'Hudud PAS' akan kekalkan kuasa Umno 50 tahun lagi

Ketegasan PAS untuk melaksanakan hudud akan membolehkan Umno berkuasa "selama 50 tahun lagi" kerana ia boleh melemahkan Pakatan Rakyat, kata Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF), Dr Farouk Musa semalam.

"Kita telah bekerja begitu keras untuk merubah rejim dalam negara ini.

"Ia dilakukan bukanlah kerana kita menyayangi Pakatan Rakyat.

"Namun kini, dengan isu ini (hudud) sahaja, Umno akan terus kekal memerintah untuk 50 tahun akan datang," Farouk mengingatkan demikian dalam satu forum semalam yang turut dihadiri MP Sepang, Mohamed Hanipa Maidin.

Farouk yang juga merupakan timbalan pengerusi BERSIH, berkata PAS sepatutnya tidak termakan "umpan Umno" - merujuk kepada kenyataan Umno yang pihaknya bersedia menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan.

No comments: