PUTAR BELIT HARAKAHDAILY, BERKATA YANG ANWAR TIDAK KATA


Bukan sekali Harakahdaily menyiarkan berita karut dan bukan sekali dua media lebai ini memadam beritanya.  Bahkan, media ini nampaknya lebih teruk dari Utusan.

Membaca tajuk " Perakuan Buat Muhyidin, Iktiraf Kerajaan Sah", yang disiarkan oleh Harakahdaily, saya terus mencari ayat atau patah perkataan dari Anwar yang mengiktiraf kerajaan pintu belakang.  Tiada.  Apa yang ada adalah patah-patah perkataan dari Anwar seperti yang beliau nyatakan di dalam kenyataan medianya.

Namun, akibat busuknya hati maka ditokok tambah oleh Harakahdaily bahawa Anwar iktiraf kerajaan tanpa mandat rakyat.  Bila Anwar berkata sedemikian?  Adakah bertemunya Anwar dengan Muhyidin membawa maksud Anwar boleh terima kerajaan tanpa mandat rakyat?  Bila Hadi bertemu Ayatollah Iran, maka Hadi iktiraf ajaran  Syiah?  Hadi bertemu Najib dulu, maka Hadi iktiraf rompakan dalam skandal 1MDB?

Anwar tidak pernah mengajar para penyokongnya melakukan huru-hara di dalam negara ini meskipun akal yang waras pasti setuju bahawa kerajaan PH jatuh kerana pengkhianatan yang disokong oleh Pas.  Itu fakta.  Adakah kamu mahu Anwar memgajak rakyat memberontak?  Anwar tidak sebodoh itu.

Kalau Hadi pernah keluarkan " Amanat" di Banggol Peradung, menggelar Umno parti kapir kerana mengekalkan perlembagaan penjajah dan mengatakan "politik suku agama suku" sehingga tercetusnya tragedi Memali yang meragut belasan nyawa termasuk nyawa anggota polis hanya kerana perbezaan politik, Anwar tidak mempunyai hati perut seperti Hadi.  Anwar tidak fanatik seperti Hadi.

Para penyokong PH yang masih setia dengan prinsip perjuangan telah biasa dizalimi dan dikhianati, namun mereka memilih untuk lawan secara anak jantan bukannya dengan emosi atau pemberontakan.

WFAUZDIN NS

No comments: