POLIS: Letupan Empire Gallery disebabkan kecuaian, tiada sabotaj



SUBANG JAYA 28 SEPT: Polis menolak kemungkinan unsur sabotaj dan keganasan disebalik tragedi letupan Galeri Empire awal pagi tadi, dan mengatakan tidak menemui sebarang bukit yang menjurus ke arah itu.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan berkata, hasil siasatan menunjukkan letupan itu disebabkan oleh kebocoran gas yang mungkin telah disebabkan kecuaian mahupun kegagalan teknikal.

“Daripada hasil siasatan yang dijalankan pihak polis, sehingga sekarang kami tidak menemui apa-apa bukti yang membawa perkara ini boleh dikaitkan sebagai sabotaj mahupun kerja-kerja keganasan, kejadian ini kami sifatkan sebagai satu kemalangan akibat daripada kecuaian."

Thaiveegan berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media dihadapan kompleks membeli belah tersebut.

Mengulas lanjut, Thaiveegan menegaskan bahawa pihaknya akan bekerjasama dengan Kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat, unit forensik dan Suruhanjaya Tenaga (EC) bagi melakukan siasatan terperinci berhubung untuk mengetahui apa yang menyebabkan kebocoran.

"Bomba juga akan menyiasat bagaimana letupan itu belaku, memang kita sedia maklum ianya berpunca daripada kebocoran gas, tetapi apakan yang menyebabkan ianya berlaku, adakah daripada percikan api? ini semua dibawah penyiasatan kami."

No comments: