Mampukah Azmin mengekalkan jawatan Timbalan Presiden?


Jika Khalid kalah, barangkali kedudukannya sebagai menteri besar akan tergugat.



azmin ali 1PETALING JAYA: Penyertaan ADUN Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menentang suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertandingan Presiden PKR tidak mengejutkan. Ini adalah kerana beliau standby jika Anwar tidak boleh bertanding kerana hukuman penjara yang dijalaninya.

Justru itu apabila Pendaftar Pertubuhan mengesahkan Anwar tidak boleh bertanding, maka Wan Azizah secara automatik menjadi Presiden PKR menang tanpa bertanding.

Oleh itu kemungkinan Wan Azizah menang tanpa bertanding adalah lebih besar daripada beliau melawan suaminya sendiri.

Dalam pertandingan ini, nampaknya jawatan Timbalan Presiden PKR yang menjadi perhatian kerana lima calon telah mengesahkan untuk menentang ahli parlimen Gombak, Azmin Ali.

Mereka ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; ahli parlimen Batu, Tian Chua; Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail dan dua calon yang tidak dikenali, Datuk K Rama dan Ganusegaran.

Mampukah Azmin mengekalkan kerusinya? Dapatkah Khalid menundukkan musuh politiknya itu? Azmin dan Khalid tidak ngam memang sudah diketahui umum. Maka pertandingan di antara Azmin dan Khalid Ini adalah pertandingan kalah mati.

Mungkin cabaran Khalid yang lebih kuat daripada Tian Chua dan Saifudin kerana sebagai Menteri Besar, beliau boleh menjanjikan sesuatu kepada para penyokongnya. Jika pertandingan berlaku di antara dua penjuru, Khalid mungkin dapat mengatasi undi Azmin tetapi apabila berlaku pertandingan enam penjuru ini maka undi akan berpecah dan ia menguntungkan Azmin.

Wan Azizah dikatakan lebih memihak kepada Khalid Ibrahim manakala Anwar pula dikatakan lebih memihak kepada Azmin. Jika Azmin menang, ini bermakna percubaan Khalid yang berjawatan gagal menundukkan Azmin yang tiada jawatan. Barangkali undi simpati yang dapat dipungut oleh Azmin apabila beliau dipecat dari jawatan ahli lembaga pengarah PKNS daripada Khalid.

Jika Khalid kalah, apakah Khalid akan kekal sebagai menteri besar? Barangkali dengan kekalahan Khalid nanti, Anwar ada alasan untuk menyingkirkan Khalid daripada jawatan menteri besar kerana perwakilan tidak mahu beliau kekal di situ.

Sebaliknya jika Khalid menang, kedudukannya sebagai menteri besar tidak akan tergugat.
13 calon pula merebut kerusi naib presiden iaitu Fuziah Salleh,N Surendran,Rafizi Ramli, Nurul Izzah Anwar, Mustafa Kamal Ayub, Baru Bian, Mansor Osman, Suresh Kumar,Elizabeth Wong, Dr Shamugan,
Sresram, Mohd Yahya Shaari dan Lee Chin Cheh.

Pertandingan Naib Presiden juga menarik kerana ramai yang bertanding. Yang disebut-sebut akan menang ialah Fuziah salleh, N Surendran, Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar. Keempat-empat calon ini lebih menonjol daripada 13 calon.

Pendek kata pertandingan PKR kali Ini agak menarik walaupun ada yang menganggap perlawanan Anwar dengan Wan Azizah sebagai gimik politik semata-mata. Selagi ada Anwar, selahi itu peranan PKR dalam Pakatan Rakyat masih kuat. Andainya PKR tanpa Anwar, PKR tidak akan menonjol seperti DAP dan PAS lagi.


No comments: