YB HAMDAN ABD RAHMAN MENYAMPAIKAN SUMBANGAN PADA MANGSA KEBAKARAN DAN MANGSA RIBUT
























Permatang Pasir 27Hb Mac- YB Hamdan Abdul Rahman ADUN Permatang Pasir telah menyampaikan sumbangan kepada beberapa penduduk sekitar Permatang Pauh yang ditimpa musibah beberapa hari lalu. Sumbangan berupa wang tunai itu disampaikan di pejabat PAS bahagian Permatang Pauh yang terletak di Permatang Pasir.YB Hamdan merupakan antara orang lama yang mempertahan kerusi KADUN Permatang Pasir kali ke 3 berturut-turut baru-baru ini. Turut hadir bersama ialah pengerusi JKKK kampong Permatang Pasir Hj Zubit b Hj Ahmad Awang, S/U YB En Kamal dan juga para penyokong.






Dalam ucapan beliau, YB Hamdan menyentuh tentang betapa pentingnya sumbangan yang disampaikan ini. Sumbangan yang disampaikan oleh beliau ini dikeluarkan dengan ikhlas oleh Pejabat Urus Zakat Negeri Pulau Pinang setelah dikaji, diteliti bahawa mereka yang ditimpa musibah ini layak untuk mendapatkan bantuan.





Keperihatinan kerajaan negeri yang baru dipilih rakyat ini sentiasa peka dengan rakyat dinegeri Pulau Pinang yang ditimpa musibah.Ini memperlihatkan bahawa kerajaan negeri mempunyai tanggungjawab bagi membantu yang memerlukan dimana bantuan ini disalurkan melalui agensi kerajaan dimana Pusat Urus Zakat ini merupakan salah satu agensi kerajaan negeri



Walau pun kerajaan ini baru sebulan mentadbir, keperihatinan ini amat dihargai . Beliau juga mengucapkan penghargaan yang amat tinggi kepada pejabat urus zakat negeri kerana mengeluarkan bantuan kepada masyarakat dibawah kawasan beliau dalam Parlimen Permatang Pauh Menurut YB Hamdan lagi, dalam konteks pengagihan ini , khasnya kepada fakir miskin dan kepada yang terlibat dalam kesusahan dan ditimpa musibah , ini tanpa mengira fahaman politik, dan semoga dengan bantuan ini sedikit sebanyak akan dapat meringankan beban mereka yang ditipa musibah yang terpaksa menanggung kesusahan.




Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat kerana dengan bantuan dari mereka , telah berjaya memilih dan mencari mangsa-mangsa untuk diberi bantuan ini, dan kerajaan negeri dari masa ke semasa akan meneruskan usaha -usaha membantu. Beliau juga menyatakan bahawa kerajaan baru ini juga akan mengkaji dari masa ke semasa bagi membantu rakyat semampu yang mungkin sebagaimana yang dijanjikan dalam pilihanraya yang lalu.






Seramai 5 orang menerima bantuan ini. Antara mangsa-mangsa kebakaran yang menerima bantuan ini ialah Che Besah Abdullah dan Sdr Roslan bin Din dari kampung Tanjung Putus yang merupakan ahli UMNO. Mereka mengucapkan ribuan terima kasih kerana YB Hamdan telah berusaha untuk mendapatkan bantuan bagi mereka, masing-masing mendapat antara RM500 dan RM600.









REFORMASI SIARAN TV LEBIH AFDAL DARI BERJUMPA BLOGGERS


Ahmad Shabery Ready To Meet Local Media Organisations


Information Minister Dato' Ahmad Shabery Cheek will meet media organisations to better understand developments in the local media circle.
"I will meet every media organisation in order for me and my colleagues in the ministry to know the challenges that should be given attention," he told a luncheon with media editors-in-chief today.The minister said the move was not to curtail media freedom but to seek the best approach for the people and country.Shabery said the mainstream media still had a major role though the current worldwide trend was to turn to the alternative media as sources of information.He disagreed with the notion that Malaysians turned to the alternative media as the mainstream media was biased."This is because even in advanced countries where the media is said to be more independent, the people still choose the alternative media," he said.Shabery believed that through a better approach in the way the media disseminated information would help the people understand an issue such as the fuel price hike."One of the factors the people did not support the Barisan Nasional (BN) in the just-ended general election is because they did not understand the issue and were taken in by opposition promises to lower oil prices," he said.Responding to a query from a newspaper editor-in-chief whether RTM would continue with the practice of making the Information Minister as the "No. 3 Man" in the order of news priority after the prime minister and deputy prime minister, Shabery said this arrangement need not be continued."It is not necessary that I be given publicity just because I am the information minister," he added.-- BERNAMA




KUALA LUMPUR 27 MAC - setelah mengambi alih Kementerian Penerangan Dato Ahmad Shabery Cheek telah membuat satu kenyataan dengan cuba mengajak para bloggers untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai persepsi para blogger tentang kerajaan.Amat lah mudah untuk menyatakan bahawa para blogger ini menentang arus, namun , harus di ingat bahawa penentangan para blogger adalah agar semua kementerian bukan sahaja kementerian penerangan sahaja yang harus melakukan reformasi dalam minda dan tata cara penyiaran,malahan kepada sistem itu sendiri .Kementerian penerangan adalah untuk menerangkan kepada rakyat, bukan media untuk membantu kempen politik UMNO/BN .

Ini adalah kerana hak untuk mendapatkan maklumat bukan sahaja untuk para penyokong UMNO/BN tetapi ianya juga hak bagi semua rakyat Malaysia yang berbeza dengan berbagai fahaman politik untuk mendapatkan maklumat yang benar,berilmu,mendidik perilaku,moral,dan agama yang dapat memanfaatkan negara dan rakyat jelata bukan hanya untuk parti UMNO/BN. Malahan pandangan kementerian penerangan sendiri yang menjelaskan bahawa ,tujuannya bukan untuk mengubah dasar , tetapi untuk membetulkan pandangan para blogger.jadi elok sajalah YB Dato buat sendiri-sendiri dan teruskanlah tradisi Zainuddin Maidin semoga dengan ini , disuatu hari nanti BN/UMNO akan menjadi bahan kajian sejarah anak cucu kita betapa orang yang mengendalikannya tidak bijak untuk menyelamatkan sebuah gagasan parti politik yang dinamakan BN dan sebuah parti politik yang berbau perkauman yang diwakili oleh bangsa-bangsa Melayu sahaja yang dikenali sebagai UMNO.

Selama ini rakyat sudah mangli dengan kerenah RTM,TV3,malahan semua siaran yang di kontrol Kerajaan menghentam pembangkang.Sedangkan dalam masa yang sama juga semua keaadan yang dialami oleh pembangkang mendapat simpatisme rakyat.Dengan dunia tanpa sempadan dan langit terbuka yang di war-war kan kerajaan, minda di pihak kerajaan juga harus berubah.Jadikan siaran televisyen untuk mendidik rakyat dan jadikan rakyat cerdik dan bukan memperbodohkan rakyat dengan berita serta gambar Anwar sedang berjoget,malahan Mat Sabu memaki hamun kerajaan yang sebenarnya telah disunting bagi kepentingan politik kerajaan sendiri. Dalam masa yang sama video CD yang bernilai RM4 terjual serata cerok hatta ke kampung di Ulu Tembeling sekali pun.

Peranan kementerian dan tatacara badan penyiaran ini juga harus mengambil ikhtibar di Indonesia, Thailand , negara jiran yang membenarkan pihak pembangkang menggunakan siaran media untuk menerangkan konsep pemerintahan masing-masing.Ini yang perlu di ubah oleh Ahmad Shabery sebelum mengajak para bloggers bertemu dan berbincang tentang kenapa para bloggers menentang arus.Jika ajakan ini untuk mencari publisiti murahan elok lupakan sahaja kerana matlamat utama terbinanya blog-blog ini adalah untuk menyampaikan apa yang tidak pernah disampaikan oleh kementerian di bawah Dato'.JIka satu paparan blog dihapuskan 1000 blog lain akan muncul....Selamat BEREFORMASI BUAT DATO'................

SULTAN MURKA PADA IDRIS JUSOH

Sultan Mizan murka pada Idris Jusoh kerana Tragedi Batu Burok?
Abdul Halim Mohd Rashid Thu Mar 27, 08 5:17:02 am MYT
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Hrkh) - Selain penggunaan Wang Ehsan, Sultan Terengganu juga dilaporkan tidak senang dengan bekas Menteri Besar, Dato' Seri Idris Jusoh berhubung beberapa isu dan dasar lain termasuk peristiwa berdarah di Batu Buruk pada September tahun lalu, lapor Malaysiakini. -->-->
Perkara itu ditegaskan ketika Perdana Menteri yang dituntut berundur, Dato' Seri Abdullah Badawi menghadap baginda semalam.
Berbeza dengan layanan lemah lembut polis kepada tunjuk perasaan para penyokong Idris baru-baru ini yang antaranya membawa sepanduk yang dilihat menghina Sultan dengan kata-kata "Kami nak Idris, natang (binatang)," dalam tragedi berdarah di Batu Burok, pihak polis mengganasi rakyat tidak bersenjata dengan peluru hidup kononnya kerana berhimpun secara haram.
Dari laporan Malaysian Insider pula, pertemuan antara Sultan Mizan Zainal Abidin yang juga Yang di-Pertuan Agong dan Abdullah jelas memuktamadkan baginda tidak mahu menerima Idris sebagai Menteri Besar.
Menurut laman berita itu, walaupun Abdullah mengemukakan Dato' Mohamed Awang Tera sebagai calon tolak ansur, tetapi Sultan Mizan dengan tegas menyatakan baginda tetap dengan pilihannya supaya Datuk Ahmad Said menjadi Menteri Besar.
Malaysian Insider juga memetik sumber istana yang menyatakan, Sultan Mizan telah memperlihatkan rasa tidak senang baginda kepada Idris sejak hujung tahun lalu lagi.
Sumber itu menyenaraikan beberapa episod dan polisi yang tidak disenangi baginda.
Blogger Ahirudin Attan (rockybru.blogspot.com) pula menyatakan, sumber-sumber beliau memberitahu, Abdullah dititah supaya menerangkan bagaimana Wang Ehsan digunakan oleh kerajaan di bawah pimpinan Idris.
Sejak Barisan Nasional (BN) merampas pemerintahan dari PAS dalam pilihan raya umum 2004 yang lalu, kerajaan pusat memberikan Wang Ehsan kira-kira RM1 bilion setahun kepada kerajaan Terengganu. Wang Ehsan tidak diberikan ketika PAS memerintah Terengganu dari 1999 hingga 2004.
Terengganu mempunyai jumlah penduduk miskin yang kedua paling ramai selepas Sabah.
Menurut Ahirudin, Abdullah juga dititahkan supaya bertemu dengan Ahmad.
Dalam perkembangan berkaitan, sebuah akhbar harian semalam melaporkan kata-kata Setiausaha Perhubungan Umno Terengganu, Dato' Rosol Wahid yang dilihat seolah-olah terus mencabar keputusan Sultan melantik Ahmad sebagai Menteri Besar.
Akhbar tersebut melaporkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil itu menyatakan bahawa 22 dari 24 Adun BN Terengganu telah mendesak Abdullah supaya berkeras untuk melantik Idris sebagai Menteri Besar.
Dengan keyakinan bahawa berita yang baik berada di sebelah pihak mereka, Rosol yang berada di Kuala Lumpur bersama-sama Idris dan 21 Adun lain, lapor akhbar itu, menyatakan, "kami begitu kuat sekarang".
Beliau juga mendakwa, kesemua 22 Adun itu yang dilaporkan pulang ke Terengganu semalam berdiri teguh di belakang Idris.
"Kami hanya menerima arahan daripada Perdana Menteri atau Idris," tegas beliau. - abmr/mr

LETAK YEOP LETAK,RAMAI LAGI YANG CERDIK NAK GANTI

Perak: Letak jawatan besar-besaran

Mar 26, 08 8:53am

Seramai 876 ketua kampung di seluruh Perak bersedia melepaskan jawatan beramai-ramai mulai 1 Mei atas alasan tidak sehaluan dengan kerajaan campuran pimpinan DAP, PAS dan PKR.Manakala 13,140 ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menurut langkah yang sama, lapor laman web Utusan Malaysia hari ini, memetik kenyataan presiden Pertubuhan Ketua Kampung Negeri Perak (PKKNP), Zukiman Jalil. Sementara kerajaan negeri, yang diketuai menteri besar PAS Mohamad Nizar Jamaluddin, akan memperkenalkan sistem pengundian di kalangan penduduk untuk memilih ketua kampung. Menurut Mohamad Nizar, sistem seumpama itu pernah diperkenalkan dan Perak kali ini akan menggunakan kaedah tersebut bagi memilih semua ketua kampung.Pengumuman itu dibuat pada sidang akhbar selepas perjumpaan beliau dengan ketua kampung dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Ipoh semalam.Menurut Bernama, acara itu adalah majlis rasmi sulung selepas beliau mengangkat sumpah sebagai menteri besar 17 Mac lalu.Mohamad Nizar berkata, sistem pelantikan seperti yang diamalkan kini telah menimbulkan krisis di peringkat akar umbi masyarakat apabila "calon-calon yang dikehendaki penduduk tidak lagi terpilih atau nama itu dihilangkan."Kerajaan negeri dilaporkan merancang memperkenalkan kaedah baru itu secara rasmi selepas tempoh jawatan ketua-ketua kampungsedia ada tamat pada 31 Dis depan.Beliau menambah, semua 31 wakil rakyat DAP, PKR dan PAS bersetuju mengembalikan hak penduduk memilih ketua mereka sendiri."Kita setuju beri hak pilih siapa jadi ketua kepada penduduk... mereka boleh pilih sendiri ketua kampung, imam dan jawatankuasa masjid," beliau dipetik sebagai berkata, sambil menambah beliau gembira dengan kehadiran lebih 300 ketua kampung di majlis itu walaupun ada laporan menyebut acara itu diboikot oleh PKKNP.

ADAKAN SEMULA PILIHANRAYA LAGI BAIK

MPPR boleh bubar Dun, adakan pilihan raya semula

Tarmizi Mohd Jam Wed Mar 26, 08 8:13:58 pm MYT

SETAKAT ini nampaknya kedua-dua pihak tidak mahu berganjak. Dan pelantikan Dato' Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu tidak mungkin ditarik balik.
Pelantikan itu tidak boleh, atau sukar, untuk ditarik balik kerana, ia dibuat berdasarkan pertimbangan bahawa Ahmad mempunyai sokongan majoriti di dalam dewan, demikian jelas Pakar Perlembagaan UIA, Profesor Dr Abdul Aziz Bari .

Beliau menyambung bahawa meskipun perlantikan dibuat melalui budi bicara yang subjektif sifatnya ia adalah berdasarkan kepada penilaian sultan tentang siapakah yang mempunyai sokongan majoriti.
Kes Stephen Kalong Ningkan oleh Mahkamah Tinggi Kuching pada 1966 memutuskan bahawa Ketua Menteri tidak boleh dipecat oleh Gabenor. Inilah undang-undang yang ada dan dengan demikian MPPR tidak boleh memecat Ahmad dari jawatan Menteri Besar.
Keputusan melantik Ahmad memang mempunyai risiko besar dari awal lagi dan ia sekarang menghadapi undi tidak percaya.

Meskipun begitu sebagaimana yang dilaporkan, Ahmad tidak menampakkan kesediaan untuk bekerjasama dengan PAS dan menubuhkan kerajaan. Dengan demikian sukar untuk beliau melawan usul undi tidak percaya yang akan dikemukakan terhadapnya itu.
Apakah jalan keluar sekarang?
Dr. Abdul Aziz berkata jalan keluar berada di tangan istana dan istana perlu menyudahkan kerja yang dimulakannya sendiri. Pihak-pihak lain, termasuk Kerajaan Pusat dan Umno, tidak boleh berbuat apa-apa.

Sekiranya Ahmad jatuh melalui undi tidak percaya, sebenarnya ada dua pilihan yang ada; yang pertama melantik Menteri Besar dari kalangan ahli dewan yang ada atau, pilihan kedua, membubarkan dewan supaya pilihan raya baru dapat dibuat dan rakyat boleh membuat keputusan sekali lagi.
Apa masalah dengan pilihan pertama?
"Yang jelas PAS tidak mempunyai majoriti dan tidak ada tanda-tanda ia boleh bergabung dengan ahli-ahli dewan dari Umno. Selain itu ahli-ahli yang lain sudah terpalit dalam krisis ini," jelas Dr. Abdul Aziz.

Sebab itu, kata beliau, cara terbaik ialah dengan membubarkan dewan supaya rakyat dapat membuat keputusan.
Pensyarah Undang-Undang UIA itu juga berkata, dalam membubarkan Dewan Undangan Ngeeri (Dun) ini MPPR boleh bertindak sendiri mengikut Perkara 44(2) Perlembagaan Negeri Terengganu.
"Pembubaran dewan ini adalah pembubaran luar biasa dan bukan pembubaran biasa yang memerlukan permintaan dari kerajaan,"ujar beliau.
Dr. Abdul Aziz menegaskan pembubaran ini perlu supaya sebuah kerajaan yang mendapat sokongan rakyat dapat diwujudkan. Ia juga dapat menyelamatkan istana dari dituduh bermain politik dan membelakangkan kehendak rakyat.

Keputusan membubarkan dewan ini adalah keputusan baginda sendiri dan baginda tidak memerlukan nasihat sesiapa.
"Baginda bolehlah bermunajat dan menunaikan solat istikharah untuk memohon kekuatan dari Allah SWT," tegas beliau.
Secara kebetulan, Dr. Abdul Aziz menambah, keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 di Terengganu memang menimbulkan persoalan. Dari Tragedi Batu Burok, kekecohan di Marang dan dakwaan pengundi hantu kesemuanya menyebabkan kemenangan Barisan Nasional (BN) dipersoalkan.

"Apabila dewan dibubarkan maka sebuah pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari, tetapi ini hanya untuk Dun Terengganu sahaja. Ia tidak melibatkan pilihan raya parlimen. Lagipun parlimen terletak di luar bidang kuasa MPPR," jelas Dr. Abdul Aziz.
Ditanya tentang kemungkinan Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan darurat dan menggantung Perlembagaan Terengganu, pakar Perlembagaan UIAM itu berkata, ia tidak mudah untuk berlaku.

"Alasan yang pertama ialah Yang di Pertuan Agong - meskipun perlu mengikut nasihat - boleh menolak permintaan untuk mengisytiharkan darurat oleh Perdana Menteri kerana ia sesuatu yang sangat serius.
"Alasan yang kedua ialah dari segi politik, ia agak sukar untuk dilakukan kerana Yang di Pertuan Agong ialah Sultan Terengganu dan baginda telah menunjukkan sikap yang bebas yang menyebabkan kesukaran di pihak Perdana Menteri untuk menasihatkan perisytiharan darurat itu,"tegas Dr. Abdul Aziz. - mks.

FOLLOW THE MONEY TRAIL

Trengganu MB crisis: Follow the money trail


I spent a couple of years in Trengganu when I was a kid. I have fond memories of a tranquil and rustic state, wonderful childhood neighbours - whom I have recently been reacqainted with after all these years - and family picnics at Pantai Chendering.
So the high stakes battle in Trengganu over the choice of Mentri Besar is of special interest to me.
While much has been said about the constitutional position, there is more to it than just the letter and spirit of the law.
There is more to it than that - and it is essential that we consider this dimension in any discussion of the political situation in Trengganu.
Follow the money trail.
One of the key issues, I believe, is how the Petronas oil royalties due to the state amounting to some RM1 billion annually should be spent - for the benefit of the people or for vested interests. Despite its oil wealth, Trengganu is one of the poorest states in the federation.
The royalty payments are no small change. In the past, the money was paid directly to the state government and dispensed under its supervision.
But when Trengganu fell to opposition hands (Pas) in 1999, then prime minister Mahathir changed the rules. He couldn’t bear to see all that money going to an opposition-controlled state government.
Instead of the Petronas royalties (amounting to 5 per cent of oil extraction and sales) going directly to the Trengganu state government, they were now channelled to a federally administered Special Fund Financing Programme (the Fund), which was established in December 2000. The money in this new Fund was euphemistically renamed “goodwill money” (wang ihsan) and it was supposed to directly finance development programmes for the people of Terengganu, largely bypassing the state government.
Since then, there has been little accountability over how this money has been spent and whether the projects really benefit the ordinary people.
The missing Accounts Committee
Basically, the Treasury is supposed to make allocations out of the Fund to various ministries (and via these ministries to federal agencies), financial institutions, and federal and state-level offices.
According to the Auditor General’s Report 2005, in line with a directive, the Treasury was supposed to create an Accounts Committee, chaired by the Treasury’s Chief Secretary, to administer the Fund. The Committee was supposed to comprise representatives from the Prime Minister’s Department (including the Economic Planning Unit), the Treasury, and the Finance Ministry.
But the Auditor General (AG) said then that such a Committee had not been set up – surely this must be of serious concern.
Instead, a “Central-level Committee”, which appears less high-powered, was formed. This Committee, which includes representatives from ministries and implementation agencies, meets twice a year to discuss and approve allocations. It is not clear who exactly is in this Committee. PM Abdullah must reveal the composition of this committee.
This Central-level Committee is supposed to evaluate projects and recommend to the Cabinet financial allocations for the various states. But the AG said he found that allocations for the various states were not decided during the Committee’s meetings. Instead, the “allocations were based on the approval of the Finance Minister and they were forwarded straight to the relevant state Menteris Besar”. The Finance Minister is of course the Prime Minister.
Would that explain why Abdullah Badawi is so keen on retaining Idris as MB?
In an article for Aliran Monthly, ‘Buying goodwill - RM4 billion worth of it’, I wrote back then that although the AG had said that the people had benefited from the Fund, his finding was not backed up by empirical evidence. He conceded that, at the state level, “expenditure that should not have been financed from the Special Fund allocation had occurred and this had more or less jeopardised the objective of the programme”.
He also found that not all ministries, departments and agencies had submitted their quarterly expenditure statements as required (though he said their monitoring work was adequate). This meant the Treasury’s records related to the Fund were incomplete. More seriously, there was no evidence to show that the Treasury had taken follow-up action. He also stressed that all allocations should be approved by the Central-level Committee.
Reading between the lines, it seemed to me, that there was a lot of arbitrary discretion being exercised as to how the fund was being administered – most likely to serve the interests of the ruling party while benefiting certain vested interests.
The best solution is to return the royalties to the state governments. High-powered independent audit committees with opposition representation, reporting to the respective state assemblies, should be set up to ensure that such funds are used on projects that really empower the rural poor. This will dispel the perception that this ‘goodwill money’ is being used as a patronage tool to boost political ‘goodwill’ for the Barisan Nasional while also benefiting vested interests.
I would hazard a guess that the Agong, who is the Sultan of Trengganu, knows what is going on and is deeply concerned.
Here’s one intriguing question: If a new MB who is not the PM’s choice is sworn in, would the files of yet another state government disappear?
Right now, it’s a battle of wills.
Even though Abdullah’s choice of MB has the backing of all the BN assembly members, would the weakened PM ram him through and risk having to face another state election in Trengganu? This time, Pas and PKR, fresh from their successes on the west coast, could well pose a stronger challenge.

UMNO BACA NI DAN FAHAM INI



Menurut Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan mestilah ada seorang Ketua Negara Persekutuan yang digelar Yang di-Pertuan Agong. Baginda mengatasi semua orang dalam Persekutuan dan yang tidak boleh didakwa dalam mana-mana mahkamah kecuali Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian 15 (Perkara 182 dan 183). Selepas baginda, Perlembagaan juga memperuntukkan bahawa Raja Permaisuri Agong hendaklah menduduki tempat kedua iaitu selepas Yang di-Pertuan Agong.


Seri Paduka Baginda Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah mengangkat keris kerajaan sempena Majlis Pertabalan sebagai Yang di-Pertuan Agong XIII pada 26 April 2007 di Istana Negara.
Sumber : Perpustakaan Foto, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia

Sebagai Ketua Negara, baginda mempunyai bidang kuasa yang luas seperti yang dikanunkan dalam Perlembagaan. Baginda juga mempunyai peranan dan fungsi dalam tiga cabang Kerajaan iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman.
Kedudukan dan Kuasa Yang di-Pertuan Agong
Kedudukan Seri Paduka Baginda dalam Senarai Keutamaan Persekutuan
Fungsi Eksekutif (Perkara 39)
Fungsi Perundangan (Perkara 44)
Fungsi Kehakiman
Lain-Lain Tugas Penting Yang di-Pertuan Agong
Perlantikan Jawatan-Jawatan Penting
Perkara-Perkara yang Tidak Boleh Dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong
Penaung




Sistem Monarki Malaysia Kuasa Diraja Seri Paduka Baginda Alat Kebesaran Diraja
Adat Istiadat Diraja Istana Negara Darjah Kebesaran Persekutuan Istana Negara Istana Melawati
Uji Minda Bingkisan Laman Bicara Hebahan Modul Pembelajaran
Glosari Bibliografi Penghargaan

©2003 Perpustakaan Negara Malaysia.
Tidak dibenarkan menyalin keseluruhan atau sebahagian kandungan portal initanpa kebenaran bertulis Ketua Pengarah, Perpustakaan Negara Malaysia.



PAK LAH DAN SELURUH AHLI UMNO HARUS MENDUKUNG PRINSIP INI.


RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progesif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:


KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA


KELUHURAN PERLEMBAGAAN


KEDAULATAN UNDANG-UNDANG


KESOPANAN DAN KESUSILAAN



Nota: AKU harap SEMUA RAKYAT MALAYSIA BAIK DALAM ATAU LUAR NEGARA harus faham dan tahu dokumen di atas dan kirimkan kepada seluruh pihak yang terbukti sedang menderhaka kepada Raja-Raja Melayu pada ketika ini. DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU!

RAKYAT TELAH MEMILIH ABU-HISHAMUDDIN RAIS


Rakyat telah memilih ABU - Hishamuddin Rais - Laman M@RHAEN


Rakyat Malaysia dalam pilihan raya ke 12 telah memilih ABU – Asalkan Bukan Umno/Anyone But Umno.
Ada masalah ke? Apa masalahnya?
Apa masalah DAP menubuhkan pentadbiran baru di Pulau Pinang? Apa hal jadi kalut apabila PKR akan menubuhkan kerajaan baru di Selangor? Apa halnya bila DAP mendapat undi terbanyak di Perak dan menubuhkan pentadbiran baru? Kedah dan Kelantan di bawah PAS ada problem? Apa problemnya?
Ada masalah ke apabila PKR akan mentadbirkan Wilayah Persekutuan/Kuala Lumpur?
Soalan-soalan saya ini timbul kerana saya terus membaca di akhbar-akbar lekeh arus perdana yang memaparkan berita yang cuba menimbulkan agenda perkauman Melayu. Saya juga menerima tek pesanan ringkas yang cuba mengapi-apikan sentimen Melayu untuk menimbulkan perasaan anti-bukan Melayu kerana rakyat telah memilih ABU.
Mari kita lihat bagaimana sebuah akhbar Melayu arus perdana yang lekeh lagi melekehkan. Lihat bagaimana akhbar ini menguruskan sentimen anti-bukan Melayu. Apabila rakyat memilih Abu kelihatan akhbar ini di laman rencana dan di ruangan surat pembaca telah cuba menerangkan kepada pemilih ABU bahawa kini ‘ ketuaan Melayu telah hilang!”
Ha ha ha … surat khabar corot ini masih lagi memainkan keset lama tentang ketuanan Melayu. Saya telah jelak , mual dan hendak muntah membaca dan mendengar agenda ketuanan Melayu. United Malay National Organistions ini cuba disamakan sebagai Melayu. Tolong sikit beeb… bukan semua Melayu berpayung di bawah agenda ketuanan Melayu. United Malay National Organisations mengakui ada hampir 2 juta ahli. Woit! Dalam negara ini ada berapa juta lagi orang Melayu?
Tidak semua Melayu di Malaysia ini bersetuju dengan konsep ketuanan Melayu. Tidak semua Melayu akan menyahut seruan ketuanan Melayu. Tidak semua Cina mahu bertuankan ketuanan Cina. Dan tidak semua India mahu bertuankan ketuanan India. Dan tidak semua Punjabi mahu bertuankan ketuanan Benggali.
Mereka yang telah memilih ABU kerana mereka mahu bertuankan keadilan, ketelusan, kebenaran dan kesaksamaan derajat. Mereka telah muak dengan agenda pecah dan perintah. Mereka tidak mahu diri mereka dilihat - ini Melayu, ini Cina, ini India atau ini Bumiputera. Mereka mahu dilihat dan ditakrif bahawa mereka adalah warga Malaysia yang setaraf. ( Kenapa berat dan ngok sangat kepala untuk memahami bahawa agenda ketuanan Melayu ini telah lama bungkus dan telah di humbankan ke dalam tong sampah sejarah.)
Apa salahnya anak muda itu di terima masuk ke fakulti perubatan walhal kelulusan anak muda ini cukup cemerlang. Anak muda ini di tolak hanya kerana dia Cina dan tidak termasuk dalam agenda ketuanan Melayu. Ini perbuatan gila. Orang sakit di Malaysia ini kalau dia sakit dia tidak mengira bangsa apa, agama apa atau dari parti apa doktor yang mengubati.
Kenapa kontrak buat bangunan sekolah itu di berikan kepada si Polan ini? Dalam masa enam bulan sesudah siap sekolah ini runtuh rahai? Jawabnya si Polan ini di beri kontrak kerana dia Melayu dan ini agenda ketuanan Melayu. Ini kerja gila. Pengundi ABU mahukan yang terbaik bukan yang TERMELAYU.
Kenapa Naib Canselor di universiti-universiti semuanya Melayu walhal kebanyakan dari mereka benak, tidak berilmu, bebal dan tidak ada mengeluarkan tulisan-tulisan ilmiah. Jawabnya Naib-naib Canselor ini dilantik hanya kerana mereka Melayu dan ini agenda ketuanan Melayu. Ini kerja gila, kerja orang bodoh. Dunia akademia bukan mahukan Melayu. Dunia akademia mahukan mereka yang bijak , berilmu dan bukan berMelayu. Ilmu datang bukan kerana dia Melayu tetapi kerana insan profesor itu berilmu dan ada keupayaan untuk berfikir, menulis dan berhujah secara ilmiah. Kaki bodek tidak termasuk dalam Cv dan biodata untuk menjadi profesor di universiti.
Dalam ruangan pembaca di media yang sama saya juga terbaca tentang ‘ survival Melayu’. Mula-mula saya ingatkan ini program TV yang bernama “ survival’ rupa-rupanya bukan. Survival yang di perkatakan oleh akhbar lekeh ini ialah survival Melayu.
Haha haha.. lawak betul akhbar ini. United National Malay Organisations bukan oksigen beeb. Tolong lah beeb… Manusia Melayu telah wujud ribuan tahun tanpa United Malay National Organisations. Pertubuhan ini pula baru muncul pada tahun 1946, ini pun kerana perancangan British yang sedang nazak dipukul oleh perjuangan rakyat Malaya yang mengangkat senjata.
Saya tidak tahu bagaimana dan apa pertalian United Malay National Organisations dengan kunun apa yang di panggil ‘survival’ Melayu. Tapi saya tahu apa yang tidak akan ‘survive’ dan pupus nanti. Yang akan pupus ialah ‘contract junkies’. Yang akan pupus nanti ialah Mat Subcon. Yang akan pupus nanti ialah mereka yang tidak berkelayakan untuk masuk universiti pasti tidak akan dapat masuk universiti. Tolong lah beeb…jangan samakan makhluk-makhluk ini dengan 300 juta susuk-susuk yang dipanggil Melayu di Nusantara.
Selepas – ‘survival Melayu ‘ muncul pula apa yang kunun dipanggil agenda perpaduan Melayu. Satu lagi lawak tengit. Apa barang yang di panggil perpaduan Melayu ini? Benda ini ada di jual di Maidin ke? Ada di jual di Chow Kit ke? Berapa harga sekilo?
Perpaduan Melayu untuk apa?
Susuk Melayu tidak pernah bersatu, tidak akan bersatu dan sampai dunia kiamat pun TIDAK akan bersatu. Susuk Cina tidak pernah bersatu, tidak akan bersatu dan sampai kiamat pun tidak akan bersatu. Susuk Arab tidak pernah bersatu, tidak akan bersatu dan sampai kiamat pun Tok-tok Arab ini tidak akan bersatu.
Jangan mimpi dan jangan berkhayal tentang perpaduan Melayu. Benda ini tidak pernah wujud. Dalam sejarah perjalanan tamadun manusia, dari semenjak manusia keluar dari gua-gua batu di Kenya Afrika susuk yang di panggil manusia ini telah terpencar-pencar dan tidak pernah bersatu.
Menggunakan satu bahasa ibunda juga tidak akan menjanjikan perpaduan. Buktinya negara Arab yang semuanya bercakap Arab. Mereka tidak pernah bersatu. Satu warna kulit tidak juga menjanjikan perpaduan. Buktinya benua Afrika – mereka semuanya berkulit hitam. Satu asal usul budaya dan bahasa yang sama juga tidak menjanjikan perpaduan. Buktinya Cina dan Taiwan. Satu agama dan satu konsep tuhan pun tidak akan menjamin perpaduan. Buktinya Pakistan Timur dan Pakistan Barat. Pakistan Timur kini menjadi Bangladesh.
Manusia bukan batu bata yang boleh disusun mengikut rasa. Manusia mempunyai akliah.
Mengapi-apikan rasa benci antara kaum dan bangsa ini adalah jenis politik bankrap. Ini jenis politik orang kalah. Jenis politik inilah yang telah di tolak oleh ABU. Mengajukan kebencian terhadap sesama manusia bukan sifat insan yang berilmu, berfikiran dan bertamadun.
Menakut-nakutkan orang Melayu bahawa mereka akan hilang Dasar Ekonomi Baru adalah cerita hantu lama. Cerita hantu ini telah menjadi tidak seram lagi. Menakut-nakutkan orang Melayu bahawa mereka akan hilang hak keistimewaan samalah seperti George Bush sedang cuba menakut-nakutkan rakyat dunia tentang ‘keganasan Islam’. Orang Melayu tidak akan ambil pot. Rakyat dunia tidak akan ambil pot.
Untuk sementara waktu ada susuk Melayu akan termakan racun bergula dari akhbar-akhbar lekeh lagi melekehkan. Ini samalah seperti ada sebahagian rakyat dunia yang termakan propaganda Bush tentang cerita seram ‘ kejahatan Islam’.
Sebenarnya di belakang agenda menakut-nakutkan Melayu ini ialah para cukong, para contract junkies, para Ali dan Baba, para Mat Subcon, para lanun dan penyamun, para perasuah dan pengguna C4, para komisen agen, para broker projek – mereka inilah yang sedang dalam ketakutan kerana rakyat telah memilih ABU – Asalkan Bukan Umno/Anyone But Umno.
22.03.2008

LAWATAN DSAI KE PERMATANG PAUH






PERMATANG PAUH 23HB Mac- DSAI hari ini melakukan lawatan kerja sepetang di kawasan Parlimen Permatang Pauh. Lawatan yang turut diiringi oleh YB DS Wan Azizah serta TKM Pulau Pinang YB Sdr Mohd Fairuz Khairuddin ini telah melakukan lawatan ke bebrapa lokasi disekitar permatang pauh. Antaranya kampung Mengkuang, kampung permatng pasir dan juga kampung permatang Tengah.


Lawatan pertama selepas pilihanraya ini yang bertujuan mendekatkan diri dengan rakyat dan menyelesaikan beberapa masaalah kecil serta juga meraikan sambutan Mauliddul Rasul yang masih diraikan oleh umat Islam.

Umno EGM: Dr M backs Ku Li

Chan Kok Leong Mar 21, 08 5:32pm
Former premier Dr Mahathir Mohamad today said he supported the call by veteran Umno leader Tengku Razaleigh Hamzah for an emergency general meeting for the party to discuss its electoral setback in the March 8 polls.
However, he denied endorsing Razaleigh in his bid for the Umno presidency.
When pressed if he would back Razaleigh for the post, he said: "If I endorse him for the president's position, others will want it too."
As for the EGM, Mahathir said: "I was told that Razaleigh has written letters to all the Umno divisions asking for an EGM to discuss problems affecting Malays. I support that suggestion.
"The issue of selecting the next president should only be discussed after we have thrashed out our problems.
"This is because there might be other people who are interested in the position," he told reporters after attending a book launch in Kuala Lumpur.
"Furthermore, to challenge for the Umno presidency he needs support from delegates from 60 divisions. I don't see 60 divisions brave enough to back him."
It was reported on Wednesday that Razaleigh wants to contest for presidency.
In 2004, he tried to challenge Prime Minister and Umno president Abdullah Ahmad Badawi but failed to obtain the necessary nominations. He received only one from his Gua Musang division.Razaleigh had also previously challenged and narrowly lost to Mahathir in the 1987 party elections. This subsequently caused a split within the party with Razaleigh forming a splinter group, Semangat 46. He was later invited back into the Umno fold by Mahathir in 1996 when he dissolved Semangat 46 and brought back all its members into Umno.
Razaleigh today found support on his call for an EGM from another unlikely source - party vice-president Muhyiddin Yassin - who said that he does not foresee any problems in holding one.
However, he said that the meeting must be held in accordance to the party’s constitution.
"Please keep in mind that any action taken should not weaken the party, which will be an additional burden.
"If it is for the betterment of the party, we cannot stop it. Otherwise, rethink what the end result will be," he added.
Another split?
Meanwhile, on the issue of whether another tussle for the presidency might split the party again as it did in 1987 and 1999, Mahathir said this was not the case now.
"During my time as president and PM, Umno split twice," he admitted.
"Through these split-ups, Semangat 46 and PKR were born. Despite the break-ups, Umno regrouped and during the 2004 elections, we were very solid. BN won 90 percent of the seats and that meant that the voters did not support PKR."
Although splits are not good, sometimes debate is important for the party, he explained.
"Unfortunately, the current climate does not tolerate dissent or discussion. Members are now afraid to voice out, for fear of losing their positions in the government, division and even branch."
This, he said, was not the Umno way.
"From the time of Tunku (Abdul Rahman), Umno has always had a culture of disagreement. When the first president Onn (Jaafar) wanted to make Umno multi-racial, the members disagreed.
"And he withdrew. And when I created problems for Tunku, he withdrew and Umno remained solid."
So for a lack of voice, many Umno members voted for the opposition as a sign of protest, he said.
"It's not that they supported the opposition, but it's because they are against the leadership," said Mahathir.
Term limit for top post
To halt this, Mahathir suggested the establishment of a presidential committee within Umno to govern the president.
Otherwise, there would be too much power in a single person, he argued.
The former leader was also receptive to the suggestion that Umno presidency should also be on a limited term.
But he said that doesn't mean that it can be passed on from father-in-law to son-in-law, in an obvious reference to Abdullah and Khairy Jamaluddin.
On the subject of buying over candidates by PKR, he said that this was a democratic country and both sides were at it.
"Both sides are trying to buy. That is very democratic. RM10 million is the going price," he said. "Just imagine, if you are a Yang Berhormat and you had RM10 million in the pocket. That's very democratic," he said with his trademark sarcasm.
Mahathir was at Sri Carcosa to launch Malaysian Airports Holdings Bhd’s late chairman Basir Ismail's second book "Management - Astray".

AHLI PARLIMEN BN MENGHILANG UNTUK BERUNDING???

Ke mana Ahli-Ahli Parlimen BN Sarawak menghilang?
KLpos.com Fri Mar 21, 08 10:28:31 am MYT

Ada sesiapa lapang? Boleh tolong semak jadual penerbangan MAS ke Australia dua hari terakhir ini? Dengar kata hampir separuh Ahli Parlimen Sarawak di bawa ke negeri Kanggaru untuk 'berehat' selepas pilihanraya.
Sumber KLpos.com memberitahu, kehilangan mengejut Ahli-ahli Parlimen dari Sarawak itu ada kaitan dengan berita bahawa mereka sedang bersiap sedia melakukan 'penyeberangan' dari Barisan Nasional ke Barisan Rakyat.

"Sebagai langkah berjaga-jaga Taib Mahmud (Ketua Menteri Sarawak) mengarahkan semua MP dikumpulkan setempat dan dibawa ke Australia," kata sumber terbabit.
Menurut beliau, tiga Ahli Parlimen BN yang dalam perjalanan ke rumah Ketua Umum KeADILan Datuk Seri Anwar Ibrahim dihalang sebelum tiba ke destinasi.
"Taib Mahmud (Ketua Menteri Sarawak) mengarahkan semua MP dikumpulkan setempat dan dibawa ke Australia," kata sumber
"Mereka boleh halang sekarang ini, namun kita ada perancangan lain, saya percaya Perdana Menteri baru akan diumumkan sebelum akhir tahun ini," kata sumber terbabit.
Ditanya apakah mereka dibayar untuk menyertai KeADILan, kata sumber terbabit. "Hendak bayar dengan apa? Mana kita ada duit, dan kalau ada bukti tunjukkan,"

Katanya, KeADILan tegas dengan keputusan tidak ada membayar untuk rundingan dengan MP BN, tetapi akan mempertimbangkan jawatan tertentu atas keberanian mereka.
Sementara itu, Utusan melaporkan pemimpin pembangkang menafikan dakwaan bahawa mereka cuba membeli wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dengan harga berjuta ringgit dan menyifatkannya sebagai satu khabar angin.

Mereka menjelaskan, parti pembangkang sendiri tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh untuk berbuat demikian berbanding BN.
"Saya berharap, mereka yang menyertai KeADILan perlu menghayati dan menerima prinsip perjuangan parti dengan hati terbuka," kata Azmin
Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamarudin Jaafar berkata, beliau sendiri terkejut apabila diberitahu mengenai perkara itu.
Menurut beliau, cubaan membeli wakil rakyat BN oleh parti pembangkang tidak perlu kerana ia merupakan perbuatan yang tidak baik.
"Kalau betul wakil rakyat BN nak masuk parti pembangkang, biarlah ikhlas dan tidak perlu dijual beli. Itu bukan prinsip parti pembangkang kerana kami menghormati pemimpin-pemimpin yang berjaya.

"Seingat saya, sewaktu pilihan raya umum baru-baru ini, hanya calon BN sahaja yang cuba membeli calon pembangkang," katanya.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Azmin Ali pula dengan tegasnya menafikan dakwaan berkenaan dan menyifatkannya sebagai satu pembohongan.
Beliau berkata, pihaknya tidak mempunyai niat membeli manamana wakil rakyat BN sebaliknya mengalu-alukan mereka menyertai parti pembangkang terutamanya, KeADILan.
Tambahnya, sehingga sekarang, beliau mendapati ramai ahli BN sendiri yang mahu menyertai KeADILan, malah, ia langsung tidak mempunyai unsur paksaan atau jual beli.
"Di Ibu Pejabat KeADILan sendiri, borang KeADILan sudah kehabisan dan kami merancang untuk mencetaknya semula. Turut menjadi kejutan ramai ahli BN yang mula menyertai KeADILan selepas pilihan raya umum lalu.
"Saya berharap, mereka yang menyertai KeADILan perlu menghayati dan menerima prinsip perjuangan parti dengan hati terbuka," ujarnya. - mr

RAJA DR NAZRIN PERLI UMNO /BN



Hilang pedoman punca empayar jatuh-Nazrin


20/03/2008 3:00pm

IPOH 20 Mac – Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, sikap pemimpin yang hilang pedoman ketika berkuasa adalah punca kejatuhan sesebuah empayar dan negara sebagaimana yang tercatat dalam sejarah.


Menurut baginda, sejarah turut mencatatkan ramai insan yang mendapat peluang menjadi pemimpin tetapi hanya sedikit di kalangan mereka yang berjaya mencipta sejarah dan membina tamadun bangsa.


``Ada di antaranya yang terleka, ada yang tersalah haluan, ada yang tersalah diberi nasihat, ada yang tersalah langkah dan ada yang tersalah perkiraan.


``Justeru, sejarah berkaitan kepimpinan dan pemimpin itu sewajibnya dijadikan asas rujukan oleh ummah hari ini bagi mempelajari daripada kesalahan dan menjauhi daripada mengulangi kesilapan yang sama,'' titah baginda semasa merasmikan sambutan Maulidur Rasul di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.


Putera sulung Sultan Azlan dan Tuanku Bainun itu diisytihar sebagai Raja Muda Perak pada 15 April 1984, kira-kira dua minggu selepas Sultan Azlan ditabal sebagai Sultan Perak.Raja Dr Nazrin menerima pendidikan awal di St. John's Institution, Kuala Lumpur dan memiliki Sarjana Muda (Kepujian) dalam Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford, Sarjana dalam Pentadbiran Awam dari Kennedy School of Government, Harvard University dan ijazah Doktor Falsafah dalam Ekonomi Politik dan Kerajaan, Universiti Harvard.


Baginda dilantik sebagai Duta Kewangan Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC), merupakan Pro-Canselor Universiti Malaya sejak 1989 dan pengerusi Lembaga Pengelola Kolej Melayu Kuala Kangsar serta menerima jemputan menjadi Fellow Eminent Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (Isis) Malaysia berkuatkuasa 1 Mei, 2007.Baginda melangsungkan perkahwinan dengan Tuanku Zara di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, pada 17 Mei 2007.

KETUA MENTERI YAB SDR LIM GUAN ENG HADIR DI SAMBUTAN MAULIDUR RASUL.YB MOHD FAIROS KETUAI PERARAKAN




SEBERANG JAYA 19 HB- Ketua Menteri YB Sdr Lim Guan Eng hadir bagi upacara sambutan Maulidurrasul di Seberang Jaya. Kehadiran beliau di sambut dengan puluhan jurugambar yang tidak menyangka akan ketibaan beliau ke Majlis sambutan . Majlis di dahului dengan perarakan badan-badan kerajaan Persekutuan ,Negeri dan juga majlis-majlis Tempatan. Turut serta ialah TYT Dato Hj Abdul Rahman Abbas.



Sementara itu, YB Mohd Fairos merangkap Timbalan Ketua Menteri pula memulakan upacara perarakan dengan disertai ribuan rakyat dari berbagai jabatan dan agensi kerajaan dan swasta dan orang ramai yang menghadirinya.Sambutan yang pertama kali diadakan diseberang Jaya ini mendapat sambutan yang cukup meriah.

















GADIS-GADIS MANIS INI JUGA TURUT MEMERIAHKAN MAJLIS


Majlis bermula dimasjid jamek Seberang Jaya dan berakhir di tapak pesta Seberang Jaya yang kebiasaannya hanya digunakan untuk tujuan pesta dan juga pameran dan EXPO, kini telah digunakan sebagai tapak untuk sambutan Maulidurrasul peringkat negeri Pulau Pinang .

Sementara itu UMNo juga dijangka mengadakan sambutan Maulidurrasul di masjid Negeri, namun sebaran SMS tersebut telah mendapat perhatian polis dan pihak Polis telah meletakkan pasukan keselamatan menjaga kawasan tersebut. Bak kata pepatah Sdr Mat Sabu"Biar orang-orang UMNO rasai pula gas pemedih mata dan juga air asid dari water canon .Itu pun kalau mereka berani sebagaimana yang telah lama kami alami sebelum ini" demikian jelas beliau secara berseloroh.












KU LI PULAK AKAN MENGAMOK




Kali ke tiga kalau tak salah Ku Li tawar khidmat nak lawan Presiden UMNO,pertama dengan Che Det di sekat, kemudian dengan Pak Lah tak dapat cukup undi, tapi kali ni tentu orang UMNO lihat-lihat keadaan sekeliling, kerana tak ada sesiapa pun lagi yang nampak berkalibar dalam UMNO. Memang UMNO ketandusan Kepimpinan yang berkualiti, yang ada pun kaki ampu,bodek dan tak tahu buat kerja. Elok juga la Ku Li lawan.
Lawan jangan tak lawan kerana usaha-usaha ini akan membuahkan keadilan dalam sesebuah parti yang dianggap akan berkubur.Kerana-kerana orang dan ahli UMNO sendiri sudah tidak diberi peluang untuk bersuara dan memilih pemimpin.Akhirnya yang tinggal tunggul-tunggul lama yang itu-itu sahaja tanpa ada tunas untuk tumbuh melainkan anak-anak muda dan generasi muda menyertai PKR,PAS,dan DAP.

Dari atas sampai bawah punya cita-cita, iaitu, masuk UMNO nak bikin duit. Itulah dia apa yang terjadipada parti bangsa sendiri. Rasanya PKR dan juga PAS serta DAP telah belajar dari kesilapan yang dibuat UMNO. Ada bukan tak ada dalam PKR pun, maklum anak bekas-bekas UMNO, jadi perangai macam ini perlu dibuang jauh-jauh.Rakyat melihat dan bukan buta kayu. Maka kerana itu jika kita kaki adu dumba, mengadu hal itu ini dari buat kerja , maka jangan salah anggap bhawa kemenangan ini atas kekuatan jentera, tetapi kemenangn ini adalah kerana ditolak oleh semua rakyat, Maka keran itu penilaian jentera parti harus dilakukan sekarang dan diperkemaskan lagi.

PRO KRONI TUNTUT PAK LAH LEPAS JAWATAN


PROWARIS MENUNTUT PAK LAH LETAK JAWATAN

KUALA LUMPUR, 19 MAC 2008 / 10 RABI'UL AWAL 1429H - Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (PROWARIS) melihat kegagalan Barisan Nasional (BN) dalam mempertahankan jumlah kemenangan kerusi di Parlimen serta kehilangan Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor kepada pihak pembangkang merupakan petanda jelas "PROTES RAKYAT MALAYSIA" terhadap BN. Berdasarkan kekalahan teruk BN dan UMNO dalam Pilihanraya Ke-12 ini juga, YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah bin Ahmad Badawi adalah merupakan PEMIMPIN MELAYU PALING LEMAH DALAM TEMPOH 50 TAHUN.



Kegagalan merampas kembali Kelantan buat penggal Ke-5 dan kehilangan banyak kerusi Parlimen di Kuala Lumpur telah gagal dihidu oleh BN jelas menunjukkan kelemahan kepimpinan Pak Lah selaku Pengerusi BN dalam mengemudikan jentera-jentera BN.



Menurut pengamatan ProWaris dalam Media-Media Alternatif, jentera-jentera UMNO dan BN telah melakukan sehabis baik mungkin untuk memastikan kemenangan dalam Pilihanraya Ke-12 milik BN namun ISU KEPERIBADIAN PAK LAH DALAM MEMIMPIN, ISU KHAIRY JAMALUDIN MEMPENGARUHI KEPUTUSAN PAK LAH, ISU SICOMI MENGAUT KEBANYAKAN KONTRAK KERAJAAN SERTA PERILAKU TIDAK SENONOH BEBERAPA ORANG PEMIMPIN UMNO DAN BN adalah PUNCA UTAMA PROTES RAKYAT MALAYSIA TERHADAP BN DAN UMNO.



Perkembangan negatif ini amat menggusarkan UMNO dan orang Melayu di seluruh tanah air kerana semenjak kemenangan pilihanraya 2004, Pak Lah telah banyak menunjukkan tanda-tanda kelemahan yang ketara di dalam struktur pentadbiran yang akhirnya dibuktikan dengan kekalahan teruk UMNO dan BN pada pilihanraya 2008 baru-baru ini.



KEGAGALAN PAK LAH MEMPAMERKAN CONTOH MORAL POSITIF ISLAM HADHARI, MENANGANI ISU HARGA MINYAK, ISU KENAIKAN HARGA BARANG, PENINGKATAN PERATUSAN JENAYAH YANG MENDADAK, ISU DADAH YANG SEMAKIN KRITIKAL, ISU MURTAD, KELEMBAPAN EKONOMI NEGARA DAN PELBAGAI LAGI MASALAH LAIN telah menyebabkan PAK LAH DILIHAT SEBAGAI SEORANG PERDANA MENTERI YANG CUAI DAN LALAI sekaligus GAGAL MENJALANKAN TANGGUNG JAWAB YANG TELAH DIAMANAHKAN OLEH RAKYAT dengan penuh cekap dan berkesan. ProWaris juga sedar bahawa hubungan Pak Lah di peringkat antarabangsa juga telah menunjukkan peranan yang tidak berkesan malahan dilihat sebagai PEMIMPIN YANG HANYA MENCUKUPKAN KORUM lantas gagal menaikkan nama Malaysia di mata dunia terutamanya di mata negara-negara Islam.



Atas rasa tanggung jawab dan demi maruah orang Melayu, kami PROWARIS DENGAN SEPENUH SUARA MENDESAK DAN MENUNTUT PAK LAH MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA DAN JUGA PRESIDEN UMNO DI DALAM MASA YANG TERDEKAT.



Percayalah bahawa Pak Lah akan terus dibuai dan dikaburi oleh kepimpinan atasan serta orang sekeliling Pak Lah atas sebab-sebab tertentu walhal begitu banyak sepanduk, surat dan kenyataan yang mendesak Pak Lah berundur sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO berselerakan di seluruh tanahair. ProWaris khuatir PROTES RAKYAT MALAYSIA ini akan berpanjangan sekaligus menyemarakkan gerakan REVOLUSI AKAR UMBI terhadap kepimpinan tertinggi UMNO dan BN yang akhirnya akan memberikan KESAN NEGATIF TERHADAP PRODUKTIVITI NEGARA SEKIRANYA PAK LAH TERUS MEMANDANG REMEH TERHADAP KEHENDAK RAKYAT MALAYSIA.



PROWARIS sangat yakin dan berpendapat bahawa kini telah tiba masanya untuk orang Melayu bebas memilih pemimpin mereka dan menentukan masa depan mereka sendiri. ORANG MELAYU TIDAK LAGI BOLEH TUNDUK KEPADA KELEMAHAN DAN KEALPAAN PEMIMPIN MEREKA YANG TERUS-TERUSAN MENGUGUT DAN MENUNTUT KESETIAAN ORANG MELAYU SEMATA-MATA DEMI "SURVIVAL" MEREKA YANG TELAH MENGHANCURKAN AMANAH, HARAPAN DAN MARUAH BANGSA MELAYU DI BUMI TERCINTA INI.



SESUNGGUHNYA, MULAI DARI TIKA DAN SAAT INI, PROWARIS INGIN MELIHAT SEORANG PEMIMPIN MELAYU YANG TIDAK MENDERHAKA KEPADA RAKYAT DAN BENAR-BENAR MENITIK BERATKAN MASA DEPAN NEGARA DAN ORANG MELAYU KHUSUSNYA, DIBERIKAN PELUANG DAN MANDAT MENGEMBALIKAN MARUAH UMNO DAN BARISAN NASIONAL UNTUK MEMACU DAN MENERAJU NEGARA KE ARAH WAWASAN 2020.





FERIZ OMAR

Presiden PROWARIS Malaysia

Bagi Pihak Barisan Peneraju & Ahli Majlis Penasihat PROWARIS Malaysia

BETUL AKAN BERLAKU LAGI TSUNAMI DALAM UMNO




Tolak jawatan timbalan menteri
Mar 19, 08 1:07am





Ahli parlimen Kimanis, Datuk Anifah Aman, malam ini menolak jawatan timbalan menteri pengangkutan selepas namanya diumumkan dalam barisan kabinet baru Perdana Menteri tengah hari tadi.

Penolakan seumpama itu dipercayai pertama kali berlaku, lapor Bernama tengah malam ini.

Anifah dilaporkan memberikan alasan bahawa beliau sudah berkhidmat selama dua penggal sebagai timbalan menteri perusahaan perladangan dan komoditi dan sewajarnya "memberi laluan kepada orang yang lebih muda".

Ketika prestasi BN paling buruk kerana gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dan hilang lima negeri ke tangan pembangkang, penolakan ini dijangka menjadi satu tamparan hebat buat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Menurut laporan itu lagi, Anifah, adik Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman (foto kiri), tidak menyebut alasan lain berhubung keputusannya itu.

"Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana melantik saya tetapi saya telah memutuskan untuk tidak menerimanya," beliau dipetik sebagai berkata.

Anifah menang di kerusi Beaufort pada 1999 dan 2004 sebelum bertanding di kerusi parlimen barunya itu.

Belum jelas penolakan beliau itu akibat bantahan atau sebab-sebab lain.

Bagaimanapun BN Sabah dilaporkan kecewa apabila tidak diberikan lebih banyak jawatan utama walaupun negeri itu dan Sarawak menyumbang jumlah kerusi yang besar di Dewan Rakyat.

Daripada 140 kerusi BN di parlimen, 51 dimenangi di Malaysia timur. Parti-parti pembangkang kini memperolehi 82 kerusi - dua daripadanya di Sabah dan Sarawak.

Timbalan ketua perhubungan Umno Sabah, Datuk Mohd Shafie Apdal berkata pemimpin-pemimpin negeri itu meluahkan rasa kecewa selepas pengumuman tengah hari semalam kerana harapan mereka begitu tinggi untuk mendapat jawatan kanan.

Sebaliknya, lapor laman web New Straits Times, mereka perhatikan negeri-negeri yang berprestasi kurang baik dalam pilihanraya umum tetap diutamakan.

Tan Sri Bernard Dompok, presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), meluahkan sikapnya yang sama dengan pemimpin Sabah itu.

Pergerakan Wanita Umno turut membantah pengguguran dua pemimpin kanan mereka, termasuk ketuanya Datuk Seri Rafidah Aziz (foto bawah) yang mengekalkan kerusi Kuala Kangsar.

Naib ketua Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang tewas di kerusi Lembah Pantai, tidak tersenarai sebagaimana janji Abdullah untuk tidak melantik calon BN yang kecundang.

Bagaimanapun beliau tiba-tiba dilantik penasihat khas Perdana Menteri bagi hal-ehwal sosial dan wanita petang semalam selepas Wanita Umno mengadakan mesyuarat khas membincangkan barisan kabinet baru itu.

Pelantikan mengejut Shahrizat dilaporkan gagal meredakan kekecewaan mereka.

Kira-kira 50 pemimpin Wanita bergerak ke pejabat dan kediaman rasmi Abdullah di Putrajaya lebih kurang 8 malam tadi untuk menyatakan bantahan mereka.

Mereka kecewa kerana Wanita Umno yang sering bertungkus-lumus memenangkan calon-calon BN tidak dihargai.

Bekas timbalan perdana menteri, yang juga penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam meramalkan Umno akan terus bergolak susulan pengagihan jawatan dalam kabinet kali ini.

SAMBUTAN MAULIDDURRASUL CUBA DI SABOTAJ ADUN UMNO

Kemenangan sudah dan seharusnya perancangan dan perlaksanaan adalah agenda utama kita. Demi agama dan bangsa setiap dari kita dipertanggungjawab untuk melakukan yang terbaik. Proses mengatur organisasi sedang giat dijalankan walau terdapat ruang dan sedikit longgar dalam meletakan individu berkaliber ditempatnya.

Saudara

Majlis Maulidur Rasul di peringkat negeri akan dilaksanakan pada 20/03/08. Program ini merupakan program pertama kerajaan baru alternatif namun sudah ketara ada pihak berhasrat untuk sabotaj dan menggagalkan acara itu, justeru itu saya rasa terpanggil dan berharap dengan bantuan rakan rakan kita mampu membuktikan pada musuh serta agen agen munafik bahawa setiap yang benar pasti mendapat pembelaan. Diantara intipati acara adalah seperti berikut :-

PROGRAM : MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI
KEHADIRAN : 4 - 5 RIBU
TETAMU : YAB AHMAD FAIRUS (TIM. KETUA MENTERI)
KONTIGEN : AGENSI KERAJAAN, SWASTA, BERKANUN DAN NGO
TEMPAT : MASJID JAMEK SEBERANG JAYA BERARAK KE TAPAK ESPO SEBERANG JAYA
MASA : 7.30 PAGI

PROGRAM ini besar kemungkinan akan di sabotaj oleh wakil rakyat umno terdiri dari YB Penaga, Sg Dua, Pinang Tunggal dan lain lain YB Pembangkang. Bertujuan untuk memalukan pihak pentadbiran alternatif dengan membesarkan melalui media sekiranya gagal menghimpun sebanyak kontigen dan agensi kerajaan. Mesyuarat yg baru berlalu Jumaat lalu jelas membuktikan terdapat anasir memboikot setelah program ini cuba di politikan. Jumlah kehadiran disekat dari 5 ribut kepada 2 ribu dan saya berharap pihak saudara dapat menwar warkan dan cuba membawa seramai mungkin penyokong alternatif pada pagi 20/03/08 di masjid seberang jaya.


Kerjasama saudara terlalu tinggi nilainya dan saya menanti respon agresif setiap pendokong keadilan dan islam.

takbir

KEYAKINAN ANWAR TELAH BANYAK TERBUKTI KINI-JALAN KE PUTRAJAYA SEMAKIN DEKAT



Jalan ke Putrajaya semakin dekat - Anwar
Helme Hanafi,KLpos
Tue | Mar 18, 08 | 7:45:22 am MYT
Ada nada optimis apabila Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim memberitahu puluhan pemimpin kanan parti itu serta beberapa tokoh NGO bahawa "jalan ke Putrajaya semakin dekat". Beliau berkata demikian dalam perjumpaan tertutup di rumah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim petang semalam.

Menurut Anwar, biarpun apa yang dikatakan beliau itu 'macam tidak masuk akal' namun beliau memberikan bandingan, "Dulu saya kata KeADILan akan menang, orang tak percaya, pemimpin parti sendiri tidak percaya, tapi alhamdulilah kita menang juga," katanya.

Sebelum ini, Anwar pernah memberitahu bahawa parti itu mensasarkan 30 kawasan parlimen tumpuan, tetapi seperti kata Anwar sendiri, 'tidak ramai yang percaya,".

Bahkan seorang pemimpin kanan KeADILan memberitahu penulis, tiga hari sebelum pilihan raya lalu, Anwar memberitahu beliau Barisan Rakyat akan menang sekurang-kurangnya 45 kerusi Parlimen.

"Saya tidak percaya waktu itu," katanya.

Bahkan, menurut pemimpin yang tidak mahu namanya disebutkan itu, Anwar sendiri pada hari-hari akhir sebelum pembuangan undi mengatakan pembangkang boleh menawan Selangor dan Pulau Pinang.

"Ketika itu Perak dan Kedah tidak termasuk dalam perkiraan kita lagi," katanya.

Berbalik kepada pertemuan Anwar dengan pemimpin-pemimpin KeADILan, kata sumber, Anwar menekankan bahawa semua ADUN dan Ahli Parlimen yang dipilih rakyat mesti balik ke kawasan masing-masing dan menubuhkan Pusat Khidmat secepat mungkin.

"Anwar menekankan peri pentingnya pemimpin KeADILan dilihat berkerja untuk rakyat jika mahu mengekalkan kemenangan besar parti," kata beliau.

Jelas beliau, Anwar juga memberi amaran bahawa parti tidak teragak-agak mengambil tindakan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dengan rasuah dan penyelewengan kuasa.

"Tiada kompromi dan kita akan pecat jika terbukti bersalah biarpun dia ahli Parlimen kita sendiri," kata Anwar tegas.

Dalam pertemuan tersebut, Anwar juga memberitahu bahawa beliau ada berunding dengan ahli-ahli Parlimen BN yang ingin meloncat parti.

Namun syaratnya jelas, "Tiada bayaran dan mereka mesti menerima agenda kita," kata Anwar.

Sementara mengenai, kedudukan ahli majlis, lembaga pengarah syarikat di negeri-negeri yang dikuasai Barisan Rakyat, Anwar membayangkan bahawa, beliau tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang melobi kedudukan tersebut.

"Kita pilih berdasarkan merit, kalau layak, layaklah, kalau tidak kita akan pilih orang yang layak biarpun bukan pemimpin parti," kata Anwar. - mks.

LAGI KUTUK KABINET PAK LAH

Kabinet Pak Lah didalangi?
Aman Rais | Feb 21, 06 12:59pm


Baru Selesai sudah episod rombakan kabinet Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah). Mereka yang selama ini tertunggu-tunggu rombakan tersebut, akhirnya mengalami “anti-klimaks”. Memang ada perubahan dibuat tetapi ia tidak seperti yang dijangkakan. Ramai pemerhati politik berpendapat Pak Lah tidak mendapat ilham yang tepat. Ilham yang datang dalam rombakan kabinet Perdana Menteri itu dianggap tumpul dan menghampakan.

Sebelum ini, ramai berpendapat kabinet Pak Lah dibayangi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Mereka mengharapkan Pak Lah muncul dengan barisan kabinetnya sendiri – barisan kabinet Islam Hadhari!

Namun nama-nama yang dijangka digugurkan terus dikekalkan. Bukan sahaja mereka dikekalkan, malah dianggap sebagai “terlalu baik untuk digantikan oleh orang lain”. Dalam kes Datuk Seri Rafidah Aziz, misalnya, Pak Lah bukan sahaja mengekalkan beliau, malah mempertahannya kesilapannya. Kepincangan Rafidah menangani isu permit import (AP) kenderaan ditutup dengan segala kejayaan dan kebijaksanaanya memikat pelabur asing ke dalam negara.

Beberapa menteri dan timbalan menteri seperti Datuk Seri Samy Vellu, Datuk Azmi Khalid dan Datuk Noh Omar, yang sebelum ini disebut-sebut bakal digugurkan, telah dikekalkan. Azmi dan Noh diberikan potfolio baru.

Antara pemerhati politik yang nyata paling kecewa dengan rombakan kabinet Pak Lah ini ialah Dr Mahathir. Walaupun beliau tidak menyatakannya dengan jelas, namun berdasarkan kritikannya terhadap dasar AP negara yang tidak berubah, jelas sekali beliau mengambil pendekatan “pukul anak, sindir menanti”.

Nyata sekali bekas Perdana Menteri itu kecewa Rafidah dikekalkan di potfolio lamanya – MITI.

Tindakan Pak Lah membawa masuk tokoh yang pernah digugurkan, Tengku Adnan Mansur juga mengejutkan banyak pihak. Rakyat tidak nampak apa rasional Pak Lah membawa balik wakil rakyat Putrajaya itu ke dalam kerajaan.

Pemerhati politik semakin pening memikirkan mengapa tiga wakil rakyat dari Wilayah Persekutuan (WP) dilantik sekaligus sebagai menteri penuh. Selain Tengku Adnan, dua lagi ahli Parlimen dari WP yang memegang jawatan menteri penuh ialah Datuk Zulhasnan Rafique (Wangsa Maju) yang menggantikan tempat Tan Sri Isa Samad sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Datuk Shahrizat Abdul Jalil.

Umno WP

Adakah pengaruh Umno Wilayah Persekutuan menjadi penentu masa depan Pak Lah dalam parti?

Berdasarkan barisan anggota kabinet yang dikekalkan dan digugurkan itu, para pemerhati terutamanya pemimpin pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) merasakan Pak Lah telah terlepas peluang untuk mengotakan janjinya memerangi rasuah dan penyelewengan dalam kerajaan.

Pada awalnya, Perdana Menteri dijangka menggugurkan beberapa menteri yang dikatakan bermasalah. Ada sumber yang rapat dengan pejabat Perdana Menteri mengatakan, kerana mahu membersihkan kabinetnya, maka Pak Lah memerlukan masa berbulan-bulan untuk mendapatkan “ilham” bagi merombak barisan menterinya.

Kononnya, beliau terpaksa berhati-hati menapis dalam menggugurkan dan mencari pengganti bagi memastikan ”rambut yang ditarik dari dalam tepung tidak putus dan tepungnya tidak terurai...”

Namun ramai yang terkejut dan kecewa pada 13 Februari lalu apabila ramai menteri yang “bermasalah” terus dikekalkan. Lalu timbullah desas-desus dan pertanyaan di kalangan pemerhati politik: benarkah ini kabinet Pak Lah atau ia masih dibayangi oleh orang lain.

Ramai yang berpendapat bayang-bayang Dr Mahathir semakin terhakis walaupun ramai menteri yang dulunya dikaitkan dengan Wira Dunia Ketiga itu, masih dikekalkan oleh Pak Lah – antaranya Datuk Aziz Shamsudin, Datuk Zainuddin Maidin, Azmi Khalid, Datuk Mustapha Mohamed, Rafidah dan Datuk Johari Baharom.

Penyokong kuat

Namun mereka ini tidak lagi dilihat sebagai penyokong kuat Dr Mahathir, tetapi sebaliknya dikatakan sudah beralih menjadi penyokong setia Pak Lah. Sudah menjadi adat resam politik, sokongan untuk seseorang hanyalah ketika dia berkuasa. Apabila tiada kuasa, perasaan sayang akan melayang!

Jadi dengan tiada lagi bayang-bayang Dr Mahathir, tangan siapakah pula yang menjadi dalang dalam rombakan kabinet ini? Mengapa pemerhati politik tidak mahu mempercayai atau menerima sahaja bahawa kabinet yang ada ini adalah barisan pilihan Pak Lah dan bukan dibayangi oleh orang lain?

Adakah mereka tidak percaya bahawa Pak Lah sebagai seorang pemimpin veteran yang telah lama melalui asam garam politik, mampu membuat keputusan sendiri? Adakah mereka masih meragui siapa sebenarnya yang “in-charge” dalam kerajaan Malaysia sekarang?

Tidak mungkin barisan kabinet baru ini dibayangi oleh Datuk Seri Najib Tun Razak walupun beliau berdiri tegak di kiri Pak Lah semasa pengumuman rombakan itu dibuat. Jadi kalau betul ada dalang yang memainkan wayang kulit rombakan kabinet itu, siapakah dia? Siapakah yang rapat dengan Pak Lah ketika ini? Siapakah penasihat atau kumpulan “think tank” beliau?

Adalah keterlaluan kalau ada pihak mengatakan menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin yang mendalangi rombakan kabinet kali ini. Beliau hanya seorang budak mentah yang dirasai belum mempunyai kemampuan untuk mencatur pengerakan politik bapa mertuanya.

Sepak terajang politik Pak Lah tidaklah terlalu sumbang hingga perlu menjadikan Khairy menjadi “masater mind” beliau. Membina barisan kabinet negara bukan semudah membentuk pasukan bolasepak MyTeam!

KIT SIANG MOHON MAAF.




SIKAP SDR LIM KIT SIANG DILIHAT SEBAGAI AMAT GENTLEMENT.BELIAU HARUS MENERIMA KRITIKAN KERANA RAKYAT YANG MENGANGKATNYA SEBAGAI WAKIL RAKYAT.



Kit Siang menghadap Raja Nazrin
Mar 17, 08 7:58pm
Selepas dipersalahkan atas pembatalan majlis angkat sumpah menteri besar Perak minggu lepas, tokoh utama DAP Lim Kit Siang hari ini menghadap Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah, dan memohon maaf secara peribadi kepada baginda.

Dalam kenyataannya hari ini, Lim berkata pertemuan itu diadakan selepas majlis angkat sumpah wakil PAS Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar pagi tadi di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Sabtu lepas, tambah ahli parlimen Ipoh Timur itu, beliau telah menulis surat kepada Raja Dr Nazrin berhubung kenyataannya agar 18 wakil rakyat DAP memboikot majlis tersebut yang dijadual Khamis lepas.

Lim pada waktu itu berkata DAP tidak bersetuju dengan Mohammad Nizar sebagai ketua kerajaan negeri itu.

Kenyataan Lim yang dibuat tidak sampai 24 jam sebelum majlis tersebut telah mendorong, antaranya, pembatalan majlis tersebut.

Raja Dr Nazrin juga mengesyorkan semua 31 wakil DAP, PKR dan PAS menandatangani persetujuan melantik wakil Pasir Panjang itu sebagai MB setelah diperkenan oleh istana.

NYAWA ANWAR MUNGKIN TERANCAM-NILAINYA MUNGKIN MELEBIHI PULUHAN JUTA



PERMATANG PAUH 18HB MAC- Sewaktu berceramah di pejabat PKR negeri sewaktu memperkenalkan calon-calon PKR,sebelum pilihanraya baru-baru ini, DSAI pernah menyebut bahawa beliau pernah diberitahu bahawa nyawanya mungkin bernilai ratusan juta kerana mendedahkan video Linggam.

"Ada pihak pihak tertentu yang menaruh dendam kepada saya mengenai pendedahan kes Linggam dan beberapa kes lagi yang melibatkan tokoh-tokoh kepimpinan negara"

Kini Anwar menggunakan beberapa orang pengawal peribadi dari persatuan seni silat gayong sebagai menjaga beliau dari ancaman musuh-musuh yang mungkin akan bertindak menganiyainya.

AGENDA EKONOMI MALAYSIA MENGGANTIKAN DEB YANG MEMPERKAYAKAN TOKOH-TOKOH UMNO






Agenda Ekonomi Malaysia

Agenda Ekonomi Malaysia oleh KeADILan adalah komited untuk memperbaiki dan menaiktaraf golongan miskin dan terpinggir samada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lainnya. Kami sentiasa menegaskan bahawa di bawah kepimpinan kami, kepentingan orang Melayu akan dipelihara dan kami kekal komited untuk membina sebuah sistem baru yang lebih adil, lebih saksama dan berperanan untuk memastikan tidak ada seorang pun yang ketinggalan di belakang tanpa mengira apa agama dan bangsa mereka.

Kami merancang untuk melaksanakan mekanisme-mekanisme baru untuk menyalurkan bantuan ekonomi kepada sejumlah besar peniaga-peniaga kecil dalam komuniti Melayu dan memastikan peluang pendidikan, skim kewangan mikro kredit, perkhidmatan sosial dan kebajikan serta pelbagai lagi bentuk bantuan ekonomi terbuka untuk masyarakat Melayu.

Saya percaya bahawa semua rakyat Malaysia termasuklah golongan Melayu mengalu-alukan mandat yang diperolehi KeADILan pada 8 Mac lepas dan mereka memandang ke hadapan untuk membentuk sebuah kerajaan yang lebih berakauntabiliti, memerangi rasuah dan melaksanakan janji-janji untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan membasmi kemiskinan di dalam pelbagai sektor masyarakat.

Justeru saya turut terkesan dengan pelbagai usaha yang dilakukan oleh segelintir pihak untuk mengapi-apikan sentimen perkauman selepas Pilihanraya Umum 8 Mac yang lepas. Kami mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kempen ganas ini dipeloporti segelinti Melayu korporat dan pimpinan Umno yang bersalah kerana menyalahguna dan menyelewengkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk memperkayakan kelompok dan kroni mereka menggunakan wang yang sepatutnya disalurkan kepada rakyat.

Hubaya-hubaya ini mempergunakan Umno dan media kawala kerajaan untuk menyemarakkan rasa takut di kalangan masyarakat Melayu dan mengalihkan tumpuan daripada kekalahan mereka dan kegagalan terbesar Umno dalan sejarah, kepada memberi tumpuan dan fokus kepada keperluan seluruh rakyat Malaysia termasuklah Melayu miskin dan tertindas.

Saya menyeru kepada seluruh rakan warga Malaysia untuk menolak usaha desperado tajaan pimpinan dan ahli Umno untuk menyelamatkan harapan rakyat daripada dimanipulasi sebuah parti yang rosak yang menyemarakkan ketakutan rakyat dan berusaha memecahbelahkan rakyat negara ini.

Kita mesti kekal bersatu untuk menjunjung Harapan Baru buat Malaysia

ANWAR IBRAHIM

KENYATAAN MEDIA KEADILAN

PENDIRIAN KeADILan TERHADAP DEB JELAS DAN TEGAS

Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) mempunyai pendirian yang jelas dan tegas terhadap Dasar Ekonomi Baru (DEB). Seperti yang dijelaskan oleh Ketua Umum keADILan, Anwar Ibrahim dalam sebuah artikel 20 halaman dan diterangkannya melalui beberapa kenyataan serta ceramah umum, dan ditegaskan dalam beberapa dokumen Parti, termasuk Manifesto Pilihanraya, kami berhasrat untuk menggantikan DEB dengan Agenda Ekonomi Malaysia.

Selepas dilaksanakan hampir 40 tahun, DEB ternyata sudah ketinggalan zaman. Ia disalahgunakan oleh segelintir pemimpin Umno-Bn serta kroni-kroni mereka untuk merompak kekayaan negara bagi mengkayakan diri sendiri atas nama seluruh rakyat Melayu. Ia telah mengakibatkan amalan diskriminasi kaum, bertentangan dengan semangat memberi keadilan dan kesaksamaan kepada semua rakyat Malaysia, terutama sekali mereka dari golongan miskin, terpinggir dan terbiar dari semua kaum.

Agenda Ekonomi Malaysia berhasrat untuk: (a) memperkenal dan melaksanakan dasar pembahagian kekayaan negara yang adil, seimbang serta saksama; (b) memerangi dan akhirnya membenteras amalan jijik korupsi, kronisme serta nepotisme dan memastikan pemberian kontrak serta projek dilakukan secara terbuka dan telus; (c) meneruskan dasar memberi pertolongan kepada golongan Bumiputera yang miskin serta terbiar tetapi pada masa yang sama memberi peluang yang sejajar kepada golongan bukan Bumiputra yang miskin, terpinggir serta terbiar, atas asas keperluan dan bukan kemakan kaum; (d) menggunakan sumber kekayaan negara untuk menyediakan kemudahan sosial yang lebih baik – terutama pendidikan, kesihatan dan perumahan – untuk golongan miskin dan susah tanpa mengira latarbelakang kaum; dan (e) menjana pembangunan yang menguntungkan rakya serta membina kapasiti bersaing supaya Malaysia dapat berdiri sama tinggi dengan semua negara maju, bermula dengan yang di Asia.

Pemimpin-pemimpin Umno-Bn dan media mereka kuasai yang menuduh kononnya Parti Keadilan Rakyat tidak mempunyai pendirian terhadap DEB dan cara-cara untuk mempertingkat taraf hidup orang Melayu yang miskin, terpinggir dan tercicir sebenarnya berdusta dan segaja cuba hendak menipu dan menyelewengkan perhatian rakyat. Kami menegaskan dasar memberi keutamaan untuk kebajikan golongan miskin, terpinggir akan lebih banyak memberikan keuntungan kepada rakyat Melayu, kerana merekalah yang merupakan majoriti paling ramai di dalam categori ini.


Dr. Syed Husin Ali
Timbalan Presiden,
Parti Keadilan Rakyat.
15hb Mac 2008


--------------------------------------------------------------------------------

--PRESS STATEMENT FOR IMMEDIATE RELEASE --

KeADILan HAS CLEAR AND FIRM STAND ON NEP

Parti Keadilan Rakyat (People's Justice Party) has a clear and firm stand on the New Economic Policy (NEP). As explained by the Ketua Umum of the Party, Anwar Ibrahim in his 20-page article as well as through his many public pronouncements and ceramah, and further reaffirmed in several Party documents, including the Election Manifesto, we intend to replace the NEP with the Malaysian Economic Agenda.

The NEP, after nearly 40 years is already anachronistic. It has been abused by a handful of leaders and cronies in Umno-BN to rob the country of its wealth to enrich themselves, in the name of the Malays as a whole. It has led to discriminatory practices that are against the spirit of justice and fairness for all Malaysians, particularly the poor, marginalised and disadvantaged groups of all races.

The Malaysian Economic Agenda aspires to: (a) institute and implement fair, just and equitable redistribution of the wealth in the country; (b) fight against and finally abolish the evil practices of corruption, cronyism and nepotism and ensure the award of contracts and projects are done in open and transparent manner; (c) continue the policy of positive discrimination in favour of poor dan deprived Bumiputera while at the same time giving equal opportunities to poor and deprived non-Bumpiputera on the basis of need and not racial greed; (d) utilise the wealthy resources of the country to provide better social facilities – especially education, health and housing – for the poor, irrespective of ethnic backgrounds; and (e) generate pro-people development and strengthen the competitive capacity of Malaysia so that she can stand tall with all developed countries, starting with those in Asia.

Those leaders of Umno-Bn and the media they own that accuse Parti Keadilan Rakyat as having no stand on the NEP and on other ways of improving the lot of the poor, marginalized and disadvantaged Malays are deliberately indulging in lies to mislead the public. We wish to emphasise that a policy of positive discrimination in favour of all Malaysians who are poor, marginalized and disadvantaged will benefit the Malay rakyat more, because they form the big majority of this category of people.

Dr. Syed Husin Ali
Deputy President, KeADILan
March 15, 2008