah penipuan secara halus yang melibatkan angka-angka dan maklumat-maklumat rekaan. Bukan itu sahaja, adakalanya kami terpaksa meninggalkan kelas kerana mengejar tarikh tutup pengisian data. Ini berlaku apabila ada masalah ‘network’ di rumah dan data terpaksa dimasukkan di sekolah keesokan hari sebelum tarikh tutup.
Persoalannya, kami menerima arahan dari kementerian pendidikan untuk melindungi waktu P &P (pengajaran dan pembelajaran), jadi mengapa pada masa yang sama kami dibebani dengan kerja perkeranian yang tidak henti-henti sehingga adakalanya terpaksa meninggalkan kelas?
Jika data sangat diperlukan oleh JPN atau PPD, turunkanlah beberapa orang JPN atau PPD selama seminggu khusus untuk pengisian data. Guru-guru boleh membantu untuk mengagihkan borang-borang kepada pelajar dan selebihnya diuruskan oleh JPN dan PPD kerana sememangnya kami tahu, pegawai PPD dan JPN sukakan maklumat online kerana ianya memudahkan kerja mereka.
Jadi pegawai JPN dan PPD perlu bersama-sama membantu kami, bukan hanya tahu mencari kelemahan guru-guru dan memalukan kami di bilik mesyuarat apabila pencerapan dilakukan atau apabila keputusan peperiksaan tidak baik. Selamilah juga apa yang kami terpaksa lalui kerana anda juga adalah bekas-bekas guru.
Kami dipaksa melakukan pelbagai kerja dalam satu hari. Jadi bilakah masanya untuk kami membuat persediaan untuk mengajar dan menghasilkan keputusan yang cemerlang untuk sekolah?
Sesungguhnya, Najib tidak boleh mengambil masa terlalu lama dalam memikirkan penyelesaian terhadap bebanan tugas guru. Sekiranya, kerajaan tidak mampu menggaji kerani, pembantu guru atau kakitangan luar, sudah sampai masanya pihak kementerian mengurangkan bebanan guru dengan mengehadkan aktiviti di sekolah, menghentikan prosedur penilaian yang berasaskan sistem dokumentasi dan mengurangkan arahan untuk mengisi maklumat dalam pelbagai jenis pangkalan data yang saya kira tidak praktikal kerana tanggungjawab seorang guru adalah mengajar dan bukannya meninggalkan kelas kerana kerja perkeranian.
5. Saya mewakili guru-guru dan saya juga sebagai ibubapa menasihatkan Kementerian Pelajaran untuk menghentikan PBS serta merta demi masa depan anak-anak kami. Jangan bazirkan waktu mereka di sekolah dengan PBS lagi.
Sudah sampai masanya PBS dihentikan dari terus manjadi bahan ujikaji untuk pelajar-pelajar lain. Jadilah kesilapan ini sebagai satu pengajaran agar pihak kementerian lebih berhati-hati dalam melaksanakan suatu sistem baru.
6. Jika pihak Kementerian Pelajaran malu untuk mengakui kesilapan mereka dan takut ego mereka tercalar, jalankanlah PBS tetapi bukan dengan cara penyediaan beratus ‘evidence’ yang perlu ditanda, difailkan dan kemudian diisi pula dalam SPPBS kerana ianya membebankan guru-guru dan langsung tidak memberi apa-apa manfaat kepada pelajar.
Demi kepentingan sistem pendidikan dan pelajar, saya cadangkan PMR dikembalikan semula dan PBS dikekalkan namanya tetapi diganti dengan kerja projek. Mungkin satu tahun pelajar boleh melaksanakan satu kerja projek yang menyumbang lebih kurang 30% dari markah keseluruhan PMR. Ini bermakna 10% markah diperuntukkan bagi satu kerja projek untuk satu tahun, bagi setiap matapelajaran.
Sekiranya kerajaan dapat melaksanakan cadangan saya ini, saya yakin kualiti pengajaran guru-guru akan lebih baik dan sistem pendidikan akan gah semula. Apatah lagi semua ini tidak melibatkan apa-apa kos peruntukan. Jika ini dapat dilaksanakan, saya pasti martabat guru di Malaysia juga akan meningkat secara mendadak seperti guru-guru pada zaman ayah dan ibu kita suatu ketika dahulu yang begitu dihormati dan disegani oleh masyarakat.
Kepada Muhyiddin Yassin, nasihat saya, janganlah asyik ke hulu ke hilir menjaja cerita yang kementerian Tan Sri sedang bermesyuarat untuk menyelesaikan masalah bebanan guru. Kami sudah mula bosan dan putus asa dengan jawapan Tan Sri.
Sampai bilakah Tan Sri mahu bermesyuarat? Kalau Tan Sri dan pemimpin-pemimpin UMNO bertandang, kamilah orang pertama yang akan dikerah untuk memenuhi dewan. Berjam-jam lamanya terpaksa melangut dan menguap di situ. Sebetulnya, kami sudah jemu dan loya dengan ucapan Tan Sri. Kami sudah mula mual dengan janji-janji manis Tan Sri. Adakalanya terasa nak muntah dengan lambakan kerja yang Tan Sri dan anak-anak buah Tan Sri campakkan di atas muka kami.
Pada tahun 2010, Tan Sri tubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji bebanan tugas guru. Belum pun ada apa-apa penyelesaian terhadap isu yang dikekemukakan sebelum ini, timbul lagi kerja-kerja baru. Pada tahun 2012 Tan Sri perkenalkan pula PBS dan bermacam-macam lagi pangkalan data untuk diisi.
Bukan itu sahaja, pada tahun sama Tan Sri juga ada mencadangkan agar guru-guru bekerja mengikut waktu pejabat. Inikah penyelesaian yang Tan Sri mesyuaratkan selama ini? Perangai Tan Sri ini bertepatan sangatlah dengan kata pepatah “tahi yang dulu belum dicuci, kini membuat tahi yang baru”. Jadi, bagaimanakah kami, warga pendidik mahu percaya kepada kata-kata dan janji-janji Tan Sri lagi?
Saya dan warga guru sandarkan harapan kepada Perdana Menteri agar dapat melakukan sesuatu dengan segera untuk mengurangkan bebanan tugas guru dan carilah pemimpin yang lebih berkredibiliti dan mampu berfikir pada masa hadapan untuk menerajui sistem pendidikan dan bukannya pakai tangkap muat. Muhyiddin adalah salah satu contoh pemimpin yang hanya tahu mengangguk dan menggeleng sahaja. Sekiranya Muhyiddin lebih cerdik dari orang bawahannya, sudah pasti sistem-sistem mengarut dalam pendidikan kita tidak ada pada hari ini.- Oleh Guru Kecewa Harakhdaily BM
Klik link di bawah untuk mulakan Ujian ICT anda!
Tidak dapat dinafikan keputusan PRU 13 telah memperlihatkan peningkatan sokongan golongan muda kepada parti pembangkang.
Walaupun belum dapat membentuk kerajaan, pihak Pakatan Rakyat sudah mampu tersenyum gembira kerana dalam diam, mereka telah berjaya menawan hampir keseluruhan bandar-bandar besar dan ibu negeri di Malaysia.
Antara punca utama Barisan Nasional kehilangan banyak kerusi adalah disebabkan generasi muda pada hari ini makin ramai yang menyokong Pakatan Rakyat.
Golongan yang distilahkan sebagai generasi Y ini adalah golongan yang lahir dalam era teknologi maklumat, suka berfikir dan tidak menerima sesuatu maklumat secara membuta tuli.
Mereka tidak menerima maklumat dari sebelah pihak sahaja tetapi lebih gemar menceduk maklumat daripada kedua-dua belah pihak menerusi internet dan akhbar.
Oleh itu, tidak hairanlah jika Utusan Malaysia dan Harakah kedua-duanya dibeli untuk dibawa balik ke rumah, dibaca dan dikaji.
Walaupun menang, keputusan PRU baru-baru ini telah membuatkan Najib tidur tak lena, mandi tak basah. Najib sedar kedudukannya tergugat dan semakin terancam.
Ini kerana sungguhpun Barisan Nasional memenangi 133 kerusi Parlimen dan menang mudah bagi membolehkan parti itu terus memerintah, tetapi presidennya seolah-olah sedar bahawa Barisan Nasional hanya menunggu masa untuk dimakamkan.
Atas kesedaran inilah, presidennya mengeluarkan kenyataan bahawa beliau sedia memperbaiki kelemahan dalam pentadbirannya dan bersedia mendengar masalah rakyat demi memastikan jentera pentadbiran Barisan Nasional berada dalam kedudukan yang lebih selesa pada PRU 14.
Itu Najib Tun Razak.
Bagaimana pula dengan timbalannya, Muhyiddin Yassin yang masih dikekalkan sebagai Menteri Pelajaran? Mungkin kini beliau sedang berangan-angan di atas kerusi empuknya untuk mencipta kuasa enjin paling tinggi supaya guru-guru dapat menjadi “Transformers” paling lasak seiring dengan transformasi yang dilaung-laungkan.
![]() |
| optimus prime |
Bezanya, Tranformers ini tidak melawan Megatron, tetapi “Transformers” yang ingin diciptakan Muhyiddin Yassin adalah transformers yang makanannya adalah lambakan fail, ribuan data dan ratusan ‘evidence’ PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah).
Inilah Transformers impian Muhyiddin. Transformers yang mampu bekerja 24 jam tanpa berasa penat, tak perlu tidur, tak perlu makan dan tak perlu berehat.
lawak politik parlimen politik kotor
Adakah Muhyiddin tahu bahawa beliau kini semakin dibenci oleh warga pendidik lantaran ketidakpeduliannya dalam menjaga kebajikan warga guru? Nampak bayangan Muhyiddin di kaca televisyen pun sudah cukup untuk membuatkan tekak berasa loya dan mual.
Mana tidaknya, di bawah pentadbirannya, guru-guru pernah dicadangkan untuk bekerja 9 jam pada tahun 2012. Pada tahun lepas juga, yang menjadi tikus makmalnya adalah 5000 orang guru dari 104 buah sekolah di Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak.
Sedarkah beliau para guru bekerja lebih dari 9 jam sehari termasuk waktu yang diperuntukkan di rumah? Itu belum mengambil kira kedatangan pada hari Sabtu dan Ahad untuk program-program sekolah, kelas tambahan, melatih para pelajar dalam aktiviti ko-akademik (contohnya perbahasan dan pidato), sukan (contohnya bola baling dan bola sepak) serta aktiviti unit beruniform (contohnya kawad kaki).
![]() |
| megatron |
Ingatlah, kami tidak pernah meminta supaya pengorbanan dan jasa kami dikenang. Apa yang kami minta adalah supaya orang atasan prihatin dengan masalah yang kami hadapi. Bila kami suarakan keluhan, Muhyiddin menjawab, “Multi tasking bukan hanya berlaku di sekolah, tetapi di tempat lain pun berlaku ‘multi tasking’”.
Betapa kecewa dan tergurisnya hati ini. Usahkan nak berterima kasih, jawapan yang diberikan seolah-olah golongan guru ini adalah golongan yang berkira untuk melakukan sesuatu di luar bidang tugasan mereka.
Tetapi tahukah anda ‘selama enggang mengeram selangkas betik berbuah’ itulah yang kami lakukan saban hari? Jika dikaji baik-baik, 70 peratus daripada tugasan yang kami laksanakan adalah tugas-tugas di luar bidang pengajaran.
Saya, bagi pihak warga pendidik ingin menjelaskan sekali lagi, masalah kami bukannya ‘multi tasking’ kerana dari dulu lagi guru melakukan segala-galanya. Di sekolah, guru adalah kerani, supir (pemandu), jururawat, ‘cleaner’, tukang kebun, tukang cat dan segala-galanya.
Kalau masih tidak percaya lihat sahajalah pada hari sukan, yang tercegat di bawah matahari menjadi pengadil untuk pelbagai acara sukan adalah guru dan terbongkok,-bongkok mengutip sampah bersama pelajar selepas acara sukan juga guru.
Selain itu, guru jugalah tukang jahit maskot rumah sukan, tukang cuci berbelas-belas baju perbarisan, tukang masak, dan segalanya-galanya.
Tetapi ini bukanlah masalahnya. Masalah kami pada hari ini adalah tugas yang kami terpaksa laksanakan semakin bertambah dan terus bertambah di bawah pentadbiran Muhyiddin sehingga kami sudah tidak ada masa untuk menanda buku latihan dan kertas peperiksaan pun terpaksa ditanda ala kadar.
Lebih teruk lagi dengan adanya PBS, guru-guru makin tidak menang tangan sehingga terpaksa memberi latihan kepada para pelajar untuk dijawab di rumah.
Tidak kurang juga guru yang memberikan jawapan kepada pelajar dan yang paling membimbangkan apabila kesuntukan masa markah pelajar dimasukkan dalam SPPBS (Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah) secara rawak atau ‘pakai belasah’.
Pelaksanaan PBS yang tidak mengikut prosedur adalah rahsia terbuka di bilik guru. Jadi di manakah ‘validity’ PBS ini?
Ketiadaan ‘validity’ dalam PBS adalah antara punca mengapa PBS tidak diiktiraf oleh golongan pendidik dan ibubapa. Penolakan golongan pendidik terhadap sistem PBS juga terbukti apabila Peperiksaan Akhir Tahun untuk pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua masih dijalankan di sekolah bagi mencari pelajar terbaik untuk Hari Anugerah Cemerlang.
Sama ada Muhyiddin sedar atau tidak, guru-guru tanpa segan silu telah menyuarakan penolakan terhadap sistem PBS ciptaan Menteri Pelajaran itu bersama kroni-kroninya.
Sekiranya guru-guru mengiktiraf PBS, sudah tentu pelajar terbaik akan dipilih berdasarkan keputusan PBS tanpa perlu diadakan lagi Peperiksaan Akhir Tahun.
Terus terang saya katakan saya memang berasa bersalah dan berdosa kerana tidak dapat melaksanakan tugasan melibatkan PBS dengan baik dan kerana itulah saya tampil menulis surat ini.
Apa yang akan saya jawab pada Allah S.W.T nanti kerana tidak melaksanakan tanggungjawab dengan jujur dan telus? Saya juga tidak mahu mengheret Muhyiddin bersama-sama saya di neraka kerana ketidaktelusan dalam PBS.
Jujurnya, kami, guru-guru terpaksa melakukan penipuan secara halus ini sejak PBS diperkenalkan kerana kami memang tidak menang tangan walaupun telah mengorbankan masa tidur dari tujuh jam menjadi tiga jam.
Apabila ramai warga pendidik meluahkan kekesalan terhadap bebanan tugas melampau di facebook, twitter, blog dan lain-lain lagi, kami dikatakan mengkhianati kerajaan.
Kami diambil tindakan tegas sedangkan kami hanya meluahkan perasaan kepada sahabat handai dan keluarga di laman sosial. Salahkah kami jika meluahkan perasaan terhadap bebanan kerja di sekolah yang membuatkan kami ditimpa pelbagai penyakit seperti darah tinggi, ‘depression’ dan ‘migrain’?
Itu juga antara punca kebencian di hati warga pendidik sehingga mendorong kami meluahkan kekesalan di kertas undi dengan memangkah parti pembangkang.
Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi haruslah mengambil iktibar kekalahan dua orang timbalan menterinya iaitu Dr Puad Zakarshi dan Datuk Saifuddin Abdullah.
Benarkah kejatuhan kedua-dua timbalan menteri ini adalah satu kebetulan? Atau mungkinkah kejatuhan dua nama besar ini disebabkan ketidakpuasan di hati rakyat, khususnya ibubapa dan guru-guru terhadap sistem pendidikan yang dilihat semakin bercelaru? Fikir-fikirkanlah, renung-renungkanlah dan tenung-tenungkanlah.
Saya secara peribadi berasa amat gembira jika benar apa yang dikatakan oleh Najib yang beliau mahu mendengar masalah rakyat dan memperbaiki kelemahan pentadbirannya. Sememangnya inilah yang patut dilakukan dari dulu lagi dan bukannya mengambil tindakan apabila kakitangan kerajaan meluahkan rasa tidak puas hati.
Guru-guru yang ditangkap mengeluarkan kenyataan yang bersifat memprotes akan ditukar tempat kerja atau dibuang terus. Ini adalah satu tindakan bodoh kerana sudah tentu kebencian yang sedia ada akan bertambah dengan momentum protes yang lebih kencang.lawak politik najib haji
Kepada yang dibuang kerja bukan sahaja mendapat simpati, bahkan mempunyai lesen lebih besar untuk menghentam kerajaan kerana sudah tidak terikat dengan mana-mana pihak.
Jika kita kaji betul-betul, PRU kali ini menyaksikan polarisasi kaum yang hebat. Majoriti kaum Cina dilihat lebih senang dengan parti pembangkang lebih-lebih lagi DAP. Jika golongan guru yang majoritinya orang Melayu juga tidak menyokong kerajaan ke manakah halatuju dan masa depan Barisan Nasional pada PRU akan datang?
Jadi hargailah kaum guru dan jangan terlalu menindas kami kerana pada hakikatnya kebanyakan kami terdiri daripada orang yang sentiasa berdiri teguh di belakang pemimpin dan sentiasa mendukung agenda dan aspirasi kerajaan dalam memajukan bangsa dan negara.
Besarlah harapan kami, guru-guru di seluruh Malaysia agar Perdana Menteri dapat mengkaji semula sistem PBS yang pada pendapat kami, golongan pendidik, para ibu bapa dan pelajar tidak ada ‘validity’.
Dalam kekalutan berhadapan dengan PBS, timbul ura-ura yang mengatakan pelajar tingkatan 3 pada tahun hadapan akan menjalani pentaksiran berpusat yang menyamai PMR untuk menentukan sama ada mereka layak untuk memasuki aliran Sains, Perakaunan atau Sastera bagi kemasukan ke Tingkatan Empat. Pelbagai persoalan bermain di benak kami. Antaranya:
1. Mengapa perlu ada pentaksiran berpusat lagi setelah pemansuhan PMR (Penilaian Menengah Rendah)?
2. Mengapa kemasukan pelajar ke tingkatan 4 untuk aliran Sains, Perakaunan dan Sastera tidak dibuat berdasarkan keputusan PBS?
3. Adakah ini bermakna Kementerian Pelajaran juga tidak mengiktiraf PBS?
Nampaknya segala keringat yang dicurahkan oleh guru-guru siang dan malam sia-sia sahaja. Bukan sahaja golongan guru tidak mengiktiraf PBS malah Kementerian Pelajaran juga secara tidak langsung telah mengakui kesilapannya memperkenalkan PBS. Kini mereka sedang terkulat-kulat mencari idea untuk menutupi kelemahan PBS. Akhirnya ‘back to square one’ pentaksiran berpusat yang menyamai PMR terpaksa dijalankan.
Jelaslah, PBS adalah kutu yang disangkakan berlian. Ia dibawa masuk pihak-pihak tertentu setelah lawatan singkat ke luar negara. Parasit ini dibawa masuk atas slogan ingin menjana transformasi pendidikan negara.
Demi mendapatkan nama, apa-apa sahaja yang menampakkan berlakunya transformasi diserap tanpa diselidiki dan dikaji terlebih dahulu dan yang menjadi mangsa adalah para pelajar dan guru. Ingatlah, sistem pendidikan bukanlah bahan ujikaji.
Ianya harus diambil dengan serius dan tidak boleh dibuat main-main. PBS sangat tidak sesuai untuk diaplikasikan di Malaysia apatahlagi di peringkat sekolah menengah. Malah negara-negara maju juga telah banyak memansuhkan PBS.
Najib juga ada mengatakan untuk memberi perhatian segera dalam mengurangkan beban tugas guru melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).
Bagi guru-guru, setiap hari yang berlalu umpama memikul sederetan gunung di atas kepala dan tahun 2025 adalah penantian yang terlalu lama. Sementara mencari jalan penyelesaian terbaik, saya cadangkan Kementerian Pelajaran mengeluarkan surat pekeliling agar bilangan aktiviti dikurangkan dan diselaraskan di semua sekolah.
1. Hadkan penglibatan ko-kurikulum di semua sekolah kepada salah satu sahaja sama ada unit beruniform, sukan atau kelab. Jika ingin juga melaksanakan program-program ko-kurikulum dan menjalankan dasar ‘1 Murid, 1 Sukan’ mungkin pihak kementerian boleh mempertimbangkan untuk membawa masuk pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan dan berikan mereka sedikit elaun untuk memantau dan merancang aktiviti ko-kurikulum pada setiap hari di sebelah petang.
2. Begitu juga dengan majlis rasmi di sekolah, Kementerian Pelajaran boleh menetapkan beberapa acara rasmi sahaja untuk dijalankan setiap tahun dan diselaraskan untuk semua sekolah.
3. Selain itu keluarkan arahan rasmi kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) agar tidak lagi membebankan guru-guru dengan pemantauan berbagai-bagai fail kerana pada pendapat saya penilaian terhadap prestasi seseorang guru itu perlu dilihat dari aspek pengajaran dan bukannya sistem dokumentasi yang nampak begitu gah dari luar, tetapi jarang dilaksanakan dengan baik.
4. Menteri Pelajaran juga harus sedar arahan untuk mengisi maklumat dalam pelbagai pangkalan data juga semakin menjadi-jadi pada hari ini sehingga kami terpaksa membeli ‘broadband’ semata-mata untuk kerja mengisi data.
Setiap unit di jabatan dan kementerian seperti berlumba-lumba untuk menampakkan kemantapan unit masing-masing dengan memperkenalkan pelbagai pangkalan data diisi. Ada kalanya kami terpaksa mengisi data yang sama berulangkali untuk JPN dan PPD.
Apabila terlalu banyak maklumat yang perlu dimasukkan dalam pelbagai pangkalan data, maka berlakulah penipuan secara halus yang melibatkan angka-angka dan maklumat-maklumat rekaan. Bukan itu sahaja, adakalanya kami terpaksa meninggalkan kelas kerana mengejar tarikh tutup pengisian data. Ini berlaku apabila ada masalah ‘network’ di rumah dan data terpaksa dimasukkan di sekolah keesokan hari sebelum tarikh tutup.
Persoalannya, kami menerima arahan dari kementerian pendidikan untuk melindungi waktu P &P (pengajaran dan pembelajaran), jadi mengapa pada masa yang sama kami dibebani dengan kerja perkeranian yang tidak henti-henti sehingga adakalanya terpaksa meninggalkan kelas?
Jika data sangat diperlukan oleh JPN atau PPD, turunkanlah beberapa orang JPN atau PPD selama seminggu khusus untuk pengisian data. Guru-guru boleh membantu untuk mengagihkan borang-borang kepada pelajar dan selebihnya diuruskan oleh JPN dan PPD kerana sememangnya kami tahu, pegawai PPD dan JPN sukakan maklumat online kerana ianya memudahkan kerja mereka.
Jadi pegawai JPN dan PPD perlu bersama-sama membantu kami, bukan hanya tahu mencari kelemahan guru-guru dan memalukan kami di bilik mesyuarat apabila pencerapan dilakukan atau apabila keputusan peperiksaan tidak baik. Selamilah juga apa yang kami terpaksa lalui kerana anda juga adalah bekas-bekas guru.
Kami dipaksa melakukan pelbagai kerja dalam satu hari. Jadi bilakah masanya untuk kami membuat persediaan untuk mengajar dan menghasilkan keputusan yang cemerlang untuk sekolah?
Sesungguhnya, Najib tidak boleh mengambil masa terlalu lama dalam memikirkan penyelesaian terhadap bebanan tugas guru. Sekiranya, kerajaan tidak mampu menggaji kerani, pembantu guru atau kakitangan luar, sudah sampai masanya pihak kementerian mengurangkan bebanan guru dengan mengehadkan aktiviti di sekolah, menghentikan prosedur penilaian yang berasaskan sistem dokumentasi dan mengurangkan arahan untuk mengisi maklumat dalam pelbagai jenis pangkalan data yang saya kira tidak praktikal kerana tanggungjawab seorang guru adalah mengajar dan bukannya meninggalkan kelas kerana kerja perkeranian.
5. Saya mewakili guru-guru dan saya juga sebagai ibubapa menasihatkan Kementerian Pelajaran untuk menghentikan PBS serta merta demi masa depan anak-anak kami. Jangan bazirkan waktu mereka di sekolah dengan PBS lagi.
Sudah sampai masanya PBS dihentikan dari terus manjadi bahan ujikaji untuk pelajar-pelajar lain. Jadilah kesilapan ini sebagai satu pengajaran agar pihak kementerian lebih berhati-hati dalam melaksanakan suatu sistem baru.
6. Jika pihak Kementerian Pelajaran malu untuk mengakui kesilapan mereka dan takut ego mereka tercalar, jalankanlah PBS tetapi bukan dengan cara penyediaan beratus ‘evidence’ yang perlu ditanda, difailkan dan kemudian diisi pula dalam SPPBS kerana ianya membebankan guru-guru dan langsung tidak memberi apa-apa manfaat kepada pelajar.
Demi kepentingan sistem pendidikan dan pelajar, saya cadangkan PMR dikembalikan semula dan PBS dikekalkan namanya tetapi diganti dengan kerja projek. Mungkin satu tahun pelajar boleh melaksanakan satu kerja projek yang menyumbang lebih kurang 30% dari markah keseluruhan PMR. Ini bermakna 10% markah diperuntukkan bagi satu kerja projek untuk satu tahun, bagi setiap matapelajaran.
Sekiranya kerajaan dapat melaksanakan cadangan saya ini, saya yakin kualiti pengajaran guru-guru akan lebih baik dan sistem pendidikan akan gah semula. Apatah lagi semua ini tidak melibatkan apa-apa kos peruntukan. Jika ini dapat dilaksanakan, saya pasti martabat guru di Malaysia juga akan meningkat secara mendadak seperti guru-guru pada zaman ayah dan ibu kita suatu ketika dahulu yang begitu dihormati dan disegani oleh masyarakat.
Kepada Muhyiddin Yassin, nasihat saya, janganlah asyik ke hulu ke hilir menjaja cerita yang kementerian Tan Sri sedang bermesyuarat untuk menyelesaikan masalah bebanan guru. Kami sudah mula bosan dan putus asa dengan jawapan Tan Sri.
Sampai bilakah Tan Sri mahu bermesyuarat? Kalau Tan Sri dan pemimpin-pemimpin UMNO bertandang, kamilah orang pertama yang akan dikerah untuk memenuhi dewan. Berjam-jam lamanya terpaksa melangut dan menguap di situ. Sebetulnya, kami sudah jemu dan loya dengan ucapan Tan Sri. Kami sudah mula mual dengan janji-janji manis Tan Sri. Adakalanya terasa nak muntah dengan lambakan kerja yang Tan Sri dan anak-anak buah Tan Sri campakkan di atas muka kami.
Pada tahun 2010, Tan Sri tubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji bebanan tugas guru. Belum pun ada apa-apa penyelesaian terhadap isu yang dikekemukakan sebelum ini, timbul lagi kerja-kerja baru. Pada tahun 2012 Tan Sri perkenalkan pula PBS dan bermacam-macam lagi pangkalan data untuk diisi.
Bukan itu sahaja, pada tahun sama Tan Sri juga ada mencadangkan agar guru-guru bekerja mengikut waktu pejabat. Inikah penyelesaian yang Tan Sri mesyuaratkan selama ini? Perangai Tan Sri ini bertepatan sangatlah dengan kata pepatah “tahi yang dulu belum dicuci, kini membuat tahi yang baru”. Jadi, bagaimanakah kami, warga pendidik mahu percaya kepada kata-kata dan janji-janji Tan Sri lagi?
Saya dan warga guru sandarkan harapan kepada Perdana Menteri agar dapat melakukan sesuatu dengan segera untuk mengurangkan bebanan tugas guru dan carilah pemimpin yang lebih berkredibiliti dan mampu berfikir pada masa hadapan untuk menerajui sistem pendidikan dan bukannya pakai tangkap muat. Muhyiddin adalah salah satu contoh pemimpin yang hanya tahu mengangguk dan menggeleng sahaja. Sekiranya Muhyiddin lebih cerdik dari orang bawahannya, sudah pasti sistem-sistem mengarut dalam pendidikan kita tidak ada pada hari ini.- Oleh Guru Kecewa Harakhdaily BM
Kerajaan bazir lebih RM15 juta taja Kelab Bola Sepak Vincent Tan
Kerajaan bazir lebih RM15 juta taja Kelab Bola Sepak Vincent Tan
Perbelanjaan kerajaan melalui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan berjumlah £3 juta atau melebihi RM15 juta melalui penajaan jersi “Front of Shirt Sponsorship” adalah tidak wajar dan membazir.Penajaan tersebut disalurkan kepada Kelab Bola Sepak Cardiff City milik ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan (gambar) untuk tempoh setahun.
Perbelanjaan tersebut tidak akan berupaya membayar balik melalui tarikan pelancong hanya dari United Kingdom khususnya Negara Eropah Barat.
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sepatutnya lebih kreatif dalam urusan mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2014 selain daripada menaja logo Tahun Melawat Malaysia 2014 di stadium Cardiff.
Peruntukan sebanyak itu sepatutnya disalurkan kepada Kementerian yang bertanggungjawab dalam membantu kelab-kelab bola sepak tempatan yang sekian lama mengalami kekurangan dana atau sekurang-kurangnya dilaburkan kepada latihan-latihan pemain-pemain muda berbakat yang mampu bersaing dengan pemain antarabangsa.
Untuk pertanyaan, sila hubungi Pembantu Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, sdr Faisal Mustaffa 0172002944 atau emel faisal.mustaffa@rocketmail.com
Rujukan:
Jawapan pertanyaan lisan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan di Dewan Rakyat pada 24 September 2013
Soalan:
YB Tuan Hee Loy Sian minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan:-
a) Jumlah perbelanjaan Kerajaan daripada menaja jersi Kelab Bolasepak Cardiff City dan tempoh penajaan; dan
b) Bagaimana penajaan jersi bola sepak berkenaan dapat menarik pelancong ke Malaysia.
Jawapan:
Datuk Seri Mohamed Nzari Abdul Aziz
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan
Tuan Yang di-Pertua,
a) Kos keseluruhan bagi menaja “Front of Shirt Sponsorship” ini adalah sebanyak £7.35 juta. Daripada jumlah tersebut, pihak Kementerian menampung sebanyak £3 juta bagi sepanjang musim Liga Perdana Inggeris 2013/2013.
Nilai publisiti dan perhubungan awam yang dianggarkan dapat diperolehi daripada penajaan ini di peringkat global adalah seperti berikut:
i) Jumlah penonton televisyen seramai 720 juta orang;
ii) Masa siaran tayangan televisyen sebanyak 217,000 jam; dan
iii) Melibatkan lebih 80 rakan penyiar (broadcasting partner) antarabangsa.
Penajaan ini juga termasuk mengadakan pameran sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 di stadium Cardiff sepanjang musim perlawanan dan hak untuk mempamerkan logo Tahun Melawat Malaysia 2014 sepanjang musim perlawanan.
b) Melalui penajaan jersi Kelab Bola Sepak Cardiff City Football Club telah dapat memperkasakan lagi promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 secara global serta menjadikan Malaysia sebagai Top of The Mind Destination mencapai sasaran ketibaan pelancong.
Program kerjasama ini juga berpotensi besar dalam meningkatkan bilangan kedatangan pelancong ke Malaysia terutamanya hih end tourist daripada negara pasaran khususnya pasaran daripada United Kingdom dan Eropah Barat dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan bilangan kedatangan pelancong ke Malaysia yang disasarkan sebanyak 28 juta orang pada tahun 2014. Pasaran pelancong-pelancong daripada United Kingdom dan Eropah merupakan pasaran long haul yang utama bagi Malaysia.
OKU mengengsot serah memorandum kepada JKM Kulim
OKU mengengsot serah memorandum kepada JKM Kulim
(Oleh: Masdar Wahid)KULIM 6 OKT: Seorang Orang Kelainan Upaya dari Kumpulan OKU Setia Kulim nekad mendaki tangga dengan mengengsot kerana mahu menyerahkan sendiri memorandum kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di daerah itu hari ini.
Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran berkata, OKU itu, dikenali sebagai Gnana Pragasan, 53 berbuat demikian selepas Pengarah JKM Daerah Kulim enggan menemui mereka dan menunggu lebih sejam.
Selain itu, kata Surendran, mereka juga mendakwa elaun antara RM150 hingga RM300 dipotong, serta layanan pegawai JKM yang disifatkan kurang mesra.
“Pada mulanya lebih 50 OKU berkumpul di bawah (pejabat JKM Kulim) untuk menemui Pengarah JKM Kulim yang berada di tingkat atas.
“Selepas menunggu hampir sejam, seorang dari mereka nekad mengengsot dengan mendaki satu demi satu anak tangga sambil menggigit memo itu.
“Pegawai JKM dikenali sebagai Rohana hanya membuka pintu beberapa ketika selepas OKU itu berjaya naik ke tingkat satu dan menerima memorandum tanpa memberi respon mengenainya,” katanya yang menyifatkan tindakan JKM itu sebagai zalim.
Katanya, Gnana terpaksa menggunakan tangga disebabkan tiada lif dan kemudahan laluan untuk kerusi roda ke tingkat satu pejabat yang terletak di Kompleks Bangunan Majlis Perbandaran itu.
Sehubungan itu, Surendran berkata beliau akan membangkitkan insiden itu pada sidang parlimen 21 Oktober ini dan kumpulan itu juga bersedia untuk hadir.
Tindakan bersara juga adalah sumbangan besar kepada negara - Aspan Alias
Rencana
October 05, 2013
Tidak ada lagi kita dengar yang baik disebut oleh masyarakat tentang
kerajaan yang ada pada hari ini. Tetapi perkara ini tidak sepatutnya
berlaku kerana kerajaan sekarang ini adalah pilihan rakyat. Rakyat yang
mempunyai kuasa untuk memilih mana-mana parti dan kerajaan yang lebih
mantap daripada yang ada, tetapi kenapa kerajaan itu tidak juga berubah
sampai ke hari ini. Sejak merdeka sampai ke hari ini kita ditadbir oleh
Perikatan dan selepasnya ditukar nama ke BN dengan jumlah keahlian parti
yang lebih besar dalam ‘coalition’ BN itu.Dalam dua pilihan raya lalu kalau d pandang daripada sudut kemampuan BN, pihak pembangkang sudah sepatutnya menjadi pengganti kepada BN yang dianggap seperti parti yang tidak relevan kepada rakyat dan negara. Tetapi akhirnya BN tetap mendapat perhatian dan diberi kuasa untuk menjaga mandat rakyat walaupun ramai yang amat menyesali keadaan ini berlaku.
Bagi saya keadaan dan sistem yang kita guna pakai membuatkan Umno itu susah hendak diketepikan. Apa tidaknya? Dalam seburuk-buruk keadaan, Umno tetap sebuah parti yang akan memenangi kerusi terbanyak walaupun BN itu kalah dalam pilihan raya. Tidak ada satu parti dalam Pakatan akan berjaya memenangi setidak-tidaknya satu kerusi lebih daripada Umno.
Maka Umno akan tetap diberikan peluang untuk membentuk kerajaan.
Mungkin keaadaan ini yang menyebabkan Umno begitu lalai dan tidak mahu
berubah walaupun berjanji untuk berubah setiap kali parti itu mengadakan
perhimpunan agung. Umno terlalu lalai dalam semua perkara sehinggakan
tidak ada pucuk pimpinan sejak tahun lapan puluhan dahulu berusaha untuk
mendidik kepimpinan yang baik dalam parti itu.
Najib dan kerajaan kini sudah tidak tahu lagi apa yang baik yang hendak dibuatnya. Saya percaya, baik Najib mahu pun Muhyiddin dan lain-lain, ingin melakukan kebaikan, tetapi mereka tidak tahu apa kebaikan hendak dilakukan selari dengan kehendak politik dan negara semasa. Mereka sudah tidak tahu mengenali yang mana satu baik dan buruk. Itu sebabnya kita melihat dan mendengar banyak perkara yang dilakukan mereka walaupun untuk kebaikan tetapi hasilnya tidak nampak perkara baik berlaku.
Hasilnya berlakulah polemik politik di serata tempat tidak kira di kedai kopi atau di masjid dan surau. Kita pun tahu oleh kerana perubahan itu hanya boleh dilakukan oleh kerajaan jika pemimpin tahu apa dan cara untuk berubah itu. Maka tidak henti-hentilah rakyat ramai berpolemik dan berbahas sesama sendiri yang tidak membawa apa-apa hasil kepada negara. Oleh kerana masing-masing tidak tahu masalah sebenar maka perbahasan tidak tepat dan sentiasa lari daripada isu sebenar yang mereka tidak memahaminya.
Buatlah pemilihan setiap bulan untuk Umno ini, keadaan tetap tidak berubah, kerana yang mengganti, yang ada pun tidak faham apa yang hendak diubahnya. Tetapi ia tetap berlaku kempen-mengempen di antara puak dalam Umno itu kerana mereka lebih mengejar kepentingan diri dan politik keluarga masing-masing. Mereka masih menganggap memegang jawatan yang besar dan glamor itu adalah ‘ultimate’ bagi mereka, tidak kira pihak kerajaan dan pembangkang.
Oleh kerana perubahan tidak juga akan berlaku jika diubah dan dianjak pimpinan dan parti mereka, maka inilah yang membuatkan Umno tetap menjadi parti yang memenangi kerusi terbanyak dalam pilihan raya umum di negara ini.
Bagi saya sekarang ini realiti politik itu wajar diterima tanpa prejudis terhadap parti dan pihak. Tidak ada pihak yang boleh membetulkan keadaan hari ini. Contohnya jika kita mahu menyelesaikan masalah perkauman, kita perlu memilih DAP sebagai alternatifnya tetapi hasilnya DAP tetap dengan kecinaannya. Maka tidak wajar kita memilih pihak yang lain jika kita tahu masalah yang dicontohkan sekarang, iaitu perkauman tidak dapat diselesaikan oleh parti alternatif. Tidak akan ada pihak yang mahu mengalih dan menganjak yang ada jika menggantikannya itu tidak juga dapat menyelesaikan isu pokok dalam negara iaitu perpaduan kaum.
Blog ini selalu memberikan ‘input’ tentang apa masalah yang ada. Itu sebabnya blog ini percaya agar dimulakan negara baru dan memberikan seorang yang berpengalaman untuk menerajui dialog di antara semua kaum dan mengambil serius tentang perpaduan kaum yang sedang menjadi masalah besar kepada kita sekarang ini.
Kita perlu mengakui, apa yang sedang berlaku dalam Umno saat ini semata-mata politiking yang besar dalam mana pihak-pihak yang terlibat sedang berusaha untuk mengelirukan pimpinan yang sedang berusaha untuk menaiki tangga dan tahap kepimpinan dalam parti. Entah siapa yang memerangkap dan siapa yang terperangkap dan permainan setiap pemimpin yang memegang jawatan penting dalam Umno itu.
Struktur asas Umno dan kepimpinannya wajar dilakukan dalam masa terdekat jika tidak mahu melihat kebinasaan kepada Umno. Banyak orang berkata hendak berbuat baik itu susah, tetapi jika pimpinan besar Umno menerima hakikat yang pengorbanan terhadap kepentingan peribadi mereka itu juga merupakan kerja baik terhadap negara. Terlalu banyak disebut oleh rakyat tentang kelemahan Najib dan Muhyiddin.
Tetapi jika Najib benar-benar mahukan berbuat jasa kepada negara, beliau sepatutnya melakukan tin
dakan yang ‘unorthodox’ dengan memberikan kepimpinan kepada seseorang yang boleh berbuat kebaikan dan perubahan. Jika Najib melakukan perkara ini maka beliau akan dianggap sebagai penyumbang besar keada kepentingan negara dengan pengorbanan benar dan jelas yang dilakukan di hadapan mata rakyat yang ramai.
Bagi seorang pemimpin utama yang tidak berjaya membuat kebaikan, kelemahan ini akan dapat ditutupi dengan mengaku kelemahan dan menyerahkan kuasa untuk pembaikan negara itu kepada sesiapa yang berkemampuan. Orang ramai tidak akan mengambilnya sebagai kekalahan, tetapi sebaliknya rakyat akan menerima pimpinan sebegini sebagai pemimpin bertanggungjawab kerana memberikan kepimpinan itu kepada mereka yang lebih berkelayakan. Itu merupakan sumbangan besar kepada negara dan akan dikenang rakyat buat selama-lamanya. – aspanaliasnet.blogspot.com, 5 Oktober, 2013.
Ketirisan: Pakatan gesa sidang khas PAC, pastikan tindakan diambil
Ketirisan: Pakatan gesa sidang khas PAC, pastikan tindakan diambil
KUALA LUMPUR 3 OKTOBER: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mesti mengadakan persidangan khas bagi membincangkan penyelewengan dan ketirisan sepertimana didedah Laporan Ketua Audit Negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.Ketua Pembangkang itu berkata, perkara ini amat penting dan perlu menjadi keutamaan agar mereka yang terlibat dikenakan tindakan dan tidak berulang lagi.
“Atas sebab itu, Pakatan Rakyat menggesa PAC mengadakan persidangan khas membincangkan perkara ini dan perlu pastikan satu tindakan diambil kepada mereka yang terlibat.
“Saya harap Ahli-ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat yang terlibat dalam PAC dapat mengesa agar persidangan diadakan segera,” kata Anwar yang juga Ketua Umum KEADILAN pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau kesal ketirisan ini berlaku ketika rakyat dibelenggu kenaikan harga barang serta kesempitan hidup.
“Perkara ini bukan satu yang boleh dipandang mudah, setiap yang bersalah perlu dikenakan tindakan,” tegasnya dipetik Harakah Daily.
Subscribe to:
Posts (Atom)


