
Menurut Datuk A. Samad Said, setelah 54 tahun negara diperintah oleh Umno-Barisan Nasional, kini sudah tiba masanya negara bebas daripada cengkaman rejim yang membenarkan amalan salah urus negara terus berleluasa.
“Sudah tiba waktunya kita adakan perubahan rejim, kita sudah memberi masa kepada orang yang memerintah sekarang ini 54 tahun dan kita sudah tidak harus lagi memberikannya lebih daripada itu.
“Banyak perkara boleh dilakukan anak muda antaranya merubah, maksudnya sudah tiba masa kita adakan perubahan rejim ini, bilakan pemimpin daripada rakyat akan memimpin?,"soal beliau.
A Samad Said berkata demikian kepada kira-kira 100 hadirin pada pelancaran kempen Jom Baca Media Alternatif anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur, semalam.
Selain mahasiswa, turut kelihatan wakil media alternatif hadir bagi memeriahkan majlis.
Beliau semalam sempat mendeklamasikan sebuah sajak bertajuk "Kepada Cendekia Solidar" yang ditujukan khas kepada gerakan mahasiswa SMM.
Dalam pada itu,Ketua Pengarang web berita portal Malaysiakini, Fathi Aris Omar turut menyatakan, usaha SMM mengajak rakyat membaca media alternatif adalah contoh baik dan perlu disebarkan di seluruh peringkat akar umbi.
Beliau berkata pendekatan ini merupakan satu usaha yang sihat bagi menggalakkan persaingan di kalangan pengamal media.
"Negara demokrasi yang sihat perlu maklumat yang disampaikan oleh pelbagai sumber. Sekarang ini media alternatif banyak tertumpu di kawasan Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor," katanya.
Menurut Fathi, media alternatif diwujudkan bagi mengimbangi laporan media arus perdana yang terlalu pro kerajaan sehingga menyebabkan medium sebaran maklumat itu tidak lagi berteraskan prinsipnya yang sebenar.
1 comments:
golongan bangsawan dengan kemewahan tidak layak menjadi PM di negara kita. mereka ini jika dibenarkan memegang kuasa, akan salah gunakan kuasa, menipu rakyat, mengkayakan bini, sama seperti yang kita lihat hari ini. walaupun Si Jib tu anak Razak, orang biasa, tetapi dia adalah rapat dengan lingkungan bamngsawan Pekan. semua maklum. orang bangsawan yang minum dengan sudu dan cawan emas, tidak pedulikan orang makan dengan tangan. mnereka pentingkan protokol. sudah sampai masanya kita berpijak di bumi nyata. nilai kebangsawan akan merosakkan negara. rakyat kecil dipinggirkan kerana mereka hanya menjamu golongan mereka sahaja.
Post a Comment