Menerima kunjungan hormat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pertahanan, Dalam Negeri dan Luar Negara, Majlis Kebangsaan Persekutuan Emiriah Arab Bersatu (UAE) Dr. Ali Rashid Al Nuaimi,

 












Menerima kunjungan hormat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pertahanan, Dalam Negeri dan Luar Negara, Majlis Kebangsaan Persekutuan Emiriah Arab Bersatu (UAE) Dr. Ali Rashid Al Nuaimi, petang tadi.

Saya menghargai komitmen UAE untuk terus memperkukuh hubungan erat dengan Malaysia, khususnya dalam meneroka bidang kerjasama strategik yang mampu memberi nilai tambah kepada kedua-dua negara.
Dalam pertemuan ini, kami turut bertukar pandangan mengenai perkembangan geopolitik semasa, termasuk berhubung konflik melibatkan Amerika Syarikat dan Iran serta implikasinya terhadap rantau ini.
Kami juga menyentuh mengenai kepentingan kecerdasan buatan (AI), khususnya dalam sektor pertahanan dan tadbir urus.
Saya menyambut baik perkongsian pengalaman UAE yang mewajibkan para menteri serta pengurusan tertinggi kerajaan mengikuti latihan AI bagi memastikan kepimpinan sentiasa bersedia mendepani perubahan teknologi yang semakin pesat.
Insya-Allah, Malaysia akan terus memperkukuh kerjasama dengan UAE demi manfaat bersama serta menyumbang kepada kes manan, kestabilan dan kemakmuran serantau.





"SAYA DAH GIVE UP, TUNGGU KEPUTUSAN BARU DIA FAHAM" ! LOKMAN LUAHKAN PERASAAN KECEWA ?

 


YB PENDANG "TEMBAK" ONN HAFIZ ? PAS & UMNO JOHOR BERGOLAK ?


 

"MALU YB HULU TERENGGANU" ! JELUTONG BASUH YB PEMBANGKANG !


 

Johor Berhak Menikmati Masa Depan Yang Lebih Makmur, Berintegriti Dan Inklusif -Hari Pertama 4.7.26


 

Jelajah Johor Kedepan, Undi Harapan di Dun Serom - Ucapan Anwar Ibrahim


 

PRN JOHOR! PERPADUAN DALAM PAKATAN HARAPAN TERBAIK! SALING SOKONG INI LAH WAJAH MALAYSIA!


 

SAJA JADIKAN ISU. FAHAM TAK MAU.

 


Jamzuri ardani



Isu kereta yang PM pakai pun nak jadi isu kempen. Kereta tu memang sedia ada milik kerajaan. Bukan kereta rasmi PM. Bukan beli baru.

Penggunaan kereta tersebut hanya dibuat dalam keadaan tertentu atas nasihat PDRM.
Bila polis bagi nasihat, PMX akur je laa. Apasal UMPAS plak koyak?



PM Thailand Lawat Malaysia Esok, Rasmi Jalan ICQS Bersama PM Anwar

 


Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul akan mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Julai 2026. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 8 Jul – Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul akan mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Kementerian Luar, lawatan ini merupakan lawatan rasmi pertama beliau ke Malaysia sejak dilantik semula sebagai Perdana Menteri pada Mac lalu.

Pada hari kedua lawatan pemimpin itu, kedua-dua Perdana Menteri akan mengadakan lawatan bersama ke Bukit Kayu Hitam, Kedah, bagi menyempurnakan majlis perasmian jalan baharu antara Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, Malaysia dengan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao, Thailand.

Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul tiba di Lapangan Terbang TUDM Subang pada 25 Oktober 2025 sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46. Foto Bernama

Katanya, sebaik tiba di negara ini, Anutin akan diraikan dalam satu majlis sambutan rasmi di Kompleks Bunga Raya, diikuti dengan pertemuan dua hala bersama Perdana Menteri bagi membincangkan dan menilai kemajuan hubungan dua hala Malaysia–Thailand.

“Ini termasuk membincangkan usaha memperkukuh kerjasama dalam bidang berkepentingan bersama, termasuk perdagangan dan pelaburan, kesalinghubungan sempadan, keselamatan, pertanian, pelancongan, pendidikan dan hubungan antara rakyat.

“Kedua-dua pemimpin turut dijangka bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa dalam kerangka ASEAN serta mekanisme kerjasama serantau yang lain,” katanya hari ini.

Wisma Putra berkata, kedua-dua Perdana Menteri juga akan menyaksikan majlis menandatangani dan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) mengenai kerjasama dalam bidang pertanian yang mencerminkan komitmen bersama Malaysia dan Thailand untuk terus memperkukuh kerjasama dalam sektor itu.

Katanya, Perdana Menteri seterusnya akan meraikan Anutin serta delegasi Thailand dalam satu majlis makan tengah hari rasmi.

Katanya, lawatan ini sebahagian daripada siri pertukaran lawatan di peringkat Perdana Menteri selepas Lawatan Kerja Anwar ke Thailand pada 17 hingga 19 April 2025, dan lawatan rasmi bekas Perdana Menteri Thailand ke Malaysia pada 16 Disember 2024.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul pada 19 Mac 2026. Foto EPA

“Ia mencerminkan jalinan persahabatan yang erat dan mesra antara kedua negara selaku jiran tetangga dan Negara Anggota ASEAN,” katanya.

“Pada tahun 2025, Thailand merupakan rakan dagang keenam terbesar Malaysia di peringkat global dan kedua terbesar dalam kalangan Negara Anggota ASEAN, dengan jumlah dagangan sebanyak RM118.57 bilion (AS$27.73 bilion).

“Bagi tempoh Januari hingga Mac 2026, jumlah dagangan dua hala antara Malaysia dan Thailand mencecah RM31.33 bilion (AS$7.90 bilion), berbanding RM27.35 bilion (AS$6.15 bilion) dalam tempoh yang sama pada tahun 2025,” katanya.



Terminal Ketiga Pelabuhan Klang Lonjak Status Malaysia Hab Maritim Asia

 


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke hadir pada Persidangan dan Pameran Pelabuhan dan Logistik ASEAN di Kuala Lumpur pada 8 Julai 2026. Foto MOT

KUALA LUMPUR, 8 Jul – Malaysia menyasar menjadi hab maritim utama di Asia Tenggara menerusi pembangunan Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey di Selangor, yang dijangka mengambil masa kira-kira 20 tahun untuk disiapkan sepenuhnya.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata projek mega yang bakal dilaksanakan secara berfasa itu merupakan langkah kritikal bagi memastikan daya saing maritim negara kekal kukuh dalam tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang.

Beliau berkata, kapasiti sedia ada di Pelabuhan Klang ketika ini adalah sekitar 20 juta unit setara 20 kaki (TEU) berbanding Pelabuhan Tuas di Singapura yang mampu mengendalikan hingga 60 juta TEU setahun.

“Pelabuhan Tuas tiga kali ganda lebih besar daripada Pelabuhan Klang sedia ada (sekarang). Sudah tentu jika kita mahu bersaing, kita memerlukan kapasiti dan infrastruktur yang besar.

“Pembangunan di Pulau Carey ini bertujuan untuk menjadikan Pelabuhan Klang sebagai pelabuhan mega yang boleh mengendalikan TEU dalam jumlah yang besar.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke hadir pada Persidangan dan Pameran Pelabuhan dan Logistik ASEAN di Kuala Lumpur pada 8 Julai 2026. Foto MOT

”Perancangan ini penting bagi memastikan persaingan ataupun daya saing negara kita tetap kukuh, tetap kuat dalam tahun-tahun yang akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Pelabuhan dan Logistik ASEAN di sini, hari ini.

Mengulas status terkini projek itu, Loke berkata kajian kebolehlaksanaan yang bermula sejak 2018 telah selesai, dan kabinet secara prinsipnya telah memberikan kelulusan untuk meneruskan projek itu melalui model kerjasama awam-swasta (PPP).

“Ada (beberapa) isu mengenai tanah yang sedang kita uruskan sekarang dengan Kerajaan Negeri Selangor. Sejurus selepas isu tanah dapat diselesaikan, maka kita akan ‘kick-start’ (mulakan pembinaan) projek ini tak lama lagi,” katanya.

Pada 11 Mac lalu, Loke berkata kerajaan telah meluluskan projek pembangunan Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey yang bertujuan untuk memperkukuh keupayaan ekonomi dan kedudukan Malaysia dalam sektor pelabuhan serta logistik.

Sementara itu, berhubung impak ketegangan geopolitik di Asia Barat terhadap industri maritim, Loke berkata kedudukan geografi Malaysia menjadikannya sebagai sebuah pelabuhan perlindungan selamat di rantau ini.

Katanya, konflik global itu tidak menjejaskan operasi pelabuhan tempatan malah Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) mencatatkan pertumbuhan volum yang positif pada suku pertama tahun ini.

“Walaupun ketidaktentuan geopolitik ini merupakan satu ancaman global, ia juga membuka peluang buat pelabuhan di ASEAN, khususnya Malaysia, kerana banyak aktiviti pemindahan kapal kini beralih ke sini atas faktor keselamatan,” katanya.

BN, PH dominasi kerusi putih

 


Foto hiasan
Foto hiasan

DARIPADA keseluruhan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor, sekurang-sekurang 32 dianggap 'kawasan putih' atau kerusi selamat bagi parti atau gabungan parti tertentu yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Daripada 32 kerusi itu pula, sekurang-kurangnya 23 DUN dilihat berpihak kepada Barisan Nasional (BN), terutama lapan kerusi yang dianggap paling selamat, iaitu DUN Buloh Kasap, Machap, Tanjung Surat, Larkin, Benut, Pulai Sebatang, Pekan Nenas dan Kukup.

Asasnya kerana selain memiliki peratusan pengundi Melayu yang tinggi, saingan utama BN bagi segmen pengundi sama, iaitu Perikatan Nasional (PN) dilihat agak lemah kali ini, khususnya dengan keputusan PAS menarik diri pada saat akhir di beberapa DUN.

Keputusan parti komponen BERSATU dalam PN itu dilihat memberi nilai tambah dan faktor mengukuhkan lagi kedudukan BN di lapan kerusi terbabit.


Biarpun di sebilangan kawasan seperti DUN Larkin, rekod keahlian PAS tidaklah ramai, iaitu sekitar tiga cawangan sahaja, sokongan diperoleh PN terutama undi Melayu pada PRN terdahulu dan Pilihan Raya Umum (PRU) 2022 agak memberangsangkan.

Bagi 15 lagi kerusi, BN bergantung pada faktor undi teras yang tinggi untuk terus menguasai DUN Sri Medan, Parit Raja, Semarang, Rengit, Layang-Layang, Mahkota, Kahang, Endau, Tenggaroh, Panti, Pasir Raja, Sedili, Johor Lama, Penawar serta Kukup.

Merujuk DUN Sri Medan yang sekian lama menjadi kubu kuat BN, penyandang kerusi yang juga Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong, Datuk Zulkurnain Kamisan dikekalkan sebagai calon dan popularitinya yang mesra disapa 'Tok Jun' ini memang sukar digugat.

Sama juga di Parit Raja di mana BN mengekalkan penyandang dua penggal, Nor Rashidah Ramli. Naib Ketua UMNO Bahagian Sri Gading ini memiliki kelebihan kerana cukup dikenali berbanding pencabarnya daripada PN dan PH.

Reputasi Ketua UMNO Air Hitam, Datuk Samsolbari Jamali, calon bagi mempertahankan DUN Semarang yang dimenanginya sejak 2004 masih sukar digugat, sama juga dengan bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba di DUN Pasir Raja yang sekian lama menjadi kubu kuat UMNO.

8 kerusi PH paling selamat

Bagi PH, lapan kerusi dilihat paling selamat dan dijangka terus didominasi gabungan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, khususnya DAP adalah Skudai, Senai, Perling, Mengkibol, Penggaram, Bentayan, Stulang dan Johor Jaya.

Selain menang dengan majoriti besar pada PRN Johor dan PRU empat tahun lalu, PH juga memperoleh undi popular tinggi di semua kerusi terbabit dengan jurang yang besar berbanding pesaing terdekat.

Selain jadi tumpuan jentera kempen, pemimpin utama PH juga berkampung di lapan DUN itu sejak minggu lalu dengan sambutan serta jumlah kehadiran dilihat pada ceramah mega dianjurkan mereka saban malam menggambarkan pengaruh kuat gabungan itu.

Dua lagi DUN, Johor Jaya dan Stulang bagaimanapun dijangka menyaksikan saingan sengit PH dan BN berikutan jurang undi majoriti tipis diperoleh PH dalam PRN terdahulu, namun kelebihan dilihat tetap berpihak kepada gabungan diterajui Perdana Menteri itu.

Di Stulang, PH mengekalkan Andrew Chen Kah Eng untuk mempertahankan kerusi berkenaan atas faktor popularitinya dan sosok cukup dikenali penduduk setempat kerana sudah menjadi wakil rakyat di situ sejak 2013.

Baki 25 kerusi DUN lagi diramal bakal menyaksikan persaingan sengit, bukan saja oleh BN dan PH, tetapi juga PN dan beberapa parti lain yang turut menyertai PRN Johor kali ini.

DUN Bukit Batu contohnya, berdepan saingan cukup sengit kali ini, dengan pertembungan lima calon, iaitu Chiong Sen Sern mewakili PH, R Kumaran (BN), Kamaruzaman Ali (Bebas), G Tamili (BERSAMA) dan wakil MUDA, M Premanand.

Kemenangan tipis PH, sekadar 137 undi diperoleh pada PRN Johor 2022 melalui wakil PKR, selain penyertaan BERSAMA dan MUDA kali ini berupaya mengancam undi PH, meletakkan saingan sengit kali ini, khususnya antara PH dan BN.

Di DUN Senggarang, taruhan PH ialah Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar untuk merampas semula kerusi berkenaan pernah dimenangi parti itu pada 2013 dengan majoriti kecil 809 undi sebelum dirampas kembali BN pada 2022.

PH tidak boleh bersandar pada keputusan diperoleh mereka di kerusi Parlimen Batu Pahat pada PRU 2022 memandangkan undi kemenangan Onn ketika itu banyak disumbang dari DUN Penggaram, yang didominasi DAP.

DUN Puteri Wangsa yang disandang Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) juga dilihat bukan laluan mudah buat PKR walaupun menampilkan bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang akan bersaing dalam pertembungan lima penjuru.

Saingan PH dan BN di Parit Yaani tidak kurang sengitnya dengan AMANAH cuba merampas semula kerusi pernah dimenanginya daripada BN, bersandarkan faktor pengundi Cina yang ramai, khususnya di pusat daerah mengundi (PDM) Tongkang Pechah.

Keputusan PAS tidak meletakkan calon di kerusi berkenaan dijangka berupaya mengalih undi Melayu untuk sepenuhnya memihak kepada calon UMNO, Datuk Mohamad Najib Samuri, sekali gus mengekalkan penguasaan BN di kerusi terbabit bagi penggal kedua.

Dari aspek PN, konflik PAS dan BERSATU mengakibatkan saingan gabungan itu kali ini dilihat kurang menyengat. Biarpun ratusan jentera dikerah ke kawasan sasaran, kehadiran mereka dilihat masih belum berupaya menandingi kempen agresif BN dan PH.

PAS seperti biasa menjadikan pentas ceramah sebagai platform memperkenalkan calon, langkah sedikit berbeza bagaimanapun diambil BERSATU yang lebih bertumpu kepada kempen rumah ke rumah dan bertemu pengundi di lapangan.

Namun, parti diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin itu dilihat masih mampu memberi saingan, khususnya di utara dan timur Johor dengan beberapa kerusi menjadi sasaran seperti Maharani, Bukit Kepong, Sungai Balang, Bukit Pasir dan Serom.

BERSAMA pula dilihat lebih menonjol berbanding MUDA, namun penampilan sulung parti diterajui bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli dalam saingan pilihan raya ini dianggap sekadar mahu menguji sokongan rakyat.





JANGAN KELIRUKAN PENGUNDI





 Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin menyifatkan cubaan mengaitkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya akan mengelirukan pengundi.

Beliau berkata, PRN Johor diadakan bagi memilih kerajaan negeri yang akan mentadbir Johor untuk tempoh lima tahun akan datang bukan menentukan nasib mana-mana individu yang sedang menjalani proses perundangan.
“Pilihan raya negeri adalah untuk memilih kerajaan negeri, menentukan dasar, hala tuju pentadbiran serta kebajikan rakyat Johor, bukannya berkaitan proses pengampunan atau pembebasan mana-mana individu,” katanya kepada MalaysiaGazette.

"PMX ADALAH CIKGU SAYA !" PAK CIK INI KONGSI CERITA YANG RAMAI TAK TAHU !


 

(PRN Johor) Siti Aishah: Ucapan Ceramah Pakatan Harapan Di DUN Bekok


 

PRN Johor: Undi Protes terhadap PH? Ini komen saya


 

TAPI CITA CITA CUMA NAK JADI PEMBANGKANG

 



Bayangkan jika PAS bertanding di kesemua 56 kerusi DUN.. sudah pasti dapat lebih 92% undi awal.. - Ustaz Mat Idris Al Saguni



MALAM TADI SAYA BERKEMPEN DI PENTAS PH

 






Ya, malam tadi saya naik pentas PH di Felda Ulu Tebrau untuk menyokong calon PH dari PKR Dr Maszlee Malik. YAB Dato Sri Anwar Ibrahim adalah penceramah utama di majlis kempen itu.
Di sebelah pagi saya post infografik di fb di mana saya menyokong calon PH daripada Amanah Sdr Hj Yazid Bakri yang bertanding di DUN Rengit.
Seperti dijangka, akibat dua kes itu saya dikecam dan dinista khususnya oleh pemimpin UMNO.
Di antara komen negatif itu datang daripada Sdr Razlan Rafii Setiausaha Politik Zahid Hamidi. Dia ahli MKT dan Ketua UMNO Bahagian Siputeh. Dia kata “Lepas ni masuk terus DAP, kan senang”.
Begitulah pemikiran sempit segelintir pemimpin UMNO. Masih mengamal politik bawah tempurung. Mereka ingat dengan mengaitkan sesiapa sahaja dengan DAP maka UMNO akan dapat sokongan orang Melayu?
Walhal FELDA Ulu Tebrau dianggap kawasan hitam pada pihak lawan. Ia dianggap kubu kuat UMNO. Tetapi tidak malam tadi. Orang Felda telah berubah. Kehadiran ramai malam tadi bukti orang Felda bebas dan berani buat pendirian politik. Tetapi sebahagian pemimpin UMNO tidak berubah. Masih dengan naratif basi.
UMNO makin jauh daripada Gen-Z dan Gen-Alpha. Sebab itu saya kata UMNO yang sudah berusia 80 tahun patut dipimpin oleh generasi ke 4 UMNO, bukan pemimpin recycle. Tetapi pemimpin UMNO amat degil.
Malam tadi saya hadir sebagai penyokong kerajaan perpaduan. Dari awal saya menyokong penubuhan kerajaan perpaduan. PH adalah kerajaan. BN juga adalah kerajaan. “Mana BN berani pull the plug”. Dr Akmal sahaja yang cakap besar. Maka tidak salah saya naik pentas PH.
Lagi pun saya sudah keluar daripada UMNO. Hak saya mahu menyokong sesiapa atas dasar peribadi calon itu. Saya bukan macam Hishamuddin Hussien Onn. Masih MP UMNO tetapi sign SD menyokong Muhyiddin jadi Perdana Meteri.
Dalam kempen itu saya beritahu pengundi saya menyokong inisiatif kerajaan pusat mahi menjadikan JB Shenzen Asia Tenggara. Kalau JS-SEJ berjaya mana mungkin Shenzen Asia Tenggara tidak berjaya. Onn Hafiz sendiri mengaku JS-SEZ adalah penyumbang besar FDI naik.
Maka tidak perlu Onn Hafiz jadikan isu JS-SEZ yang belum dilancarkan sebagai pertelagahan antara negeri dan pusat. “Moves on” kepada politik yang bebas dan seimbang









𝗨𝗠𝗡𝗢 + 𝗣𝗔𝗦 + 𝗥𝗘𝗦𝗘𝗧 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗘𝗗𝗜𝗔 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗘𝗡𝗔𝗠𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗗𝗜 𝗣𝗥𝗡 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥

 






𝗨𝗠𝗡𝗢 + 𝗣𝗔𝗦 + 𝗥𝗘𝗦𝗘𝗧 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗘𝗗𝗜𝗔 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗘𝗡𝗔𝗠𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗗𝗜 𝗣𝗥𝗡 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥

1. Bila geng Hamzah (RESET) memilih menyokong BN di Johor, ini bukan sangat soal mahu kalahkan PH.
2. Yang lebih utama ialah mahu menanam paku terakhir pada keranda parti lama mereka, BERSATU.
3. Johor ialah tapak politik paling penting kepada Muhyiddin dan BERSATU sejak ditubuhkan, negeri yang pernah dipimpin MB daripada BERSATU.
4. Begitu juga PAS. BERSATU bukan lagi aset seperti dulu, tetapi ancaman dan pesaing kerana mereka merebut segmen pengundi serta kerusi yang sama.
5. Maka RESET, PAS dan UMNO ada kepentingan untuk menguburkan BERSATU.
6. Sebab itu kenyataan awal PAS-PN untuk tidak bertanding dalam PRN Johor diubah kemudiannya.
7. PAS juga melarang ahlinya membantu calon BERSATU walaupun kedua-duanya menggunakan logo PN.
8. BERSATU hanya bertanding di 16 kerusi. Di situ, pilihan penyokong BERSATU jelas.
9. Tetapi bagaimana di 40 kerusi lain? Jika mereka mengundi BN atau UMNO, mereka sedang menguatkan pesaing yang mahu menyerap akar umbi BERSATU.
10. Jika mereka mengundi PAS, mereka menguatkan parti yang tidak lagi mahu bersama dan mahu merampas platform PN daripada tangan mereka.
11. Jika penyokong BERSATU serius mahu memastikan survival parti di Johor, mereka mesti pastikan BN tidak menang mutlak.
12. Undi penyokong BERSATU di 40 DUN yang tidak bertanding bukan sekadar menentukan siapa menang di Johor. Ia menentukan sama ada BERSATU terus hidup atau dikuburkan bekas kawan dan pesaingnya sendiri.






NOHHHHH HAIHHHH

 



Masyallah, calon PAS Ustaz Saifullah menunjukkan kepulan asap yang muncul ketika beliau melalui jalan tersebut, adakah tanda tanda kemenangan diJementah? - Ustaz Mat Idris Al Saguni


KENAPA TIDAK BOLEH TOLAK. SELANGOR LEBIH MAJU SELEPAS TOLAK UMNO.

 


Kalu orang sel tolak UmnoPas dengan majoriti besar, negeri pun paling maju, penyumbang ekonomi terbesar negara, Orang Johor juga mampu lakukan dengan menolak UmnoPas.






HARAP MAAF

 


BLOG AKAN DIUPDATE JAM 2 PETANG.HARAP MAAF