Pengangguran Cecah 1 Juta, PH Mahu Syor Dipakai Dalam Belanjawan 2021



Wakil Pakatan Harapan (PH) yang bertemu Menteri Kewangan pada petang 1 November 2020 mahu kerajaan Perikatan Nasional mempertimbangkan 6 syor untuk mempertahankan ekonomi Malaysia daripada terjerumus ke lembah kemelesetan yang dahsyat. Menurut bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng, pertumbuhan KDNK keseluruhan 2020 dijangka - 5%. Namun fakta yang paling menakutkan ialah data yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia menyebut pengangguran telah mencecah 1 juta. Namun sekiranya diambil kira sektor tidak rasmi seperti pemandu Grab dan individu bekerja sendiri maka jumlahnya telah melebihi 1 juta. PH mahu menumpukan kepada mewujudkan 600,000 peluang pekerjaan, memberi insentif gaji RM200 kepada pekerja-pekerja pada setiap bulan, insentif kepada majikan sebanyak RM300 sebulan untuk mereka mengambil pekerja tempatan selama 2 tahun. Hal itu perlu bagi menyelamatkan perniagaan dan mata pencarian serta masa depan rakyat Malaysia. PH amat berharap 6 syor tersebut diterima pakai sebagai teras Belanjawan 2021 bukannya mengdakan pertemuan untuk menunjuk kepada rakyat tetapi mengenepikan syor pembangkang dalam pembentangan Belanjawan 2021.


No comments: