Kerajaan Persekutuan, Negeri Penting Jayakan Agenda Perubahan Iklim – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Perubahan Iklim Negara (MTPIN) Bil. 1/2026 pada 8 Julai 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 9 Jul – Kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri penting bagi memastikan setiap dasar serta strategi berkaitan perubahan iklim dapat dilaksanakan secara inklusif dan berkesan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, perkara itu ditekankan ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Perubahan Iklim Negara (MTPIN) Bil. 1/2026.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Perubahan Iklim Negara (MTPIN) Bil. 1/2026 pada 8 Julai 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Menerusi hantaran di media sosial hari ini, beliau berkata, mesyuarat itu turut meneliti kemajuan pelaksanaan pelbagai inisiatif bagi memperkukuh komitmen Malaysia terhadap agenda perubahan iklim.

Ia selaras dengan Perjanjian Paris dan Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Perubahan Iklim Negara (MTPIN) Bil. 1/2026 pada 8 Julai 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar berkata, beliau turut menegaskan kepentingan libat urus yang lebih menyeluruh bersama kerajaan negeri agar setiap dasar dan strategi dirangka secara inklusif, selaras dengan semangat Perlembagaan Persekutuan serta menghormati bidang kuasa dan peranan negeri.

“Saya turut menegaskan kepentingan libat urus yang lebih menyeluruh bersama Kerajaan Negeri agar setiap dasar dan strategi dirangka secara inklusif.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Perubahan Iklim Negara (MTPIN) Bil. 1/2026 pada 8 Julai 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“(Ia) selaras dengan semangat Perlembagaan Persekutuan serta menghormati bidang kuasa dan peranan negeri,” katanya dalam hantaran itu.

Beliau berkata, Kerajaan MADANI kekal komited memastikan agenda pembangunan negara bergerak seiring dengan usaha memelihara alam sekitar demi menjamin masa depan yang lebih lestari untuk generasi akan datang.



No comments: