KEBAKARAN DI KELAB MALAM
MEDIA AMK PULAU PINANG
6 JANUARI 2010
Isu Nama Allah : AMK Pulau Pinang Gesa PM Letak Jawatan
Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP) memandang serius kepada siri-siri bantahan umat
Islam di seluruh negara yang meluahkan rasa kesal dan marah mereka, terhadap keputusan Hakim
Mahkamah Tinggi Datuk Lau Bee Lan, Khamis lalu yang membenarkan penggunaan nama ‘Allah’ oleh
penerbitan akhbar mingguan Herald–The Catholic Weekly .
Sebagai sebuah sayap parti politik yang mewakili pelbagai kaum dan agama di Malaysia, AMKPP
melihat isu kontroversi ini boleh menggugat keharmonian dan hubungan antara agama di negara ini,
jika tidak ditangani segera.
Justeru, AMKPP menggesa Perdana Menteri, YAB. Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak supaya segera
meletakkan jawatan di atas kegagalan beliau membela isu ini dengan segera. Kegagalan dan
kelembapan tindakan beliau telah menyebabkan ‘ketajaman’ hubungan antara penganut agama Islam
dan Kristian di Malaysia.
AMKPP juga yakin, isu ini tidak lebih hanya mainan politik atau ‘diversion’ yang direka khas oleh
pimpinan UMNO-Barisan Nasional untuk mengalih perhatian rakyat yang marah pada isu kehilangan 2
buah enjin jet milik negara, skandal RM600 ribu yang dibelanjakan isteri PM di luar negara dan yang
terkini, tentang berita kenaikan harga gula yang bakal menyebabkan inflasi serius di seluruh negara.
Kami juga tidak terkejut, andai PM akan diangkat sebagai ‘hero’ umat Islam di negara ini, dengan
‘kejayaan’ beliau menjuarai isu kontroversi ini. Ini juga adalah sebahagian ‘Projek UMNO Juara Rakyat’
yang baru dilancarkan baru-baru ini.
Isu ini seakan disusun rapi dengan agenda tersembunyi mereka untuk meraih semula undi Melayu-
Islam yang semakin merosot terhadap UMNO-Barisan Nasional. Mereka tahu isu ini amat dekat di hati
umat Islam, dan mereka mahu jadi jaguh ‘segera’, walaupun dalam banyak hal, merekalah yang paling
banyak melanggar batas-batas Islam itu sendiri, dengan mengamalkan rasuah dan menzalimi rakyat.
AMKPP juga mencabar Perdana Menteri untuk jujur dalam keseriusan beliau dalam hal ini, kerana
jelas ‘kelajuan’ tindakan beliau amat nyata berbeza jika dibandingkan dengan kes rampasan kuasa di
Perak yang jelas, dalam tidak sampai berapa jam YB Dato’ Seri Ir. Nizar Jamaludin disahkan oleh
mahkamah sebagai Menteri Besar Perak, tidak sampai satu hari pun selepas itu, BN merampas
kerajaan negeri tersebut juga menerusi mahkamah.
Sekali lagi Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP) menegaskan agar Perdana Menteri
bertanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan beliau dalam mempertahankan kedaulatan Islam di
negara ini, dengan meletakkan jawatan beliau dengan segera.
SYED MIKAEL RIZAL AIDID
Setiausaha,
Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang
(AMKPP)
T:0134771047
SIASATAN YANG MERAGUKAN


Enjin Jet Hilang : Siasatan Polis Meragukan - Mahfuz
Wednesday, 06 January 2010 11:02 AM Oleh Roziyah Mahamad
KUALA LUMPUR, 6 Januari : Kenyataan Peguam Negara tentang hasil siasatan yang dilakukan oleh polis mengenai kehilangan enjin pesawat tempur F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) meragukan dan tidak meyakinkan. Peguam Negara telah mengumumkan tidak ada pegawai kanan atasan TUDM yang terlibat dengan kehilangan enjin jet itu.
"Persoalannya ialah adakah kehilangan enjin jet hanya membabitkan Pegawai Rendah dan anggota biasa sahaja? Ini bukan kehilangan spare part di kedai kereta yang boleh seorang pormen boleh masukan barang dalam poket dia dan keluar dari kedai tersebut untuk jual di pasaran gelap.
Kalau spare part kedai motor hilang bolehlah dikatakan tauke tak tahu ini enjin jet dan bukannya boleh dijunjung di atas bahu seorang prebet cabuk TUDM, melainkan mesti satu pakatan yang cukup berstrategi," jelas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dalam kenyataan medianya kepada Era Pakatan.
Menurut beliau siasatan polis yang diumumkan Peguam Negara sangat meraugakan. Hal ini kerana tempoh masa yang panjang setahun 4 bulan bermula dari Ogos 2008 untuk siasatan dan tolak menolak antara Peguam Negara dan PDRM memungkinkan sebagai satu strategi untuk memadam dan menghilangkan bahan bukti dan fakta kes yang membabitkan Pegawai Kanan atasan TUDM dan penglibatan politik di KEMENTAH dan Kerajaan.
Bukti yang jelas dalam kes kematian Altantuya ialah dokumen perjalanan masuk ke Malaysia yang sepatutnya berada dalam simpanan Imegresen telah di hilangkan. Begitu juga dalam kes kehilangan enjin jet ini. Beliau dengan itu mencabar Perdana Menteri memanggil segera sidang khas Parlimen dan membawa satu usul pembentukkan Jawatankuasa Siasatan Bebas di bawah Parlimen.
Kenyataan awal yang di buat oleh Menteri Pertahanan dan Panglima Angkatan Tentera bahawa ada pegawai pangkat Bregedia Jeneral dan berbagai pangkat telah di ambil tindakan di berhentikan kerana terlibat dalam kes ini tetapi kemudian di nafikan dengan kenyataan mengatakan mereka di berhentikan kerana kes yang lain. Ini menunjukkan ada sesuatu yang cuba di sembunyikan," jelas Mahfuz lagi.
Bagi ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab pula menyifatkan ianya seperti cerita lawak dan sarkas. Beliau menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat isu ini kerana rakyat tidak yakin dengan kewibawaan pasukan penyiasat yang ada sekarang lebih-lebih lagi hasil penyiasatan tersebut disangsikan banyak pihak dan ianya disifatkan lucu bagaikan cerita lawak.
"Kita berdepan dengan banyak pengalaman sebelum ini seperti dalam kes mata lebam Anwar di mana hanya Suruhanjaya Diraja sahaja yang berjaya membongkar siapa terlibat dan bersalah sedangkan penyiasatan sebelumnya gagal mencari punca dan pesalahnya.
Jadi rakyat sebenarnya mahu suatu siasatan yang menyeluruh melibatkan pegawai tentera, pegawai-pegawai agensi yang terbabit serta menteri-menteri yang bertanggungjawab terhadap Kementerian Pertahanan dan TUDM. Sudah pasti jika bukan Suruhanjaya Diraja yang menyiasat isu ini maka dikhuatiri pasukan penyiasat itu tidak mampu dan takut untuk menyiasat pegawai atasan dan menteri-menteri berkenaan," jelas Sofi Wahab.
Kongsi berita ini
HANYA 2 ORANG TERLIBAT
Kes enjin F-5E: Tentera, ahli perniagaan mengaku tidak bersalah
PETALING JAYA 6 Jan. - Seorang anggota tentera berpangkat sarjan, N. Tharmendran, 42, dan seorang ahli perniagaan, K. Rajandran Prasad, 37, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan bersubahat mencuri dan melupuskan dua enjin jet pesawat. - UTUSAN
TERENGGANU OH TERENGGANU
Antaranya adalah dewan bedah Hospital Besut yang hampir enam tahun lewat, Hospital Kemaman (tiga tahun) dan dewan bedah Hospital Setiu sejak tujuh tahun lalu.
Ahmad mengaitkan masalah hama dan kebocoran sebagai antara punca utama kesemua dewan bedah berkenaan tidak berfungsi atau lambat disiapkan.
Berbagai perkara sudah berlaku di Terengganu.Selain Bumbung banggunan Makmal Komputer runtuh,Bumbung Staduim runtuh,Bumbung Stesen bas runtuh,bumbung masjid runtuh,tiang telekom runtuh...kini hospital pulak tidak siap.Gamaknya ada syarikat yang sama yang menyebabkan semua ini berlaku.mesti pelakunya ialah sebuah syarikat yang diberi tender khas untuk menyiapkannya.Dengar ceritanya ada seorang bekas menteri yang punya sebuah syarikat dan beliau mengaut semua projek di negeri tersebut...mungkin syarikat tersebut menjadi banyak masalah yang hampir sama.Kita harap tidak kerajaan siasat perkara ini demi rakyat yang di dahulukan.Kesian rakyat Terengganu,duit royalti banyak tapi manfaat tidak sampai.
Apa yang menjadi silapnya rakyat Terengganu ialah perubahan sikap untuk lebih celik dan lebih bijak.Patut menjadi sebuah negeri yang punya rakyat yang kaya raya dari menjadi sebuah negeri yang kedua termiskin dalam negara ini.Pihak SPRM tidak pula mahu cepat-cepat menyiasat berhubung dengan dakwaan ini dan jika kertas siasatan ini di buka segera, mungkin banyak lagi yang boleh di selamatkan.mana tahu ,nanti banggunan ini pula yang runtuh atau bumbung banggunan ini yang akan runtuh pula.Mana lah tahu, bab-bab runtuh ini memenag banyak berlaku di Terengganu.Selain harga kain batik dan kopok lekor yang runtuh, kita harap tak ada lagi yang runtuh.Kerana itu semuanya duit rakyat.
Apakah mesej yang hendak disampaikan oleh Ahmad.Adakah Ahmad mahu memberitahu bahawa syarikat yang samakah atau banyak syarikat yang terlibat sehinggakan dewan bedah dan kemudahan untuk rakyat tidak dapat di gunakan.Ini amatlah malang sekali kerana perkara seperti ini masih berlaku dan dalam masa yang sama slogan untuk rakyat di dahulukan di laungkan saban hari di dalam Televisyen, kelak rakyat akan ketawa terbahak-bahak dengan semua ini atas alasan bahawa mana mungkin rakyat nak di dahulukan sedangkan kes politik yang di utamakan mejangkau kes yang melibatkan kepentingan rakyat.Jika ada satu kesilapan pun berlaku patut di siasat , inikan pula hampir banyak perkara yang melibatkan berlakunya runtuhan.Jadi berhati-hatilah jika ke Terengganu kerana banyak perkara yang akan berlaku dan paling merbahaya ialah akhlak remaja yang juga turut runtuh...
WRLR...
KERAJAAN SELANGOR AMBIL BUKIT BOTAK
Kerajaan Selangor Ambil Alih Bukit Botak : Penduduk Setinggan Lega
Tuesday, 05 January 2010 11:29 AM Oleh Roziyah Mahamad
SHAH ALAM, 5 Disember : Penduduk setinggan di Bukit Botak lega apabila Kerajaan Selangor mengambil alih tanah seluas 55.8 hektar di Bukit Botak, Selayang bagi memastikan hak semua penduduk di kawasan setinggan itu dilindungi. Langkah itu bagi menyelesaikan masalah penduduk yang dibelenggu pemaju Delpuri Corporation Sdn Bhd (DCSB) yang gagal membangun dan menyusun semula penempatan setinggan itu ke Taman Selayang Mutiara.
"Perjanjian dengan pemaju itu menghalang kerajaan negeri membina rumah bagi setinggan Bukit Botak. Dengan terbatalnya perjanjian itu, kerajaan negeri mampu bincang pelan pembangunan Bukit Botak dengan penduduk setinggan," katanya Tan Sri Abdul Khalil Ibrahim.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pengambilalihan itu akan membatalkan liabiliti penduduk setinggan dengan DCSB.
"Perjanjian dengan pemaju itu menghalang kerajaan negeri membina rumah bagi setinggan Bukit Botak. Dengan terbatalnya perjanjian itu, kerajaan negeri mampu bincang pelan pembangunan Bukit Botak dengan penduduk setinggan," katanya.
Menurutnya, langkah kerajaan negeri itu akan memastikan proses telus dalam memilih pemaju baru dan kompeten dapat dilakukan dan menyelesaikan masalah 270 penduduk setinggan yang kini tanpa geran tanah.
Beliau berkata, kerajaan negeri akan menemui pemilik tanah secepat mungkin bagi menjelaskan keputusan itu dan pelan pembangunan di kawasan tersebut.
"Kami sedar ada pihak tertentu cuba melobi menentang pengambilalihan tanah itu kerana akan mengalami kerugian besar. Ada juga yang cuba melobi untuk membangunkan kawasan itu dan kami tidak mahu penduduk setinggan ditipu sekali lagi," katanya.
Kongsi berita ini
TONY FERNANDES BELI WEST HAM UNITED

BEZA ANTARA REBUT NAMA ALLAH DAN MEMPERTAHAN KAN AKIDAH
Beza Antara Rebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah
Jan 04, 2010 09:09:52
Banyak pihak mendesak saya memberikan pandangan tentang penggunaan nama Allah oleh agama lain khususnya agama Kristian di Malaysia ini. Pada awalnya, saya selalu mengelak, cuma memberikan pandangan ringkas dengan berkata, "Isu ini bukan isu nas Islam, ianya lebih bersifat pentadbiran atau tempatan."
Namun, akhir-akhir ini saya terus didesak. Saya kata, jika anda hendak tahu pendirian Islam bukanlah dengan falsafah-falsafah tentang akar bahasa itu dan ini yang diutamakan. Rujuk terdahulu apa kata al-Quran dan al-Sunnah. Lepas itu kita bincang hukum berkenaan bertitik tolak dari kedua sumber tersebut. Kadang-kala kesilapan kita dalam mempertahankan perkara yang tidak begitu penting, boleh melupakan kita kepada isu yang lebih penting. Isu yang terpenting bagi saya adalah kefahaman mengenai keadilan dan kerahmatan Islam yang mesti sampai kepada setiap rakyat negara ini, muslim atau bukan muslim. Supaya gambaran negatif yang salah terhadap Islam dapat dikikis dari minda mereka yang keliru. Di samping itu, hendaklah kita jelas bahawa yang membezakan akidah Islam dan selainnya bukanlah pada sebutan, atau rebutan nama Allah, sebaliknya pada ketulusan tauhid dan penafian segala unsur syirik. Di samping, kita mesti bertanya diri kita, mengapakah kita sentiasa merasakan kita akan menjadi pihak yang tewas jika orang lain memanggil tuhan Allah? Mengapakah kita tidak merasakan itu akan lebih memudahkan kita menyampaikan kepada mereka tentang akidah Islam? Maka, apakah isu ini bertitik tolak dari nas-nas Islam, atau kebimbangan disebabkan kelemahan diri umat Islam itu sendiri? Jika kita membaca Al-Quran, kita dapati ia menceritakan golongan musyrikin yang menentang Nabi Muhammad s.a.w juga menyebut nama Allah dan al-Quran tidak membantah mereka, bahkan itu dijadikan landasan untuk memasukkan akidah Islam yang sebenar. Firman Allah: (maksudnya) "Dan Demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: 'Siapakah yang menciptakan mereka?' sudah tentu mereka akan menjawab: 'Allah!'. (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!" (Surah al-Zukhruf ayat 87-88). Firman Allah dalam ayat yang lain: (maksudnya) "Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: 'siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?' sudah tentu mereka akan menjawab: 'Allah'. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): 'Alhamdulillah' (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63)." Ayat-ayat ini, bahkan ada beberapa yang lain lagi menunjukkan al-Quran tidak membantahkan golongan bukan muslim menyebut Allah sebagai Pencipta Yang Maha Agung. Bahkan Nabi Muhammad s.a.w disuruh untuk mengucapkan kesyukuran kerana mereka mengakui Allah. Apa yang dibantah dalam ayat-ayat ini bukanlah sebutan nama Allah yang mereka lafazkan, sebaliknya ketidak tulusan tauhid yang menyebabkan akidah terhadap Allah itu dipesongkan atau bercampur syirik. Justeru, soal bukan muslim mengakui Allah tidak dibantah oleh Islam, bahkan kita disuruh bersyukur kerana pengakuan itu. Cuma yang dibantah ialah kesyirikan mereka. Umpamanya, jika kita mendengar bukan muslim menyebut "Allah yang menurunkan hujan, atau menumbuhkan tumbuhan", maka kita tentu gembira kerana dia mengakui kebesaran Allah. Apakah patut kita kata kepadanya: "awak jangan kata Allah yang menurunkan hujan, atau mencipta itu dan ini, awak tidak boleh kata demikian kerana awak bukan muslim, sebaliknya awak kena kata tokong awak yang menurun hujan". Apakah ini tindakan yang betul? Tidakkah itu menjauhkan dia dari daerah ketuhanan yang sebenar? Kita sepatutnya berusaha mendekatkan dia kepada ajaran yang benar. Namun, jika dia berkata: "Tokong ini adalah Allah". Saya kata: "Awak dusta, itu tidak benar! Maha suci Allah dari dakwaan awak". Maka, ketika Allah menceritakan peranan peperangan dalam mempertahankan keamanan dan kesejahteraan manusia, Allah menyebut: (maksudnya) "..dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang (pencerobohan) setengah yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak dalam semua tempat itu dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamanya (ugama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Perkasa. (Surah al-Hajj ayat 40)." Ayat ini mengakui tempat-tempat ibadah itu disebut nama Allah. Adapun berhubung dengan orang Kristian, Allah menyebut: (maksudnya) "Sesungguhnya telah kafirlah mereka yang berkata: 'Bahawasanya Allah ialah salah satu dari yang tiga (triniti)'. padahal tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa..(Surah al-Maidah ayat 73)." Ayat ini tidak membantah mereka menyebut Allah, tetapi yang dibantah adalah dakwaan bahawa Allah adalah satu dari yang tiga.
Saya selalu bertanya sehingga bilakah kita di Malaysia ini akan begitu defensive, tidak memiliki anti-bodi dan tidak mahu berusaha menguatkannya dalam diri? Akhirnya, kita terus bimbang dan takut kepada setiap yang melintas. Padahal itu bukan sifat Islam. Islam agama yang ke hadapan, misi dan intinya sentiasa disebarkan. Sehingga Allah menyebut: (maksudnya):"Dan jika seseorang dari kalangan musyrikin meminta perlindungan kepadamu, maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke tempat yang selamat. Demikian itu (perintah tersebut) ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam). (Surah al-Taubah ayat 6)." Ada orang tertentu yang berkata kepada saya: nanti orang Islam keliru kerana sebutan nama Allah itu sama antara mereka dan Islam. Lalu rosak akidah orang Islam kita nanti. Saya berkata kepadanya: "Jikalaulah sebutan nama tuhan itulah yang menentukan akidah Islam, tentulah golongan musyrikin Mekah tidak memerlukan akidah yang dibawa oleh Nabi s.a.w. Mereka telah sekian lama memanggil tuhan dengan panggilan Allah." Lihatlah bapa Nabi kita Muhammad bernama 'Abdullah yang bermaksud hamba Allah. Tentu sekali bapa baginda lahir pada zaman jahiliah sebelum kemunculan baginda sebagai rasul. Nama itu dipilih oleh datuk Abdul Muttalib yang menjadi pemimpin Quraish pada zaman dahulu. Quraish pada zaman jahiliah juga bertawaf dengan menyebut: LabbaikalLahhumma yang bermaksud: Menyahut seruanMu ya Allah! Al-Imam Muslim dalam sahihnya meriwayatkan hadis mengenai perjanjian Hudaibiah antara Nabi s.a.w dengan Quraish Mekah, seperti berikut: "Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin 'Amr. Sabda Nabi s.a.w : barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)". Dalam riwayat al-Bukhari, Nabi s.a.w menerima bantahan tersebut. Ternyata mereka menggunakan nama Allah. Maka yang membezakan akidah Islam dan selainnya adalah tauhid yang tulus yang menentang segala unsur syirik. Ketidak jelasan dalam persoalan inilah yang menggugat akidah jenerasi kita. Mereka yang berakidah dengan akidah Islam sangat sensitif kepada sebarang unsur syirk agar tidak menyentuh akidahnya. Bukan semua yang mengakui Allah akan dianggap beriman dengan iman yang sah selagi dia tidak membersihkan diri dari segala unsur syirik. Lihat, betapa ramai yang memakai serban dan jubah, berzikir sakan tetapi dalam masa yang sama menyembah kubur-kubur tok wali tertentu dengan cara menyeru dan merintih pemohonan darinya. Ini yang dilakukan oleh sesetengah tarekat yang sesat. Apa beza mereka ini dengan yang memanggil nama-nama berhala yang asalnya dari nama orang-orang saleh juga, yang mati pada zaman dahulu. Firman Allah: (maksudnya) Ingatlah! Untuk Allah agama yang suci bersih (dari segala rupa syirik). dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung (sambil berkata): "Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya. Sesungguhnya Allah akan menghukum antara mereka tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan Yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik)". (Surah al-Zumar ayat 3). Di Malaysia kita pun ada yang memakai gelaran agama menentang pengajaran tauhid rububiyyah, uluhiyyah, asma dan sifat. Mereka ini menyimpan agenda musuh-musuh dakwah. Padahal pengajaran tauhid yang sedemikianlah yang mampu menjadikan muslim memahami dengan mudah hakikat tauhid. Mampu membezakan antara; sekadar mempercayai kewujudan Allah dengan mentauhidkan Allah dalam zatNya, ibadah kepadaNya dan sifat-sifatNya. Persoalan tauhid anti syirik ini begitu mudah dan ringkas untuk memahaminya. Nabi s.a.w telah menyebarkannya dengan begitu pantas dan mudah. Seorang badawi buta huruf yang datang berjumpa baginda mampu memahami hanya dalam beberapa sessi ringkas. Bahkan mampu pulang dan mengislamkan seluruh kaumnya dengan akidah yang teguh. Namun, di kalangan kita, pengajaran akidah yang dinamakan ilmu kalam begitu berfalsafah dan menyusahkan. Bukan sahaja badwi, orang universiti pun susah nak faham. Sehingga seseorang bukan bertambah iman, tetapi bertambah serabut. Bertahun-tahun masih dalam kesamaran. Diajar Allah ada, lawannya tiada, dengar lawannya pekak, lihat lawannya buta..lalu ditokok tambah dengan falsafah-falsafah dan konsep-konsep yang menyusahkan. Padahal penganut agama lain juga menyatakan tuhan itu ada, melihat, tidak buta, mendengar, tidak pekak dan seterusnya. Apa bezanya jika sekadar memahami perkara tersebut cuma? Maka, anak-anak orang Islam kita gagal memahami hakikat tauhid anti-syirik yang sebenar. Padahal ianya begitu mudah semudah memahami kalimah-kalimah akidah dalam surah al-Ikhlas yang ringkas. Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: "Tambahan pula, perbahasan ilmu kalam, sekalipun mendalam dan kepenatan akal untuk memahami dan menguasainya, ia bukannya akidah…Lebih daripada itu perbahasan ilmu kalam telah terpengaruh dengan pemikiran Yunan dan cara Yunan dalam menyelesaikan masalah akidah. Justeru itu imam-imam salaf mengutuk ilmu kalam dan ahlinya serta berkeras terhadap mereka" (Al-Qaradawi, Thaqafah al-Da’iyah, m.s. 92 Beirut: Muassasah al-Risalat). Dahulu kelemahan ini mungkin tidak dirasa, tetapi apabila kita hidup dalam dunia persaingan, kita mula menderitai kesannya. Jika akidah generasi kita jelas, apakah mereka boleh keliru antara ajaran Islam dan Kristian? Adakah mereka tidak tahu beza antara ajaran yang menyebut tuhan bapa, tuhan anak dan ruhul qudus dengan akidah Islam yang anti-syirik, hanya disebabkan adanya sebutan Allah? Begitu jauh sekali perbezaan itu! Bagaimana mungkin sehingga mereka tidak dapat membezakan antara malam dan siang? Apakah juga nanti kita tidak membenarkan pihak lain menyebut nama nabi Ibrahim, Ishak, Ya’kub, Daud dan lain-lain kerana budak-budak kita akan keliru lagi. Akidah apakah yang mereka belajar selama ini di KAFA, JQAF dan berbagai lagi sehingga begitu corot. Kalau begitu, sama ada sukatan itu lemah, atau tenaga pengajarnya perlu dibetulkan. Maka sebenarnya, isu ini adalah isu kelemahan kita umat Islam dalam memahami akidah yang sebenar. Generasi kita tidak mempunyai benteng akidah yang kukuh. Lalu kita semua bimbang mereka keliru dengan akidah orang lain. Untuk mengatasi masalah ini, kita cuba mengambil pendekatan undang-undang. Agar dengan halangan undang-undang, kelemahan akidah generasi kita dapat dipertahankan. Persoalan yang patut kita fikirkan, sehingga bilakah kita akan mampu terus hidup hanya berbekalkan oksigen dari saluran undang-undang sehingga kita yang majoriti, dengan segala peruntukan yang ada; TV, radio, berbagai-bagai institusi dan agensi yang dilindungi, masih takut kepada gerakan minoriti? Di manakah kehebatan Islam yang selalu kita sebut dan ceritakan sejarah kegemilangannya? Atau sebenarnya, kita tidak memiliki Islam seperti hari ia diturunkan? Maka kempen Islam kita selalu tidak berkesan. Bagi saya, bukan soal nama Allah itu yang terlalu perlu untuk direbut atau dijadikan agenda besar. Tetapi, gerakan membina semula akidah yang sejahtera dan memahamkan generasi kita wajah Islam yang sebenar agar mampu bersaing dan menghadapi cabaran zaman. *Tulisan ini dipetik daripada blog Dr.Mohd Asri bin Zainul Abidin, bekas mufti Perlis. Beliau sebenarnya enggan mengulas mengenai isu nama Allah yang telah diputuskan di mahkamah, sebaliknya tulisan ini merupakan artikel lama yang telah ditulis beliau dan dicadangkan untuk pembacaan. **Kenyataan pertama Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin berkenaan isu ini boleh dibaca di blog beliau. |
MAHFUZ : ISU ALLAH ADALAH AGENDA UMNO MENGALIH ISU YANG LEBIH BESAR DIHADAPI KERAJAAN


LGE : Selangor Police BN Tool?????
CM Lim Guan Eng who was at the celebration of the Georgetown 53rd City Council anniversary at the Town Hall Building in Esplanade, Penang. He was asked to comment on the Selangor police chief Khalid Abu Bakar allegation that CM Lim made seditious remarks about Teoh's death during the inaugural Pakatan convention in Shah Alam on Dec 19.
According to CM Lim, he stood by what he said at the Pakatan convention and he is not the only or the first person to questioned the cause of death of Teoh Beng Hock. Moreover, he based his comments on the findings of the Thai pathologist. So far, the police has not taken any statement from him.
CM Lim wondered if the Selangor police is a tool of Barisan Nasional. He said the police should not play politics but instead stick to crime prevention. He also commented on the intimidation charge against Ean Yong who is the Seri Kembangan state assemblyperson and also Teoh's former boss. CM Lim is amused how the police can be intimidated with a mere short statement by Ean Yong and wonders how the police can face the real criminals
BETUL ADA ANCAMAN?????
A police report had been lodged against the D-G by the CM's political secretary. CM Lim said that someone in the capacity of D-G in a broadcasting company shouldn't publish things without checking their facts. He said none of his staffs know that Datuk Ibrahim has a blog
PENGAJARAN HIJRAH
Hijrah itu membawa kepada pertukaran suasana kehidupan yang lebih baik.Kehidupan rakyat yang terabai di lima buah negeri dahulu kini mendapat pembelaan dan penjagaan sewajarnya.Pelbagai faedah dan nikmat telah diperolehi oleh rakyat terbanyak kesan daripada hijrah yang mereka lakukan. Malahan limpahan ini turut dirasai oleh mereka yang tidak memilih untuk menukar kerajaan yang lama.Kalau dilihat di negeri Selangor, pelbagai faedah yang tidak pernah rakyat nikmati telah dapat dilaksanakan dengan begitu baik dan mendapat sambutan yang cukup menggalakkan, sehingga menimbulkan kegusaran dikalangan parti-parti nazak. Pelbagai faedah dinikmati oleh rakyat terbanyak. Bermula dengan pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu sebulan.
Program Tiusyen Rakyat secara percuma, hadiah untuk anak-anak negeri yang dapat melanjutkan pelajaran di peringkat universiti, skim Mesra Usia Emas – satu skim yang memberikan perlindungan insurans kepada rakyat negeri yang berusia 60tahun keatas dilaksanakan tanpa mengambil kira faktor bangsa dan agama.Sehingga ke hari ini, tak terdengar pula kerajaan negeri Selangor menjadi bangkrap kerana membantu rakyat secara “gratis” ini.Di Pulau Pinang, Ketua Menteri, En. Lim Guan Eng mengajak dan mengajar rakyat untuk berjimat cermat dengan dia sendiri memberikan contoh apabila menggunakan kelas ekonomi dalam penerbangannya. Dia bukan sekadar bercakap mengenai Khalifah Umar Abdul Aziz tetapi cuba untuk meneladaninya.
Di Perak, ketika kerajaan yang dipimpin oleh Menteri Besar yang diberi mandat oleh rakyat memerintah, bayangkan bagaimana penduduk kampung mendapat manfaat geran tanah diberikan kepada mereka untuk tanah yang telah mereka diami berabad-abad lamanya. Hijrah mereka adalah untuk kebaikan dan keselesaan hidup dan inilah yang mereka nikmati. Malangnya hijrah ini diragut ditengah jalan dan sehingga kini, rakyat Perak terus tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.Di Kelantan, dasar yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat melalui pimpinan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat terus menjadi teras dan kepercayaan penduduk.
Program-progam pembangunan rakyat dan pembangunan material terus diseimbangkan walaupun dinafikan wang royalti minyak dan terus-terusan diganggu dengan pelbagai serangan media yang berceracak datangnya.Pasca 8 Mac, dalam siri pilihanraya kecil pula, angin hijrah terus bertiup kencang – dari 9 pilihanraya kecil 7 dimenangi oleh parti pilihan rakyat.Hijrah mempertemukan dua kelompok manusia yang cukup dimuliakan dalam Islam. Muhajirin dan Ansar. Muhajirin kelompok pengungsi dari kota Mekah dan Ansar terdiri dari kaum Auz dan Khazraj yang dipersatukan oleh Rasul mulia SAW.
Kegigihan dan kekentalan daya juang kelompok Muhajirin dan keterbukaan serta kesediaan kelompok Ansar menerima mereka adalah antara faktor yang menyebabkan mesej dakwah dapat disebarkan dengan lebih pantas dan meluas. Begitulah juga dengan keadaan didalam parti-parti Pakatan Rakyat. Ada ahli yang telah lama istiqamah dan komited berjuang menentang regim Barisan yang zalim, korup – sarat dengan segala malapetaka dan kehancuran . Mereka dipinggirkan, dipulau dan dinafikan pelbagai hak dan kemudahan yang wajar dikecap bersama.
Kini, kemasukkan ahli-ahli baru khususnya dari regim yang sedang membusuk itu harus diterima dengan tangan terbuka dan diberikan bantuan agar mereka terus istiqamah dan lebih gigh berjuang membetulkan kerosakan yang mereka pernah turut serta.Dalam peristiwa hijrah, Rasulullah SAW telah menggunakan khidmat Abdullah bin Uraiqit sebagai penunjuk arah untuk ke Madinah menerusi jalan yang jarang dilalui oleh kabilah arab, padahal beliau adalah seorang musyrikin. Ini jelas menunjukkan bahawa bekerjasama dan mendapatkan khidmat daripada teman-teman non muslim dalam meneguhkan agenda perjuangan adalah sesuatu yang “real” dan berlaku pada diri baginda Junjungan SAW sendiri.Walaupun Rasulullah SAW sudah berhijrah, tekanan dari puak Musyrikin bertambah kali ganda.
Musuh menjadi gelabah bila melihat Madinah semakin maju dan makmur, menjadi pusat tarikan bagi aktiviti perdagangan dan keilmuan. Sistem pentadbiran negeri dan pengurusan yang terancang menambahkan lagi keistimewaan berkunjung ke Madinah. Penghijrahan 8 Mac lalu membawa kepada bentuk pemerintahan mesra rakyat di negeri yang dipimpin oleh pakatan dan ini cukup dicemburui oleh rejim yang ganas. Pelbagai aktiviti sabotaj, campur tangan, adu domba, rampasan kuasa haram, pemulauan majlis anjuran Kerajaan Negeri dan pelbagai lagi tindakan kotor dan jijik direncanakan.
Media gelojoh terus menerus menyerang dengan memaparkan rintihan dan kemelut segelintir rakyat yang dikelirukan atau mungkin diupah di kebanyakkan negeri yang ditadbir oleh pakatan rakyat. Mereka bertindak tanpa sedar bahawa masalah banjir, rasuah, maksiat, pecah amanah, gejala dadah, tanah runtuh, stadium runtuh, penafian royalti minyak, isu moral adalah masalah warisan yang diwarisi dari kerajaan sebelum yang tidak peka kepada rakyat. Nak pindah kandang khinzir pun tak boleh nak buat, sehingga terpaksa tunggu berpuluh tahun. Naik YAB Dato Seri Azizan Abdul Razak, selesai masalah tersebut.Lakukan Hijrah dalam diri anda. Lakukan lonjakan hijrah itu sekarang. Lakukannya sebelum terlewat, Lakukan sebelum satu lagi enjin kapal terbang pejuang dihilangkan.
SHAHRUL PESHAWAR, Alor Setar.
SHAHRUL ADALAH PENULIS TAMU BAGI AKHBAR KONSEP ERA PAKATAN
DEWAN ORANG RAMAI DI KATAKAN DEWAN UMNO???
Beberapa hari yang lalu pihak MBPJ telah merobohkan sebuah dewan yang telah dibina oleh pihak tertentu dibawah Flat Gugusan Melati Seksyen 4 Kota Damansara. Kumpulan tersebut yang mengelar diri mereka sebagai penduduk blok flat tersebut begitu kecoh membantah perobohan dewan tersebut. Peristiwa perobohan ‘zalim’ itu juga terpapar di siaran utama TV3. Mereka juga bertindak mengunakan kanak-kanak apabila mereka membawa masuk sekumpulan pelajar mengaji kelas Al-Quran kedalam dewan yang dirobohkan itu.
Mereka mengadu kononya akibat perobohan dewan tersebut , maka kelas Al-Quran tidak dapat dilaksanakan. Yang peliknya, terdapat juga sebuah dewan lain dan surau amat hampir dengan blok Gugusan Melati ini. Benarkan pelajar tersebut mengaji didewan yang dirobohkan ini? Begitulah gelagat bekas pemerintah yang bertindak dengan begitu keji sekali, hanya menunggu isu untuk kekecohkan. Sejarah dewan ini telah bermula sejak tahun 2005. Pada ketika itu AJK Perbadanan Pengurusan Gugusan Melati yang dianggotai oleh ahli UMNO dan pro BN, telah berusaha untuk mendirikan sebuah dewan dibawah blok flat Gugusan Melati. Mereka mendirikan dewan tersebut dengan sokongan Ahli Parlimen Tan Sri KS Nijhar dan PKNS pada ketika itu.
Walaupun pihak penganjur projek ini telah mendapatkan tandatangan penduduk, tetapi penduduk tersebut diberitahu dewan tersebut akan dibina ditempat lain bukannya dibawah blok mereka. Tambahan pula bukan semua yang setuju. Dewan tersebut, sejak siap pembinaanya pada tahun 2006, digunakan oleh kroni-kroni politik UMNO untuk program-program mereka sahaja. Walaupun, kini, mereka membuat kecoh bahawa dewan tersebut adalah dewan komuniti tetapi sebenarnya ianya dikunci dan digunakan oleh beberapa orang sahaja. Dewan tersebut juga digunakan sebagai stor dan ianya selalu dikunci.
Pada tahun 2006, seorang penduduk flat Gugusan Melati telah menfailkan bantahan terhadap pembinaan dewan tersebut dimahkamah kerana mempertikaikan pembinaan tersebut tanpa persetujuan semua penduduk. Pihak PKNS juga telah menarik balik kelulusan yang telah diberikan pada awalnya kepada Pra Perbadanan Pengurusan tersebut. Lagipun bangunan tersebut telah didirikan tanpa apajua kelulusan pelan perancangan daripada MBPJ mahupun PKNS sendiri. PKNS juga pada 30hb.November, 2006 telah mengarahkan agar semua kerja pembinaan dewan tersebut dihentikan dengan serta merta.
Pada pertengahan tahun 2008, MBPJ mengeluarkan notis kepada PKNS untuk merobohkan struktur tersebut. Sekali lagi pada 28hb.Januari, 2009 MBPJ mengeluarkan notis untuk merobohkan bangunan tersebut. Pihak Pejabat ADUN Kota Damansara, Dr.Nasir Hashim dan juga Ahli Majlis Sdr.Panneerselvam telah mengadakan beberapa siri mesyuarat mengenai dewan tersebut dan telah menjemput wakil Pra Perbadanan Pengurusan tersebut untuk berbincang. Tetapi mereka tidak menghadirkan diri.
Dr.Nasir juga telah mencadangkan supaya dewan tersebut diambil alih dan dijadikannya suatu perpustakaan oleh MBPJ. Tetapi oleh kerana tindakan mahkamah penduduk yang telah membantah pembinaan tersebut maka, tindakan perobohan terpaksa dilaksanakan. “Pihak yang memiliki dewan tersebut juga terlalu angkuh dan tidak mahu hadir dalam sesi perbincangan yang sudah diatur. Kita juga sudah beberapa kali menangguhkan perobohan ini agar suatu jalan penyelesaian dicapai.” Dr.Nasir menerangkan isu sebenarnya perobohan ini . Kini apabila tindakan perobohan dilakukan , maka munculah beberapa pejuang yang ingin mempertahankannya dengan alasan ianya dewan ‘komuniti’ .
Samaada ianya dewan komuniti atau dewan kroni UMNO, penduduk Gugusan Melati amat sedar dan tidak akan terbawa dengan propaganda mereka.Bekas pemerintah kini ketandusan isu, untuk dihebohkan di Kota Damansara. Selain daripada struktur dibawah flat ini , terdapat juga banyak lagi dewan di Seksyen 4 dan juga di Seksyen lain di Kota Damansara untuk digunakan oleh orang awam. ADUN Sosialis Kota Damansara kini sedang berusaha untuk mewujudkan sebuah perpustakaan komuniti untuk Kota Damansara. Suatu lokasi dewan yang sesuai sedang dikenalpasti .
Sesuatu dewan awam tidak seharusnya dimonopoli oleh sesiapa pun dan rakyat harus digalakkan untuk mengunakannya secara sepenuhnya. Pemerintahan BN sejak 50 lebih tahun telah meninggalkan persepsi dikalangan ramai bahawa dewan-dewan ini hanya untuk kegunaan dan dikawal oleh kroni-kroni politik sahaja. Pandangan ini harus dikikis dan sepatutnya penduduk setempat harus mengambil alih dewan tersebut untuk aktiviti komuniti mereka. Pejabat ADUN Kota Damansara akan terus berusaha untuk mengenalpasti dan mem’buka’ semula dewan-dewan seperti ini kepada orang ramai.
Salam perjuangan
SIVARAJAN
-- visit our website athttp://parti-sosialis.org
TIADA PILIHANRAYA
Tiada Pilihanraya Kecil di Hulu Selangor
Sunday, 03 January 2010 1:12 PM Oleh Masdar Wahid
KUALA LUMPUR : Tindakan propaganda BN memainkan isu kononnya berlaku perletakan jawatan Ahli Parlimen (MP) Hulu Selangor, Dr. Zainal Abidin Ahmad sehingga membawa kepada kononnya akan berlaku pilihanraya kecil dibidas oleh pimpinan PKR dalam Majlis Makan Malam anjuran PKR Hulu Selangor malam tadi.
Pengerusi PKR Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, tiada kekosongan bagi parlimen itu dan Dr. Zainal akan bertugas seperti biasa.
Mengulas ketidak hadiran MP Hulu Selangor itu, beliau memberitahu, beliau masih dirawat di hospital dan doktor menasihatkan beliau agar tidak terlalu banyak bergerak bagi memastikan beliau sembuh dengan segera.
Menurutnya, jika ada pilihanraya sekalipun, BN sendiri sebenarnya risau kerana parti itu semakin ditolak rakyat termasuklah di Hulu Selangor sendiri.
“Buat apa hendak adakan pilihanraya, beliau (Dr. Zainal) masih sihat, lagipun ini kawasan kita, PKR tidak gentar berdepan dengan Umno/BN,” katanya yang menerima tepukan gemuruh di Dewan Serbaguna Kampung Chuang Rasa malam tadi.
Mengulas isu sama, Pengarah Strategik PKR, Chua Tian Chang berkata, Perdana Menteri (PM) gagal menjenguk rakyat di Hulu Selangor sejak 10 tahun lalu termasuklah di era Abdullah Ahmad Badawi.
Tian yang juga MP Batu memberitahu, gimik perletakan jawatan MP Hulu Selangor itu dibuat oleh Umno kerana Najib akan mengadakan secara satu program Umno di kawasan itu walaupun sepanjang menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) beliau tidak pernah datang di Hulu Selangor.
Terdahulu, beberapa laman blog mensensasikan kononnya Ketua Penyelaras PKR kawasan Rasa, Francis Xavier Subramaniam, telah menerima surat perletakan jawatan Dr. Zainal dan ia telah diserahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Laporan itu turut disiarkan oleh akhbar berbahasa Tamil.
Majlis Pimpinan Tertinggi, N. Gobala Krishnan, yang turut berucap pada malam itu menyelar berita itu dan mengumumkan bahawa satu laporan polis akan dibuat mengenainya.
Pada pilihanraya umum (PRU), Dr. Zainal yang juga mantan Timbalan Menteri Besar menumbangkan G. Palanivel Govindasamy dengan majoriti 198 undi.
Tumbangnya Presiden MIC itu sesuatu diluar jangkaan banyak pihak kerana beliau merupakan penyandang kawasan itu sejak sekian lama.
Turut serta di majlis itu ialah pimpinan utama PKR Timbalan Presiden, Dr. Syed Husin Ali, Ketua Wanita, Zuraida Kamarudin serta tiga Exco Selangor, Gan Pei Nei, Elizabeth Wong dan Dr. Xavier Jeyakumar.
Majlis itu berjaya menarik kehadiran kira-kira 10,000 orang termasuk sekumpulan masyarakat dari Sarawak yang diketuai Jawali Sazonet.
Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan dipetik sebagai berkata Umno akan mengadakan program di Hulu Selangor 9 Januari ini dan pemilihan lokasi itu atas kehendak bosnya, Najib Razak.
SAY NO TO UMNO?????

KUTUK PEMBANGKANG TAK APA.KENA KUTUK MULA MARAH.....
Suara Keadilan perlu bertanggungjawab
KUALA LUMPUR 2 Jan. - Lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suara Keadilan perlu bertanggungjawab terhadap berita yang dilaporkan sama seperti yang dilakukan akhbar arus perdana di negara ini.
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk berkata, akhbar itu tidak patut menyalahgunakan kebebasan media yang diberi kerajaan.
"Akhbar itu kena bertanggungjawab terhadap apa yang ditulis. Sama seperti tindakan yang dikenakan terhadap akhbar arus perdana jika membuat kesalahan yang sama," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir bahawa beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suara Keadilan kerana menyebarkan fitnah keterlaluan terhadap dirinya......
INILAH SIKAP PIMPINAN BN/UMNO
Inilah sikap sesetengah pemimpin.Apa yang mereka tidak kata kepada Nik Aziz dan Anwar Ibrahim dalam TV dan juga media mereka.Malah dalam blog pro Umno sekali pun berbagai perkataan yang dapat kita baca.Berbagai perkataan di ketengahkan antaranya Aljuburi,Nik Najis,Cina Komunis,...malah ianya tidak pernah pun di larang oleh para menteri Umno.Kita tidak pernah mendengar menteri-menteri Umno melarang menggunakan perkataan tersebut,walau kita faham ianya di tuju kepada orang tertentu.
Dalam hal ini Menteri Besar dan pensyarah kangkong yang dikatakan itu perlu berfikiran terbuka ,malah propaganda menjelang pilihanraya lebih teruk dengan mengatakan bahawa pembangkang mendapat sokongan dana luar,pembangkang boleh melumpuh negara jika memerintah.
Buat masa ini rakyat makin faham betapa permainan seperti ini tidak akan berjaya menarik pengundi untuk menyokong Bn /Umno.Ini sudah menjadi lumrah sebagaimana laporan Utusan malaysia melaporkan berbagai propaganda setiap hari baik dari segi ekonomi,dan apa sahaja terutamanya politik.
Inilah yang di katakan harus menerima kritikan dan perlu pula memberi sesuatu yang terbaik agar rakyat faham dan mahukan sesuatu yang lebih telus buat masa kini.Jika benarlah laporan yang seringkali di siarkan meberi kesan kepada kedudukan beliau , maka cuba cari apakah dan di manakah silapnya , sehinggakan apa yang berlaku kini menjadi buah mulut rakyat kerana setiap kebenaran itu perlulah di tonjolkan dengan kebaikan dan kebenaran pula.
PENYOKONG PAKATAN PERLU PERLUASKAN FACEBOOK
Setelah gagal dalam laman blog dan juga youtube, penyokong Pakatan Rakyat perlu menerjah ke alam facebook bagi menghadapi serangan ahli Umno dan juga pimpinan dan menyanggah apa yang dikatakan oleh ahli mereka.
Penyokong Pakatan perlulah memasuki dan menyerang Umno dalam facebook dan inilah salah satu cara bagi menghalang dakyah dan juga propaganda mereka kerana ianya dilihat sebagai satu cara berkesan bagi menegakkan kebenaran.
MEMANG DIA DAH "SEBAT" PUN
Seludup RM10 juta : MB Negeri Sembilan Dihukum Sebat
Saturday, 02 January 2010 6:15 PM Oleh Roziyah Mahamad
KUALA LUMPUR, 2 Januari : Menteri Besar (MB) Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan dijatuhkan hukuman sebatan oleh Mahkamah rakyat berhubung jenayah mengirim wang secara haram ke luar Negara membabitkan 10 juta ringgit ke London pada tahun 2008.
Hukuman sebatan secara simbolik itu diadakan dihadapan ibupejabat Keadilan Negeri Sembilan. Suasana yang pada awalnya tenang mulai tegang apabila pihak berkuasa mengerahkan pasukan polis simpanan (FRU) untuk menyuraikan perhimpunan aman itu.
Badrul Hisham Shaharin dalam blognya mendedahkan hukuman yang dilaksanakan oleh Mahkamah Rakyat itu dalam blognya. Tindakan ini dilakukan berikutan tindakan berdiam diri pihak berkuasa dalam isu pengiriman wang 10 juta ringgit MB itu.
16 November lalu, pimpinan PKR telah menghantar surat rasmi kepada Menteri Besar Negeri Sembilan memohon penjelasan berhubung dakwaan itu, namun mohamad Hassan memilih untuk mendiamkan diri. Kegiatan ini telah melanggar Akta Pengurupan Wang 1998.
Isu ini juga dibangkitkan dalam sidang dewan undangan negeri Sembilan namun sekali lagi mohamad gagal memberi penjelasan. Pada 3 disember lalu, pimpinan PKR nekad memfailkan kes ini ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, namun badan yang kononnya berkecuali itu juga mengambil langkah sama, mendiamkan diri.
Turut dikaitkan dengan penghantaran wang secara haram ini ialah isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Rosmah didakwa telah melakukan transaksi wang secara haram melibatkan 6 ratus ribu ringgit sewaktu beliau sedang membeli belah di Dubai, Ogos lalu.
HAKIM "HACKS" TAK RELEVEN MATI


Masing -masing tahu bala tersebut.diludah pun satu bala.Dituduh berzina di London pun satu bala.Melarikan diri serata tempat pun satu bala juga....
BAGAIMANA MAHU AMPUH JIKA PERMULAAAN DENGAN KENAIKAN BARANG
KUALA LUMPUR 31 Dis. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap Malaysia akan bangkit lebih ampuh dengan pertumbuhan positif dalam tahun 2010.... Berita Penuh
Gula naik 20 sen sekilo hari ini
PUTRAJAYA 31 Dis. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM1.65 sekilogram di Semenanjung, serta RM1.75 sekilogram di Sabah dan Sarawak berkuat kuasa 12 tengah malam ini.... Berita Penuh
Semalam akhbar Umno utusan Melaysia melaporkan ucapan PM DS Najib di muka depan mengenai negara yang di arap lebih ampuh,namun di bahagian bawahnya pula tertera harga gula naik.Seolah-olah ucapan tadi di persendakan oleh akhbar Umno yang memberi mesej agar ahli umno berfikir tentang bangun dengan ampuh.
Bagaimana pula dengan slogan yang di ketengahkan.Misalnya "Rakyat di dahulukan",.kini akhbar dan berita mula memainkan isu bahawa gula ini punya kelebihan.namun bagaimana pula harga bagi penduduk kapung?kesihan penduduk kampung.mungkin kampung-kampung di sekitar Permatang Pauh naik harganya,dan harga gula di Pekan atau Kepala Batas harga berlainan.
bagaimana tender untuk pihak sekolah??menteri berkata bahawa ianya tiada dalam kontrak dengan pihak sekolah, adakah ini bermakna bahawa harga kuih dan harga air kurang manis????Ini sebenarnya memberikan kesan yang besar terhadap rakyat.Apa pun keputusan yang di buat dan juga kenaikan harga barang akan memberikankesan yang besar keatas rakyat.
LAGI SERTAI PKR
Orang Tertua Sertai PKR
Friday, 01 January 2010 3:21 PM Oleh Roziyah Mahamad
KUALA LUMPUR, 1 Januari : Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencatat sejarah apabila menerima keahlian orang tertua di Malaysia. Borang keahlian itu telah diserahkan genap pada hari kelahiran warga tua itu.
Chin Fong yang berusia 101 tahun itu menyertai PKR berikutan pengalaman sejak zaman penjajahan British, Jepun dan awal merdeka lagi. Angkatan Muda Keadilan Johor, Zabiedi Abas memaklumkan hal ini dalam kenyataan medianya kepada Era Pakatan.
"Penyertaan beliau melambangkan negara perlu ditukar pemerintahannya. Umno-BN sudah tidak releven bagi semua dan negara," jelas Zabidie Abas.
PKR Sekijang bersama-sama dengan keluarga Chin Fong telah meraikan sambutan kedatangan warga emas itu dalam PKR. PKR Johor dengan kerjasama erat Cabang Sekijang telah menerima sendiri keahlian Chin Fong genap pada hari kelahirannya yang disambut beberapa hari lepas.
Chin Fong dilahirkan pada 28 Disember 1909. Tindakan beliau melangkah kaki memasuki PKR membuktikan parti itu diterima oleh semua rakyat tidak kira yang muda atau sebaliknya.
PKR semakin diterima rakyat kerana dasarnya yang telus dan menolak segala penindasan yang berlaku selama ini.
YB SALLEH MAN DILANTIK NYDP MAJLIS AGAMA ISLAM
|
LAWATAN DSAI KE PERMATANG PAUH HARI INI
ZAHID HAMIDI TERKEDU DITEGUR ISU MIG 29
Dengan secara tidak langsung ianya meningkatkan kemahiran rakyat India dalam pemindahan teknologi.Tujuannya ialah untuk meningkatkan teknologi negara dan mengurangkan pembaziran.MIG adalah antara jet pejuang tersenarai 10 terbaik di dunia masa kini.Kita belum pun menggunakan MIG untuk berperang,maka kerana itu enjin MIG boleh di pertingkatkan dan di baik pulih dengan meningkatkan keupayaannya.Malah India masih menggunakan MIG23 dalam tenteranya dengan meningkatkan keuayaan avionik dan persenjataannya.
Kira nak jual sahaja.Kenapa jadi begini??sampai bila pemindahan teknologi akan berlaku dan kemahiran dalam teknologi earoangkasa tidak akan kemana jika ini berlaku.Mesti ada sesuatu dalam usaha menjual dan membeli peralatan tentera????apa yang pastinya jika tidak hilang...mestinya masyukkkkkkk....................