Anak saya rakam klip video Lingam, kata ahli perniagaan

Nash Rahman | Jan 12, 08 11:55am

Seorang ahli perniagaan hari ini mengakui secara terbuka bahawa beliau adalah lelaki yang dilihat dalam bahagian kedua klip video Lingam yang didedahkan oleh PKR September lalu.

Dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini malam ini, Loh Mui Fah, 58, berkata mengambil keputusan untuk mendedahkan identitinya kerana mahu "pihak berkuasa berhenti daripada mengganggu dan menceroboh privasi dirinya dan keluarganya".

Di samping itu, katanya, beliau juga bimbangkan keselamatan dirinya dan anggota keluarganya kerana mereka sering diekori dan pernah menerima panggilan berunsur ugutan meminta beliau supaya 'berjaga-jaga'.

Loh berkata, anak lelakinya yang merakamkan klip video sepanjang 14 minit perbualan telefon peguam Datuk VK Lingam itu, tetapi menafikan beliau yang menyerahkan klip tersebut kepada PKR.

Bagaimanapun, katanya, beliau percaya anaknya merakam video tersebut tanpa sebarang niat yang tidak baik atau memahami apa yang sedang diperkatakan.

Menurutnya lagi, klip video itu bukan dirakamkan pada tahun 2002 yang dilaporkan tetapi pada 20 Disember 2001.

Klip video itu menunjukkan Lingam sedang berbual melalui telefon, didakwa dengan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Fairuz Sheikh Abdul Halim mengenai pelantikan hakim-hakim.

Bahagian pertama minit klip video tersebut telah didedahkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 19 September lalu. Manakala bakinya klip video enam di mana Loh kelihatan di dalamnya, diumumkan oleh Anwar Disember lalu selepas kerajaan mengumum penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasatnya.

"Bukan saya yang memberi klip video itu ataupun saya merestui ianya didedahkan...berdasarkan kenyataan saya sebelum ini, saya tidak tahu pun klip video itu ada...," katanya.

Ditanya sama ada beliau ada membuat laporan polis mengenai ugutan tersebut, Loh berkata "sekurang-kurangnya satu aduan".

Loh berkata, selepas klip video itu didedahkan, beliau sering diekori dan diintip oleh orang yang tidak dikenali yang kemudiannya disahkan sebagai pengawai Badan Pencegah Rasuah (BPR).

'Kami diekori'


"Mereka datang menaiki kereta, memerhati kami, letak kereta berhimpiran, enjin hidup...saya tingggal di apartmen, pihak keselamatan mengesahkan mereka datang dengan menaiki kereta...kemudian BPR mengesahkan yang ejen mereka sedang memerhati kami, tetapi mereka tidak menjelaskannya.

"Saya tanya mengapa tidak datang jumpa saya, mengapa membazirkan wang kerajaan macam tu...," katanya sambil menambah, mereka pernah datang serentak ke kediaman dan pejabatnya mencari beliau, tetapi beliau tiada.

"Di rumah saya, mereka mahu mengambil anak bungsu saya...ini gangguan kepada anak saya...dia tidak ada apa-apa berkaitan dengan hal ini. Nak ambil dia untuk apa?" tambahnya.

"BPR mahu soal anak lelaki saya, walaupun dia kata dia tidak tahu apa-apa mengenainya. Mereka kata tak apa kita cuma nak tanya soalan," tambah Loh.

Dalam satu lagi insiden, Loh berkata, beliau didatangi pegawai BPR di Melaka ketika beliau dalam perjalanan ke Singapura.

Katanya, kerana mengesyaki diekori, beliau berhenti di sebuah kedai dan kemudiannya didatangi oleh dua pegawai BPR yang meminta beliau mengikut mereka untuk memberi kenyataan.

Bagaimanapun, kata Loh, beliau memberitahu mereka supaya membuat temujanji dan tidak boleh datang begitu sahaja kerana beliau ada urusan lain.

Berikutan itu, katanya, mereka meminta beliau bercakap dengan 'bos' mereka untuk menjelaskan perkara tersebut.

'Saya bukan penjenayah'


"Dia mungkin dari ibupejabat. Mereka kata bos mereka, saya kata saya boleh bercakap dengan sesiapa sahaja (kerana) saya bukan penjenayah. Mereka kata hendak bercakap dengan saya, dan saya memberitahu mereka bahawa tempat yang paling baik ialah suruhanjaya diraja (yang ditubuhkan untuk menyiasat klip video tersebut).

'Malah, saya meminta penjelasan mengenai perbezaan antara BPR dan suruhanjaya diraja itu, apakah wujud pertindihan tugas...mereka kata suruhanjaya itu tiada kemudahan untuk mengarahkan siasatan...sepatutnya beri gambaran yang sebenarnya...sepertimana dengan polis, mesti ada waran...mesti ada dokumen yang sempurna...saya rasa mesti dibuat dengan teratur...," katanya.

Mengenai pertemuan pada malam klip video itu dirakamkan, Loh berkata Lingam merupakan peguam yang mengendalikan urusan perundangannya.

Bagaimanapun, katanya, beliau merasakan Lingam tidak memberi masa sewajarnya untuk mengendalikan urusan berkenaan.

Berikutan itu, katanya, Lingam telah mempelawa mereka datang ke rumahnya untuk makan malam dan dia pergi ke situ bersama anak lelakinya, Loh Jwo Burne, 33, sambil berbincang mengenai urusan berkenaan.

"Kita pergi ke rumahnya, kita ditawarkan minuman, bukan minuman alkohol, dan kita makam malam. Kita dijemput untuk makan malam, beberapa orang lagi sepatutnya bersama kami, tetapi hanya beliau sahaja ada," katanya sambil menambah, perbincangan mereka terganggu apabila adik perempuan Lingam datang dan berbincang mengenai isu-isu perundangan.

Menurut Loh, adik perempuan Lingam itu kemudiannya beredar dari situ dan meneruskan perbincangan.

"...Ketika itu ada panggilan...saya kata ada panggilan...kerana kalau (tengah) berbicangan dengan saya, macam mana beliau (boleh) membuat panggilan, kecuali ada pangilan masuk. Beliau tidak boleh elak...satu dua panggilan beliau terpaksa panggil balik...dia guna telefon lain-lain...," katanya.

Loh berkata, pada mulanya tidak menyedari rakaman sedang dibuat dan beliau hanya tahu mengenainya selepas ia didedahkan.

Surat pada PM

Ditanya mengenai reaksinya apabila mengetahui mengendai pendudukan klip video tersebut, Loh berkata, secara peribadi beliau senang kerana "saya terbabit dalam isu kontroversi, nanti ada spekulasi, tuduhan mengapa anda terbabit".

"Saya sumpah saya tidak pernah tengok dan tidak sedarpun rakaman itu dibuat..tapi berapa ramai yang akan percaya...anda terbabit dalam isu kontroversi. Saya diletakkan dalam situasi yang amat sukar," katanya.

Loh berkata, beliau juga menulis surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (l
ihat di bawah sekali) berhubung isu tersebut serta menghantar emel kepada panel siasatan klip video Lingam tersebut berhubung jaminan keselamatan untuk saksi, tetapi tidak mendapat jawapan.

Bagaimanapun, katanya, berdasar kenyataan yang dibuat oleh Majlis Peguam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, akta melindungi saksi baru hendak dibincang di kabinet dan itu bermakna tidak ada akta perlindungan seumpama itu.

Mengenai tindak tanduk anggota BPR mengekori dan mahu menyoalsiasat anak bungsunya, Loh berkata: "Saya tidak mahu guna perkataan gangguan, tapi mereka boleh datang terus pada saya...saya tidak ada rekod jenayah, saya seorang ahl perniagaan yang bersih...bagi saya, saya tidak pernah bimbang pihak berkuasa datang jumpa saya, tidak ada...

"Malah, saya pernah diganggu sebelumnya...saya tidak gembira dengan banyak agensi kerajaan (mengenai) cara mereka layan saya, gangguan polis...mereka mahu tangkap saya... (kata) awak suspek... bukan dalam isu ini...saya pernah diganggu sebelum ini...," katanya.

Bagaimanapun, katanya, apa yang dilakukan oleh anggota BPR terhadap anak lelaki bungsunya itu adalah satu gangguan kerana dia (anaknya itu) tidak terbabit langsung.

Ditanya bagaimana BPR boleh mengenalpastinya, Loh berkata: "Saya rasa mungkin Lingam teringat siapa ada di rumahnya pada masa itu...dia (juga) pernah beri kenyataan kepada BPR atau pihak penyiasat...mungkin ditanya siapa yang lainnya, dan mungkin telah mengenal pasti kita, ini orangnya. Sebelum ini, saya rasa ada orang perhatikan kami," katanya.

'Nanti dituduh pembangkang'


Ditanya sama ada gangguan itu bertujuan untuk menutup mulutnya, beliau berkata: "Saya tidak boleh buat spekulasi, nanti mereka tuduh saya pembangkang...kalau kata sesuatu yang mereka tidak suka, mereka akan kata awak bersikap macam pembangkang.

"Tapi saya rasa mereka mahu kenyataan dari saya 'unprepared'. Saya bukan seorang peguam, saya tidak tahu undang-undang apa yang beri saya perlindugann. kerana itulah saya minta nasihat peguam bagaimana hendak mengendali situasi ini kerana ia sudah menjadi besar...

"...jika ada pemimpin yang tidak suka, saya mungkin dicap sebagai pembangkang...saya tidak mahu berada dalam situasi tersebut," katanya.

Ditanya sama ada mereka mahu beliau memberi kanyataan tanpa kehadiran peguam, Loh berkata mungkin.

Ditanya mengapa beliau mahu mendedahkan identitinya kepada umum sekarang, Loh berkata beliau berbuat demikian untuk keselamataan dirinya kerana beliau pernah mengalami gangguan seperti itu sebelum ini yang mebuatnya kini lebih berhati-hati..

Loh menyifatkan tindakan beliau berbuat demikian merupakan "pilihan terbaik yang saya ada".

Ditanya sama ada beliau pernah bercakap dengan PKR selepas klip video pertama selama lapan minit didedahkan, beliau berkata: "Saya didatangi kerana tidak ada saksi terbaik, (selain saya). Saya rasa semua orang akan jumpa saya...BPR, suruhanjaya diraja...jadi satu orang yang menjadi bukti, ia adalah saya."

DItanya sama ada pertemuan dengan PKR itu sebelum atau selepas klip video tersebut didedahkan, Loh berkata: "Tak pasti kerana saya sering keluar negara...bagaimanapun saya ditemui dan (mereka) minta kerjasama...mereka kata mereka hargai kerjasama dan sokongan saya...

'Tidak setuju didedahkan'

"Secara jujur saya agak keberatan...mungkin itulah sebabnya rakaman penuh klip video itu agak lama sebelum didedah...saya tetap tidak setuju (klip video itu didedahkan)...," tambahnya.

Ditanya sama ada beliau bersedia menghadiri prosiding suruhanjaya diraja itu, Loh berkata: "Sebagai rakyat yang baik...untuk kepentingan rakyat, saya patut beri kerjasama...terpulang kepada suruhanjaya itu untuk mencari jawapannya...

"Kandungannya tiada kaitan dengan saya, kecuali saya menjadi saksi kepada kandungan tersebut...kalau ditanya, saya tidak boleh nafi kerana saya yang tanya soalan (dalam klip video tersebut)..." tegasnya.

Ditanya benarkah beliau tidak tahu yang anak lelakinya merakamkan perbualan tersebut, Loh berkata pada masa itu beliau tidak tahu.

Ditanya sekali lagi sama ada PKR bertemu dengan beliau sebelum klip video itu didedahkan, Loh berkata: "Saya tidak setuju dengan pendedahan itu...yang pertamanya saya tidak tahu...kalaupun saya tahu, saya tidak akan setuju ia didedahkan...saya tidak akan beri klip video itu kepada mereka..."

Menjawab soalan seterusnnya Loh berkata: "Apa juga yang anda katakan, saya tidak mahu jadi perhatian dan dicap sebagai pembangkang. Itu sesuatu yang saya tidak suka, kerana kehidupan ini akan menjadi sukar jika dituduh sebagai pembangkang...saya tidak mahu kehidupan saya diancam, saya mempunyai sebuah keluarga yang baik...saya tidak mahu anak-anak saya diganggu..."

Ditanya apakah yang beliau beritahu kepada PKR ketika mereka menemuinya, Loh berkata: "Mereka cepat kenalpasti saya dan mahu saya beri sokongan...dan saya kata biarlah saya sendirian. Awak boleh lihat bagaimana bahagian kedua didedahkan lama kemudiannya, kerana saya kata tidak...

"Sebenarnya, BPR yang mengheret saya dalam isu tersebut...bukan PKR yang babitkan saya, tapi BPR yang ekori saya dan menemui saya, sehingga saya terpaksa dedahkan...kerana keselamatan saya. Saya mahu gangguan ini dihentikan," katanya.

Ditanya sama ada beliau membuat pendedahan hari ini bertujuan untuk melindungi anak lelakinya itu, Loh berkata, beliau pernah memberitahu anak lelakinya (yang merakam klip video itu) yang berada di luar negara bahawa beliau (Loh) diekori dan anak lelaki bungsunya turut diganggu.

"Dia menjerit dalam telefon dan kata dia akan cakap dengan media luar negara kerana tidak senang adiknya diganggu...," katanya.

Bagaimanapun, kata Loh, beliau menasihatkan anaknya itu supaya jangan berbuat demikian.

Ditanya sama ada anaknya itu sedia pulang untuk memberi keterangan, Loh berkata: "Saya telah berkata sebelum inipun...katanya apa yang hendak dibimbangkan....sekurang-kurangnya henti gangguan terhadap adiknya..."

Ditanya mengenai harapannya terhadap hasil siasatan suruhanjaya diraja itu, Loh berkata memang sukar untuk membuktikan Lingam bercakap dengan siapa kerana peguam itu mungkin hanya berlakon sahaja.


GELOMBANG BERSIH MASIH HANGAT DI PERMATANG PAUH


OLEH: Wartawan Rasmi Laman Reformasi




Permatang Pauh 9 Januari- Masjid Jamek Kubang Semang diserang dengan gelombang kuning yang masih hangat di Permatang Pauh. Gelombang kuning bermakna kebangkitan rakyat dalam memperjuangkan hak dalam menuntut pilihanraya yang adil dan bersih.


Kumpulan yang diketuai oleh Sdr Bokhari dan Sdr Rosli ini bergerak atas inisiatif sendiri, dan diatas kesedaran sendiri bergerak bagi mengumpul rakyat yang prihatin dan seberapa ramai yang mungkin untuk menyedarkan rakyat bahawa penipuan dalam pilihanraya yang di manipulasi oleh UMNO dan BN akan merosakkan keredibliti system pemerintahan negara, dan yang ruginya ialah rakyat. Menurut Sdr Shukri , yang bertindak sebagai setiausaha , mereka akan terus mengadakan perhimpunan dan perjumpaan minum pagi dan petang setiap minggu di merata kawasan di Permatang Pauh.


Maklumat yang diterima menunjukkan betapa seramai 196 pengundi berbangsa India telah dikesan mendaftar sebagai pemilih di kawasan Permatang Pasir. Salah satu KADUN yang akan di tandingi oleh PAS. Kawasan KADUN ini telah dua kali kekal untuk kerusi PAS dan djangkakan akan terus mengekalkan kemenangan sekiranya suasana, semangat,dan kerjasama yang ada di kekalkan.

Tawaran BA turunkan harga minyak buatkan BN gelabah


Wan Nordin dan Roy Rasul
Thu | Jan 10, 08 | 6:04:42 am MYT

Awal Januari 2008, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi 'gelabah' dengan pengumuman pembangkang berhubung tawaran menurunkan harga minyak jika Barisan Alternatif (BA) diberi mandat memerintah negara pada Pilihan raya Umum ke-12.

Tawaran BA berasaskan kepada beban rakyat selepas kenaikan harga minyak pada tahun 2006 yang mengakibatkan harga pelbagai barangan keperluan meningkat berkali ganda.

Mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan tawaran tambahan dengan hasil keuntungan Petronas, rakyat akan diberikan pendidikan percuma bermula dari pendidikan rendah hingga pengajian tinggi.

"RM10 billion akan diambil dari keuntungan Petronas untuk kita turunkan harga minyak, ia tidak menjejaskan lagi, dan jika ambil RM10 billion lagi untuk belanjakan kepada rakyat mendapat pendidikan percuma, keuntungan masih banyak.Saya ada pengalaman tadbir kerajaan dan sebagai Menteri Kewangan, kita tahu nak buat macam mana," kata Anwar semasa berceramah di Linggi, Negeri Sembilan pada 28 Disember lalu.

Untuk makluman, pada tahun 2006, harga petrol naik daripada RM1.62 kepada RM1.92 seliter bagi gred RON 97 - naik 18.5 peratus dalam tempoh tujuh bulan. Harga petrol RON 92 pula naik kepada 1.88 seliter. Harga diesel juga naik 30 sen atau 23.4 peratus dari RM1.281 kepada RM1.581 seliter.

Turut dinaikkan sebanyak 30 sen ialah harga gas petroleum cecair (LPG) - daripada RM1.45 kepada RM1.75 sekilogram.Sebelum itu pada Julai 2005 harga petrol naik tujuh peratus atau 10 sen manakala diesel naik 23 peratus atau 20 sen dan LPG naik 5 sen.

Dalam keadaan kerajaan BN berkira-kira untuk menaikkan harga minyak lebih RM2.00 seliter selepas pilihan raya umum ini, pengumuman BA mengakibatkan jentera BN terpaksa menggunakan media arus perdana untuk menangkis tawaran itu dengan pelbagai dakyah dan penafian.

Ramai professor dan pensyarah 'pakar ekonomi goreng pisang' yang dijemput oleh media milik kerajaan untuk mengulas tawaran pembangkang yang bertujuan memperlekeh tawaran itu.

Perdana Menteri dan Timbalannya, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak bingkas menyatakan bahawa tawaran itu tidak rasional dan hanya akan mengakibatkan negara 'bankrup'.

Selain itu kerajaan mengandaikan bahawa telaga minyak Malaysia mempunyai bekalan minyak yang hanya boleh menampung untuk beberapa tahun sahaja lagi dan tindakan mengimport perlu dilakukan selepas ini.

Justeru keuntungan Petronas tidak boleh dikompromi untuk menurunkan harga minyak sebaliknya persediaan untuk tujuan pengimportan satu hari nanti.

Kenyataan ini dilihat berbeza dengan maklumat rezab negara yang ada kini mengikut jawapan Perdana Menteri di Parlimen pada November 2005 sejumlah 5.29 bilion tong boleh kekal untuk 19 tahun, selain penemuan demi penemuan telaga minyak terbaru seperti Telaga Minyak Pisagan 1A dan di Kelantan yang belum diusahakan lagi.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjawab 'teriakkan' PM dan Timbalannya itu dengan memberi jaminan jika BA dimandatkan rakyat, pastinya harga minyak akan diturunkan ke satu tahap munasabah yang tidak akan membebankan rakyat.

Bagi Khalid, keuntungan Petronas seharusnya mencukupi untuk membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat dan pada masa yang sama pembangunan negara dapat dilaksanakan dengan menggunakan untung itu bersama hasil-hasil kerajaan yang lain seperti cukai dan sebagainya.

Khalid mencabar Najib untuk membentangkan secara terperinci semua perbelanjaan yang telah dibuat oleh kerajaan menggunakan hasil Petronas kepada Parlimen.

Melihat kepada senario semasa, Khalid percaya, hasil Petronas telah dibazirkan akibat korupsi dan pengurusan yang tidak tulus di dalam pengendaliannya oleh kerajaan BN.

Pembentangan Belanjawaan 2008 jelas menunjukkan perbelanjaan operasi negara yang melebihi RM120 billion tidak boleh ditampung dengan kutipan hasil cukai pendapatan dan hasil cukai yang lain kerana perolehan ini akan hanya berjumlah RM75 bilion.

Senada dengan Khalid, Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar turut menyatakan bahawa kenyataan kerajaan akan muflis jika mengurangkan harga minyak hanyalah alasan terdesak setelah melihat pembangkang mampu memikirkan congakan keuntungan Petronas yang kini mencecah hampir RM80 bilion untuk kesejahteraan rakyat.

Sejak tahun 2000 hingga 2007, Petronas memperolehi keuntungan yang besar berikutan kenaikan harga minyak di pasaran dunia beberapa kali.

Keuntungan Petronas meningkat berkali ganda akibat keuntungan dari kenaikan harga minyak mentah dunia.

Keuntungan sebelum cukai Petronas bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2007 berjumlah RM76.3 bilion merupakan yang tertinggi dalam sejarah.

Hasil keuntungan tersebut, sejumlah RM 48.3 bilion disumbangkan Petronas kepada kerajaan dalam bentuk cukai, dividen, royalti dan eksport duti.

Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd. Hassan Marican berkata, sehingga tahun 2006, Petronas telah membayar RM 287 bilion kepada kerajaan.

Malangnya, limpahan keuntungan itu tidak digunakan untuk membantu rakyat secara keseluruhannya.

Cadangan Perdana Menteri untuk menghalusi sistem subsidi sedia ada dan mensasarkan kepada golongan yang benar-benar layak dipersetujui motifnya, tetapi diragui pelaksanaannya.

Pada tahun 2006 dalam kerajaan mengumumkan penarikan subsidi minyak sejumah RM4.4 billlon bertujuan untuk peningkatan taraf pengangkutan awam.

Akhirnya tindakan itu tidak menguntungkan rakyat kerana kemudahan pengangkutan awam masih pada tahap yang sama, dan penarikan subsidi itu hanya memberi keuntungan kepada syarikat anak Perdana Menteri, Kamaluddin Abdullah yang dilaporkan mendapat kontrak melalui Scomi Engineering dalam kerja-kerja membaikpulih 1500 gerabak keretapi KTM Berhad bernilai RM50 juta dan memasuki tawaran tender membina 400 buah badan bas untuk Syarikat Prasarana Negara Berhad (PNSB) milik kerajaan bernilai RM120 juta.

Selain itu timbul persoalan mengenai cara keuntungan bersih Petronas dibelanja menjadi satu misteri kepada rakyat, dan keuntungannya antara lain digunakan sebagai penyelamat projek-projek nazak 'kroni' sedangkan Petronas bukan milik individu.

Ini dapat dilihat dari rekod perbelanjaan Petronas yang didakwa oleh satu kajian dari Biro Penerangan KeADILan, antaranya bagi projek mega Menara Berkembar Petronas RM10 bilion; KLIA RM 10,5 bilion; Putrajaya dan MSC RM19 bilion; Trek Formula One RM286 juta; menaja Petronas Sauber F1 RM1 Bilion setahun; menaja subsisi gas RM14 bilion setahun yang hanya menguntungkan pembekal antaranya YTL Power (milik Yeoh Tiong Lay) dan Genting Sanyen (Lim Goh Tong); menyelamat DRB-Hicom (proton) RM 1.0 bilion; menyelamat MISC milik Mirzan Mahathir sejumlah RM1.8 billion dan Bank Bumiputra RM4 bilion.

Jika kelemahan pengurusan yang mengakibatkan Petronas terpaksa menanggung 'bail-out' ini diatasi dengan pengurusan berhemah, nescaya impian pembangkang untuk mengurangkan harga minyak dan memberikan pendidikan percuma boleh dilaksanakan.

Selagi Petronas tidak dapat menjelaskan bagaimana untung bersihnya dibelanjakan, rakyat Malaysia berhak meminta syarikat milik rakyat itu berkongsi keuntungannya dengan rakyat daripada syarikat itu membazirkan wang menyelamatkan kroni.

Usaha bagi memastikan setiap sen keuntungan Petronas dibahaskan di Parlimen perlu diteruskan, selain menyatakan 'protes senyap' melalui undi pada pilihanraya umum akan datang. - mks.


Bersih gesa SPR jemput pemerhati antarabangsa pantau pilihanraya


Intan Abdullah
Wed | Jan 09, 08 | 12:59:40 pm MYT

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Hrkh) - Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) menggesa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan kerajaan supaya menjemput pemerhati antarabangsa untuk memantau perjalanan pilihanraya umum yang akan datang.

Dalam satu kenyataan yang dibuat Bersih semalam, mereka berpandangan bahawa kehadiran pemerhati antarabangsa merupakan salah satu jalan terbaik untuk mengelak berlakunya penyelewengan dan memberi kredibiliti kepada legitimasi pilihanraya tersebut

Ia adalah ekoran laporan Bernama pada 4 Januari lalu yang memetik Timbalan Pengerusi SPR, Dato' Wan Ahmad Wan Omar memuji pilihanraya Presiden Uzbekistan pada 23 Disember 2007, yang menurut beliau dijalankan secara "demokratik, telus, aman dan adil" walaupun dikritik oleh pemimpin Barat.

Wan Ahmad bersama lima orang lagi menganggotai pasukan pemerhati dari Malaysia, merupakan sebahagian daripada 250 pemerhati antarabangsa dari 30 negara yang dijemput oleh Suruhanjaya Pilihanraya Pusat Uzbekistan untuk memantau pilihanraya di negara itu.

"Daripada mencabar parti pembangkang memulaukan pilihanraya - yang melanggar Artikel 114 (2) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan, SPR mesti 'mendapat keyakinan rakyat', suruhanjaya itu sepatutnya menjemput pemerhati antarabangsa untuk memantau keseluruhan proses pilihanraya, termasukan sebelum pilihanraya diadakan, dan bukannya terhad kepada hari pengundian sahaja," demikian petikan kenyataan tersebut.

Cabar pengerusi SPR

Tambahnya, ternyata SPR kini bangga dengan peranannya sebagai pemerhati pilihanraya di negara lain. Dalam ucapannya, Wan Ahmad dipetik sebagai berkata, "Pemilihan kita oleh Uzbekistan menunjukkan mereka mengiktiraf pengalaman kita dalam mengendalikan pilihanraya demokrasi...yang mana kita perlu rasa bangga mengenainya."

"Bukan sahaja Uzbekistan...negara-negara lain seperti Kazakhstan, Krygyzstan, Mali, Nepal, Bosnia, Indonesia juga membuat jemputan yang sama yang membolehkan SPR Malaysia meningkatkan lagi hubungan dengan negara-negara berkenaan," kata Wan Ahmad lagi.

Menurut Bersih lagi, jika SPR bangga dengan integriti dan kecekapannya, dan yakin pilihanraya di Malaysia 'bersih dan adil', maka gabungan itu mencabar Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid membuat jemputan terbuka kepada semua pihak berkuasa dan pakar pilihanraya dari seluruh dunia untuk memantau pilihanraya umum yang akan datang.

"Jika tiada apa yang hendak dimalukan, pastinya kerajaan Malaysia yang begitu bangga dengan 50 tahun demokrasi di Malaysia akan menyokong dan mengalu-alukan kehadiran pemerhati antarabangsa sewaktu pilihanraya umum yang akan datang.

"Lagi pun, ketika Umno menghadapi cabaran yang paling serius pada 1990, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih bersedia menjemput pemerhati dari Sekretariat Komanwel untuk memantau pilihanraya umum 1990," katanya. - mr


Bersih gesa SPR jemput pemerhati antarabangsa pantau pilihanraya


Intan Abdullah
Wed | Jan 09, 08 | 12:59:40 pm MYT

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Hrkh) - Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) menggesa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan kerajaan supaya menjemput pemerhati antarabangsa untuk memantau perjalanan pilihanraya umum yang akan datang.

Dalam satu kenyataan yang dibuat Bersih semalam, mereka berpandangan bahawa kehadiran pemerhati antarabangsa merupakan salah satu jalan terbaik untuk mengelak berlakunya penyelewengan dan memberi kredibiliti kepada legitimasi pilihanraya tersebut

Ia adalah ekoran laporan Bernama pada 4 Januari lalu yang memetik Timbalan Pengerusi SPR, Dato' Wan Ahmad Wan Omar memuji pilihanraya Presiden Uzbekistan pada 23 Disember 2007, yang menurut beliau dijalankan secara "demokratik, telus, aman dan adil" walaupun dikritik oleh pemimpin Barat.

Wan Ahmad bersama lima orang lagi menganggotai pasukan pemerhati dari Malaysia, merupakan sebahagian daripada 250 pemerhati antarabangsa dari 30 negara yang dijemput oleh Suruhanjaya Pilihanraya Pusat Uzbekistan untuk memantau pilihanraya di negara itu.

"Daripada mencabar parti pembangkang memulaukan pilihanraya - yang melanggar Artikel 114 (2) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan, SPR mesti 'mendapat keyakinan rakyat', suruhanjaya itu sepatutnya menjemput pemerhati antarabangsa untuk memantau keseluruhan proses pilihanraya, termasukan sebelum pilihanraya diadakan, dan bukannya terhad kepada hari pengundian sahaja," demikian petikan kenyataan tersebut.

Cabar pengerusi SPR

Tambahnya, ternyata SPR kini bangga dengan peranannya sebagai pemerhati pilihanraya di negara lain. Dalam ucapannya, Wan Ahmad dipetik sebagai berkata, "Pemilihan kita oleh Uzbekistan menunjukkan mereka mengiktiraf pengalaman kita dalam mengendalikan pilihanraya demokrasi...yang mana kita perlu rasa bangga mengenainya."

"Bukan sahaja Uzbekistan...negara-negara lain seperti Kazakhstan, Krygyzstan, Mali, Nepal, Bosnia, Indonesia juga membuat jemputan yang sama yang membolehkan SPR Malaysia meningkatkan lagi hubungan dengan negara-negara berkenaan," kata Wan Ahmad lagi.

Menurut Bersih lagi, jika SPR bangga dengan integriti dan kecekapannya, dan yakin pilihanraya di Malaysia 'bersih dan adil', maka gabungan itu mencabar Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid membuat jemputan terbuka kepada semua pihak berkuasa dan pakar pilihanraya dari seluruh dunia untuk memantau pilihanraya umum yang akan datang.

"Jika tiada apa yang hendak dimalukan, pastinya kerajaan Malaysia yang begitu bangga dengan 50 tahun demokrasi di Malaysia akan menyokong dan mengalu-alukan kehadiran pemerhati antarabangsa sewaktu pilihanraya umum yang akan datang.

"Lagi pun, ketika Umno menghadapi cabaran yang paling serius pada 1990, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih bersedia menjemput pemerhati dari Sekretariat Komanwel untuk memantau pilihanraya umum 1990," katanya. - mr


Opposition plans one-on-ones for Penang

Athi Veeranggan | Jan 9, 08 4:23pm

Opposition parties DAP and PKR today presented a united front in announcing their battle plan to wrest Penang from Barisan Nasional in the coming general election.

The two parties have inked a deal to ensure that the opposition will face one-to-one contest with BN in the frontline state.

Under the agreed arrangements, DAP - which for long have aspired to rule Penang - will contest seven out of 13 parliamentary seats and 19 out of 40 state seats in the next general election.

PKR and the other opposition party PAS will be negotiating for the remaining seats.

At a press conference held in Penang this morning, DAP secretary-general Lim Guan Eng said both his party and PKR reached the agreement not to contest for the same seats following their meeting on Monday.

Lim said both political parties had agreed to cooperate closely whether at the national or state level to ensure victory for the opposition candidates in the general election this time around.

"Both parties have reached a consensus. It's time to get down to serious work to ensure success for us in Penang in the coming poll," said Lim.

When asked on the reason as to why DAP has reduced the number of state seats - in 2004 it contested in 20 state seats - Lim said that the party had “given in to politics of compromise and cooperation, rather than the `one-upmanship politics' which marred previous electoral ties between both parties".

PKR’s de facto leader Anwar Ibrahim also told the same press conference that his party will now have to finalise the allocation for the remaining seats with PAS, adding that an announcement on the matter will be made on a later date.

"For the other seats involving PAS, a discussion will be held and a separate announcement will be made, and (we) hope the people will give their support to the DAP candidates so that they will win in the constituencies allocated to them," he said.

Anwar said the joint decision reached was based on the agreement of party members at the grassroots level to put up an opposition front in the next general election.

"We will make sure that it will straight face-off between us and BN in all seats, not only in Penang but throughout the country," he said.

Dividing the battlefront

The deal between the parties also allowed DAP to contest in the Batu Kawan parliamentary seat while PKR would contest in the Bukit Tambun state seat which falls under the Batu Kawan constituency.

The Batu Kawan seat has long been a thorn between DAP and PKR. In 2004 both the parties vied for this seat, resulting in the opposition vote being split and the BN candidate benefiting from it.

Another notable bargain in the allocation was the Pulau Tikus and Kebun Bunga seat exchange between DAP and PKR respectively.

When asked by journalists on why Batu Kawan seat was given to the DAP even though it was resisted by PKR members, Anwar said his party members would understand that one tend to win some lose some in negotiation to reach consensus.

In 2004, there were four three-cornered fights between DAP, PKR and BN, including the Batu Kawan seat. Other seats were all state seats - Bukit Tambun, Bagan Dalam and Sungai Pinang, all won by the BN.

The latest agreement would also result in DAP contesting in north area of the island in predominantly Chinese-dominated seats while leaving PKR and PAS to concentrate on the Malay-majority seats in the south west of the island.

The plan would also naturally mean that DAP would be going to battle against MCA and Gerakan while the PKR/PAS combination will take on Umno.

The press conference this morning was also attended by DAP’s veteran leader Lim Kit Siang, PKR’s secretary general Khalid Ibrahim. The respective parties state leaders - DAP’s Chow Kon Yeow and PKR’s Zahrain Mohamed Hashim - were also present.

The DAP seats

Sungai Puyu assemblyperson and State DAP treasurer Phee Poon Boh said the compromise shall not be construed as a defeat to the DAP and victory to PKR.

"It's a reflection of political reality today that to form the next Penang state government, all parties would need to compromise and work collectively to gain support of all voters irrespective of their race and religion to secure victory.

"The DAP can no longer just depend on Chinese votes to win seats. It needs both Malay and Indian votes as well," he said.

At the press conference, Chow and Zahrain signed an agreement on the finalised seat allocation, perhaps to ensure the parties abide by the contract.

In a statement later Khalid said that the agreement between PKR and DAP can be pivotal in breaking the BN’s hegemony in the state.

“PKR will cooperate with all parties who are committed in changing the political landscape in Malaysia through democratic means to ensure a clean and efficient administration,” he said.

For the record, the parliamentary seats to be contested by DAP in Penang are Bagan, Bukit Mertajam, Batu Kawan, Bukit Bendera, Tanjong, Jelutong and Bukit Gelugor.

The state seats given to DAP in Penang are Sungai Puyu, Bagan Jermal, Bagan Dalam, Berapit, Padang Lalang, Perai, Jawi, Tanjong Bunga, Air Putih, Pulau Tikus, Padang Kota, Pengkalan Kota, Komtar, Datok Keramat, Sungai Pinang, Batu Lanchang, Seri Delima, Air Itam and Paya Terubong.

At present, DAP has four parliamentary seats - Bagan, Bukit Mertajam, Tanjong and Bukit Gelugor - and one state seat, Sungai Puyu in Penang. PKR has one parliamentary seat in Permatang Pauh. PAS meanwhile won the Permatang Pasir state seat.



GELOMBANG BERSIH MASIH HANGAT DI PERMATANG PAUH


OLEH: Wartawan Rasmi Laman Reformasi




Permatang Pauh 9 Januari- Masjid Jamek Kubang Semang diserang dengan gelombang kuning yang masih hangat di Permatang Pauh. Gelombang kuning bermakna kebangkitan rakyat dalam memperjuangkan hak dalam menuntut pilihanraya yang adil dan bersih.


Kumpulan yang diketuai oleh Sdr Bokhari dan Sdr Rosli ini bergerak atas inisiatif sendiri, dan diatas kesedaran sendiri bergerak bagi mengumpul rakyat yang prihatin dan seberapa ramai yang mungkin untuk menyedarkan rakyat bahawa penipuan dalam pilihanraya yang di manipulasi oleh UMNO dan BN akan merosakkan keredibliti system pemerintahan negara, dan yang ruginya ialah rakyat. Menurut Sdr Shukri , yang bertindak sebagai setiausaha , mereka akan terus mengadakan perhimpunan dan perjumpaan minum pagi dan petang setiap minggu di merata kawasan di mPermatang Pauh.


Maklumat yang diterima menunjukkan betapa seramai 196 pengundi berbangsa India telah dikesan mendaftar sebagai pemilih di kawasan Permatang Pasir. Salah satu KADUN yang akan di tandingi oleh PAS. Kawasan KADUN ini telahh dua kali kekal untuk kerusi PAS dan djangkakan akan terus mengekalkan kemenangan sekiranya suasana, semangat,dan kerjasama yang ada di keka;lkan.

Seat talks: Batu Kawan a thorn

Syed Jaymal Zahiid | Jan 7, 08 6:35pm

Trouble is brewing between opposition allies DAP and PKR over ongoing negotiations to reach a seat pact ahead of the general election.

Chinese-language daily China Press fueled speculation of a rift in a report today, quoting PKR information chief Tian Chua as saying that his party was willing to take on DAP and Barisan Nasional (BN) for all seats.

Focussing on the Batu Kawan seat in Penang, DAP secretary-general Lim Guan Eng expressed shock and disappointment this morning over Tian’s statement.

“If the opposition is disunited, the beneficiary would only be the Barisan Nasional coalition,” he told a press conference at party headquarters in Petaling Jaya this morning.

Their
dispute over the Batu Kawan seat is not new - in the 2004 general election, a similar situation resulted in the opposition vote being split and the BN candidate benefitting from it.

Lim pointed to the fact that PKR de facto leader Anwar Ibrahim had said the Chinese-majority seat should be contested by a Chinese candidate.

“Who else but DAP should contest the seat?” he then asked referring to his Chinese-dominated party, although he immediately offered compromise for the sake of opposition unity.

“Our party is willing to let PKR field its candidate and in return we hope that PKR will let us field our candidate in the Bukit Tambun state seat.”

Bukit Tambun lies within the Batu Kawan constituency and is believed to be an opposition stronghold.

“We appeal to PKR, in the interests of opposition unity, to resolve the matter and focus on fighting BN rather than among ourselves,” Lim said.

‘No boycott’

Lim said he believes that Tian’s statement indicates certain “negative and divisive elements” within PKR that are against an opposition electoral pact.

“I hope that Anwar (photo) will not be swayed by these elements and I reiterate, let’s focus on fighting BN,” he said.

PKR and DAP today announced that they will be holding a joint press conference in Penang on Wednesday regarding seat allocations between the two parties in the frontline state.

Meanwhile, Lim said that DAP will not boycott the general election although the party still has doubts about the impartiality of Election Commission head Abdul Rashid Abdul Rahman.

“We will still contest because we want to see changes. If the elections are unfair, we will hold a nationwide protest, but we first have to participate to find out if the elections are unfair,” he said.

Lim also announced that party activist Foo Yueh Chuan has been appointed the DAP national campaign coordinator for the general election,
tipped to be “around the corner”. Foo will formulate strategies for the DAP campaign.


Roti canai may be off the menu

Jan 8, 08 12:42pm

Roti canai, one of Malaysia's favourite bread, may be off the menu due a flour shortage that has hit on the heels of a cooking oil drought.

The Malaysian Indian Restaurant Owners Association warned that flour prices have spiked as supply shrinks, spelling problems for vendors who produce the crispy, flaky bread which is a breakfast staple.

"There will be no roti canai from next week. This is because we have run out of flour and are finding it tough to secure further supply at reasonable prices," association president Ramalingam Pillai told the New Straits Times.

Ramalingam said flour wholesalers were charging about 15 to 45 percent above the price-controlled rate of RM33.60 for a 25-kilo bag of flour.

"We cannot afford to pay more because we have agreed to the government's call not to increase (the) price of food. And at the same time, we do not want to bear the additional costs," he said, blaming stockpiling for the crisis.

"Is there hoarding of the item? The Domestic Trade and Consumer Affairs Ministry must investigate," he said.

Malaysia last week imposed rationing of cooking oil as panic-buying triggered by rumours of price hikes stripped supplies from supermarket shelves.

On Monday, the government said it would raise production with an extra 70,000 tonnes of cooking oil to be put on the market each month to ease the severe shortage.


Kedaulatan bahasa bakal menjadi isu pilihan raya


Ali Bukhari Amir
Tue | Jan 08, 08 | 11:18:56 am MYT

Penentangan ke atas sistem Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMBI) ini mempunyai dua jenis aliran.

Satu pihak menentangnya kerana dasar ini hanya menimbulkan kesulitan pelajar memahaminya dan menyukarkan guru untuk mengajar. Ringkasnya, ia mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran.

Manakala pihak kedua melihat ia perlu dihentikan kerana ia melibatkan hal jati diri, harga diri bangsa dan maruah negara. Dalam pengalaman peribadi ketika menemu bual, saya bertemu dua pensyarah yang mewakili kedua-dua aliran itu. Semua ini adalah berdasarkan wawancara Siasah.

Pertamanya, Dr Shaharir Md Zain (UPM) dan keduanya, Dr Hashimah (UKM). Dr Shaharir, menurut perhitungan saya adalah aliran yang melihat dasar ini dari segi maruah dan harga diri sementara Dr Hashimah mewakili aliran yang melihat dasar ini sebagai alat yang menyulitkan kedua-dua ilmu tersebut dipelajara oleh murid-murid dan diajar oleh guru-guru.

Bidang ilmu yang diikuti kedua-dua ahli akademik ini mungkin antara sebab mengapa mereka memilih corak aliran penentangan yang sedemikian. Dr Shaharir contohnya, sebagai seorang pakar Matematik tidak merelakan anak bangsanya dilatih, diasuh serta diajar di dalam bahasa yang bukan bahasa ibundanya; bahasa Melayu.

Manakala Dr Hashimah, sebagai pakar ilmu bahasa, khasnya bahasa Melayu di peringkat IPT, tentunya lebih berminat mengulas tentang kesukaran yang terpaksa dihadapi oleh para pelajar ketika menerima pengajaran daripada guru mereka dalam bahasa Inggeris.

Pemeriksa kertas peperiksaan puaskan hati Menteri

Berdasarkan keputusan PMR yang terbaru, ia tentunya dipolitikkan oleh kepimpinan Bari san Nasional dengan menyatakan bahawa dasar ini terbukti sebagai benar dan ia perlu diteruskan. Usa ha meneruskan dasar ini tentunya jihad walaupun ada pelajar yang sukar menerimanya.

Dr Shaharir dalam temu bual itu telah mendedahkan bagaimana bahagian pemeriksa telah mengubah beberapa hal di dalam proses pemarkahan seperti graf dan lain-lain yang akhirnya membuatkan hasil keputusan mata pelajaran itu memuaskan hati pihak kementerian.

"Buat apa pemeriksa membuat suatu perkara yang akhirnya mendatangkan kesusahan ke atas dirinya sendiri? Lebih baik dia puaskan hati menteri," kata beliau.

Akhirnya, Dr Shaharir berkata, keputusan yang keluar tetaplah bagus, menyenangkan menteri dan ia memihak kepada keyakinan kementerian bahawa dasar penggunaan bahasa Inggeris itu tiada masalah. Jika kitaran penipuan dalam soal pemarkahan ini masih tidak berubah, apa lagi harapan kita untuk membetulkan keadaan ini?

"Sebab itulah sejak awal lagi saya tak mahu melihat kecacatan dasar ini berasaskan keputusan mata pelajaran,� kata beliau lagi. "Saya mahu lihat hal ini dari sudut maruah dan harga diri."

Sementara itu, dalam temu bual bersama Dr Hashimah, saya dapati beliau banyak mengulas masalah ketidakfahaman pelajar yang terkait dengan pelbagai teori pendidikan.

Menariknya walaupun saya menemu bual mereka pada tarikh, tempat dan masa yang berbeza situasi, tapi Dr Shaharir dan Dr Hashimah hampir serentak bertanya, "Teori apa yang dipakai oleh penguasa ketika membentangkan idea mengenai dasar tersebut?"

Dr Hashimah menyebut satu teori yang saya lupa namanya. Tetapi, apa yang saya fahami dari penjelasan beliau ialah seorang murid itu akan mudah mempelajari dan memahami apa sahaja ilmu yang diajarkan apabila guru itu menyebutkan benda yang ada di persekitarannya.

"Misalnya, menyebut bunga matahari, kekwa, bunga raya atau apa sahaja tumbuh-tumbuhan ketika mengajar sains. Mereka akan minat belajar dan akan cuba memahaminya.

"Yang terjadi kini ialah guru terpaksa menyebut istilah asing yang tidak pernah didengarnya. Mereka tak minat kerana otak terpaksa membuat dua kerja. Kerja pertama, memahami istilah baru. Kedua, selepas memahami istilah baru itu, barulah memahami huraian ilmu," katanya.

Umno Johor kuat tentang

Demikianlah serba ringkas pengalaman peribadi saya dalam upaya dan usaha meneroka aliran penentangan yang diwakili oleh kedua-dua tokoh akademik tersebut.

Dalam kalangan pejuang dan aktivis Umno, kelihatannya Umno Johor yang agak terkedepan dalam hal perjuangan ini. Puad Zarkashi contohnya pernah mengutarakan hal tersebut secara jelas, terang dan terbuka dalam Perhimpunan Agung Umno yang lalu.

Hal ini diperteguhkan lagi dengan kenyataan Badan Perhubungan Umno Johor merangkap Menteri Besar Johor, Dato' Seri Abdul Ghani Othman dalam Konvensyen Umno Johor pada 5 November tahun lalu. Penentangan itu agak kuat kerana aliran Dr Shaharir yang dipegang.

Maksudnya, Abdul Ghani dalam kenya taannya terdahulu telah memusatkan bantahan Umno Johor ke atas dasar itu dengan bermodalkan hujah bahawa bangsa Melayu akan hilang jatidiri. Beliau tidak mengguna hujah bahawa, dasar PPSMBI menyebabkan mutu akademi merosot.

Jika tidak, beliau dan mungkin pejuang bahasa terkedu lidah bungkam suara untuk menjawab tipu daya kerajaan yang menyatakan dasar PPSMBI telah berjaya, bermodalkan hujah bahawa ramai calon PMR berjaya dalam Sains dan Matematik.

Hal itulah yang menjadi pertanyaan atau pun serangan pengamal media aliran perdana ke atas Abdul Ghani, sejurus selepas keputusan PMR diwarwarkan sebagai terbaik tahun ini.

Oleh kerana beliau sejak awal mengguna hujah penentangan aliran kedua, iaitu penentangan ini terkait dengan soal maruah dan jati diri, maka beliau terselamat daripada suatu segi. Malah tanpa berhujah begitu pun, beliau yakin bahawa, pengajaran dalam bahasa ibunda itulah yang lebih memudahkan pembelajaran ke atas kaum pelajar di negara ini.

Selain kuasa politik, kuasa rakyat tanpa mengira faham politik kepartian juga amat berkesan dalam usa ha menolak PPSMBI. Mungkinkah keberkesanan ini perlu bermotifkan ekonomi?

Misalnya ambil contoh bayaran isu yuran tambahan yang dikenakan lalu ditolak oleh ibu bapa akhir-akhir ini. Desakan ini berakar daripada lembaga PIBG di sekolah-sekolah. Sehinggakan, Menteri Pelajaran Dato’ Seri Hishammuddin telah menunjukkan rasa menyebal marahnya.

Dalam kenyataan kesal beliau berkata, “Tidak apalah, mereka bolehlah ambil balik wang itu.�

Mampukah Umno Johor bergerak sendirian?

Kalau tiap-tiap hari ibu bapa dan guru atau pengerusi PIBG di setiap sekolah dapat mengirim mel elektronik sepucuk seorang setiap hari bertalu-talu kepada TV3, saya fikir tidak mustahil dasar PPSMBI akan dimansuhkan tanpa menunggu pilihan raya untuk menumbangkan BN.

Barangkali PIBG gagal melihat hal ini dengan lebih jelas kerana mereka tidak begitu tertekan kerana tidak melihat bagaimana derasnya wang cukai mereka meluncur keluar daripada poket dan kantung kerajaan tatkala sedang membelanjakan kos pelaksanaan dasar ini.

Belanja yang telah dikeluarkan untuk membeli peralatan komputer riba, mencetak buku-buku teks dalam BI termasuk belanja melatih guru-guru bercakap dalam BI melonjak ratusan juta. Dan paling memenatkan, dasar ini dipanjangkan ke universiti dan semua ini pastinya menelan belanja yang lebih mahal pula. Apakah Umno Johor dapat gerakkan semua ini bersendirian?

Sama ada parti pembangkang dan kerajaan yang peka menolak ego masing-masing demi anak bangsa ataupun mereka berterusan mengamalkan sikap berpuak untuk melihat kerosakan.

Yang terjelma dalam fikiran kita sekarang ialah ada kemungkinan, isu bahasa akan digunakan ketika hampir menjelang pilihan raya untuk memancing perhatian khalayak Melayu sekaligus memukat undi rakyat seluruhnya.

"Umno mungkin sedar bahawa sokongan rakyat ke atasnya bertambah dengan mengalihkan dasar PPSMBI ke bahasa ibunda," kata seorang teman. Inilah tugas ahli politik. Segala susah dan senang rakyat akan terus-menerus dipolitikkan bagi keuntungan politik peribadi. - mks.


Ekoran mulut celupar Pengerusi SPR - Salahuddin cabar Rashid berdebat



mullai yellek




PUTRAJAYA, 7 Jan (Hrkh) - "Saya bagi tempoh tujuh hari kepada Rashid untuk memberi jawapan bagi menyahut cabaran saya ini. Jika dalam tempoh tersebut beliau tidak memberi sebarang respons, saya anggap beliau seorang pengecut. Dan beliau sangat layak menjadi pengerusi parti komunis daripada menjadi Pengerusi SPR kerana meminta parti politik memulaukan pilihan raya!"

Demikian cabaran yang diutarakan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR), Tan Sri Rashid Abdul Rahman sebaik sahaja menyerahkan surat cabaran debat terbuka satu lawan satu kepada Rashid. Surat tersebut diserahkan pada pagi ini dan diterima oleh pembantu khas Rashid, Jamilah Mohamed bertempat di lobi Pejabat SPR, di sini.

Salahuddin diiringi Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasarudin Hassan dan Setiausahanya, Ahmad Sabki Yusof.

Salahuddin dalam sidang medianya selepas penyerahan surat tersebut, menegaskan cabaran tersebut dibuat ekoran tuduhan yang dilemparkan supaya parti politik memulaukan pilhan raya sekiranya tidak berpuas hati dengan perjalanan pilihan raya.

"Saya rasakan cabaran tersebut amat berbahaya kepada keselamatan negara di mana tidak sepatutnya sebagai Pengerusi SPR beliau mengeluarkan kenyataan yang sangat berbaur politik yang mana beliau di lihat begitu berpihak kepada Barisan Nasional

"Telah banyak kali beliau mengeluarkan kenyataan yang tidak menunjukkan integriti beliau sebagai seorang Pengerusi SPR yang sepatutnya bebas dan tidak berpihak," tegasnya.

Salahuddin mempersoalkan apa yang akan berlaku jika semua parti politik khususnya pembangkang jika memulau pilihan raya. Katanya jika parti politik disarankan memulau pilihan raya, di manakah rakyat akan menyalurkan sikap tidak puas hati yang mana harus disalurkan melalui peti undi.

Jelasnya lagi, jika beliau mencabar parti pembangkang tidak menggunakan peti undi, rakyat akan menggunakan jalan yang lain.

Tambahnya lagi, Rashid dalam satu seminar di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menyatakan beliau selesa dengan regim BN yang memerintah negara.

Rashid juga katanya, pernah menyatakan segala peraturan yang ditetapkan SPR hari ini untuk memberi kemenangan kepada parti pemerintah.

Jelas Salahuddin, kenyataan ini juga menggambarkan Rashid bercakap sebagai orang politik dan bukan sebagai pengerusi sebuah badan yang dikatakan bebas.

Sementara itu cabaran yang dibuat Salahuddin hari ini merupakan cabaran ke dua Salahuddin terhadap Rashid selepas mencabar Rashid sebaik sahaja Pilihan raya Dun Batu Talam.

Jelas Salahuddin lagi, tiga syarat yang ditentukan olehnya bagi cabaran debat tersebut. Jelasnya sekiranya Rashid takut untuk berdebat satu lawan satu dengannya di tempat yang terbuka, Rashid boleh datang bersama dua atau tiga orang daripada pasukannya. Begitu juga di pihak Salahuddin yang akan datang bersama pasukannya bagi debat tersebut.

Tambahnya, melalui perdebatan tersebut, rakyat dapat melihat satu perdebatan ilmiah dan membuat penghakiman bahawa pengerusi SPR telah hilang integriti bahawa beliau telah mengeluarkan ucapan yang berat sebelah.

Melalui perdebatan tersebut, Salahuddin juga akan membuktikan segala ucapan yang telah dinyatakan Rashid serta ketidak telusan SPR.

"Jika dengan berpasukan beliau tetap tidak mahu berdebat dengan saya, saya mencabar beliau untuk bersumpah dengan nama Allah bahawa dia tidak tahu menahu dan tidak pernah melakukakan sebarang penyelewengan dan ketidak adilan terhadap SPR selama ini

"Jika tidak mahu perdebatan ini hanya satu retorik politik, kita boleh merancang satu perbincangan intelektual" tegas Salahuddin dan mengharapkan Rashid dapat menerima cabaran beliau itu dalam mewujudkan padang permainan yang sama rata. - mr




Bahasa Inggeris bukan bahasa sains dan matematik dunia


Shirzad Lifeboat

Pemimpin Umno/BN terdahulu memutuskan pengajaran sains dan matematik dilaksanakan bahasa Inggeris disebabkan kononnya bahasa Malaysia tidak sesuai. Di sebalik bantahan ramai pihak, termasuk dari kaum bukan Melayu sendiri, pemimpin Umno-BN mempertahankan kononnya inilah sahaja satu-satu cara anak Melayu dan generasi muda Malaysia boleh memperbaiki dan seterusnya menguasai bahasa Inggeris.

Mungkin kerajaan mahu ada orang Melayu nanti yang boleh menulis mungkin seperti William Shakespeare atau bertutur mungkin seperti watak Profesor Henry Higgins (dalam filem My Fair Lady, dari drama Pygmalion karya George Bernard Shaw).

Melihat dari keputusan yang tergesa-gesa ini, timbul persoalan apakah pihak yang membuat keputusan dalam Umno-BN ketika itu dan pemimpin-pemimpin Umno termasuk Ahli Majlis Tertinggi parti tersebut yang rata-rata merupakan yesmen faham tentang peranan, selok belok, dan impak jangka panjang bahasa terhadap negara. Mengapa tidak ada kajian terperinci sebelum dilaksanakan? Atau memang sudah jadi amalan pemimpin Umno-BN yang suka membuat keputusan ad hod bagi mematuhi dasar pragmatik parti?

Untuk memahami persoalan aplikasi bahasa dan impaknya kepada negara dan masyarakat kita perlu melihat pengalaman orang lain. Misalnya kita mungkin mahu meneliti kembali apa yang dikatakan oleh ahli falsafah dan matematik British, Betrand Russell mengenai peranan bahasa dalam ilmu.

Seperti ahli falsafah lain, Russell menganggap bidang matematik sebagai cabang kepada bidang falsafah. Dalam buku Principia Mathmatica yang ditulis bersama Alfred North Whitehead, Russell menghujahkan bahawa bahasa bukanlah asas yang penting untuk bidang falsafah (termasuk matematik). Baginya bahasa adalah tidak lebih daripada alat atau pangantar yang bersifat lutsinar (transparent).

Maknanya soal bahasa apa pun yang digunakan untuk berhujah atau untuk merakam dan menyebarkan ilmu bukanlah penting. Apa yang penting ialah bagaimana tradisi keilmuan dipupuk dan diadun oleh mereka yang berkuasa. Sekadar mendirikan lebih banyak universiti dan IPTA lain bagi menempatkan pertambahan pelajar disebabkan pertambahan penduduk, sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan Umno-BN dalam tempoh 50 tahun lalu tidak akan mewujudkan budaya ilmuan di kalangan rakyat.

Suka atau tidak kerajaan Umno-BN perlu akur kepada hakikat ini. Mereka boleh menghantar manusia pertama ke planet Marikh sekalipun menerusi teknologi yang dibina oleh bangsa lain dan pemimpin politik terlibat boleh merasa bangga kerana kononnya instrumental dalam projek berkenaan, tetapi ia tidak akan memberi apa-apa kesan dalam membentuk tradisi ilmu melainkan sorak-sorai yang bersifat sementara.

Hujah yang buat oleh Russell bukan ikut sedap mulut tetapi berdasarkan penyelidikan dan pengalaman dan pembuktian orang lain di masa lalu.

Tengok sahaja Albert Einstein dan Erwin Schrodinger yang menuntut bidang fizik dalam bahasa Jerman. Ramai yang tahu siapa Einstein tetapi tidak ramai yang tahu Schrodinger yang melakukan eksperimen minda dengan memasukkan seekor kucing ke dalam kotak yang mempunyai alat yang boleh membunuh kucing tersebut. Dari eksperimen ini Schrodinger menyumbangkan persamaan gelombang (wave equation) yang kemudiannya dijadikan asas kepada Copenhagen Interpretation of Quantum Mechanics.

Seperti mereka berdua, ramai daripada ahli fizik dan matematik terkemuka dunia, tidak mempelajari sains dan mathematik, walaupun di peringkat universiti dalam bahasa Inggeris.

Einstein, penerima anugerah Nobel (Fizik, 1921) dan dinamakan oleh majalah Time (1999) sebagai Person of the Century mempelajari bidang itu dalam bahasa Jerman di Eidgenössische Technische Hochschule Zürich juga dikenali sebagai Swiss Federal Institute of Technology.

Walaupun nama beliau sering dikaitkan dengan budaya popular, namun kertas-kertas awal beliau mengenai fizik termasuk teori asas relativiti yang kesemuanya ditulis dalam bahasa Jerman memaksa dunia sains menganggap sains fizik (mekanik) yang diasaskan oleh ahli fizik dan ahli matematik Inggeris, Isaac Newton sebagai sudah lapuk dan tidak lagi relevan.

Jika di Malaysia dan dalam skop pemikiran dan budaya Melayu yang dibentuk oleh Umno, tokoh seperti Newton sudah tentu mendapat gelaran setidak-tidaknya Bapa Sains Malaysia. Namun dunia sains tidaklah begitu mendewa-dewakan Newton dan di England jasa dan sumbangannya dalam dunia sains diabadikan menerusi sebuah tugu di Trinity College, University of Cambridge dan pusara di Westminster Abbey (yang menempatkan Parlimen Great Britain).

Ironisnya, buku tulisan Newton yang meletakkannya sebagai pengasas sains mekanik dan fizik klasik, Philosophiæ Naturalis Principia Mathematica (diterbitkan pada tahun 1687) dan buku-buku selanjutnya adalah semuanya dalam bahasa Latin.

Walaupun bahasa Latin merupakan bahasa kuno tetapi dasar pendidikan British pada satu ketika dulu mahukan bangsa Inggeris mempelajari bahasa Latin bagi pengukuhan minda dan budaya ilmu. Permohonan Allahyarham Tun Razak untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di University of London pernah ditolak walaupun biasiswanya telah diluluskan oleh kerajaan British Malaya yang memerintah ketika itu hanya kerana beliau tidak mempunyai kelayakan asas dalam bahasa Latin.

Oleh kerana minatnya begitu mendalam terhadap jurusan undang-undang dan azamnya untuk belajar di University of London begitu kuat, maka Abdul Razak sanggup menghabiskan masa hujung minggu dan hampir semua masa lapang yang dimilikinya untuk berulang-alik dari Raub ke Kuala Lipis hanya semata-mata untuk belajar bahasa tersebut dari Pegawai Daerah Kuala Lipis yang mahir bahasa tersebut.

Berbalik soal sains dan matematik, jika kita melihat satu bidang sahaja, iaitu fizik (kerana sains fizik paling memerlukan pengetahuan matematik yang menyeluruh termasuk pengetahun bidang kimia sebagaimana yang diperlukan dalam fizik nukliar).

Daripada sejumlah 132 orang penerima Anugerah Nobel dalam bidang ini sejak 1901 sehingga 2007, hanya 40 orang sahaja dari Amerika Syarikat, 28 dari United Kingdom dan seorang dari India (Chandrasekhara Venkata Raman penemu Raman Effect yang mempelajari Fizik di Presidency College, Madras dalam bahasa Inggeris) dan seorang dari Pakistan (Abdus Salam kerana sumbangannya dalam konsep matematik Electro-Weak Theory yang menuntut Fizik dalam bahasa Inggeris di St. John’s College, Cambridge.) Selebihnya, 62 orang saintis yang menerima anugerah ini menuntut Fizik (dari sekolah rendah hingga ke peringkat ijazah asas dan juga ijazah lanjutan termasuk ijazah doktor falsafah) atau membentangkan kertas-kertas mengenai penemuan mereka dalam bahasa ibunda masing-masing.

Antara yang paling terkemuka dan dikenali umum ialah Wilhem Rontgen, penerima 1901 (x-ray); Max Planck, penerima 1918 (tenaga quanta); Albert Einstein, penerima 1921 (Fizik Teoritikal, penjelasan kesan fotoelektrik), Erwin Schrodinger (rakyat Austria), penerima 1933 (penemuan bentuk produktif teori atom); Wolfgang Pauli (rakyat Austria), penerima 1945, Rudolf Massbauer, penerima 1961 (penemuan kesan Mossbauer); dan beberapa orang lagi warga Jerman yang menerima anugerah tersebut, membentangkan kertas penemuan masing-masing dalam bahasa Jerman.

Hendrik Lorentz, penerima tahun 1902 (penyelidikan mengenai pengaruh magnetism ke atas fenomena radiasi); Johannes Van de Waals, penerima 1910 (sumbangan terhadap persamaan matematik bagi bentuk gas dan cecair); Fritz Zernike, penerima tahun 1953 (penjelasan terhadap pembezaan fasa dan penciptaan mikroskop pembezaan fasa) membentangkan kertas masing-masing dalam bahasa Belanda.

Pierre dan Marie Curie, penerima tahun 1903 (penyelidikan fenomena radiasi yang ditemui oleh Henri Baquerel), Henri Bequerel juga penerima tahun 1903, (radioaktivi serentak), Pierre Raymond de Brogile, penerima tahun 1929 (penemuan sifat gelombang electron), Louis Felix Neel, penerima tahun 1970 (penemuan yang menghasilkan aplikasi penting bidang fizik bentuk padu), Pierre-Gilles de Gennes, penerima 1991 (penyelidikan terhadap cecair hablur dan polimer) serta berapa orang lagi penerima bidang ini dari warga Perancis membentangkan kertas mereka dalam bahasa Perancis.

Selain daripada itu, Guglielmo Marconi, penerima tahun 1909 (kemajuan telegraphy tanpa wayar) dan Enrico Fermi, penerima tahun 1938 (penemuan kewujudan unsur radioaktif baru terhasil dari sinaran) membentangkan penemuan mereka dalam bahasa Itali; Niel Bohr, penerima tahun 1922 (struktor atom dan radiasi dari atom) mengemukakan penemuannya dalam bahasa Denmark; Karl Siegbahn, penerima tahun 1924 (penyelidikan spektroskopi x-ray), dalam bahasa Sweden; Hideki Yusawa, penerima 1949 (ramalan kewujudan pi-meson dalam atom), Sin-Itoro Tomonaga, penerima tahun 1965 (elektrodinamik kuantum), walaupun membentangkan kertas mereka dalan bahasa Inggeris tetapi menuntut Fizik dalam bahasa Jepun di universiti-universiti di Jepun.

Chen Ning Yang dan Tsung-Dao Lee, penerima bersama tahun 1957 (penyelidikan hukum parity), membentangkan kertas mereka dalam bahasa Inggeris tetapi mempelajari Fizik peringkah ijazah sarjana muda dan sarjana di universiti-universiti di China dan kemudian melanjutkan pelajaran dan menulis thesis Ph.D. dalam bahasa Inggeris di Universiti of Chicago, Amerika Syarikat.

Pavel Alekseyevich Cerenkov, penerima tahun 1958 (penermuan kesan Cerenkov-Vavilov) dan Aleksandr Prokhorov, penerima tahun 1964 (sumbangan asas dalam elektronik kuantum) mempelajari Fizik dan membentangkan kertas masing-masing dalam bahasa Russia.

Ivan Giaever, penerima tahun 1973 (fenomena penerowongan elektron dalam pengalir super) mempelajari bidang kejuteraan mekanikal dalam bahawa Norway sebelum melanjutkan pelajaran ke Kanada.

Berdasarkan hakikat ini, tidak ada helah mengapa kerajaan Umno-BN perlu menggubal dasar pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris sedangkan kita boleh sahaja mempelajarinya dalam Bahasa Melayu.

Apakah pemimpin Umno terlupa bahawa pengasas algebra yang menjadi asas kepada semua cabang ilmu sains dan matematik adalah seorang ahli matematik Parsi, Muhammed ibn Musa al-Khowarizmi yang tak tahu berbahasa Inggeris dan buku Hisab al-jabr w'al muqabalah yang tanpanya tidak mungkin ada Einstein dan lebih 100 penerima Anugerah Nobel bidang Fizik juga tidak ditulis dalam bahasa Inggeris.

Apa lagi alasan yang perlu diberikan oleh Umno-BN bagi mempertahankan keputusan ini?





Macam-macam dengan had- berapa banyak had daaaaaaaaaaaaaaa



Had kelajuan,Had umur,Had berat Had muatan,Had bersara,Had panjang,Had racun,Had ….had …….Hadhari ha…..ha….ha….ha….dan yang terbaru had membeli minyak


Pelik nya negara ni. Pengeluar minyak,harga minyak petrol mahal-untung 80 billion petrol mahal.Gas pun boleh tahan, tapi semacam juga naik.

Pengeluar minyak sawit tertinggi di dunia, rakyat dipaksa membeli minyak sawit dan yang peliknya memaksa rakyat membeli dengan jumlah yang dihadkan kerajaan. Gila ka apa ka kerajaan kita ni.

Perlukah polis 'usung tilam hotel' siasat kes Soi Lek?


Wan Nordin Wan Yaacob
Thu | Jan 03, 08 | 11:46:55 am MYT

Menjengah sebentar kes seks luar nikah membabitkan bekas Menteri Kesihatan, Dato' Seri Dr Chua Soi Lek, penulis teringat bagaimana mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim diaibkan dengan tuduhan 'skandal seks luar tabii' yang mengakibatkan beliau terpelanting dari jawatan nombor dua kerajaan dan Umno.

Meskipun kes itu satu dakwaan 'palsu', namun Anwar ketika itu terpaksa akur dengan pemecatan yang dibuat bekas 'boss' nya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan berlakulah gelombang reformasi berikutan pengaiban yang tidak berasas itu.

Pengaiban itu seterusnya diikuti dengan pemenjaraan Anwar dan rakyat yang terasa ditipu melakukan gerakan reformasi besar-besaran yang mengakibatkan perubahan yang agak besar dalam Pilihanraya Umum ke-10.

Tuduhuhan itu begitupun terhindar dengan kemenangan perbicaraan kes rayuan Anwar yang menyaksikan beliau bebas pada tahun 2004 setelah terpenjara kira-kira enam tahun lamanya.

Ketika tuduhan seks luar tabii cuba dikaitkan dengan Anwar, segala macam bukti cuba diutarakan semata-mata untuk meyakinkan rakyat Anwar benar0benar bersalah.

Dari pengakuan oleh konspirator antaranya Ummi Hafilda Ali, penahanan adik angkat Anwar, Sukma Dermawan Saasmitaatja dan Dr Munawwar Anees hinggalah kepad pengusungan tilam yang dikatakan mempunyai kesan akibat aktiviti 'luar tabii' hinggakan ianya menggemparkan Malaysia.

Penafian Anwar lansung tidak diendahkan media arus perdana hingga menyebabkan rakyat begitu marah dengan kepimpinan negara ketika itu.

Dalam kes skandal sek Soi Lek berbeza, media meringankan beban yang ditanggung bekas Naib Presiden MCA itu dengan memberi laluan mudah kepadanya untuk menggunakan lapangan media untuk membuat kenyataan.

Meskipun kes itu telah diakui oleh Soi Lek akan keterlibatannya dalam 'adegan lucah' bersama seorang wanita yang didakwanya sebagai rakan karibnya, namun media seolah-oleh membuat pembelaan dengan membenarkan Soi Lek melepaskan semua rasa 'kecewa' melalui laporan khas dua hari berturut-turut.

Media-media eletronik umpamanya menanyangkan hampir keseluruhan kenyataan Soi Lek sewaktu bekas Ahli Parlimen Labis itu mengaku terbabit dengan skandal tersebut selain suara sokongan dari pemimpin bahagian termasuk Ketua Bahagian Umno Labis yang nampaknya menyebelahi Soi Lek.

Alasan konspirasi digunakan bagi menyedapkan 'hati-hati rakyat' terutamanya bagi melembutkan kemarahan rakyat yang katanya sukar menerima kenyataan pemimpin mereka terbabit dengan isu sosial.

Pengakuan demi pengakuan dan kenyataan demi kenyataan dilaporan secara penuh seolah-olah untuk membersihkan nama BN, MCA dan Soi Lek sendiri yang kononnya diganggu 'privacy' nya.

Malangnya kesempatan mendapatkan ruang dalam media utama termasuk media elektronik tidak dirasai Anwar sewaktu 'tilam' yang cuba dikaitkan oleh pemerintah zamannya diusung ke mahkamah sebagai bukti kononnya.

Seorang rakan yang menaiki bas bersama penulis dari Seremban ke Kuala Lumpur pagi tadi secara sepontan bergurau dengan penulis menyatakan 'Jika kes Soi Lek ini disiasat, ada kemungkinan tak polis akan mengusung tilam sama macam kes Anwar'.Penulis terdiam...fikir-fikirkanlah.