BANTUAN RUMAH DARI PUZ DIURUSKAN YB HAMDAN UNTUK YANG DAIF



PERMATANG PAUH 21 JUN-Sebuah rumah yang lebih selesa bagi yang daif telah diuruskan oleh YB Hamdan melalui bantuan PUZ Pulau Pinang. Rumah bagi warga tua yang keseorang dan begitu daif ini akhirnya terlaksana juga setelah hampir 5 tahun lalu di usahakan dari berbagai pihak .malah, pernah diusahakan kepada pihak UMNO khasnya ketua pemuda UMNO Permatang Pauh namun hanya tinggal angan-angan sahaja.


Kini usaha dan angan -angan untuk memiliki rumah yang selesa telah termakbul sudah apabila rumah sebilik telah siap dibina dan pada petang tadi ianya diserahkan kunci dan juga bacaan yassin telah juga dijalankan dan sedikit majlis kenduri diadakan oleh masyarakat kampung.



Petang tadi YB Hamdan sekali lagi hadir bersama masyarakat kampung Sama Gagah menyerahkan kunci rumah kepada EN Ali bin Bidin 60 tahun.Rumah pusaka yang ditinggalkan kepada beliau sebatang kara tidak dapat diuruskan kerana beliau sendiri tidak mempunyai sebarang pendapatan dan mengalami sakit-sakit.Kini beliau dapat tidur dengan selesa dan impian memiliki rumah telah tercapai dan mimpi buruk sudah hilang.


Turut hadir Ketua muslimat bahagian/kawasan Permatang pauh iaitu Pn suraya Bt Mohd Saad ,Imam masjid,penyokong,dan juga penduduk yang bersimpati.tahniah buat Yb Hamdan kerana seringkali membantu penduduk setempat dan usha beliau patut dicontohi oleh YB yang lain.



No comments: