'Bela rakyat, tolak rasuah perjuangan utama KEADILAN'




Pembelaan terhadap rakyat perlu diterangkan sebagai perjuangan penting KEADILAN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.


Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan perlunya lebih banyak pembelaan terhadap orang miskin dan rakyat marhaen pada era pendemik Covid 19 dan malapetaka banjir baru baru ini.


"Saya tidak faham, ramai bercakap dia parti Melayu, Cina, India. Kalau dia tak boleh tekankan dasar yang membantu .... Berapa ramai anak yatim terbiar, berapa banyak orang miskin kekal miskin. Kesenjangan antara miskin dan kaya bertambah.


"Mangsa Covid 19 majoriti orang miskin, mangsa banjir majoriti orang miskin," katanya dalam ucapan pada Majlis Pengumuman Calon KEADILAN Zon Utara, malam tadi.


Selain itu, Ahli Parlimen Port Dickson itu juga mengingatkan agar isu rasuah yang sistemik dalam pemerintahan diterangkan kepada pengundi agar mereka faham perlunya perubahan kepada kerajaan yang lebih berintegriti.


"Rasuah itu sudah sistemik, seluruh sistem menjalar. Kalau tak ada kekuatan dalaman tak boleh. Kalah.


"Ada yang kata kita orang Islam (kebal rasuah), tak betul. Saya pernah lihat bukan Islam tetapi dengan konsistensi (tolak rasuah). Ada orang yang bersyarah ... Allahuakhbar setiap dua ayat, tetapi melingkup lebih awal daripada orang lain.


"Islam bukan dijubah atau dijanggut. Tidak sama apa yang diungkapkan dengan apa yang diamalkan," katanya.


Mengenai calon KEADILAN, Anwar memuji kerana dengan keahlian 1 juta anggota parti itu mempunyai ramai calon yang layak.


Malah untuk PRN Johor, dari ribuan yang dipilih terdapat 2,000 calon yang layak. Namun KEADILAN memilih calon yang konsisten dan mempunyai tekad perjuangan yang tinggi bagi menggalas cabaran dalam PRN kali ini.


Beliau juga mengingatkan untuk mengambil pengalaman politik tokoh tokoh parti sahabat sebagai pegangan, terutama komitmen supremo DAP Lim Kit Siang yang tidak pernah mendapat jawatan tinggi dalam kerajaan sepanjang penglibatan politik beliau.


"Tengok Lim Kit Siang, paling tinggi kedudukannya Ketua Pembangkang sekejap dan Ahli Parlimen. Tetapi tengok konsistensinya. Dari muda, konsisten dan gagah berjuang. Saya hormat kerana konsistensinya. Jangan kita tengok orang pandai pandai saja. Kalau tak ada dia tak jadi DAP macam ini," katanya lagi.


Pada akhir majlis, Anwar mengumumkan calon calon yang akan menggalas cabaran KEADILAN dalam pilihan raya Mac 2022, iaitu:


Subramaniam Chami (DUN Buloh Kasap)


Yoong Tau (DUN Pemanis)


Na'im Jusri (DUN Gambir)


Md Ysahrudin Kusni (DUN Bukit Naning)


Abdullah Sahid (DUN Sungai Balang)


Mohd Khuzzan Abu Bakar (DUN Semerah)


Azmi Masrani (DUN Sri Medan)





 

RAKYAT SARAWAK SUKA...KAH..KAH


Sarawak mula nak laksanakan hak yang sepatutnya milik mereka. Tapi itu la...
Aku ingat dia nak buat perubahan yang boleh serta merta buat rakyat hidup selesa. Rupanya tukar nama jawatan dia dulu. Entah apa signifikan nama jawatan berbanding rakyat.
GPS tu suku sakat BN gak. Mana pernah fikir pasal rakyat. Bagi dia yang utama diri dan poket dia dulu. Rakyat boleh tunggu. Rakyat susah pun tetap sokong dia. Guane boh?

Senarai Calon-calon KEADILAN PRN Johor 2022

















𝗗𝗿 𝗠𝗮𝘀𝘇𝗹𝗲𝗲 𝗠𝗮𝗹𝗶𝗸
𝗡𝟮𝟳 𝗗𝗨𝗡 𝗟𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴-𝗟𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴
𝗠𝗱 𝗬𝘀𝗮𝗵𝗿𝘂𝗱𝗶𝗻 𝗞𝘂𝘀𝗻𝗶
𝗡𝟭𝟰 𝗗𝗨𝗡 𝗕𝘂𝗸𝗶𝘁 𝗡𝗮𝗻𝗶𝗻𝗴
𝗚𝗼𝗽𝗮𝗹𝗮𝗸𝗿𝗶𝘀𝗵𝗻𝗮𝗻 𝗔/𝗟 𝗦𝘂𝗯𝗿𝗮𝗺𝗮𝗻𝗶𝗮𝗺
𝗡𝟰𝟬 𝗗𝗨𝗡 𝗧𝗶𝗿𝗮𝗺
𝗞𝗵𝘂𝘇𝘇𝗮𝗻 𝗔𝗯𝘂 𝗕𝗮𝗸𝗮𝗿
𝗡𝟭𝟳 𝗗𝗨𝗡 𝗦𝗲𝗺𝗲𝗿𝗮𝗵
𝗡𝗮𝗶𝗺 𝗝𝘂𝘀𝗿𝗶
𝗡𝟬𝟵 𝗗𝗨𝗡 𝗚𝗮𝗺𝗯𝗶𝗿
𝗗𝗿 𝗭𝗮𝗺𝗶𝗹 𝗡𝗮𝗷𝘄𝗮𝗵 𝗔𝗿𝗯𝗮𝗶𝗻
𝗡𝟰𝟰 𝗗𝗨𝗡 𝗟𝗮𝗿𝗸𝗶𝗻
𝗦𝘂𝗯𝗿𝗮𝗺𝗮𝗻𝗶 𝗖𝗵𝗮𝗺𝗶
𝗡𝟬𝟭 𝗕𝘂𝗹𝗼𝗵 𝗞𝗮𝘀𝗮𝗽
𝗡𝗮𝗽𝘀𝗶𝗮𝗵 𝗞𝗵𝗮𝗺𝗶𝘀 𝗠𝗮𝗵𝗮𝗿𝗮𝗻
𝗡𝟰𝟳 𝗗𝗨𝗡 𝗞𝗲𝗺𝗽𝗮𝘀
𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗙𝗮𝗸𝗵𝗮𝗿𝘂𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗠𝗼𝘀𝗹𝗶𝗺
𝗡𝟯𝟱 𝗗𝗨𝗡 𝗣𝗮𝘀𝗶𝗿 𝗥𝗮𝗷𝗮
𝗖𝗵𝗶𝗼𝗻𝗴 𝗦𝗲𝗻 𝗦𝗲𝗿𝗻
𝗡𝟱𝟭 𝗗𝗨𝗡 𝗕𝘂𝗸𝗶𝘁 𝗕𝗮𝘁𝘂
𝗬𝗼𝗼𝗻𝗴 𝗧𝗵𝗮𝘂
𝗡𝟬𝟯 𝗗𝗨𝗡 𝗣𝗲𝗺𝗮𝗻𝗶𝘀
𝗔𝘇𝗺𝗶 𝗠𝗮𝘀𝗿𝗮𝗻𝗶
𝗡𝟭𝟴 𝗗𝗨𝗡 𝗦𝗿𝗶 𝗠𝗲𝗱𝗮𝗻
𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗦𝗮𝗵𝗶𝗱
𝗡𝟭𝟲 𝗗𝗨𝗡 𝗦𝘂𝗻𝗴𝗮𝗶 𝗕𝗮𝗹𝗮𝗻𝗴
#KEADILAN - 𝘓𝘦𝘣𝘪𝘩 𝘥𝘶𝘢 𝘥𝘦𝘬𝘢𝘥 𝘮𝘦𝘯𝘦𝘯𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘰𝘳𝘶𝘱𝘴𝘪, 𝘵𝘪𝘢𝘥𝘢 𝘴𝘢𝘵𝘶 𝘱𝘶𝘯 𝘱𝘦𝘮𝘪𝘮𝘱𝘪𝘯 𝘒𝘌𝘈𝘋𝘐𝘓𝘈𝘕 𝘵𝘦𝘳𝘱𝘢𝘭𝘪𝘵. 𝘉𝘌𝘙𝘚𝘐𝘏!!
𝑱𝒐𝒉𝒐𝒓 𝑩𝒂𝒏𝒈𝒌𝒊𝒕
𝑴𝒂𝒋𝒖 • 𝑩𝒆𝒓𝒎𝒂𝒓𝒖𝒂𝒉

MUDA MASIH TERLALU MENTAH, BELUM LAYAK DIBERI BANYAK KERUSI

 

Yang sahihnya setakat ini Muda telah diberi enam kerusi untuk ditandingi dalam PRN Johor, 12 Mac depan.

Daripada enam kerusi itu, empat diberikan oleh Amanah, manakala dua oleh DAP.

Rundingan Muda dengan PKR difahamkan masih berjalan di mana tiga kerusi yang sedia diberikan PKR sebelum ini dikatakan tidak berapa dipersetujui oleh Muda.

Difahamkan, Muda mahu meminta kerusi yang lebih selamat dan lebih menjamin kemenangan buat mereka berbanding tiga kerusi yang mahu diberikan PKR.

Jika rundingan dengan PKR itu akhirnya memihak kepada Muda, parti itu mungkin bertanding sehingga sembilan kerusi dalam PRN Johor ini, tetapi kalau semuanya kekal buntu, sekurang-kurangnya enam kerusi sudah tersedia buat parti pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu untuk kemunculan sulungnya di pentas pilihan raya.

Sama ada enam atau sembilan kerusi yang bakal ditandingi Muda, adakah ia memadai, terlalu sedikit atau terlebih banyak?

Sudut paling asas yang harus disedari ialah Muda merupakan parti politik baru yang semua barisan kepimpinannya, kecuali Syed Saddiq, adalah juga merupakan orang-orang baru serta masih hijau dalam pengalaman berpolitik.

Bulan saja pengalaman dalam bermain politik, lebih hijau lagi tentunya ialah pengalaman menyertai pilihanraya serta ilmu berkaitan pengurusan pilihanraya.

Kalau orang muda lain yang pernah menyertai UMNO, PKR, Pas dan lain-lain parti, pengalaman awal mereka dalam pilihanraya mungkin bermula dengan memasang poster, terlibat aktiviti gerak gempur, keselamatan dan seumpamanya, tetapi adakah pimpinan Muda pernah melalui semua pengalaman itu?

Oleh kerana baru saja diluluskan pendaftarannya, pernahkah juga pimpinan Muda mengikuti sebarang kursus pengurusan pilihanraya?

Tahukah mereka apa itu PACABA, GOTV dan lain-lain istilah berkaitan pilihanraya, selain tugas sebenar di pusat pembuangan undi dan pusat pengiraan undi?

Jika tiada pengetahuan dan pengalaman dalam semua itu, apakah Muda mahu menumpang belas ihsan jentera PH semata-mata?

Di samping itu, sebagai parti politik yang bertanding dan tentunya ingin menang, faktor penting lain yang harus dimiliki ialah kekuatan Muda sendiri.

Dalam hal ini, berapa ramai ahli Muda, khususnya di Johor?

Berapa pula jumlah cawangan dan bahagian yang telah berjaya ditubuhkan sejak Muda didaftarkan?

Ada berapa cawangan dan bahagian Muda di Johor sekarang ini?

Kalau ahli parti tidak seberapa, jumlah cawangan dan bahagian pun tidak lebih banyak daripada jumlah jari-jari di tangan, bagaimana Muda mahu mewujudkan jentera bagi menarik pengundi untuk mengundi mereka?

Apa yang terlihat sekarang, Muda ternampak hanya lincah di media sosial, tetapi semua itu tidak mencukupi untuk menang dalam pilihanraya.

Rangkuman pelbagai faktor, indah di alam maya dan indah juga di alam nyata, adalah resipi terbaik untuk menjadikan kita sebagai pilihan di hati pengundi.

Tidak guna jika hanya gempak di media sosial tetapi kehadiran mereka tidak dapat dirasai oleh pengundi.

Mengharapkan Muda dan faktor Syed Saddiq sebagai pertaruhan untuk menarik undi golongan muda, lalu mengabaikan faktor-faktor lain atau menganggapnya tidak penting, mungkin bukan pertimbangan yang tepat.

Hakikat yang tidak dilupai, imej Syed Saddiq telah banyak pun tercemar berikutan beliau kini adalah kluster mahkamah dan pengakuan kehilangan beratus ribu ringgit wang tunai daripada kediamannya tidak lama sebelum ini.

Meski beliau telah menjawab itu merupakan wang simpanan milik ibu bapanya, tetapi jika kita membangkitkan isu berkenaan dengan ramai orang, ternyata masih ramai yang ada keraguan dengannya.

Itu belum termasuk lagi berkaitan video serta gambarnya yang tidak sepatutnya yang pernah tersebar di media sosial dan menjadi bualan hangat sebelum ini.

Pokoknya, apakah dengan imej sebegitu, Syed Saddiq masih diharapkan lagi untuk dijadikan ikon kepada anak-anak muda negara ini, seterusnya untuk PH menumpang untuk memperolehi undi golongan muda?

Tidak mustahilkah lebih ramai yang menjauhinya?

Untuk itu, sama ada enam, lebih-lebih lagi jika sembilan kerusi diberikan kepada Muda, ia adalah jumlah yang terlalu banyak serta tidak munasabah dan tidak sepadan dendan kedudukan parti itu.

Muda perlu mengukuhkan kedudukannya dulu dan bagi tujuan mahu memberi pengalaman bertanding dan memahami apa itu proses pilihanraya, Muda sepatutnya hanya diberi satu atau dua kerusi saja di PRN Johor ini.

Biar mereka belajar jadi “balaci” atau “macai” terlebih dahulu, bukan terus melompat mahu jadi “boss”, walau kosong serba serbi. – ShahbudinHusin 14/02/2022.



MARUAH DAN INTERGRITI






ABDULLAH MAT ISA


 

Angkat martabat negeri Johor untuk keselesaan rakyat - Anwar

 



Nasib bangsa Johor telah 'terbenam' sejak sekilan lama sewaktu pemerintahan 60 tahun Umno-BN.



Biar pun negeri itu ketiga termaju di Malaysia namun masih banyak kawasan yang mana rakyatnya miskin dan hidup tidak terbela serta menyeberang ke Singapura mencari perkerjaan.

Hal itu, menurut Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berlaku kerana berlakunya ketirisan dalam pentadbiran kerajaan yang lalu sehingga rakyat marhaen tidak terbela.

"Apa yang berlaku sekarang ialah tak ada sistem yang mengawal ketelanjuran dan rasuah yang kita warisi puluhan tahun. Sistem dan rasuah menjadi sistemik kepada institusi. Tak terlepas dari kecurigaan dan penyelewengan. Baca laporan ketua audit negara sejak puluhan tahun lalu, berlaku ketirisan.

"Politik itu (dipandang rakyat) tidak lain perebutan kuasa golongan elit memunggah kekayaan dan tidak berani menentang kezaliman dan rasuah. Kita harus melihat ini satu kewajaran.

"Tidak aneh kalau rakan rakan mengatakan 'Johor bangkit mencari maruah'. Maruah ini satu yang sangat asasi kepada urustadbir baik. Bila kerajaan hilang maruah dan martabatnya, maka tidak mungkin kita dapat mengangkat martabat kemanusiaan," katanya dalam ucapan Pelancaran Jentera Pilihan Raya PH bersama Muda di Pulai Spring Resort.

Selain itu, Presiden KEADILAN itu juga mengungkapkan sekiranya PH + Muda diberi mandat maka satu pendekatan ekonomi baharu mungkin boleh dirangka dengan melibatkan Singapura secara lebih aktif dalam membawa pelaburan memajukan kawasan terpinggir di Johor.

"Kita patut membina satu sistem kenegaraan Johor yang boleh menghidupkan sinergi yang kuat, memperkuatkan ekonomi Singapura-Riau-Batam umpamanya.

"Ini tidak berlaku di Johor hari ini kerana kepimpinan negeri tidak berupaya memikir luar daripada kerangka yang sedia ada.

"Untuk apa kita angkat matrtabat negeri Johor ini? Untuk keselesaan rakyat. Untuk waktu kini tidak boleh kita harapkan apa apa selebihnya daripada Kerajaan Persekutuan," katanya.

Seterusnya Anwar melancarkan jentera Pilihan Raya PH yang buat julung kalinya disertai Muda yang diharap dapat meningkatkan penyertaan anak muda dalam Pilihan Raya Negeri Johor pada Mac ini.

 

KERAJAAN ANTI SATIRA- KERAJAAN BEGITU SERIUS.


LATEST UPDATE: Kerajaan akan dakwa aku di mahkamah sekali lagi minggu ini bawah #AktaSakitHati. Dua dakwaan mahkamah dalam satu bulan! #SatireIsNotACrime





 

MACAM-MACAM

 

UMNO kata calon mereka mesti WALI - Winnable, Acceptable & Likeable. Kalau ikut itu baru WAL. Tapi takpe la. 'I' tu boleh cari mana-mana nanti.

Tapi takutnya masa pilihanraya je WALI. Lepas dah menang, dia jadi Selfish, Ego, Tamak, Ampu & Nepotisme. Kalau gabung jadi SETAN. Hahaha...
UMNO/BN, PN/PAS semua sama je. Masa kempen tunjuk baik. Macam wali konon. Dah menang baru tumbuh tanduk. Jadi setan terus. Guane boh?

Dah sampai masanya di Malaysia ini kompaun dikeluarkan mengikut pendapatan. Bukan lagi jumlah yang tetap. Sebab jumlah tetap, contohnya RM2,000 bagi marhaen memang mahal. Tapi bagi kayangan, celah gigi je tu.
Cuba kenakan kompaun ikut peratusan daripada pendapatan. Contohnya 50% daripada gaji. Atau sebulan gaji terus. Itu akan lebih sesuai. Jadi yang berpendapatan besar pun akan rasa tekanan yang sama dengan mereka yang berpendapatan rendah. Kerajaan juga akan dapat lebih income.
Kaedah yang ada sekarang ini, nampaknya boleh dipermainkan dengan mudah oleh si kaya. Siapa ada duit, boleh langgar undang-undang ikut suka hati. Kalau mampu bayar denda/saman/kompaun, nak buat patuh. Kan? Tak percaya tanya Hisham. Guane boh?

Belum start ke jualan back to school? Biasa belum cuti dah mula jual dah barangan sekolah. Walaupun cuti panjang. Ini cuti pendek je. Hari tu aku keluar nak beli, tengok macam tak ada.
Mungkin shopping complex yang aku pergi tu je tak ada kot. Entah la. Kena try tengok tempat lain. Atau pun mungkin orang nak jual pun risau. Ambil stok sekali tengok sekolah tak buka.
Ini masalah dengan pemimpin yang tak faham akan kesusahan rakyat. Masih berteka teki. Cuba terus terang kan senang. Kalau nak tutup sekolah, tutup je la. Tapi la beritahu awal-awal.
Jangan sampai kita dah beli kelengkapan, dah siap bayar yuran, sekali sekolah tak buka. Itu semua duit tu. Sudahlah tengah susah. Duit KWSP tak dapat dapat. Sebab kita duit tu untuk belanja keluarga. Kalau untuk buka syarikat judi baru boleh dapat.
Kenapa menteri lembab sangat? Dan lebih masalah, kenapa rakyat masih sanjung menteri yang lembab ini? Patut dia bekerja untuk senangkan kita. Tapi dia buat kita susah ada la. Guane boh?

KAN DAH KATA- VAKSIN BUKAN SATU SATUNYA JALAN PENYELESAIAN

 

SRIKANDI MALAYA


Sebab itu ramai pakar2 perubatan di dalam dan luar negara strongly mengatakan vaksin bkn satu2nya penyelesaian.

Perkara pertama ialah kenal pasti ubat yang boleh menyembuhkan. Keduanya baru vaksin utk menguatkan daya tahan badan kita utk melawan penyakit!
Tapi yang peliknya, Menteri duk fokus pada vaksin semata2! Bila kuar varian baru, cucuk plk dos tambahan.
Sebenarnya apa dalam fikiran KJ dan DG Hisham?



PH mahu kerajaan BN Perak kekal hingga PRU, tidak perlu diadakan PRN seperti Melaka dan Johor – Mujahid

 


PH mahu kerajaan BN Perak kekal hingga PRU, tidak perlu diadakan PRN seperti Melaka dan Johor – Mujahid

Pakatan Harapan (PH) Perak mahu pentadbiran kerajaan negeri yang kini dipimpin Barisan Nasional (BN) terus kekal sehinggalah Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan kelak.

Pengerusi PH Negeri, Datuk Seri Mujahid Yusof berkata, pentadbiran yang ada ketika ini telah memberi jaminan kestabilan politik yang baik kepada rakyat tanpa perlu diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) sepertimana Melaka dan Johor.

Malah menurutnya, pelaksanaan dasar dan kepimpinan di bawah Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Saarani Mohamad selaku menteri besar tidak menimbulkan sebarang krisis politik dalam kalangan wakil rakyat pembangkang.

“Kami di pihak PH sangat konsisten dari PRN Melaka hinggalah Johor bahawa apa yang kami mahukan adalah kestabilan politik dengan memberi kerjasama yang baik.

“Ini bukan cakap kosong, kita telah buktikan dengan membuat persefahaman lebih awal dengan menteri besar (Perak).

“Bagi PH kestabilan politik itu lebih utama berbanding PRN sehinggalah keperluannya ditentukan secara undang-undang iaitu lima tahun lengkap pada 2023 nanti.

“Jadi sebelumnya (tempoh PRU), apa perlunya PRN yang dilihat lebih menimbulkan banyak masalah,” katanya dalam sidang akhbar sempena Majlis Pimpinan Pakatan Harapan bersama Media di Hotel Impiana di sini pada Ahad.

Hadir sama, Ketua Koordinasi Komunikasi PH Perak, Dr Muhaimin Sulam; Ketua Pemuda PH Pusat, Howard Lee Chuan How ; Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Baldip Singh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhammad Arafat Varisai Mahamad.

Sementara itu, Howard Lee berkata, dari segi strategi dan taktikalnya tidak nampak keperluan untuk diadakan PRN di Perak memandangkan wujud kestabilan politik yang tinggi.

Beliau berkata, meskipun wujud perbezaan ketara dari segi tadbir urus kerajaan, namun mereka perlu mengiktiraf persefahaman yang dimeterai sebelum ini.

“Perbezaan itu memang ada, cara buat kerja pun ketara berbeza, tetapi kita ada persefahaman dan suasana politik yang membawa keyakinan kepada rakyat bahawa mereka tidak akan dibebankan dengan satu PRN yang tidak seiring dengan PRU.

“Itu yang kami tahu bila turun padang ke lapangan dengar suara rakyat, mereka tahu tidak ada PRN itu baik pada masa sekarang dan bukan satu keperluan pun,” jelasnya.

Pada majlis itu, seramai 30 pengamal media pelbagai agensi hadir untuk berkongsi pandangan berkaitan isu semasa dan politik.