Semasa berucap di Lanchang Anwar sekali
lagi meyakinkan rakyat bahawa dengan mengundi Pakatan Rakyat, akan dapat
mengurangkan bebanan kenaikan kos sara hidup.Beliau yang berucap dihadapan 1000
hadiirn di pekan Lanchang memberikan contoh bagaimana negeri-negeri Pakatan
Rakyat berjaya menyimpan dan menabung hasil selama sepenggal memerintah.
Beliau yang menjadi penasihat kerajaan
negeri selangor juga menyatakan bahawa jika membenarkan lagi Barisan Nasional
memerintah, harga barang akan turut dinaikkan apabila cukai kerajaan di kenakan
keatas semua barang.”Saya menjadi menteri kewangan selama 8 tahun, harga barang
tak naik pun, Najib jadi menteri kewangan utang 500 billion.Macam tu pandai ka
dia jaga kewangan”, disambut gelak para hadirin.
“Jika Pulau Pinang dan Selangor yang
diperintah oleh Pakatan Rakyat, dan contohnya Kelantan yang telah 5 penggal
sebagai model pentadbiran terbaik, maka apa lagi yang rakyat lihat tentang
Barisan Nasional ini.? Berapa banyak Dato Nik Aziz ambil tanah bagi kepada anak
beranak dan suku sakat?,Tan Sri Khalid , misalnya , Guan Eng di Pualau Pinang.Berapa
banyak pula Menteri Bn sapu duit macam-macam yang kita dengar sekarang ini?jadi
ADUN Lanchang pun dulu bukan main lagi.Saya tak mahu cakap dan jatuhan sesiapa,
kita bukan datang untuk maki dan cerca orang .Kita datang bawa contoh,dan maklumat yang baik bagi menjaga reputasi kita
yang Insyallah kita akan ke Putrajaya dan kita juga akan tunaikan janji-janji
kita untuk semua rakyat” jelas beliau lagi.
Anwar juga memuji sikap dan pandangan
rakyat yang semakin berubah.Apabila rakyat di tekan dengan kenaikan harga
barangan, maka sudah tentulah kenaikan ini membebankan.Oleh itu bagi
mengurangkan bebanan ini, rakyat harus pandai memilih pemimpin parti mana dan
undilah Pakatan Rakyat, Iaitu PKR,Pas dan juga DAP, yang sememangnya boleh
dipercayai kerana parti-parti ini adalah parti yang bekerja untuk membantu rakyat .Undi Umno/Bn tahun depan berlaku
kenaikan harga barang mealui system GST keatas semua barangan keperluan .
Beliau mengakhiri
dengan berpesan kepada rakyat dan meauangkan Reformasi.