380,000 nama dikeluar dari senarai keahlian Umno | |
Umno telah mengeluarkan kira-kira 380,000 orang daripada senarai keahliannya kerana mereka tidak dapat dikesan atau telah meninggal dunia.
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia hasil proses pemutihan ke atas senarai nama keahlian utama BN itu.
Selepas dibersihkan, senarai keahlian Umno kini disahkan berjumlah 3,159,484 orang.
"Ini kerana senarai keahlian tidak boleh dipertikaikan dan melambangkan kekuatan kita yang sebenarnya," katanya.
|
|