Friday, April 18, 2014

Najib perlu jawab isu MH370, bukan putarbelit kenyataan saya – Anwar

Najib perlu jawab isu MH370, bukan putarbelit kenyataan saya – Anwar

(Lyn Nasir)
#pray4MH370PETALING JAYA 16 APRIL : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najb Razak yang memanipulasi kenyataan beliau menerusi teks asal yang diterjemahkan dalam akhbar China, Southern Weekly, 5 April lalu.
Tegasnya lagi, Najib tidak seharusnya memutarbelitkan kenyataan, sebaliknya menjawab soalan utama berhubung kehilangan pesawat MH370 seperti radar Markoni yang tidak boleh mengenal pasti laluan pesawat.
“Najib putar belit kenyataan, menipu dengan menyalahtafsir kenyataan saya.
“Dia tak jawab isu yang timbul dalam kehilangan MH370. Tapi beliau boleh pula cepat jawab mengenai ‘sesaat’ ini. Mereka sepatutnya jawab soalan pokok MH370.
“Mengapa radar Markoni yang dipasang dengan peralatan canggih tidak dapat mengenal pasti laluan pesawat jam 1 pagi yang menghala ke Lautan China dan patah balik ke ruang udara Malaysia melalui lima negeri dan tak dapat dikesan,
“Kalau ini berlaku, ini satu kecuaian dan menjejaskan kseamatan negara.
“Ini yang sepatutnya Perdana Menteri kena jawab,” katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
Bernama semalam melaporkan Najib dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan membidas kenyataan Anwar yang dikatakan mampu menyelesaikan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines itu dalam sesaat.
Najib_putar_belit_kenyataanAnwar yang juga merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata teks asal yang diterjemahkan daripada bahasa Mandarin tersebut berbeza dengan yang ditulis Bernama.
“Senjata fitnah Umno-BN dibawah Najib ialah mereka kenyataan dan menyerang kita dengan tidak merujuk kenyataan yang benar.
“Dia kutip dari sumber berita Bernama, media rasmi kerajaan BN yang sebenarnya buat penipuan terjemahan yang salah dari kenyataan saya di Southern Weekly.
“Teks asal ada yang mengatakan bahawa saya akan mengambil masa satu saat untuk buat keputusan tentang yang apa perlu dilakukan bagi menjamin keselamatan dan memberi maklumat,” tegas Anwar.
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers