MISTERI TERJAWAB




DIY Media






 Sebuah kejadian di sebuah projek pembinaan jambatan bertukar menjadi tempat yang penuh tanda tanya dan ketakutan selepas kehilangan seorang wanita muda bernama Wan Syakila Binti Rozaidin, 24 tahun.

Arwah merupakan seorang penyelia tapak pembinaan.
Seorang wanita muda yang masih punya banyak impian,
masih sedang membina masa depan,
dan setiap hari keluar bekerja mencari rezeki seperti insan lain.
Namun siapa sangka,
kepulangannya ke rumah pada hari itu tidak pernah berlaku.
Menurut laporan,
mangsa dikatakan hilang selepas tidak pulang dari tempat kerja di projek pembinaan jambatan tersebut.
Keluarga mula risau apabila panggilan tidak dijawab.
Rakan-rakan pula mula mencari di sekitar kawasan projek.
Hari demi hari berlalu dalam penuh harapan dan doa.
Tetapi akhirnya,
berita yang diterima sangat memilukan.
Mangsa ditemui beberapa hari kemudian dalam keadaan yang sangat menyedihkan dan menggemparkan ramai pihak.
Lebih mengejutkan,
timbul dakwaan mengenai unsur amalan syirik dan kepercayaan karut yang dikaitkan dengan projek pembinaan.
Susulan penemuan itu, pemilik projek bersama seorang penyelia telah ditahan kerana dipercayai terlibat dalam upacara ilmu syirik yang dikaitkan dengan amalan tumbal jambatan.
Allahuakbar…
Kadang-kadang manusia sanggup melakukan perkara yang melampaui batas kerana terlalu taksub dengan kepercayaan yang salah.
Tazkirah buat kita semua…
Dalam Islam,
tiada kejayaan,
rezeki,
atau keselamatan yang datang daripada amalan syirik dan khurafat.
Mempercayai bahawa nyawa manusia boleh dijadikan “tumbal” untuk mendapatkan sesuatu adalah satu perbuatan yang sangat zalim dan bertentangan dengan ajaran agama.
Nyawa manusia terlalu berharga.
Tiada siapa berhak mengambilnya demi kepentingan sendiri.
Dan setiap kezaliman yang dilakukan di dunia,
walau disembunyikan sebaik mana sekalipun,
akhirnya akan terbongkar juga dengan izin Allah.
Kisah ini juga mengingatkan kita bahawa hidup manusia sangat singkat dan rapuh.
Pagi seseorang keluar bekerja mencari rezeki,
tetapi petangnya belum tentu dia sempat pulang memeluk keluarga.
Sebab itu jangan lupa menghargai insan yang kita sayang,
dan jangan pernah tinggalkan solat serta doa walau sesibuk mana kita mengejar dunia.
Semoga roh Wan Syakila dicucuri rahmat,
diampunkan segala dosanya,
dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Dan semoga keluarganya diberikan kekuatan menghadapi ujian yang sangat berat ini.
Moga kita semua dijauhkan daripada kezaliman,
amalan syirik,
dan hati yang sanggup mengorbankan manusia demi kepentingan dunia yang sementara.





SEDIA UNTUK DIUJI




Malaysia Military Review




 Selain dari Kapal Unit Pertama Littoral Mission Ship batch kedua yang telah dirasmi dengan nama KD Tunku Laksamana Abdul Jalil nombor pennant 141 , Kapal Unit Kedua Littoral Mission Ship batch kedua juga telah dicat dan bersedia untuk dilancarkan pada bulan ini juga Mengikut tarikh yang ditetapkan

Kapal unit Ketiga Littoral Mission Ship batch kedua dijangka dilancarkan pada Julai tahun ini juga
3 Kapal tersebut dilancarkan di sini bukan bermakna bahawa 3 kapal tersebut telah disiap , mereka buat uji dilancarkan dan memastikan kapal tersebut tiada bocor dan akan naik dock balik untuk sambung kerja-kerja yang masih belum siap contoh persenjataan , sistem dalam kapal dan lain2 lagi sebelum diserahkan kepada TLDM pada tahun 2027





TIGA FAKTOR TENGKU ZAFRUL LEBIH MUNGKIN KALAH BERBANDING MENANG DI PANDAN


24 Mei 2026
Tidak diragui lagi bahawa Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz akan diletakkan sebagai calon PKR di Parlimen Pandan untuk berdepan dengan Rafizi Ramli pada PRU16 akan datang.
Ini berikutan pengumuman Menteri Besar Selangor merangkap Naib Presiden PKR, Amirudin Shari semalam bahawa bekas Menteri MITI ini dilantik sebagai pegawai pemantau PKR di Parlimen Pandan.
Katanya, Pandan kini menjadi Parlimen angkat kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang juga Presiden PKR dan Tengku Zafrul diberi tanggungjawab sebagai pegawai pemantau PKR di kawasan berkenaan.
“Jadi kita aturkan (Tengku Zafrul) sebagai wakil kerajaan dan pastinya wakil Perdana Menteri (Anwar) di kawasan Pandan itu,” tambah Amirudin lagi.
Menjelaskan lebih lanjut, Amirudin berkata, pemilihan Tengku Zafrul bagi “menjaga” kawasan Pandan adalah atas permintaan Anwar sendiri.
Ertinya, Tengku Zafrul sedang dipersiapkan sebagai pertaruhan untuk merampas Parlimen Pandan daripada Rafizi yang kini sudah meninggalkan PKR dan menubuhkan Bersama dan pastinya parti itu merupakan tiket bekas Timbalan Presiden PKR itu untuk bertanding semula pada PRU16 akan datang.
Bolehkah Tengku Zafrul menang?
Perkiraan awal mendapati Tengku Zafrul akan berdepan laluan sukar untuk menang di Pandan dan ada tiga faktor menyumbang kepada kesukaran itu.
Pertama, Rafizi adalah nama besar dan punya pengaruh besar di Pandan.
Semua orang Pandan sudah mengenalinya dan tahu apa perjuangannya, baik ketika bersama PKR atau setelah menubuhkan Bersama sementara Tengku Zafrul baru mahu mengetuk pintu rumah mereka.
Di tambah dalam keadaan sekarang di mana defisit kepercayaan rakyat kepada Anwar, PKR/PH dan kerajaan yang terlalu panjang jika mahu disenaraikan satu persatu, keadaan itu tambah menyukarkan untuk Rafizi ditewaskan.
Rafizi ketika ini dilihat sebagai simbol semak dan imbang nombor satu terhadap kerajaan dan rakyat, termasuk pengundi Pandan hampir pasti tidak mahu kehilangan suaranya, terutama di Parlimen.
Meskiipun Rafizi dan Bersama mungkin masih jauh untuk mengambil alih kerajaan selepas PRU16 akan datang, keberadaanya adalah pelengkap kepada sistem demokrasi kita.
Maksudnya, Rafizi tidak sukar untuk mempertahankan kerusi Pandan, walaupun melalui wadah yang berbeza.
Kedua, ramai penyokong PKR di Pandan, bahkan ahli parti itu pun dirasakan tidak akan memberi undi kepada Tengku Zafrul.
Sebab utama, ramai yang “tidak berkenan” dengan beliau.
Tengku Zafrul dikira orang baru dalam PKR, sebelum itu beliau daripada UMNO dan pernah bertanding di Parlimen Kuala Selangor atas tiket BN, manakala kehadirannya dalam kerajaan sebagai Menteri Kewangan adalah ketika Muhyiddin Yassin, Presiden Bersatu menjadi Perdana Menteri.
Pun begitu, walaupun baru dalam PKR dan setelah tidak boleh lagi dilantik sebagai menteri berikutan tempoh Senatornya telah tamat, beliau sebaliknya beroleh dua jawatan bergaji dalam kerajaan - Pengerusi MIDA dan Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, mengambil alih tempat Setiausaha Politik Kanan, Shamsul Iskandar Mohd Akin sebelum ini, tetapi dengan penarafan nama jawatan yang lebih glamour lagi.
Selain itu, di ketika ramai pimpinan lain masih tercari-cari dan melobi untuk menjadi calon, Tengku Zafrul nampaknya semacam sudah ada jaminan kawasan untuk bertanding.
Semua ini akan menyebabkan perlawanan Tengku Zafrul menentang Rafizi di Pandan tidak memberi kelebihan kepadanya, bahkan membuatkan lebih banyak hati-hati yang kepedihan setelah sekian lama bergelumang dengan onak duri refomasi.
Ketiga, selain ramai orang PKR “tidak berkenan” dengan beliau, orang UMNO Selangor mungkin lebih besar lagi “tidak berkenannya” dengan Tengku Zafrul.
Sebelum menyertai PKR, Tengku Zafrul adalah Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Bendahari UMNO Selangor dan Ahli MT UMNO Malaysia.
Ramai orang UMNO Selangor berpandangan, jika PKR bukan mengetuai kerajaan sekarang dan Anwar bukan Perdana Menteri, beliau ketika ini diyakini masih lagi kekal bersama UMNO.
Dengan itu, tidak kira sama ada UMNO akan bekerjasama dengan PKR/PH atau tidak pada PRU akan datang, Tengku Zafrul sudah mula disebut sebagai “lauk” yang sedap untuk diratah.
Di media sosial sendiri, sudah ada ahli UMNO Pandan yang membuat hantaran tidak akan memberi undi kepada Tengku Zafrul, tetapi akan memberinya kepada Rafizi.
Akhir kata, selamat berjuang buat Tengku Zafrul. - ShahbudinHusin 24Mei2026.

KALAU RAFIZI MASUK PAS, TENTU BANYAK WALAUN JADI CERDIK.



Che Ibrahim Mohamed


 Ambo setuju dengan kenyataan ini... Ada penerima Sumbangan Asas Rahmah nak beli kuda, rokok, ketum, minyak motor dll, tapi kerajaan hadkan untuk beli barangan asas sahaja seperti beras, gula, minyak masak, kicap atau barangan makanan/keperluan asas yang lain.




KEMUNGKINAN INI DI PANDAN

 






Megat hishamuddin


Rasanya SAH Tengku Zafrul lawan Rafizi di Pandan setelah PMX mengambil Pandan sebagai Parlimen angkat dan Tengku Zafrul sebagai penyelaras parlimen utk Pandan dan Ampang.

Siapa lagi nak diharapkan utk menyekat kemaraan Rafizi. Pilihan kedua di saat-saat akhir ialah PMX akn bertanding di Pandan. Tengku Zafrul di Ampang.
Jika Tengku Zafrul kalah di Pandan melawan Rafizi dan PMX masih jadi PM, maka Tengku Zafrul masih lagi blh dilantik sebagai senator.
Namun dipercayai, Tengku Zafrul juga akan diberikan satu laluan utk bertanding dalam DUN bagi melayakkannya jadi MB Selangor. Amiruddin akn beralih ke pusat sebagai menteri cabinet persekutuan.
Bagaimanapun, ini hanya satu andaian jika BN dan PH akn bersama dlm PRU16. Kalau BN go solo, tentu lainlah formulanya.


PENGAKUAN BERANI DARI DS ANWAR! RATA RATA RAKYAT BERSETUJU!


 

PESAN ULAMAK. JANGAN TERTIPU DENGAN PAS


 

PANAS! DALANG TEBUK ATAP N9 MAHU BUBAR DUN! RESPON YB ANTHONY LOKE! GENG RAFIZI HIPOKRIT!


 

GEMPAK! MUFTI PERLIS SEKOLAHKAN USTAZ PAS! YANG MENGHINA SAHABAT NABI!


 

KRISIS PN MENINGKAT


 

SEMUA PARTI KO GADOH..ADA HATI NAK GABUNG MELAYU ?

 





Denga n UMNO penah khianat. Dengan BERSATU gaduh. De gan PKR dulu pun penah tikam belakang. Malah setiap kali pilihanraya yang kita maklum PAS akan meletakkan calon2 mereka melawan disemua kerusi yang mana calon melayu bertanding. 


Nak gabung dengan Melayu mana lagi ni..???


Malah, PAS x pernh cabar mana2 kerusi DAP Cina diseluruh negara yg mnyebabkan DAP menang besar setiap kali pilihanraya....


Kekadang kita musykil dgn PAS ni. Adakah dia ni ada agenda sulit dgn DAP utk pecahbelahkan gabungan dan undi Melayu secara senyap2...??? 


Malah aku terfikir bahawa satu ketika dlu Nik Abduh pernah terlepas ckp bahawa beliau adalah agen CIA dlm satu tangkap layar rakaman tersembunyi satu ketika dulu. 


Adakah sebenarnya PAS ini adalah agen Y4hudi Amerika yg memakai pakaian agama dan cuba mengheret institusi Raja utk memecahbelahkan umat Islam khususnya org melayu di Malaysia ini sptmana mrk mencipta Lawrence Of Arabia utk menjajah Mesir satu ketika dulu?


Apatah lagi Nik Zawawi Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS baru2 ni dgn angkuh dan berani menghina sahabat2 nabi disatu ceramah terbuka...! 


Sejarah xpnh menipu. Tiada yg mustahil dlm dunia ini.... 


Ayah 🌹 Azhar Ledang 

5.00pm

Fikir Diluar Kotak 

Muar





ANWAR HARUS KEKAL 2 PENGGAL.

 


Anwar Ibrahim dilihat memerlukan sekurang-kurangnya dua penggal sebagai Perdana Menteri bagi memastikan agenda reformasi negara dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan bukan sekadar separuh jalan. Ramai berpandangan perubahan besar perlukan masa dan kestabilan politik.






Sejak mengambil alih pentadbiran negara, pelbagai usaha pembaharuan mula diperkenalkan termasuk dalam aspek ekonomi, pelaburan, tata kelola dan kebajikan rakyat. Banyak dasar yang sebelum ini tertangguh kini mula digerakkan semula.


Dalam keadaan ekonomi dunia yang masih tidak menentu, Malaysia dilihat semakin kembali mendapat keyakinan pelabur luar. Nilai ringgit yang semakin stabil dan kemasukan pelaburan baharu menjadi antara petanda positif terhadap hala tuju negara.


Ramai berpendapat reformasi sebenar tidak boleh disiapkan dalam tempoh terlalu singkat. Jika kerajaan sering bertukar, banyak pelan pembangunan akan tergendala dan akhirnya rakyat juga yang rugi.


Anwar juga sering menekankan soal integriti, tatakelola baik dan usaha membanteras rasuah dalam pentadbiran negara. Langkah ini dianggap penting untuk memulihkan semula imej Malaysia di mata dunia.


Selain itu, pendekatan diplomasi yang lebih aktif berjaya membuka lebih banyak hubungan perdagangan dan kerjasama antarabangsa. Malaysia kini semakin diberi perhatian semula oleh kuasa ekonomi besar dunia.


Di peringkat rakyat pula, pelbagai bantuan dan inisiatif diperkenalkan bagi membantu kos sara hidup. Walaupun masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki, ramai mengakui usaha kerajaan ke arah pemulihan ekonomi semakin jelas.


Penyokong kerajaan percaya dua penggal akan memberi ruang lebih stabil untuk melaksanakan perubahan besar termasuk reformasi institusi, pendidikan, ekonomi digital dan peluang pekerjaan berkualiti tinggi.


Mereka juga melihat kestabilan politik sebagai faktor penting untuk menarik lebih ramai pelabur asing datang ke Malaysia. Pelabur biasanya lebih yakin dengan negara yang mempunyai hala tuju pentadbiran yang konsisten.


Akhirnya, rakyat sendiri akan menentukan sama ada Anwar diberikan peluang meneruskan agenda reformasi ini pada pilihan raya akan datang. Apa yang pasti, ramai mahu melihat Malaysia kembali dihormati sebagai negara yang maju, stabil dan berdaya saing di peringkat dunia.




Allah nak tunjuk.Semua dia PELUK, KINI MENJADI musuhnya.

 



Aman Muhamad














Allah nak tunjuk.


Semua orang yang dia peluk, menjadi musuhnya.

Jenis tak boleh buat kawan.

Benar kata Ku Li, PAS ni parti pelacur.


:)



𝗧𝗘𝗥𝗞𝗘𝗡𝗔 𝗦𝗨𝗠𝗣𝗔𝗛𝗔𝗡 '𝗧𝗘𝗕𝗢𝗞 𝗔𝗧𝗔𝗣': 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝗛𝗔𝗗𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗦 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗘𝗗𝗜𝗔 𝗖𝗘𝗥𝗔𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨

 

Ahmad Mursi


1. Haji Hadi dah bagi isyarat, PAS bakal ceraikan BERSATU.
2. Dia marah sebab BERSATU Tebok Atap kerajaan PAS di Perlis. Ironinya, dia juga marah sebab BERSATU tarik diri dari usaha Tebok Atap di Negeri Sembilan.
3. 'Tebok Atap' dah jadi sumpahan dan badi politik kepada Haji Hadi. Mungkin itulah legasi politik yang akan terus diingati bila dia dah arwah kelak. 'Bapak Tebok Atap'.
4. Haji Hadi marah kerana BERSATU tak mahu terima “parti orang Islam” atau parti Hamzah masuk PN.
5. Tapi kalau Haji Hadi sendiri tak boleh terima AMANAH, kenapa dia rasa BERSATU akan terima parti Hamzah?
6. Jadi 4 alasan Haji Hadi semalam hanyalah proses “mind conditioning” untuk bagi walaun PAS telan keputusan PAS ceraikan BERSATU nanti.
7. Hakikat sebenar, team Muhyiddin dalam BERSATU dah tak sekaya dulu zaman “ghanimah” Jana Wibawa.
8. Jadi sekarang PAS nak bersama team Hamzah yang mungkin masih berduit, atau kembali mengorat UMNO untuk dana pilihan raya.
9. Sebab itu kalau perasan, tulisan Minda Presiden Haji Hadi akhir-akhir ni dah berkali-kali merayu supaya UMNO bersama PAS.
10. Ku Li kata PAS “Parti Pelacur”. Tapi bagi saya, PAS macam "Hantu Raya" yang tengah cari tuan baru.
11. Sanusi sendiri dah kata, PAS perlukan RM1 juta untuk pertahan satu kerusi Parlimen. Maksudnya PN-PAS perlukan minimum RM50 juta.
12. Sanusi juga sindir BERSATU yang tak ada duit, tak ada ahli, tapi nak jadi ketua.
13. Sebab itu jangan percaya retorik 'Perpaduan Melayu-Islam' Haji Hadi kerana selama 45 tahun, dialah punca Melayu berpecah.
14. Dengan kenyataan terbaru Haji Hadi, hampir pasti kita bakal tengok undi tidak percaya di Perlis untuk PAS balas dendam. Mungkin sekali dengan pembubaran DUN.
15. Haji Hadi terpaksa bermati-matian kuasai dan pertahankan PN walaupun tanpa BERSATU.
16. Dan tanpa BERSATU, hampir pasti Gerakan dan MIPP juga tak akan kekal lama dalam PN. Tapi PAS tak peduli hal itu kerana adanya mereka seperti tiada.
17. Sebab PAS sedar, mereka perlukan logo PN untuk nampak lebih “nasional”, kerana logo PAS masih tak laku di banyak tempat







Dulu Umno dikafirkan, kini giliran Bersatu pula? — Faiz Fadzil


 


Setiausaha Agung AMANAH, Faiz Fadzil menyifatkan tindakan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mula menunjukkan ketegangan dengan Bersatu sebagai sesuatu yang sudah dijangka dalam percaturan politik parti itu.

Menurut beliau, Pas didakwa sedang mencari jalan untuk kembali bekerjasama dengan Umno selepas merasakan Bersatu tidak lagi memberi kelebihan politik kepada mereka.

Katanya, isu melibatkan Adun Bersatu di Perlis dan Negeri Sembilan hanyalah alasan luaran, sedangkan punca sebenar lebih berkait dengan kepentingan politik semasa.

“Pas sedang berusaha untuk berpakat semula dengan Umno bukan kerana isu ketidakpuasan hati terhadap tindakan Adun Bersatu di Perlis dan Negeri Sembilan, tetapi kerana merasakan Bersatu tidak lagi diperlukan,” katanya dalam satu kenyataan.

Faiz turut mendakwa Pas sering menggunakan naratif agama bagi menghalalkan tindakan politik mereka termasuk ketika memutuskan hubungan dengan rakan politik terdahulu.

“Dulu Umno dikafirkan, tetapi kemudian dianggap satu rahmat pula. Selepas ini tunggulah Bersatu pula untuk dikafirkan atau dimunafikkan,” katanya lagi.

Dalam nada sinis, beliau turut mengimbau kisah “kambing” yang pernah diceritakan bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor ketika sesi penggulungan Muktamar Pas suatu ketika dahulu.

Menurut Faiz, kisah tersebut mempunyai maksud mendalam mengenai sikap dan budaya politik sesetengah pihak.

“Namun hakikatnya, Pas sekarang yang busuk lebih daripada kambing, tidak boleh dibuat kawan kerana sikap politiknya,” katanya.

Beliau bagaimanapun mengakui Pas di bawah kepimpinan Allahyarham Fadzil Noor jauh berbeza kerana lebih menghormati rakan politik dan konsisten dalam kerjasama politik termasuk mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Faiz berkata keadaan berubah apabila Pas beberapa kali menukar sekutu politik termasuk DAP, PKR, Umno dan kini dilihat mula berdepan ketegangan dengan Bersatu.

“Ketika berkawan, DAP pun dianggap rahmat. Begitu hipokritnya Pas atas nama agama,” katanya lagi.


‘Musyawarah’ Sekadar Retorik Dalam Pas

 


Realiti dalam PN memperlihatkan keputusan penting lebih banyak dipengaruhi kehendak kelompok tertentu berbanding persetujuan semua pihak sekali gus menolak prinsip ‘musyawarah’ yang dicanang selama ini.

PENDAPAT, 24 Mei – Tindakan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dilihat semakin jelas terserlah apabila istilah “musyawarah” kononnya sering dilaungkan hanya menjadi retorik politik dalam Perikatan Nasional (PN).

Walaupun konsep musyawarah membawa maksud perbincangan bersama secara adil dan terbuka demi mencapai keputusan kolektif, realitinya dalam PN memperlihatkan keputusan penting lebih banyak dipengaruhi kehendak kelompok tertentu berbanding persetujuan semua pihak.

Dalam ‘penampakkan’ Abdul Hadi menyerlahkan sisi imej seorang pemimpin yang menekankan prinsip ‘Islam’ dalam pentadbiran politik, namun tindakan dan pendekatannya dalam PN dilihat bercanggah dengan semangat sebenar musyawarah.

 

Tidak hairanlah Bersatu semakin ‘menjauhkan diri’ seolah-olah merasa ‘dibuli’ dalam gabungan itu hanya kerana mereka diperlekehkan tidak cukup jentera lapangan dan sebagainya.

Malah, banyak keputusan besar gabungan itu, termasuk soal kepimpinan dan hala tuju politik, dibuat tanpa penjelasan menyeluruh kepada akar umbi mahupun rakan parti komponen.

Ibarat sekapal, kononnya tidur sebantal, tapi mimpi lain-lain hingga Abdul Hadi pada sidang media selepas menyampaikan kuliah mingguannya di Masjid Rusila, Marang, semacam melafazkan ‘cerai politik’ secara kinayah.

Dalam sidang media itu, ahli parlimen Marang itu menegaskan Pas akan menilai semula kerjasama dengan Bersatu susulan beberapa tindakan parti itu, termasuk di Perlis dan Negeri Sembilan.

Ditambah lagi dengan penyingkiran Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi, ini menimbulkan persepsi bahawa musyawarah hanya digunakan sebagai slogan untuk menjaga imej politik, sedangkan keputusan sebenar sudah ditentukan lebih awal.

Lebih ketara, apabila timbul perbezaan pandangan dalam kalangan pemimpin PN sendiri, pendekatan yang diambil bukanlah membuka ruang dialog secara matang, sebaliknya pihak yang tidak sehaluan sering dipinggirkan atau ditekan secara halus.

Sikap sedemikian jelas bertentangan dengan prinsip syura yang menuntut keterbukaan, kejujuran dan penghormatan terhadap pandangan berbeza.

Kegelisahan rakyat terutama penyokong mereka sendiri melihat bagaimana seruan perpaduan dan musyawarah hanya kedengaran indah ketika berucap di pentas politik, tetapi gagal diterjemahkan dalam pengurusan dan keputusan dalaman gabungan.

Kalau pun ‘terdesak’ mahu menerima kumpulan ‘Reset’ diketuai Hamzah Zainudin yang lebih ‘lunak’ dengan selera Abdul Hadi, adalah tidak wajar mengetepikan jasa Bersatu dan Muhyiddin ‘merasa’ menjadi ‘kerajaan tebuk atap’ 33 bulan.

Hakikat ‘musyawarah’ dalam PN tidak lebih hanya mengaburi mata rakyat sedangkan realiti sebenar tidaklah seindah yang difantasikan pentaksub yang ‘walak’ membabi buta.




Iran Setuju Akhiri Perang, Buka Selat Hormuz – NY Times

 


Ibu negara Tehran dibanjiri dengan wajah mereka yang dibunuh Amerika Syarikat termasuk kanak-kanak sejak 28 Februari 2026.

ISTANBUL, 23 Mei – Iran bersetuju dengan draf pelan untuk menamatkan pertempuran dan membuka semula Selat Hormuz, lapor Anadolu Ajansi, memetik The New York Times (NY Times) pada Sabtu.

Memetik tiga pegawai kanan Iran, laporan itu mengatakan pelan yang dicadangkan itu akan menghentikan pertempuran di semua bidang, termasuk di Lubnan, sambil memberi tumpuan terutamanya kepada pembukaan semula Selat Hormuz.

Cadangan itu termasuk menarik balik sekatan tentera laut AS ke atas Iran dan membenarkan perkapalan komersial tanpa sekatan melalui laluan air strategik tanpa Iran mengenakan tol, kata akhbar itu.

Penahanan reman Thiago de Avila dan Saif Abukeshek dikecam dunia kerana rejim Zionis Israel menyalah gunakan kuasa menahan mereka secara tidak sah di perairan Greece pada 30 April 2026.

Isu-isu kontroversi berkaitan program nuklear Iran, titik pertikaian utama dalam rundingan, akan ditangguhkan untuk rundingan berasingan dalam tempoh 30 hingga 60 hari.

Cadangan itu juga akan melepaskan aset Iran bernilai AS$25 bilion (kira-kira RM99 bilion) yang dibekukan di luar negara, menurut laporan itu.

Pengantara Pakistan dan Qatar memudahkan draf perjanjian itu, tambah akhbar itu.

 

Awal Sabtu, Presiden AS, Donald Trump berkata, perjanjian dengan Iran “sebahagian besarnya dirundingkan”, sambil menambah bahawa butiran akhir masih dalam perbincangan.