Sejuta di kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari
KUALA LUMPUR 5 November: Timbalan Presidan PAS, Mohamad Sabu mengajak seluruh rakyat menyertai kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Nasional Bukit Jalil 12 Januari depan.
Pengarah Program Himpunan Kebangkitan Rakyat itu mensasarkan sejuta rakyat akan bersama-sama pada himpunan yang bakal mencatat sejarah.
“(Ia adalah) perhimpunan seluruh rakyat yang menyokong tuntutan Bersih dan akan disertai tidak kira (penyokong) Hijau (Lynas), Merah (Royalti petroleum Kelantan), Oren (Felda) atau apa-apa warna sekalipun.
“Kalau kita tidak boleh duduk dalam stadium, kita himpun di luar stadium,” katanya disambut sorakan bersemangat lebih 10,000 rakyat pelbagai kaum membanjiri Pra-Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya, Seremban Sabtu lalu.
Himpunan itu bagi merasmi siri program yang akan diteruskan ke setiap negeri sebelum berakhir di Bukit Jalil.
Program Himpunan Kebangkitan Rakyat bertujuan untuk meneruskan tuntutan pilihan raya bersih dan adil, selepas hampir 300,000 rakyat menyertai perhimpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur 28 April lalu.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=38876