YB HAMDAN ABD RAHMAN MENYAMPAIKAN SUMBANGAN PADA MANGSA KEBAKARAN DAN MANGSA RIBUT
























Permatang Pasir 27Hb Mac- YB Hamdan Abdul Rahman ADUN Permatang Pasir telah menyampaikan sumbangan kepada beberapa penduduk sekitar Permatang Pauh yang ditimpa musibah beberapa hari lalu. Sumbangan berupa wang tunai itu disampaikan di pejabat PAS bahagian Permatang Pauh yang terletak di Permatang Pasir.YB Hamdan merupakan antara orang lama yang mempertahan kerusi KADUN Permatang Pasir kali ke 3 berturut-turut baru-baru ini. Turut hadir bersama ialah pengerusi JKKK kampong Permatang Pasir Hj Zubit b Hj Ahmad Awang, S/U YB En Kamal dan juga para penyokong.






Dalam ucapan beliau, YB Hamdan menyentuh tentang betapa pentingnya sumbangan yang disampaikan ini. Sumbangan yang disampaikan oleh beliau ini dikeluarkan dengan ikhlas oleh Pejabat Urus Zakat Negeri Pulau Pinang setelah dikaji, diteliti bahawa mereka yang ditimpa musibah ini layak untuk mendapatkan bantuan.





Keperihatinan kerajaan negeri yang baru dipilih rakyat ini sentiasa peka dengan rakyat dinegeri Pulau Pinang yang ditimpa musibah.Ini memperlihatkan bahawa kerajaan negeri mempunyai tanggungjawab bagi membantu yang memerlukan dimana bantuan ini disalurkan melalui agensi kerajaan dimana Pusat Urus Zakat ini merupakan salah satu agensi kerajaan negeri



Walau pun kerajaan ini baru sebulan mentadbir, keperihatinan ini amat dihargai . Beliau juga mengucapkan penghargaan yang amat tinggi kepada pejabat urus zakat negeri kerana mengeluarkan bantuan kepada masyarakat dibawah kawasan beliau dalam Parlimen Permatang Pauh Menurut YB Hamdan lagi, dalam konteks pengagihan ini , khasnya kepada fakir miskin dan kepada yang terlibat dalam kesusahan dan ditimpa musibah , ini tanpa mengira fahaman politik, dan semoga dengan bantuan ini sedikit sebanyak akan dapat meringankan beban mereka yang ditipa musibah yang terpaksa menanggung kesusahan.




Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat kerana dengan bantuan dari mereka , telah berjaya memilih dan mencari mangsa-mangsa untuk diberi bantuan ini, dan kerajaan negeri dari masa ke semasa akan meneruskan usaha -usaha membantu. Beliau juga menyatakan bahawa kerajaan baru ini juga akan mengkaji dari masa ke semasa bagi membantu rakyat semampu yang mungkin sebagaimana yang dijanjikan dalam pilihanraya yang lalu.






Seramai 5 orang menerima bantuan ini. Antara mangsa-mangsa kebakaran yang menerima bantuan ini ialah Che Besah Abdullah dan Sdr Roslan bin Din dari kampung Tanjung Putus yang merupakan ahli UMNO. Mereka mengucapkan ribuan terima kasih kerana YB Hamdan telah berusaha untuk mendapatkan bantuan bagi mereka, masing-masing mendapat antara RM500 dan RM600.









No comments: