Wednesday, February 12, 2014

PSM tak tanding PRK Kajang, sedia kerjasama lawan BN

PSM tak tanding PRK Kajang, sedia kerjasama lawan BN

PSMKAJANG 12 FEB: Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengumumkan tidak akan meletakkan calon dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Dalam kenyataannya hari ini, PSM tidak berhasrat memecahkan undi atau memberikan sebarang peluang untuk Barisan Nasional (BN) menang dalam PRK ini.

“PSM mungkin menggunakan peluang ini untuk terus berkempen kepada isu-isu yang kami rasa lebih penting untuk majoritu rakyat Malaysia iaitu isu membantah cukai GST, membantah perjanjian TPPA, pendidikan percuma dan memperkasakan Akta gaji Minima.

“Kami tidak sekali-kali menyokong atau menyeru rakyat menyokong BN yang merupakan punca kepada pelbagai masalah di negara kita,” kenyataan PSM dipetik.

Dalam pada itu PSM menyatakan berpegang kepada Resolusi dalam Kongres PSM ke 15 pada Jun 2013 iaitu PSM sedia berdialog dengan Pakatan Rakyat atas dasar saling hormat menghormati dam melawan Umno-BN.

Tambahnya, PSM komited membina gabungan dengan parti, individu dan organisasi kiri untuk melawan polisi neo-libeal dan kapitalisme di dalam dan luar negara.

“PSM akan terus menjana kuasa rakyat untuk mencapai keadilan sosial dan ekonomi bagi mewujudkan masyarakat demokratik yang aman, makmur, maju dan saksama.


“Kami sedia berjuang bersama rakyat untuk mencapai matlamat murni ini,” tegas kenyataan tersebut.


Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers