BERTEMU RAKYAT SEBELUM BERCERAMAH


Anwar memberi peluang kepada Dr Mansor di ketika sedang berceramah bagi menguji kebolehan calon untuk berinteraksi dengan orang ramai.



Dr Mansor bertemu orang kampung manakala DSAI berbual dengan Ustaz Mutalib pasentren An Nahdoh

INDAKAN BN tidak menyertai pilihanraya kecil Penanti pada 31 Mei ini adalah salah satu dari bukti yang menjelaskan lagi bahawa kebimbangan dan ketakutan Umno/BN melihat orang melayu memberi sokongan tidak berbelah bagi telah menjadi kenyataan.

“Di Penanti ada 72 peratus orang melayu dan Umno/BN membiarkan pakatan dan tiga lagi calon bebas untuk memilih calon mereka. Ini bukti bahawa Umno/BN tahu bahawa orang melayu sudah tidak lagi memberi sokongan kepada parti dan pemimpin-pemimpin mereka disebabkan orang-orang melayu semakin terpinggir setelah lebih 50 tahun menguasai kerajaan khususnya di Pulau Pinang.

“Kita tidak menyalahkan orang-orang melayu terutamanya ahli-ahli Umno kerana mereka tidak bersalah malah kita bersimpati dengan nasib orang Umno serta kita berharap mereka akan bersama dengan kita suatu hari ini.

“Yang kita tentang dan yang kita mahu lawan adalah pemimpin-pemimpin mereka yang bersikap sombong dan menggunakan pelbagai kaedah untuk menghalalkan cara mereka. Mereka bukan sahaja cuba meletakkan parti kita dengan pelbagai lebel malah saya diserang bertali arus dengan pelbagai fitnah,”jelas Anwar dihadapan lebi 5000 hadirin dimajlis ceramah perdana di Taman Guar Perahu Penanti malam 24 Mei lalu.

Turut hadir dalam ceramah tersebut ialah Presiden PAS, Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Menurut Anwar ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau dikelilingi oleh pemimpin-pemimpin yang hanya tahu mengangguk tetapi tidak tahu untuk memberikan idea-idea baru untuk membela nasib orang melayu dan rakyat.

“Kita tak hairan bila melihat menteri-menteri hingga kepada ketua-ketua Bahagian Umno kaya raya dan bersenang lenang dengan kemewahan kerana matlamat pemimpin-pemimpin ini hanya untuk kepentingan kuasa, harta dan kedudukan bukan untuk membela rakyat.

“Sebab itu setiap kali bila bercakap dengan pimpinan kita dalam KeADILan saya sering memerhati perkara ini supaya semua mereka yang diberi mandat untuk memimpin rakyat perlu bersifat amanah dan ikhlas dalam membantu rakyat,” kata Anwar


BEKERJA WALAU TELAH LARUT MALAM.


Pemuda di kampung Padang Ibu di dalam kawasan penanti memulakan kerja untuk menaikkan bendera PKR walau jam menunjukkan 1 pagi.Gambar di ambil setelah selesai ceramah perdana yang dihadiri DSAI,Lim Kit Siang dan juga Hj Abdul Hadi Awang.



LAPORAN TERGENDALA

Banyak pihak yang bertanya kenapa blog ini kurang di kemaskini.Dengan Izin Nya ianya akan beroperasi macam biasa selepas ini.Malah pada hari mengundi akan dibuat secara langsung melalui COVER IT LIVE DARI PENANTI.

Harap bersabar. Lagi gambar-gambar menarik akan menyusul dan diharap para pengunjung akan setia bersama laporan yang akan di buat oleh team WRLR.


Kepada penyokong diharap dapat hadir ke Penanti sebagi petugas merayu di saat akhir kerana di dapati ada yang menghasut agar para pengundi tidak keluar mengundi. Malangnya masih ada yang kurang bijak untuk berbuat demikian.

Penanti: PKR nafi cuba sogok Aminah

updates

Penanti: PKR nafi cuba sogok Aminah

PKR hari ini menafikan dakwaan Aminah Abdullah bahawa ia cuba memberi ganjaran kepada calon bebas itu supaya menarik diri daripada bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti, 31 Mei ini.

Pengarah Strategi PKR Tian Chua mencabar mana-mana calon bebas termasuk Aminah yang membuat dakwaan itu supaya mengemukakan bukti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Jika ada sebarang bukti bahawa ada pemimpin atau mana-mana daripada kami (PKR) menawarkan ganjaran kewangan, laporkan kepada SPRM atau SPR," katanya, lapor Bernama.

Beliau mengulas kenyataan Aminah semalam yang mendakwa akan mendedahkan bukti bahawa PKR cuba memberi ganjaran kepadanya agar berbuat demikian menjelang pilihanraya kecil DUN itu.

Aminah, 57, bekas ketua Wanita PKR Pulau Pinang, seorang daripada tiga calon bebas yang akan bertanding.

Dua lagi calon: pengurus syarikat yang juga bekas ketua Pemuda Gerakan cawangan Telok Wang, Penanti, Nai-Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.

Pengurus pilihanraya kecil Penanti dari PKR, Nasaruddin Nasution berkata, dakwaan Aminah itu mungkin disebabkan rasa tidak puas hati dengan mana-mana pihak dalam parti. Malaysiakini.


BLOGGER SAID:Tak kan nak offer jawatan tu...PKR dalam keadaan nak menang.Lain kalau dalam keadaan nak kalah.Taktik sama ja.cara lama.anak muda tak percaya semua macam ni.Buat la cerita baru.kan lebih bagus dan lebih menyakinkan???


DR Mansor : Saya akan berkorban untuk masyarakat Penanti

PELANCARAN SRIKANDI OLEH KETUA WANITA




PERMATANG PAUH-Pelancaran bilik gerakan srikandi Keadilan di Permatang Pauh pagi tadi oleh Yb Zuraida Kamaruddin ahli parlimen Ampang dan juga ketua wanita.Semoga Srikandi sekuat nama untuk berkempen di pilihanraya penanti.

Anwar-Umno guna Proksi ,takut bertanding tetap hentam Pakatan di Penanti

Berapit-Ketua Umum PKR DSAI semalam menegaskan bahawa Umno takut untuk bertanding namun menggunakan siaran Tv untuk menghentam Pakatan Rakyat.Beliau juga mendakwa bahawa Umno menggunakan proksi namun takut untuk bertanding.

Pemilihan Dr Mansor kerana ianya dapat membantu orang Melayu dan juga Guan Eng mentadbir , malah mendakwa bahawa Kerajaan negeri selama ini dipilih dari kalangan orang cina oleh kerana ramai kaum cina di Pulau Pinang maka pentadbirannnya di ketuai oleh kaum cina, namun percaya Guan Eng membantu kaum Melayu dengan meningkat dan hapusnya miskin tegar di Pulau Pinang.

Beliau juga mendakwa bahawa kerajaan mula menunjukkan taringnya apabila menggeledah ibu pejabat DAP dan ini dianggap sebagai tidak demokratik sebagaimana yang dilaungkan sebagai One Malaysian.



Guan Eng-Kerajaan Negeri berjaya Hapuskan miskin tegar


Berapit- Ketua Menteri Pulau Pinang mendakwa semalam bahawa Umno menyatakan bahawa 1.1 juta diberi bagi membantu hanya segelintir kaum di Pulau Pinang dan kerajaan beliau berjaya menghapuskan seramai 1728 rakyat miskin tegar dengan sekurang-kurangnya yang berpendapatan dari rm 400 ke rm 500 sebulan dalam hanya setahun.

Beliau akan mendakwa Dato Zainal Abidin menggunakan 1.1 juta membantu 22 orang miskin dan sebuah keluarga akan mendakwa jika itu yang dikatakan, bermakna keluarga tersebut akan mendapat rm 50 sebuah keluarga .Beliau akan mendakwa Umno jika ini tidak betul dan dari mana wang ini didapati.Dimana semua 22 buah keluarga tersebut , jika tiada bukti mereka akan di dakwa.

YB Dato Seri Nizar-Rakyat tolak Kerajaan haram Perak


Berapit- Ketua menteri Perak Yb Nizar tetap mempertahankan tindakan beliau adalah sah terutamanya persidangan di bawah pokok,Sivakumar adalah speker yang sah dan beliau akan tetap melawan.
Rakyat menolak dan oleh kerana rakyat sudah cerdik, maka rakyat tahu apa yang berlaku dan mendakwa dalam pilihanraya yang ke 13 nanti Umno /Bn akan berkubur.

PEMANDANGAN PAGI TADI







cikgu Ibrahim dan Hassan Osman mengiringi Dr Mansor



Penamaan calon pagi tadi nampak hambar apabila Umno tidak bertanding.Sekitar 3000 penyokong tempatan yang hadir bagi menyokong calon Pakatan Rakyat.Namun dalam setiap ceramah, para penceramah mengajak masyarakat agar hadir dan jangan anggap mudah kerana menurut DSAI Umno memang mahu kelihatan dan memalukan Pakatan agar kemenangan tersebut lebih rendah dan juga rendah serta menggunakan proksi sebagai calon.

The time for reckoning will come


The Court of Appeal's ruling as to who is the legitimate Menteri Besar has not in any way resolved the political crisis that the state of Perak has been embroiled in. That is the first point.
The sanctity of the the principle of the separation of powers has been unceremoniously violated and sacrificed for political expediency. That is the second point.



A peoples' government duly elected and determined by 53 per cent of Perakians have been overturned. That is the third point.
The betrayal of three renegades who jumped ship for selfish reasons has been legitimised as contributing to the so-called majority of the Barisan Nasional that allowed the BN to ignore and dismiss the electoral process. That is the fourth point.



Through manoeuvring and manipulation, the peoples' will has been subverted with impunity. That is the fifth point.
We can safely assume that the two renegades who have been charged in court will not be found guilty either because the case may be dropped or there may not be sufficient incriminating evidence. That is the sixth point.



It has been established that Article 72(1) of the Federal Constitution can be discarded and it will apparently become irrelevant in future cases involving the Opposition. That is the seventh point.
In future no motion of confidence will be allowed or recognised in the Perak State Assembly because it is not specifically provided for in the Perak State Constitution. That is the eighth point.
Speaker Sivakumar, if he claims to be the legitimate authority of the House, he will be rudely dragged away from his seat by the sergeant-at arms amply assisted by the ever-willing police. That is the ninth point.



Any Pakatan assemblyman who dares to challenge the BN-installed Speaker's legitimacy will be suspended without any emolument. That is the tenth point.
This will be the scenario of Perak politics. This will be the corrupted version of our democratic process that will continue to shame us and haunt us until the people have the opportunity to right this grave wrong when the assembly is finally dissolved.



The court-appointed Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir has stated, “I believe that people will be able to see the truth now.”
No Datuk, they have not seen the truth but they saw the farce that frustrated the democratic will of the people.



The court of law may have appointed you as the MB but the peoples' court will definitely reverse this absurd decision and will ultimately re-appoint the legitimate MB, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin as the chief executive of Perak state.


As for the rest of the nation, they will remember Perak and they will remember this injustice when the time for reckoning comes.

P Ramakrishnan


President Aliran


23 May 2009

PELANCARAN JENTERA PEMUDA PAKATAN RAKYAT SEMALAM




PENANTI-Semalam DSAI telah melancarkan jentera pemuda Pakatan Rakyat di Padang Ibu.
Hampir 5000 hadir dan berceramah bersama Sdr Mat Sabu.

SAJA IMBAS KEMBALI KES PILIHANRAYA KECIL BATU TALAM


KINI


Boikot pilihan raya kecil - Ahmad

KUALA LUMPUR 21 Mei - Barisan Nasional (BN) digesa memboikot pilihan raya kecil yang mungkin diadakan lagi pada masa depan jika didapati ia 'diatur' oleh pihak pembangkang dan bukannya disebabkan faktor kematian wakil rakyat atau kerana perintah mahkamah.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, BN perlu berpolitik mengikut caranya tersendiri dan tidak harus terpedaya dengan perangkap pembangkang yang menjadikan siri pilihan raya kecil sebagai medan membina imej mereka.

"Pembangkang menggunakan siri pilihan raya kecil di kawasan yang memang dikuasai oleh mereka sebagai strategi membina imej dan akan mengeksploitasi kemenangan yang sememangnya dijangka menjadi milik mereka bagi melemahkan BN.

"Maka, BN perlu menggunakan pendekatan tidak bertanding sebagai satu strategi agar kita tidak termasuk dalam perangkap mereka selain mengelakkan pembaziran wang rakyat dan masa kerajaan," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas ketetapan yang diambil oleh BN untuk tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti 31 Mei ini.

Terdahulu Ahmad mengadakan lawatan ke Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang merupakan sebahagian daripada siri lawatan beliau terhadap semua pengamal media di negara ini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, buat masa ini tiada ketetapan sedemikian yang dibuat oleh Majlis Tertinggi BN.

Sehubungan itu, jelasnya, beliau akan mencadangkan perkara tersebut dalam kadar segera.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, jentera penerangan UMNO di semua cawangan di seluruh negara diarahkan sekurang-kurangnya melaksanakan satu aktiviti penerangan setiap bulan.

Langkah itu bertujuan membolehkan 60,000 jentera itu yang sebelum ini 'tidur' berfungsi sebagai badan yang bertanggungjawab menjelaskan dasar dan sumbangan kerajaan kepada rakyat di peringkat akar umbi.

Tegasnya, arahan itu perlu dilaksanakan dengan segera memandangkan kerajaan hanya mempunyai masa selama tiga tahun lagi sebelum berdepan dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

"Buat permulaan kami memberi arahan supaya semua jentera penerangan melaksanakan sekurang-kurangnya satu aktiviti sebelum ia ditingkatkan dari semasa ke semasa.

"Jika semua jentera penerangan yang mempunyai kekuatan 60,000 orang ini memainkan peranan masing-masing, UMNO dan BN pada bila-bila masa bersedia untuk mengalahkan pembangkang," jelasnya.

Menurut Ahmad, terdapat 20,000 jentera penerangan di peringkat cawangan parti selain 18,000 Ketua Penerangan Wanita, 15,000 Ketua Penerangan Pemuda dan 7,000 Ketua Penerangan Puteri.

Bagi tujuan itu, Ketua Penerangan UMNO itu berkata, beliau akan turun padang ke semua bahagian untuk berjumpa dengan ketua penerangan bahagian dan mengarahkan mereka mengaktifkan jentera masing-masing.

Menurutnya, setakat ini beliau melawat 10 daripada 191 bahagian UMNO serta mengadakan perjumpaan dengan Jawatankuasa Penerangan UMNO di lima negeri iaitu Melaka, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan.

Tambahnya, jika jentera penerangan UMNO gagal bertindak untuk memberikan penerangan dengan efisien kepada akar umbi, bermakna masyarakat tidak dapat melihat sumbangan kerajaan walaupun telah jutaan ringgit dibelanjakan untuk kepentingan rakyat.




DULU



Hishamuddin anggap alasan pembangkang boikot pilihanraya kecil Batu Talam tidak masuk akal




Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan tindakan parti PAS dan Parti Keadilan Rakyat memboikot pilihanraya kecil Batu Talam mengunakan alasan beberapa dakwaan terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai sesuatu yang tidak masuk akal.

Katanya kalau mereka konsisten dengan pendirian itu tindakan memboikot pilihanraya sepatutnya dilakukan sejak pilihanraya umum dan beberapa pilihanraya kecil lalu.

"Mengapa pilihan raya kecil ini mereka mengambil tindakan tersebut. Itu kena tanya mereka. Jelas ia tidak masuk akal", katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan jentera Pergerakan Pemuda Barisan Nasional bagi menghadapi pilihan raya kecil DUN Batu Talam di dewan Datuk Seri Adnan Yaakob Felda Tersang 1, Raub petang Sabtu.

Kira-kira 2,000 orang jentera Pemuda BN membanjiri dewan berkenaan bagi mendengar amanat beliau.Dewan berkenaan dari masa ke semasa bergema dengan sorakan mereka sepanjang majlis berkenaan.



Hishamuddin berkata jentera Pemuda BN akan beroperasi seperti biasa tanpa mengambil kira tindakan boikot itu.

Namun begitu katanya Pemuda BN akan menilai keperluan jentera itu selepas hari penamaan calon 16 Januari ini.

Katanya sekiranya parti pembangkang benar-benar tidak letak calon tentang BN dan hanya calon bebas maka sebahagian jentera Pemuda BN akan digerakkan membantu mangsa banjir di Johor.

Beliau menduga pihak pembangkang akan pasang calon bebas menentang BN.

Ketua Pemuda Umno itu tidak yakin pembangkang akan membiarkan BN menang tanpa bertanding.



Sementara itu dalam ucapan yang lantang kepada jentera Pemuda BN, Hishammuddin menegaskan misi mereka adalah memastikan calon BN dengan majoriti besar.

"Tidak kira sama ada parti pembangkang bertanding atau tidak, sama ada mereka berada di belakang calon swasta kita akan tetap berdepan dengan mereka dengan misi jelas memastikan calon BN dengan majoriti besar", katanya.


Hadir sama dimajlis pelancaran itu ialah Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Othman Desa, Ketua Umno Bahagian Raub Datuk Shahiruddin Moin, Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Datuk Abdul Rahman Dahlan, Presiden GPMS yang juga Exco Pemuda Umno Malaysia Datuk Reezal Merican, pemimpin-pemimpin Pemuda Umno negeri dan pemimpin Pemuda parti komponen BN.

BEBERAPA PROGRAM DI DUN PENANTI

Lawatan dan ceramah Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim di penanti akan dimulakan dengan pelancaran Jentera Pilihanrya Pemuda Pakatan Rakyat yang bertempat di Padang Ibu dan disusulin dengan ceramah di lokasi yang sama.

Beberapa ceramah yang di jangka akan dihadiri oleh beberap pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Abdul Hadi Awang, Mohammed Nizar Jamaluddin dan Lim Kit Siang.

Berikut adalah program Anwar selam tiga hari di sana:-

22 Mei 2009, Jumaat,10:45 malam

Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pemuda Pakatan Rakyat

Tempat : Padang Ibu, Penanti

Bersama: Anwar Ibrahim, Salahuddin Ayub, Anthony Loke, Shamsul Iskandar dan Mohamad Sabu.

23 Mei 2009, Sabtu

Masa : 9:00 - 12:00 tghari

Tempat : IKBN Berapit

Program : Penamaan Calon

4:30 Ptg

Tempat : Mengkuang Mat Sulong

Program : Majlis Penerangan

7:25 mlm

Tempat : Surau Pondok Penanti

Program : Solat Maghrib/Tazkirah

8:30 mlm

Tempat : Surau Guar Jering/JDM 01

Program : Solat Isya/Tazkirah

9:30 mlm

Tempat : Bukit Berangan

Program : Majlis Penerangan

10:45 mlm

Tempat : Padang Berapit (Berhadapan Rumah Cikgu Ibrahim)

Program : Ceramah Perdana

Bersama : Anwar Ibrahim, Nizar Jamaluddin dan Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang.

24 Mei 2009, Ahad

10:30 pagi

Tempat : Dewan JKKK Mengkuang Semarak

Program : Sambutan Hari Ibu (Program AMK)

4:30 ptg

Tempat : Bilik Gerakkan Telok Wang

Program : Majlis Mesra bersama penduduk Telok Wang

7:45 mlm

Tempat : Masjid Kg Pelet

Program : Solat Maghrib dan Tazkirah

8:30 mlm

Tempat : Perkampungan Sungai Lembu

Program : Majlis makan malam

9:45 mlm

Tempat : Markas Mengkuang Semarak

Program : Majlis Penerangan

10:45 mlm

Tempat : Padang Taman Guar Perahu

Program : Ceramah Perdana

Bersama : Anwar Ibrahim, Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang

TIADA ISTILAH REHAT

Tidak ada pengenduran atau pengunduran dalam gerak-kerja dan pendekatan di pilihanran raya kecil Dun Penanti.

Segala-galanya adalah seperti biasa dalam menghadapi mana-mana pilihan raya kecil – siap sedia, full swing.

KEADILAN yang telah masak dengan berbagai helah pilihan raya BN sentiasa berwaspada dan tidak lengah dalam mengamati taktik-taktik minit terakhir BN (last minute BN tactics).

Wanita KEADILAN lebih bertenaga dan anjal dalam menggarap situasi dan melakukan yang patut menurut keperluan tempat dan waktu. Dinamika yang sedemikian amat perlu dalam situasi volatile ketika beraksi dalam pilihan raya kecil seperti Dun Penanti.

Jentera Wanita KEADILAN seluruh Malaysia dari berbagai peringkat akan turun menghadapi berbagai kemungkinan dalam Pilihan Raya kecil kali ini.

Exco Wanita KEADILAN bermesyuarat, kelihatan ketiga dari kiri, Ketua Wanita Pulau Pinang, Norhayati:

Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin bersama Timbalan Ketua Wanita, Rodziah Ismail dan Naib Ketua, Haniza Talha serta Ketua Penerangan, Elizabeth Wong:

16DITAHAN DI SAMBUTAN NYALAAN LILIN DI TERATAI

Kes saman Anwar terhadap Dr. Mahathir didengar 30 Julai

21/05/2009 2:06pm


PUTRAJAYA 21 Mei — Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menetapkan 30 Julai untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar, dari segi perlembagaan, pemecatannya daripada jawatan Kabinet pada 1998 oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Kes itu pada mulanya ditetapkan untuk perbicaraan hari ini yang dijadual didengar oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff dan dua hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk Hashim Yusoff dan Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff.


Seorang pegawai pendaftar Mahkamah Persekutuan berkata kes itu dijadual semula sehingga esok di hadapan panel tiga hakim itu tetapi peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar tidak lapang esok.

SUASANA MALAM DI PENANTI-CERAMAH PERMULAAN TIDAK MENJADI







PENANTI-Malam permulaaan ceramah di tapak ceramah Kubang Semang yang sepatutnya di ketuai olehYB Husam Musa,YB Khalid Ibrahim dan Shamsul Iskandar, namun tak muncul-muncul.Itu iklan di persimpangan ke Kampung Pelet. manakala di persimpangan Kuang Semang pula ada pula iklan YB Husam,YB Azmin Dr Mansor dan juga Yb Yusmadi.

Apa sudah jadi dengan program yang macam merba,tapi tak membuahkan hasil.Ramai yang datang dari jauh merungut dengan program yang entah apa-apa namun nasib beberapa penceramah tampil seperti Yb Yusmadi dan juga calon sendiri Dr Mansor juga .

Namun suasana mula segar dengan pilihanraya walau tanpa kehadiran calon Umno.Suasana tetap sama macam pilihanraya yang lain juga.



Ganesan**’s presence caused and contributed to State Assembly ruckus*



The claim by self-proclaimed Speaker of* *the Perak State Assembly, R Ganesan, that he had no choice but to summon the police into the House at the height of the ruckus during the May 7 sitting, is dubious and deceiving (/Sunday Star/ 17 May 2009). There is no merit in his claim.
In the first instance, his entry into and his very presence in the Assembly is questionable. How on earth did Ganesan get into the Assembly? The Assembly building was out of bounds to all except the elected members of the Assembly.



There was a police cordon to prevent all the others from entering the Assembly. A 500 metre no-access zone was declared and anyone found anywhere near this perimeter were either chased away or were arrested when they resisted the police orders.



Even Perak Members of Parliament were denied access to the Assembly. Veteran MP Lim Kit Siang was refused entry into the building in spite of the fact that he had come with the invitation letter from the Speaker to attend the Assembly sitting.



Likewise, Kulasegaran and Dr Jeyakumar, both elected MPs from Perak were turned away. That’s how strict the police were. They stringently enforced this ruling of refusing permission to all and sundry.



*Smuggled in?*



So the natural question is: How did Ganesan gain entry into the building. Who authorized his presence in the Perak State Assembly? How did he by-pass the police security arrangement? How did he hood-wink the police? How come the police did not detect him? Was he smuggled in? Was he planted in the building the previous day?



Is it possible that the police were working hand in glove with illegitimate MB Zambry and BN Assemblymen and facilitated Ganesan’s presence in the building?
Ganesan had no business to be inside the Assembly. One can safely conclude that his appearance and continued presence in the Assembly prompted and provoked a situation which went beyond control.



Secondly, contrary to his claim that he had no choice but to call in the police, if indeed he was the Speaker of the Assembly as he claims, he could have adjourned the Assembly sitting, following which he and his cohorts could have left the Assembly.



This simple action would have prevented the Assembly from becoming chaotic and unruly. Since he did not do this, it can be rightly construed that he had contributed to the topsy-turvy situation.




The illegitimate MB and the Barisan Nasional Assemblypersons by smuggling in Ganesan had incited the unruly behaviour.


*Illegally Elected?*



Thirdly, the way Ganeson was ‘elected’ Speaker was also questionable. According to Speaker V Sivakumar, the Assembly had not been convened. In other words, the Assembly was not in session.



Sivakumar had stated that he would not convene the Assembly as long as those ordered out of the House were still inside. That was his stated position. That being the case, how was Ganesan elected when the Assembly was not in session?

Can a group of BN Assemblymen get together privately in one corner of the Assembly building when the Speaker was still occupying his chair and elect someone else? We have a situation when an outsider appears mysteriously in the building and he was elected Speaker when the Assembly had not officially convened.



This was not the only absurd situation we had on 7 May. On that day, we also seemed to have had two Speakers and two Menteris Besar at the same time in the same building!
The Standing Orders of the Assembly were thrown to the winds and the proper procedures that had to be followed were totally ignored. And that was the reason why things turned ugly, unruly and chaotic on May 7.



*A BN-Police conspiracy?*



Ganesan further contributed to the chaos by ordering the police to forcibly evict Sivakumar from the Assembly. What were the police doing inside the Assembly? Ganesan did not send someone to invite the police to do his bidding. They were already there waiting for his orders. Isn’t that very strange!



By calling on the police to drag out the duly elected Speaker from the Assembly, Ganesan had defiled and desecrated the sanctity of the Assembly. It is an unforgivable sin that he had committed that must be roundly condemned. We should never introduce thuggish behaviour into the legislative assembly where the rule of law should have been paramount and should have prevailed at all times.



What transpired as a result of Ganesan’s conduct raises many serious questions. Why did the police obey him? How did they know he was the new speaker? Was there an announcement that Sivakumar was ousted?



Or was this part of a pre-prepared and pre-rehearsed script? The way things fell into place would indicate that there was a scheme to capture the Perak state government, if necessary, by force. The plot was hatched studiously and implemented without a care for the rule of law.
This is a dangerous precedent and it should not be tolerated. It must be condemned in the strongest terms. There must be retribution for this outrageous behaviour.



Perakians will remember this shameful episode in their proud history and they will punish all those who frustrated the democratic will of the people.



P Ramakrishnan


President
Aliran


19 May 2009

BN TIDAK BERTANDING DI PENANTI:KOMEN PIMPINAN PKR

BN IKTIRAF KEKUATAN PKR

KUALA LUMPUR, 19 MEI (SK) - BARISAN Nasional telah mengiktiraf kekuatan Pakatan Rakyat apabila parti itu menyatakan hasrat untuk tidak bertanding dalam Pilihanraya Kecil Penanti.
Menurut Calon Pakatan Rakyat Penanti, Mansor Othman keputusan BN tdak meletakan calon ialah tanda mengikitiraf kekuatan Pakatan Rakyat sehingga tidak berani bertanding di kerusi berkenaan.
“Ini adalah satu pengiktirafan BN kepada kekuatan Pakatan Rakyat kerana tidak bertanding dalam pilihanraya kecil ini,” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan petang ini.
Selain itu juga, Mansor turut mengingatkan agar seluruh jentera tidak pandang ringan dengan keputusan BN untuk tidak bertanding.
Kata Mansor lagi, seluruh jentera dan penyokong Pakatan Rakyat harus bersedia untuk segala kemungkinan yang ada menjelang hari penamaan calon, 23 Mei ini.
“Semua jentera dan penyokong Pakatan Rakyat harus bersedia dan tidak terlalu gembira dan teruskan dengan segala perancangan kempen walau BN tidak bertanding,” katanya lagi.

Mahkamah Dengari Kes Pecat Anwar 21 Mei Ini


PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan dijangka akan bersidang untuk mendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) berhubung kes pemecatan beliau dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998 pada hari Khamis, 21 Mei 2009 ini . Anwar telah mencabar kesahihan pemecatan tersebut kerana ianya tidak menuruti lunas Perlembagaan dan asas perlembagaan yang sewajarnya. Dalam kejadian pada 2 September 1998 itu, Anwar telah dipecat daripada parti dan kerajaan kerana dituduh terlibah dalam kes liwatnya. Walhal, ketika itu perbicaraan masih belun dijalankan oleh mahkamah dan Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir hanya mendapat maklumat berkenaan daripada pihak-pihak tertentu semata-mata. Dalam banyak kes sebelum ini, pemimpin UMNO itu sering mengatakan bahawa mana-mana pemimpin tidak wajar dipersalahkan selagi mahkamah belum memutuskannya. Namun dalam kes Anwar ia agak janggal dan menampakkan sikap "double standard" dikalangan pemimpin UMNO sendiri. Maka itulah adalah amat wajar Anwar mempertikaikan perkara ini dan menuntut.

MARKAS PKR MULA DITERANGI LAMPU



Nampak hambar apabila ramai yang merasa kecewa apabila Umno tidak bertanding.Bukan budaya Umno untuk tidak beranding sejak 52 tahun lalu.Betul kawasan ini bukan kawasan Umno , namun ramai penyokong yang kecewa kerana seolah-olah tiadanya saingan.Namun itu keputusan yang dibuat Umno
BN enggan lawan PKR di Penanti


Namun semalam suasana tetap terang benderang di markas Pakatan Rakyat,dan calon pertama yang muncul menyatakan untuk bertanding ialah Mohd Sabri Osman.Sehingga kini Aminah Abdullah , bekas ketua wanita PKR negeri belum muncul untuk menyatakan pendirian untuk bertanding.Manakala PRM dalam kenyataan akhbar menyatakan akan meletakkan calon dengan lambang asal parti tersebut iaitu kepala lembu.


Adakah pilihanraya Penanti akan memecah rekod calon Bebas di Bukit Selambau hanya masa yang menentukan.Namun kemeriahan pilihanraya akan tetap berjalan dengan ceramah dari pimpinan Pakatan Rakyat dan juga perniaga yang menunggu kehadiran penyokong.

CALON BEBAS PERTAMA PENANTI N 12







PENANTI 18 MEI-Calon bebas pertama N 12 Penanti semalam muncul dengan membuat kenyataan akhbar dengan mengemukakan alasan untuk membantu para belia dan juga membantu bagi menghalang remaja lepak dan juga merepit.Menyatakan akan bekerjasama dengan semua pemimpin bagi membantu meningkatkan kemahiran belia dan juga membantu menjana ekonomi. para belia dan juga penduduk tempatan.
Belau juga berkata jika memenangi kerusi N12 Penanti perkara pertama yang di fikirkan ialah membeli sebuah kereta mayat bagi meningkatkan perkhidmatan kerana beliau sendiri pernah mengalaminya apabila seorang saudara beliau meninggal kereta jenazah lambat sehingga terpaksa menunggu selama satu jam.
Mohd Sabri Bin Osman 49 seorang ahlii perniagaan kereta terpakai mewah menetap di Kuala Lumpur dan berkata beliau adalah anak jati Kubang Semang dan mempunyai ramai kenalan dan saudara mara yang meminta beliau bertanding sebagai sebuah negara demokrasi.
"Saya anak jati Penanti dan bersal dari Kubang Semang dan kerana itu saya menawarkan diri untuk masyarakat di Penanti,dan saya mahu berbaik dengan semua pemimpin untuk memudahkan saya berkhidmat untuk anak tempatan" Demikian dakwa Mohd Sabri lagi.
Beliau yang memunyai 6 anak kini pernah berkhidmat dengan angkatan tentera dan bersara dengan rekod yang baik, dan menjalankan perniagaan kereta terpakai dan terlibat aktif dalam kesatuan pengedar kereta terpakai.

Apabila ditanya sama ada beliau ditaja oleh Umno , beliau menafikan perkara tersebut dan menyatakan beliau tidak menyertai sebarang parti politik kerana itu beliau akan tetap menjadi calon bebas demi memberikan khidmat kepada masyarakat Penanti

Ramai yang hadir menyangkakan bahawa Aminah Abdullah akan muncul memberi sidang akhbar , namun terkejut dengan kemunculan Mohd Sabri.Beliau bersama penyokong akan bekerja dan menemui masyarakat tanpa mengira tempat dan akan berkempen dari rumah ke rumah sebagai satu cara beliau menjalankan kempen.

BN TIDAK PERNAH BERUBAH





Penanti- sewaktu berceramah di kampong Tok Elong dekat penanti di sini pada 16 Mei baru-baru ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan dengan mengucapkan selamat hari guru dengan mengungkap mengenai betapa ilmu adalah penting dan mengambil Baginda Nabi Muhammad Rasullah itu adalah guru bagi seluruh manusia dan Rasullah menegaskan betapa pendidikan itu berkaitan dengan akhlak.Malah menurut Datuk Seri Anwar tugas pendidik bukan sahaja mendidik malah terus berjuang untuk membatalkan tugas-tugas RTM dan juga TV3 dan menyebarkan kepada rakyat tentang kebobrokan pemerintahan merujuk bagaimana kerajaan BN mengharamkan dan membatalkan video bagaimana speker Sivakumar di angkut keluar dari dewan.Turut berceramah ialah Dr Hatta Ramly,dan juga Mustaffa Kamil Ayub.

“Ada pemimpin yang hanya tahu membaca teks dan tidak bertindak guru bukan sahaja mendidik namun berikanlah pendidikan yang sempurna ,maka pemimpin itu harus akhlak dan sahsiah ada adab , malah pemimpin haruslah punya keperibadian dan yang ada keyakinan dan semangat untuk membawa perunahan kepada diri,keluarga dan masyarakat serta keyakinan dan jangan kita remehkan,dan bila disebut tentang sekolah ianya terpisah.Ada yang bagi janji tetapi janji palsu”, memulakan ceramah beliau.


Mengenai perbezaan antara pakatan dan Bn ialah bezanya ialah bagaimana adanya permuafakatan dan juga tolak ansur dan bukannya tidak diberi ruang untuk bermuafakat dalam Pakatan.Rakyat , tidak pernah fitnah dan maki oran.namun adakalanya Pakatan di tuduh sebagai penghasut kepada rakyat.

“Dalam pakatan muafakat itu adalah penting dan ini membezakan kita dan mereka dan bezanya kita ambil alih kerajaan sekarang ini ialah mengimarahkan masjid,sebab kita terangkan keadaan dan bukan memaki hamun orang’,

Mengulas mengenai tindakan Umno untuk bertanding di Penanti , DSAI menegaskan bahawa memang itu budaya Umno yang tidak pernah tidak akan bertanding, dan beliau tidak akan ada komen berhubung dengan kenyataan tersebut, malah sebagai sebuah negara demokrasi beliau menegaskan bahawa ianya terpulang kepada Umno untuk letak sesiapa pun dan rakyat Penanti tahu memilih nya.Beliau mengingatkan kepada semua warga penanti agar keluar mengundi.


“Letak lah sesiapa pun dan saya tidak mahu mengulas mengenainya.malah saya serahkan kepada rakyat Penanti untuk menilai dan dalam pada itu jangan terlalu selesa dengan kemenangan yang lepas sehingga menganggap satu undi itu tidak berharga, Jika kita mahukan perubahan maka undi kita adalah penting”



Mengenai perundingan dengan Bn berhubung dengan kerajaan dan peristiwa yang berlaku di Perak, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa sebagaimana yang didakwa oleh pemimpin Bn ialah penjelasan kepada rakyat mengenai krisis di Perak dimana sejak beliau tepenjara dan krisis perak, tidak ada pun perbezaan antara penjelasan yang benar kepada rakyat.

”Sejak dulu semasa saya di pukul dalam penjara apa kerajaan katakan kepada rakyat.kononnya saya sihat dan dijaga, .namun apa yang berlaku? Mata lebam dan kini berhubung dengan krisis Perak,ada pemimpin yang bercakap mengenai ketelusan dan tidak campur tangan, kita pulak yang dipersalahkan dan kini bila keaadaan meruncing PM kata nak berunding dengan syarat.Pendirian kita jelas ialah, kita mesti ada pilihanraya semula.Kenapa pemimpin takut kepada rakyat.Lihat bagaimana yang berlaku di Turki dimana isteri Erdogan sendiri tidak dibenarkan masuk istana namun kini selepas rakyat putuskan isteri Abdullah Gul sendiri memakai tudung.Tengok di Perak jika tak mahu speker,angkat speker keluar dewan.jadi saya merayu semua ahli Umno agar beralihlah dan sokong pakatan Rakyat.Lihat bagaimana apa yang berlaku di Perak, sejuta manusia Malaysia telah menontonnya. Jangan anggap rakyat tidak tahu.”





“Lihat sahaja bagaimana program yang dibuat dulu, dengan slogan,dulu Islam Hadhari sekarang One Malaysia, namun sikap kerajaan tidak juga berubah.Untuk nak menarik hati bukan melayu di lantik Koh Tsu Kon sebagai menteri, dan menyatakan kita bekerjasama dengan Cina, Apakah Koh Tsu kon tu separuh Melayu?tapi pernahkan Koh Tsu Koon melawat kampong?memang dia baik, namun sokong sampai tak pernah mengkaji semula, malah pengalaman saya dalam mengendalikan mesyuarat dalam cabinet, belum pun habis bercakap sudah menyokong”.


Bezanya kita dalam pakatan rakyat ialah kita berbincang mengenai sesuatu perkara misalnya soal agama yang diputuskan oleh kerajaan Barisan dimana agama itu dikembalikan kepada agama asal oleh ibu bapa, namun dalam Pakatan kita berbincang , dimana menurut undang-undang islam ialah apabila anak tersebut mencapai akil baliq(matang) barulah anak tersebut berhak memilih agama.Begitu juga dengan soal lain,kes di Perak,kes kehakiman dan juuga kes lain, Bn tidak pernah pun berubah kecuali slogan semata-mata.


“Lemahnya pemikiran pemimpin sehingga keputusan tersebut tidak dapat diselesaikan dengan betul.Lihat bagaimana ibu bapa dari kaum India beragama hindu memeluk islam, maknya mereka tidak faham, maka kerana itu dalam Pakatan Rakyat kita telah bermesyuarat bahawa jika ibu bapa memeluk islam ialah kita tidak boleh memutus ikut akal ,jika emak memeluk islam , maka apabila kita berbincang, kita setuju ikut hak penjagaan ibubapa,maka soal-soal seperti ini pun ada kekeliruan”

“Ramai yang berkata kepada saya berilah peluang kepada Dato Seri Najib untuk berubah namun bagaimana nak berubah bilah media tak berubah, dasar tidak berubah ,cerca orag , anak-anak kita yang pergi dengar ceramah BTN ,cerca kita , peguam pun ditangkap ,sebab perangai macam dulu juga, dalam kehakiman,malah dalam kes Nizar. Dalam kes mahkamah rayuan bukan memenangkan Zamri Cuma menganguhkan keputusan mahkamah terhadap Nizar sehingga di dengar , namun Najib kata ianya kemenangan Zamri.Peguam kita berhujah berhari hari ,tetapi mereka 2 jam sahaja lulus, pihak berkuasa menjadi pekakas kepada Umno.Negara dah merdeka 50 tahun.Lihat bagaimana kes yang berlaku masa Dato Nasaruddin. Bukan saya yang memujuk,dan menyembunyikan orang, beliau sendiri yang hadir dan menjelaskan kepada rakyat Perak.Namun kemudiannya hilang dan selepas itu kembali sokong Umno.”

“Merujuk kepada ekonomi , beliau menjelaskan bagaimana kerajaan Australia memberikan kepada rakyatnya untuk meningkat kan ekonomi, tetapi kita 60 billion projek itu diberi kepada siapa?? Inkah perubahan yang hendak dibawa?? Jelas beliau lagi.Kiti ada pemimpin Umno yang memberi penerangan kepada pemimpin mereka ialah bila balik ke kawasan pakai kereta kecil, dan pakai baju murah. Inilah matlamat yang tak betul. Saya pinjam kereta bapa saya.”

“Jadi jika hendak bawa perubahan ialah soal dasar, ketua menteri turun terangkan kepada rakyat , misalnya dalam setahun, kita terangkan kepada rakyat, Kelantan negeri yang dikatakan miskin namun wang yang ada, diagihkan kepada rakyat bawahan .Selangor misalnya, memberi bantuan kepada rakyat sebagaimana air percuma , Johor ayer banyak tapi harga mahal untuk rakyat. Dr Mansor bertanding, beliau terangkan apa yang beliau akan buat dan itu cara kita.Adakah rakyat bodoh?? Tidak rakyat telah bijak sekarang ini menurut DSAI.jangan jadi tidak bijak, hasad, dengki dan adu domba.”




Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menafikan kenyataan Menteri Luar, Datuk Anifah Aman di Washington bahawa beliau menawarkan kepada Anifah jawatan Timbalan Perdana Menteri sebagai umpan untuk melompat parti selepas pilihan raya umum 2008.
Dalam ceramahnya dan kenyataan media di penanti , , Dato Seri Anwar, berkata beliau pernah menelefon sekali sahaja tetapi tidak pernah menawarkan jawatan tersebut kepada Anifah.Malah Dato Seri Aanwar berkata sepatutnya beliau tidak menyebutnya di sana sedangkan beliau sepatutnya menyebut tentang dasar negara dan bukan soal domestik yang di sebutkan. "Mungkin beliau menteri baru dan cuba untuk menunjukkannya", namun kita beri peluang kepada beliau untuk bercakap.

Sementara itu peguam beliau S. N. Nair, yang mewakili Anwar, berkata anak guamnya itu mahu Anifah menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf dalam tempoh 24 jam berhubung tuduhan itu.
Kata Nair, Anwar memintanya memfailkan saman fitnah terhadap Anifah sekiranya Menteri Luar itu tidak menarik balik kenyataannya dan mengemukakan permohonan maaf dalam tempoh yang ditetapkan.
Pada sidang akhbar bersama Setiausaha Negara Amerika Hillary Rodham Clinton di Washington pada Khamis, Anifah berkata beliau, secara peribadi telah dipelawa menyertai pembangkang dan ditawarkan jawatan amat tinggi oleh Anwar.

“Mengenai kes Anifah Aman, mesyarat di Amerika ,tetapi yang bercakap mengenai Datuk Seri Aanwar , sepatutnya sebagai menteri luar, beliau harus berucap mengenai Iraq,Afganistan cari pendamaian secara aman dan bukan memerintah, isu Palestien dan bukan bercakap mengenai Anwar Ibrahim dan beliau kononnya memberi dan menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri jika terjadinya peristiwa 16 September, Adakah bijak bercakap di di Amerika , malah jika bercakap di Cherok To Kun pun orang tak percaya.Malah dalam satu kenyataan yang saya dapat, beliau pernah menceritakan kepada Hillary Clinton mengenai kes Altantunya , malah menyatakan pertuduhan ke atas Dato seri najib itu tidak ada bukti,pada hal Hillary tidak bertanya pun mengenai Altantunya, dan saya rasaHhillary pun tidak bertanya mengenai hal tersebut.Jadi lihat bagaimana ceteknya pemikian .Kalau kita di pakatan kita akan mengusulkan , bagaimana Obama kaji semula Palestine dan tegaskan dan runding dengan Fatah atau Hamas dan kita minta rundingan diadakan dan Ini lah suara Pakatan Rakyat , malah kerana itu, kita perlu hebah akan perkara ini . Namun Umno /bn di Malaysia bukan main lagi dengan slogan “ kita kena lawan Amerika, kononnya Anwar ejen Amerika, namun bila di sana takut untuk bersuara .Saya ada bukti dan nota pertemuan antara Aniifah Aman dan Hillary Clinton “ disambut dengan tepukan gemuruh hamper 2000 hadirin yang hadir walau pun dalam suasana hujan.




Dato seri Anwar mengakhiri dengan menjelaskan bahawa mulai minggu depan ramai pimpinan Pakatan akan hadir untuk berceramah termasuk Datuk seri Nizar dan akan juga membawa V sivakumar untuk menerangkan tentang kes di Perak.Kes V Arumugam dan ramai lagi yang akan hadir untuk berkempen.