Tolak debat - DPMMPP, Umno dianggap bacul | ||
|
Tindakan Pemuda Umno Pulau Pinang dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan negeri itu (DPMMPP) yang menolak Debat Perdana Rakyat 2010 dianggap sebagai pengecut. Sebaliknya kumpulan itu menuntut untuk hanya berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung isu dakwaan peminggiran orang Melayu-Islam. “Sindiran Yang Dipertua DPMM Pulau Pinang, Rizal Faris Mohideen yang mengatakan dia tidak melayan cabaran dari 'ikan bilis' dan ejekan Norman Zahalan yang menuduh Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang seperti 'kuda tunggangan' Ketua Menteri, semakin menampakkan siapa diri mereka yang sebenarnya,” katanya. Syed Mikael berkata Debat Perdana Rakyat 2010 anjuran Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang bertajuk “Isu Melayu-Islam Pulau Pinang : Antara Provokasi & Kebenaran” adalah ruang yang terbaik kepada semua pihak memperjelaskan isu berkenaan. |
SUMBER: MALAYSIAKINI
KOMEN: BILA INI BERLAKU,MAKA RAMAI YANG AKAN MENEMPELAK UMNO KERANA HANYA BERANI BERSUARA DI TV3,KITA MAHU MELIHAT NAINA MERICAN TURUT BERDEBAT TERMASUK KETUA PEMBANGKANG AZHAR.INI BARU KITA NAMAKAN SEBAGAI BERANI KERANA BENAR DAN UNTUK NAK MEMBUKTIKAN BAHAWA UMNO MEMBELA MELAYU PULAU PINANG.MANAKALA PAKATAN RAKYAT DI BAWAH DAP MENINDAS MELAYU PULAU PINANG.
ADA YANG TAK SEDAR DIRI, KENA HALAU DARI PULAU PUN DATANG MENETAP DI SEBERANG PERAI DAN KULIM ..MASIH DOK SOKONG UMNO LAGI.AKAI TAK DAK....