Selangor Naikkan Lagi Elaun Guru KAFA, Negeri BN Bagaimana?



Gombak : Pegumuman Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini meluluskan tambahan elaun sebanyak RM300 sebulan kepada guru-guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) yang bertugas di Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) di seluruh negeri memberi berita gembira kepada semua tenaga pendidik KAFA (SRA dan SRAI).

Nursyuhadah Mokhtar Menunjukkan Elaun Guru yang diterima semenjak PR memerintah kenaikan RM1000


Dengan tambahan elaun RM300 itu menjadikan elaun bulanan mereka di SRA dan SRAI sebanyak RM1,300 sebulan berkuatkuasa 1 Januari lalu.

Bagi Bunyamin Mohd Razi yang telah berkhidmat sebagai guru selama 3 tahun dan telah dinaikkan pangkatnya menjadi Pengetua SRAI (KAFA) Taman Amaniah kenaikan elaun itu amat dinanti-nantikan oleh tenaga kerja KAFA berikutan bebanan hidup yang semakin berat sekarang

“Kita rasa berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) Selangor dalam menjaga kebajikan guru-guru. Telah dua kali semenjak PR memerintah Selangor guru-guru menerima kenaikan gaji.

"Gaji guru KAFA kalau kita nak bandingkan dengan guru-guru sekolah rendah kebangsaan seperti bumi dan langit. Namun atas rasa tanggungjawab sebagai pendidik, guru-guru masih istiqamah meneruskan tugas ini.

“Dengan kenaikan elaun ini setidak-tidaknya mereka merasakan sumbangan mendidik anak-anak bangsa selama ini terbalas. Maklumlah bukan mudah untuk menjadi seorang pendidik. Kita kena melayan berbagai kerenah dan ragam anak-anak murid.

“Untuk memberi ilmu kepada mereka juga perlu kesabaran, penghayatan dan pemahaman yang dalam. Ilmu agama yang disampaikan bukan seperti ilmu lain,” katanya ketika ditemubual di pejabatnya.

Bunyamin juga member cadangan pada masa depan agar kerajaan negeri menukarkan perkatan elaun pada slip gaji guru-guru kepada gaji pokok kerana kesukaran untuk membuat pinjaman membeli kenderaan dan sebagainya tanpa mempunyai penyata gaji.

“Jika diletakkan elaun sahaja ramai menyangkakan ianya jawatan kontrak sedangkan guru-guru di sini berjawatan tetap dan ada yang telah berkhidmat selama 18tahun,” katanya.

Bunyamin Mohd Razi, Pengetua SRA (KAFAI) Tmn Amaniah


Apabila ditanya pendapat tentang bajet 2011 dibentangkan pada 15 Oktober tahun lalu yang mana Perdana Menteri telah mengumumkan guru-guru KAFA akan menerima imbuhan dari RM500 kepada RM800 berkuatkuasa 5 Januari 2011 katanya, sehingga kini guru-guru tidak menerima sebarang kenaikan elaun daripada Kerajaan Pusat seperti yang telah dijanjikan.

"Walaupun KAFA Taman Amaniah tidak termasuk dalam kenaikan tersebut namun, teman-teman yang mengajar di SRA, SRAI sentiasa menanti kemasukan elaun itu sehingga kini. Mereka benar-benar terkilan dengan apa yang berlaku. Pengumuman telah dibuat 6 bulan lalu namun sudah masuk bulan ke 3 (Mac, 2011) masih tiada sebarang kemasukan elaun seperti yang dijanjikan," ujarnya.

Baginya, pengumuman kerajaan pusat hanyalah bahan penyedap telinga sahaja. Apa yang berlaku, ramai guru-guru di sini rasa tidak berpuas hati dengan pengumuman yang dibuat oleh PM mengenai kenaikan elaun guru. Beliau juga difahamkan oleh sumber tertentu untuk mendapat kenaikan elaun, guru-guru perlu ditahsin al-quran terlebih dahulu dan berbagai alas an lagi yang kedengaran.

“Kalau benar apa yang kami dengar mengapa semasa pembentangan bajet yang dibuat oleh PM tidak dinyatakan semua syarat-syarat tersebut secara jelas agar guru-guru ini tidaklah meletakkan harapan yang tinggi.

“Persatuan guru-guru Daerah Gombak ramai yang sudah ditahsin sebelum mereka dilantik menjadi guru. Sekiranya ada yang belum ditahsinkan mereka boleh membuat penyemakan tersebut kepada guru berkenaan.

“Maka dengan ini Umno-BN tidak perlulah membuat berbagai helah lagi dan menaburkan berbagai janji manis kepada rakyat. Umno-BN wajib tunaikan janji mereka,” tegasnya.

Sementara itu, Zaleha Abu Bakar dan Hamidah Hj Sanusi yang telah berkhidmat di sekolah tersebut semenjak 1993 mengalu-alukan langkah kerajaan Selangor dalam menaikkan gaji guru KAFA. Menurutnya keadaan kerja dalam beberapa tahun kebelakangan ini juga semakin baik berbanding dahulu.

“Pada 1990an gaji kami sebanyak RM180. KWSP pekerja dan slip gaji guru tiada. Jika kami ingin tahu gaji sudah masuk atau belum kami kena berhubung dengan JAIS. Tetapi zaman seakarang sudah tidak seperti dahulu.

“Tapi semenjak PR memerintah ramai yang berebut untuk menjadi guru KAFA. Masa depan guru KAFA telah terjamin dengan berbagai faedah yang diberikan. Gaji guru kafa sudah mencapai RM1000 sebulan,” katanya.

Nursyuhadah Mokhtar berkelulusan Mesir, berkata kerajaan PR Selangor terbukti lebih prihatin berbanding kerajaan sebelumnya.

“Pada tahun 2005 gaji saya hanya RM400 tetapi semasa perubahan kerajaan berlaku pada tahun 2008 alhamdulilah elaun saya telah naik sebanyak RM600, kini gaji bersih saya RM1000.

“Namun begitu kami rasa terkilan juga menanti elaun yang di janjikan oleh PM untuk menaikkan elaun guru sebanyak RM500 ke RM800 yang mana kami masih tidak menerima imbuhan tersebut. Sampai bilakah kami perlu menunggu kenaikan itu,” keluhnya.

Mariah Majid yang sudah 3 tahun berkhidmat sebagai guru KAFA meletakkan harapan agar segala janji manis Umno-BN ditunaikan. Kalau Kerajaan PR sudah boleh membuktikan janji mereka mengapa Umno-BN yang telah memerintah selama 50 tahun tidak dapat menunjukkan yang terbaik berbanding dengan pemerintahan PR yang hanya 3 tahun memerintah.

“Kalau semua projek Mega boleh dibuat dengan berjuta billion, mengapa gaji guru yang hanya tidak memakan berjuta billion tidak boleh diluluskan dengan secepatnya. Kami rasa muak dengan janji-janji yang ditaburkan oleh Umno-BN,” sinisnya.

Menurutnya, walaupun gaji guru sekolah KAFA yang diberikan tidak berapa tinggi namun yang mereka utamakan adalah untuk mendidik anak bangsa agar menjadi insan berguna.

Pelajar selesa dengan kelas baru


“Tiada guna jika ilmu dunia 100% lulus tetapi ilmu akhiratnya 100% ke belakang. Oleh itu seharusnya Kerajaan Pusat Umno-BN menjaga kebajikan guru-guru juga. Bukan hanya menjaga kebajikan kroni dan duit poket mereka,” bidas Mariah.

Kelulusan untuk kenaikan elaun guru KAFA telah dibuat pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada tahun lalu. Ia melibatkan 3,935 guru KAFA yang mengajar di 208 SRA dan 11 buah SRAI seluruh negeri. Kenaikan elaun bulanan itu akan melibatkan peruntukan tambahan kerajaan negeri lebih RM14 juta setahun.

- Sebarang sumbangan berita / kenyataan media / artikel / komen atau pun maklumat boleh dihantar ke: webpakatan@gmail.com.

No comments: